Pakatan Rakyat

Rabu, 19 Februari 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


  • NASIONALISMA KADAZAN DAYAK DAN IBAN MEREBAK
  • MALAM INI JAM 9:00
  • TANDA TANDA SEMAKIN JELAS
  • SOALAN HAKIKI KURUN INI
  • PENGUNDI HANTU SUDAH MASUK
  • NAJIB KENA TERAJANG LAGI
  • KOMEN DARI PEMBACA
  • ESOK JAM 8:30 PAGI
  • MAKNA N25 KAJANG UNTUK PAKATAN
  • KHALID DAN AZMIN SEKALI LAGI
  • KELAS FALSAFAH MALAM ESOK

NASIONALISMA KADAZAN DAYAK DAN IBAN MEREBAK

Posted: 19 Feb 2014 06:48 PM PST







SUARA ORANG SABAH
Aku orang sabah...orang sabah tiada perdana menteri...tiada sultan...jangan nak memandai mandai tambah top up top up ni di sekolah sekolah...

pernah waktu aku sekolah cina dahulu...satu guru semenanjung..melayu..entah mcm mana dia marah kami yang sedang bercin chong cin chong.....tetiba je dia sambar kalung buddha memeber gua..dah tu selamba cakap...ini kalung anjing mana ko pakai ni......hahahaha...

selang seminggu guru tu hilang secara misteri....itulah....sampai sekarang aku anggap cikgu ni berperangai raja...makan tanggung berak cangkung...ruang diantara dua telinga mereka kosong....bingailah ringkas dia....hahahaha...sabah tiada raja..sabah tiada perdana menteri...kami ada gabenor saja..itu pun kaki jilat pantat sebab nak kaya....puas hati mak luahkannya nok....hahahahahahahaha on SIAPA PRO AMERIKA
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD

on 2/18/14

LAYARI RADIO BANGSAR
malam ini jam 9:00
untuk mengikuti 
kuliah falsafah dan pemikiran kritikal
malam ini mengupas 
aristotle



----------

MALAM INI JAM 9:00

Posted: 19 Feb 2014 06:38 PM PST




ARISTOTLE 
382 - sebelum nabi isa
322- sebelum nabi isa

KELAS MALAM JAM 9:00
merungkai pandangan
aristotle

SEMUA DI JEMPUT
universiti bangsar utama
52c jalan kemuja
hadapan sekolah tamil
5 minit menapak dari lrt bangsar

UNTUK WARGA DI LUAR UBU
sila layari radio bangsar utama
stesen punk rock
paling unggul
di asia tenggra



BELAJAR FALSAFAH
UNTUK
TIDAK JADI 
HASAN MALEK

----------

TANDA TANDA SEMAKIN JELAS

Posted: 19 Feb 2014 06:05 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
kenapa masih ramai lagi
ahli sains 
pakar kaji cuaca yang menolak
dunia semakin panas?

jawabnya:
kerana ahli sains
kerana pakar kaji cuaca
di bayar oleh syarikat minyak
dan syarikat-syarikat yang memiliki
keuntungan jika dunia terus panas

samalah seperti saintis kata
mek dogal dan kentuki fried fak
baik untuk kesehatan

syarikat kapitalis multinasional ini
meraih untung
 ketika dunia akan meledak
ketika rakyat malaysia
semakin rosmah


Air semua empangan terus susut
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini menyebabkan takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin menyusut h

Sg. Batang Benar kering, 7,000 putus bekalan
SEREMBAN 19 Feb. - Sungai Batang Benar yang membekalkan kira-kira 11.3 juta liter air kepada penduduk di tiga kawasan di daerah Seremban kini buat pertama kalinya mengalami keadaan hampir kering-kontang.

Banjir di Beaufort pulih, pusat pemindahan ditutup

FEB 19, 2014
 HARAKAHDAILY
BEAUFORT: Keadaan banjir di Beaufort pulih sepenuhnya dengan kesemua 1,766 mangsa terakhir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.


  1. UK weather in pictures: floods in Britain as torrential rain sweeps in ...

    www.telegraph.co.uk › ... › UK News‎

    The Daily Telegraph
    Flooding in the village of Prudhoe closes the road crossing the river Tyne into Ovingham in Northumberland. Send us your weather pictures: ...

  2. UK floods: Downing Street to hold clear-up summit with insurers ...

    www.theguardian.com › Environment › Flooding‎

    The Guardian
    2 days ago - Flood clear-up summit comes amid fears over costs for those left out of 'Flood Re' scheme as PM faces plunging approval ratings.

  3. A Global Perspective on the Recent Storms and Floods in the UK ...

    www.metoffice.gov.uk › Research › Research news‎

    Met Office
    Feb 12, 2014 - February 2014 - This winter the UK has been affected very severely by an exceptional run of winter storms, culminating in serious coastal ...
SIAPA ORANG TUA INI

















----------

SOALAN HAKIKI KURUN INI

Posted: 19 Feb 2014 05:37 PM PST




KENAPA 
ULAMA TAK TANYA?

Kenyataan penuh Jakim berhubung isu Kassim Ahmad


iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah..KALAU PERWARIS NABI.... kah kah kah..

kah..KENAPA TAK TAK TANYA SIAPA UPAH BUNUH ALTANTUYA?...  kah..

kah kah kah... KEMANA  AZILAH DAN SIRUL ILANG?... kah kah akh...

baca disini:

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenyataan-penuh-jakim-berhubung-isu-kassim-ahmad-1.252619

------------

PENGUNDI HANTU SUDAH MASUK

Posted: 19 Feb 2014 04:58 PM PST








TERSOROK DI BELAKANG TABIR

Kenyataan Media
19 Februari 2014

Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi

Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal? 

SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.
SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai. 

Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya? 

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.

Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM


TAKLIMAT 
UNTUK PENGUNDI HANTU
-----------

NAJIB KENA TERAJANG LAGI

Posted: 19 Feb 2014 07:00 AM PST






KOMENTAR TUKAR TIUB
kalau najib letak jawatan
pakatan rakyat susah
kalau ku li ganti najib
seribu kali pakatan akan susah


Lagi desakan Najib letak jawatan, Ku Li dicadangkan jadi PM

Pengerusi Star Sabah Jeffrey Kitingan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.
"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan alternatifnya.
"Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit... INI PANDANGAN YANG AMAT MOLEK... kah kah kah...

kah kah kah... TAPI  MAMAT SABAH NI TAK SEDAR.... kah kah kah..

kah kah kah... NAJIB BUKAN NAJIB LAGI..... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB DAH JADI ZOMBIE.... kah kah kah...

kah kah kah... DI BELAKANG NAJIB IALAH ROSMAH... kah kah kah..

woit..YANG INI MAMAT SABAH TAK FAHAM.... kah kah kah..

kah kah kah..YANG INI RAMAI TAK FAHAM.... kah kah kah...

kah ..MUSTAHIL ROSMAH AKAN SETUJU LETAK JAWATAN.. kah

kah kah kah...SAMPAI KIAMAT TAK AKAN LETAK JAWATAN... kah kah

--------

KOMEN DARI PEMBACA

Posted: 19 Feb 2014 06:00 AM PST





 KASIHAN TUKAR TIUB
Kasihan Blogger Tukar Tiub. Terus terang, saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Sebelum wujudnya dunia blog saya kenali beliau kerana seorang yang aktif dalam gerakan pelajar. Saya kesal kerana belum menonton 'magnum opus'nya, Dari Jemapuh ke Manchester. Kata orang, karyanya itu gagal 'connected' dengan penonton tempatan.

Maklumlah, beliau terlalu idealist, lama pula duduk di negara omputih.Beliau dibenarkan pulang ke Malaysia, dan ketika era reformasi sekali sekala nampak kelibat beliau semasa berdemo. Kadang-kadang, saya terbaca tulisannya - dalam Inggeris - dibeberapa majalah. Ketika itu blog belum ada, mungkin  kerana itu beliau memilih media konvesional.

Hishamudin Rais mampu menulis dengan baik, apabila saya membaca tulisannya ketika dia 'waras'. Tulisan 'waras'nya sering diterbitkan dalam Malaysia Kini, kadang-kadang Sun. Di mana-mana dalam tulisannya, masih nampak api kemarahan yanng belum padam. Maklumlah, beliau bekas 'the angry young man' yang sudah tua.Hishamudin on SEBUAH TULISAN SATU PANDANGAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 2/18/14



------------

ESOK JAM 8:30 PAGI

Posted: 19 Feb 2014 03:26 AM PST






TEMU BUAL
hishamuddin rais
dengan stesen bfm 89.9
tentang  khalid dan azmin
tentang
 dna united malays national organisation

TEMU BUAL
bermula jam  8:30 pagi
sesiapa yang dah bangun pagi
boleh dengar

BFM : 
BUKAN FITNAH
MALAON



--------

MAKNA N25 KAJANG UNTUK PAKATAN

Posted: 18 Feb 2014 08:39 PM PST





HARI BURUH

SATAY KAJANG
Pada minggu pertama sesudah diumumkan kerusi Dun N25 Kajang kosong dan Anwar Ibrahim menawarkan diri, umum membaca bagaimana Kelas Berleter membuat heboh tak tentu hala. Mereka berlabon kuat dalam media baru. Mereka  bertalipon menghatar teks dan twit. Mereka berforum dan bergebang.

Sebenarnya Kelas Berleter ini hidup lumayan. Mereka mendapat nikmat dari proses pembodohan Bani Melayu yang dirancang dan dijalankan oleh United Malaysa National Organisation. Proses pembodohan ini juga dibantu kuat oleh gulungan feudal Melayu. Apabila Bani Melayu menjadi a la Hasan Malek maka senanglah harta kekayaan negara ini dirembat. Hakikatnya Kelas Berleter ini mendapat habuan dari 'tong' United Malays National Organisation. Justeru mereka terpaksa  berleter untuk menunjukkan kepada umum bahawa mereka ini prihatin terhadap negara ini. Poorah. 

Heboh-heboh Kajang ini disambut pula oleh NGO Soh Seh Soh Seh – yang juga buat heboh. Bila sebut NGO Malaysia – sebenarnya saya terus sakit perut. Sakit perut kerana ketawa.  Saya ketawa kerana NGO Malaysia yang berSoh Seh Soh Seh dalam Bahasa Inggeris ini  memiliki nama  gah tapi ahlinya tak lebih dari lima orang. Lima orang? Betul lima  termasuk anak, bini, adik dan kakak.

Kelas Berleter dan NGO  yang Soh Seh Soh Seh ini buat heboh dalam media. Mereka mempersoalkan  apakah PRK N25 Kajang ini merosakkan demokrasi.  Mereka mempersoalkan dana yang membazir. Mereka menuduh PKR mengunakan N25 sebagai cara menyelesikan masalah dalaman PKR.

Tup tup Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan. Tup Tup Taib Mahmud letak jawatan untuk lantik dirinya  menjadi Yang DiPertuan Negara Sarawak. Tup tup Kelas Berleter tak terleter lagi. Tup tup  Kelas Berleter senyap menikus – macam babi hutan jumpa cacing.

Tidak ada suara menimbulkan isu PRK N51 Balingian membuang duit. Tidak ada siapa menimbulkan kenapa Taib Mahmud tak tunggu hingga penggal DUN Sarawak dibubar. Tak timbul persoalan  Taib Mahmud guna PRK untuk ajenda dalaman parti.  Tikus Bangsar telah senyap. Bak kata Orang Peranchis  ' rien du tout' -  tak ada apa apa. Kelas Berleter kelihatan terlantar kenyang  satelah mendapat projek dari Ketuanan Melayu.

Nampak jelas Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh telah dikajangkan. Mereka telah dibungkus kerana telah menjadi satay busuk.

Sebenarnya untuk memahami politik Malaysia ini bukan susah sangat. Tak perlu belajar  ilmu sains politik di Yale, Havard atau Oxfart.  Tak perlu belajar di Al-Azahar atau di Madinah.  Tak perlu faseh bahasa Latin atau Arab. Tidak perlu baca kitab tebal-tebal. Tak perlu buka buku falasafah Yunani.  Cukup – memadai dengan membaca akhbar Utusan Malaysia. Sesiapa sahaja boleh memahami politik Malaysia dengan membaca akhbar ini.

Biar saya buktikan betapa senangnya memahami politik Malaysia ini.  Ilmu  pertama yang wajib difahami  ialah  sesiapa sahaja yang disokong, dimasyhurkan dan diangkat oleh Utusan Malaysia maka Si Polan itu ialah orang jahat. Jika  Mamat atau Minah yang diangkat  Utusan itu ahli politik maka ini bermakna  si Mamat atau si Minah itu politikus jahat. Kalau yang diangkat ialah NGO maka NGO itu adalah  NGO jahat.

Cara kedua untuk mengenal apa yang baik  ialah melihat apa yang TIDAK disukai oleh Utusan Malaysia.  Apa sahaja yang tidak disukai oleh Utusan Malaysia adalah baik. Kalau yang dikritik oleh Utusan itu seorang politikus maka ini bermakna politikus itu adalah politikus yang baik. Jika sesuatu  dasar dikeji oleh Utusan , yakinlah bahawa dasar itu adalah tepat dan betul.

Ini terbukti betul  dalam kes N25 Kajang. Utusan melaporkan hampir kesemua kenyataan Kelas Berleter dan NGO Soh Seh Soh Seh. Kenyataan ini semuanya mempertikaikan agenda besar Pakatan Rakyat untuk menggulingkan United Malays National  Oreganisation. Apabila Kelas Berleter atau NGO ini  diberi ruang media oleh Utusan makan yakinlah ada agenda jahat di belakangnya.

Hakikatnya apa saja garis politik yang dicanang dan disokong oleh Utusan pastilah ini garis politik yang salah. Apa sahaja garis politik yang ditentang oleh Utusan maka inilah garis politik yang tepat dan betul.

Saya mengajukan pandangan sademikian kerana saya sedar bahawa Syarikat Utusan ini adakah milik United Malays National Organisation. Maka garis politik yang diajukan atau yang ditentang pastilah  bertujuan untuk menguntungkan  parti Ketuanan Melayu in. Period. Kepentingan gerombolan Ketuanan Melayu diheboh dan disebarkan oleh Utusan Malaysia. Hakikatnya, akhbar ini adalah hati nurani  gerombolan yang berimankan Ketuanan Melayu.

Cara kedua -  sesudah membaca Utusan ialah membaca kenyataan Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. Sama saperti Utusan – apa sahaja yang dilarang dan tidak disukai oleh oleh Mahathir maka pekara itu  adalah pekara yang baik.  Mahathir mewakili satu jalur kepentingan elit pemerentah dari parti Ketuanan Melayu. Jalur  ini disokong oleh kapitalis nasional dan para cukong. Di belakang Anak Lelaki ini ialah  Ananda, Daim, Yeoh Tiong Lay, Syed Mokhtar, Halim Saat,  Vincent Tan  dan segala jenis kaki kontrek yang menjadi kaya raya kerana mendapat habuan dari Anak Lelaki  Kutty.

Kaum kapitalis nasional dan para cukong inilah yang dipertahankan oleh  Mahathir. Justeru Mahathir amat-amat  tidak suka tunjuk perasaan. Mahathir tak suka rakyat turun berdemo. Mahathir  tak suka media yang bebas. Mahathir  tak suka ISA dimansuhkan.  Jelas apa sahaja yang Mahathir tak suka adalah pekara  yang baik. Paling menjolok si Mahathir tidak suka Bani Melayu memiliki fikrah yang kritikal kerana bila Bani Melayu berfikir mereka akan bertanya: betul ke Mahathir ini Melayu?.

Kita lihat apa kata  Anak Lelaki  Kutty  tentang PRK N25 Kajang.   Si Mahathir ini bukan macam Kelas Berleter, ini kerana Mahathir ini faham politik. Dia melihat hasil jangka panjang PRK N25. Lalu Si Mahathir ini ' curah minyak' untuk  renggangkan hubungan  PAS dengan PKR. Anak Lelaki ini mensarankan agar kerusi  MB  Selangor diambil oleh PAS.  Ini bukan kerana Mahathir telah 'bertaubat' untuk menyokong PAS tetapi ini dilakukan kerana saranan ini adalah cadangan jahat. Apa sahaja cadangan atau pandangan dari Anak Lelaki  Kutty ini adalah  pandangan jahat.  Tidak perlu kaji selidik dalam hal ini.

Tidak cukup dengan ' menaikkan syahwat PAS' , Anak Lelaki Kutty juga telah menghebohkan ke seluruh alam bahawa Anwar Ibrahim juga bertanggung jawab dalam Operasi Lalang. Dalam Operasi  Lalang seramai 106 warga telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 27 Oktober 1987. Dalam Operasi Lalang ini juga dua akhbar harian The Star dan Sin Chew Jit Poh, dan dua akhbar mingguan Watan dan The Sunday Star telah diharamkan.

Sayangnya umum dan sejarah mengetahui bahawa Operasi Satay Lalang...oppps.. Operasi Lalang ini ditelorkan, dieramkan dan dinentaskan oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty. Operasi ini berlaku kerana kuasa Mahathir Muhamad dan United  Malays National Organisation kian terhakis.

Tidak cukup dengan  Satay  Lalang ini, Anak Lelaki Kutty ini telah juga berkata bahawa memilih Anwar Ibrahim bermakna memilih kerajaan pro-Amerika. Bila saya terbaca berita  ini saya ketawa hingga terberak. Tetapi bukan macam orang lain bila berak akan terkentut. Saya tidak terbau apa-apa.  Yang  saya bau ialah  si Mahathir ini ialah ajen KBG -  Kerala Bilio Grundiq.

Yang cuba dijaja oleh  Anak Lelaki bukan Satay Kajang tetapi Burger Pro-Amerika. Kerana ianya burger maka ianya memerlukan satu ruang luas untuk saya mentakrifkan apa itu nikmat satay dan apa itu  racun burger.

Dari awal lagi telah saya nyatakan bahawa memahami politik di Malaysia ini bukan susah. Walau pun telah saya terangkan sejelas matahari terbit tetapi masih ada lagi sosok yang gagal memahami PRK N25 ini. Saya merasa hairan lagi takjub tentang kenapa ada pemuka dari Pakatan Rakyat sendirfi  yang tidak dapat membaca tepat arus politik yang sedang berlaku dihadapan mata sekarang.


Naratifnya amat senang. Anwar Ibrahim mahu dipilih rakyat untuk memasuki Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini dilakukan dengan niat untuk menjadikan Selangor basis utama dimana Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR – merancang  satu gerakan politik  yang ampoh untuk menggulingkan kuasa politik United Malays National Organisation.  Apakah ini tidak jelas?

Jika Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor ianya akan menjadi bonus tambahan kerana disebelah Anwar Ibrahim ialah Khalid Ibrahim pemikir ekonomi. Bayangkan politik Selangor dibawah pimpinan Anwar dan ekonomi  Selangor dibawah Khalid. Apakah pekara ini pun susah sangat untuk difahami. Apakah  fikrah telah bonsai? Atau kerana nafsu syawat telah dirangsang  dengan Satay Kajang oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty? (TT)

 NAMPAK PERANGAI EEE
 
 NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terkini
sesiapa berminat untuk melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45











-----------

KHALID DAN AZMIN SEKALI LAGI

Posted: 18 Feb 2014 08:03 PM PST






KOMENTAR TUKAR TIUB
sila baca sekali lagi
hishamuddin rais
bertanggung jawab 100% 
atas apa yang ditulisnya

nilaikan isi dari tulisan ini
gunakan akal dan fikrah
untuk menyelami tanda daan makna

PKR minta akhbar parti beri penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin Rais

PKR minta akhbar parti beri penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin Rais
PKR minta akhbar parti beri 
penjelasan berhubung penyiaran 
artikel Hishamuddin Rais


KHALID DAN AZMIN
Umum tahu Azmin Ali telah memasang niat untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Umum juga tahu bahawa Parti PAS dan DAP – sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat – tidak memiliki keyakinan terhadap sosok yang bernama Azmin Ali. Perlu diingatkan bahawa - kurang yakinnya PAS dan DAP terhadap Azmin Ali ini tidak  ada sangkut paut dengan  'perempuan heboh' yang bernama Ummi Hufilda Ali.

Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin. Apa dalam hati perut dua buah parti politik ini hanya mereka sendiri yang tahu. Keyakinan seharusnya wujud kerana  dua parti ini terikat dalam satu perserikatan bersama PKR. Dalam masa yang sama  Azmin Ali yang tidak diyakini ini  berpangat Timbalan Presiden PKR. 

- ulang baca disini -
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html


SIAPA TERBERAK
DIALAH YANG
TERBAU KENTOT

KAH KAH KAH


-----------

KELAS FALSAFAH MALAM ESOK

Posted: 18 Feb 2014 07:46 PM PST





LEBAI  ARISTOTLE

KELAS   FALSAFAH 
malam esok
akan mengupas falsafah yunani
dari kaca mata 
aristotle

sila ambil perhatian
kelas akan bermula jam 9:00 malam
dan 
bukan 9:30 malam


 RADIO BANGSAR UTAMA
akan membuat siaran langsung
bermula dari jam 9:00 malam
diberitahu
kepada semua pendengar
jika sebelum jam 9 malam
radio senyap
ini bermakna jabatan teknikal
sedang menyusun
justeru
jangan risau

JUGA
sila hantar maklumat melalui sms  tweet
ke radio bangsar
sama ada program ini dapat
di dengar dengan baiak atau tidak

JUGA
jika ada soalan 
untuk diajukan kepada kelas 
sila
hubungi radio bangsar
melalui tweeter


PENGUMUMAM
semua yang hantar email
telah diterima
semua boleh datang
ke universiti bangsar utama
atau
mengikuti melalui radio

tentang nota
tidak disediakan
sila dengar dan ambil nota

ulangan di radio
sila layari radio bangsar

video akan dikeluarkan
sabar

-------
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub
To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610
Dicatat oleh Tanpa Nama di 7:23 PTG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Jumlah Trafik

Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.