ALHUSSEYN |
- Siapa haijek Penerbangan MH370 : ???
- Pesawat MH 370 : Angkara rakyat Mongolia?
- Pesawat MH370 : Ini dia pula pendapat Uri Geller
- Ada petanda MH370 di haijek lanun udara
Siapa haijek Penerbangan MH370 : ??? Posted: 15 Mar 2014 02:47 AM PDT Walaupun PM Najib mengesahkan bahawa Penerbangan MH370 telah mengubah arah berpatah balik dengan sengaja dan dilakukan oleh seseorang di atas kapal terbang, dia tidak dapat jelaskan siapakah seseorang itu. PM Najib tidak sebut pilot atau ko-pilot pesawat tersebut yang sebagaimana sepatutnya kerana itulah tugas mereka. Maknanya orang lainlah selain mereka itu. Siapa dia seseorang itu? Apa yang jelas kepada kita semua ialah bahawa 'seseorang' itu merujuk kepada 'Perampas Kapal Terbang'. Dan tidak mungkin hanya seorang ....ini kerja lebih dari seorang. Entri saya sebelum ini semakin menampakan ada sedikit benarnya.... Najib cakap berbelit-belit … nyusahkan orang ramai. Cakaplah guna bahasa yang lebih mudah dan jelas : "Penerbangan MH370 telah di haijek" Dia berkata: "Pergerakan-pergerakan ini adalah selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang."
| ||
Pesawat MH 370 : Angkara rakyat Mongolia? Posted: 14 Mar 2014 11:11 PM PDT Semakin menarik dan sangat mendebarkan bagi kita yang sangat risaukan mengenai nasib yang menimpa krew dan penumpang pesawat MH370 yang hilang itu. Kerajaan sendiri tidak menolak kemungkinan pesawat itu diculik.Dan dalam entri yang sebelum ini pun aku sendiri tertanya-tanya apa motifnya kalau benar ianya di haijek? Nampaknya persoalan aku itu mulai menampakan bayangannya... Mungkin kerana selama ini pun kita semua tidak pernah terfikirkan. Api dendam terus membara untuk mendapatkan keadilan. Bagi mereka yang ada kaitan dengan isu Al-Tantuya, wanita Monggolia yang dibunuh kejam itu tentu sedang menggelabah.... Harap-harap ini bukan benar.Kalau benar....alamat lingkuplah pemerintahan yang ada sekarang ini. Walaupun aku sendiri sangat mengharapkan pemerintahan Umno/BN ini segera lingkup habis, tapi tidaklah melalui cara yang begini.... Doakanah yang terbaik bagi para krew dan penumpang yang malang itu.Berikut status dari seorang face booker :
| ||
Pesawat MH370 : Ini dia pula pendapat Uri Geller Posted: 14 Mar 2014 09:06 PM PDT Selain menarik minat Raja Bomoh, kini ahli Psikik terkenal Uri Geller juga telah turut membuat ramalan melalui telekan jauhnya.
Hampir seminggu selepas penerbangan MH370 hilang dengan 239 orang di atas kapal , psikik terkenal itu telah diminta untuk menggunakan kuasanya oleh "seorang pembesar" di Malaysia. Encik Geller, telah menggunakan "telekan jauh" dalam usaha untuk menelek nasib pesawat itu dan diharapkan menamatkan penderitaan bagi keluarga yang hilang. "Menelek jauh telah digunakan oleh CIA selama beberapa dekad," kata Encik Geller di rumahnya di Sonning, Berkshire, hari ini. "Ia berfungsi dengan menghantar fikiran melalui ruang dan masa. Saya telah diminta oleh seorang tokoh besar di Malaysia apa perasaan saya tentang situasi ini." Encik Geller juga merayu kepada pengikutnya di Twitter dan Facebook, supaya membantu beliau. Tiga hari lepas beliau telah menulis: "Saya telah diminta untuk membantu untuk menelek jauh. Bolehkah anda membantu saya. Bolehkah anda cuba untuk 'melihat' di mana pesawat itu anda percaya turun. Bagaimana dan mengapa, apakah perasaan anda sendiri, apa yang tidak? anda rasa intuitif memberitahu anda.Terima kasih." Beliau menjelaskan bagaimana komen-komen pengikutnya membantu beliau untuk sampai ke teori sendiri bahawa sesuatu yang berlaku di dalam kokpit pesawat. "Ia adalah pendapat saya bahawa sesuatu telah berlaku kepada juruterbang," kata Encik Geller. " Sama ada Juruterbang itu berada dalam situasi dipaksa untuk mengalihkan pesawat oleh suatu kuasa lain atau dia melakukannya dengan kehendaknya sendiri. "Itu adalah pendapat saya dan ia hanya pendapat saya. Ia adalah apa yang saya telah diperolehi dari perasaan intuitif peribadi saya sendiri." Encik Geller berkata beliau telah diserang oleh beberapa orang di media sosial selepas meminta pengikutnya mengenai perasaan intuitif mereka . Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dia tidak mencari publisiti dan soalan yang dia timbulkan itu adalah untuk membantu beliau membentuk kesimpulan sendiri. Beliau berkata komen orang ramai adalah "menarik," dan ada diantaranya yang aneh dan pelik juga ada yang lebih logik. Satu pengikut menulis: "Saya mempunyai keyakinan keatas kamu dan kebolehan istimewa anda. Jika anda dapat mencari minyak dan berlian, kapal terbang harus mudah Saya mengharapkan keputusan anda. Ayuh, keluarga-keluarga ini memerlukan kebolehan anda...." Lain-lain memberikan pandangan mereka, termasuk yang pesawat telah diculik oleh makhluk asing, membuat pendaratan kecemasan di dalam hutan, atau ia mungkin telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu sesat. SUMBER | ||
Ada petanda MH370 di haijek lanun udara Posted: 14 Mar 2014 03:43 PM PDT
Pihak berkuasa telah pun memperluaskan kawasan carian hingga Kepulauan Andaman dan Lautan Hindi.Laporan The Mirror seperti berikut:
Kalau benar kena haijek, persoalannya sekarang apa motifnya? Ada korang boleh fikirkan bersama? Aku tak mahu menambahkan spekulasi mengenainya.Penin! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan