Rabu, 5 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Speaker DUN Perak bidas pihak hantar surat palsu Adun keluar parti

Posted: 05 Feb 2014 03:23 AM PST


THE MALAYSIAN INSIDER


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri S.K. Devamany (gambar) hari ini membidas tindakan pihak yang cuba mencetuskan situasi "huru-hara" dengan menghantar surat palsu ke pejabatnya kononnya daripada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri dan sistem demokrasi yang selama ini didukung rakyat.

"Tindakan itu mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya tidak boleh dipermainkan. Badan Eksekutif, Kehakiman dan Dewan Undangan Negeri merupakan tiga elemen kerajaan yang penting, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas mencabar sistem demokrasi yang kita dukung," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Semalam, Adun Hutan Melintang daripada PKR S.Kesavan menafikan beliau keluar parti itu seperti yang didakwa melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak.

Menurut surat yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Oleh demikian, Devamany berkata beliau telah mengarahkan pembantu tadbir dan beberapa pegawainya membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

"Saya berharap insiden seperti ini tidak menimbulkan spekulasi negatif memandangkan kerjasama antara anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang ketika ini amat baik dalam usaha memajukan Perak," katanya.

Sementara itu, Kesavan turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pagi ini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, katanya beliau mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan integritinya, parti serta DUN Perak walaupun tidak mengesyaki mana-mana pihak.

"Surat itu adalah satu fitnah terhadap saya, saya mahu pihak polis mengadakan siasatan lanjut terhadap pihak yang terlibat," katanya. - Bernama

PERKASA: Mengapa tiada tindakan facebook hina Islam?

Posted: 05 Feb 2014 03:14 AM PST

MALAYSIAKINI


 
 
 
NGO pendesak Melayu, PERKASA bertanya mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) begitu cepat bertindak terhadap facebook yang menghina Kristian tetapi tiada tindakan diambil terhadap banyak facebook yang hina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat.

"Laporan polis terhadap beberapa portal berita dan facebook yang menghina kesucian Islam, kami kira cukup banyak, mengapa tiada lagi tindakan diambil," kata Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.

"Apakah laporan polis tidak mencukupi dan perlu juga membuat aduan kpd SKMM?," tanya Syed Hassan dalam satu kenyataan.

"PERKASA harap SKMM jangan memilih-milih aduan. Penghinaan terhadap kesucian Islam tidak sedikit dalam portal-portal berita dan facebook," tambahnya.

Katanya, PERKASA sungguh terkejut begitu cepat sekali tindakan diambil oleh SKMM apabila Kristian dihina.

PERKASA juga, katanya, menunggu pula reaksi dari pertubuhan yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

"Mengapa tidak menyelar SKMM kerana menyekat kebebasan suara bila laman facebook tersebut ditutup.

"Apakah pertubuhan perjuangkan kebebasan bersuara juga memilih-milih untuk membuat kritikan? Yang hina kristian didiamkan sahaja bila SKMM ambil tindakan dan bila Islam dihina dan tindakan diambil itu satu tindakan yang melanggar kebebasan bersuara?" tegasnya.

Bagaimanapun, katanya, PERKASA mengucapkan tahniah kepada SKMM kerana bertindak segera membuang Facebook yang menghina Kristian sepertimana kenyataan pengerusi SKMM yg disiarkan oleh beberapa portal berita semalam.

Apapun, tegas Syed Hassan, PERKASA menyokong tindakan terhadap mana-mana pihak yang menghina apa jua agama dalam negara ini.

"Perbuatan menghina sesuatu agama bukanlah kebebasan bersuara. Penghina terhadap sesuatu agama wajar dihukum dengan hukuman yang keras," tegasnya lagi.

PKNS: Tak lanjut kontrak elak pertindihan tugas

Posted: 05 Feb 2014 03:09 AM PST

MALAYSIAKINI



Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan perkhidmatan 20 kakitangan perbadanan itu yang ditamatkan kontrak memandangkan kepakaran dan pengalaman mereka sudah sedia ada dengan pegawai tetap di situ.

PKNS berkata keputusan itu dibuat ekoran penyusunan semula oraganisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan tugas selaras dengan polisi tadbir urus yang mengutamakan perkhidmatan cekap dan "value for money".

Dalam kenyataannya, PKNS berkata perkhidmatan 20 anggota itu dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 untuk mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baru antaranya pemasaran, pembangunan bisnes, strategi dan media, pelaburan, dan pengurusan organisasi dan integriti.

"Bagaimanapun, setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan perkhidmatan 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada dikalangan pegawai tetap di PKNS.

"Sehubungan itu,  anak syarikat PKNS; PKNS Holdings telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak perkhidmatan masing-masing," kata kenyataan itu.

Semalam, dilaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) - anak syarikat PKNS - memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuatkuasa semalam.
 
Kesemua kakitangan PHSB itu menerima surat pemecatan - yang ditandatangani Pengerusinya Datin Paduka Norazlina Zakaria - dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi semalam.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan PHSB dan menganggap tiada sebarang pemecatan pekerja berlaku melainkan kontrak mereka tidak dilanjutkan.

KDN minta Herald tak siar lagi isu 'Allah'

Posted: 05 Feb 2014 03:06 AM PST

MALAYSIAKINI





Kementerian Dalam Negeri meminta mingguan Katolik The Herald tidak menyiarkan artikel yang berkaitan isu penggunaan kalimah Allah sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober lalu.

Dalam surat KDN bertarikh 20 Januari itu menyebut Herald The Catholic Weekly sewajarnya tidak menyiarkan isu itu dalam penerbitan mereka secara berterusan demi faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

"Sebagai menghormati keputusan mahkamah, pihak Herald The Catholic Weekly sewajarnya tidak menyiarkan isu ini dalam penerbitan secara berterusan.

"Penyiaran artikel-artikel berkaitan kalimah Allah juga pada masa ini kemungkinan boleh memudaratkan keselamatan dan ketenteraman dan seterusnya menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dan agama di negara ini.

"Sehubungan itu, mengambil kira faktor keselamatan dan ketenteraman awam serta keputusan mahkamah rayuan, pihak kementerian meminta agar artikel-artikel berkaitan isu kalimah Allah ini tidak disiarkan dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly," surat itu dipetik.

'Kita semua bukan binatang!'

Posted: 05 Feb 2014 03:05 AM PST



MALAYSIAKINI


Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB), Dr Aliff Aiman menyifatkan tindakan menamatkan kontrak mereka sebagai tidak adil dan menganiaya golongan profesional yang diambil bagi menaikkan taraf professionalisme Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Siapa bertanggungjawab kepada kami? Adakah ini cara kamu melayan kami?

"kita semua bukan binatang! kita manusia lagipun kami semua orang
Islam. Itu syarikat-syarikat kafir pun tidak akan buat begini," kata Dr Aliff (kanan) dengan wajah yang amat kecewa.

Beliau berkata demikian di hadapan media selepas mengadakan pertemuan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC dan Kementerian Sumber Manusia bagi mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap PKNS.

Semalam PHSB dilapor memecat 30 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuat kuasa serta-merta.

Kesemua kakitangan PHSB - anak syarikat PKNS - menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, ketika dihubungi, bekas Ketua bahagian sumber manusia kumpulan PKNS, Rina Sarif yang turut ditamatkan kontrak berkata, 19 pekerja PHSB telah menerima notis semalam manakala baki 19 yang lain bakal menerima nasib sama tidak lama lagi.

Rina berkata kesemua mereka masih mempunyai kontrak antara enam bulan hingga dua tahun yang ditamatkan begitu sahaja.

"Saya jadi HR (Sumber Manusia) selama 18 tahun. Mana ada kontrak yang ditamatkan macam ni. Ini bukan notis pemecatan (termination) 24 jam. Ini serta-merta.

"Kontrak sepatutnya jaga hidup (livelihood) pekerja. Mana ada kontrak begini," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid ketika ditemui semalam menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan tersebut dan berkata keputusan itu dilakukan sendiri pihak pengurusan PHSB.

Sementara itu, Timbalan Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan menamatkan kontrak pekerja terbabit sebagai tindakan zalim ibarat negara 'kunta-kinte'.

Beliau berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melanggar Akta Pekerja kerana tidak memberi justifikasi penamatan kontrak justeru melanggar kontrak yang ditandatangani sendiri oleh syarikat dan pekerja.

"Saya difahamkan ada perjanjian kontrak bersamaan seksyen 10 (Akta Pekerja) yang wajib diikuti tak kira siapa pun.

"Pihak PKNS telah melanggari Seksyen 12 iaitu pelanggaran kontrak," katanya yang juga MP Kuala Langat.

"Ini bukan negara 'kunta-kinte'. Perlu ada undang-undang sebelum berbuat sesuatu," kata beliau lagi di hadapan pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor di Shah Alam hari ini.

Sementara itu PKNS dalam kenyataan hari ini menafikan memecat sebaliknya hanya 'memulangkan' semula sejumlah 20 anggota PKNS Holdings kembali kepada anak syarikat perbadanan itu.

Ia hanya satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelakkan pertindihan  tugas  selaras dengan polisi tadbir urus PKNS yang mengutamakan perkhidmatan cekap.

[BONGKAR] Penyelewengan & Rasuah Dalam Program 1AZAM Yayasan Sayang Malaysia

Posted: 05 Feb 2014 02:57 AM PST

KELAB GREENBOC


Skandal 1Azam RM690 juta, lebih besar dari NFC

 
PETALING JAYA : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.

"Jika 'meletup', ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.

"Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.

"Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa," jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

"Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

"Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

"Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang," katanya. -KD

Siasat penyelewengan skim 1Azam – Rafizi


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Kata Rafizi, aduan penipuan diterimanya sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara.

Sebagai contoh katanya, jika tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000, harga sebenar adalah RM2,500.

"Beza RM2,500 dari tuntutan dibahagikan diantara beberapa orang yang terlibat.

"Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah dari yang tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan di antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Manakala cara kedua penipuan dibuat menurut Rafizi apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

"Namun saya berasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk terbabit di dalam pelaksanaan skim 1Azam," kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehinya.

"Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil,"
kata Rafizi.

Kata Rafizi, wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa.

"SPRM dah kumpul data, tapi sembunyi dari orang awam.

"Nampaknya kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengayakan beberapa orang," tegas Rafizi.

Siasatan selamat wang rakya


PUTRAJAYA - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung program 1Azam diharapkan dapat menyekat lebih banyak penyelewengan wang rakyat.

Sepanjang program itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion dan 132,511 individu layak menerimanya di seluruh negara sejak projek perintis dijalankan akhir Januari 2010 lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan menjurus kepada individu yang cuba melakukan salah laku berkaitan program itu.

"Program yang dilakukan adalah baik untuk rakyat, tetapi ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang disediakan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim dan beberapa individu bagi tujuan membantu siasatan.

Ketika ditanya berhubung status siasatan, Abu Kassim enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang berjalan.

Jelasnya, pelaksanaan beberapa program meningkatkan taraf hidup rakyat dan golongan sasaran dilakukan kerajaan sangat baik dan bermanfaat.

Namun di sesetengah organisasi terdapat individu mengambil peluang demi kepentingan diri.


"Dalam organisasi mereka menjadi titik hitam ini perlu dikeluarkan supaya matlamat dan objektif berjaya," katanya.

Dalam perkembangan lain bagi membendung kegiatan salah laku dalam agensi kerajaan mahupun swasta berlaku, Abu Kassim berkata, SPRM ada menawarkan khidmat nasihat dan rundingan.

"SPRM mengalu-alukan mana-mana kementerian, kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta yang mahu khidmat profesional mereka berhubung integriti dan perjalanan prosedur bagi mengurangkan gejala rasuah. Selain menasihatkan, pegawai SPRM juga ditempatkan di organisasi itu," katanya.

Tambahnya, kejayaan pelaksanaan dibuktikan di mana salah satu negeri menggunakan khidmat SPRM, berjaya meningkatkan hasil buminya melalui kutipan cukai yang sebelum ini merosot.
-SH September 20, 2013



Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam, Doakan Yang Terbaik Untuknya...

Posted: 05 Feb 2014 02:55 AM PST

KELAB GREENBOC

Stacy Pelajari Tentang Agama Islam Daripada Akim Ahmad


PETALING JAYA: Penyanyi Stacy mengakui semakin memahami ajaran agama Islam selepas banyak mendapat bimbingan daripada kekasihnya, Akim Ahmad.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, berkata, Akim banyak menjelaskan tentang agama itu setiap kali mereka berjumpa dan dia juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahaminya.

"Akim banyak memberitahu saya tentang ajaran Islam dan banyak yang saya pelajari daripadanya," katanya katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun berkata, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam dia mahu keputusannya itu didorong kerana kehendaknya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan pemuda itu.

Jelas Stacy, soal agama bukan sesuatu yang boleh dipersendakan dan dia sangat menghormati perkara itu.

"Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya.

Stacy berduet dengan kumpulan popular Indonesia iaitu SM*SH menerusi lagu Hello.

Dalam pada itu, Stacy berkata, pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam turut mendedahkannya dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini.

"Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

"Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.

Jelas Stacy, pengaruh kumpulan itu sangat kuat selain mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia.

"Bayangkan pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

"Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka," katanya.

Pada majlis tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat. -mstar

SPR dapatkan bekalan dakwat kekal baharu

Posted: 05 Feb 2014 02:48 AM PST


dakwat kekal Setiap pengundi dicalit dengan dakwat kekal sebelum dibenarkan mengundi


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat kekal yang baharu daripada pembekal luar negara pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, bagi menjamin kualiti dan ketahanan dakwat untuk tujuan PRK itu, SPR akan mengimport semula daripada pembekal luar negara.

Menurutnya, dakwat kekal akan terus diaplikasikan dalam pilihan raya kerana ia telah ditetapkan dalam proses pengundian.

"Ya, kita akan dapatkan dapat baharu dari pembekal kita.

"Ia sudah pasti akan lebih tahan lama, daripada sebelum ini," katanya pada sidang media di bangunan SPR, di sini, hari ini.

Muzium lilin dibakar: Mungkin perbuatan khianat

Posted: 05 Feb 2014 02:47 AM PST

patung i- City Antara Patung Lilin di Red Carpet yang terbakar dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat tiga orang suspek di Red Carpet i-City, Shah Alam. - Foto Bernama


KUALA SELANGOR - Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran di muzium lilin The Red Carpet di i-City, Shah Alam berpunca daripada perbuatan khianat melibatkan pihak dalaman.
  
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata polis masih menyiasat motif kejadian daripada pelbagai sudut termasuk juga kemungkinan penglibatan pihak luar.
  
"Kita juga sedang menyiasat sama ada kebakaran itu berpunca dari persaingan perniagaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan kerja sempena Op Selamat di Kampung Asam Jawa di sini hari ini.
  
Kebakaran kira-kira pukul 2.30 pagi Rabu lepas itu yang memusnahkan sebahagian ruang pameran dan sebanyak 10 patung lilin dipercayai dilakukan tiga individu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam muzium berkenaan.
  
Timbalan Pengerusi I-Berhad, pemaju i-City, Datuk Eu Hong Chew dilaporkan berkata kerja-kerja mengganti dan membina semula 10 buah patung lilin yang musnah akibat kebakaran itu sedang giat dijalankan dan dijangka dapat dibuka semula untuk orang ramai dalam masa dua bulan lagi.
  
Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata Op Selamat IV yang dilancarkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina bermula 24 Jan lepas sehingga hari ini menunjukkan penurunan dari segi kemalangan jalan raya di Selangor sebanyak lapan peratus dari tahun lepas. - Bernama

Video 'Onederful': Teresa lapor polis

Posted: 05 Feb 2014 02:43 AM PST


Video 'Onederful': Teresa lapor polis


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini membuat satu laporan polis selepas menerima pelbagai kecaman melalui panggilan telefon yang dilakukan oleh individu yang tidak dikenali.

Belia mendakwa menerima pelbagai jenis SMS telah dikirim ke nombor telefon bimbitnya dengan perkataan negatif dan mengancam keselamatan.

"Saya telah membuat laporan polis hari ini selepas menerima banyak panggilan telefon yang mengganggu daripada individu-individu yang tidak dikenali sejak jam 11.44 malam pada 3 Febuari 2014.

"Saya turut menerima banyak pesanan teks malah pesanan Whatsapps' yang negatif dan mengancam keselamatan termasuk daripada seorang bekas ahli Parlimen dan Adun," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Pada Isnin lalu, menurut laporan media polis akan meneliti dalam menyiasat kenyataan Kok  dalam klip video yang didakwa berbaur fitnah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata sekiranya polis mendapati Kok telah melanggar undang-undang dan Peguam Negara yakin terdapat cukup bukti terhadapnya, kes itu akan dibawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, Kok turut menggesa pemimpin Umno supaya menonton video klip yang dihasilkannya sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

"Saya juga mahu mengingatkan menteri-menteri Umno, iaitu (Datuk Seri) Shafie Apdal, Khairy Jamaluddin dan (Datuk Seri Ahmad) Shabery Chik untuk menghentikan serangan yang tidak wajar ke atas saya.

"Saya menggesa mereka untuk menonton klip itu sekali lagi sebelum membuat sebarang pertuduhan liar ke atas saya," katanya.

PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

Posted: 05 Feb 2014 02:38 AM PST

SELANGOR KINI



KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Muhd Taib menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Barisan Nasional (BN) yang gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Memetik laporan Keadilan Daily, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang berang terhadap kenaikan harga barang dan perkhidmatan ekoran kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan menghadapi ujian besar.

mat taib"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu besar," kata Muhammad.

Beliau berkata, PRK Kajang adalah waktu yang tepat kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, PRK Kajang juga tidak harus digunakan BN untuk menjatuhkan pihak lawan dengan pelbagai serangan peribadi.

"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba jadikan PRK Kajang sebagai tempat menyerang isu peribadi.

"Isu peribadi sudah tidak laku. Tidak payah bawa isu remeh temeh kerana yang penting adalah masa depan rakyat dan negara.

"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting, selain ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya.

PRK Kajang : AMK Selangor cabar BN segera kemuka calon

Posted: 05 Feb 2014 02:28 AM PST

Oleh : AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mencabar Barisan Nasional (BN) untuk segera menamakan calon bagi menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, pada 23 Mac ini.

Ketuanya, Azmizam Zaman Huri, berkata kegagalan BN untuk meletakkan calon yang sesuai akan membuktikan parti itu hanya tahu bercakap kosong sahaja dan tidak berani berhadapan Anwar dalam PRK kali ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin BN kini sedang bergelut dengan isu perebutan kerusi antara Umno dan MCA, apatah lagi kedua-dua belah pihak didakwa meragui keupayaan satu sama lain.

azmizam luar pc 01"AMK Selangor mencabar BN untuk segera menamakan calon bagi membuktikan dakwaan mereka kononnya PKR tidak lagi relevan dan ditolak rakyat.

"Kami percaya BN hanya tahu cakap kosong tetapi hakikatnya tidak berani untuk menghadapi Anwar kerana respon mereka sama sekali berbeza berbanding lima tahun lalu sewaktu Anwar bertanding pada PRK Parlimen Permatang Pauh.

"BN juga sedang bergelut untuk menjadi jaguh di Kajang, namun sambutan hebat masyarakat pelbagai kaum di Kajang terhadap Anwar membantutkan niat mereka," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azmizam berkata, kajian UMCEDEL yang meramalkan Anwar bakal meraih majoriti lebih besar juga menambah kerisauan BN yang seringkali lantang memperlekeh Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia adalah berdasarkan faktor calon, kekuatan jentera dan kesediaan rakyat untuk menerima perubahan dalam hala tuju pentadbiran di Selangor.

"Segera namakan calon mereka (BN) dan jangan hanya pandai bercakap tetapi hakikatnya takut berdepan kekalahan sekali lagi di DUN Kajang yang menjadi kubu kuat PR.

"Tidak ada gunanya hanya berani di media tetapi gagal terjemah sokongan rakyat di medan sebenar," katanya.-NFN-

46,000 Imbasan MRI Dan CT Hilang Selepas Naik Taraf Sistem

Posted: 04 Feb 2014 10:18 PM PST




PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 46,000 imej daripada jutaan dirakamkan untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terjejas berikutan masalah teknikal yang berlaku semasa naik taraf sistem.

Pengarah PPUM, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail berkata, masalah itu berlaku apabila beberapa imej tidak "disalin dengan betul" semasa naik taraf dan tidak dapat diperoleh semula kerana cakera keras untuk gantian sistem pengimejan baru rosak.

Imej-imej yang terjejas ialah rakaman yang diambil dari tahun 2011 sehingga pertengahan tahun lepas.

"Kami dalam proses menyalin imej yang dirakamkan dalam tempoh 10 tahun tetapi malangnya beberapa imej tidak disalin dengan betul dan tidak boleh diperoleh semula kerana cakera keras gantian telah rosak," katanya.

Bagaimanapun, Dr Ikram Shah memberi jaminan bahawa imej-imej dari imbasan magnetik resonan (MRI) sehingga ke imbasan Tomografi Berkomputer (CT), yang hanya kira-kira 0.2% daripada jumlah "ratusan juta imej" diambil sepanjang satu dekad lalu, sambil menambah bahawa masalah itu berlaku selepas Krismas tahun lepas.

Beliau berkata, walaupun imej itu terjejas, laporan bagi setiap kes masih ada dan ini akan membantu doktor memerlukan maklumat yang berkaitan.

"Ini adalah imej-imej lama dan setakat ini, tidak ada permintaan daripada doktor untuk gambar-gambar itu," katanya.

PPUM, katanya, kini mewujudkan dua sistem gantian untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku lagi.

Beliau berkata, keseluruhan projek itu melibatkan kos beberapa juta ringgit dan dipilih kerana ia adalah lebih canggih daripada yang sebelumnya.

"Setiap kajian (ke atas pesakit) boleh memerlukan 50 hingga 100 imej untuk dirakamkan, hanya untuk mengetahui apa yang tidak kena," katanya pada Selasa.

Jurulatih JDT dakwa Jadi Mangsa Pergaduhan

Posted: 04 Feb 2014 10:08 PM PST

Rakyat News

 Radhi Razak 


JOHOR BAHRU - Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), César Ferrando Jiménez hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kejadian di dalam terowong masuk ke bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin Sabtu lepas.

Menurut peguamnya Datuk Baljit Singh Siddhu, dalam laporan itu Ferrando menyatakan bahawa beliau merupakan mangsa dalam kejadian itu.

"Jiménez berkata beliau adalah mangsa dalam kejadian itu tetapi T-Team telah memutar belit fakta," katanya kepada pemberita di Balai Polis Sentral Johor Bahru Selatan di sini semalam.

Menurut Baljit, Ferrando menyatakan bahawa instruktur kecergasan T-Team telah bertindak menarik kolar bajunya manakala pemain T-Team berjersi nombor 16 menolaknya.

"Kita akan lihat perkara ini secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana fitnah atau tohmahan mengenai perkara tersebut," katanya.

Setiausaha Kehormat JDT Mohd Fahmy Yahya turur hadir di balai polis tetapi pihak media yang turut berada di situ tidak diberikan salinan laporan polis tersebut.

Perlawanan antara JDT dan T-Team di Stadium Larkin itu ditangguhkan selepas separuh masa pertama apabila T-Team yang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan permainan atas alasan keselamatan.

Semalam pemain T-Team, pihak pengurusaan dan jurulatih kecergasannya membuat empat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu berhubung insiden itu.

Pemain dan jurulatih kecergasan T-Team yang didakwa terlibat ialah pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih Stefano Impagliazzo.

Aisyah Disamun

Posted: 04 Feb 2014 10:06 PM PST

alt

 rakyatnews



Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aisyah dilaporkan menjadi mangsa samun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama anaknya baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.15 malam itu telah mengakibatkan penyanyi itu kehilangan wang tunai sebanyak RM1,000, kad pengenalan dan kad kredit.

Namun,tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh Aisyah dan anaknya.

Sehingga kini, penjenayah terbabit masih bebas kerana dia tidak dapat mengecam wajah penjenayah terbabit dan pada masa yang sama CCTV di kawasan tersebut juga rosak.

PRK Kajang: Nallakaruppan Tawar Diri Lawan Anwar

Posted: 04 Feb 2014 09:58 PM PST

rakyatnews_Nalla
 
Hafiz Roslan 
 
 
KUALA LUMPUR  - [KEMASKINI] Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S.Nallakaruppan menawarkan diri untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menentang Ketua Pembangkang itu.
 
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) berkata, hasratnya untuk menjadi calon di kawasan DUN tersebut kerana segala rahsia Ketua Umum PKR itu masih lagi berada dalam simpanannya.
 
"Saya adalah calon paling sesuai untuk lawan Anwar Ibrahim sebab semua rahsia hitam peribadi dia ada dalam poket saya.
 
"Saya ingin berkogsi cerita dengan pengundi Kajang mengenai perihal dan kelakuan Anwar Ibrahim yang sebenarnya dalam PRK nanti." katanya pada sidang media di Ibu pejabat Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) di sini hari
ini.
 
rakyatnews_Nalla_MIC
 
Jelas Nalla, beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Senator semata-mata untuk bertanding pada PRK Kajang dan mencabar  Anwar Ibrahim untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
 
"Saya bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Dun Kajang satu lawan satu dengan Anwar Ibrahim.
 
"Saya juga mencabar beliau untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh." ujarnya.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi PRK DUN Kajang esok.
 
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Anwar akan bertanding di kerusi tersebut sejurus Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil  rakyat dalam kawasan itu.

Ahmad Zahid : Lebih 40 Laporan Polis Terhadap Video Teresa Kok

Posted: 04 Feb 2014 09:54 PM PST

rakyatnews_Zahidhamidi

Aqilah Radzuankaidi 


KUALA LUMPUR- Pihak polis menerima lebih 40 laporan berhubung penerbitan klip video 'ONEderful Malaysia' berbaur sindiran yang didakwa melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan terperinci video sempena Tahun Baru Cina yang tersebar luas dalam YouTube sejak Isnin lepas itu dilakukan
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ini adalah bidang kuasa SKMM, jika hasil siasatan itu mendapati ada isu melibatkan Akta Hasutan, tindakan mahkamah akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai," katanya kepada
pemberita malam tadi.

Beliau meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman politik, tidak memainkan isu melibatkan sensitiviti agama sehingga menjejaskan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Sebelum ini, Teresa telah menerbitkan satu video Tahun Baharu Cina yang bertajuk ' ONEderful Malaysia' berunsur sindiran dan penghinaan terhadap pemimpin dan isu semasa politik di
Malaysia.

Video tersebut menggambarkan forum bersama tiga orang panelis dan Teresa yang merupakan bekas Pengerusi DAP Selangor ditugaskan 'belakon' sebagai pengacara dalam program video itu.

Dalam video klip berdurasi hampir 12 minit itu, Teresa telah menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

SPR tetapkan 23 Mac PRK Dun Kajang

Posted: 04 Feb 2014 09:50 PM PST


Abdul Aziz Mohd Yusof  
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan  23 Mac depan sebagai tarikh PRK Dun Kajang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semua yang terlibat dengan PRK Dun tersebut perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Beliau juga berkata tarikh penamaan calon  akan bermula pada 11 Mac ini, manakala tarikh pengundi awal pada 19 Mac.

"Semua perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan," katanya pada sidang media di bangunan SPR, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah mengumumkan peletakan jawatan pada 27 Januari lalu, yang disahkan oleh Speker Dun Selangor, Hannah Yeoh.

Susulan itu, PR telah mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.

Manakala, BN masih belum memutuskan mana-mana calon untuk diletakkan di kawasan itu namun MCA telah menyatakan akan meletakkan calon daripada parti komponen tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Aziz juga berkata, PRK Dun Kajang kali ini akan melibatkan 39,278 pengundi yang berdaftar.

"Jumlah pengundi itu ikut daftar pemilih induk pada 2012 bagi pilihan raya berkenaan dan digabungkan mengikut suku pertama, kedua dan ketiga 2012 yang dikemaskinikan sehingga 26 Januari, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan tersebut," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata, SPR akan memperuntukkan sebanyak RM1.6 juta pada PRK Dun Kajang dan melibatkan 673 orang petugas di 18 pusat pengundian.

Mana kerjanya Ahmad Maslan?

Posted: 04 Feb 2014 06:20 PM PST



Oleh Shirzad Lifeboat


TIMBALAN Menteri Kewangan yang sering mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan rakyat mengenai sesuatu isu, Ahmad Maslan kini menuduh pula kenaikan angka pengangguran di negara ini adalah disebabkan mereka yang menurut hemat beliau sebagai 'rakyat Malaysia pemalas'.

Menurutnya , "Tiga peratus adalah mereka yang pemalas… Mereka lebih buruk dari sekadar malas.
Terdapat 300,000 yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa," bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas.

Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun dalam memilih anggota kabinet,
terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap 'jobs for the boys' maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati.

Hanya mereka yang tahap inteleknya tinggi sahaja dilantik memenuhi jawatan tersebut dan tidak semestinya mereka yang memiliki berjela-jela ijazah atau merupakan bekas pelajar cemerlang yang pernah menerima pelbagai anugerah.

Namun di zaman Najib, amalan ini nampaknya telah diubasuai sedikit. Walaupun Najib masih lagi mengekalkan amalan 'jobs for the boys', tetapi perlantikan Timbalan Menteri Kewangan juga dibuat mengikut acuan yang sama. Justeru tidak hairanlah sekiranya, terlalu banyak analisis mengenai ekonomi dibentangkan oleh Ahmad Maslan tidak tepat, tersasar, berat sebelah dan meragukan dan akhirnya menjadi tidak lebih daripada cakap-cakap politik kosong bagi menegakkan benang basah kerajaan Umno-BN.

Kini Ahmad Maslan kembali tampil bertindak sebagai mahaguru ekonomi dalam memperkatakan persoalan pengangguran di Malaysia. Mungkin perangkaan yang disebut beliau itu betul tetapi untuk menyatakan 300,000 rakyat Malaysia yang tidak mendapat pekerjaan adalah pemalas, rasanya itu bukan sahaja satu kenyataan kasar, tidak berhemah dan keterlaluan tetapi juga menunjukkan sikap tidak-matang dan kurang bertamadun seseorang yang menanggap dirinya seorang pemimpin hebat.

Kita tidak menafikan betapa orang malas ada di mana-mana sekalipun. Tetapi tak logiknya kalau dalam Malaysia ini kita boleh hitung atau membuat anggaran bahawasanya terdapat 300,000 orang malas. Apakah Ahmad Maslan sudah turun ke padang dan menemui setidak-tidaknya 10 peratus dari rakyat Malaysia yang dianggapnya malas ini?

Kalau Ahmad Maslan sendiri rasa malas nak berjumpa dengan 30,000 manusia yang dianggapnya pemalas, apakah dia telah menemui sekurang-kurannyga 3,000 orang?

Cakap memang senang. Tapi janganlah cuma pandai cakap sahaja. Cuba Ahmad Maslan pergi berjumpa mereka dan tanya kenapa mereka tidak mahu kerja. Dan janganlah asyik bercakap sahaja, cuba belajar juga mendengar. Sebagai seorang pemimpin berjawatan kabinet dan sebagai seorang rakyat, belajarlah prihatin sikit. Turun padang. Selidik dan siasat sebab musabab mengapa mereka tidak berkerja atau memohon pekerjaan yang kosong.

Kalau kebanyakan mereka dari jumlah 300,000 ini memiliki ijazah pertama, diploma, SPM atau sijil kemahiran lainnya tetapi jawatan kosong yang diiklankan adalah pencuci jamban, buruh kasar, 'stevedore' pengawal keselamatan, tukang sabit rumput majlis tempatan. Apakah sekiranya mereka tidak memohon dan melakukan pekerjaan yang diiklankan itu, maka mereka dianggap malas?

Lainlah sekiranya terdapat beribu-ribu jawatan yang sesuai dengan apa yang mereka telah pelajari tetapi mereka enggan memohon dan bekerja sebab kalau boleh mereka nak jadi Timbalan Menteri macam Ahmad Maslan atau menjadi CEO macam sesetengah pemimpin Umno yang diberikan jawatan tersebut menerusi amalan 'jobs for the boys'. Kalau macam ini baru boleh dikatakan memilih pekerjaan dan dianggap malas.

Sekiranya jawatan dan pekerjaan yang dikatakan itu tidak wujud dan yang ada hanyalah jawatan pencuci jamban dikompleks membeli belah atau pekerjaan setaraf dengannya, tak perlulah mencemuh mereka sebagai golongan rakyat Malaysia yang pemalas.

Sebelum menuduh orang lain pemalas, Ahmad Maslan sepatutnya merujuk terdahulu kepada Kementerian Sumber Manusia. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ismail Abd. Muttalib dalam sesi soal jawab di Parlimen November lalu, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang. Tak kan siswazah nak kerja jadi konduktor bas dan sebagainya.

Di harap lain kali sebelum menuduh rakyat Malaysia golongan tidak bernasib baik ini 'pemalas' janganlah Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan malas nak buat homework. Kalau menteri atau timbalan menteri malas, maka inilah jadinya.

Rasanya baru lagi Menteri Kewangan diperlekehkan oleh dunia kerana 'kangkungnya'. Dan rasanya cukuplah negara kita mempunyai sekian banyak 'bozo' dalam kabinet kerajaan.

Ahmad Maslan boleh menyelamatkan dirinya dari terus dikecam atau dihina oleh masyarakat sekiranya meletakkan jawatannya selaku Timbalan Menteri Kewangan.

Malah ramai merasakan Kementerian Kewangan mungkin akan menjadi lebih baik dan lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau berbuat demikian.

PAS perlu tentukan hala tuju industri hiburan negara

Posted: 04 Feb 2014 06:08 PM PST

SAIDAH HAIRAN 


KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Kesenian Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin berharap PAS mengambil perhatian serius kepada golongan artis dan karyawan jika mahu mendapatkan sokongan mereka.

Menurut Aishah, industri hiburan bukan hanya terdiri daripada penyanyi dan pelakon malah merangkumi pengarah filem, penulis lirik, penggubah lagu sehingga pekerja di
kilang cakera padat.

"PAS kena lihat dunia hiburan dan mendekati golongan ini.
PAS juga mesti menjelaskan garis panduan terhadap golongan artis wanita supaya mereka dapat meneruskan karier apabila mereka menyokong PAS," katanya ketika diwawancara Harakahdaily di rumahnya dekat sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, PAS perlu bersiap sedia untuk menentukan hala tuju para karyawan dan pekerja industri hiburan bagi memastikan mereka tidak kehilangan pekerjaan jika memberi undi kepada calon-calon PAS untuk membentuk kerajaan.

"Pertama kali saya berjumpa dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, saya cakap dengan Presiden, saya harap orang bijak pandai seperti golongan ustaz berada dalam dunia seni supaya mereka boleh dijadikan rujukan penggiat seni," katanya.

Menurutnya, negara jiran Indonesia sudah kehadapan dalam dunia hiburan Islam dengan adanya artis Islamik dan pengarah filem yang berpegang dengan ajaran Islam.

Sutradara (pengarah) yang menjiwai Islam, ujarnya tidak membenarkan adegan berpegangan tangan dengan bukan muhrim dalam filem dan drama arahan mereka.

Beliau menyarankan agar industri muzik terus dibangunkan dengan memberi peluang kepada golongan artis untuk meneruskan pekerjaan dengan mematuhi tuntutan syarak.

"Kita kena tentukan hala tuju hiburan di negara ini jika PAS mahu memerintah negara. Jika tidak ada hala tuju yang jelas seolah-olah PAS menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka," katanya.

Beliau menambah, adalah tidak munasabah bagi PAS meraih sokongan golongan artis tetapi di masa yang sama tidak berusaha membela nasib mereka.

"Kita ramai artis wanita, jadi banyakkan program wanita. Jika tidak mengapa Allah bagi bakat dan suara yang baik (kepada mereka). Sudah tentu ada kelebihannya," katanya.

Mengulas tentang objektif penubuhan Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Muslimat PAS Pusat, beliau menjelaskan lajnah itu akan berusaha melaksanakan program-program kesenian dan kebudayaan khususnya bagi mendekati masyarakat Melayu di kampung dan kawasan luar bandar.

Menurutnya, sejumlah 52 peratus pengundi negara terdiri daripada golongan wanita dan lajnah pimpinannya mesasarkan golongan muda dan berusia untuk didekati.

Abdul Khalid ketuai jentera PRK Dun Kajang

Posted: 04 Feb 2014 06:03 PM PST

Datuk Saifuddin Nasution Ismail Datuk Saifuddin Nasution Ismail


KUALA LUMPUR - PKR hari ini mengesahkan pelantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.
  
Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution berkata, Abdul Khalid akan turut dibantu ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin sebagai timbalan pengarah pilihan raya, manakala Borhan Aman Shah, yang merupakan pengarah jawatankuasa pilihan raya Selangor, dilantik sebagai pengarah operasi pilihan raya.
  
"PKR telah membuat beberapa lantikan khusus untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya.
  
"Dengan ini jentera pilihan raya PKR akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini.
  
Kerusi Dun Kajang kosong ekoran perletakan jawatan penyandangnya Lee Chin Cheh secara mengejut pada 27 Januari lepas, sebelum disusuli pengumuman rasmi parti untuk menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil itu.
  
Suruhanjaya Pilihan Raya dijadual bermesyuarat esok berhubung kekosongan kerusi Dun berkenaan.  - Bernama

Dewan Ulamak alu-alukan tidak berbangkit isu MB S’gor

Posted: 04 Feb 2014 05:58 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa tidak berbangkit isu kedudukan Menteri Besar Selangor dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, kenyataan Presiden PAS itu hasil keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat meredakan keresahan pelbagai pihak yang bimbang ia menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Begitu juga, katanya dalam satu kenyataan atas semangat Pakatan Rakyat dan menolak segala polisi pincang kerajaan BN, PAS akan membantu jentera PKR dalam PRK Kajang itu berdasarkan keperluannya.

Sementara itu, ujarnya Dewan Ulamak PAS Pusat juga mengambil prihatin kezaliman terhadap Ameer Jamaat Islami Bangladesh yang dinafikan perbicaraan yang adil seperti yang dibangkitkan oleh Presiden PAS.

"Berikutan itu semua pihak digesa membanyakkan memo bantahan kepada kedutaan Bangladesh sebagai tambahan kepada memo yang sudah dihantar oleh PAS sebelum ini untuk menggambarkan solidariti umat Islam dan rakyat Malaysia terhadap sesiapa sahaja yang dizalimi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Guna ugutan, Mukhriz sama macam bapanya

Posted: 04 Feb 2014 05:56 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: PAS Kedah menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menggunakan teknik ugutan dalam pentadbirannya menyerupai pemerintahan ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz tidak perlu mengungut kononnya akan mendedahkan penyelewengan semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri itu jika Pakatan Rakyat terus menerus menyerang pentadbiran beliau.

Sebaliknya kata Mahfuz, PAS sendiri mengalu-alukan sebarang pendedahan penyelewengan jika benar Mukhriz mempunyai bukti.

Menurut beliau, PAS tidak gentar dengan ugutan yang dilakukan oleh Menteri Besar itu dan PAS akan terus membuat pendedahan atas penyelewengan yang ada sepanjang Barisan Nasional mentadbir negeri itu.

"Kita cabar Mukhriz membuat pendedahan tersebut, jangan hanya pandai membuat ugutan sahaja. Kalau betul ada penyelewengan dedahkan dan kita (PAS) tidak takut," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut memberitahu, sepanjang lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat khususnya PAS di Kedah tidak pernah ada sebarang siasatan dilakukan oleh mana-mana agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sepanjang lima tahun pemerintahan tidak ada sebarang siasatan dilakukan. Saya tidak takut dan akan terus mendedahkan sebarang penyelewengan mahupun kelemahan pentadbiran BN," sambung beliau.

Mahfuz memberitahu ugutan Muhkriz itu berikutan pendedahan yang dilakukan PAS atas pemilikan kereta KBB8 yang sehingga sekarang belum ada penjelasan khusus dilakukan oleh Menteri Besar itu.

Beliau yang juga menggesa agar SPRM melakukan siasatan terhadap Mukhriz kerana khuatir budaya ugutan itu akan menjadikan amalan kepadanya bagi menyembunyikan penyelewengan jika ada pimpinan dalam kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat yang mahu membuat pendedahan.

PKR desak PAC, Audit Negara siasat dana 1Azam

Posted: 04 Feb 2014 05:55 PM PST


Rafizi Ramli Rafizi menunjukkan kenyataan Prasarana bercanggah dengan Kementerian Kewangan pada sidang media, semalam.


PETALING JAYA - PKR mendesak Jawatankuasa Wang Kira-kira Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara segera menyiasat penyaluran dana program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) kerana dibimbangi berlaku penyelewengan.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, menerima laporan daripada pembekal-pembekal bahawa berlaku penipuan terhadap kos barangan yang dibekalkan.

"Saya telah menulis surat kepada Datuk Nur Jazlan Mohamad (Pengerusi PAC), Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), supaya segera menyiasat keseluruhan perlaksanaan skim 1Azam. Saya juga mendesak (Peguam Negara) Tan Sri Ghani Patail memastikan pendakwaan hasil kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam kes ini dibuat segera demi kebajikan rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Katanya, pihaknya faham akan sistem ulangan yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara, namun siasatan ini perlu disegerakan kerana tidak mahu lebih banyak dana itu diselewengkan.

Rafizi berkata, idea program ini sesuatu yang baik bertujuan membantu keluarga miskin meningkatkan taraf hidup mereka.

"Namun, jika benar terdapat penyelewengan dalam program ini, kerajaan persekutuan patut berasa malu kerana membiarkan rakyat miskin diperalatkan untuk kayakan beberapa pegawai yang pecah amanah," dakwanya lagi.

Ahli Parlimen Pandan itu turut mendedahkan, Laporan Tahunan Pemandu 2011 di antara tahun 2010 dan 2011 kerajaan persekutuan dianggarkan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program ini.

Rafizi berkata, pihaknya tidak terkejut apabila Pengerusi Panel Rundingan dan Pencegahan SPRM, Datuk Johan Jaafar turut bimbang spekulasi yang tersebar bahawa ada campur tangan politik dalam kes itu.

Terdahulu, SPRM menangguhkan dakwaan dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar datuk ditahan SPRM berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan.

Pejabat Pos kena pecah masuk

Posted: 04 Feb 2014 05:48 PM PST


Pejabat Pos kena pecah masuk Azham menunjukkan wang yang turut terbakar dalam kejadian 31 Januari lalu.


KOTA BHARU - Polis tidak menolak kemungkinan kes pecah masuk di Pejabat Pos Mulong di sini, 31 Januari lalu mempunyai modus operandi yang sama dengan dua kes pecah masuk mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank, Nilam Puri dan Kubang Kerian baru baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, hasil siasatan polis terhadap kes berkenaan, peralatan yang digunakan suspek terbabit, dipercayai lebih dari seorang mempunyai kaitan dengan dua kes berkenaan.

"Mereka menggunakan gas Oxy untuk memecahkan peti besi dalam pejabat pos ini, dan cat untuk menutup enam kamera litar tertutup (CCTV) dari lapan kamera yang terdapat dalam bangunan ini.

"Kita syaki mereka bergerak dalam kumpulan namun tindakan mereka dianggap masih amatur, apabila meninggalkan barangan terbabit dalam bangunan dan berjaya dikesan melalui dua CCTV yang masih beroperasi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian Jumaat lalu, ketua pos pejabat berkenaan hanya menyedari mengenai kejadian itu, ketika memulakan tugas kira-kira jam 8 pagi Isnin lalu.

Menurutnya, walaupun dimaklumkan oleh Bilik Gerakan Polis Bantuan Malaysia Kuala Lumpur terdapat bunyi penggera dari pejabat pos Mulong pada 31 Januari lalu, namun pihak pejabat pos terbabit, tidak mengambil apa-apa tindakan dan mengesyaki apa-apa berlaku memandangkan mereka bercuti pada sambutan Tahun Baru Cina dan pagar dikunci.

Azham berkata, hanya pada Isnin lalu, selepas bekerja dan melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati bahagian pengunci utama pintu telah dipotong dengan menggunakan pemotong khas dan mendapati bilik berselerak.

Azham berkata, dua peti besi juga turut ditebuk dan alat CCTV disembur cat putih di samping sejumlah wang tunai, wang pos, setem, sampul pos ekspres, alat tulis dan produk pejabat pos yang lain turut hilang.

"Di samping itu, tiga bungkus barangan milik pelanggan yang dikirimkan oleh pelanggan juga dikoyak dan setelah siasatan dijalankan kita turut menemui satu tin cat putih di luar bilik ketua pos dan 19 cap
jari selain serpihan yang dipotong di luar bilik Ketua Pos.

"Setakat ini kerugian dianggarkan bernilai RM11,000 melibatkan wang tunai dalam peti besi dan sejumlah RM9332,41 serta wang tunai RM500 dalam laci kaunter," katanya.

Azham berkata, pihaknya masih mengesan suspek terbabit dan mengharapkan supaya orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat jika terserempak atau melihat suspek ketika kejadian.

"Kita masih mengesan suspek terlibat dan kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK).

Tiada ulasan: