Rabu, 12 Februari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Why is Putrajaya so afraid of Anwar Ibrahim?

Posted: 12 Feb 2014 08:58 PM PST


Since late 1998, Putrajaya has been at war with Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The sacked deputy prime minister has faced two sodomy charges and one for the abuse of power, even spending six years in jail and now faces the prospect of more prison time.
And yesterday, local business station BFM's interview with him about the Kajang by-election was not allowed to be aired, ostensibly because it is a business station and has no business broadcasting politics.
So, why is Putrajaya so afraid of Anwar Ibrahim?
There are several clues to the fear that put the screws on three administrations – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi and now Datuk Seri Najib Razak – to make sure Anwar is not allowed more space which would enable him to capture Putrajaya.
And this can also mean that the ruling Barisan Nasional (BN) might not even put up a candidate for the Kajang by-election, with the excuse that the by-election was triggered to solve PKR's problems in Selangor.
BN contesting the surprise Kajang by-election will also open up another front and act as a referendum on the ruling coalition's economic policies and management since the May 5 general election.
The fact that the Najib government had to scuttle a proposed toll rate hike for 14 highways in the Klang Valley has shown its fear that more people will shift their allegiance to Anwar's Pakatan Rakyat (PR) in the next polls.
Former finance minister Tun Daim Zainuddin has gone so far to predict in closed-door Umno meetings that BN could lose if a general election is held now.
The consensus is that Anwar will win the Kajang polls hands down, which would put him in the running to take over as the menteri besar of Selangor – Malaysia's richest and most industrialised state.
Making Anwar as menteri besar will help showcase PR's ability to run a state and provide an example of his leadership if PR was to capture Putrajaya, say analysts.
Right now, DAP secretary-general Lim Guan Eng has proven his chops to lead a state but the senior leaders of PKR and PAS have not had the platform to show their abilities, they added.
Khalid has proven to be good, one analyst said but added, Anwar would be better both for the economy and politics.
Another reason for Putrajaya to shut Anwar down is the fear that he will now be able to use Selangor's RM3 billion reserves better than Khalid could ever do or for that matter, the BN government in Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir Pun Kadangkala Jadi Melayu Mudah Lupa Juga

Posted: 12 Feb 2014 08:55 PM PST

Dalam usaha menghasut agar musuh politiknya iaitu Anwar Ibrahim terhalang daripada menjadi Menteri Besar Selangor, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berpendapat, sudah tiba masanya kerusi itu diserahkan kepada Pas yang mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih banyak berbanding PKR.

Beliau berkata, sudah tiba masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas kerana PKR bukan menguasai keseluruhan atau kuasa sebenar dalam PR, jadi tak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya.

Pas berhak untuk kerusi Menteri Besar Selangor itu, tidak bolehlah hanya dikuasai satu parti saja. Tidak seperti BN, jumlah terbesarnya ialah UMNO dan sebab itu pemimpin UMNO diangkat menjadi Perdana Menteri, tambah Mahathir lagi untuk menguatkan hujahnya.

Menyedari terdapat sebilangan kelompok di peringkat bawahan dan pertengahan dalam Pas yang kurang bersetuju Anwar mengambil alih jawatan Menteri Besar selepas pilihanraya kecil DUN Kajang, 23 Mac ini, nawaitu dan tujuan Mahathir mengeluarkan pendapat ini tentunya tidak lain bertujuan mengadu-dombakan lagi hubungan antara Pas dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dengan menggunakan logik jawatan Perdana Menteri yang dipegang oleh UMNO kerana parti itu merupakan kuasa sebenar dalam BN dan kedudukan komposisi DUN Selangor yang dimiliki oleh PKR hanya 14 berbanding Pas dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi, sekali imbas hujah Mahathir untuk mengadu-domba dan menghasut itu memang ada logik dan kebenarannya.

Tetapi sebagaimana beliau selalu menyebut bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang mudah lupa terhadap sesuatu perkara sehingga misalnya, mudah melakukan kesilapan yang sama berulangkali atau ditipu dengan taktik yang sama di ketika yang lain, Mahathir sendiri nampaknya sudah termasuk dalam golongan yang mudah lupa juga.

Read More / Baca Lagi >>

Bola sepak: Dua pasukan bergaduh, al-Quran diperlekeh

Posted: 12 Feb 2014 08:54 PM PST

KUALA LUMPUR: Kesucian al-Quran tidak seharusnya direndah-rendahkan dengan dijadikan alat untuk bersumpah bagi membuktikan seseorang berada di pihak yang benar, kata Ketua Penerangan PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah.

Beliau berkata, apa yang lebih dikesali apabila al-Quran digunakan sebagai alat untuk bersumpah melibatkan dua pasukan bola sepak yang bergaduh.

"Bola sepak hanya senaman untuk berhibur dan sukan untuk mengeratkan perpaduan tetapi Mashaf al-Quran yang merupakan kalam Allah yang mulia digunakan tanpa memberi penyelesaian apa-apa.

"Pihak yang dianggap mangsa dan pemain yang dianggap saksi mula bersumpah dengan mashaf al-Quran bagi menyatakan kebenaran kata-kata mereka, sedangkan pihak yang didakwa diam dan sepi tersenyum. Sudah pasti, satu-satu pihak telah berbohong dalam sumpahnya dan mula menghina al-Quraan dengan penipuannya, walaupun tidak diketahui pihak mana," kata beliau kepada Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengadakan majlis sumpah dengan Al-Quran untuk pemain dan jurulatih pasukan bolasepak T-Team.

Ia berhubung insiden dalam terowong yang melibatkan T-Team dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Larkin, Johor Baharu pada 1 Feb lalu.

Mohd Nor juga berkata, para ulama telah menghuraikan dengan jelas dalam tulisan mereka mengenai hukum penggunaan Al-Quran dalam sumpah termasuk sifat golongan munafik yang selalu bersumpah untuk membenarkan kata-kata mereka.
Read More / Baca Lagi >>

NUTP: Wujud ‘tiada makna di sekolah’ di bawah PBS

Posted: 12 Feb 2014 08:47 PM PST


Guru dan sekolah bimbang dengan nasib pelajar tingkatan tiga iaitu kumpulan pertama pelaksanaan PBS yang bakal menduduki PMR tahun ini. Gambar fail.Guru dan sekolah bimbang dengan nasib pelajar tingkatan tiga iaitu kumpulan pertama pelaksanaan PBS yang bakal menduduki PMR tahun ini. Gambar fail.Peningkatan perbuatan ponteng sekolah dan sikap tidak acuh di kalangan pelajar sekolah ketika mengikuti pembelajaran di sekolah adalah antara alasa mengapa kesatuan guru kebangsaan mahu sistem penilaian baharu pelajar dimansuhkan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tidak ada seorang pun daripada 180,000 ahlinya di seluruh negara yang mendapati Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mempunyai ciri positif sejak ia dimulakan tiga tahun lalu.
Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata PBS terlalu asing bagi budaya pendidikan pelajar Malaysia yang suka jika perkembangan mereka diukur dengan pencapaian A, B dan C.
Pendirian kesatuan itu dijangka menambah tekanan kepada Putrajaya yang membuat keputusan untuk menyemak semula sistem itu, yang dilaksanakan kepada pelajar tingkatan satu dan dua serta murid darjah satu.
Keputusan Putrajaya untuk menyemak semula sistem itu dibuat selepas menerima tekanan daripada kumpulan guru, Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang dikatakan akan mengadakan bantahan pada 22 Februari untuk mendesak PBS dimansuhkan.
Walaupun NUTP tidak bersetuju dengan rancangan SGMM, Hashim berkata, desakan mereka adalah sama.
"Dengan PBS, tidak ada makna lagi untuk ke sekolah," katanya merujuk kepada PBS yang tidak merangkumi peperiksaan tahunan tetapi lebih kepada penilaian harian.
Beliau berkata, pada asasnya pelajar dinilai menerusi penilaian harian, sama ada mereka lulus atau gagal sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada spectrum enam band. Ia bermula daripada band satu "faham" (paling bawah) kepada band enam (paling tinggi).
Read More / Baca Lagi >>

PERSARAAN YANG BERBALOI: KEKAYAAN TAIB MAHMUD.....

Posted: 12 Feb 2014 07:52 PM PST


Senarai ini dipetik dari laman web Dewan Pemuda PAS. Wowww.. bapak gila kaya si Taib Mahmud. Terlalu banyak.. sampaikan nak baca pun tak larat wooooooooooo.. memang betul la orang selalu cakap, Taib ialah antara yang terkaya di dunia.. cuba dia bijak menyembunyikan fakta tersebut atas tujuan tertentu..

Lihat ;

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk PlantationsEntiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60%pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi(sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – AbuBekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang FutureAtmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang –Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad(keluarga Taib ygberkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpdSCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.
7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang,Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & MestiBersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – PremiumHaven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram –Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – UkiranMantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log OakPromotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat RadiantLagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak –Amgreen Gain Sdn Bhd –Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Said nak anjur pameran Antartika pulak..!!

Posted: 12 Feb 2014 07:46 PM PST

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan seminar dan pameran mengenai Antartika yang akan disertai oleh beberapa ahli sains yang terlibat dengan penyelidikan di benua itu.
  
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata seminar dan pameran itu yang akan diadakan dalam waktu terdekat, antara lain akan mempamerkan penglibatan Malaysia dalam melakukan penyelidikan di benua itu sejak zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
  
"Ketika ini Malaysia negara Islam pertama menubuhkan stesen penyelidikan di benua sejuk itu sejak 10 tahun lalu dan kini kita nampak Turki turut berminat  menubuhkan stesen penyelidikan di Antartika," katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini semalam.
  
Ahmad turut membidas dakwaan pembangkang kononnya pemergiannya ke benua itu satu pembaziran.
  
"Kalau dia (pembangkang) orang Islam, sepatutnya mereka berbangga dengan lawatan itu... semasa pembangkang memerintah Terengganu dulu mereka tubuhkan Jawatankuasa Pelaburan dan pernah pergi ke negara Timur Tengah untuk membawa pelabur ke Terengganu.

"Tetapi apa hasilnya yang mereka buat...yang kita ni sekurang-kurangnya hantar saintis ke sana untuk buat kajian mengenai Antartika," katanya.
  
Ahmad berkata walaupun beliau bukan ahli sains tetapi membuat keputusan mengenai sesuatu seperti untuk membuka stesen penyelidikan dan sebagainya dibuat oleh orang politik. - Bernama

The politics of violence

Posted: 12 Feb 2014 07:16 PM PST

Umno's image is in shreds, but does Zahid Hamidi care?

Violence apparently comes easy to Umno politicians and those associated with them, as they have illustrated so many times in words and deeds.
Ahmad Zahid Hamidi, said to be one of the Umno president's most trusted lieutenants, obviously does not care that the public thinks so lowly of his party or that his outrageous defence of blood-spilling thugs serves only to deepen our suspicion of his being a violent man himself, as alleged in a suit brought a few years ago by businessman Amir Abdullah Bazli.
Amir said Zahid allegedly administered punches on his face in public in 2006, leaving him with a fractured nose and swollen eye. Zahid denied the allegations and applied for the case to be dismissed, which finally happened in 2010.
He then decided to counter-sue Amir, citing humiliation and emotional trauma as a result of the accusation.
Thankfully, the Court of Appeal in 2012 had the wisdom to rule against Zahid's bid to strike out the assault suit. The three judges in the panel ordered him to pay RM5,000 in costs and respond to the action.
Amir's suit was eventually settled out of court at the end of last year.
But despite claiming to have been traumatised by the smear on his alleged reputation, Zahid seems not to have learned his lesson.
Read More / Baca Lagi >>

Hukuman lebih berat dikaji jika undur tanpa sebab kata SPR

Posted: 12 Feb 2014 07:12 PM PST


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengkaji keperluan dan cadangan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan itu bagi mengelakkan 'penyakit' meletak jawatan tanpa sebab 'merebak' kepada wakil rakyat lain, selain dilihat tidak bermoral.

"Perkara ini (meminda undang-undang) memang tidak terletak dalam bidang kuasa SPR, sebaliknya di tangan ahli politik. Bagaimana pun kita akan fikirkan sesuatu jika perbuatan ini berterusan," katanya kepada Bernama di Putrajaya hari ini.

Menurut undang-undang sedia ada, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan negeri, seseorang wakil rakyat iaitu anggota Dewan Rakyat (persekutuan) dan anggota Dewan Undangan Negeri (perlembagaan negeri), akan hilang kelayakan menjadi anggota dewan yang berkenaan selama lima tahun, bermula tarikh peletakan jawatannya.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar?

Posted: 12 Feb 2014 06:47 PM PST

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai  calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.
Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.
Apa jadi pada takwil  tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.
Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka  saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti  saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.
Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.
Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan  semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.
Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh  dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.
Kalau boleh kita mahu  dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita  dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.
Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat   itu.
Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat  dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri  itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita. Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita  dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.
Read More / Baca Lagi >>

The govt has lost the plot

Posted: 12 Feb 2014 06:42 PM PST

The Malaysian government has an insatiable need when it comes to suppressing information.

By Charles Santiago
After an intense fight of eight years, we lost the battle. The Federal Court yesterday dismissed our application for a judicial review of the Court of Appeal's decision from accessing the concession agreement of water concessionaire Syabas and audit report.
We were fighting to seek disclosure of documents privy to Syabas, the federal government and Selangor state government as the water company's intention to increase tariff by 15 percent would adversely affect the people.
But the country's highest court ruled the water agreement and audit report are confidential as it is classified under the Official Secrets Act.
In fact, the apex court did not even consider the various arguments on Freedom of Information put forward by our lawyers.
My fellow litigants, the rakyat and I took a huge whack.
The country took an embarrassing hit when its press freedom index nose-dived to a historical low of 147 out of 180 countries. We are even behind Myanmar, once considered a rogue nation.
The index, compiled by Reporters Without Borders, noted that the ranking highlights "the negative impact of conflicts of freedom of information and its protagonists".
Wednesday's Federal Court hearing showed total disregard to the freedom of information and the right to information of the citizens, especially since details of the audit report as well as the hushed dealings directly affect the peoples' livelihood.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar bawa Mat Taib sertai pentadbiran Selangor, jika menang Kajang

Posted: 12 Feb 2014 06:41 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah pilihan raya di Kompleks Penghulu, Batu 10, Jalan Cheras di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah pilihan raya di Kompleks Penghulu, Batu 10, Jalan Cheras di Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 13 Februari, 2014.Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa masuk veteran Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor selepas selesai pilihan raya kecil itu.
Ketua pembangkang itu berkata, selain kepakaran pengurusan ekonomi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kepakaran program desa yang dimiliki Muhammad yang dikenali sebagai Mat Taib juga amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.
"Saya akan panggil Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Dia ada kepakaran program desa," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong PKR, di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang, malam tadi.
Pengumuman Anwar itu dilihat sebagai mengesahkan lagi spekulasi beliau akan menggentikan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor sekiranya menang PRK Kajang.
Dalam ceramahnya malam tadi, ketua umum PKR itu berkata, tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau ibarat "meludah ke muka sendiri" oleh pemimpin parti kerajaan memandangkan mereka selama ini mengkritiknya disebabkan isu peletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh.
"Itu di Sarawak bukan membazir. Itu menjimatkan.
"Tidak selesai dua minggu mereka kutuk kita, dia (Taib) letak jawatan," katanya.
Muhammad yang turut dikenali sebagai "Mat Tyson" dalam arena politik negara sebelum ini mengumumkan menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.
Jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya adalah naib presiden Umno (2000-2003), dan ketua penerangan Umno (2008-2009).
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Ibrahim akan selesai hutang USD18 juta Bank Islam lebih murah

Posted: 12 Feb 2014 06:34 PM PST


Perbincangan perjanjian berhubung hutang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bersama Kumpulan Guthrie Bhd sedang berjalan. Gambar fail.Perbincangan perjanjian berhubung hutang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika bersama Kumpulan Guthrie Bhd sedang berjalan. Gambar fail.Dalam satu langkah yang mengejutkan, Bank Islam Malaysia yang sebelum ini beria-ia membawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke mahkamah kerana hutang USD18 juta (RM66.67 juta) kini bersedia untuk menyelesaikan perkara ini dengan amaun lebih rendah.
The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.
Kemungkinan penyelesaian itu mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi PKR dan peguam Abdul Khalid. Salah seorang peguam mengatakan beliau mendengar penyelesaian sedang berjalan.
"Saya ada dengar tentang penyelesaian ini dan sedang cuba dapatkan butiran lanjut," katanya.
Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.
Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

SPR bersedia untuk PRK DUN Balingian kerana ia tidak membazir..!!!

Posted: 12 Feb 2014 06:32 PM PST


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRK Balingian. Gambar fail.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRK Balingian. Gambar fail.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diadakan jika penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini.
Bagaimanapun, katanya, jika Taib mengosongkan kerusi itu selepas tarikh berkenaan, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi di seluruh Sarawak.
Mengikut Undang-undang Tubuh negeri, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.
Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat ialah pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula pada 21 Jun 2014.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Kajang: SPR diminta perinci kos RM1.6 juta

Posted: 12 Feb 2014 06:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai dengan lebih terperinci jenis-jenis perbelanjaan daripada anggaran kos RM1.6 juta untuk PRK Kajang seperti mana yang diumumkan.

Justeru, SAMM menyifatkan kos RM1.6 juta agak tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK Dun Kuala Besut yang tidak mencecah RM1 juta, dalam keadaan logistik pengangkutan di Kajang jauh lebih baik berbanding Kuala Besut.

"Dalam perlaksanaan PRK Kajang, tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas ballot undian. Jadi di manakah kos pilihanraya yang tinggi ini disalur?" ujar pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan.

Katanya, SAMM juga tidak menolak kemungkinan modus operandi SPR yang hanya menguntungkan pihak ketiga seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi.

"SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan," katanya.

Ketua menteri baru Sarawak sama acuan dengan Taib, kata penganalisis

Posted: 12 Feb 2014 06:30 PM PST


Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) melantik Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti jawatan ketua menteri Sarawak. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) melantik Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti jawatan ketua menteri Sarawak. Dilihat sebagai tamparan kepada Putrajaya, Ketua Menteri Sarawak baharu, Tan Sri Adenan Satem adalah seorang pemimpin yang mempunyai acuan sama dengan orang yang memilihnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata penganalisis.
Penganalisis berkata, Adenan yang berpengalaman luas juga mampu berkeras dengan Putrajaya kerana Taib yang akan meletakkan jawatan ketua menteri pada 28 Febuari, bakal menjadi gabenor Sarawak pada hari sama dan terus memegang tampuk kuasa negeri.
"Sekarang Putrajaya perlu berurusan dengan orang yang mempunyai acuan sama dengan Taib. Seperti Taib, Adenan boleh membangunkan hubungan kerja dengan mereka tetapi tidak akan tunduk kepada mereka," kata penganalisis, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis kepada The Malaysian Insider di Kuching.
"Beliau mempunyai apa yang diperlukan untuk berdepan dengan Putrajaya," kata ketua Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu.
Taib mengumumkan Adenan sebagai penggantinya semalam, memilih bekas adik iparnya itu berbanding timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang dilihat rapat dengan pemimpin persekutuan dan disukai Putrajaya.
Adenan, 70, merupakan menteri tugas-tugas khas negeri sementara Abang Johari, 64, adalah menteri perumahan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

TAHNIAH NAJIB & ROSMAH...!!!

Posted: 12 Feb 2014 06:45 AM PST


Hebatkan pemimpin UMNO ?

Posted: 12 Feb 2014 06:31 AM PST

 

KM Penang: Waytha Moorthy yg letak jawatan kerana rasa tidak berkesan langsung

Posted: 12 Feb 2014 06:10 AM PST

Hukum Bedah/Potong Mayat Untuk Pembelajaran - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Feb 2014 06:08 AM PST

Bacaan Makmum Yang Boleh Mengganggu Jemaah Lain - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Feb 2014 06:07 AM PST

Dr Azmi Sharom on Teresa Kok's 'Onederful' video

Posted: 12 Feb 2014 06:06 AM PST

Erdogan: Turkey's role in the Middle East

Posted: 12 Feb 2014 06:05 AM PST

Jangan Ketawa: Putrajaya dakwa media lebih bebas, tetapi BFM dilarang siar temubual Anwar

Posted: 12 Feb 2014 05:59 AM PST



Rakaman temubual tersebut boleh dimuat turun daripada laman web stesen itu, dengan notis mengatakan rakaman tersebut dilarang untuk disiarkan. – Gambar diambil dari BFM, 12 Februari, 2014.  
Rakaman temubual tersebut boleh dimuat turun daripada laman web stesen itu, dengan notis mengatakan rakaman tersebut dilarang untuk disiarkan. – Gambar diambil dari BFM, 12 Februari, 2014.

Stesen radio perniagaan, BFM hari ini dilarang daripada menyiarkan satu temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pilihan raya kecil Kajang – pada hari yang sama selepas Putrajaya mengatakan media di Malaysia tidak pernah sebebas kini.
Ini bukannya kali pertama BFM dilarang daripada menyiarkan program mereka.
Terdahulu, stesen itu beberapa kali dipanggil penyelia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang mengawal semua program yang disiarkan.
Difahamkan temubual tersebut sepatutnya disiarkan hari ini waktu program Evening Edition yang merupakan program 'drive-time'.
Bagaimanapun rakaman temubual tersebut boleh dimuat turun daripada laman web stesen itu, dengan notis mengatakan rakaman tersebut dilarang untuk disiarkan.
BFM adalah stesen radio yang berpangkalan di Bandar Utama, Selangor, yang menyiarkan dengan keluasan boleh diterima di sebahagian kawasan di Negeri Sembilan dan Melaka.
Malaysia mengawal ketat media cetak dan penyiaran, tetapi Putrajaya tetap menegaskan mereka bertoleransi dengan media, mengatakan "media di Malaysia tidak pernah sebebas ini."
Namun begitu, Indeks Kebebasan Media Reporters Without Borders (RSF) 2014 menunjukkan kebebasan media dalam negara sudah merosot.
Read More / Baca Lagi >>

‘RoboCop pun gagal banteras jenayah!’

Posted: 12 Feb 2014 05:56 AM PST

Oleh RAYUSA
DARIPADA kecil hingga besar atau jenayah kolar biru dan kolar putih, jenayah tetap merupakan masalah yang tidak digemari biarpun banyak yang melakukannya secara rela atau terpaksa. Jenayah boleh dibendung dan dibanteras, tetapi mustahil sehingga ke tahap "jenayah sifar".Yang pasti, jenayah dan pihak keselamatan saling bermusuhan

Walau bagaimanapun, jenayah juga tidak boleh dipisahkan dengan rasuah. Meskipun rasuah sendiri adalah jenayah, masalah timbul apabila ia pula yang menjadi penghalang jenayah dibendung/dibanteras. Amat malang jika pihak keselamatan sendiri boleh atau rela dirasuah.
Di negara kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab membendung/ membanteras jenayah. Namun begitu, hakikat telah lama ia terpalit dengan rasuah, dan diperalat oleh kerajaan Umno- BN tidak dapat disangkal begitu sahaja.
Semakin canggih kaedah menentang jenayah, semakin canggih juga modus operandi (MO) masalah tersebut. Tidak boleh dinafikan ia kerana rasuah dan PDRM lebih digunakan untuk menjaga kepentingan pemimpin Umno-BN berbanding keselamatan rakyat.
RoboCop adalah filem fiksyensains aksi jenayah thriller dari Amerika Syarikat yang membawa kisah jenayah dan pihak polis.
Diarahkan oleh José Padilha, ia adalah pembikinan semula filem terbitan tahun 1987 dengan tajuk yang sama.
Pada mulanya, Screen Gems mengumumkan pembikinan semula RoboCop pada 2005. Namun begitu, projek itu tertangguh beberapa kali.
Metro-Goldwyn-Mayer Pictures (MGM) bercadang untuk menayangkannya pada Ogos 2013, tetapi menunda ke Februari 2014. Akhirnya, MGM bersama Columbia Pictures menampilkan filem produksi Strike Entertainment itu mulai 30 Januari lalu di pawagam seluruh dunia termasuk Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

BFM dilarang siar temubual dengan Anwar oleh SKMM..!!

Posted: 12 Feb 2014 05:49 AM PST


Stesen radio BFM dilarang menyiarkan temubual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pilihan raya kecil di Kajang.

Temubual itu pada mulanya dijadualkan untuk disiarkan dalam Edisi Petang stesen tersebut.

Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan stesen itu tidak menyiarkan temubual tersebut.

Bagaimanapun, ia masih boleh didapati untuk muat-turun di lamanweb stesen itu.

Ia adalah amalan biasa untuk stesen radio tersebut mengemukakan senarai tetamu dan topik untuk rujukan SKMM.

Ia juga bukan kali pertama BFM dilarang SKMM daripada menyiarkan rancangan temubualnya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: