PENYAPU SIAL |
Posted: 11 Feb 2014 07:53 AM PST kedua duanya syaitan.....maka mahathir adalah sifoonya Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hudud tidak berjaya mengurangkan jenayah sebaliknya menyebabkan kemelut perundangan. Semasa pembentangan kertas kerja di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), bekas ketua hakim negara itu berkata, negara yang melaksanakan hudud masih jauh ketinggalan daripada aspek kadar jenayah, keadilan dan keamanan. "Setakat ini, negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih lagi ketinggalan dalam aspek ini berbanding negara yang tidak melaksanakannya seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia " Beliau berkata, pelaksanaan hukum hudud Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan ukuran kepada keberkesanan undang-undang Islam tersebut kerana situasi yang berbeza. "Mereka yang ke sana untuk mengerjakan haji, sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup , mahu mendapatkan haji mabrur dan kebanyakannya orang tua dan insaf. "Pastinya mereka tidak akan melakukan kesalahan jenayah," katanya. Katanya, pelaksanaan suatu undang-undang bukan semata-mata bergantung kepada pelaksanaan, tetapi pelbagai aspek lain yang juga harus dipertimbangkan. "Pelaksanaan undang-undang tidak berakhir dengan hanya menguatkuasakannya. "Apa yang lebih penting ialah bagaimana ia dijalankan, apakah kesan dan akibatnya, adakah ia akan membawa kepada kehidupan lebih baik, keamanan dan kemakmuran, atau ia memperbaiki tahap keadilan dalam negara," katanya. Abdul Hamid menjelaskan walaupun hukuman hudud dilaksanakan ke atas penganut Muslim sahaja, ianya masih bertentangan dengan Perlembagaan yang menjadi asas undang-undang negara. "Jika ia dibuat hanya kepada Muslim, ia pasti bertentangan dengan Artikel 8 memandangkan ia mendiskriminasi atas asas agama dan maka itu ia bertentangan dengan Perlembagaan," katanya. Undang-undang negara berteraskan sistem perundangan "common law", bagaimanapun undang-undang Syariah juga dilaksanakan oleh negeri kecuali Wilayah Persekutuan, namun Abdul Hamid menegaskan undang-undang Syariah tersebut mestilah selaras dengan Perlembagaan negara. "Ramai orang berfikir memandangkan kesalahan hudud dan qisas diperuntukan dalam Syariah dan undang-undang Islam dibawah bidang kuasa negeri, maka Dewan Negeri boleh mengubal undang-undang sedemikian. "Sebahagiannya tepat. Di Malaysia, sebarang undang-undang mestilah konsisten dengan Perlembagaan," katanya. Beliau juga berkata Dewan Negeri tidak boleh meminda undang-undang Syariah untuk dilaksanakan ke atas bukan Muslim kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara. Abdul Hamid juga tidak menolak sekiranya hudud dilaksanakan secara rapi dan persediaan tidak mencukupi, seluruh agensi pihak berkuasa negara akan berdepan dengan kecelaruan. "Polis tidak tahu apa patut mereka buat, pendakwaraya tidak tahu nak buat apa, peguam tidak tahu nak buat apa dan hakim juga tidak tahu nak buat apa. "Peguam bergegas ke kedai buku untuk mencari apa saja buku mengenai subjek tersebut," kata Abdul Hamid menerangkan situasi yang berlaku di Sudan sebaik undang-undang Islam tersebut dilaksanakan. Lebih mengejutkan Abdul Halim apabila kerajaan Sudan mengumumkan sekiranya doktor enggan memotong tangan penjenayah, kerajaan sendiri akan memberi latihan kepada hakim untuk menjalankannya. Pelaksanaan hukum hudud diperjuangan oleh parti Islam PAS, bagaimanapun usaha tersebut sering menerima kritikan sama ada daripada rakan pembangkang Pakatan Rakyat serta kerajaan Barisan Nasional. Tahun lalu, kerajaan PAS di Kelantan melontarkan sekali cadangan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut. Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan. Pengkritik tidak melihat usaha tersebut akan berjaya memandangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional masih memiliki kata putus ke atas pelaksanaan undang-undang kontroversi tersebut. Pengkritik menegaskan penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan. Tahun lalu, negara jiran, Brunei Darussalam telah menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud. Susulan pengumuman tersebut, kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama erat dengan Brunei termasuk menghantar pegawai bertanggungjawab bagi melihat pelaksanaan hukuman hudud di negara terbabit. penyapu sial Hudud adalah undang undang Islam, amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri berkata hudud tak mapu tangani jenayah, kita masih belum aplikasikannya namun sudah menyerah kalah, amat menyedihkan Namun sebenarnya si setan nie bukan komen hudud tetapi mempertikaikan dan mempermainkan hukum Allah. Komen pulak secara terbuka dan terang-terangan. Rukun Iman yang pertama percaya kepada Allah. Kalau dah tak percaya akan hukum Allah ...... Apa nak jadi tak tau lah. Kenapa lah nama je negara islam. Pemerintah pun orang islam tapi takut mengikut undang2 islam...pelik bebenor. Tapi pelik apabila ia ia mempertahankan penggunaan Allah. |
Posted: 11 Feb 2014 07:30 AM PST Lim Chin Miau (tengah) beraksi dalam video kontroversial 'Onederful Malaysia CNY 2014'. Pelakon Lim Chin Miau disoal siasat hampir dua jam oleh polis hari ini berhubung lakonan beliau dalam video klip kontroversi Sambutan Tahun Baru Cina Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. "Mereka mahu mengesahkan beberapa perkara dalam video klip tersebut ini termasuk lakonan parodi seorang isteri pemimpin bagaimanapun tidak disebut nama tersebut," kata peguam Lim, Aaron Lee Dalam klip video satira politik Tahun Baru Cina bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014", Kok berlakon sebagai pengacara feng shui program bual bicara dengan membabitkan adegan lawak apabila ditanya oleh tiga panel mengenai pelbagai isu termasuk sistem pendidikan, kenaikan kos sara hidup dan keselamatan di Sabah. Lim dan dua lagi pelakon berada di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan keatas Kok susulan daripada laporan polis yang dibuat. Bagaimanapun setakat ini polis masih belum menghubungi Kok untuk disoal siasat. Video tersebut dikritik oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin Barisan Nasional dengan hampir 300 laporan polis dibuat terhadap Kok kerana menghina Melayu, Raja dan Islam. Beberapa individu termasuk Lim, dipanggil untuk merekodkan kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat Kok. Pelakon berusia 32 tahun itu ditemani oleh peguam dan rakannya menyatakan perasaan lega setelah memberi kenyataan sebagai saksi di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah hari ini. "Saya boleh tidur dengan lena sekarang," katanya. Peguam Lim berkata soalan yang ditanya oleh polis adalah kandungan membabitkan video klip tersebut. "Polis menunjukkan klip itu kepada Lim, tetapi tidak meminta terjemahan, mereka hanya mahu Lim untuk melihat klip itu semula bersama mereka," katanya. Beliau berkata, Lim ditanya hampir 30 soalan di mana ia merupakan soal siasat yang sama terhadap dua lagi individu pada pagi tadi. "Dua lagi yang berlakon bersama Lim memberi kenyataan pada pagi ini," kata Lee. Minggu lalu sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam mengadakan protes di hadapan Menara Maybank di Kuala Lumpur sebagai bantahan ke atas video Kok. Antara lain penunjuk perasaan itu turut menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai reaksi kemarahan terhadap pemimpin DAP itu yang dikatakan menghina Melayu dan Islam. Mereka juga turut mencalitkan darah ayam tersebut keatas sepanduk tertera gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon. Biarpun Kok membuat laporan polis berhubung tindakan kumpulan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan tawaran tampar bukanlah satu ancaman. Ekoran kenyataannya itu, beliau dikritik hebat oleh pemimpin pembangkang termasuk Majlis Peguam Malaysia penyapu sial dah makin melalut pemimpin dan pihak berkuasa negara ini....yang mengugut bagi penampar tak kena siasat , yang berlakon video pulak yang kena siasat... bukan ancaman pulak itu...wokey kalau ini macam aku cadang sape sape yang bagi penampar kat zahid komedi , KPN ,najid dan rosmah betina puaka....aku nak hadiah kan seikat kangkung ....amacam nada ini ada ancaman tak...??? menteri kangkung , maka polis jadi polis kangkung kerana pemimpinan negara semuanya pemimpin kangkung...!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan