Ahad, 9 Februari 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


MyDin Tarik Balik Seluar Dalam Bergambar Masjid

Posted: 09 Feb 2014 01:05 AM PST


Gambar seluar dalam kanak-kanak yang mempunyai gambar masjid yang dikeluarkan Thunder Storm Sdn Bhd dan dipasarkan di pasaraya besar Mydin mendapat kecaman pelbagai pihak setelah dimuat naik di Facebook.

Gambar di atas yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Melaka yang dianggap ramai pengguna Mydin tidak peka dengan produk tersebut. Setelah dimaklumkan pihak Mydin bertindak segera mengeluarkan produk ini daripada rak pasaraya mereka.


Thunder Storm Sdn Bhd, turut meminta maaf kepada umum dan membuat penjelasan seperti di bawah.


Diharap mereka lebih berhati-hati selepas ini. -ekeleh

Syabas Mejar Zaidi, Tidak Ramai Anggota Tentera Yang Berani Sepertinya

Posted: 08 Feb 2014 08:41 PM PST


Suami saya hanya pertahan haknya"

KUALA LUMPUR 8 FEB: Shafinah Abdul Hamid, isteri kepada Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa atas tujuh tuduhan oleh Mahkamah TUDM kerana dikatakan menghantar SMS berbaur politik dan hasutan berkata, apa yang dilakukan suaminya adalah hak sebagai rakyat Malaysia.

Beliau ketika ditemui di perkarangan Mahkamah TUDM semalam menyatakan sokongan penuh kepada suaminya dan menyifatkan tindakan mendedahkan isu dakwat kekal merupakan hak suaminya sebagai pengundi.

"Itu hak dia sebagai rakyat Malaysia. Dia (Mejar Zaidi) tahu apa yang akan berlaku jika buat pendedahan.

"Tapi baginya itu adalah hak dia untuk menyatakan pendirian sebagai pengundi," kata Shafinah.

Sementara itu, Mejar Zaidi Ahmad yang segak beruniform hanya tersenyum sambil membuat simbol aman (peace) dengan tangan sebaik selesai prosiding pertuduhan di mahkamah, semalam.

"Saya tak boleh komen apa-apa," katanya ringkas sambil tersenyum.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mejar Zaidi didakwa "di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013 melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961, Discipline and Security – Communication of Information and Publication of Articles by Members of the Armed Forces," di bawah Para 5 dan Para 13.

Beliau didakwa "dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara tersebut disiasat melalui saluran angkatan tentera"

Manakala dibawah Para 13 beliau didakwa "dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan".

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau di Taman Bertam Indah pada 3 Mei 2013 didakwa melanggar perintah yang sama di bawah Para 5 dan Para 13 serta satu lagi kesalahan di bawah Para 3, iaitu "dengan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Angkatan Tentera".

Bagi pertuduhan keenam, beliau semasa bertugas di Pangkalan Udara Butterworth pada 1 Mei 2013 didakwa "telah melanggar perintah tetap pengkalan iaitu Perintah Bahagian 2 Perintah No 51, dengan menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan "Ayuh mempertahankan ibu pertiwi dri djajah oleh penipu dan perasuah, jgn jd bacul dan nnt anak cucu kencing d atas kubur kita" iaitu suatu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui."

Bagi pertuduhan keenam pula beliau dituduh melakukan kesalahan serupa dengan kandungan SMS berikut "Sama2 lah kita berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua serta dilindungi negara kita yang tercinta ini dari diperintah oleh SIPENZALIM, PEMFITNAH, PERASUAH, PENIPU DAN PENGANJUR PGRM2 MAKSIAT". -kD


Dakwat kekal: Mejar Zaidi mengaku tidak bersalah


Mejar Zaidi Ahmad hari ini mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau ekoran pendedahan mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tentera di pangkalan TUDM, Sungai Besi, petang tadi.

Biarpun pihak peguambela mengemukakan bantahan awal terhadap tuduhan yang dikenakan, mahkamah menolak bantahan itu dan memutuskan untuk meneruskan perbicaraan tersebut.

Hakim kemudiannya menetapkan 8 hingga 10 April depan bagi sebutan semula kes tersebut.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972, sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Sementara itu, isteri beliau, Shafinah Abdul Hamid ketika ditemui menyatakan sokongan penuh kepada suaminya dan menyifatkan tindakan mendedahkan isu dakwat kekal itu merupakan hak suaminya sebagai pengundi.

"Dia (Mejar Zaidi) tahu apa yang akan berlaku jika buat pendedahan itu, tapi baginya itu adalah haknya untuk menyatakan pendiriannya sebagai pengundi," ujar beliau ringkas.

Beliau kemudiannya enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang perasaannya dan harapan beliau terhadap perbicaraan yang akan bermula April depan.

Turut hadir pada sebutan kes petang tadi ialah Ketua dan Naib Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ir. Khairil Nizam Khirudin.

Semalam, PAS menggesa TUDM membatalkan tindakan pendakwaan terhadap Mejar Zaidi dan menyifatkan pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar, malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.

"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.

"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.

"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.
-HD


ULASAN GB

Semuga Allah melimpahkan kesabaran dan rahmatNya ke atas keluarga Mejar Zaidi serta dikurniakan kemenangan di dalam kesnya nanti. Allah sesekali idak akan mensia-siakan perjuangan orang yang menyatakan kebenaran dan berbuat kebaikan...

Macai UMNO Kantoi Cuba Membela Remaja BN & Memfitnah Unit Amal

Posted: 08 Feb 2014 04:35 PM PST


Semalam blog milosuam menyiarkan sekeping gambar seorang remaja berpakaian 1Malaysia / BN ditangkap kerana mencuri beberapa bungkus milo. Tiba-tiba pada hariini di dalam satu facebook trooper UMNO, gambar tersebut diedit dan pakaian remaja yang berbaju 1Malaysia/BN itu ditukarkan kepada pakaian merah tua berlambangkan Unt Amal.


Lelaki pakai baju BN ditangkap curi berbungkus-bungkus Milo


TERSEBAR sekeping gambar lelaki memakai baju Barisan Nasional dengan longgokan berbungkus-bungkus Milo di depannya.

Lelaki ini dikatakan telah ditangkap kerana mencuri Milo tersebut.

Ini menunjukkan bahawa Penyokong Barang Naik juga terbeban dengan kenaikan harga barang.


Peningkatan harga barang semakin tidak terkawal menyebabkan desakan hidup rakyat semakin memuncak.

Tidak kira ideologi politik, malah penyokong Barang Naik, BN pun terbeban dengan kenaikan harga barang.

Masaalah ekonomi meningkat, jenayah juga akan meningkat. Kita tunggu 3 bulan dari sekarang jenayah akan jauh lebih tinggi kerana masyarakat sudah tidak dapat menyerap desakan hidup.

"Barang Naik punya pasal, semua orang susah"-milosuam


Kononnya dikatakan bahawa milosuam memfitnah BN dan "fitnah" itu kononnya pula berjaya dipatahkan oleh cybertrooper UMNO.

Apabila diamati dengan teliti ternyata pengeditan terhadap pakaian remaja itu jelas kecacatannya terutama lambang Unit Amal yang begitu tegak bertepek di dada baju merah tua berkenaan.

Dan hasil kerja pengeditan itu telah dikesani oleh ramai facebooker yang lain.


Macai kangkung tetap kangkung...

Bagaimana Kalau Ada Tawaran Tampar Zahid? Itu Bukan Ancamankah?

Posted: 08 Feb 2014 05:13 AM PST

Tawaran tampar Teresa Kok bukan ancaman, kata Zahid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ancaman tawaran badan bukan kerajaan (NGO) Islam kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok daripada DAP dengan mengatakan "tiada apa yang hendak disiasat, kerana tiada ancaman."

"Mengapa kita perlu siasat itu?

"Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh barulah boleh dikatakan ancaman," katanya selepas sebuah majlis di Penjara Kajang hari ini.‎

Beliau berkata polis hanya akan mengambil tindakan sekiranya tamparan tersebut berlaku.

"Jika mereka tampar (Teresa Kok), kami akan ambil tindakan.

"Hal tamparan ini antara Teresa dan badan NGO itu," tambahnya.

Bagaimanapun, polis mendedahkan semalam, mereka mula menyiasat ancaman tersebut dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 505(c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang lain dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.

Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semalam berkata, ketiadaan tindakan Putrajaya terhadap NGO tersebut bermakna kerajaan bersetuju dengan tindakan tersebut.

"Kerajaan sepatutnya mengecam tindakan ini, apa yang susahnya? Mengapa mereka tidak dapat keluar dan berkata sesuatu?

Disebabkan inilah adanya budaya sewenang-wenangnya kerana badan sebegini fikir mereka boleh terlepas dengan apa sahaja," kata Ambiga dan menambah, ia juga membuatkan polis kelihatan lemah.


Semalam, badan yang menggelar dirinya "Majlis NGO Islam" menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang dapat menampar Kok sebagai simbol kemarahan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cina yang bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014".

Mereka juga mencalit darah ayam yang disembelih ke atas kertas rentang yang terdapat gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Dewan Undangan PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Kok dan penyokongnya membuat sebanyak 7 laporan polis di Kuala Lumpur semalam dan meminta polis untuk mengambil tindakan terhadap badan tersebut tentang ugutan mereka.

Peguam juga mengkritik ketiadaan tindakan polis semasa protes itu berlaku, dengan berkata mereka tidak sepatutnya menunggu untuk laporan polis oleh mangsa sebelum menyiasat insiden itu.

"Mereka perlu proaktif dalam situasi sebegini. Mereka perlu mencantas situasi tegang antara kaum dan agama sebelum ia di luar kawalan," Datuk Baljit Sidhu berkata kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Zahid juga mendedahkan terdapat lebih 300 laporan polis terhadap Kok atas video beliau.

"Kami sudahpun memulakan siasatan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang perkara ini.

"Kami akan mengumpul kesemua laporan yang diterima daripada NGO tersebut dan meneliti perkara ini." -TMI

ULASAN GB

Demikianlah sikap seorang menteri UMNO yang bias dan perkauman. Tawaran untuk menampar orang tidak dikatakan sebagai ancaman. Kalau dah tampar baru ambil tindakan.

Bagaimana kalau ada pihak yang mengeluarkan tawaran kepada sesiapa yang berjaya menampar Zahid Hamidi atau mana-mana pemimpin UMNO? Huh, masa itu baru kata ancaman besar?

Itulah sebab agaknya Zahid yang pernah menumbuk seorang pemuda tak dikenakan tindakan apa-apa. Malah ooleh menjadi seornag menteri ... menteri Kesalamatan Dalam Negeri pula, yang bertanggungjawab di atas polis!

Tiada ulasan: