Sabtu, 8 Februari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menteri KDN galakkan perlakuan samseng

Posted: 08 Feb 2014 09:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Read More / Baca Lagi >>

Bayan Baru: Kekecohan hampir tercetus selepas ceramah Rafizi oleh kumpulan anti Pakatan

Posted: 08 Feb 2014 09:22 PM PST

 
 Kekecohan hampir tercetus di Bukit Gedung malam tadi sewaktu Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mahu meninggalkan lokasi itu selepas memberi ceramah mengenai pilihan raya kecil DUN Kajang dan kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Selepas bercakap kepada pemberita selama kira-kira lima minit selepas ceramah 40 minit dalam kawasan kejiranan di Bayan Baru itu, seorang lelaki tua menghampiri Rafizi untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah perumahan di negeri ini.

Menurut lelaki tersebut, sebuah rumah di Waterfall Garden akan dirobohkan pada 28 Februari.

Beberapa ahli NGO lain, termasuk Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) ketua Aminah Abdullah , juga cuba menghampiri Rafizi.

Turut serta dalam kumpulan itu, pihak yang sering terlibat dalam perhimpunan anti-Pakatan di negeri ini sejak gabungan itu mengambil alih kuasa pada 2008.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan itu dikawal ketat oleh para penyokongnya termasuk MP Bayan Baru Sim Tze Tzin yang membawanya melalui orang ramai ke arah kereta Toyota Camry yang sedia menunggu untuk menghantar dia pulang.

Ketika beliau memasuki kereta, ketegangan meningkat apabila anggota PKIM mula mengelilingi kenderaan itu sebagai menyatakan rasa tidak puas hati kerana Rafizi enggan meluangkan masa menyantuni mereka.

Rafizi bagaimanapun kemudiannya keluar daripada kereta dan berkata: "Saya telah menerima memorandum kamu dan akan menelitinya".

Anwar mahu Khalid, Azmin berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja PKNS

Posted: 08 Feb 2014 09:19 PM PST


Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail. 
Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta dua pemimpin parti itu – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, untuk berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja anak syarikat kerajaan negeri Selangor.
Anwar berkata, pergaduhan berterusan di antara Abdul Khalid yang merupakan menteri besar Selangor dan Azmin, pengerusi PKR Selangor, dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan lagi hubungan mereka.
"Saya sudah nasihati Khalid dan Azmin bahawa kita tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini. Khalid sudah mengatakan beliau sedang melihat mengenai perkara itu," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.
Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar kritikan melalui media selepas 22 pekerja PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSN) dipecat.

SPPBS Dan PBS: Persatuan guru tetap akan protes walaupun kementerian ajak berunding

Posted: 08 Feb 2014 09:17 PM PST

Sebuah persatuan guru tetap akan meneruskan protes di hadapan Kementerian Pendidikan bagi mendesak sistem pentaksiran pelajar yang baru dimansuhkan, walaupun kerajaan meminta mereka kembali ke meja dialog.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari, jurucakap kepada Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) berkata, mereka bertegas dengan pendirian mereka agar Sistem Pentaksiran Pelajar Berasaskan Sekolah (SPPBS) dimansuhkan sebelum ia dilaksanakan terhadap pelajar Tingkatan Tiga tahun ini.
Ini kerana pelajar tingkatan tiga seluruh negara akan menduduki peperiksaan penting Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada akhir tahun ini.
SGMM amat bimbang kelemahan di dalam pelaksanaan SPPBS dan kekeliruan majoriti guru dan pentadbir sekolah tentang bagaimana hendak melaksanakannya, akan memberi kesan yang buruk terhadap usaha guru untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi PMR, kata Mohd Nor Izzat.
"Masa sudah kita berikan selama tiga tahun. Akan tetapi apa yang dibuat oleh kementerian yang dikatakan membuat penambahbaikkan kepada PBS bukan menyelesaikan masalah, tetapi menutup kelemahan PBS itu sendiri.
"Kenyataan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri (Idris Jusoh) yang menyatakan masalah ini boleh dibawa bincang itu saya sifatkan sebagai kenyataan hipokrit.
"Respon saya kepada Datuk Seri, kita tunggu 22 Februari 2014 ini. Saya jemput Datuk Seri untuk hadir bersama kalau beliau rasa mahu berbincang," kata Mohd Nor Izzat, merujuk kepada tarikh protes tersebut.
Dilaporkan sebelum ini  SGMM berharap 200 guru akan turun bersama mereka bagi mendesak kementerian memansuhkan SPPBS, yang selama ini dilanda pelbagai kontroversi.
Protes oleh para guru itu boleh dikatakan jarang sekali dilakukan golongan itu, yang juga merupakan penjawat awam kerajaan persekutuan.
Protes tersebut dijadualkan akan berlangsung di hadapan pejabat kementerian di Putrajaya pada hari Sabtu, 22 Februari.
Read More / Baca Lagi >>

Bolasepak Kita Pun Ganas Juga - Prof Dr Agus

Posted: 08 Feb 2014 09:00 PM PST

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Dahulu, mutu bolasepak negara kita tidaklah teruk. Pada tahun 1972, kita melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich setelah menewaskan negara-negara hebat Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Pemain-pemain kita ketika itu ialah seperti adik beradik Namat dan Shaharuddin Abdullah, Abdullah Nordin (ketua pasukan) Wong Fook Chuan, Zulkifli Norbit dan... N. Thanabalan. 


Pada tahun 1980, negara kita sekali lagi layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun memboikotnya kerana menentang tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. Antara pemain yang menjadi sanjungan peminat ketika itu ialah Mokhtar Dahari, V. Arumugam, Santok Singh, Serbegeh Singh dan Soh Chin Aun.

Namun, memasuki tahun 1990-an, mutu bola sepak kita merudum sekali. Faktornya banyak untuk dibincangkan bermula dari rasuah, perubahan format liga dan kepimpinan FAM. Akibatnya ranking Malaysia yang berada di tangga 75 pada Ogos 1993 (di atas Turki dan Afrika Selatan), kini berada di kedudukan 154 pada Januari 2014 mengikut senarai FIFA, hanya setanding dengan pasukan Bangladesh, Maldives dan Chad.

MINAT BOLA SEPAK MENINGKAT SEMULA

Setelah beberapa waktu bola sepak negara kita sepi, ia kembali mendapat perhatian peminat setelah negara kita menjadi juara Bola Sepak ASEAN yang dikenali sebagai Piala Suzuki pada tahun 2010. Kehebatan Malaysia menyerlah lagi apabila di Stadium Bong Karno, kita membaham Garuda dengan penalti 4-3 untuk menjadi juara Sukan Sea 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar persoal keikhlasan dialog konsensus nasional Putrajaya dalam isu Teresa Kok

Posted: 08 Feb 2014 08:50 PM PST



Anwar berkata pentadbiran Najib, terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail. 
Anwar berkata pentadbiran Najib, terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR). – Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keikhlasan Putrajaya berhubung dialog konsensus nasional apabila tiada seorang pun daripada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyelar ugutan perkauman dan ancaman terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua pembangkang itu mengutuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan tawaran menampar Kok bukanlah satu ancaman.‎
"Saya nak ‎tanya Zahid, bagaimana boleh benarkan ancaman begini begitu sahaja? Tidak kira jika anda bersetuju dengan dia atau tidak, undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.
Dengan mengatakan tawaran RM1,200 daripada kumpulan Melayu ekstremis kepada sesiapa yang berjaya menampar Kok bukan ancaman, Anwar berkata, pentadbiran Najib terutamanya Zahid tidak ikhlas untuk mengadakan konsensus nasional bersama Pakatan Rakyat (PR).

Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok‎, kata peguam

Posted: 08 Feb 2014 08:49 PM PST

Peguam jenayah mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dengan berkata terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan jika kesalahan dilakukan.
Mereka berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara profesional dan menyiasat apabila nyawa seseorang terancam, walaupun mereka di bawah kementerian yang diketuai Ahmad Zahid.
Peguam Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana laporan polis sudahpun dibuat.
"Polis sepatutnya menguatkuasakan  undang-undang mengikut buku statut," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk didakwa.
Syahredzan berkata, dengan membuat kenyataan sebegitu, Ahmad Zahid sebenarnya menggalakkan tindakan tersebut, yang jelas melanggar undang-undang.
"Pelaku salah juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya.
Ahmad Zahid berkata tidak perlu membuka penyiasatan atas laporan polis dibuat terhadap Majlis NGO Islam - menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar ahli Parlimen Seputeh dan menyembelih ayam serta mencalit darahnya atas kain rentang dengan wajah pemimpin Cina DAP dan PKR di atasnya.
"Menampar bukan satu ancaman. Kalau mereka katakan bunuh, itu barulah ancaman," kata menteri itu semalam.
Pada Khamis, badan yang digelar Majlis NGO Islam, menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cinanya, bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.
Read More / Baca Lagi >>

NGO lumur darah ayam rosak imej negara

Posted: 08 Feb 2014 08:47 PM PST

TAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP.

Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan.

"Lebih malang apabila kumpulan terbabit menggunakan nama Islam, sedangkan ia tiada dalam ajaran Islam itu sendiri," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Bukit Gantang, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan terbabit yang bertindak melakukan penyembelihan dan melumur darah pada kain rentang yang terdapat wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Idris berkata, kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berulang kerana ia hanya akan merosakkan imej negara.

"Oleh itu, kita amat berharap pihak polis dapat bertindak dengan sewajarnya kerana gambar-gambar juga ada, mustahil mereka tindakan tidak boleh diambil," katanya.

Kolumnis Utusan Malaysia gesa tindakan tegas terhadap Teresa Kok

Posted: 08 Feb 2014 08:46 PM PST

Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menggesa Putrajaya mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok atas penglibatannya dalam video provokasi.
Dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, kolumnis Awang Selamat menuduh video sambutan Tahun Baru Cina berjudul 'Onederful' tersebut sebagai 'rasis' dan 'berbahaya' kepada keharmonian negara.
"Awang berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Peguam Negara bertindak segera ke atas provokasi beliau yang sangat berbahaya.
"Tolonglah jangan berlengah-lengah. Mahu tunggu berapa ribu aduan polis dibuat, yang sudah jadi bahan sinikal?" kata Awang yang dipetik dalam Mingguan Malaysian hari ini.
Awang Selamat menyatakan kebimbangan sekiranya dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan, ia mungkin akan menyebabkan berlakunya ekstremisme kaum.
Menurut Awang lagi, tindakan menghasilkan video yang 'rasis' pada hari perayaan adalah suatu yang memalukan dan menghasut kaum Cina berfikiran tidak baik kepada pemerintah.
"Tiada agama yang mendorong penganutnya untuk berfikiran jahat pada hari perayaan.
Read More / Baca Lagi >>

"Soh Dok Mandi Junub Saya?" - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:40 PM PST

Hukum KARMA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:40 PM PST

Isteri Nak Minta Cerai Suami Pil Kuda - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:38 PM PST

Memancing Di Kolam Berbayar..Bayar Tapi Ikan Tak Dapat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Feb 2014 08:38 PM PST

Rasulullah Gilap OKU II

Posted: 08 Feb 2014 08:38 PM PST

Rasulullah Gilap OKU I

Posted: 08 Feb 2014 08:37 PM PST

Al Fatihah: Pak Yazid meninggal dunia pagi ini di HKL

Posted: 08 Feb 2014 06:28 PM PST

KUALA LUMPUR: Veteran PAS dan pendakwah terkenal, Ustaz Yazid Jaafar meninggal dunia pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua. Jenazah dibawa ke rumahnya di Kampung Baru untuk disempurnakan. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang selepas solat Zohor. - Al Fatihah


 JASA-JASA ALLAHYARHAM :

1. Mengetuai Perbarisan Hari Merdeka pada 31 Ogos 1957.

2. MANTAN YDP Persatuan Bekas Perajurit Force 136.

3. Menyertai PAS pada 1956.

4. Pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor pada 1970-1974.

5. Pernah bertanding dalam PRU 1969 melawan Allahyarham Tun Abd. Razak di Pekan.

6. Merupakan petugas sepenuh masa di Pejabat Agung Pas semenjak 1964-1974.

7. Menjadi Guru Agama dan Pendakwah Bebas Tersohol di Lembah Kelang sekitar tahun 1960-2014.

- SUMBER RUJUKAN : Jabatan Arkib Pas -


Zahid, Jika Rakyat Tawar Tampar Menteri2 Malaysia, Adakah Ini Bukan Ancaman?

Posted: 08 Feb 2014 06:25 PM PST

 

Najib dikangkungkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Posted: 08 Feb 2014 05:54 PM PST


Masjid Al-Aqsa diserang tentera Zionis

Posted: 08 Feb 2014 05:51 PM PST

Masjid Al-Aqsa diserang  
Penduduk Palestin membalas serangan dengan membaling batu.
BAITULMUQADDIS - PALESTIN. Tentera Israel bertindak biadab membaling bom ringan di masjid Al-Aqsa, Timur Baitulmuqaddis.

Pertempuran antara tentera Israel dan jemaah itu tercetus selepas solat Jumaat, kelmarin.

Puluhan jemaah kemudiannya berbalas serangan dengan membaling batu sambil melaungkan, 'kami mengorbankan darah dan jiwa kami untuk anda demi Aqsa!'.

Seorang lelaki cedera dan dirawat di dalam kawasan masjid.

Imam masjid Mohamed Hussian yang mengutuk serangan itu berkata, insiden itu adalah pencabulan jelas yang ditolak oleh semua agama dan undang-undang antarabangsa.

"Ia adalah satu pelanggaran terang-terangan terhadap masjid Al-Aqsa. Pihak berkuasa Israel bertanggungjawab terhadap serangan ini kerana mereka memerintahkan askar untuk melakukan serangan yang bertujuan untuk merampas masjid ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld memberi helah bahawa pihaknya mendapat maklumat terdapat beberapa penduduk Israel membaling batu ke arah anggotanya di situ.

"Kami mendapat maklumat mereka membaling batu ke arah anggota petugas selepas solat Jumaat dan sebagai tindak balas kami terpaksa menggunakan bom untuk meleraikan serangan itu," katanya menurut laporan Al Jazeera.

Susulan kejadian itu, seramai tujuh orang awam ditahan selepas dua jam kekecohan itu tercetus.

Nyahkan 'Firaun, Qarun dan Abu Jahal' daripada diri sendiri...

Posted: 08 Feb 2014 05:43 PM PST

Oleh Lanh
TUGAS wartawan seumpama posmen, demikian saya dan rakan-rakan selalu diingatkan seorang pensyarah kewartawanan puluhan tahun lalu. Hantar saja surat (laporan) kepada penerima (pembaca), jangan sesekali 'memasukkan fikiran atau pendapat' sendiri dalam sesuatu laporan itu. 

Lapor seperti apa yang kamu nampak, katanya, jangan pandai-pandai membuat tambahan. Namun hal ini menjadi amalan dalam penulisan berita, tidak dalam penulisan bentuk lain seperti komentar, ulasan dan ruangan pojok.Apabila semakin matang dalam dunia penulisan, sebahagian wartawan kanan sudah ada kolum masing-masing. Mereka berkomentar dalam ruangan pojok dan dalam banyak kesempatan, selalunya mereka menyuarakan pendapat sendiri terhadap isu semasa tertentu termasuklah keadaan sosial masyarakat. Ada yang menyentuh jati diri generasi baru yang semakin terhakis sifat mulia seperti terlalu mementingkan diri sendiri, tidak sabar, tamak haloba dan sebagainya.
Benar, tugas penulis adalah 'menyuluh' hal ehwal masyarakat, kemudian membentangkannya untuk tatapan dan renungan kumpulan sasaran (seperti pembaca). Namun teramat jarang, penulis 'membedah siasat' dirinya sendiri; sebagai contoh apabila dia menulis menyatakan sifat sabar semakin terhakis di kalangan orang awam, sebenarnya diri kita sendirilah yang tak sabar. Jika kita menuding jari menyatakan seseorang itu salah, tiga jari kita akan menuding ke arah kita, menunjukkan kitalah yang bersalah.
Ibrahim Adham, seorang tokoh sufi termasyhur dalam menyatakan 10 sebab mengapa doa kita ditolak, antara lain berkata: "Kamu sibuk menceritakan/melihat akan keburukan orang, tetapi kamu tidak melihat pun keburukan diri kamu." Jadi, apabila kita katakan orang tidak sabar, hakikatnya kitalah yang tidak sabar. Memang betul, apabila seseorang rakan kita ditimpa sesuatu musibah, kita ucapkan kepadanya, "bersabarlah." Namun, apabila berada di kedudukan kawan kita itu, adakah kita 'dapat bersabar' seperti yang kita pinta rakan kita lakukan?
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan premium insurans kenderaan tambah beban rakyat

Posted: 08 Feb 2014 05:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Tatkala kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 23 Februari ini, bayaran premium untuk insurans kenderaan dinaikkan tanpa sebarang pemakluman rasmi.
Bagi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar), kenaikan premium insurans kenderaan itu pastinya membebankan rakyat kerana ia bakal meningkatkan kos pemilikan kereta yang sudah pun tinggi akibat keengganan kerajaan BN menghapuskan duti eksais ke atas kenderaan.
"Saya merujuk kepada keputusan kerajaan BN yang dibuat dalam tahun 2012 untuk membenarkan kenaikan premium (insurans) kereta setiap tahun sehingga tahun 2016.
"Kadar baru premium insurans kereta akan dikuatkuasakan bermula 15 Februari 2014 ekoran dari keputusan menaikkan kadar premium insurans tahunan itu," ujarnya dalam satu kenyataan media.
 Menurut Rafizi, kadar premium insuran kereta ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia dan berada sepenuhnya di dalam kawalan kerajaan persekutuan.
Kenaikan kadar premium insurans ini, jelas beliau berpunca daripada kelulusan yang diberikan kerajaan BN.
Rafizi menambah, keputusan kerajaan BN membenarkan kenaikan premium insurans kenderaan secara jelas mempermainkan harapan rakyat yang mahukan kos pemilikan kereta di Malaysia diturunkan.
Read More / Baca Lagi >>

Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata bekas ahli majlis syura PAS

Posted: 08 Feb 2014 05:20 PM PST


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014. 
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014.

Seorang bekas ahli majlis syura PAS yang semakin terkenal di kalangan golongan Melayu sederhana, menyalahkan jabatan agama negeri bagi kes murtad orang Melayu, dan bukannnya kegiatan dakwah orang Kristian.
Wan Ji Wan Husin yang merupakan seorang ustaz, berkata, adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.
"Untuk berkata orang Kristian menggunakan perkataan itu untuk memurtadkan orang Muslim atau mengelirukan mereka adalah sangat salah dan tidak benar.
"Ini tidak pernah berlaku. Perkataan Allah sudahpun digunakan orang Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad lagi, tetapi tidak pernah sekali pun Nabi Muhammad berkata ia digunakan untuk mengelirukan orang Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahli PAS itu berkata, sebaliknya orang Islam sendiri yang membelakangkan agama kerana kelemahan jabatan atau agensi agama.
"Terdapat juga kelemahan zakat, yang sepatutnya menolong mereka yang memerlukan.
"Sudah banyak kes di mana orang Islam miskin tidak menerima bantuan yang mereka perlukan daripada masjid. Gerejalah yang membantu mereka dengan makanan dan tempat berlindung," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengatakan perkataan Allah, jika digunakan orang Kristian di dalam Bible, akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang Islam yang mungkin salah faham tentang identiti "Allah", dan akan membawa mereka kepada murtad.
Ini menyebabkan pengharaman perkataan tersebut terhadap akhbar Katolik mingguan Herald yang dibantah orang Kristian, mendakwa sekatan tersebut melanggar hak beragama mereka.
Wan Ji mengecam sekatan tersebut dengan mengatakan tiada apa di dalam Al-Quran yang menunjukkan perkataan itu eksklusif untuk orang Islam.
"Malah, di dalam Al-Quran, Kristian diminta berjanji atas nama Allah apabila mereka perlu menafikan dakwaan terhadap diri mereka.
Beliau menegaskan mereka yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sedang menggunakan 'sentimen Melayu', dan bukannya prinsip Islam.
"Tiada asas tentang ini dalam ajaran Al-Quran dan Hadis. Ini semua sentimen Melayu."
Pada 2 Januari, Jabatan Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban kerana mempunyai perkataan Allah di dalamnya.
Read More / Baca Lagi >>

Full interview - Part 3: 'People overestimate Mahathir's influence'

Posted: 08 Feb 2014 05:09 PM PST

Negara Lemah: Pengguna semakin hilang keyakinan

Posted: 08 Feb 2014 04:18 PM PST

Pengguna semakin hilang keyakinan
KEYAKINAN pengguna di Malaysia kini berada di paras terendah sejak 2010, dengan Indeks Keyakinan Pengguna berada pada 98 mata, menurut laporan dikeluarkan Nielsen, firma antarabangsa yang menyediakan maklumat pasaran dan perkhidmatan penilaian.

Paras itu menandakan kali pertama keyakinan pengguna di Malaysia jatuh di bawah 100 mata sejak 2010, menunjukkan rakyat Malaysia bersikap kurang optimis terhadap perbelanjaan dan kewangan mereka.

Tinjauan Global Keyakinan Pengguna dan Niat Pembelian Nielsen itu dibuat bagi menilai keyakinan pengguna, kebimbangan utama, dan niat pembelian lebih daripada 30,000 responden yang mempunyai kemudahan Internet di 60 negara.

Walaupun tahap keyakinan pengguna Malaysia berada pada paras terendah sejak tiga tahun lalu, secara keseluruhan pengguna di Asia Tenggara mendahului penduduk dunia dengan sikap optimis yang berhati-hati, dan tahap keyakinan di rantau ini terus berada pada tahap tertinggi di dunia pada suku keempat 2013.

Menurut laporan itu, Indonesia mencatat markah Indeks Keyakinan Pengguna tertinggi antara semua negara, iaitu 124 mata, diikuti oleh Filipina (114) dan Thailand (109).

Vietnam berada di kedudukan sama dengan Malaysia dengan 98 mata manakala Singapura 97 mata.

Pengarah Urusan bagi Nielsen Malaysia, Richard Hall berkata, walaupun kepercayaan pengguna menurun, Malaysia tetap kukuh berbanding negara lain di dunia.

"Ini membuktikan walaupun Eropah dan Amerika Syarikat masih mengalami kemerosotan berikutan kemelesetan ekonomi, negara seperti Malaysia dan negara Asia Tenggara lain terus menikmati pertumbuhan ekonomi positif," katanya.

Kenaikan harga makanan kebimbangan utama

Lebih satu pertiga pengguna Malaysia yang menyertai kaji selidik itu menyatakan keadaan ekonomi adalah kebimbangan utama (35 peratus), diikuti peningkatan harga makanan bagi enam bulan berikutnya.

Read More / Baca Lagi >>

Provokasi Perkauman Dan Agama: Di mana Najib Razak?

Posted: 08 Feb 2014 04:14 PM PST

Amin Iskandar@Black

Di manakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Malaysia memerlukan kepimpinannya?
Ketika provokasi demi provokasi yang mungkin akan memusnahkan keharmonian kaum dan agama, Najib tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya.
Lebih memburukkan keadaan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semalam, tawaran RM1,200 daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya menampar Teresa Kok tidak dianggap sebagai satu ancaman.
Ahmad Zahid juga berkata, polis hanya akan bertindak sekiranya NGO tersebut mahu membunuh.
Jika di negara maju, menteri kanan yang 'pintar' seperti Ahmad Zah‎id sudah pasti akan dipecat kerana kenyataannya akan dianggap mewakili kerajaan.
Akan tetapi di Malaysia berbeza, seseorang menteri boleh berbuat dan berkata apa sahaja‎.
Apakah Najib akan membiarkan kenyataan Ahmad Zahid mewakili pendirian kerajaan Malaysia?
Bayangkanlah bagaimana rakyat mahu merasa selamat apabila seorang menteri kanan boleh mengatakan sesuatu galakan  jenayah secara terbuka seperti ditawarkan NGO Islam itu bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai ancaman.
‎Jadi selepas ini jika terdapat tawaran berbentuk ganjaran wang daripada pihak pembangkang kepada seluruh rakyat yang berjaya menampar Ahmad Zahid, apakah jawapan sama akan diberikannya?
Najib harus bertindak segera sebelum terlambat.
Beliau juga harus ingat, ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein, dihormati kebanyakan rakyat Malaysia.
Jangan sampai beliau jadi pemusnah kepada legasi Abdul Razak.
‎Bagaimana pula dengan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama?
Apakah Najib mahu melihat ia turut musnah?
‎Isu pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sudah menyebabkan Malaysia ditertawakan di persada antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: