Kerabu Bersuara ® |
Abdul Taib sah letak jawatan, Adenan Satem Ketua Menteri ke-5 Posted: 12 Feb 2014 12:49 AM PST Ashwad Ismail KUCHING: Selepas menerajui pemerintahan negeri sarawak selama 33 tahun, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya menyerahkan surat perletakan sebagai Ketua Menteri. Perletakan jawatan jawatan beliau berkuatkuasa 28 Februari ini. Beliau menamakan penasihat beliau, Tan Sri Adenan Satem sebagai pengganti sekaligus menjadi Ketua Menteri Sarawak ke-5 berkuatkuasa 1Mac ini. Surat perletakan jawatan diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu pertemuan pukul 3.30 petang tadi. Abdul Taib juga dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dan calon akan ditentukan oleh Ketua Menteri baru. Sebelum itu Abdul Taib menghadap TYT Sarawak pukul 3.00 petang yang turut dihadiri barisan pemimpin komponen Barisan Nasional Sarawak. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual bertemu semua Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak malam ini. Muhyiddin turut dijadualkan bertemu Abdul Taib pagi esok. |
Posted: 11 Feb 2014 07:18 PM PST |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan