DIALOG RAKYAT |
- SPRM bacul, tak berani siasat Taib Mahmud
- Krisis Pendidikan Negara
- Anak Perempuan Zahid Hamidi Pula Tawar Diri Jadi Calon Di Kajang
- Rahim Tidak Akan Sertai Sepahtu Selepas Juarai MLM 2013
- Di mana Najib Razak?
- MyDin Tarik Balik Seluar Dalam Bergambar Masjid
- Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok, kata peguam
- Tawaran tampar sama seperti upah membunuh, kata PAS
- Anwar Sebagai MB Selangor Masih Dibincangkan - Khalid
- Kementerian Kaji Tarik Balik Subsidi Diesel Nelayan Laut Dalam - Ismail Sabri
- BN Sarawak terima keputusan Taib untuk bersara
- PRK Balingian Mungkin Akan Diadakan - Setiausaha Agung BN Sarawak
- Menteri KDN galakkan perlakuan samseng
- Polis rakam 17 keterangan pasukan T-Team
- Konsensus Nasional: PAS sambut baik, gesa k'jaan kemuka terma
- Budaya samseng bola sepak merisaukan
- NGO lumur darah ayam rosak imej negara
- Hotel di Madinah terbakar, 15 jemaah maut
- Zizan ungguli Anugerah Meletop Era 2013
- Mesti kurangkan kebimbangan
- Tiada pakatan sulit di Kajang
SPRM bacul, tak berani siasat Taib Mahmud Posted: 09 Feb 2014 05:36 AM PST KEADILAN DAILY"SPRM bertindak bacul dan dipandang tidak bermaruah oleh umum khususnya rakyat Malaysia kerana langsung tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan. "Sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat," katanya, seperti dilapor Free Malaysia Today. Kata Zulhaidah, pembongkaran termasuk oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara dianggar bernilai berbillion ringgit. Kata Zulhaidah, kenyataan demi kenyataan dibuat oleh SPRM kononnya pihak mereka tidak pernah berhenti menjalankan siasatan berkenaan kes Ketua Menteri Sarawak itu. "Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan," katanya. Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh akauntan Andrew Heng berkenaan nilai aset milik beliau yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334 bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid. | |||
Posted: 09 Feb 2014 05:20 AM PST Zairil Khir JohariKini sudah ternyata bahawa sistem pendidikan Malaysia berada dalam keadaan krisis ekoran keputusan kajian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang dikeluarkan pada awal Disember lepas. Laporan PISA merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan antarabangsa Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melibatkan 510,000 murid berusia 15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh dunia. Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji. Lebih teruk lagi, prestasi murid kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan juga Thailand (ke-53). Walaupun murid Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik berbanding kajian 2009, namun peningkatan skor hanya sedikit, daripada 404 kepada 421, dan masih jauh di bawah paras 494, iaitu skor purata bagi negara-negara OECD. Sementara itu, Vietnam yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi, berjaya mencapai skor purata 511 dalam Matematik, sekaligus membuktikan bahawa reformasi pendidikan yang dilaksanakan di negara itu beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengasah kebolehan kognitif murid mereka sehingga setanding dengan negara-negara maju seperti Jerman dan Australia. Pelajar Vietnam juga menunjukkan keputusan cemerlang dalam Bacaan (508) dan Sains (528), yang masing-masing melebihi purata negara OECD, iaitu 496 dan 501. Malangnya, hal yang sama tidak ditunjukkan oleh murid kita. Misalnya, skor Bacaan kita mencatatkan keputusan yang memalukan – 398 (Thailand mencatatkan 441) – iaitu lebih rendah daripada keputusan kita pada tahun 2009 apabila kita mencapai 414. Hal ini juga sama bagi Sains, di mana murid Malaysia hanya mencatat 420, sekali lagi menunjukkan penurunan berbanding tiga tahun lalu. Lebih mendukacitakan lagi, prestasi murid kita yang lemah ini bukanlah sesuatu yang terpencil, tetapi sebenarnya sebahagian daripada corak penurunan yang jelas dilihat dalam kajian-kajian lain seperti Trend in International Maths and Science Study (TIMSS) yang dilakukan empat tahun sekali. Belanja melebih, prestasi mengurang Keputusan murid negara kita dalam kajian-kajian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS tidaklah terlalu mencolok mata sekiranya tidak dilihat bersama jumlah besar yang dilaburkan dalam sektor pendidikan sejak kebelakangan ini. Dalam belanjawan terbaru Persekutuan, RM54 billion atau 21 peratus daripada jumlah perbelanjaan negara telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) bagi tahun 2014, iaitu peruntukan kementerian yang paling besar. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mengakui bahawa perbelanjaan pendidikan awam di negara kita dari segi peratusan KDNK adalah lebih dua kali ganda purata negara-negara ASEAN, serta melebihi negara-negara OECD dan "Harimau-harimau Asia" seperti Korea, Hong Kong, Jepun dan Singapura. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelaburan yang besar dalam pendidikan tidak semestinya diterjemahkan kepada hasil yang lebih baik. Misalnya, keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan penurunan prestasi dalam kertas Bahasa Inggeris meskipun MOE menghabiskan RM270 juta untuk melantik tiga firma perunding selama tempoh tiga tahun yang lalu untuk menyediakan mentor asing Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan. Maka, persoalannya bukan apakah kita cukup berbelanja, tetapi apakah perbelanjaan kita itu berbaloi dengan harga. Pada tahun-tahun akan datang, kerajaan akan melabur berbilion-bilion ringgit dalam pelbagai projek besar seperti 1BestariNet, yang melibatkan pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi di semua 10,000 sekolah di seluruh negara, penubuhan sistem Pelantar Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment) untuk membawa murid kita ke zaman siber, serta projek "1 Murid 1 Peranti" yang akan membekalkan kesemua murid kita dengan peralatan komputer. Sama ada pelaburan infrastruktur yang mewah ini dapat meningkatkan prestasi murid kita masih menjadi tanda tanya. Namun yang pasti, jika sejarah lampau boleh dijadikan sebagai petunjuk, kita boleh yakin bahawa lebih banyak dana awam akan dibazirkan manakala masa depan anak-anak kita dikorbankan. Apabila yang terbaik tidak cukup baik Sebagai cubaan menyedapkan hati, ada pihak telah mencadangkan bahawa walaupun skor purata murid Malaysia tidak cemerlang, masih ada golongan tertentu yang mencapai keputusan yang baik. Sebagai contoh, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pernah dipetik sebagai berkata bahawa terdapat segelintir sekolah dan murid kita yang mampu bersaing dengan yang terbaik di dunia. Oleh itu, masalah yang dihadapi negara kita boleh dianggap sebagai masalah jurang antara bandar dan luar bandar, di mana sekolah-sekolah bandar yang lebih lengkap prasarananya, dengan guru yang lebih cekap dan persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai untuk menelaah pembelajaran, mampu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun ini adalah satu kesimpulan yang agak nyata, namun adakah murid yang paling berkemampuan ini benar-benar berdaya saing? Menurut analisis keputusan PISA oleh portal berita antarabangsa The Huffington Post, apabila skor Matematik dibandingkan dengan latar belakang sosio-ekonomi murid tersebut, adalah didapati bahawa, secara umum, andaian ini adalah benar: lebih kaya murid, lebih baik keputusan. Hal ini tampaknya benar di Malaysia, di mana keputusan menunjukkan jurang yang ketara antara prestasi 10 peratus murid terkaya dengan baki murid yang lain. Ini tidak mengejutkan kerana murid dari latar belakang sosio-ekonomi atasan dapat menikmati kemudahan sekolah yang lebih moden, guru yang lebih berkualiti, kelas tambahan dan sebagainya. Mereka juga berkemungkinan besar berpendidikan swasta atau mendaftar di sekolah berasrama elit. Namun, ukuran sebenar dilihat dalam perbandingan dengan negara-negara lain. Daripada analisis, didapati bahwa skor purata bagi 10 peratus murid yang terkaya di Malaysia sebenarnya lebih rendah daripada skor purata murid termiskin dari berbagai negara Asia seperti Singapura, Hong Kong, Korea dan Macau (lihat Rajah 1). Rajah 1: Pencapaian Matematik PISA 2012 Sumber: The Huffington Post (terj.) Lebih mengejutkan lagi, didapati bahawa 10 peratus murid terkaya Malaysia hanya berupaya untuk melebihi sedikit prestasi 20 peratus murid termiskin Vietnam, iaitu sebuah negara yang mempunyai KDNK per kapita enam kali lebih rendah berbanding kita. Dalam erti kata lain, kemerosotan murid negara kita bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid kebanyakan, bahkan murid dari keluarga berpendapatan tertinggi yang mempunyai segala kemewahan dan kemampuan juga masih jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan serantau mereka yang berasal dari keluarga-keluarga yang termiskin. Masa depan yang suram Prestasi lemah pelajar Malaysia, khususnya dalam Matematik, amat membimbangkan memandangkan penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai kunci kepada masa depan yang positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja untuk mengambil bahagian dalam pengajian tinggi di samping mencapai pendapatan yang diingini. Tambahan pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga menunjukkan bahawa "kemahiran matematik yang lemah akan menghalang ketercapaian masyarakat kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang lebih memuaskan." Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang membimbangkan dalam pendidikan dan sekiranya tidak ditangani, maka ia akan membawa kepada kesan jangka panjang yang negatif ke atas pembangunan ekonomi. Dalam dunia yang global dan penuh cabaran ini, kegagalan untuk bersaing akan melumpuhkan harapan Malaysia untuk menjadi ekonomi berpengetahuan tinggi, serta menakdirkan negara kita untuk terus terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana buat selama-lamanya. – Roketkini.com | |||
Anak Perempuan Zahid Hamidi Pula Tawar Diri Jadi Calon Di Kajang Posted: 09 Feb 2014 04:57 AM PST Oleh Shahbudin Husin BN nampaknya masih buntu untuk menentukan siapa calonnya yang sesuai untuk berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Walaupun secara tradisinya, kerusi itu milik MCA tetapi UMNO jelas begitu inginkan calonnya dipilih mewakili BN bertanding di kerusi tersebut. Selain disebabkan jumlah pengundi Melayu seramai 48 peratus, UMNO juga mahukan formula lama tidak lagi diguna pakai dengan alasan apabila ada pilihanraya kecil, selalunya jentera UMNO lebih aktif dan menonjol. Maka dengan itu, di tambah pula dengan trend pengundi Cina yang tidak lagi menyokong kerajaan, kewajaran agar UMNO yang bertanding di Kajang semakin kuat kedengaran. Bagaimanapun MCA tetap tetap mahukan kerusi itu menjadi milik mereka dengan alasan persefahaman dalam komponen BN seharusnya dikekalkan dalam konteks kebersamaan jangka panjang, bukannya sekadar kepentingan Kajang semata-mata. Sehingga ini belum diputuskan siapa wakilnya, walaupun ada desakan agar pemain badminton negara, Lee Chong Wei dipilih berdasarkan populariti dan jutaan peminat yang dimilikinya. Namun demikian, sejak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara mahukan MCA diberi peluang bertanding di Kajang atas alasan parti itu dengan kepimpinan barunya sedang bangkit untuk meraih kepercayaan masyarakat Cina, suara dalam UMNO yang mahukan kerusi itu mulai kurang kedengaran. Mahathir nampaknya bukan saja masih dihormati dalam UMNO tetapi suaranya seolah-olah lebih berbisa daripara Najib sendiri. Bagaimanapun, di sebalik penentuan calon yang masih kabur itu, Nallakaruppan, Presiden MUIP atau Parti India Bersatu Malaysia, telah tampil menawarkan dirinya sebagai calon mewakili BN. Dengan alasan beliau pernah berkawan rapat dengan Anwar dan mengetahui banyak rahsia Ketua Pembangkang itu, Nalla merasakan beliaulah calon paling "winnable" di antara semua rakyat Malaysia yang menyokong BN. Seorang lagi yang turut menawarkan diri mewakili BN ialah penyanyi Herman Tino yang pernah kalah serta hilang wang pertaruhan dengan bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam PRU 13 lalu. Herman yang juga semata-mata ingin menentang Anwar menulis di twitter berkata, jika beliau kalah ia tidak memberi kesan apa-apa dan beliau masih boleh menyanyi selepas itu. Kedua-dua calon yang menawarkan diri ini bagaimanapun, tidak mendapat respon yang baik daripada UMNO dan BN, malah dalam konteks Nalla misalnya, beliau lebih menerima kutukan, cacian dan makian berikutan hasratnya menawarkan diri itu. Nalla dianggap lebih membebankan UMNO dan BN dengan jajaan cerita seks dah lucahnya itu, di samping latar belakangnya juga amat diketahui umum. Selain dua nama itu, ingatkan tiada sesiapa lagi yang teringan dan berminat untuk menawarkan diri bertanding mewakili BN di Kajang. Selain harapan untuk menang juga agak tipis, setelah Mahathir bersuara, hampir semua orang juga akhirnya menyedari kerusi Kajang adalah milik MCA dan parti itu mesti diberi peluang lagi. Rupa-rupanya dalam cuaca jerebu, hujan turun juga di tengahari. Tanpa angin dan tanpa banyak spekulasi, tiba-tiba anak perempuan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bernama Nurul Hidayah muncul meluahkan hasratnya mahu menawarkan diri bertanding menentang Anwar Ibrahim di Kajang. Dengan alasan beliau tinggal di Kajang kerana rumah Zahid Hamidi terletak di Country Height, Nurul bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam perbincangan dan terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya. Beliau juga turut memberitahu mengenai hasratnya itu kepada rakan-rakannya. Jika akhirnya BN memilih anak perempuan Zahid bertanding di Kajang, bermakna pilihanraya kecil ini akan mencatat sejarahnya yang tersendiri di mana kedua-dua calon BN dan PKR iaitu Nurul Hidayah dan Anwar Ibrahim, sama-sama menggunakan alamat tempat tinggal di Country Height, sebuah kawasan kediaman elit dan mewah di pinggir ibu kota. Nurul Hidayah beralamat di Country Height kerana bapanya tinggal di situ manakala Anwar pula menggunakan alamat di tempat yang sama kerana keluarga bapanya juga tinggal di situ. Walaupun mungkin hasrat Nurul Hidayah hanya suka-suka untuk menguji UMNO dan BN yang seolah-olah ketandusan pemimpin untuk berhadapan dengan Anwar dan barangkali sebagai isyarat awal penonjolan dirinya dalam dunia politik selepas ini, tetapi semua ini akan menjadikan perbualan mengenai Kajang tambah hangat lagi. Selain hangat dengan cerita-cerita kempen serta program turun padang Anwar yang sudah pun bermula, di samping kehangatan lain yang melibatkan Khalid Ibrahim, Azmin Ali, PKNS dan hubungan PKR dengan Pas, kemunculan berita mengenai hasrat anak Zahid Hamidi ini pasti menambah-meriahkan lagi kehangatan Kajang. Cuma, jangan sampai keghairahan anak Zahid menonjolkan diri ini akan menjadikan masa depan politik bapanya turut "kejang" akhirnya | |||
Rahim Tidak Akan Sertai Sepahtu Selepas Juarai MLM 2013 Posted: 09 Feb 2014 04:55 AM PST SHAH ALAM: Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut. Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013. "Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini. "Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan," katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat. Sepahtu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim. Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah dijelaskan dengan perkara tersebut sebelum menyertai kumpulan tersebut. "Saya sudah dijelaskan awal-awal tentang perkara ini oleh pihak Astro. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu yang akhirnya membawa nama saya sebaris dengan mereka. "Bagi saya, tidak ada perasaan kecil hati atau terasa kerana tidak bersama Sepahtu selepas ini," katanya. Sementara itu, mengulas tentag kejayaan tersebut, Jepp berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada sokongan kuat daripada peminat-peminat mereka. Jelasnya, mereka akan mengadakan jamuan bagi meraikan kejayaan tersebut dan membalas jasa peminat. "Kami sangat terharu dengan sokongan peminat, ada yang sanggup mengadakan kenduri sebelum hari pertandingan ini untuk mendoakan kemenangan kami. "Kami menghargai sokongan mereka dan Insya-Allah kita akan adakan jamuan untuk membalas sokongan mereka," ujarnya. Kumpulan Sepahtu diumum sebagai juara MLM2013 dengan menewaskan empat peserta lain iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil. Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. | |||
Posted: 09 Feb 2014 03:19 AM PST Oleh Amin Iskandar Di manakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Malaysia memerlukan kepimpinannya? Ketika provokasi demi provokasi yang mungkin akan memusnahkan keharmonian kaum dan agama, Najib tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya Lebih memburukkan keadaan apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semalam, tawaran RM1,200 daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjaya menampar Teresa Kok tidak dianggap sebagai satu ancaman. Ahmad Zahid juga berkata, polis hanya akan bertindak sekiranya NGO tersebut mahu membunuh. Jika di negara maju, menteri kanan yang 'pintar' seperti Ahmad Zahid sudah pasti akan dipecat kerana kenyataannya akan dianggap mewakili kerajaan. Akan tetapi di Malaysia berbeza, seseorang menteri boleh berbuat dan berkata apa sahaja. Apakah Najib akan membiarkan kenyataan Ahmad Zahid mewakili pendirian kerajaan Malaysia? Bayangkanlah bagaimana rakyat mahu merasa selamat apabila seorang menteri kanan boleh mengatakan sesuatu galakan jenayah secara terbuka seperti ditawarkan NGO Islam itu bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai ancaman. Jadi selepas ini jika terdapat tawaran berbentuk ganjaran wang daripada pihak pembangkang kepada seluruh rakyat yang berjaya menampar Ahmad Zahid, apakah jawapan sama akan diberikannya? Najib harus bertindak segera sebelum terlambat. Beliau juga harus ingat, ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein, dihormati kebanyakan rakyat Malaysia. Jangan sampai beliau jadi pemusnah kepada legasi Abdul Razak. Bagaimana pula dengan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama? Apakah Najib mahu melihat ia turut musnah? Isu pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sudah menyebabkan Malaysia ditertawakan di persada antarabangsa. Selepas ini, kita akan ditertawakan lagi dengan jawapan menteri kanan seperti Ahmad Zahid ketika ditanya tentang jenayah. Jangan sampai tragedi berdarah antara kaum tidak diingini seperti pernah berlaku satu ketika dahulu berulang semata-mata kerana Malaysia mempunyai perdana menteri yang tidak memimpin. Provokasi perkauman seperti yang berlaku pada Khamis, jika tidak dihentikan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Jika Najib sudah penat dan tidak lagi larat lagi untuk memimpin negara, lepaskanlah jawatan tersebut. Beri peluang kepada yang benar-benar mampu untuk memimpin. Setidak-tidaknya, bubarkanlah Parlimen untuk membenarkan rakyat Malaysia berpeluang memilih semula setelah negara tidak kemana selepas sembilan bulan sejak Pilihan Raya Umum ke 13. | |||
MyDin Tarik Balik Seluar Dalam Bergambar Masjid Posted: 09 Feb 2014 03:12 AM PST KELAB GREENBOCGambar seluar dalam kanak-kanak yang mempunyai gambar masjid yang dikeluarkan Thunder Storm Sdn Bhd dan dipasarkan di pasaraya besar Mydin mendapat kecaman pelbagai pihak setelah dimuat naik di Facebook. Gambar di atas yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Melaka yang dianggap ramai pengguna Mydin tidak peka dengan produk tersebut. Setelah dimaklumkan pihak Mydin bertindak segera mengeluarkan produk ini daripada rak pasaraya mereka. Thunder Storm Sdn Bhd, turut meminta maaf kepada umum dan membuat penjelasan seperti di bawah. Diharap mereka lebih berhati-hati selepas ini. -ekeleh | |||
Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok, kata peguam Posted: 09 Feb 2014 03:02 AM PST Peguam jenayah mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dengan berkata terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan jika kesalahan dilakukan. Mereka berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara profesional dan menyiasat apabila nyawa seseorang terancam, walaupun mereka di bawah kementerian yang diketuai Ahmad Zahid. Peguam Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana laporan polis sudahpun dibuat. "Polis sepatutnya menguatkuasakan undang-undang mengikut buku statut," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk didakwa. Syahredzan berkata, dengan membuat kenyataan sebegitu, Ahmad Zahid sebenarnya menggalakkan tindakan tersebut, yang jelas melanggar undang-undang. "Pelaku salah juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya. Ahmad Zahid berkata tidak perlu membuka penyiasatan atas laporan polis dibuat terhadap Majlis NGO Islam - menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar ahli Parlimen Seputeh dan menyembelih ayam serta mencalit darahnya atas kain rentang dengan wajah pemimpin Cina DAP dan PKR di atasnya. "Menampar bukan satu ancaman. Kalau mereka katakan bunuh, itu barulah ancaman," kata menteri itu semalam. Pada Khamis, badan yang digelar Majlis NGO Islam, menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam. Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cinanya, bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'. Mereka kemudiannya mencalit darah ke atas kertas rentang dengan wajah Kok dan pemimpin lain. Penasihat Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, kenyataan Ahmad Zahid juga merupakan penghinaan terhadap wanita kerana menganggap ancaman yang jelas sebagai satu jenaka. "Beliau menghantar mesej yang salah jika pro-Umno, anda akan kebal daripada undang-undang. Beliau menunjukkan bahawa kita boleh berbuat dan berkata apa sahaja, termasuk mengugut untuk memukul orang." Paulsen berkata dalam kes ini, NGO tersebut melakukan kesalahan kerana menggalakkan jenayah terhadap seorang ahli Parlimen. Sementara itu, Peguam Gobind Singh Deo berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sepatutnya mendidik Ahmad Zahid tentang peruntukan Seksyen 503 (jenayah ugutan) Kanun Keseksaan. Beliau berkata peruntukan itu menyatakan sesiapa yang mengugut untuk mencederakan orang lain melakukan jenayah ugutan. Hukuman bagi kesalahan itu adalah penjara selama dua tahun dengan saman, dan dalam kes ugutan membawa kecederaan, hukuman adalah penjara sehingga tujuh tahun. "Ancaman menampar seseorang jelasnya jatuh di bawah seksyen ini," kata Gobind yang juga merupakan ahli Parlimen Puchong. Beliau berkata, Ahmad Zahid tentunya keliru apabila berkata tindakan hanya akan diambil selepas sesuatu insiden berlaku. "Itu memang tidak munasabah. Undang-undang tidak perlu menunggu seseorang untuk melakukan serangan sebelum tindakan diambil. Ancamannya sudah jelas. Dia seperti tidak faham perkara ini," katanya. Peguam N Surendran pula berkata Ahmad Zahidi merendahkan penguatkuasaan undang-undang, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara terbuka. "Kenyataan beliau adalah sama dengan melepaskan tangan daripada tanggungjawabnya sebagai menteri," kata ahli Parlimen Padang Serai itu. Katanya Ahmad Zahid terikat dengan undang-undang dan janji untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan. Beliau juga berkata Ahmad Zahid melanggar sumpah janji kepada Pejabat Perdana Menteri, dengan menambah: "Beliau membuktikan beliau tidak layak memegang jawatan menteri dalam negeri atau apa-apa jawatan lain." Surendran menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan undang-undang dilaksanakan dalam perkara ini. "Mereka yang bersalah menawarkan ganjaran tampar ini perlu ditahan," katanya. Ahmad Zahid menegaskan tiada keperluan untuk menyiasat ancaman dan tawaran itu, sebaliknya mengatakan kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang meneliti Kok atas videonya, setelah menerima lebih dari 300 laporan polis. Semalam polis sudahpun memulakan penyiasatan terhadap aduan Kok dan mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 505 (c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang ramai untuk mencederakan orang awan, serta Seksyen 506 kerana jenayah ugutan. | |||
Tawaran tampar sama seperti upah membunuh, kata PAS Posted: 09 Feb 2014 02:57 AM PST PAS mengecam sikap tidak bertanggungjawab Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mengambil sikap lepas tangan dalam kes tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar bimbang jika tiada tindakan tegas diambil, berkemungkinan selepas ini akibat lebih buruk seperti membunuh akan berlaku. "Kalau sekarang upah akan dapat bila ada individu boleh menampar seseorang dan selepas ini mungkin upah yang lebih lumayan bila dapat membunuh seseorang. "Adakah Ahmad Zahid tidak terfikir apa akan berlaku jika ada yang menyahut tawaran tersebut dan saya pasti bukan sekadar menampar, perkara yang lebih teruk akan berlaku," kata Mahfuz yang dipetik dalam Harakah Daily hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan sama ada Ahmad Zahid mahu menunggu kematian baru mengambil tindakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut. "Yang pastinya kecederaan teruk dan tidak mustahil akan mengakibatkan kematian. Adakah Ahmad Zahid mahu tunggu kematian baru tindakan terhadap individu yang menawarkan tawaran akan dikenakan?" soal beliau lagi. Mahfuz berkata kenyataan Ahmad Zahid tersebut tidak menggambarkan jawatannya sebagai seorang menteri sebaliknya menambahkan lagi ketegangan. "Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati. "Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku ekoran tawaran tersebut," ujarnya. Mahfuz turut berkata, tindakan tersebut akan menggalakkan lagi budaya samseng di kalangan masyarakat. "Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri," kecam Mahfuz lagi. Khamis lepas, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili NGO Islam menyembelih dua ekor ayam dan mengumumkan ganjaran sebanyak RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Kok kerana dikatakan menghina Melayu dan Islam. Kok bersama penyokongnya membuat laporan polis keesokkan hari bimbang keselamatan dirinya terancam. Bagaimanapun, Ahmad Zahid mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tersebut bukan suatu ancaman keselamatan. Kenyataan Ahmad Zahid tersebut menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai dan pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR). Malah ia bukan kali pertama naib presiden Umno tersebut mengeluarkan kenyataan kontroversi, Ahmad Zahid juga pernah menyokong tindakan pihak polis menembak penjenayah terlebih dahulu sebelum menyoal, serta menyokong beberapa pergerakan kumpulan Melayu bawah tanah. | |||
Anwar Sebagai MB Selangor Masih Dibincangkan - Khalid Posted: 09 Feb 2014 02:54 AM PST MSTAR ONLINE KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pada Ahad pihaknya masih dalam peringkat perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung status Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa bakal menggantikannya. Abdul Khalid berkata perbincangan lanjut juga akan diteruskan bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mencapai kesepakatan sebelum perkara tersebut diputuskan. "(Perkara) itu tidak mengapa...kami masih membincangkan isu ini dan perkara ini juga memerlukan perbincangan (kepimpinan) Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina di Pasaraya Giant, Bukit Tinggi di sini. Abdul Khalid diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu temu bual bersama 'Australia's Newsline' baru-baru ini bahawa beliau sedang berunding untuk mengambil alih tugas Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Anwar juga dilaporkan berkata beliau akan menggunakan Selangor sebagai model bagi membuktikan kepimpinannya. Sementara itu, mengulas mengenai gesaan Anwar yang mahu beliau menghentikan perbalahan dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung isu penamatan kontrak kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Abdul Khalid berkata perbalahan mengenai itu tidak berlaku. "We are not (Kami tidak (berbalah). You must understand the enacment (Anda perlu faham enakmen)...Apa-apa pun orang lain nak campur, hal itu mesti melalui exco (kerajaan) negeri," tambahnya. Selasa lepas, PHSB yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilapor menamatkan perkhidmatan 22 kakitangannya dengan notis 24 jam berkuat kuasa sehari sebelum itu. Berikutan itu, Azmin secara terbuka mengecam tindakan tersebut dan mendakwa Abdul Khalid menggunakan PKNS sebagai senjata untuk menentang musuh-musuh politiknya. - BERNAMA | |||
Kementerian Kaji Tarik Balik Subsidi Diesel Nelayan Laut Dalam - Ismail Sabri Posted: 09 Feb 2014 02:52 AM PST MSTAR ONLINE KUANTAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji semula pemberian diesel bersubsidi kepada nelayan laut dalam kelas C1 dan C2 susulan banyak kes penyelewengan bantuan itu membabitkan mereka. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu juga seiring dengan objektif subsidi iaitu hanya untuk meringankan beban nelayan yang berpendapatan rendah. "Kita lihat kebanyakan bot nelayan laut dalam yang ambil bantuan ini walaupun pemiliknya orang tempatan, kapten dan anak kapalnya orang asing, tidak jual pun ikan di pantai tetapi jual ke negara asing. "Jadi ini sudah tidak menepati konsep subsidi yang dikehendaki. Sepatutnya nelayan pantai zon A dan B sahaja layak menerima, manakala nelayan Zon C yang ada kapal nelayan 10 buah tidak patut diberikan bantuan dan ini kita akan perhalusi," katanya kepada pemberita di sini Ahad. Beliau berkata pihaknya akan membuat cadangan kepada Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab dalam pemberian subsidi, sebaik kajian itu selesai. Mengulas laporan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Kuala Besut, Terengganu awal bulan ini, Ismail Sabri berkata kementeriannya akan menyiasat dakwaan nelayan di situ berhubung penglibatan nelayan laut dalam. "Ada kebenaran kata-kata mereka sebab nelayan laut dalam ini berada jauh di tengah laut dan Maritim Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) tidak mampu memantau kegiatan yang dilakukan. Jadi saya akan siasat kesahihan laporan itu," katanya. Terdahulu Ismail Sabri melancarkan jihad memerangi orang tengah dalam sektor perikanan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini yang turut dihadiri oleh Pengerusi LKIM Datuk Irmohizam Ibrahim, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Ahamad Sabki Mahmod dan Ketua Pengarah LKIM Datuk Mohad Khazin Hamzah. - BERNAMA | |||
BN Sarawak terima keputusan Taib untuk bersara Posted: 09 Feb 2014 02:47 AM PST Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui Taib sebagai presiden, sepakat itu disuarakan menerusi presiden parti komponen BN lain, iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing (Parti Rakyat Sarawak), Tan Sri William Mawan Ikom (Parti Progresif Demokratik Sarawak) dan Tan Sri Peter Chin (Parti Rakyat Bersatu Sarawak). "Kesemua pemimpin bersetuju untuk bekerja keras sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2016, dan Yang Amat Berhormat Pehin Sri (Taib) memberi jaminan beliau sentiasa sedia untuk memberi nasihat kepada kami," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Taib dan pemimpin berkenaan serta anggota Dewan Tertinggi BN di ibu pejabat PBB. Taib, menurut Dr Rundi, menegaskan bahawa tiga pemimpin PBB – Timbalan Presiden, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Anggota Majlis Tertinggi Tan Sri Adenan Satem – merupakan bakal penggantinya. Ditanya sama ada pengumuman Taib semalam membayangkan tarikh khusus persaraan dan bakal penggantinya, Dr Rundi menjawab: "Hanya Tuhan dan beliau (Taib) saja yang tahu." – Bernama | |||
PRK Balingian Mungkin Akan Diadakan - Setiausaha Agung BN Sarawak Posted: 09 Feb 2014 02:39 AM PST KUCHING: Pilihan raya kecil (PRK) Balingian mungkin akan diadakan, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) negeri Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi pada Ahad. "Kita perlu memenuhi keperluan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sekiranya perlu. "Jika pilihan raya kecil itu adalah perlu (kita) akan melakukannya seperti yang diperlukan... terpulang pada SPR untuk membuat keputusan. Saya fikir anda (wartawan) lebih tahu daripada saya," katanya. Beliau bagaimanapun enggan menjawab soalan seterusnya berhubung perkara itu. Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Balingian. Rundi berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat negeri Barisan Nasional pada Ahad. Rundi berkata, Taib akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri menjelang akhir bulan. "Bila-bila boleh berlaku," katanya. Tempoh penggal Yang Dipertua Negeri berakhir pada 28 Februari. Pada Sabtu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengumumkan bahawa Taib akan disokong sebagai Yang Dipertua Negeri seterusnya. | |||
Menteri KDN galakkan perlakuan samseng Posted: 08 Feb 2014 11:40 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab. Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman. Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum. "Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri. "Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati. "Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily. Menurut beliau lagi, memberi tawaran wang ringgit kepada sesiapa yang dapat menampar seseorang tidak ada bezanya dengan menawarkan upah untuk melakukan pembunuhan. "Kalau sekarang upah akan dapat bila ada individu boleh menampar seseorang, dan selepas ini mungkin upah yang lebih lumayan bila dapat membunuh seseorang. "Adakah Ahmad Zahid tidak terfikir apa akan berlaku, jika ada mereka yang menyahut tawaran tersebut dan saya pasti bukan sekadar menampar perkara yang lebih teruk akan berlaku. "Yang pastinya kecederaan teruk dan tidak mustahil akan mengakibatkan kematian, adakah Ahmad Zahid mahu tunggu kematian baru tindakan terhadap individu yang menawarkan tawaran akan dikenakan," tegas beliau. Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap pihak berkuasa akan mengambil tindak tegas kepada individu yang membuat tawaran tersebut dan lebih profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjaga keamanan negara. Menurut beliau lagi, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu juga turut memberi imej buruk kepada negara ini kerana pelancong luar akan mengganggap unsur ugutan serta tawaran upah untuk cederakan seseorang bukan satu kesalahan di Malaysia. | |||
Polis rakam 17 keterangan pasukan T-Team Posted: 08 Feb 2014 11:38 PM PST HARAKAHDAILY MARANG: Polis Terengganu telah merakam 17 keterangan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu, pada 1 Feb lepas. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua mereka yang dipanggil adalah di kalangan pemain dan pegawai pasukan T-Team yang berada ketika insiden itu berlaku. Katanya hasil keterangan itu diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut. "Bagi pengadu dan saksi kejadian yang berada di Terengganu kita telah panggil bagi merakamkan percakapan mereka sebaik menerima laporan daripada pemain serta pengurusan pasukan itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Ronda Bermotosikal di sini hari ini. Jamshah berkata selain merakamkan keterangan, pihaknya turut menerima empat laporan polis berhubung kejadian itu. Pada perlawanan pusingan kedua Piala FA ketika T-Team menentang Johor Darul Takzim (JDT), kekecohan berlaku di terowong stadium ketika pemain menuju ke bilik persalinan. Pemain import kelahiran Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagiazzo mendakwa dikasari ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama. Selepas laporan polis dibuat, insiden itu semakin meruncing apabila pemain pertahanan T-Team, Irfan Ghani membuat sidang media di Johor Baharu bagi menyangkal dakwaan itu. Kejadian itu juga menyebabkan lembaga disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia memberi kemenangan percuma 3-0 kepada JDT apabila T-Team enggan meneruskan permainan. - Bernama | |||
Konsensus Nasional: PAS sambut baik, gesa k'jaan kemuka terma Posted: 08 Feb 2014 11:35 PM PST KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik cadangan Konsensus Nasional yang dilontar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cadangan itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang dilontar beliau dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu. "PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," kata beliau dalam satu kenyataan malam ini. Berikut kenyataan penuh beliau; Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam menekuni persoalan "Konsensus Nasional" yang telah dilontarkan oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat kabinet baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini. PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara. Ianya juga adalah selari dengan keperluan muzakarah yang saya sebutkan dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu. Lanjutan dari itu, maka PAS berharap agar pihak kerajaan dapat menyatakan terma - terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah bergerak ke hadapan. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS | |||
Budaya samseng bola sepak merisaukan Posted: 08 Feb 2014 11:33 PM PST MELAKA - Budaya samseng bola sepak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini merupakan fenomena yang amat merisaukan dan perlu dibanteras, kata Ketua Jurulatih Sementara Pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee. Ketua Jurulatih Harimau Muda A itu berkata, semua penyokong bola sepak di negara ini seharusnya mempunyai mentaliti positif apabila menunjukkan sokongan terhadap pasukan mereka bagi memastikan keharmonian dalam bola sepak di Malaysia dapat dikekalkan. "Saya amat terkilan apabila penyokong walaupun dari negeri berbeza begitu (bergaduh sesama sendiri), kita perlu tahu bola sepak ini menang kalah adat permainan tetapi keharmonian itu perlu dikekalkan. "Mungkin bukan semua (penyokong) hanya segelintir tetapi yang mustahak mentaliti positif, pasukan kita menang atau kalah kita tetap sokong dengan harmoni," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara Melaka United dan Harimau Muda A di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi. Perlawanan yang turut disaksikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron itu berkesudahan seri 1-1, dengan Amir Shahreen Abd Mubin menjaringkan gol Melaka United pada minit ke-24 manakala gol Harimau Muda A dijaringkan Mohd Azrif Nasrulhaq pada minit terakhir perlawanan, minit ke-90. Insiden terbaharu pergaduhan antara penyokong berlaku pada Jumaat lepas apabila seorang penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) cedera di kepala dipercayai akibat dibaling objek keras selepas berlaku provokasi antara kumpulan penyokong JDT dan Pahang di Stadium Darul Makmur dalam aksi Liga Super berkesudahan Pahang menewaskan JDT 3-2. Mengulas tentang persembahan anak buahnya pada perlawanan persahabatan itu, Kim Swee berkata ia merupakan permulaan yang baik dalam persediaan pasukan Harimau Muda A menghadapi Liga Queensland di Australia bulan depan. "Kita telah merekrut beberapa pemain baharu daripada Harimau Muda B dan C juga pemain luar, mereka ini tunjukkan komitmen yang cukup baik dalam perlawanan sejak kita berlatih tiga minggu lepas dan kita ada dua lagi perlawanan persahabatan sebelum berlepas ke Australia," katanya. Beliau berkata Harimau Muda A bermain di Australia bagi tujuan pendedahan kepada permainan bola sepak bertaraf tinggi dan percaya permainan anggota pasukan itu akan bertambah baik selepas bersaing dalam liga di sana nanti. Ditanya perancangannya untuk pasukan kebangsaan, tanpa mendedahkan perancangannya dengan teliti, Kim Swee berkata beliau akan mengumpul pemain terbaik negara pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk aksi persahabatan menentang Filipina pada 1 Mac depan sebelum bertemu Yemen pada 5 Mac dalam aksi kelayakan Piala Asia. Sementara itu, Idris memohon kerjasama semua penyokong Melaka United supaya tidak melakukan perkara yang memberi impak negatif kepada pasukan itu seperti membakar suar, bermain mercun dan bergaduh dengan penyokong pasukan lawan. "FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sentiasa mengawasi secara rapat insiden seperti ini, dalam pada kita gigih mencari dana untuk mengisi tabung pasukan jangan pula ada penyokong kita yang bocorkan dana untuk membayar denda dengan melakukan perkara sedemikian," katanya. - Bernama | |||
NGO lumur darah ayam rosak imej negara Posted: 08 Feb 2014 11:31 PM PST TAIPING – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad menyelar tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia dan melakukan upacara penyembelihan ayam pada gambar pemimpin PKR dan DAP. Beliau berkata, tindakan tersebut yang dilakukan kira-kira 50 individu di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur itu boleh disifatkan sebagai sesuatu yang memalukan. "Lebih malang apabila kumpulan terbabit menggunakan nama Islam, sedangkan ia tiada dalam ajaran Islam itu sendiri," katanya pada sidang media di Pejabat Pas Bukit Gantang, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kumpulan terbabit yang bertindak melakukan penyembelihan dan melumur darah pada kain rentang yang terdapat wajah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon. Idris berkata, kejadian seumpama itu tidak sewajarnya berulang kerana ia hanya akan merosakkan imej negara. "Oleh itu, kita amat berharap pihak polis dapat bertindak dengan sewajarnya kerana gambar-gambar juga ada, mustahil mereka tindakan tidak boleh diambil," katanya. | |||
Hotel di Madinah terbakar, 15 jemaah maut Posted: 08 Feb 2014 11:29 PM PST Satu kebakaran Hotel Ishraq Al-Madina di Madinah semalam telah menyebabkan 15 jemaah maut dan mencederakan 130 yang lain. Kabakaran dilaporkan berlaku 2.33 petang Sabtu waktu tempatan dan kira-kira pukul 8 malam waktu Malaysia, lapor agensi berita Saudi Press Agency (SPA). Menurut agensi itu, beberapa pegawai yang ditemui berkata, kira-kira 700 jemaah telah menginap di hotel di bandar barat Madinah untuk melaksanakan umrah. Laporan sebelum ini berkata, 12 orang terbunuh dalam kebakaran tersebut. Stesen-stesen televisyen di Mesir berkata rakyat Mesir dan Turki adalah antara mereka yang terkorban dan jurucakap Kementerian Luar, Badr Abdelatty berkata, Kaherah masih cuba untuk mengesahkan jumlah warga mereka yang meninggal dunia. "Api tersebut mengakibatkan kematian 15 jemaah dan disebabkan oleh pengsan, pendarahan dan serangan jantung dan pernafasan. Kami juga merawat 30 kes lemas akibat kebakaran," kata Mohammed Mahmoud Kheyat , jurucakap Bulan Sabit Merah Arab di Madinah kepada agesi berita tersebut. Kebakaran berlaku pada waktu petang dan berjaya dikawal beberapa jam kemudian oleh lebih daripada 110 anggota Bomba dan Pertahanan Awam Arab Saudi. Mereka yang terselamat berpindah ke hotel lain di bandar tersebut. Pihak berkuasa melakukan siasatan punca kebakaran itu dan mengatakan kerja-kerja penyelenggaraan di hotel itu litar pintas mungkin menjadi punca hotel tersebut terbakar. | |||
Zizan ungguli Anugerah Meletop Era 2013 Posted: 08 Feb 2014 11:19 PM PST PELAKON dan pelawak, Zizan Razak menggondol Anugerah Meletop Era 2013 apabila memenangi empat kategori membabitkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi dalam acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam tadi. Zizan memenangi kategori Fesyen Meletop dan Bintang Siber Meletop yang setiap satunya memperuntukan wang tunai RM5,000 dan trofi. Bagi Anugerah WeChat Meletop pula dia mendapat RM15,000 manakala Top Top Meletop (Lelaki), wang tunai diterimanya ialah RM10,000 beserta trofi. Tempat kedua tertinggi dimenangi oleh Hafiz Suip yang mendapat tiga anugerah iaitu bagi kategori Grup/Duo Meletop gandingannya bersama Datuk Siti Nurhaliza, Lagu Meletop (Bahagiamu Deritaku) dan Penyanyi Meletop. Menerusi Lagu Meletop, Bahagiamu Deritaku berjaya menewaskan lagu popular seperti Galau (Siti Nurhaliza), Infiniti Cinta (Zizan & Kaka), Kita (Forteen) dan Muara Hati (Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza). Bagi tiga anugerah itu, Hafiz memperoleh wang tunai keseluruhan RM15,000 dan juga trofi sumbangan Astro. Pelakon Love You Mr Arrogant iaitu Zara Zya pula turut mendapat wang tunai RM15,000 apabila memenangi kategori Top Top Meletop (Wanita) yang memperuntukkan RM10,000 dan Artis Baru Meletop (RM5,000). Berikut senarai pemenang Anugerah Meletop 2013: Top Top MeleTOP Lelaki: Zizan Razak Top Top MeleTOP Wanita: Zara Zya Lagu Meletop: Bahagiamu Deritaku (Hafiz) Penyanyi Meletop: Hafiz Suip Program Radio Meletop: Johara Pagi Era Penyampai Baru Radio Meletop: Nabil - Era FM Grup/Duo Meletop: Hafiz & Datuk Siti Nurhaliza Filem Meletop: KL Gangster 2 Bintang Filem Meletop: Aaron Aziz - KL Gangster 2 Program TV Meletop: Maharaja Lawak Mega 2012 Bintang TV Meletop: Jepp Sepahtu - Super Spontan 2013 Bintang Siber Meletop: Zizan Razak Couple Meletop: Nabil Ahmad dan Nazirah Artis Baru Meletop: Zara Zya Fesyen Meletop: Zizan Razak Artis Serantau Meletop: Sleeq Artis WeChat Meletop: Zizan Razak | |||
Posted: 08 Feb 2014 11:16 PM PST JELAS pada saya, cabaran terbaru kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak, adalah keputusan pilihan raya kecil Dun Kajang yang sudahpun di duga siapa menang. Challenge untuk Najib ialah bagaimana mengurus dan mengendalikan politik dan kerajaan terus segar dalam tahun baharu yang dijangka menghadapi banyak kesukaran. Ditambah pula oleh pemenang pilihan raya kecil Kajang - Anwar Ibrahim - sama ada dia jadi menteri besar atau tidak. Woe betide if Anwar became Menteri Besar. Padahnya bagi parti pemerintah di pusat kalau dia Menteri Besar Selangor. Nafsu atau testosteron politik pembangkang kuat - terlalu kuat. Ada juga bahayanya kalau testosteron terlalu ghairah pada musim bukan pilihan raya umum. Apalagi jika nafsu itu dipamerkan semata-mata kerana ingin diakui pembangkang gagah. Tindakan dan cita-cita Anwar Ibrahim atau his goal says Speaking, "is understandable but a little careless mistake or one insensitive move, deliberate or otherwise, he makes, could make his political tangle in Selangor worse." Maksudnya, satu kesilapan kecil atau tindakan tidak sensitif walaupun tidak disengajakan akan jadi benang politiknya di Selangor lebih kusut dan akan merebak keluar Selangor. Kerana Anwar seorang political animal sejati, dia (wajar, tidak salah) telah menggunakan kelonggaran yang dibenarkan oleh demokrasi dan peraturan pilihan raya di negara kita untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Kajang bulan depan setelah incumbent meletakkan jawatan secara mengejut. Najib, Umno/BN dan MCA, terutamanya perlu berfikir di luar kotak minda biasa untuk berlawan dengan political animal yang teruji ini. Suka-duka, Najib dan Anwar masa Anwar dalam Umno pun sudah seteru politik ketat walaupun kedua bersopan santun di antara satu sama lain. Mereka semenjak itu telah melangsungkan proxy wars. Sekarang an all-out open wars yakni perang besaran yang terbuka. Apabila Anwar disingkir masa depan Badawi dan Najib dalam Umno cerah kembali langsung Badawi dan Najib naik takhta politik, satu dipilih sendiri oleh Dr Mahathir dan Najib pula dengan sokongan dan desakan Dr Mahathir dan puaknya. Problem dihadapi Najib dan BN walaupun kerajaan dan Umno kelihatan kukuh adalah treacherous prospects yakni berkemungkinan wujud sikap khianat; berbahaya terutama sekali tatkala Najib kelihatan selamat. Sebenarnya Najib dan BN harus melawan helah dengan helah. Pembangkang bukan kuat sangat tetapi dilihat kuat. Majoriti Melayu Islam, Peribumi bukan Islam menyokong kerajaan. Awasilah pengkhianat dalam gelap; musuh dalam selimut dan dampingilah non- Melayu dan non-Peribumi yang menyokong kerajaan dan berusahalah menambah bilangan mereka ke tahap pre-2008. Melihat kepada bilangan pengundi mengikut bangsa (di Dun Kajang) calon BN yang berwibawa, bersih, muka baharu dan berpendidikan tinggi dan bermoral mulia bisa membuat kejutan andainya 30 peratus pengundi Cina, antara 65 -70 peratus pengundi Melayu Islam, Peribumi bukan Islam dan India memilih BN. Adakah dan sudahkah pengundi Cina percaya kepada kepimpinan baru MCA? Itulah soalan yang terpenting dan cabaran terbaharu kepada MCA. Ramai pengundi masih tidak percaya MCA sudah berubah. Apa lagi tatkala negara menghadapi beberapa masalah yang dirasai oleh rakyat sungguhpun kerajaan cuba dan berusaha sedaya boleh mengurangkan bebanan dan tekanan atas kehidupan harian mereka. Tugas besar Najib adalah mengurangkan kebimbangan masa depan rakyat dan meringankan risau mereka terhadap politik negara yang kelihatan lebih kusut, polarised antara sekarang dan selepas Kajang. Selagi Anwar bernafas selagi itulah dia akan cuba - apa harga pun dia akan bayar - asalkan dia dapat menduduki Sri Perdana. Kalau dia dan pembangkang berjaya ke Putrajaya satu perkara yang pasti adalah amat sukar, mungkin mustahil bagi Umno/BN kembali memerintah! Tegas seorang timbalan ketua bahagian Umno Kelantan dan seorang ketua Umno di luar Kelantan kepada saya, "apabila Anwar, Lim Kit Siang dan Pas naik, sebuah pemerintahan / kerajaan kombinasi ala Singapura, Iran dan Taliban akan wujud. Then what hope has Umno to regain power. Umno tidak ada harapan langsung. Pakatan Rakyat, setelah berkuasa, akan lebih intolerant dan authoritarian dari kerajaan BN. Anwar, Kit Siang dan menteri Pas bukan seperti menteri BN. Mereka ruthless - tidak ada kasihan belas dan committed. Mereka akan mempertahankan kerajaan mereka apa jadi pun. Mereka tidak akan peduli kepada desakan luar dan dalam negeri seperti berlaku di negeri mereka berkuasa dan negara mentor mereka. Percayalah." Dulu lain, sekarang lain. Apabila Anwar PM atau MB Selangor pun dia akan menjelma seperti tatkala dia "anak emas" Dr Mahathir dan satu ketika de facto PM. Walaupun sebagai MB Selangor, Anwar mempunyai taring yang amat bisa; dia , seperti di tegasnya sendiri, akan memberi "a strong leadership." Saya percaya pada iltizam dan determinationnya. Kalaupun kepimpinannya tidak beri kesenangan pada rakyat dia pasti akan menyusahkan Kerajaan Pusat dan BN to no end. Sekarang pun dia bikin BN pening lalat. Setelah di Shah Alam, Anwar akan memberi BN sakit kepala ! Musuh Umno/BN sebenarnya mereka sendiri. Terang Speaking, "despite that Umno/BN has governed the nation continuously". Ingat dulu lain, 2014 lain dan masa kemuka amat lain. Melayu Islam, Peribumi bukan Islam pun ingin lihat hasil sokongan mereka bukan janji semata-mata. Mereka pun telah belajar daripada majoriti pengundi Cina- dapat betis mahu paha pula! "Kadang kala lebih baik jadi kera di hutan dari anak di atas riba" tegas seorang peguam muda Umno. Marahnya bukan main lagi kerana banyak "Aku Janji" yang belum ditunaikan. Tambahnya "guruhnya besar tetapi hujan gerimis" Saya melihat ramai pemimpin Umno/BN, maaf, kurang committed, mereka majoriti syok sendiri; bercakap kepada kelompok sendiri, kepada orangnya sahaja, tidak cuba memikat hati orang luar, mempengaruhi mereka atas pagar dan memujuk muda-mudi yang masih berkecuali. Sama ada setengah pemimpin ini tidak yakin dengan kebolehan sendiri atau kerana bersifat: "aku tak buat pun aku kekal dalam jawatan. Buat apa pusing kepala. Kebas peluang semasa berkuasa." | |||
Posted: 08 Feb 2014 11:14 PM PST PENGUMUMAN Ketua Umum PKR, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM sebagai calon PRK Dun Kajang, mengejutkan ramai pihak. Ada yang membuat spekulasi pencalonan ini dibuat bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang ini untuk menjawat jawatan tertinggi dalam Kerajaan Negeri Selangor, namun sehingga kini dakwaan tersebut masih belum ada kesahihan. Ikuti transkrip penuh temubual eksklusif bersama Anwar yang disediakan oleh wartawan Sinar Harian, Siti Nursyahidah Abu Bakar, Siti Aisah Habirin, Jamilah Hamzah, Norutul Ilham Mad Jari dan Jurufoto Zulfhadli Zaki. Setakat ini sudah berapa banyak strategi yang diguna pakai PKR untuk menawan Putrajaya sehingga terpaksa mengosongkan kerusi Dun Kajang? Strategi ini dibuat bergantung kepada suasana dan keadaan semasa. Situasi sekarang ini berkaitan kemelut politik melibatkan kaum, agama yang sengaja didedahkan dan sasarannya adalah Selangor. Setakat ini Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya mengawal, terutamanya bidang ekonomi dan sudah sampai masanya untuk kita pertahankannya. Contohnya, jika kamu tanya apa yang saya akan lakukan, pertama saya kata untuk memberikan keyakinan kepada orang Islam dulu, Islam adalah agama rasmi. Kegiatan masjid, surau diimarahkan, kefahaman anak muda tentang Islam kena tingkatkan. Ini adalah dengan penyebaran maklumat, jadi memerlukan suasana segar, ekonomi Melayu, mikro kredit, jadi kita kena yakinkan ini dulu. Kemudian ini kita tunjukkan bahawa kuasa kita tidak menekan orang lain, Islam tidak ada dalam sejarah menekan rakyat, apatah lagi bukan Islam, dengan cara sombong, angkuh dan dan dangkal. Islam itu berkembang, saya ada ceritakan dalam tazkirah bagaimana Wali Songo gunakan hikmah dan keadilan kembangkan Islam. Saya sebut Islam itu bukan al-Qaeda sahaja, bukan Taliban sahaja. Tapi Islam yang 1,400 tahun dahulu yang sudah memberi mesej. Kalau ini dilakukan sebagai ancaman, ingin saya cakapkan perlunya kita membetulkan akidah kita. Saya ingin memberi jaminan, pada tiap orang Kristian, Budhha, Hindu, yang merasakan Islam itu menekan dan menghalang bahawa perkara tersebut tiada dalam ajaran Islam. Kalau itu fokusnya Datuk Seri, sebagai Ketua Umum, Datuk Seri boleh memainkan peranan itu dan tidak perlu bertanding di Kajang? Tapi dapatannya tidak sama, sebab kita kena ada dengan barisan pimpinan untuk memberikan impak yang betul-betul positif dan berkesan. Tapi saya Ketua Umum dan penasihat, saya bukan British Presiden yang ada kuasa. Saya hanya penasihat yang boleh memberikan pandangan. Kalau saya bagi nasihat saya hanya di belakang, tetapi isunya Tan Sri Khalid memang berkeupayaan baik dalam segi ekonomi. Tetapi dalam pimpinan politik di Selangor, dia ada keterbatasan. Bukanlah bermakna saya ini baik sangat. Adakah jawatan Tan Sri Khalid akan kekal sebagai MB? Tidak, kita tidak akan beri jaminan itu, tidak. Itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik. Ada kemungkinan orang lain akan ganti tempat Abdul Khalid? Ya, ia bukan tetap. Dalam politik malah dalam dunia sekalipun. Tindakan Datuk Seri pilih Kajang yang pastinya akan berlaku serangan peribadi, jadi mungkin bukan sahaja musuh, bahkan yang iri hati akan keluar. Jadi apa tindakan Datuk Seri? Sudah 15 tahun mereka ulang tayang perkara itu, itu sahaja mereka mampu. Orang Islam, bukan Islam tahu apa itu batas akhlak, hukum khazaf. Mereka akan ada kerja standard untuk dapatkan jawatan. Kalau mahu jadi Senator, serang Anwar, nak jadi duta, serang Anwar, nak jadi Ketua Penerangan, serang Anwar. Tapi kalau mutunya ke situ sahaja, politiknya begitu sahaja, itu adalah politik picisan dan ianya adalah jijik, sebab itu saya tidak mahu jawab. Kadang-kadang orang lupa saya pernah jadi pemangku perdana menteri, dan laporan sampai kepada saya, jadi kalau saya mahu pilih untuk aib, kita boleh lawan, tapi saya tidak mahu buat begitu. Kalau saya buat begitu, saya hilang tumpuan soal dasar, kalau kata saya tidak berani, saya kebanyakannya sudah saman, tapi kalau ada orang tanya kenapa tidak saman, saya sudah berpuluh kali saman, setiap minggu ke mahkamah. Tapi bila kena saman, semua tarik kenyataan, (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) pernah tarik, Nalla (Datuk Nallakarupan) kalah, (Dr) Chandra Muzaffar kalah, banyak kes-kes macam itu, tapi itu bukan politiknya. Adakah pernah berlaku tawaran daripada orang tertentu untuk berbincang sesuatu jawatan dengan Datuk Seri? Yang maki hamun saya tiap malam itu apa? Kalau bincang mungkin sopan sikit, tidak ada. Saya usulkan konsensus nasional kerana saya fikir rakyat tidak harus dikorbankan dalam isu api perkauman, fanatik agama, yang bercakap soal agama, amalan mereka pun teruk. Dengar ucapan mereka 20 minit, maki orang, akhlak busuk, perangai buruk. Itu sahaja cukup mengatakan itu bukan cara dan kaedah betul, jadi dia ingat orang semua bodoh. Anak muda sekarang walaupun nampak biasa, tapi mereka boleh berfikir. Dia harus memikir dan mendengar. Berbalik kepada konsensus nasional, saya nak ia melibatkan soal isu kaum dan agama, jenayah yang meningkat kerana hampir semua rumah orang terlibat, ekonomi melibatkan harga barang, apa yang (kerajaan) dia buat? pantau harga... Kerja perdana menteri sekarang adalah pantau harga, lihat semula perjanjian yang monopolinya, tapi selagi itu tidak dirungkai, harga tidak akan turun. Keempat adalah rasuah, ini adalah empat perkara yang kita mahu bincang, soalan lain tiada. Pernahkah Datuk Seri ditawarkan kembali kepada BN dan memegang jawatan dalam kerajaan? Jika tawarkan jawatan kembali ke Umno, tidak ada. Jika ada secara serius, kita akan runding dalam PR. Tetapi setakat ini, tiada rundingan. Benarkah ada pakatan sulit Kajang seperti yang didakwa melibatkan Datuk Seri, Khalid dan juga Azmin? Strategi itu ada, tetapi mana ada pakatan sulit. Azmin ialah Timbalan Presiden PKR dan pengarah pilihan raya nasional. Sebelum ini, Khalid ada datang berjumpa saya. Beliau sendiri mahu bertanggungjawab menjadi pengarah PRK Dun Kajang setelah saya diumumkan sebagai calon. Sesiapa saja yang sukarela mahu bekerja, saya OK. Kalau mahu kata ada pakatan sulit, saya sendiri pun tidak tahu. Bagaimana jika BN tidak letakkan calon? Di PRK Dun Penanti, BN tidak letak calon tetapi ada calon Bebas. Lebih-lebih lagi sekarang mereka beri alasan mahu jimat belanja dan mahu fokus pembangunan negara. Itu bagus. Jika dilihat sejarah saya dalam politik, Alhamdulillah saya ada sokongan. Tetapi saya tidak pandang mudah setiap pilihan raya. Saya akan turun berjumpa dengan penduduk kerana saya bukan bertanding sebagai Ketua Umum PKR, tetapi sebagai calon. Malah, aktiviti saya di Permatang Pauh, saya pergi ke warung dan berjumpa dengan ramai orang. Di situ, saya Ahli Parlimen dan orang anggap saya sebagai keluarga. Kalau saya menang di Kajang pun saya kena jadi begitu. Bagaimana Datuk Seri melihat kenyataan pemimpin Pas yang tidak bersetuju perubahan jawatan Menteri Besar Selangor? Pandangan saya selalunya perkara ini boleh dibincangkan. Saya tidak mahu ulas teguran atau kritikan mereka secara terbuka. Semua perlu ikut proses kerana kita mahu kepimpinan yang efektif. Kita boleh tangani masalah ini. Cuma mudahnya, kalau saya ambil alih pun, saya ambil alih jawatan ini daripada Khalid. Itu jadi mudah sebab pengurusannya baik. Adakah isu Konsensus Nasional perlu diterangkan segera kepada penduduk Kajang sebelum PRK berlangsung seperti yang pernah disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz? Bagi saya kenyataan Nik Abduh itu lebih sopan. Dia cuma minta penjelasan kerana ada kekeliruan. Tetapi saya sudah beri penjelasan melalui Majlis Pimpinan PR putuskan pada Ogos 2013 dalam mesyuarat. Cuma istilah yang digunakan berlainan. Mulanya saya gunakan istilah dialog tetapi saya lakarkan dengan bahasa yang lebih tersusun iaitu Konsensus Nasional. Mungkin Nik Abduh tidak dapat maklumat itu. Tetapi saya sudah menerangkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat akan keperluan untuk sedia berunding dalam isu-isu pokok. Jika dibaca balik, kenyataan saya tidak menimbulkan kontroversi pun. Saya juga tidak menyebut rundingan antara Anwar dan Najib, tetapi pimpinan PR dengan kerajaan BN. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan