Kelab Greenboc |
- [MENGEJUTKAN] Fenomena Melayu Paling Ramai Minta Sedekah / Angpow Di Tokong
- Kecoh Saja Lebih, Penakut Rupanya Noh Omar Ni...
- "Rekonsiliasi Nasional" Hanya Untuk Selamatkan Najib Dari "Isu Kangkung"
[MENGEJUTKAN] Fenomena Melayu Paling Ramai Minta Sedekah / Angpow Di Tokong Posted: 02 Feb 2014 01:28 AM PST pelik, rumah ibadat penuh ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan! Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam. Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit. Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang. Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi. "Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu. "Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur," katanya. Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah. "Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami," katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul. Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal. "Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan," katanya. Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit. Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja. -SH ULASAN GB Pendedahan di atas memang mengejutkan. Langkah tokong berkenaan mengagihkan bantuan kepada golongan daif memang terpuji, dan tiada pula niat untuk mengeji dan menghina umat Islam yang beratur sebagai peminta sedekah kerana ada kemungkinan benar bahawa mereka adalah dari golongan yang amat memerlukan bantuan. Namun satu perkara yang bermain di benak iaitu apakah dan dimanakah peranan MAIK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama ini? Ia juga menimbulkan satu persoalan, masjid-masjid pun tidak pernah melakukan untuk mengagihkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama sepertimana yang dilakukan oleh tokong berkenaan. Dimana silapnya? |
Kecoh Saja Lebih, Penakut Rupanya Noh Omar Ni... Posted: 01 Feb 2014 08:42 PM PST Noh Omar tidak sertai Forum RTM1 tindakan penakut SHAH ALAM 1 FEB: Tindakan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak menyertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 malam kelmarin menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggapnya tindakan penakut. Forum anjuran RTM itu yang dijadualkan disertai oleh Noh itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha. Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand. "Maka sah dan terbuktilah Noh Omar memang takut nak berdebat macam Umno Sabak Bernam bersama pemudanya sekali. Cakap saja lebih buatnya tidak pernah. "Jika dengan Suhaizan Kayat yang 'cool' pun anda tidak berani, bagaimana pula anda nak berdepan 'gedebe' Khalid Samad?," tulis Facebook Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam. Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu. Sementara itu menurut blog,omakkau.blogspot.com, menyatakan sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh untuk mematahkan hujah Ketua Pemuda PAS Pusat itu. "Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah. "Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk dipulas pun dia (Noh) lari mencicit sampai tidak cukup tanah," katanya. -selangorku
|
"Rekonsiliasi Nasional" Hanya Untuk Selamatkan Najib Dari "Isu Kangkung" Posted: 01 Feb 2014 05:21 PM PST Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir? Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya. Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno. Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR. Rafizi adalah "arkitek" dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan kemudiannya akan mengambil alih jawatan menteri besar. Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu. "Anwar konsisten sejak awal lagi (berhubung rekonsiliasi). Bukannya kerajaan perpaduan. Biarkan pendekatan politik yang menentukan. "Tetapi di sana ada kebuntuan. Najib melengahkannya dan menunggu keadaan yang sesuai. Saya berani mengatakan percaturan di Kajang memberi peluang kepada Najib untuk melihat perubahan. "Jika kami menolak tawaran rekonsiliasi maka kami akan dilihat kehilangan sentuhan kerana PR melihat isu ini secara serius," katanya kepada The Malaysian Insider. Najib tempoh hari mengumumkan BN terbuka kepada dialog dua hala dengan PR, tiga hari selepas Anwar mengulangi tawaran rekonsiliasi. Tawaran Anwar meminta kedua-dua belah pihak mencapai konsensus nasional berhubung ketegangan hubungan antara kaum yang disifatkannya pra 13 Mei. Sehari selepas ucapan Anwar itu, Adun PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar. Rafizi berkata, kedudukan Najib perlu diperkukuhkan bagi membolehkan perdana menteri itu mengukuhkan rasa tidak adil dan ekstremis dalam Umno. Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, doktrin Umno yang mengutamakan sokongan Melayu Islam telah mengenepikan suara pengukuhan etnik dan kerajaan pelbagai kaum. Ini berlaku sejak banyak kerusi yang dimenangi Umno di kawasan majoriti Melayu di kawasan pedalaman negara. "Doktrin kerajaan berdasarkan satu kaum telah dipromosikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Saya tidak bercakap demi kepentingan Najib tetapi membina kepercayaan Umno terhadap pengukuhan kerajaan Malaysia. "Beliau telah diserang secara dalaman kerana mengutamakan kaum minoriti," katanya. -TMI
ULASAN GB Beberapa hari sebelum Najib mengumumkan "Rekonsiliasi Nasional", kabinetnya telah membincangkan satu isu panas - iaitu isu mengenai "lawak kangkung" yang telah menjadi berita antarabangsa dimana beberapa menteri dilaporkan berhujah: Putrajaya perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak kangkung di internet. Dilaporkan juga bahawa ada menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak tersebut, akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut. Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan. "Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata satu sumber kepada TMI. Kemudian, selang beberapa hari selepas itu barulah keluar gagasan ROKONSILIASI NASIONAL dimana Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian. Dalam perkataan Najib sendiri: "Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian." Umum mentafsirkan perkataan Najib itu sebagai menepis "lawak kangkung" yang ditujukan kepadanya sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliau meminta orang ramai berterima kasih kepada kerajaan apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang. Tiads kejujuran di pihak BN, walau ditelek dari sudut mana pun mengenai rekonsiliasi nasional, kononnya untuk menyatupadukan rakyat negara ini kerana, rentetan peristiwa yang berlaku menunjukkan UMNO bersama-sama NGO yang pro kepadanya seperti PEKIDA, PERKASA, ISMA, JATI, GPMS dan seumpamanya masih terus-terusan memukul gendang "nasionalisme sempit" dan meniupkan api perkauman. Malah sebelum ini telah dilaporkan PERKASA menerima peruntukan dana dari beberapa badan seperti MKN untuk menjalankan aktiviti-aktivitnya dan ini diakui oleh pemimpin PERKASA sendiri bahawa aktiviti mereka adalah untuk kepentingan UMNO juga. Jari telunjuk lurus, kelingking berkait! Kesimpulannya Rekonsiliasi Nasional" hanya satu escapisme untuk menyelamatkan kredibiliti dan air muka Najib yang telah hancur berderai kerana "isu kangkung ciptaannya sendiri. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan