Khamis, 20 Februari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Johor mahu Bina KASINO?

Posted: 19 Feb 2014 10:10 PM PST


Pakatan Desak Kasino Tidak Dibina di Johor

[TMI] Pusat pentadbiran Johor di Nusajaya. Gambar daripada www.johordt.gov.my.Pakatan Rakyat Johor mendesak kerajaan negeri agar tidak membina kasino di negeri itu, susulan daripada wujudnya desas-desus yang bertiup kencang mengenai pembinaan sebuah kasino di Johor.

"Kami mendesak kerajaan negeri Johor supaya memberikan jaminan kepada semua rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di mana-mana pelosok di Johor," kata kenyataan bersama PAS, PKR dan DAP, hari ini.

Ia ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Steven Choong.


Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan kasino dibina di negeri itu.

Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali ganda namun kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau Mutiara itu.

Bagi pemimpin Pakatan Johor, pembinaan kasino akan membawa impak yang besar kepada sosio ekonomi negara secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya.

Kenyataan itu berkata, pelbagai masalah sosial dijangka berlaku yang akan memusnahkan institusi keluarga jika wujudnya sebuah kasino di Johor.

"Perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata daripada segi keagamaan sahaja. Kegiatan berjudi juga merupakan sesuatu kegiatan yang tidak produktif," kata kenyataan itu.

Mereka berkata, perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan masyarakat dan tidak dapat menghasilkan sebarang produk sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya, perjudian akan menyebabkan produktiviti masyarakat merosot dan kehilangan daya saing.

"Atas sebab ini, sekali lagi kita mendesak kerajaan negeri Johor memberi jaminan kepada seluruh rakyat Johor bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan pembinaan kasino di negeri Johor," kata kenyataan itu. – 20 Februari, 2014.


P/s: Kalau ada niat dan rancangan, mohon malu dengan kerajaan P Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng. Baca di sini.


Tony Fernandes TERKEJUT MAS Rugi RM1.17 Bilion!

Posted: 19 Feb 2014 07:24 PM PST


[TMI] Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.

"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.

"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.

MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.

"Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok," katanya.

Menurut laman web MAS, mereka mempunyai 88 kapal terbang termasuk Airbus A330s dan A380s serta Boeing 777-200s dan 737s.

Perbelanjaan MAS juga terus meningkat sehingga 10% tahun lalu kepada RM14.9 bilion berikutan kenaikan harga minyak.

MAS mencatatkan kerugian paling besar dalam sejarahnya pada 2011 iaitu sebanyak RM2.52 bilion bersih.

Bagaimanapun mereka berjaya mengurangkannya pada 2012 kepada RM433 juta. – 19/2/14


P/s: Apa yang mereka urus UNTUNG?


Kes Rakyat Malaysia Dera Anak di Sweden: Anak Dakwa Dipukul Lebih Seribu Kali

Posted: 19 Feb 2014 06:45 PM PST


[AA] STOCKHOLM: Anak kedua pasangan rakyat Malaysia yang ditahan di Sweden atas tuduhan mendera anak-anak mereka, berkata dia telah dipukul lebih dari seribu kali oleh ibunya dan beberatus kali oleh bapanya pada tahun 2013.

Memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, Ammar,12, berkata beliau juga telah disuruh berdiri di satu sudut rumah sepanjang hari sehingga bapanya pulang ke rumah sebagai hukuman.

Kenyataan itu disampaikan dalam video oleh pendakwa Anna Arnell di dalam mahkamah di hadapan Hakim Mattias Moller pada hari kedua perbicaraan.

Memakai seluar jeans dan jaket hijau, Ammar juga memberitahu tentang dua insiden di mana beliau didakwa dipukul oleh ibu bapanya.

Insiden pertama adalah apabila dia mendengar muzik yang kuat ketika melakukan kerja rumah dan ibunya memukulnya dengan penyangkut baju sebagai hukuman.


Insiden kedua adalah ketika dia dan kakaknya bergaduh di dalam kereta semasa bapa mereka memandu mereka ke sekolah. Beliau berkata beliau telah dipukul di bahu oleh bapanya Azizul Raheem Awaluddin setelah memukul kakaknya.

Terdahulu di dalam video berasingan, anak bongsu pasangan itu Arif telah menunjukkan beberapa objek yang diambil dari rumah mereka dan diminta untuk mengenal pasti yang mana digunakan untuk memukul beliau.

Beliau yang berusia tujuh tahun kemudian mengenal pasti dua rotan dan pembersih karpet sebagai objek yang digunakan oleh ibunya, Shalwati Nor Shal untuk memukulnya.

Beliau menyifatkan ia sebagai "rotan yang mempunyai simpulan".


Mamakai baju kurung berwarna emas, tudung kelabu dan jaket, Shalwati kelihatan tenang sepanjang prosiding itu yang diadakan pada waktu pagi. Dia dan suaminya Azizul duduk bersama peguam mereka Johan Tamm dan Kristofer Stahre. 

Kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang emosi sepanjang prosiding.

Turut hadir ialah Duta Besar Malaysia, Datuk Badruddin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammed Tayib dan beberapa ahli keluarga dan rakan-rakan pasangan itu.

Azizul dan Shalwati telah ditahan sejak Disember 2013 kerana didakwa mendera keempat-empat anak mereka , yang kini di bawah jagaan ibu saudara mereka di Kelantan.

Mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, bulan lepas.

Anak sulung pasangan itu Aishah , 14, dan Ammar kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala manakala Adam , 11, dan Arif kini belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Kala, Kota Bharu.

Perbicaraan dijangka berjalan selama 10 hari di Mahkamah Daerah Solna di Stockholm dan akan melihat Shalwati dan Azizul membuat pengakuan tidak bersalah mereka atas melanggar integriti anak-anak mereka . - Zan Azlee/20/2/14


Anjing BAHAM Bayi

Posted: 19 Feb 2014 05:48 PM PST


Sekadar hiasan.
[HM] London: "Anjing itu makan kepala anak saya!"

Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing. 

Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital. 

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.

Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.

Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, "Saya tak tahu apa nak buat. 

"Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu," kata Patricia. 

"Sharon tergamam dan terus menjerit "anjing itu makan kepala anak saya." 
"Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu," katanya ketika ditemui. 

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35. 

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital. 

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik. 

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur. 

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, "Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku." - Agensi/20/2/14


Lelaki Durjana NODA 2 Adik Kandung

Posted: 19 Feb 2014 05:45 PM PST


[HM] Ampang: Seorang abang sanggup menjadikan dua adik perempuannya sebagai hamba seksnya di rumah mereka di Taman Ukay Bistari.

Malah lelaki berusia 30-an itu turut mengugut kedua-dua adiknya itu yang berusia 20-an supaya tidak menceritakan perbuatan terkutuknya setiap kali merogol mereka jika tidak mahu dibelasah lebih teruk.

Dalam kejadian terbaru Ahad lalu, mangsa bersama kakaknya yang sedang tidur di dalam bilik sekali lagi didatangi abang mereka sebelum lelaki itu bertindak memperkosa kedua-dua mereka.

Lelaki itu dipercayai merogol adiknya seorang demi seorang di bilik tidur berasingan.

Mangsa yang tidak tahan diperlakukan seperti itu akhirnya nekad membuat laporan polis, kelmarin.

Sumber berkata, ketika mangsa cuba menjerit meminta tolong, suspek yang berang terus menampar muka mangsa beberapa kali sebelum membelasahnya.

"Selepas puas memperkosa mangsa, suspek mengugut supaya mereka tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa sebelum dia keluar dari rumah," katanya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan di kediamannya kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Muhaamad Hafis Nawawi/20/2/14



Guru Wanita Buat Gigitan Cinta terhadap Murid 11 Tahun Dipenjara 6 Bulan

Posted: 19 Feb 2014 05:41 PM PST


[HM] Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat "gigitan cinta" terhadap pelajarnya.

Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. 

Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura. 

Mengikut fail mahkamah, wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan mencium mulut dan membuat gigitan cinta pada bahu dan leher pelajar lelaki itu dalam dua kejadian berasingan pada 2012.

Dia mengenali pelajar yang berada dalam pasukan bola sepak bersama anak lelakinya dan mula berhubung melalui Facebook kemudiannya melakukan kesalahan itu di taman awam ketika mereka keluar bersama.

Ibu pelajar berkenaan membuat laporan polis selepas mengesan tanda gigitan cinta pada leher anaknya. - AFP/20/2/14


Tiada ulasan: