Jumaat, 14 Februari 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[SAKMONGKOL] Tampar Teresa: Zahid Hamidi Macam Orang Tak Sekolah

Posted: 14 Feb 2014 12:31 AM PST


Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan ugutan kekerasan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim bukanlah satu kesalahan jenayah.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu ternyata amat memalukan dan menyerlahkan lagi kegagalannya selaku pemimpin negara.

"Zahid Hamidi menggayakan dirinya seperti orang yang tidak bersekolah apabila menyatakan tawaran untuk menampar Teresa tidak mempunyai asas untuk diambil tindakan oleh pihak polis.

"Masa depan negara kita gelap jika seorang menteri boleh bercakap seperti ini.

"Zahid ni dapat PhD dari mana? Buat sendiri atau upah orang lain siapkan tesis? Ada PhD tapi bercakap macam orang kurang akal," katanya.

Katanya, jika Zahid memahami undang-undang jenayah, beliau sepatutnya mengambil pendekatan tegas dan tidak bertolak ansur dengan mengarahkan polis bertindak segera.

"Ancaman serta ugutan untuk mengasari seseorang secara fizikal adalah suatu jenayah kerana ia telah meletakkan individu itu dalam keadaan cemas, itulah kesan yang sedang dihadapi Teresa.

"Undang-undang jenayah bukanlah perkara peribadi antara dua individu, ia adalah satu aksi antara pemerintah dengan pesalah.

"Kecuali Menteri Dalam Negeri yang kurang cerdik ini menganggap semua puak-puak yang membuat ancaman itu adalah sahabat dan rakannya," ujarnya.

Sehubungan itu tegasnya, jalan terbaik kini adalah mengarahkan pihak berkuasa segera melakukan siasatan dan menangkap mereka yang terbabit secepat mungkin sebelum keadaan bertambah parah.

"Setiap individu bebas untuk tidak menyukai klip video itu tetapi ia tidak memberikan alasan supaya dapat berlagak dan bertindak seperti samseng," kesalnya. -Roketkini

ULASAN GB

Di dalam satu ulasan GB pada Julai 2010 di entri Dr. Ahmad Zahid Hamidi? pernah GB tulis begini:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, begitulah sebutan namanya sekarang. Oh, dah ada Ph D, kurniaan UPM walaupun ada di kalangan akademis amat meragui kurniaan tersebut.

Namun yang terserlah mentaliti, sikap dan pertuturannya tidak melambang beliau seorang yang mempunyai Ph D.

GB masih ingat di suatu masa seorang Datuk Bandar bernama Datuk Elyas Omar yang menggunakan "Dr." dipangkal namanya sedangkan beliau bukan seorang pemegang Ph D ataupun seorang bekas pelajar perubatan.

Akhirnya terbongkar, memang sahih beliau tidak ada ijazah berkenaan, maka diarahkan beliau menanggalkan gelaran itu daripada namanya. Mujur ada pangkat Datuk, jadi ramai tak perasan mengenai ketiadaan sebutan Dr lagi pada namanya.

Begitulah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan cuma ada diploma dan bukan ijazah Sarjana Muda Undang-undang. Musa Hassan didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki "diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan".

"KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang," kata Sivarasa.

Itu sebab kita lihat mentaliti, tindakan dan pertuturannya tak sampai ke darjat yang didakwanya.


Nampaknya apa yang GB tulis hampir 4 tahun lalu kini turut sama diluahkan oleh Sakmongkol. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Akan terdedah siapa sebenarnya Zahid Hamidi.

Muhdalena Percaya Lelaki Itu "Imam Mahadi"

Posted: 13 Feb 2014 07:54 PM PST


Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad memberitahu Mahkamah Seksyen di sini pada Khamis bahawa dia percaya lelaki yang ditembak mati dalam kejadian amuk bersenjatakan pedang samurai di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua tahun lepas, adalah 'Imam Mahadi'.

Muhdalena, 29, turut mengaku membawa pedang samurai dalam kejadian itu seperti mana diarahkan oleh 'Imam Mahadi' kerana percaya lelaki itu adalah pahlawan yang diutuskan Tuhan.

"Saya benar-benar percaya beliau adalah 'Imam Mahadi' dan perlu mematuhi arahannya kerana dia adalah seorang pahlawan yang dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan umat manusia," jelas Muhdalena ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.

Beliau berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk di Kompleks B. JPM, Presint 1 di sini, pada kiera-kira 2.30 petang, 9 Julai 2012.

Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahadi' terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya.

Wanita itu menghadapi tuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, membawa senjata berbahaya, tidak mematuhi perintah polis agar meletakkan senjata yang dibawanya dan berada di premis itu yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran.

Muhdalena memberitahu mahkamah beliau mula mengenali lelaki itu melalui blog 'Abu Bakar' yang dapat memberikan penjelasan berhubung pelbagai persoalan mengenai umat manusia bermula sebulan sebelum kejadian.

Lulusan bidang Perbandingan Agama dan Usulludin itu berkata lelaki berkenaan turut menulis dalam blog 'Arif Effendi' dan kemudiannya dalam 'Jaya Negara'.

Muhdalena berkata dia kemudiannya berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' tiga atau empat hari sebelum kejadian itu di Seri kembangan, sebelum lelaki itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai Khalil Afendi Abd Hamid.

Katanya dia berpindah ke rumah 'Imam Mahadi' bersama suami dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Muhdalena, yang berpakaian serba hitam dengan seluar, tudung serta kot, sepanjang prosiding, berada dalam keadaan tenang, melainkan ketika menceritakan semula saat-saat dia ditembak dan menerima rawatan di hospital.

"Dengan perasaan marah, saya telah menjerit kepada semua yang berada di pekarangan kompleks untuk beredar. Saya ada mendengar bunyi tembakan tetapi tidak sedar saya telah cedera ketika itu.

"Saya melihat darah pancut daripada tangan Khalil Afendi dan terus berjalan ke arah kaki lima kompleks berkenaan sebelum sedar saya pun cedera di kaki akibat ditembak," katanya.

Dia berkata ramai orang telah berkerumun sekelilingnya dan salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa Khalil Afendi telahpun meninggal dunia.

Sebelum itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam M.Visvanathan, Muhdalena berkata dia telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan untuk kecederaannya dan beberapa hari kemudian telah dirujuk kepada pakar psikiatri yang telah mengesahkan bahawa dia telah mengalami penyakit kemurungan ketika kejadian.

Muhdalena berkata dia turut mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, di Tanjung Rambutan, Perak, yang turut mengesahkan beliau memang ada sindrom sebagai pesakit mental.

Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan 24 dan 25 Feb ini untuk mendengar keterangan dua pakar psikiatri iaitu Dr Umi Adzlin Silim dari Hospital Putrajaya dan Pengarah dan Perunding Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh. -BERNAMA

Muhdalena Ahmad bersama keluarganya meninggalkan Mahkamah Seksyen Putrajaya selepas hadir bagi membela diri terhadap empat tuduhan termasuk mengamuk bersenjata pedang samurai di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada Julai 2012-fotoTheStar/QISHIN TARIQ

ULASAN GB

Kalau ya pun ada hadith mengenai kedatangan Imam Mahadi, takkan berlenging je kot... bukankah kedatangan Imam Mahadi untuk memenangkan syariat Islam?

Tiba-tiba UMNO Jadi Takut Dengan Youtube?

Posted: 13 Feb 2014 05:27 PM PST

Politik lucah, politik selak kain, politik tahi, cukup menggambarkan kejayaan 'transformasi' yang dibawa DS Najib Razak. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dikritik dengan keras kerana ucapan di Youtube Onederful Malaysia CNY 2014 yang sehingga 10 Februari 2014 telah mencatat sebanyak 475,070 hit. Pihak UMNO mengatakan video itu mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap pengorbanan tentera di Lahad Datu, Perdana Menteri dan isterinya. Perkara ini heboh bukan sahaja di akhbar perdana tetapi juga di media alternatif seperti twitter, facebook dan lain-lain.

Malang sekali, apabila isu besar yang cuba dipertontonkan dalam video yang berbentuk satira politik itu tidak dapat difahami mentaliti yang sempit dan rasis. Teresa Kok menggunakan media baru sebaiknya dengan membuat video pendek yang lucu tentang korupsi, kroni dan kegagalan urus tadbir. Sebaliknya, Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Shabery Cheek telah membodohkan diri mereka sendiri dengan membuat tuduhan dan tindakan melulu. Malah pihak UMNO juga menyalahkan dan menyindir Teresa Kok kerana pernah menyaman berjuta bagi artikel yang bertajuk 'Azan, Jawi, Jais, UiTM dan 'ba-alif-ba-ya' dan cerpen bertajuk "Politik Baru YBJ" yang dikatakan merujuk kepada dirinya (pautan: http://www.umno-online.my/?p=100051).

Kes ini bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah. UMNO mungkin merupakan Melayu mudah lupa kerana tindakan yang dilakukan UMNO terhadap video Teresa Kok adalah berunsur rasisme, lucah dan merendahkan wanita dan martabat manusia. Ini sudah tentu membezakan cara berpolitik UMNO dengan DAP.

Lim Kit Siang dalam hal ini berkata "Before more UMNO Ministers make fools of themselves, I seriously suggest that the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak should invite Teresa Kok to screen her 11-minute video "Onederful Malaysia CNY 2014". Ajakan Lim Kit Siang ini harus disambut baik semua pihak dalam mewujudkan politik yang sihat.

Dalam konteks politik di Malaysia, wacana kaum tidak patut mendominasi politik negara. Dikotomi Melayu-bukan Melayu ini hanya menunjukkan kegagalan pembinaan negara bangsa, apatah lagi 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri DS Najib Razak.

Politik parochial seperti ditonjolkan kelompok pro-UMNO iaitu Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang dilaporkan menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR dan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,200 bagi sesiapa yang dapat menampar Teresa Kok sepatutnya dikecam! Tambah memburukkan lagi keadaan apabila terdapat tawaran bagi sesiapa untuk 'main' atau pernah meniduri beliau.

Tindakan ini bukan sahaja merupakan satu cubaan menutup hak berekspresi malah menggalakkan unsur rasisme dan keganasan terhadap wakil rakyat. Undang-undang yang draconian tidak seharusnya dikenakan untuk menutup hak yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Pihak berkuasa sewajarnya menjaga keselamatan orang awam ini termasuk wakil rakyat yang secara terang-terangan diancam dan diugut.

Bukan itu sahaja, melihatkan kepada kedudukannya sebagai Ahli Parlimen wanita, tawaran sebegini berani dibuat menunjukkan tanda tidak hormat kepada wanita! Bukan sahaja tawaran ini dilihat sebagai tamparan kepada rakyat Malaysia umumnya tetapi juga golongan wanita khususnya. Adakah tawaran ini akan dibuat jika Teresa Kok bergender lelaki? Adakah tawaran RM1,200 akan diberi bagi sesiapa yang mampu sunat (khatan) Teresa Kok lelaki? Jika demikian, di manakah letaknya kewarasan politik Malaysia dan kenyataan Zahid Hamidi dalam mengatakan ia bukan ancaman?

Adakah jika tawaran seumpama ini dibuat terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, Zahid Hamidi akan mengatakan hal yang sama?

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Presiden Centre for Political Awareness tentang sikap Teresa Kok yang hipokrit. Harus diingatkan, DS Najib Razak dan UMNO-BN selama ini yang bersikap hipokrit dengan mewujudkan sentiment perkauman dan pada masa sama melaungkan slogan keharmonian.

Justeru, sejauh mana "transformasi politik" yang mengambil kira "politik baru" untuk Malaysia yang demokratik seperti diuar-uarkan Perdana Menteri DS Najib Razak? Sampai bila politik Malaysia berkisar adegan peribadi, keganasan dan perkauman? Budaya politik baru seharusnya mewarnai lanskap politik Malaysia melampaui batas kaum, agama, dan gender seperti ditunjukkan dalam pasca-PRU 2008. – Roketkini

Mahathir Bodek PAS Tapi Allahyarham Ust Fadzil Nor Telah Berpesan....

Posted: 13 Feb 2014 06:33 AM PST

Dr M: Sudah masanya PAS jadi MB S'gor

Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya wakil rakyat PAS menjadi menteri besar Selangor kerana parti itu mempunyai 15 kerusi, mengatasi PKR yang hanya menguasai 14 kerusi di Selangor.

Menurutnya, PKR wajar menyerahkan kerusi itu kepada PAS agar jawatan MB tidak dilihat dikuasai satu parti semata-mata, lapor Sinar Harian hari ini.

Kenyataan itu dibuat Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi MB yang baru jika menang pilihan raya kecil Kajang.

"PAS berhak untuk (mengisi) kerusi (menteri besar) itu. Tidak bolehlah dikuasai satu parti sahaja.

"Mereka bukan mcam BN, jumlah terbesar (ialah) UMNO, sebab itu pemimpin UMNO diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR yang punya kuasa terbesar jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya,"katanya. -mk

ULASAN GB

Berikut GB petik dari FB Marhar Yusof

"Musuh bila dia sokong kita...mesti ada yang tak kena..."
~Al Marhum Ustaz Fadhil Noor

Tambahan pula yang sokong ialah Tun Mahathir tentulah ada sesuatu. Masakan Tempua Bersarang Rendah.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah mengharapkan Tun Mahathir akan panjang umurnya untuk melihat kerosakan yang pernah dilakukannya..


Sekalipun saranan Tun Mahathir itu agak menyenangkan hati beberapa kerat ahli dan pemimpin PAS terutama di Selangor, namun berwaspadalah. PAS usah berebut untuk jadi MB atau PM. Dengan apa yang ada kini bersyukur dan buatlah kerja dengan bersungguh-sungguh. Pepatah menyatakan "one in the hand worth two in the bush." Tak perlu tamak, tak perlu gopoh.

Apabila telah layak, dengan sendirinya hukum kebenaran dan keadilan akan meletakkan pemimpin PAS sebagai MB malah PM sekalipun.

Ingat pesanan daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: "Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberikan kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya)." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita ingin Allah menolong kita, maka jangan berebutkan jawatan itu. Jangan gopoh. Kita telah belajar di Terengganu dan Kedah.

Tiada ulasan: