Sabtu, 15 Februari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menteri Pendidikan harus lebih bertanggungjawab

Posted: 15 Feb 2014 08:50 PM PST

TERLALU banyak aku dengar sungutan orang ramai yang berkaitan dengan sistem pendidikan negara kita yang dikatakan dalam keadaan amat membimbangkan. Amat 'tenat'. Maknanya kemajuan pendidikan kita sudah semakin merosot.

Bukan sahaja diperkatakan oleh bijak pandai di Lembah Kelang tetapi sudah menjalar ke kampung-kampung. Dan persepsi ini amat merbahaya kepada kerajaan yang memerintah.

Dan yang paling malangnya pula ialah seolah-olah pihak kerajaan tidak begitu mengambil berat tentang keadaan pendidikan di negara ini. Seolah-olah Menteri Pendidikan kita selalu mengambil jalan mudah dalam melaksanakan dasar pendidikan di negara ini. Semacam begitu keadaannya. Mungkin aku tersilap memberikan persepsi yang sebegini.

Rakyat umum melihat bahawa kerajaan atau khususnya Menteri Pendidikan sentiasa dalam dilema.

Orang Perak kata' SURUNG-SENTAP'. Maknanya ' cakap pagi tidak boleh pakai petang'. Maknanya 'berdolak-dalik'.

Maknanya tidak tegas dalam melaksanakan sesuatu dasar. Maknanya sesuatu dasar yang hendak diperkenalkan kepada umum itu tidak dibuat kajian secara terperinci. Lantas berlakulah 'surung-sentap' di mana dasar yang kononnya 'hebat' terpaksa dikaji semula.

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa pelaksanaan Penilai Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan pada tahun lepas dan pelaksanaannya yang sepatutnya dijalankan pada tahun ini terpaksa dikaji semula.

Ini yang aku namakan 'surung-sentap'. Sepatutnya PBS yang dikatakan amat baik dan berkesan itu ( di negara-negara seperti Australia dan negara-negara maju lain) dikaji sehalus-halusnya sebelum dilaksanakan di negara ini.

Apakah tidak difikirkan tentang pelaksanaannya di kawasan pendalaman dimana masalah pencapaian internet merupakan perkara yang sangat rumit.

Atau apakah tidak difikirkan tentang kualiti guru kita di Malaysia yang akan melaksanakan program itu secara berkesan. Apakah tidak terlintas di kepala perancang pendidikan ini tentang 'validity' dan 'reliability' ujian yang diperkenalkan itu.

Kononnya sistem ini telah dijalankan di negara-negara maju seperti di Australia, Hong Kong, Finland dan lain-lain.

Read More / Baca Lagi >>

TV3 didakwa ‘putar’ video lama bantuan banjir di Sabah

Posted: 15 Feb 2014 08:45 PM PST

TV3 kantoiStesyen televisyen swasta kawalan Umno, TV3 didakwa 'menipu' dalam satu laporan mengenai bantuan banjir di Crocker Range di Tenom Sabah menerusi berita Buletin Utama malam semalam.
Dalam laporan itu memaparkan Umno melalui Pemuda Umno Tenom merupakan antara pihak terawal yang menghantarkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan itu.
Bagaimanapun Kordinator Jingga 13, Fariz Musa mendakwa visual dipaparkan dalam laporan berita itu sebenarnya merupakan rakaman video lama bertarikh 29 Mei 2007.
"Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas  bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.
"TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom," kata Fariz ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.
Kata Fariz, tiada sebab stesyen televisyen mengkaburkan bahagian laporan bantuan banjir yang sering dilakukan terhadap laporan kejadian jenayah dengan mengkaburkan bahagian wajah suspek.
Kata Fariz lagi, TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Wang: PKR desak ADUN BN Bkt Naning letak jawatan segera, SPRM tengok jer ke..???

Posted: 15 Feb 2014 08:44 PM PST

PKR mendesak Ketua Bahagian Bakri dan ADUN Bukit Naning Datuk Saipolbahri Suib meletakkan jawatan selepas digantung keahlian kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti Umno November lalu.

Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng berkata parti itu memandang serius isu tersebut kerana ia merupakan satu bentuk rasuah sambil mendakwa politik wang "cukup kronik" berlaku dalam Umno.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan anggota PKR Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadapnya.

"Anggota-anggota KEADILAN Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin.

"Pada masa yang sama, ADUN Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Februari lalu, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Johor Mohd Jais Sarday mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang tetapi enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan.

Manakala laporan itu juga memetik sumber-sumber berkata Saipolbahri bersama empat pemimpin Umno bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno.
  
Read More / Baca Lagi >>

Pertikaian peguam: Adakah Taib kebal daripada dakwaan jika dilantik sebagai gabenor?

Posted: 15 Feb 2014 08:41 PM PST


Taib Mahmud menerajui Sarawak sebagai ketua menteri selama 33 tahun. - Gambar fail. 
Taib Mahmud menerajui Sarawak sebagai ketua menteri selama 33 tahun. - Gambar fail.

Pakar undang-undang Malaysia mempunyai dua pandangan terhadap kemungkinan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak terdedah kepada dakwaan sivil dan jenayah tetapi ditegaskan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa sesiapa dalam jawatan istiadat.
Perbahasan terbuka apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan persaraannya dan kemungkinan besar akan menjadi gabenor negeri, walaupun sedang hangat dengan dakwaan rasuah terhadap dirinya dan keluarga.
Beberapa peguam berkata, ketua negeri adalah ahli kepada Majlis Raja-Raja dan oleh itu, akan menikmati kekebalan tetapi  ada pendapat mengatakan takrif "pemerintah" digunakan hanya kepada sembilan keturunan raja-raja Melayu.
Seorang hakim bersara berkata, Taib akan menikmati kekebalan daripada sebarang pendakwaan jika beliau menjadi TYT Sarawak, kerana dia akan menjadi ahli Majlis Raja-Raja.
"Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan berkenaan imuniti bagi ketua negari Sabah, Sarawak , Melaka dan Pulau Pinang tetapi secara tersirat ia juga bermaksud mereka juga menikmati kekebalan seperti raja-raja Melayu," kata hakim itu yang bercakap kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan.
Hakim ini pernah bertugas di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada laporan sama ada ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu akan menikmati kekebalan daripada sebarang pendakwaan apabila bersara.
Perlembagaan Sarawak menyatakan bahawa sesiapa yang dilantik sebagai TYT adalah juga ahli Majlis Raja-Raja, katanya.
"Kedudukan ketua negeri Sarawak tidak boleh lebih rendah daripada seorang raja Melayu yang juga ahli majlis itu."
Perlembagaan berkata, prosiding boleh dibawa terhadap pemerintah negeri dan Yang di-Pertuan Agong dalam kapasiti peribadi mereka selepas Mahkamah Khas mendapat kebenaran daripada Peguam Negara.
Hakim itu berkata, Perlembagaan negeri menyatakan ketua negeri tidak boleh memegang jawatan untuk keuntungan dan melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perniagaan komersial.
"Bagi menghalangnya daripada menjadi ketua negeri, pengkritik perlu membuktikan beliau terlibat secara peribadi dalam perniagaan yang membawa keuntungan," katanya.
Hakim berkenaan bagaimanapun berkata, hakikatnya sukar untuk mendakwa Taib tanpa keizinan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Bantah PBS: Himpunan 222 gugat kerajaan hanya dakyah

Posted: 15 Feb 2014 06:42 PM PST

BANGI: Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) memberitahu "Himpunan 222: Mansuh PBS" akan diadakan di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi pada jam 1 petang berikutan terdapat satu arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Pegawai Pendidik Daerah Malaysia (MPPDM) yang meminta agar guru-guru tidak hadir himpunan yang diadakan di Putrajaya.

Himpunan aman itu dijangkakan dihadiri oleh 200 peserta akan turut dihadiri 15 badan bukan kerajaan (NGO) dan juga 10 orang tokoh pendidik negara ini bagi menyatakan bantahan terhadap  pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Jelas Pengerusi Penaja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari pada satu sidang media petang semalam, berikutan arahan tersebut SGMM mengambil pendekatan untuk mengubah lokasi himpunan tersebut.

"Himpunan yang kita jadualkan akan diadakan di pekarangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya telah kita ubah ke Masjid Bandar Baru Bangi.

"Ini berikutan satu arahan yang telah dikeluarkan oleh MPPDM yang mengarahkan agar guru-guru tidak hadir pada himpunan di Putrajaya itu.

"Berubahnya lokasi ini, KPM mahupun MPPDM tidak lagi boleh mengeluarkan apa-apa arahan agar guru tidak hadir kerana arahan mereka hanya tertumpu himpunan di Putrajaya sahaja, bukannya di Bandar Baru Bangi," jelas beliau.

Tegasnya lagi, apa-apa arahan yang dikeluarkan itu tidak terpakai kerana arahan pertama telah pun dikeluarkan dan jika masih terdapat arahan kedua ia adalah bertujuan untuk mengagalkan himpunan yang akan diadakan itu.

Beliau yang juga Ketua Gerak Kerja Kempen Mansuh PBS turut kesal dengan tuduhan Yang Dipertua MPPDM, Shafruddin Ali Hussin yang berkata himpunan berkenaan merupakan dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Sejarah bermulanya Sate Kajang

Posted: 15 Feb 2014 06:37 PM PST

Sate KajangSEBUT sahaja nama pekan Kajang pasti ramai yang akan memikirkan tentang Sate Kajang Haji Samuri. Mungkin ramai yang hanya mengenali kesedapan Sate Kajang tetapi tidak mengetahui dari mana ia bermula dan siapa yang menciptanya.

Pemilik restoran Sate Kajang Datuk Samuri Juraimi berkata, jualan sate di Kajang dimulakan oleh Tasmin Sakiban pada 1917 yang berhijrah dari Indonesia ke Malaysia bersama saudaranya.

"Mereka bersaudara telah bekerja di sebuah ladang Inggeris, namun Haji Tasmin telah berhenti bekerja di ladang tersebut dan memilih untuk berniaga sate.

"Pada awalnya Haji Tasmin berniaga secara kecil-kecilan dan lama-kelamaan dia telah membuka gerai sate," katanya.

Menurut Samuri, beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan sate bermula apabila menumpang di rumah Tasmin sewaktu dalam tingkatan satu.

"Saya tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Haji Tasmin, tetapi ibu saudara saya telah berkahwin dengannya selepas kematian isteri pertama,nya" katanya.

Setiap hari selepas waktu sekolah, Samuri membantu Tasmin sehingga beliau menamatkan zaman persekolahannya pada 1963.

Sebelum mendapat pekerjaan, beliau membantu Tasmin sepenuh masa sehingga tahun 1965 dan bekerja di pejabat Telekom.

Walaupun telah bekerja, Samuri masih lagi membantu Tasmin berniaga sehingga tahun 1987 apabila beliau mengambil keputusan berhenti kerja walaupun ketika itu bergaji lumayan semata-mata untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan sate.


Sate Kajang Haji Samuri bermula pada 1992
Read More / Baca Lagi >>

BicaraKini: NGO jalanan nafi jadi alat Umno, berang NGO perut besar dapat duit

Posted: 15 Feb 2014 06:14 PM PST


Pusingan terakhir perlawanan Dr Mahathir-Anwar Ibrahim (Bahagian 1)

Posted: 15 Feb 2014 03:47 PM PST

Amin Iskandar @ Black

Dalam politik Malaysia, hanya dua watak yang memainkan peranan utama, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana pengaruh kedua-duanya dalam menentukan rentak dalam permainan politik dan percaturan kuasa dalam negara.
Yang lain-lain seperti Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang penting juga, tetapi tidak lebih seperti pelakon tambahan dalam filem-filem.
Semenjak 1998, pertembungan di antara Dr Mahathir dan Anwar yang satu ketika dahulu mempunyai hubungan seperti ayah dan anak, tidak pernah berhenti.
Selepas empat pusingan bermula Pilihan Raya Umum 1999, 2004, 2008 dan 2013, akhirnya pertembungan yang berjaya mengheret seluruh negara itu sudah berada di pusingan terakhir.
Dan keputusan daripadanya akan menentukan perjalanan Malaysia pada masa akan datang.
Apa yang menakjubkan, kedua-dua Dr Mahathir dan Anwar masih lagi mempunyai semangat sama untuk berlawan seperti semasa pusingan pertama dahulu dari 1998-2004.
Pertembungan pusingan terakhir ini selain daripada akan menyaksikan survival politik kedua-dua kumpulan yang diketuai kedua tokoh ini, ia juga akan memperlihatkan legasi politik siapakah yang akan terus hidup.
Dr Mahathir mempunyai Datuk Seri Mukhriz manakala Anwar mempunyai Nurul Izzah untuk meneruskan legasi masing-masing.
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kini berada dalam keadaan sama kuat dan kemenangan sama ada Dr Mahathir atau Anwar dalam pusingan terakhir ini akan menyaksikan kelangsungan BN memimpin negara atau PR mengambil alih Putrajaya.
Pada ketika ini, walaupun Dr Mahathir sudah bersara daripada politik lebih 10 tahun, beliau masih dibanjiri dengan pertemuan demi pertemuan dengan ahli politik, ahli politik veteran, ekonomi dan ahli perniagaan yang mahukan beliau melakukan sesuatu terhadap perdana menteri yang dilihat terlalu lemah untuk memastikan survival BN.
Bagi kumpulan yang bertemu Dr Mahathir ini, Najib perlu disingkirkan sebelum BN berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat Tidak Kekal: Sepatutnya SPR Yang Perlu Disiasat, Bukan Mejar Zaidi - PAHLAWAN

Posted: 15 Feb 2014 03:30 PM PST

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menggesa segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad digugurkan serta-merta untuk menjaga imej dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu sidang media Pahlawan hari disini hari ini, Presidennya Asri Buang turut mempersoalkan mengapa dakwaan dikenakan keatas Zaidi hanya kerana membuat satu laporan polis, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

"Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerintah ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
"Saya mendesak pimpinan ATM (Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara) sepatutnya mempertahankan individu yang melaporkan kepincangan dan kelemahan SPR demi keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya," tambah Asri.

Beliau berkata ATM seharusnya mengeluarkan arahan pilihan raya khusus bagi semua peringkat anggota tentera untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anggota tentera tidak melanggar akta ATM.

"Kalau tak nak bagi anggota buat laporan polis, keluarkan arahan.

"Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 kepada Mejar Zaidi menunjukkan pimpinan ATM tidak ada pendirian, hanya mengikut telunjuk jari ahli politik," katanya lagi.

Feb 7 lalu, Mejar Zaidi dihadapkan ke Mahkamah Tentera atas kesalahan membuat laporan polis mengenai ketidakkekalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana haluan konsensus nasional?

Posted: 15 Feb 2014 03:27 PM PST

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13, Pakatan Rakyat terutama PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan kempen protes terhadap Barisan Nasional, menampakkan perbezaan yang tidak dapat didamaikan.

Tetapi kebelakangan ini cakap-cakap tentang satu konsensus nasional semakin tersebar luas, dan mendapat sokongan kuat Anwar dan PR.

Cadangan ini turut diterima baik oleh BN, apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan minat terhadap dialog konsensus nasional ini.

Malah projek konsensus nasional ini turut disokong oleh Dr Mujahid Yusof, seorang ahli jawatankuasa pusat PAS dalam satu tulisannya, bertajuk Jalan ke Depan Bersama Konsensus Nasional yang disiarkan dalam portal Malaysian Insider, yang menunjukkan kecenderungan positif terhadap dialog ini, dan juga tindakan Anwar di Kajang.

Dialog ini disebut sebagai bertujuan untuk menyelesaikan kemelut yang melanda rakyat pada masa ini, melibatkan pelbagai isu daripada hubungan antara kaum hingga ke harga barangan dan perkhidmatan.

Tetapi perkembangan ini tidak dapat mengelakkan daripada menampakkan sisi politik pragmatik kedua-dua pihak yang terlibat dalam rancangan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar dan Dr Mahathir, cukup-cukuplah bergaduh tu... !!!

Posted: 15 Feb 2014 03:20 PM PST

Isu operasi lalang pada tahun 1988 yang lalu, kembali menjadi berita hangat kerana politik kini bertambah celaru dan apa sahaja yang teringat oleh sesiapa walaupun isu itu sudah lama ia kembali panas. Dr Mahathir telah memberi respons kepada tuduhan Anwar yang beliau (Dr Mahathir) bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu operasi lalang di mana 108 orang penggiat politik dan pemimpin-pemimpin NGO telah ditahan dibawah ISA pada tahun 1988 dahulu.
Dr Mahathir kembali dengan memberikan respons dengan mengembalikan tanggungjawab itu kepada Anwar Ibrahim kerana tindakan itu adalah tindakan bersama dan Jika Anwar tidak bersetuju bel;iau sepatutnya meletakan jawatan. Oleh kerana Anwar yang bersama dalam kabinet Mahathir maka apa tindakan kerajaan itu adalahj tindakan bersama termasuklah tindakan menahan 108 orang dalam operasi lalang itu.
Bagi saya apa yang telah dikatakan oleh Dr Mahathir itu ada benarnya kerana jika sesiapa yang sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan operasi lalang itu sepatutnya meninggalkan kabinet dan itu pun semangat dan moral kepada demokrasi sebenarnya. Dimana-mana negara maju selalunya ahli kabinetnya akan meletakan jawatan sebagai tindakan protest apa yang tidak dipersetujui yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.
Tetapi Anwar semasa itu memberikan sokongan sepenuhnya kepada tindakan Dr Mahathir itu dan hanya tidak bersetuju setalah beliau keluar atau dipecat oleh Dr Mahathir pada tahun 1998 dahulu. Semua orang tahu Anwar merupakan penghulu kepada semua penyokong Dr Mahathir. "Kalau boleh ku pintar awan dilangit, akan ku ukirkan nama mu wahai Mahathir!" katanya semasa berucap dalam satu majlis parti yang dihadiri oleh Dr mahathir sendiri.
Jika kita sekarang menuduh ahli-ahli dan penyokong UMNO hanya mengampu pimpinan UMNO, kepada yang sudah dewasa dan bergiat semasa itu masih tigiang-giang ditelinga kenyataan ampuan Anwar terhadap Dr Mahathir. Taraf ucapan ampuan Anwar semasa itu hampir sama dengan 'standard' ucapan Sanusi Joned yang kita dengar dalam ucapan penangguhan beliau (Sanusi) di perhimpunan Agong parti semasa itu.
Read More / Baca Lagi >>

"Pemberian tunai Najib boleh bangkrapkan Malaysia, Hentikan menjadi Santa Klaus"

Posted: 15 Feb 2014 03:16 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menghentikan pemberian tunai kepada golongan berpendapatan rendah kerana ia akan membangkrapkan Perbendaharaan, selain tidak mengurangkan jurang pendapatan antara orang Melayu dan Cina, kata wartawan veteran.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin mengatakan, ini adalah diantara rungutan dibuat kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan pengadu supaya "menjerit" mengenai isu dan permasalahan jika mereka berasa Najib dan kerajaan perlu memberikan perhatian.
"Hentikan menjadi Santa Klaus. Duit bukan segala-galanya dan pemberian tunai akan bangkrapkan Perbendaharaan. Cari jalan yang lebih mampan untuk membantu golongan miskin dan merapatkan jurang pendapatan di antara yang miskin dan kaya di kalangan kaum berbeza," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe semalam.
"Sama ada ianya kebetulan atau lahir daripada polisinya, program dan proklamasi, jurang pendapatan nominal antara orang Melayu dan Cina semakin melebar sejak 2009 (tahun Mohd Najib menjeadi PM), memadamkan keuntungan yang dibuat dalam dekad yang lalu," tambahnya.
Menurut Kadir, Najib harus menghentikan penggunaan dana awam untuk pemberian tunai dan kenaikan gaji yang tidak membantu produktiviti dan kemampanan.
"Penduduk luar bandar – penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2013 – lebih teruk sekarang berbanding pada 1957 jika dibandingkan dengan penduduk bandar," katanya dalam tulisan terbaru diblognya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Berkhalwat sempena Hari Kekasih

Posted: 15 Feb 2014 03:03 PM PST



SEBAHAGIAN daripada pasangan yang ditahan dalam Ops Jejak Kekasih di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.



BUTTERWORTH – Lima wanita dan tiga lelaki berstatus isteri dan suami orang yang disyaki berkhalwat dengan pasangan masing-masing antara sembilan pasangan kekasih ditahan dalam Ops Jejak Kekasih di sekitar Seberang Perai di sini.
Dalam operasi hampir 10 jam berakhir pukul 3 pagi semalam itu, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu lebih 20 hotel di sekitar Bukit Mertajam, Prai, Berapit, Simpang Ampat, Tasek Mutiara dan di sini.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemua yang ditahan termasuk dua wanita warga Indonesia dan Thailand itu berusia antara 20 hingga 40 tahun.
"Pelbagai alasan diberikan mereka untuk melepaskan diri dalam operasi ini termasuk hanya keluar bersiar-siar dan berehat seketika di hotel kerana penat bekerja.
"Bagaimanapun semua itu helah semata-mata dan sebahagian besar daripada mereka yang ditahan juga dipercayai bermadu kasih dengan pasangan masing-masing tanpa pengetahuan suami atau isteri," katanya kepada pemberita.

Malaysia Kita: Serangan lelaki bertopeng depan bank

Posted: 15 Feb 2014 03:02 PM PST


SEORANG lelaki maut akibat ditetak kumpulan bertopeng depan sebuah bank di Padang Ipoh, Perak semalam.


IPOH - Suasana di depan sebuah bank di Padang Ipoh di sini semalam gempar apabila seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan diserang dan ditetak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang.
Mangsa, T. Eswaran, 27, (gambar) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Bainun di sini.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa baru sahaja mengeluarkan wang dari bank dan sedang berjalan menuju ke keretanya.
Dia kemudian tiba-tiba didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum salah seorang suspek bertindak menetak mangsa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, selepas ditetak, mangsa ditinggalkan dalam keadaan terbaring di tepi jalan.
Menurutnya, kumpulan penjenayah itu pula melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna perak.
"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan kerana cedera parah di kepala dan tangan," katanya ketika dihubungi semalam.

Malaysia Kita: Awek Filipina mampu kumpul RM1,000 sehari ...

Posted: 15 Feb 2014 03:01 PM PST

Kuala Lumpur: Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.
Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yang menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran.

Bergerak dua orang dalam setiap kumpulan, mereka yang mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yang menjadi sasaran dan mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah.

Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim dan miskin 'Children's Joy Foundation' yang beroperasi di Filipina, gadis terbabit yang ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat dan baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda negara itu, baru-baru ini.
Foto

Taktik kumpulan itu dilihat tersusun bagi mendapat kepercayaan orang ramai apabila menggunakan kad dicetak lengkap dengan alamat yayasan berkenaan, selain nama dan jumlah sumbangan penderma.

Potensi cerah Pakatan Sarawak selepas Taib bersara?

Posted: 15 Feb 2014 05:59 AM PST

Pengunduran Tan Sri Taib Mahmud daripada kedudukan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang dipegangnya selama 33 tahun mencetuskan isu politik dalaman negeri ini, berhubung penggantinya dan pengaruh Taib selepas ini. Kedudukan Taib yang sangat lama sebagai ketua menteri mengukuhkan kedudukan beliau dan sekutu politik dan ekonominya, pada satu tahap yang hanya dapat diperhatikan di Sarawak.

 Pemimpin selepas Taib dijangka tidak akan dapat mengatasi malah menyaingi pengaruhnya sebagai ketua menteri, dan kemungkinan akan terus dibayangi Taib dalam politik dan pentadbiran negeri Sarawak.
Malah, mungkin ada yang melihat kepentingan Taib masih kuat dalam usaha memastikan kestabilan di Sarawak, dan untuk mengelakkan persaingan kuasa yang boleh menjejaskan PBB dan BN.
Pengaruh yang telah lama dibina bermakna penguasaan Taib dan sekutu yang kukuh dalam pelbagai ruang, dalam tempoh yang suasana politiknya jauh berbeza dengan sekarang dari sudut penguasaan parti pemerintah dominan.
Hari ini, selain pengganti yang tidak dapat menyamai kepimpinan Taib, suasana politik yang baharu menyaksikan parti-parti pembangkang termasuk daripada Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan di negeri ini.
Dalam Pilihan Raya Negeri Ke- 10 pada April 2011, BN memenangi 55 kerusi Dun, daripada 71 kerusi, merosot daripada 62 kerusi dalam pilihan raya negeri sebelum itu.
Read More / Baca Lagi >>

Anti Sosma: Flash mob 'jangan lupa undang-undang zalim'

Posted: 15 Feb 2014 05:45 AM PST

Pelancong telah dimaklumkan - oleh sekumpulan peserta flash mob hari ini di Menara KLCC - bahawa Malaysia adalah tempat undang-undang zalim.

Perhimpunan 20 orang sempena ulangtahun tangkapan pertama di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) di mana bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan dua yang lain telah ditahan.

Protes itu dianjurkan oleh Suaram dan disokong oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia (APBM), sebagai pemanas kepada kempen 'Rakyat Protes Tahanan Tanpa Bicara' di mana beberapa protes besar dan forum  dijadualkan berlangsung.

"Kita bimbang rakyat akan lupa bahawa kita masih mempunyai undang-undang zalim (di negara ini).

"(Sekarang) mereka hanya ingat kenaikan harga dan pilihan raya
kecil Kajang," katanya penyelaras Suaram, Ahmad Syukri Ab Razab (kiri).

Selain Sosma, katanya, Akta Dadah Berbahaya serta Akta Pencegahan Jenayah juga membolehkan penguatkuasaan undang-undang untuk menahan tanpa bicara.

Protes selama setengah jam itu menimbulkan kemarahan seorang pemuda berbaju hijau yang menjerit bahawa flash mob seperti itulah yang memalukan negara dimata warga asing yang menyaksikannya.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis berdekatan cepat bertindak dan diiringi lelaki itu beredar dari situ.

Kemudian, Ahmad Syukri menafikan bahawa perbuatan mereka itu memalukan negara, tetapi sebaliknya, telah memberi orang asing peluang untuk  melihat demokrasi yang diamalkan dalam masyarakat sivil.
Read More / Baca Lagi >>

Agenda Awani: Paradigma baru perangi denggi

Posted: 15 Feb 2014 04:35 AM PST

Lebih 4,000 mangsa banjir berada di 22 pusat pemindahan di Sabah

Posted: 15 Feb 2014 04:35 AM PST

Biografi Calon Ketua AMK 2014 - YB Nik Nazmi Nik Ahmad

Posted: 15 Feb 2014 04:22 AM PST

Kerajaan gubal dasar, bukan berlakon pantau harga barang

Posted: 15 Feb 2014 04:17 AM PST

dsai_kajangKAJANG 15 FEB: Fungsi kerajaan adalah menggubal dasar ekonomi negara, bukannya berlakon memantau harga barangan di kedai seolah-olah masalah itu diselesaikan dengan memanipulasi media arus perdana.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masalah ekonomi yang melanda negara diakibatkan dasar kerajaan hari ini yang cenderung tunduk kepada kehendak syarikat tanpa mempedulikan nasib rakyat.
"Sebab itu seseorang Menteri itu perlukan ketegasan. Kamu (kerajaan) nak jaga rakyat atau atau jaga syarikat? Bukan kerja Menteri turun ke kedai pantau harga barang.
"Kerja kerajaan ialah gubal dasar dan mencari jalan bagaimana mengawal harga barangan agar tidak melonjak naik," kata Anwar pada ceramah diTaman Impian Murni, Kajang semalam.
Anwar turut mengingatkan hadirin tanggungjawab pemimpin berdepan tekanan syarikat dan desakan oleh pihak berkepentingan sendiri di dalam kerajaan bagi mempertimbang sesuatu dasar.
"Kamu (syarikat) dah untung besar. Yang nak membayar orang bawah. Saya tak sanggup naikkan harga," kata Anwar menceritakan semula usahanya mengekang kenaikan tol dan tarif elektrik semasa menjadi Menteri Kewangan.
"Kononnya kami mandapat mandat untuk membanteras rasuah, sedangkan pemunggahan kekayaan begitu besar
"Kita boleh menjerit tolak rasuah, tapi hidup bergelumang dengan kekayaan berbiion ringgit. Ada rumah di KL, Vancouver, London dan Florida. Mana datang wang?
Read More / Baca Lagi >>

Kadir Jasin: Stop playing Santa, Najib

Posted: 15 Feb 2014 04:14 AM PST

Blogger Kadir Jasin says that Prime Minister Najib Tun Razak may even risk losing his job if he does not stop bleeding the Treasury with his 'cash is king' approach. 

PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak should stop playing Santa Clause or risk being booted out of office, said blogger Kadir Jasin.
In a blog post today, Kadir said that Najib must find a more sustainable way to help the poor as many Umno veterans he has met had voiced concerns on the prime minister's 'cash is king' approach, which is bleeding the nation's coffers.
"Najib has to acknowledge that things are not as rosy as being portrayed by the mainstream media. He has to stop lavishing scarce public funds on cash handouts and salary increases that do not contribute to productivity and sustainability," said Kadir.
Since taking over as prime minister in 2009, Najib has introduced Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), which is a RM500 yearly aid to those earning less than RM3,000 a month.
He had also offered a variety of cash aid to civil servants and other types of programmes, from time to time, prior to the 13th general election.
Kadir said that Najib should address growing unemployment rate among Malaysian youths, which is affecting the bumiputras and the Indian primarily.
Read More / Baca Lagi >>

Saya lulus Tabung ATM agar pulangan dimanfaat pesara – Anwar

Posted: 15 Feb 2014 04:11 AM PST

AGM_Pahlawan_dsaiKUALA LUMPUR 15 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Aeri Anwar Ibrahim kesal terhadap nasib pesara tentera yang tidak terbela dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Kata Anwar, salah satu usaha yang dilakukannya bagi membantu anggota tentera semasa memegang jawatan Menteri Kewangan dengan meluluskan beberapa projek dan penyenaraiaan saham di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain Koperasi Tentera dan Polis.
"Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu memberikan kelulusan.
"Sebabnya kita mahu sebahagian penyenaraian saham LTAT, Koperasi Tentera dan Polis digunakan untuk pelaburan dan sebahagian hasilnya dipulangkan kepada yang dibawah," kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan (Pahlawan) di Kelab Darul Ehsan di Selangor semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Tambahan kerusi di Sabah dan Sarawak tidak akan membantu rakyat, kata penganalisis

Posted: 15 Feb 2014 04:10 AM PST


Dr Wong Chin Huat berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014. 
Dr Wong Chin Huat berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.

Sebarang rancangan untuk meningkatkan jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak akan hanya memberi kelebihan kepada ahli-ahli politik dari kedua-dua negeri tetapi bukan rakyatnya, kata seorang saintis politik, hari ini.‎
Sebaliknya Dr Wong Chin Huat berkata, perlu ada lebih desentralisasi dari Putrajaya dan lebih autonomi bagi Malaysia Timur dari segi pengawalan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengawasan mereka.
"Ramai yang mahu melihat pemerkasaan bagi Sabah dan Sarawak dengan mengatakan ia akan membawa pembaharuan.‎
"Bagaimanapun, perwakilan yang berlebih akan mencacatkan mereka," kata beliau pada satu forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, Selangor.
Beliau mengatakan, memberi Malaysia Timur lebih banyak kerusi sepatutnya menjadikan mereka penentu dalam menentukan siapa kerajaan persekutuan.‎
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan telah jadi kerajaan jika persempadanan adil, kata NGO pilihan raya

Posted: 15 Feb 2014 03:21 AM PST


Ng Chak Ngoon berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014. 
Ng Chak Ngoon berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.

Sebanyak 117 kerusi Parlimen Pakatan.

Itulah  jumlah kerusi yang sepatutnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13) lalu daripada semua 222 kerusi Parlimen yang mengandungi bilangan pengundi dan kuasa setiap undi adalah sama, kata kumpulan pemerhati pilihan raya hari ini.
Tindak Malaysia berkata, keputusan alternatif pilihan raya umum itu adalah berdasarkan persempadanan peta pilihan raya di seluruh negara yang  disusun semula pengundi di setiap negeri supaya setiap kawasan mempunyai bilangan pengundi hampir sama.
Menurut mereka, peta persempadanan kawasan pilihan raya akan membetulkan ketidakseimbangan terhadap populasi antara kerusi – dikenali dengan istilah malapportionment - yang menyebabkan keadaan semasa sebagai contoh iaitu undi di Putrajaya bersamaan sembilan undi di Kapar .
Pengasas bersama kumpulan itu Ng Chak Ngoon berkata kumpulan itu kemudian mengkaji corak pengundi pada PRU13 yang dilakar semula pada peta.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: