Tukar Tiub |
- KELAS FALSAFAH PLATO MALAM INI
- BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS
- TIPU BERAS ORANG KAMPONG
- AKHBAR HILANG LESEN
- MANA DIA KELAS BELETER
- SEJARAH GAGALIS 12 TAHUN DAHULU
- MEMAHAMI KAJANG
- PENGUMUMAN GAGALIS
- SALUT ANAK MUDA YANG BERANI
- TOKAN DADAH DARI IRAN
KELAS FALSAFAH PLATO MALAM INI Posted: 12 Feb 2014 06:46 PM PST KELAS FALSAFAH malam ini akan mengupas falsafah yunani dari kaca mata plato sila ambil perhatian kelas akan bermula jam 9:00 malam dan bukan 9:30 malam RADIO BANGSAR UTAMA akan membuat siaran langsung bermula dari jam 9:00 malam diberitahu kepada semua pendengar jika sebelum jam 9 malam radio senyap ini bermakna jabatan teknikal sedang menyusun justeru jangan risau JUGA sila hantar maklumat melalui sms tweet ke radio bangsar sama ada program ini dapat di dengar dengan baiak atau tidak JUGA jika ada soalan untuk diajukan kepada kelas sila hubungi radio bangsar melalui tweeter PENGUMUMAM semua yang hantar email telah diterima semua boleh datang ke universiti bangsar utama atau mengikuti melalui radio tentang nota tidak disediakan sila dengar dan ambil nota ulangan di radio sila layari radio bangsar video akan dikeluarkan sabar ------- |
Posted: 12 Feb 2014 06:18 PM PST BFM dilarang siar temubual dengan Anwar8:17PM Feb 12Stesen radio BFM dilarang menyiarkan temubual dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengenai pilihan raya kecil di Kajang KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH woit...DATANG KE RADIO BANGSAR... kah kah kah.. kah kah kah.... TAK PERLU LESEN.. TAK PERLU PERMIT... kah kah kah -------- |
Posted: 12 Feb 2014 05:40 PM PST ADAKAH MENTERI PERTANIAN MENGELIRUKAN ORANG AWAM MENGENAI IKRAR BERTULIS OLEH BERNAS Kenyataan Media oleh Gooi Hsiao Leung, bertarikh 12.2.2014 . Adakah Menteri Pertanian, Ismail Sabri Yaakob mengelirukan orang awam apabila beliau berkata kerajaan telah menerima ikrar bertulis daripada ( Padiberas Nasional Berhad) BERNAS , bahawa setelah penyenaraian keluar daripada BURSA Malaysia, BERNAS akan melaksanakan penstrukturan semula senarai semula , di mana pihak yang berkepentingan seperti Nafas (Persatuan Kebangsaan Peladang) dan Nekmat (Persatuan Nelayan Kebangsaan) akan setiap diperuntukkan 5 % pemilikan ekuiti dalam BERNAS . Dalam satu pengumuman awam semalam oleh BERNAS menjawab pertanyaan oleh BURSA Malaysia berhubung artikel yang disiarkan oleh TheEdge pada 10.02.2014, BERNAS telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa selepas siasatan penuh daripada pengarah dan pemegang saham utama, BERNAS menafikan pengetahuan langsung mengenai sebarang susunan bertulis dimana : (i) mana-mana penyusunan semula korporat (BERNAS) termasuk rancangan penyenaraian semula (dalam BURSA Malaysia) akan berlaku, dan (ii) di mana Persatuan Kebangsaan Peladang (" Nafas " ) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (" Nekmat " ) dimana akhirnya masing-masing akan memegang pegangan 5% dalam entiti baru yang akan disenaraikan. Penafian oleh BERNAS sedemikian mengenai susunan bertulis secara langsung bercanggah kenyataan Menteri Pertanian sendiri yang lebih awal diterbitkan oleh Bernama pada 26.11.2013, dimana beliau menyatakan bahawa kerajaan telah menerima ikrar ditulis daripada BERNAS bahawa cadangan penyenaraian keluar itu tidak akan menjejaskan para pemegang saham dan tanggungjawabnya terhadap petani dan pengilang , dengan menekan bahawa ; 1) penyenaraian keluar itu hanya sementara sehingga proses penstrukturan semula syarikat yang selesai, dan 2) BERNAS akan disenaraikan semula di Bursa Malaysia, dengan Nafas dan Nekmat masing-masing mendapat lima peratus pegangan saham dalam syarikat itu , yang menurut Menteri adalah lebih daripada sebelum ini. Saya sebelum ini pada November secara awam menekan Menteri Pertanian untuk mengemukakan ikrar bertulis yang didakwa dikeluarkan oleh BERNAS untuk penelitian awam tetapi gagal mendapat sebarang maklum balas daripada Menteri. Saya juga membangkitkan satu usul segera di Parlimen untuk membahaskan "penyusunan dan penyenaraian semula" rancangan BERNAS selepas penyeneraian keluar daripada BURSA Malaysia, seperti yang didedahkan oleh Menteri, tetapi usul saya telah ditolak oleh Speaker. BERNAS merupakan aset strategik penting negara , dimana hasil penyenaraian keluar BERNAS boleh menjejaskan beratus-ribu petani padi. Ini adalah perkara yang sangat serius, dan sebarang langkah oleh kerajaan untuk mengelirukan pihak-pihak berkepentingan dan para petani untuk mendapatkan penyenaraian keluar BERNAS diluluskan adalah pengkhianatan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kepentingan terbaik mereka. Menteri Pertanian mesti menjelaskan kenyataan terbaru oleh BERNAS dengan segera. Gooi Hsiao Leung Ahli Parlimen Alor Setar Naib Pengerusi PKR Kedah ------------ |
Posted: 12 Feb 2014 05:08 PM PST
PENAFIAN PERMIT PENERBITAN FZ.COM Saya ingin menyatakan kebimbangan dan kerisauan saya berkenaan berita Kementerian Dalam Negeri telah menolak permohonan Edge Communications Sdn Bhd untuk satu permit suratkhabar bagi syarikat tersebut iaitu FZ.com. Ini sangat mengejutkan dan adalah satu langkah yang sangat aneh memandangkan Mahkamah Tinggi baru sahaja memberi kebenaran kepada Edge Communications untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman terhadap Kementerian Dalam Negeri berkenaan keputusan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan kelulusan permit tersebut. Perkara ini muncul sejurus selepas suratkhabar The Heat digantung untuk beberapa minggu oleh Kementerian Dalam Negeri. Alasan-alasan penggantungan The Heat yang diberikan oleh Kementerian tersebut tidak kukuh dan sangat tidak jelas lalu menimbulkan persoalan, mengapa langkah ini diperlukan? Kementerian Dalam Negeri sekarang perlu memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia mengapa Kementerian perlu menolak permohonan lesen FZ.com. Kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan mengesahkan persepsi yang semakin meningkat bahawa Malaysia kejam terhadap wartawan yang adil dan bebas. Di dalam kedudukan kebebasan media terbaru yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Sans Frontieres), Malaysia mendapat kedudukan 147 di dunia. Ini merupakan kedudukan terendah negara sejak senarai itu mula dikeluarkan dan pada tahun ini kita menduduki tangga lebih rendah berbanding Myanmar! Sukar untuk menterjemahkan penggantungan-penggantungan suratkhabar baru-baru ini sebagai perkara lain melainkan bukti kukuh bahawa Kerajaan Najib Razak kini semakin takutkan bayang-bayang dan tidak boleh menerima sebarang kritikan. Ironisnya, pentadbiran yang sama ini membenarkan pula beberapa pertubuhan-pertubuhan yang kononnya NGO untuk mengeluarkan kata-kata yang berunsur perkauman dan membuat ugutan keganasan tanpa sebarang halangan. Tindakan ini juga menunjukkan janji-janji Perdana Menteri tentang perubahan adalah penipuan. Rakyat Malaysia sekarang boleh menghakimi sendiri betapa kosongnya janji-janji tersebut, khususnya pindaan-pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) yang membuat sedikit sahaja untuk melindungi media daripada penyalahgunaan kuasa dan dolak-dalih politik. Media yang bebas dan adil adalah perlu untuk sebarang masyarakat berfungsi dan makmur. Malaysia tidak akan berjaya untuk menjadi sebuah negara yang maju tanpanya. Kerajaan ini – jika benar-benar serius tentang perubahan dan membuat hidup rakyat Malaysia lebih baik – mestilah menolak peruntukan-peruntukan kejam di dalam Akta 1984, pastikan liputan yang adil di dalam media aliran utama dan bergerak ke arah melindungi hak untuk bersuara. NIK NAZMI NIK AHMAD TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA |
Posted: 12 Feb 2014 06:30 AM PST KOMENTAR TUKAR TIUB jelas kelas berleter buta politik mereka sebahagian dari masalah dan sebahagian dari jalan penyelesaian Taib bersara 28 Februari, Adenan Satem ketua menteri baru SarawakKAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... ADAKAH BERSIH AKAN BUAT KENYATAAN?... kah kah kah.. kah kah..ADAKAH MAJLIS PEGUAM AKAN BUAT KENYATAAN... kah kah.. woit..ADAKAH KELAS BELETER BANGSAR AKAN BUAT KENAYTAAN.. kah.. woit...INI BUANG DUIT... KENAPA BERHENTI JADI ADUN... kah kah kah.. kah kah kah..KENAPA TAK TUNGGU MATI... kah kah kah.. kah kah kah,,.,KENAPA TAK TUNGGU SAMPAI HABIS TEMPOH... kah kah ---------- |
SEJARAH GAGALIS 12 TAHUN DAHULU Posted: 12 Feb 2014 05:30 AM PST Photo nostalgia tahun 2001 muncul lagi,skandal lama anak mahasiswa Jurusan Sociology dari Canada mampir bersama aku Di Acara poetry reading di UBU.Jenifer Membaca coretan pendek dari Slyvia Plath..Ah perempuan!.sampai mati tak akan pernah selesai ceritanya. Kenangan 12 tahun menjadi segar..kerna Di UBU kami kami semua berjaya menamatkan ijazah PHD selama bertahun tahun di jurusan'Melawan Pembodohan' Rejim Barisan National'Di Universitas ini kami tidak di kenakan yuran,tidak ada aturan karut marut,tidak boleh itu dan ini. Di sini Di Larang Melarang sama sekali.Apa anutan mu,apa ras mu,apa agama mu kita adalah keluarga.Di UBU kita di ajar hal hal yang tidak ada sama sekali di Universitas lain di malaysia!Inilah Universitas yang byk melahirkan Graduan melawan pembodohan.Hari ini UBU maseh ada dan mengalir di setiap pembuluh darah kami.Dan Pengetua kami Hisham rais maseh ligat,maseh lincah menghasut sana sini.Salute! NOTA SEJARAH konsep gagalis muncul dari ubu kini perkataan gagalis konsep gagalis telah diterima pakai hendaknya akan masuk ke dalam kamus istilah pembudayaan melayu GAGALIS SEDUNIA BERSATU LAH ----------- |
Posted: 11 Feb 2014 08:48 PM PST KHALID DAN AZMIN Umum tahu Azmin Ali telah memasang niat untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Umum juga tahu bahawa Parti PAS dan DAP – sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat – tidak memiliki keyakinan terhadap sosok yang bernama Azmin Ali. Perlu diingatkan bahawa - kurang yakinnya PAS dan DAP terhadap Azmin Ali ini tidak ada sangkut paut dengan 'perempuan heboh' yang bernama Ummi Hufilda Ali. Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin. Apa dalam hati perut dua buah parti politik ini hanya mereka sendiri yang tahu. Keyakinan seharusnya wujud kerana dua parti ini terikat dalam satu perserikatan bersama PKR. Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangat Timbalan Presiden PKR. Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR. Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memilik DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA 'budak ekonomi' United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit. Kenapa Azmin Ali dikatakan membawa DNA berbarah ini akan dapat kita fahami dengan melihat apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor sekarang. Heboh-heboh tentang PKNS. Berlakunya pilihanraya kecil Dun N25 Kajang. Babak-babak dan berita ini jika diselidiki akan membawa percerahan untuk ahli PKR dan para pembaca. Akan mengenali siapa si Azmin Ali dan siapa Khalid Ibrahim. Dua protoganis politik Selangor. Minggu ini ada satu berita tentang Azmin Ali telah bocor. Berita ini melaporkan bahawa Azmin Ali telah mengambil duit dari seorang Cukong. Ada yang berkata Azmin ambil 8 ringgit, ada yang berkata 80 ringgit , ada yang kata 800 ringgit – malah ada yang kata 8 juta ringgit. Duit sebanyak ini telah masuk ke dalam saku Azmin Ali sebelum PRU13. Jumlah berapa banyak duit dirembat tidak penting. Yang penting apakah surah ini hanya ayat-ayat songsang dari laman-laman web. Tidak dijelaskan bagaimana duit ini masuk? Siapa memasukan? Apakah surah-surah ini saheh. Apakah Tok Perawinya boleh diyakini? Semua ini hanya boleh dirungkai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Mengikut laman FreeMalaysia Today – yang kepastiannya – masih dianggap Pak Pandir – Si Azmin ini telah menerima duit ini sebagai habuan untuk meluluskan satu projek PKNS yang tersangkut. Apakah duit 80 ringgit ini bertujuan untuk membeli minyak pelincir masih belum ada kepastian. Hanya SPRM yang maha mengetahui. Laman FreeMalaysia Today ini – yang memang tidak bersimpati kepada PKR – pasti gumbira apabila berjaya melaporkan berita ini. Tetapi kesahehan berita duit untuk meluluskan projek tergendala ini hanya Desas bin Lebai Desus. Boleh dilihat sebagai fitnah dan tohman untuk merosakan Azmin Ali. Bertujuan untuk mencurah minyak agar Azmin dan Khalid terus bergelawak. Grande finalenya untuk merosakkan PKR. Hanya SPRM yang maha mengetahui. Dalam masa yang sama kesah Azmin ambil duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa bagitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB?. Soalan-soalan ini telah berdengong disemua kepala yang berfikr. Macam ada Cukong di sebalik Gombak. Mari kita lihat perangai Azmin samenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling spana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipun PRU13. Isi twiter si Azmin ini jelas bersifat ' sabotaj'. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation. Isi twiter yang berbunyi ' mengheret rakyat ke jalan raya, menggunakan rakyat untuk ajenda pribadi' adalah hujah yang selalu kita dengar dan kita baca. Hujah ini kita baca dari Utusan. Hujah ini kita dengar dari TV3. Kita mendegar hujah ini keluar dari mulut bengolan politikus Ketuanan Melayu. Kita mendengar hujah ini berulang-ulang saperti rekod rosak sedang berputar. Maka pada ketika itu isi tweeter si Azmin Ali ini dilihat sebagai usaha untuk mematahkan semangat anak muda yang merasa tidak puas hati kerana telah ditipu oleh SPR. Bagaimana pulak dengan protoganis seorang lagi yang bernama Khalid Ibrahim? Si Khalid diheboh-hebohkan sebagai ' Mat Bersih' tidak rasuah. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Selangor ada seorang MB yang tidak makan rasuah. Tetapi dalam politik sifat tidak ambil rasuah ini belum mencukupi. Bersih tanpa rasuah adalah sifat yang baik. Sifat ini menjadi tidak bermakna apabila tidak dikahwinkan dengan kecekapan berpolitik. Kesah Khalid tak tahu 'politik' telah menjadi cerita rakyat. Contohnya : PKR ingin membantu memperkuatkan kedudukan MB Khalid Ibrahim. PKR menghantar Saifuddin Nasution sebagai 'Chief of Staff'. Apa jawapan Khalid Ibrahim? Dia buat dek. Akhirnya Saifuddin Nasution S/U Agong PKR meletakan jawatan tersebut. Jika babak ini bukan bebal politik maka Rosmah Mansor masih anak dara. Lihat pula langkah Khalid memberhentikan pegawai PKNS. Haji Desas bin Lebai Desus telah berkata bahawa beberapa orang pegawai PKNS ini adalah ' budak suruhan Azmin Ali' yang mendapat upah lumayan. Tetapi, dalam masa yang sama ramai juga pegawai PKNS ini yang tidak ada sangkut paut dengan Azmin Ali. Mereka ini tenaga profesional tetapi mereka juga turut ditamatkan kontrek. Mereka menjadi mangsa pertempuran Khalid dengan Azmin. Memang betul dari segi undang-undang Khalid Ibrahim tidak boleh didakwa dakwa kerana ' kontrek tamat'. Period. Ini sama saperti - Dolah Badawi juga tak boleh didakwa dakwi apabila menggunakan ISA untuk menangkap 10 ornag Refomis. Dolah Badawi melakukan tangkapan berlandaskan undang-undang. Jelas hukum dan undang-undang dijadikan benteng untuk melakukan kezaliman. Adalah TIDAK tepat apabila dihujah bahawa PRK N25 Kajang muncul kerana PKR ingin menyelesaikan masalah Azmin dan Khalid. Hujah dan surah songsang ini datang dari Kelas Berleter yang mengaku berimankan demokrasi. Kelas Berleter yang tidak tahu hujung pangkal, hanya mendapat maklumat dari media milik United Malays National Organisation. Kelas Berleter melihat PRK Kajang sebagai jalan penyelesaian masalah dalaman PKR. Memang betul PKR memiliki masalah dalaman. Memang betul PKR ada masalah - Azmin dan Khalid. Tidak ada parti politik yang tidak memiliki masalah dalaman. Parti politik hidup bernafas dalam dialektik. Dialetika inilah yang memberi oxygen untuk parti politik terus berjuang. Dalam kes PKR ini – seharusnya Azmin dan Khalid menenggelamkan perbalahan mereka. Seharusnya mereka melihat strateji N25 ini sebagai satu langkah yang mengjangkau luas. Perancangan N25 yang melintasi Gombak dan Ijok. Melintasi Bukit Antarabangsa dan Bandar Tun Razak. Sayangnya kedua protoganis ini ingin terus bertempur. Umum memahami keadaan Khalid Ibrahim yang sedang diasak. Umum tahu N25 ini akan membawa satu perubahan besar keatas Selangor. Sama ada Anwar Ibrahim jadi MB atau tidak bukan persolaan. Yang induk ialah harapan 52% rakyat Malaysia. Jumlah 52% ini ialah pengundi yang telah memilih Pakatan Rakyat dalam PRU13 tetapi kemenangan telah dirampas. 52% rakyat Malaysia mahu melihat Anwar masuk ke dalam pentabiran kerajaan Selangor secara dipilih rakyat. 52% rakyat Malaysia akan menunggu impaknya keatas politik nasional. Jika Khalid melepaskan jawatan kepada Anwar Ibrahim maka Khalid Ibrahim akan dingati bukan hanya sebagai sosok tidak rasuah tetapi juga sosok yang mengundur kerana faham adanya strateji politik yang lebih besar. Khalid Ibrahim juga faham bahawa dirinya akan terus diperlukan. Fikrah ekonomi Khalid Ibrahim akan terus dicontohi. Dawn Raid akan dinobatkan sebagai Khalid Ibrahim. Umum juga memahami Azmin yang dalam keadaan - do or die. Ini berlatarkan kenyataan Khalid yang ingin membawa masuk SPRM untuk menyiasat siapa yang memberhentikan Azmin Ali dari PKNS. Pasti ramai pembaca yang lalai dan tidak ambil peka kenyataan Khalid ini. Sambil lewa Khalid berkata bahawa SPRM akan dibawa masuk untuk menyiasat. Siapa yang peka akan bertanya: Kenapa SPRM dibawa masuk walhal ini hanya kes buang kerja. Ini bukan kes rasuah. Tetapi siapa terberak dialah yang terbau kentut. Jika Azmin tidak terketut maka dia tidak perlu takut kepada kehadiran SPRM yang akan menyiasat apa sahaja kes yang dilemparkan terhadap dirinya. Azmin Ali tak perlu takut hanya kerana dia memiliki DNA United Malays National Ornganisation. Jika Azmin Ali dan Khalid Ibrahim ingin terus bertempur dan menganggu gugat PRK N25 – tidak banyak yang dapat kita lakukan. Khalid Ibrahim MB Selangor. Azmin Ali Timbalan Presiden PKR. Kedua-dua bukan kecik anak. Jika mereka ingin terus bertempur dan terus degil sombong maka Si Luncai akan terjun dengan labu-labunnya. Yang menang tenggelam jadi arang yang kalah bertaburan menjadi debu. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan' dalam SUARA KEADILAN terbaru sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03- 92-21-10-45 ---------- |
Posted: 11 Feb 2014 08:08 PM PST |
Posted: 11 Feb 2014 07:39 PM PST SAJAK ANAK MUDA YANG BERANI tujuh hari mereka mengherdik aku kamu melawan allah! sabtu, kamu ini berbangsa arab ahad, kamu ini dari ahvaz isnin, ingatlah kamu ini warga iran selasa , kamu ketawakan revolusi kami rabu, kamu berani bersuara untuk orang lain? khamis, kamu ini penyajak dan penyaer jumaat, kamu ini anak jantan – untuk itu kamu wajib dibunuh? AL FATIHAH HASEM SHAABANI 1982-2014 983 1098ini adaLah antara tuLisan syair syeikh Hashem Shaabani yg syahid baru-baru ini di taLi gantung I.S.A iran By Hashem Shaabani For seven days they shouted at me: You are waging war on Allah! Saturday, because you are an Arab! Sunday, well, you are from Ahvaz Monday, remember you are Iranian Tuesday: You mock the sacred Revolution Wednesday, didn't you raise your voice for others? Thursday, you are a poet and a bard Friday: You're a man, isn't that enough to die? on PENYAER DI GANTUNG MATI Publish | Delete | Spam Nazrio Dond DoLLa on 2/11/14 -------- |
Posted: 11 Feb 2014 07:10 PM PST GETAH BUNGA POPI JADI CANDU KOMENTAR TUKAR TIUB baca berita ini baca betul betul kita ketahui dari banyak berita bahawa warga iran kini menjadi tokan dadah yang amat besar di malaysia ini jaringan tokan ini kini telah meluas tidak mustahil jaringan dadah iran ini satu hari nanti dapat mempengaruhi imigrisen akan mempengaruhi kastam akan mempengaruhi hakim akhirnya dapat mempengaruhi menteri kita baca berita ini apakah berita tangkapan ini akan lupus bagitu sahaja hilang ditiup angin? PEMBAKARAN DADAH DI IRAN Polis rampas dadah bernilai RM3 juta, tahan 11 individuKUALA LUMPUR: Polis membongkar sindiket pengedaran dadah yang menjadikan kondominium mewah di sekitar Lembah Klang sebagai makmal memproses dadah berikutan penahanan 11 orang, tujuh daripadanya warga Iran termasuk seorang lelaki Iran yang juga ketua sindiket terbabit dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata lelaki itu pernah ditahan sebelum ini namun tidak dapat disabitkan kerana tiada bukti kukuh. Kejayaan itu dicapai apabila pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) menyerbu sebuah rumah di Taman Maluri Kepong pada jam 1.15 pagi 6 Februari lalu dan menahan seorang lelaki tempatan sebelum polis merampas tiga bungkusan plastik dadah heroin seberat 1.2 kilogram (kg) dalam sebuah peti kayu. Dalam serbuan susulan, polis menemui sebuah makmal haram memproses dadah apabila menyerbu sebuah rumah di Batu Caves jam 3 pagi dan merampas lima bungkusan plastik dadah heroin seberat 2.3kg dan 280g serbuk dadah serta peralatan yang digunakan untuk memproses dadah dan menahan seorang lelaki warga tempatan. Noor Rashid berkata, dua hari selepas itu, hasil maklumat daripada suspek, polis menahan enam lelaki dan seorang wanita warga Iran di tiga rumah di sekitar Cyberjaya dan Jalan Ipoh jam 4 pagi. Polis turut membongkar makmal kedua memproses dadah apabila menyerbu sebuah rumah di Jalan Ampang pada jam 8.20 pagi dan merampas 9.7kg kristal syabu dan 11.6kg cecair syabu, 1,100 biji pil ecstacy, 4.6kg serbuk ephedrine dan 7.9kg serbuk bahan kimia serta beberapa jenis bahan kimia dan peralatan yang digunakan untuk memproses dadah. Sejam selepas itu, kata Noor Rashid, polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan di sebuah rumah di Sungai Besi dan merampas dua bungkusan plastik dadah syabu seberat 2.04kg yang ditemui di dalam sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah. Katanya, wang tunai RM213,308 dan tiga kereta jenis Toyota Vios, Honda City dan Jazz turut disita. "Semua suspek berumur 22 hingga 42 tahun ditahan reman seminggu," katanya sambil menambah polis percaya kegiatan ini membabitkan kerjasama sindiket luar dan tempatan. Noor Rashid berkata, ada juga warga tempatan yang ditahan itu, pernah ditahan sebelum ini kerana terbabit dalam kegiatan dadah dan gangsterisme dan menjadi anggota kumpulan kongsi gelap 'Geng 04'. - TIEWNAMA TOK FAKIR TANAM POPI UNTUK BUAT CANDU NOTA getah popi jadi candu candu di proses jadi brown sugar brown sugar di proses jadi heroin heroin di proses jadi morphine ---------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan