RAKYAT MARHAEN |
- EGM MCA Ahad ini mungkin tidak sah, kata pengkritik...jangan risau ROS tak kacau maa..!!!
- Sutera: Bercanggah fitrah lelaki - Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
- Menteri JPM cadang buang perkataan `bangsa’ dalam semua borang rasmi
- Chew Mei Fun Calon BN, Perkasa Wajib Jadi Tukang Kempen Utama
- Timbalan Menteri Pendidikan akui PBS susah
- Sekat penyebaran fahaman anti hadis
- Pelajar universiti turut serta bantah PBS
- Perlindungan untuk pelarian di Kajang cetus kejutan..!!!
- Umat Islam berhimpun bantah Kassim Ahmad dan sokongan Dr Mahathir
- TG Nik Aziz selar Kassim Ahmad
- Walau BN letak calon MCA, Umno tetap sasaran Anwar di Kajang
- UMNO dan PKR perlu tukar pemimpin mereka, baru aman negara..!!
- Himpunan 222: Putrajaya tidak boleh ditegur, guru kritik PBS ditukar ke pedalaman
- Malaysia Masih Selamat: ‘Empat jam dalam neraka’
- Malaysia Kita: Menari seksi ganti emak
- Facebook WhatsApp deal
- Muslims fleeing violence in Central African Republic attacked
- Take a tour of Kiev's Independence Square
- Ukraine rivals sign deal to end crisis
- CNN iReporters share their stories from Kiev
- [Exclusive] Waytha speaks on the failed 16 meetings
- Kassim Ahmad: Kita tunggu dan lihat lakonan seterusnya......
- Harapan dan masa depan Sarawak pasca era Taib Mahmud
- Ukraine on edge of deal?
- Hundreds die in Syria airstrikes
EGM MCA Ahad ini mungkin tidak sah, kata pengkritik...jangan risau ROS tak kacau maa..!!! Posted: 21 Feb 2014 09:18 PM PST Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA Ahad ini untuk mendapatkan sokongan ahli agar pemimpinnya boleh kembali memegang jawatan kerajaan boleh menjadi tidak sah kerana notisnya tidak mengikut peraturan, kata pengkritik. Datuk Seri Liow Tiong Lai menggunakan kuasanya sebagai presiden sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan parti itu untuk memendekkan notis panggilan mesyuarat kepada tujuh hari sahaja untuk membolehkan perwakilan mengundi resolusi 3-dalam-1 untuk menyertai semula kerajaan Barisan Nasional di peringkat pusat, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Bagaimanapun, perlembagaan MCA itu menyatakan memendekkan notis itu hendaklah dibuat melalui satu resolusi dalam EGM, di mana ia tidak dinyatakan dalam notis yang dihantar kepada perwakilan. "Jika mereka teruskan EGM tanpa resolusi yang spesifik untuk membetulkan arahan presiden, maka resolusi 3-dalam-1 itu akan bercanggah dengan perlembagaan. "Ia boleh menyebabkan EGM ini terbatal," kata peguam yang juga timbalan pengerusi biro Negeri Sembilan, Tan Foong Luen kepada The Malaysian Insider. Selain itu, ada juga ahli yang tidak senang dengan keputusan parti untuk mengadakan EGM. Semalam, kira-kira 10 ahli MCA membuat protes dengan duduk dan menaikkan poster di depan ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur mendesak bahawa masa tidak sesuai lagi untuk pemimpin mereka menerima jawatan Kabinet. Read More / Baca Lagi >> |
Sutera: Bercanggah fitrah lelaki - Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz. Posted: 21 Feb 2014 08:58 PM PST Sutera sememangnya hanya dikhususkan kepada golongan wanita sahaja dan diharamkan untuk lelaki, kata penceramah, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz. Katanya, sutera diharamkan bagi orang lelaki kerana ia bercanggah dengan fitrah lelaki. "ALLAH SWT menjadikan fitrah sifat orang lelaki itu kasar, dan fitrah wanita itu lembut dan halus. "Sebagaimana yang kita tahu, sutera adalah kain yang sangat lembut, maka ia tidak sesuai dengan sifat kejantanan, tetapi ia sesuai dengan kelembutan wanita," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Katanya, hukum asal bagi memakai sesuatu pakaian adalah harus, sehinggalah datangnya dalil yang melarang pemakaian sesuatu jenis pakaian itu kepada lelaki. "Jika kain yang digunakan untuk membuat pakaian adalah 100 peratus daripada sutera, maka ianya haram dipakai oleh kaum lelaki yang telah baligh. "Tetapi peratusan sutera lebih sedikit dari campuran yang lain, jadi hukumnya harus memakainya dan lelaki boleh memakai sutera sekiranya sutera itu adalah tiruan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Menteri JPM cadang buang perkataan `bangsa’ dalam semua borang rasmi Posted: 21 Feb 2014 08:56 PM PST Sudah sampai masanya perkataan bangsa dibuang daripada semua borang rasmi di negara ini bagi membentuk satu identiti nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. Beliau berkata, sedih melihat rakyat Malaysia masih dipisahkan oleh bangsa dan agama selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan. "Mungkin sampai waktunya kita membuang keperluan untuk meletakkan bangsa dalam semua borang di negara ini. Kurup yang juga menteri yang bertanggungjawab kepada perpaduan juga berkata, bila lagi rakyat mahu melihat diri mereka sebagai orang Malaysia, bukan atas nama bangsa. Kurup juga membidas kritikan terhadap MKPN, termasuk NGO hak Melayu Perkasa yang sebelum ini menubuhkan majlis perpaduan mereka sendiri. "Saya hanya mempunyai satu nasihat kepada kumpulan sebegini. Tolong fahami masalah yang dihadapi oleh negara sekarang iaitu kerajaan perlu seimbangkan antara tuntutan idealisme dan keterbatasan hidup seharian serta kepentingan setiap komuniti," katanya. Perkasa mengumumkan pembentukan majlis perpaduannya sendiri kerana hilang keyakinan kepada MKPN yang ditubuhkan kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
Chew Mei Fun Calon BN, Perkasa Wajib Jadi Tukang Kempen Utama Posted: 21 Feb 2014 08:53 PM PST BN akhirnya memutuskan calonnya bagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan ialah Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun. Meskipun beliau seorang wanita, tetapi dengan kedudukannya dalam MCA serta pengalamannya pernah menjadi Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen sebelum ini, beliau dianggap calon terbaik untuk menghalang Anwar daripada memenangi kerusi itu dan seterusnya menjadi MB Selangor. Dengan sahnya BN turut menyertai pilihanraya kecil ini dan mengelak untuk membiarkan Anwar hanya ditentang oleh calon Bebas dan sekaligus boleh menjimatkan wang kerajaan, pengundi Kajang sudah boleh membayangkan kemeriahan kempennya yang pasti disusuli dengan pelbagai pengumuman projek segera bernilai juta-jutaan ringgit untuk mendapatkan sokongan. Menyedari cabaran BN dalam pilihanraya ini bukannya mudah dan Najib sendiri mengakui perlunya BN bekerja dua kali ganda daripada biasa, limpahan projek pembangunan dan seumpamanya juga mungkin turut berlipat kali ganda jumlahnya. Menariknya pilihanraya kecil ini bukan saja kerana ia akan membuka jalan kepada Anwar menjadi MB Selangor dan BN pula cuba menghalangnya, tetapi pihak yang turut menyertai pilihanraya ini juga adalah semata-mata untuk menghalang kemaraan Anwar itu. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mengumumkan hasratnya bertanding adalah semata-mata untuk menghalang Anwar menduduki kerusi MB Selangor dan mengekalkan Khalid Ibrahim di kerusi tersebut, meskipun tiada sesiapa yang memintanya berbuat demikian. Calon Bebas lain yang turut mengumumkan untuk bertanding seperti Nallakaruppan, Yuktes Vijay dan Herman Tino, walaupun hasratnya juga mahu menghalang Anwar, mungkin sudah hilang semangat meneruskan niat masing-masing berikutan pengumuman yang dibuat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan. Zaid juga dijangka tidak mampu memberi saingan yang hebat dan persaingan sebenar adalah antara PKR dengan BN. Read More / Baca Lagi >> |
Timbalan Menteri Pendidikan akui PBS susah Posted: 21 Feb 2014 06:22 PM PST KUALA LUMPUR: Jika Timbalan Menteri Pendidikan, YB P Kamalanathan juga mengeluh untuk mengisi data seorang murid dalam sistem penilaian pelajar, bagaimana pula dengan keadaan guru-guru yang mempunyai kira-kira lebih 80 pelajar untuk tugasan tersebut? Demikian ulas Nasrudin Hasan, Ahli Parlimen Temerloh merangkap AJK PAS Pusat. Ulasan beliau merujuk kepada berita dalam yang disiarkan dalam The Star Online semalam. Kamalanathan mencuba sendiri sistem tersebut ketika kunjungannya ke beberapa buah sekolah di kajang semalam. Beliau mengambil masa lebih dua minit untuk memasukkan data seorang pelajar ke dalam sistem. "Walaubagaimanapun, saya memberi pujian terhadap usahanya dalam memahami keluhan para guru dalam menggunakan sistem ini." "Saya melihat antara masalah utama yang dihadapi oleh para guru hari ini adalah mengurus hal ehwal pentadbiran kerana terlalu banyak sistem offline dan online yang perlu dilakukan. Ini tidak termasuk dengan pelbagai aktiviti bersama para pelajar, dikalangan guru dan ibu bapa." Read More / Baca Lagi >> |
Sekat penyebaran fahaman anti hadis Posted: 21 Feb 2014 06:17 PM PST Mohd Radzi Mohd ZinKassim, seorang karyawan dan bekas aktivis politik mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan `kasta paderi'. Beliau turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa golongan itu melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita. Satu lagi cadangan seminar itu adalah membuat surat untuk memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad. Alhamdulillah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pantas bertindak dengan memberi respons berhubung isu tersebut. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengeluarkan kenyataan bahawa pemikiran Kassim itu adalah salah dan perlu dijauhi. "Memandangkan pemikiran Kassim ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, (ASWJ) maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini. "Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam," katanya kelmarin. Sebagai orang Islam, amat penting bagi kita berusaha memastikan akhir hayat kita adalah dalam khusnul khatimah (kesudahan yang baik), bukan sebaliknya iaitu suul khatimah. Antara yang membawa kepada kesudahan tidak baik adalah melanggar asas sumber utama hukum agama. Dalam fahaman ASWJ sumber utama hukum adalah Al-Quran dan sunnah diikuti ijmak ulama dan qias. Pendek kata, menolak salah satu daripada perkara itu boleh menjadikan seseorang itu murtad. Ini termasuklah golongan yang menolak hadis. Ini turut ditegaskan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria iaitu umat Islam yang menolak hadis dan Al-Quran hukumnya boleh murtad kerana ajaran serta undang-undang Islam berdasarkan kepada dua asas tersebut. Hadis daripada segi istilahnya sebagai mana yang kita sedia maklum adalah setiap ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifat yang disandarkan kepada Rasulullah. Read More / Baca Lagi >> |
Pelajar universiti turut serta bantah PBS Posted: 21 Feb 2014 06:15 PM PST Perjuangan guru di Malaysia menentang sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mendapat sokongan mahasiswa apabila persatuan induk pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) turut menyatakan sokongan mereka. Mereka bimbang jika PBS akan mengulangi nasib PPSMI (Pembelajaran dan Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) yang dibatalkan separuh jalan sebelum ini. "Terlalu banyak kesilapan dalam pelaksaan PBS. Sebagai pelaksana, guru yang menghadapi bebanan apabila mereka terbeban untuk memasukkan data dalam komputer. Pandangan mereka selaras dengan Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah PBS. Namun, Nor Izzat, seorang guru kini mendapat hukuman apabila dipindahkan ke sebuah sekolah pedalaman selepas membantah PBS. Read More / Baca Lagi >> |
Perlindungan untuk pelarian di Kajang cetus kejutan..!!! Posted: 21 Feb 2014 06:13 PM PST Dalam kesibukan pelbagai aktiviti di Kajang menjelang pilihan raya kecil bulan depan, sebuah rumah kelihatan menarik perhatian ramai, terutama apabila sekumpulan warga asing dilihat keluar masuk di situ, membangkitkan kebimbangan pendatang asing dibawa masuk untuk membuang undi. Malah, polis juga sudah melawat rumah itu. Seseorang mungkin tersalah sangka, menganggap tempat itu adalah pusat operasi pilihan raya untuk sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tetapi ia sebenarnya rumah untuk pelarian dan pencari suaka. Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa rumah itu menawarkan bantuan perubatan hanya kepada negara yang dilanda peperangan. "Kita bantu pelarian dan pencari suaka dari Myanmar dan Sri Lanka. Ada juga warga Indonesia dan Bangladesh yang datang meminta bantuan, tetapi kami tidak boleh beri," katanya. Ravindran, yang bekerja di sebuah syarikat peralatan rumah berkata, rumah pertengahan itu tidak menawarkan dokumen atau permit kerja kepada pendatang asing. "Apa yang kami buat ialah menawarkan insurans perubatan kepada pendatang ini supaya mereka boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Umat Islam berhimpun bantah Kassim Ahmad dan sokongan Dr Mahathir Posted: 21 Feb 2014 04:36 PM PST Penyokong PAS dan NGO Islam di seluruh negara mula mengadakan perhimpunan bagi membantah kenyataan Kassim Ahmad dalam apa yang disifatkan sebagai "anti hadis". Semalam, dua perhimpunan besar diadakan iaitu di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur dan di Masjid Negeri, Ipoh, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap Kassim. Apa yang lebih membuat mereka marah ialah apabila Kassim disokong pula oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di samping pemimpin berpengaruh dalam Umno itu menyalahkan pula ulama, kononnya mereka gagal berhujah dengan Kassim. Mereka mendesak pihak berkuasa segera megambil tindakan terhadap Kassim yang secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan akidah Islam. Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Ahad lalu dilaporkan mengkritik "kasta paderi" yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan rambut bukan aurat wanita. Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian' itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Read More / Baca Lagi >> |
TG Nik Aziz selar Kassim Ahmad Posted: 21 Feb 2014 04:32 PM PST KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemikir, Dr Kassim Ahmad yang didakwa menolak hadis dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah. Read More / Baca Lagi >>Menurutnya, kenyataan bekas Ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang dilihat terpesong itu boleh mempengaruhi dan merosakkan akidah umat Islam lain. "Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal ALLAH tak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana ALLAH tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah. "Oleh yang demikian tak ada orang yang boleh kenal ALLAH macam mana, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad," katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam. Nik Aziz mengulas kenyataan Kassim dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian, di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu selepas didakwa mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, selain rambut bukanlah aurat bagi wanita. |
Walau BN letak calon MCA, Umno tetap sasaran Anwar di Kajang Posted: 21 Feb 2014 04:11 PM PST Walaupun Barisan Nasional (BN) meletakkan calon MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tetapi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan Umno sebagai sasarannya. "Betul calon BN dari MCA, kita bukan lawan MCA, kita lawan Umno," kata ketua pembangkang itu ketika ceramah beliau di hadapan lebih 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Kajang, malam tadi. "Saya dulu ahli Umno. Saya tidak benci ahli Umno. Saya tolak, saya lawan dasar rasuah yang memiskinkan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO dan PKR perlu tukar pemimpin mereka, baru aman negara..!! Posted: 21 Feb 2014 04:07 PM PST Aspan Alias Perdebatan politik hangat diantara semua pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza diantara satu pihak dengan pihak yang lain. Keadaan zaman kini lebih mencabar kerana dengan keterbukaan dunia siber sekarang, tidak satu perkara yang tidak diketahui oleh semua manusia dalam dunia ini. Apa yang berlaku terhadap seseorang itu tidak dapat dirahsiakan kerana berita itu akan diketahui umum dalam masa sesingkat beberapa minit sahaja walaupun ia berlaku nun jauh disudut dunia ini. Dalam politik dinegara kita ada sahaja berita baru yang menyebabkan ia menjadi bahan politik yang hangat. Malahan ia telah mencetuskan keadaan yang sangat menakutkan kerana perbalahan diantara yang berbalah dalam politik sekarang ini amat meruncing. Perbalahan diantara parti-parti politik dan individu dalam politik tanah air sedang berada diperingkat yang sangat merbahaya yang boleh mencetuskan pergaduhan diatara kaum dan agama. Sekarang ini jelas tidak nampak mana-mana pihak yang mahu surut, sebaliknya ia semakin serius dari hari ke hari. Negara seolah-olah tidak mempunyai kerajaan yang mempunyai krdibiliti untuk menyelesaikan isu-isu merbahaya yang berbangkit.Tiada penguat kuasaan yang betul dan tiada siapa yang nampaknya berkemampuan untuk penyelesaiannya. Kepada yang sudah hidup lama akan merasakan sekarang ini merupakan keadaan yang paling buruk sekali sejak negara merdeka. Perbalahan secara terbuka dan didalam hati diantara agama dan kaum adalah yang paling kritikal dan ramai percaya jika keadaan ini tidak dikawal selia dengan baik oleh pihak pemerintah ia akan membawa kepada 'anarchy' yang akan memunsnahkan negara yang sudah terbina dengan baik selama ini. Apa pun keadaannya yang bertanggungjawab adalah kerajaan. Tetapi suhu perbalahan ini tidak nampak turunnya kerana pimpinan yang sudah hilang segala 'plot' untuk memimpin. Kelemahan ini sedang diambil kesempatan oleh pihak pembangkang dan hasilnya baru-baru ini UMNO dan BN yang memerintah itu hampir jatuh tersungkur dalam pilihanraya lalu. Tetapi keadaan yang bertambah buruk ini akhirnya akan terus buruk dan tidak mustahil negara akan bertukar kerajaan dengan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang bukan kurang buruk moralnya. Itu sebab kita melihat yang kecenderungan rakyat berukar haluan kepada parti pembangkang bukannya kerana pembangkang itu lebih bersih dari BN tetapi kerana meberikan protes terhadap kepimpinan yang menyandang yang sudah hilang arah tuju mentadbir begara ini. Rakyat sudah berasa mual dengan UMNO/BN yang tidak tahu dan mempunyai kudrat untuk berubah. Sebahagian besar dari undi yang diperolehi oleh pembangkang itu merupakan undi-undi protes dari ahli-ahli parti dalam komponn BN itu sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan 222: Putrajaya tidak boleh ditegur, guru kritik PBS ditukar ke pedalaman Posted: 21 Feb 2014 03:55 PM PST Tindakan memindahkan seorang guru yang mengkritik sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke sebuah sekolah pedalaman di Pahang menunjukkan Putrajaya gagal menerima pandangan penjawat awam. Walaupun arahan pemindahannya diterima secara mengejut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, 29, enggan tunduk dan akan meneruskan bantahan terhadap PBS. Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dipimpin Nor Izzat sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di masjid Bandar Baru Bangi sebelum memulakan bantahan. Katanya, kawan baiknya Mohd Zulkefli Seman yang mengajar di sekolah sama di Jerantut turut menerima surat pertukaran pada pagi Jumaat. Nor Izzat berkata, Zulkefli bukanlah ahli SGMM tetapi menemaninya menemui Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh tahun lalu. "SGMM menghantar permintaan bertulis bagi menemui Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya. SGMM pada Disember dijemput untuk berbincang bersama Idris berhubung PBS dan Nor Izzat berkata KPM berjanji untuk mengatasi kelemahan pada sistem tersebut. Namun janji KPM itu tidak ditunaikan dan SGMM merancang untuk mengadakan perhimpunan itu pada hari ini. "Kami tidak mahu Putrajaya mengkaji semula PBS, kami mahu ia dimansuhkan. Surat pertukaran jelas satu percubaan untuk menggagalkan perhimpunan ini. "Jika prosedur sebenar diikuti daripada segi peraturan disiplin, terdapat beberapa langkah lain sebelum surat perpindahan dikeluarkan," katanya. Guru Pendidikan Seni itu terkejut apabila menerima surat pertukaran itu dan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang. Berhubung gelaran "setahun jagung" yang diberikan KPM, Nor Izzat berkata, gelaran itu diberikan kerana dirinya terlalu banyak membuat aduan. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Masih Selamat: ‘Empat jam dalam neraka’ Posted: 21 Feb 2014 03:41 PM PST Kuala Lumpur: 'Empat jam dalam neraka' itulah yang dilalui seorang wanita apabila dibelasah dan dicabul sekumpulan lelaki yang mendakwa dia menjadi dalang kepada satu kejadian samun di Taman Puncak Jelapang, Ipoh, Isnin lalu. Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa N Vaniswari, 35, ditarik sekumpulan lelaki termasuk jirannya keluar dari rumahnya sebelum diseret hingga ke halaman rumah jirannya itu. Wanita itu terus dibelasah oleh kira-kira 30 lelaki yang berada di tempat kejadian dengan menggunakan rotan, tongkat, selipar dan kabel elektrik serta penyapu selain dihamburkan dengan kata-kata kesat. Tidak cukup dengan itu, ada juga beberapa lelaki dalam keadaan mabuk membelasah dan mengambil kesempatan meraba kemaluan serta buah dadanya tanpa segan silu walaupun disaksikan orang ramai. Kumpulan lelaki itu terus mengeluarkan kata-kata lucah sehingga mereka berani mengarahkan mangsa meniduri satu persatu lelaki dalam kumpulan berkenaan. Menurut mangsa, kumpulan itu mendakwa dirinya sebagai dalang kepada kejadian samun di rumah jirannya beberapa hari lalu dan memintanya supaya membayar ganti rugi RM11,000. Katanya, dia merayu untuk dilepaskan dan meminta supaya kumpulan berkenaan segera melaporkan kepada polis supaya tindakan boleh diambil terhadapnya sekiranya dia bersalah. "Kumpulan itu tidak menghiraukan rayuan saya. "Seorang lelaki yang tidak saya kenali turut dibawa ke hadapan saya. Lelaki terbabit dipaksa mengaku saya adalah dalang kepada kejadian berkenaan, tetapi lelaki itu enggan menyebabkan dia turut dibelasah," katanya, semalam. Menurutnya, penyeksaan terhadap dirinya berlanjutan sehingga jam 12 tengah malam apabila seorang daripada kumpulan itu berkata bahawa pihak polis akan tiba di lokasi itu pada bila-bila masa. VANISWARI menunjukkan kesan luka akibat dipukul. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Menari seksi ganti emak Posted: 21 Feb 2014 03:34 PM PST SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi. Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan selera itu. Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 11 malam. Ops Noda di Medan Selera Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi. Serbuan berkenaan diterajui Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Asisten Superintendan Ramsay Embol. "Serbuan dilakukan 23 anggota termasuk empat pegawai selepas mendapat maklumat awam berhubung persembahan kurang sopan di medan selera itu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 21 Feb 2014 03:24 PM PST |
Muslims fleeing violence in Central African Republic attacked Posted: 21 Feb 2014 03:23 PM PST |
Take a tour of Kiev's Independence Square Posted: 21 Feb 2014 03:22 PM PST |
Ukraine rivals sign deal to end crisis Posted: 21 Feb 2014 03:20 PM PST |
CNN iReporters share their stories from Kiev Posted: 21 Feb 2014 03:20 PM PST |
[Exclusive] Waytha speaks on the failed 16 meetings Posted: 21 Feb 2014 07:29 AM PST |
Kassim Ahmad: Kita tunggu dan lihat lakonan seterusnya...... Posted: 21 Feb 2014 06:20 AM PST |
Harapan dan masa depan Sarawak pasca era Taib Mahmud Posted: 21 Feb 2014 06:02 AM PST |
Posted: 21 Feb 2014 05:56 AM PST |
Hundreds die in Syria airstrikes Posted: 21 Feb 2014 05:54 AM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan