WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PRK KAJANG: ANWAR. Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN
- Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding
- Nalla buat laporan polis, dakwa ada pihak cuba halangnya bertanding di Kajang
- Usaha singkir Najib, bukti ahli Umno pentingkan diri sendiri
- LIVE NOW....[Live]Hidayah Di Usia Muda - Sdra Muhammad Nur Adlu
- DEMONTRASI GURU 22 FEBRUARI . KAUM GURU SILA SERTAINYA
- GAMBAR ANAK ZAHID HAMIDI
PRK KAJANG: ANWAR. Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN Posted: 08 Feb 2014 08:07 PM PST Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar menyeru seluruh pemimpin dan rakyat Selangor agar bangkit mempertahankan hak setiap rakyat negeri itu daripada dirampas Umno-BN yang menunggu peluang untuk berbuat demikian. Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika melancarkan jentera PRK Kajang di Dataran Prima Saujana di sini malam tadi. Anwar juga menemplak golongan yang mendakwa diri mereka sebagai memperjuangkan Islam dan Melayu tetapi pada masa sama menunjukkan moral diri yang rendah kepada golongan bukan Islam. "Terangkan tentang Islam tidak mahu, perangai teruk, maki orang, fitnah orang, aibkan orang, tunjuk punggung pada orang; kemudian kamu kata, kami pejuang pembela Melayu dan Islam," kata Anwar lagi. Beliau turut mengingatkan haram bagi rakyat negara ini terus menyokong mana-mana pihak bernafsu sama ada memegang jawatan mahu pun mempertahankan jawatan sedia ada dalam pentadbiran kerajaan disebabkan nafsu membolot kekayaan untuk diri sendiri. Peringatan Anwar yang juga Ketua Umum PK itu turut terpakai terhadap mana-mana pemimpin PR termasuk beliau sendiri yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.~ Selangor Ku "Bagi orang tengok selepas ini, bagi setahun dua, orang Negeri Sembilan, orang Perak boleh tengok Selangor. Kita tunjukkan Selangor mempunyai lanskap politik, ekonomi, kebersihannya yang betul-betul berubah," katanya. Kredit buat Pakatan Harapan Rakyat from FB Laman reformasi Laman rakyat |
Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding Posted: 08 Feb 2014 07:50 PM PST Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berundingMohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini. Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini. SGMM amat bimbang kelemahan di dalam pelaksanaan SPPBS dan kekeliruan majoriti guru dan pentadbir sekolah tentang bagaimana hendak melaksanakannya, akan memberi kesan yang buruk terhadap usaha guru untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi PMR, kata Mohd Nor Izzat. "Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit. "Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang," kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut. Dilaporkan sebelum ini SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi. Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan. Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari. Ini supaya tidak menggangu perjalanan waktu sesi sekolah dan bagi memberi peluang guru di seluruh negara untuk hadir. Di dalam respon beliau pada Februari 7, Idris meminta agar kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka selain menyuarakan pendapat mereka kepada kementerian melalui saluran yang lain. "Jangan... tidak perlu (adakan bantahan). Apa masalahnya beritahu kami, kerana ini sistem yang dikehendaki, selepas dahulu berkata kami terlalu ke arah peperiksaan. Ini satu perubahan yang baik dan kalau ada yang tidak kena beritahulah dan kami akan baiki. "Guru boleh beritahu apa masalah sebenarnya kepada Lembaga Peperiksaan dan Ketua Pengarah Pelajaran, malah dengan saya juga boleh. Kami berharap anda jangan gopoh dan beri masa kepada kementerian untuk laksanakannya (penambahbaikan PBS)," katanya dilaporkan Bernama. SPPBS mula dilaksanakan pada peringkat darjah satu di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan pada 2011. Setahun kemudian, ia dilaksanakan pada peringkat tingkatan satu di semua sekolah. Sistem tersebut adalah sebahagian daripada dasar reformasi pendidikan negara dan diperkenalkan bagi membentuk pelajar holistik yang bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik. Berbanding dengan sistem lama, tiada peperikasaan tahunan di bawah SPPBS. Prestasi pelajar dinilai setiap hari dengan menggunakan satu garisan markah enam peringkat yang dinamakan "band". Pelajar di dalam Band Satu (paling rendah) diklasifikasikan sebagai memahami subjek yang diajar, manakala Band Enam (paling tinggi) diklasifikasikan sebagai "mithali". Data mengenai prestasi pelajar dimasukkan setiap hari oleh guru ke dalam satu pangkalan pusat. Pelajar tingkat tiga tahun ini adalah kelompok pertama pelajar menengah yang melalui dua tahun SPPBS, mulai 2012. Mohd Nor Izzat yang mengajar pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pahang berkata, antara isu utama adalah bagaimana guru hendak menyediakan pelajar tingkatan tiga bagi menghadapi PMR, yang merupakan legasi sistem lama yang berasaskan peperiksaan. Biasanya, PMR menilai pengetahun pelajar terhadap subjek yang dipelajari selama tiga tahun mulai tingakatan satu. Tetapi persoalannya sekarang adalah adakah PMR kali ini akan mengikut sistem lama atau sistem baru. Mohd Nor Izzat yang mengajar pendidikan seni berkata, taklimat terbaru oleh kementerian beberapa minggu lepas masih tidak dapat menjawab soalan ini dan menenangkan kekeliruan guru. Taklimat tersebut menunjukkan kementerian masih tidak mengambil ketetapan berhubung format, bentuk dan jadual PMR. "Mereka hanya mempunyai cadangan tetang tarikh PMR, format kertas peperiksaan, sistem penilaian dan sebagainya. Tetapi tiada ketetapan. "Dan kita sudah berada dalam bulan kedua tahun persekolahan dan guru masih tidak mahu bagaimana hendak menyediakan pelajar dan apa yang patut diajar. Kita dah buang banyak masa." – 9 Februari, 2014. |
Posted: 08 Feb 2014 06:50 PM PST NGO tawar RM1,200 tampar Najib?Berikutan isu Menteri KDN Zahid Hamidi enggan siasat ugutan tampar Teresa Kok: Kepada admin MRM Teresa Kok pun satu melampau guna CNY untuk hasil video satira yg tiada kaitan langsung dengan CNY tak kena tempatnya dan ini adalah cara politik mengajarnya.Baca apa kata Lim Kit Siang di bawah yang mencabar minda melayu UMNO terhadap isu ini: Soalan ajaib: "Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," tanya Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang. Di samping itu, katanya dikemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa," ujarnya yang juga Ketua Parlimen DAP dalam satu kenyataan. Ini, katanya kerana bukan saja melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang 'menjejaskan' demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara. Berikut kenyataan penuh Lim Kit Siang. Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin? Malah, kemungkinan enam NGO yang diwakili oleh 30 orang itu dengan pantas akan disumbat ke dalam "Black Maria" sehingga tidak sempat menyembelih ayam dan malah tidak sempat pun berhimpun kerana polis telah mendapat maklumat tentang rancangan mereka jauh lebih awal. Tidak diragui lagi bahawa Cawangan Khas Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia di kalangan unit khas sejenisnya, berkat warisan penjajah British dan kedudukan istimewanya dalam hirarki polis dengan himpunan maklumat risikan yang dikumpul dengan tujuan utama melindungi rejim yang berkuasa sekarang, sedangkan dalam masyarakat yang benar-benar demokratik, perkara paling utama bagi polis ialah untuk memelihara demokrasi berparlimen dan hak asasi manusia. Tidak masuk akal sama sekali jika polis tidak mendapat apa-apa maklumat tentang demonstrasi kelmarin sebelum wakil-wakil media cetak dan media elektronik turun memberikan liputan penuh tentang demonstrasi itu yang diisi dengan acara menyembelih ayam dan melumur darah – jika benar polis tiada maklumat awal, maka Cawangan Khas patut dirombak sepenuhnya dan malah pengarah Cawangan Khas sepatutnya dipecat. Sehingga kini, Polis dan juga kerajaan Barisan Nasional membisu seribu bahasa tentang demonstrasi kelmarin yang melampau, menghasut, dan secara terbuka mengapi-apikan kebencian perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan satu lagi peristiwa 13 Mei dalam negara berikutan video "Onederful Malaysia CNY 2014" yang mengkritik kegagalan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengaitkan mana-mana kaum atau agama. Video Teresa didakwa anti-Melayu dan anti-Islam. Saya telah menjemput pihak yang membuat dakwaan sebegini untuk tampil secara terbuka menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu dan anti-Islam. Jika mereka boleh menunjukkan ada bahagian dalam video itu yang anti-Melayu dan anti-Islam, saya secara terbuka akan meminta Teresa untuk mengambil tindakan yang wajar. Namun, sehingga kini belum ada siapa menyambut permintaan saya. Paling menyedihkan, dua pemimpin MCA yang baru dipilih untuk memegang jawatan tertinggi, iaitu Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, seperti pemimpin-pemimpin MCA yang lain yang menurut jejak Barisan Nasional menyerang video Teresa, gagal menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi mereka terus menggalakkan dan malah membantu protes puak ekstremis terhadap video Teresa. Saya percaya semua rakyat Malaysia yang sihat akal fikirannya berhak untuk bertanya kepada KPN, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, serta pimpinan Umno dan MCA mengapa layanan berbeza akan diberikan jika ada enam NGO menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Perdana Menteri dan melumur darah pada sepanduk bergambar Menteri Umno berbanding layanan yang diberikan terhadap enam NGO kelmarin yang menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa Kok dan melumur darah pada sepanduk yang memaparkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat. Sikap pilih bulu diamalkan oleh polis dan institusi utama negara, sedangkan mereka seharusnya bersikap tidak berpihak, saksama, dan profesional. Keadaan ini membuatkan rakyat semakin tidak yakin akan adanya urus tadbir yang baik, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Malaysia. KL Today |
Nalla buat laporan polis, dakwa ada pihak cuba halangnya bertanding di Kajang Posted: 08 Feb 2014 06:46 PM PST |
Usaha singkir Najib, bukti ahli Umno pentingkan diri sendiri Posted: 08 Feb 2014 06:43 PM PST KUALA LUMPUR 8 FEB: Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, usaha menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang direncanakan pihak tertentu dalam Umno menunjukkan sikap ahli parti itu yang mementingkan diri. "Terdapat kelompok yang berpendapat bahawa perlu untuk menjatuhkan Najib sebelum Umno ditolak secara keseluruhan. Saya lihat golongan ini mementingkan diri sendiri. "Najib pula hanya melaungkan retorik transformasi. Hakikatnya tiada tindakan ke arah peningkatan taraf hidup rakyat. Orang Umno sendiri marah dengan Najib. "Jadi, ada pihak menggunakan isu ini dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Najib," kata Mahfuz kepada Keadilandaily. Dalam pada itu, Mahfuz turut mengulas tindakan bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang banyak mengkritik kepimpinan Najib.sejak kebelakangan ini. Namun ia dilihat tidak ikhlas kerana seolah-olah bertujuan menaikkan anaknya (Mukhriz) walaupun Umno sendiri telah menolaknya pada pemilihan yang lalu. "Saya rasakan Mahathir perlu tegur kepimpinan Najib untuk kebaikan negara. Bukan untuk kepentingan anaknya (Mukhriz). Anaknya sudah ditolak parti pada majlis pemilihan Umno yang lepas," katanya. |
LIVE NOW....[Live]Hidayah Di Usia Muda - Sdra Muhammad Nur Adlu Posted: 08 Feb 2014 07:31 AM PST |
DEMONTRASI GURU 22 FEBRUARI . KAUM GURU SILA SERTAINYA Posted: 08 Feb 2014 04:06 AM PST Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Respon Guru? Berminat?Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 : Aduan demi aduan diterima daripada kalangan guru (TERMASUK ADUAN PROF UNGKU AZIZ DI SINI) mengenai isu masalah berkaitan SPPBS. Realitinya sebelum-sebelum ini, jarang sekali bantahan dari bidang perguruan itu menunjukkan rasa tidak puas hati warga pendidik yang semakin tinggi terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 oleh Guru-Guru Kepada KPM
Melihatkan aduan dan rasa ketidakpuashatian kalangan guru-guru terhadap sistem PBS, Berita Semasa menjangkakan kalangan guru-guru yang akan terlibat dalam Demonstrasi Bantah SPPBS (PBS) 2014 agak besar, tetapi malangnya bilangannya sangat-sangat kecil jika dibandingkan saiz guru yang berjumlah ada 419,940 orang guru di Malaysia. Hampir setengah juta. Ada yang mengatakan guru jarang ke jalanan bagi menunjukkan tanda bantahan kerana bimbang diambil tindakan. Benarkah? Antara Isu SPPBS (PBS) 2014 Yang Berbangkit oleh Guru-guru
Bantahan bukan untuk bebanan guru tetapi kepentingan anak didik kita. Murid diajar tanpa peperiksaan sebagai kayu pengukur kefahaman murid dan banyak lagi. Hanya guru saja yg faham sebab guru yang lebih terdedah kepada PBS ini. Berita Semasa berpendapat keluhan guru adalah penting kerana mereka mendidik anak-anak kita. Mereka bukan mengeluh untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk anak didik dan ibu bapa supaya tidak membebankan mereka juga. Jika guru tidak dapat menumpukan perhatian pada anak murid disebabkan sistem yang kurang efektif, siapa yang harus dipertanggungjawabkan? P/S : Apa respon kalangan guru-guru, kalangan ibubapa mengenai prestasi sistem PBS 2014 setakat ini? |
Posted: 07 Feb 2014 11:51 PM PST PRK Dun Kajang: Anak Zahid hasrat bertanding lawan Anwar"Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti," katanya. Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini. "Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media). "Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu," katanya. Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya. "Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau," katanya. Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan