Khamis, 20 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pengerusi PIBG Buat Kenyataan Palsu Mengenai Edaran Bible Di PP

Posted: 20 Feb 2014 07:01 AM PST

KELAB GREENBOC


Laporan guru tangkap pengedar Bible Melayu adalah palsu, kata exco agama


Di kala keributan pelbagai isu panas antara agama yang berlaku di Pulau Pinang, laporan sebuah akhbar bahawa seorang guru menangkap tiga lelaki kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di negeri itu dipercayai hanya laporan palsu yang tidak berlaku sebenarnya.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, berkata laporan itu bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit.

Pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam ini.

Laporan ini adalah rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini di Pulau Pinang.

Provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir adalah serangan provokasi bentuk baru.

"Semuanya bermotif jahat," kata Malik dalam kenyataan medianya hari ini.

Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung dengan pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam.

Malah, katanya, pihak berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) yang turun padang menyiasat insiden itu.

"Ini menimbulkan keraguan tentang kesahihah insiden itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan 16 Februari lalu," katanya.

Exco Agama Pulau Pinang berkata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad, yang bertanggungjawab atas kenyataan media itu difahamkan mempunyai kecenderungan fahaman politik yang berbeza dengan kerajaan negeri.

"Siasatan pihak saya pula mendapati wartawan berkenaan mula menghidu kisah itu melalui laman Facebook Nor Amin, lalu menghubungi beliau.

"Nor Amin mengakui kepada wartawan berkenaan beliau hanya mendengar kisah itu daripada seorang 'guru misteri,' yang kini sedang dijejaki polis," kata Malik.

Tinjauannya mendapati Nor Amin memadamkan kisah itu daripada akaun Facebooknya.


"Saya menyeru pihak berkenaan bekerjasama dengan tampil mengemukakan bukti dan laporan, agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Malik berkata, golongan pelampau sama ada pelampau kaum, lebih-lebih lagi pelampau agama tidak ada tempat dalam masyarakat.

Katanya, ia perlu dibanteras sebelum benihnya tumbuh dan menjalar seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa kini golongan pelampau dan perosak dilihat cuba menganggu gugat keharmonian rakyat dengan provokasi fitnah berbaur perkauman dan agama.

Sebelum PRU13, Pulau Pinang dijadikan sasaran peserta demonstrasi pro Umno/BN yang hampir saban minggu cuba menyalakan api perkauman dan agama.

Namun, ia ditolak melalui undi popular rakyat sebanyak 68% yang memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Kini strategi itu seolah-olah diubah dengan pendekatan yang berbeza namun matlamatnya yang sama.

"Kita yakin golongan perosak dan pelampau itu akan meneruskan agenda mereka lebih-lebih lagi ia seolah-olah direstui pihak tertentu,"
kata Malik dalam kenyataannya.

Malik berkata, dakwaan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang sedang merancang untuk mengharamkan khutbah Jumaat juga berkaitan dengan usaha menimbulkan keresahan antara agama dan kaum di negara ini.

"Ia fitnah yang begitu meloyakan kerana khutbah Jumaat adalah sebahagian rukun sah solat Jumaat. Mengharamkan khutbah Jumaat seumpama mengharamkan solat Jumaat dan menutup masjid. Hanya mereka tidak waras akan mengeluarkan tohmahan sebegitu,"
kata Malik.

Sebelum PRU lalu, pihak pelampau menghebohkan kononnya Pulau Pinang mengharamkan laungan azan.

Fitnah itu termakan oleh sebahagian rakyat luar Pulau Pinang.

"Semua fitnah yang menjengkelkan itu langsung tidak berasas dan bermotif jahat,"
kata Khalid.

Malik berkata, kerajaan negeri sentiasa yakin bahawa saling menghormati, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai adalah asas untuk membina sebuah 'Pulau Pinang Baru.'

Ia boleh dicapai apabila kita meraikan keunikan dan perbezaan sesama kita, bukannya melalui provokasi oleh pelampau kaum dan agama.

Katanya, rakyat juga perlu tolak provokasi melampau oleh golongan pelampau. -TMI


Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar


GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis perkataan ALLAH yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

"Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis 'Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

"Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah.
-SH

Selepas PRK Kajang, Lebih Ramai Yang Mahukan Najib Berundur...Tunggulah

Posted: 20 Feb 2014 06:56 AM PST

shahbudindotcom




Ada sesuatu yang unik di negara kita. Sesuatu perkara itu selalunya berlaku bermusim dan berturut-turut. Jika mula berlaku tanah runtuh misalnya, selalunya beberapa kejadian lagi akan berlaku selepas itu. Begitu juga jika ada kes penderaan pembantu rumah, kanak-kanak mati di taska, kes orang hilang, remaja perempuan dilarikan ke Lombok dan sebagainya, selalunya kejadian yang sama akan berturut-turut berlaku untuk beberapa lama sehingga ia menjadi perbualan di seluruh negara.

Perkara yang saja kini nampaknya sudah menjangkit ke dunia politik pula.

Selepas pilihanraya umum 2013, suara-suara yang meminta Najib berundur mula kedengaran. Ia bukan saja kerana prestasi beliau lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah pada 2008, tetapi juga kelemahan yang berterusan dan sikap tidak mahu berubah sehingga lebih ramai yang percaya kekalnya beliau akan menyebabkan BN lebih mudah ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang ini.

Tetapi jika sebelum ini, hanya golongan penulis, blogger, pemimpin veteran UMNO dan seumpamanya saja yang menyuarakan perlunya Najib berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti serta kerajaan tetapi kini seruan yang sama turut datangnya daripada kelompok yang terlibat secara langsung dalam politik.

Bermula dengan perletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy ssbagai timbalan menteri dan kemudian meminta Najib segera meletakkan jawatan kerana diangggap khianat dan mungkir janji untuk membantu golongan miskin kaum India, seruan yang sama kemudian datang pula daripada pemimpin Sabah, Jeffrey Kitingan yang mengetuai parti STAR.

Jika Waytha sekadar meminta Najib meletakkan jawatan atas alasan sudah kehilangan moral politik sebagai pemimpin yang seharusnya berpegang pada janji, Jeffrey pula bukan saja mengecam Perdana Menteri sebagai pemimpin yang membawa banyak masalah kepada negara, malahan mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai alternatif yang terbaik sebagai penggantinya.

Dengan menyedari bahawa kemenangan BN banyak bergantung kepada kemenangan kerusi di Sabah dan Sarawak, saranan Jeffrey tidak lain ialah untuk memancing perhatian parti-parti lain di kedua-dua negeri itu agar mempunyai lorong kesedaran yang sama dengannya.

Beralihnya sokongan yang diterima BN selama ini, sama ada di Sabah mahu pun Sarawak, adalah petanda maut bagi Najib.

Dan jika diambil kira seruan perletakan jawatan itu sesuatu yang bermusim dan akan dituruti oleh pihak lain pula, kebarangkalain lebih ramai yang tampil meminta Najib segera meletakkan jawatan selepas ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

Ramai yang menunggu, siapa pula yang akan bersuara meminta Najib meletakkan jawatan selepas ini.

Tambahan pula dengan sikap Najib yang nampaknya masih kaku, tidak mahu berubah serta lambat memberi respon terhadap sesuatu isu, ia secara langsung memperlihatkan kepimpinannya yang semakin lemah dan tidak lagi relevan dalam dunia yang serba pantas sekarang ini.

Dalam isu Waytha meletakkan jawatan misalnya, Najib hanya memberi respon dan meluahkan kekecewaannya dengan tindakan pemimpin Hindraf itu setelah tujuh hari kemudiannya. Dan kini, walaupun Waytha terus mengkritiknya sambil mendesaknya segera berundur sebagai Perdana Menteri, Najib masih belum lagi memberi responnya.

Di ketika semua perkara semakin pantas, kelembapan Najib ini tidak boleh diterima sama-sekali kerana ia memperlihatkan beliau sudah kehilangan upaya untuk mempertahankan dirinya. Lebih memburukkan keadaan, pemimpin UMNO dan kerajaan yang dilihat masih mempunyai semangat untuk mempertahankan Najib pula hanya dua tiga kerat saja.

Di samping itu, selepas pilihanraya kecil Kajang yang akan menyaksikan Anwar menjadi MB Selangor berserta keupayaan melakar imej lebih baik untuk PR, ia dalam masa yang sama juga akan menjadikan UMNO, BN dan kerajaan semakin terperosok untuk meraih sokongan rakyat.

Dengan itu, Najib akan terus dipersalahkan dan keperluan beliau segera berundur akan menjadi semakin meningkat. Mahathir yang sekarang ini pun sudah memperlihatkan kerisauannya dengan gerakan baru Anwar di Kajang pasti tidak akan berdiam diri atau melihat dengan berpeluk tubuh saja kebangkitan musuh politiknya untuk menawan Putrajaya.

Satu-satunya perkara yang tidak sanggup dihadapi oleh Mahathir ialah jika Anwar akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri.

Dan satu-satunya juga peluang yang mungkin ada untuk mengelakkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri ialah dengan segera menukar Najib dan menggantikannya dengan pemimpin lain yang lebih diyakini dan diterima rakyat. Najib hampir pasti akan dikambing-hitamkan dalam pertempuran ini.

Sebab itu, sebaik saja Anwar menang di Kajang, musim mendesak Najib berundur yang sudah pun bermula ketika ini, pasti akan lebih rancak lagi. Sekarang ini bukan saja gerakan itu seperti sudah bermula, bahkan sudah kedengaran apa pihak yang akan tampil lebih berani dan lantang daripada Waytha dan Jeffrey Kitingan lagi.

Tak percaya? Tungguuuuu....

Kalimah Allah tidak mampu pengaruhi pengundi Kajang sokong BN, kata Umcedel

Posted: 20 Feb 2014 06:46 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014.  
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman membentangkan hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 



Isu kalimah Allah tidak akan berjaya meraih lebih undi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini apabila 55% pengundi di kawasan itu mengambil pendirian menolak isu itu sebagai alasan untuk menyokong parti pemerintah, menurut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kaum Melayu paling ramai menolak isu itu untuk menyokong BN dengan 60% responden manakala Cina 54% dan India 36%.

"Penduduk kampung paling ramai menolak isu itu dengan 85% manakala penduduk kuarters kerajaan dan apartment di Kajang sebanyak 65%," katanya dalam satu sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Seramai 576 responden yang merupakan pengundi di Kajang menyertai kajian itu yang diadakan hujung minggu lalu membabitkan semua 16 kawasan daerah mengundi.

Antara isu lain yang turut dikaji Umcedel adalah kesan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada sokongan terhadap BN dan isu kenaikan harga barang yang menambahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Surat Permohonan Maaf Ammar Buat Shalwati Norshal (Ibu). Pendedahan Kisah Benar di Mahkamah Sweden!

Posted: 19 Feb 2014 10:07 PM PST

   


surat ammar



Surat Permohonan Maaf Ammar Buat Shalwati Norshal (Ibu) : Sebelum ini, Berita Semasa ada kongsikan (DI SINI), cerita disebalik perkenalannya sahabat baik pasangan Azizul Raheem Awalludin & Shalwati Norshal.

Terbaru, surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang terutamanya Shalwati Norshal. Kenapa?

Azizul Raheem Awalludin, yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal, yang sudah mula didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.

Pegawai Kedutaan Malaysia, adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.

Surat Permohonan Maaf Ammar Buat Shalwati Norshal (Ibu)

Surat Permohonan Maaf Ammar Ammar buat Ibu
" Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. " – Ammar Azizul Raheem Awalludin ( anak kedua pasangan itu )
Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Peguam Shalwati berkata mengenai perangai anak pasangan Azizul Raheem Awalludin & Shalwati Norshal. :
  1. Sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya.
  2. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita.
  3. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.
Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Rakaman Video Ammar Buat Polis

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul 'lebih seribu kali' dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.
Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.
"Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah," kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).
Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapkan kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir & kelihatan air matanya mengalir dan suaminya menundukkan kepalanya.

Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya. Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia 'layak dipukul' kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.

Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri. Perbicaraan disambung pada Khamis.
Pegawai pendakwaan, Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati :
  1. Tuduhan terhadap Shalwati : Dakwaan menggunakan penyangkut baju, kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani untuk memukul anak mereka.
  2. Tuduhan terhadap Azizul :  Menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.

Gantirugi

Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).
Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu.

Nasi sudah jadi bubur

Seperti peribahasa di atas, kes ini semuanya bermula daripada pertembungan budaya serta sikap anak-anak yang sering memberontak. Seperti semuanya sudah terlambat untuk Ammar mengakui kesilapannya. Apapun, kita doakan pasangan Malaysia, Puan Shalwati dan En. Azizul dilepaskan daripada semua pertuduhan. 

Semoga kes ini menjadi iktibar kepada setiap keluarga di negara ini……

PERKASA Patut Hentam Penaungnya Juga, Tun Mahathir Kerana Pertahan Kassim Ahmad

Posted: 19 Feb 2014 09:53 PM PST

KELAB GREENBOC


Perkasa mahu Jakim siasat ucapan Kassim Ahmad



PETALING JAYA: Perkasa mendesak pihak Jakim segera menyiasat terhadap dakwaan Kassim Ahmad yang mempersoalkan bagaimana masyarakat Islam mendewa-dewakan Naib Muhammad, rabut wanita bukan aurat dan wujud kasta paderi.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, Kassim Ahmad bukannya cendekiawan yang mendalami ilmu Islam.

"Perkasa mendesak Jakim menyiasat segera dengan mengambil bukti dan keterangan daripada mereka yang hadiri seminar Pemikiran Kassim Ahmad Di Yayasan Perdana, Putrajaya semalam," katanya kepada FMT.

Beliau percaya pasti ada rakaman yang dibuat sepanjang seminar berlangsung.

"Jika benar beliau berktata demikian, ia satu kecelupran yang dasyhat dan wajar beliau diambil tindakan kerana menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja Raja serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," katanya.

Serentak dengan itu Ibrahim juga mahu Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dakwaan ini dan bertindak segera. -FMT


Mahathir pertahan Kassim Ahmad


Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.

'Orang cubit pun repot polis'

Mahathir turut menyindir pihak yang asyik membuat laporan polis berkenaan setiap perkara yang dilihat sebagai salah.

"Dia boleh repot. Dalam negara kita kalau tak bersetuju boleh buat repot polis.

"Orang marah sikit pada kita repot polis, orang cubit kita pun repot polis. Mesti kena ada undang-undang anticubit lepas ini.

"Tapi kita bercakap mengenai kebebasan bersuara," tambah beliau.

Dewan Ulama PAS daripada dua negeri hari ini masing-masing mengadu kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berhubung penganjuran seminar pemikiran Kassim Sabtu dan Ahad lepas.
-mk

ULASAN GB

PERKASA sepatutnya hentam Penaungnya juga iaitu Tun Dr Mahathir. Ini kerana TDM turut menghadiri dan merasmikan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad itu.

Dimanakah JAKIM yang sebelum ini hebat mengenai isu syiah, kalimah ALLAH dan kristianisasi? Mengapa membisu apabila terdapat kumpulan anti-hadith yang terang-terangan menghina Rasulullah?

Asyik-asyik repot polis kata TDM. kena cubit pun repot polis. Abis tuh yang beratus-ratus repot polis mengenai video "Onderfull" Teresa Kok tu apa hal? Lepas ni buat undang-undang anti-video sindiran youtube? Apasal tak hentam juga polis yang membuat laporan polis terhadap Anwar yang mengdadakan sesi penerangan di Kajang?

Ancaman terbaharu terhadap Teresa Kok dikecam

Posted: 19 Feb 2014 09:45 PM PST


Nik Nazmi Nik Nazmi


SHAH ALAM - Timbalan Speker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kejadian simbah cat merah dan bangkai ayam yang dilempar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh berpunca daripada tindakan NGO pro BN yang membuat tawaran menampar pemimpin tersebut.

Beliau berkata, Umno/BN yang memperjuangkan konsep wasatiyyah perlu mengambil tindakan terhadap kumpulan NGO yang beragama Islam itu.

"Saya mengecam serangan terbaharu terhadap Teresa Kok kerana serangan ini berlaku selepas wujud tawaran untuk menampar beliau sebagai respon terhadap video Tahun Baru Cina Teresa 'Onederful Malaysia' yang mereka dakwa menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

"Saya juga menyeru Kerajaan Umno/BN yang sering bercakap soal wasatiyyah atau kesederhanaan untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan ini yang didokong oleh mereka," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terbaru, mengikut laporan media Pusat perkhidmatan Ahli Parlimen Seputeh telah disimbah dengan cat merah dan seekor ayam mati turut diletakkan di depan pintunya awal pagi ini, dua minggu selepas NGO yang mengaku Islam membuat tawaran agar beliau ditampar.

Seminar Kassim Ahmad bangkit fitnah, kata Pas

Posted: 19 Feb 2014 09:44 PM PST


Seminar Kassim Ahmad bangkit fitnah, kata Pas Ahmad (empat, kanan) dengan ahli lain menunjukkan salinan laporan dibuat di IPD Kota Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR - Dewan Ulama Pas Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjuran seminar Pemikiran Kassim Ahmad Satu Penilaian yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Ahad lalu.

Sehubungan itu, Dewan Ulama Pas Kedah tampil membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Setiausahanya, Ahmad Yahya, berkata penganjuran seminar tersebut telah membangkitkan semula satu fitnah yang boleh menyebabkan keharmonian negara tergugat.

Menurutnya, seminar terbabit memberi ruang kepada Dr Kassim Ahmad untuk kembali mengemukakan pandangan beliau yang sebelum ini sudah sekian lama terkubur selepas menimbulkan pelbagai konflik suatu masa dahulu.

"Beliau kembali mengulangi kenyataan berkaitan dengan hadis bukan sumber rujukan utama, rambut wanita bukan aurat dan juga perkara yang berkaitan dengan mendewa-dewa Nabi Muhammad SAW dan ulama.

"Justeru, kita mengira perkara tersebut menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat beragama Islam. Malah turut mencabar kedaulatan agama Islam di negara ini," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan berkenaan.

Ahmad, yang juga Adun Alor Mengkudu berkata, pihaknya tidak boleh terima sebarang cetusan yang boleh membangkitkan rasa tidak senang dalam kalang umat Islam di negara ini.

Menurutnya, kenyataan Kassim jauh terpesong daripada landasan Islam dan satu penghinaan kepada Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab ke atas kesucian Islam.

"Kenyataan beliau jelas menghina Nabi Muhammad SAW, syariat Islam dan sumber hukum, iaitu hadis. Keadaan ini telah mencemarkan Islam dan bercanggah dengan akidah Islam," katanya.

Zaid diramal hilang deposit

Posted: 19 Feb 2014 09:17 PM PST


Ariffin Deraman Ariffin Deraman


KUALA TERENGGANU – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dijangka kehilangan deposit jika beliau benar-benar bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, Zaid tidak mempunyai pengaruh besar yang boleh menyebabkan pengundi bertindak memilihnya pada pilihan raya semula itu pada 23 Mac ini.

Menurutnya, keputusan Zaid untuk bertanding bagi menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim juga disifatkan tidak kukuh untuk menarik minat pengundi beralih sokongan daripada PR.

"Negara kita demokrasi. Sesiapa yang mahu bertanding pun terserah, tetapi kita melihat penyertaan Zaid Ibrahim tidak memberi kesan kepada undi PR sama ada beliau bertanding atau tidak, sama sahaja. Dia masuk pun tiada matlamat apa-apa," katanya
kepada Sinar Harian, di sini.

Zaid Ibrahim sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Dun Kajang.

Melalui tulisan terbaharu dalam laman blognya, Zaid berkata, bertanding sebagai calon bagi kerusi itu akan membolehkannya menyentuh pelbagai isu politik dan ekonomi yang sedang melanda negara.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, perkembangan politik ketika ini dilihat tidak memberi ruang kepada calon Bebas untuk menang, sebaliknya pemilih memberi tumpuan kepada parti politik seperti BN dan PR.

Berbanding dahulu katanya, calon Bebas mampu menang disebabkan pengaruh yang ada pada seseorang individu.

"Tetapi sekarang, keadaan sudah berubah dan pengundi tidak lagi melihat kepada pengaruh individu sebaliknya parti. Kalau dahulu, jika pemimpin BN yang mempunyai pengaruh keluar parti dan bertanding Bebas, dia masih boleh menang khususnya di Semenanjung Malaysia. Kalau di Sabah dan Sarawak saya tidak tahu," katanya.

Beliau turut menjelaskan, sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di kerusi terbabit, belum tentu Ketua Umum PKR itu akan menjadi menteri besar bagi menggantikan yang sedia ada sebagaimana yang heboh di media.

Aina Tasneem kemalangan, kereta masuk longkang

Posted: 19 Feb 2014 09:13 PM PST


 Aina Tasneem kemalangan, kereta masuk longkang Aina Tasneem kemalangan, kereta masuk longkang


SHAH ALAM - Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis malam tadi.

Menurut Ainan melalui laman Instagram, kereta yang dinaikinya dan empat orang rakan lagi hilang kawalan disebabkan keadaan jalan yang licin dan bengkang-bengkok serta tiada lampu jalan.

Bagaimanapun, Ainan bersyukur kerana semua penumpang dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan walaupun kereta rosak teruk.

"Kemalangan berlaku dalam perjalanan ke Sungai Chuchuh ke Wang Ulu melalui jalan Sungai Batu Pahat. Jalan sangatlah licin.

"Kawan baik saya yang memandu kereta mengalami sedkit trauma," maklumnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Ainan turut meminta pihak media supaya memberikannya sedikit masa sebelum sebelum diajukan berhubung insiden itu.

"Terima kasih di atas keprihatinan anda semua.. jujur saya sangat terharu dan menghargai. Cuma berikan sedikit masa kepada saya untuk berehat...," tulisnya. gota bomba setelah mengalami kecederaan akibat terjun dari bumbung rumah jiran.

Penduduk Balakong ikrar demo sampai ada air

Posted: 19 Feb 2014 09:08 PM PST

MALAYSIAKINI


Penduduk beberapa kawasan di Balakong, Selangor berikrar akan mengadakan demonstrasi setiap petang sehingga bekalan air di kawasan itu pulih.

Mereka menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memberikan perkhidmatan air yang sepatutnya setelah 10 hari terputus bekalan.

Dalam demonstrasi pertama petang semalam, mereka mendakwa kira-kira 20,000 penduduk di Balakong, terutama di Taman Impian Ehsan, Taman Impian Indah dan Kampung Kenangan Indah, terjejas.

Jurucakap perhimpunan itu Paul Wong berkata, mereka mahu penjelasan SYABAS berkaitan punca pemotongan bekalan air tanpa notis sejak 9 Februari lalu.
"Kita hanya minta ada air, kalau macam ini selalu, susahlah kita, hidup tanpa air.

"Lagipun bahaya, naik motor bawa tong (air) banyak-banyak. (Penduduk) rumah flat angkat (air) sampai atas rumah, macam mana?" katanya.

Perhimpunan yang disertai penduduk pelbagai kaum itu berlangsung aman di tepi jalan utama berdekatan Lebuh Raya Silk, berdekatan taman-taman perumahan.

Perhimpunan itu disertai kira-kira 40 orang penduduk. Ia berlangsung sejam sehingga jam 7:30 malam.

Ramai penduduk yang lalu lalu turut membunyikan hon kenderaan tanda sokongan.

Anwar: Belum apa-apa BN dah 'londeh' saya

Posted: 19 Feb 2014 09:05 PM PST

MALAYIAKINI


 
 
 
Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melayan sebarang "serangan" BN terhadapnya ekoran menjadi calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Sebaliknya, beliau berkata hanya akan menjawab perkara berkaitan pembangunan Kajang semata-mata.

"Belum lagi apa-apa, lambat  lagi penamaan calon, mereka (BN) serang macam-macam, habis dia 'londeh' saya dah.

"Hari-hari mereka (BN) 'serang', saya  kata 'Anwar Ibrahim tak layak' (jadi ADUN Kajang).

"Kita nak jawab? Tak payah," katanya dalam  majlis pelancaran jentera pilihan raya PKR di Sungai Sekamat, Kajang, malam tadi.

Takut punca spekulasi

Sementara itu, Anwar juga berkata, ketakutan pemimpin Umno terhadap "kekuatan" Pakatan Rakyat juga menyebabkan ditimbulkan spekulasi beliau mahu menjadi menteri besar Selangor.

"Sebab apa orang macam (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), (Tun) Daim Zainuddin dan menteri-menteri takut betul, sampai kata saya nak ambil alih MB.

"Sebab mereka tahu kita akan guna kekuatan bersama PAS, DAP dan PKR untuk menjadi model.

"Kalau negeri Selangor betul-betul menjadi negeri berjaya, maju, khidmat baik kepada rakyat dengan sendirinya terjawab semua serangan," katanya.

Tembusan Internet tinggi di Kajang

Sementara itu, beliau menyarankan kepada jentera pilihan raya parti itu mewujudkan satu laman web berkaitan Kajang bagi memudahkan akses.

Cadangan itu timbul selepas melihat satu laporan bahawa penggunaan media Internet lebih dekat dengan masyarakat Kajang berbanding saluran televisyen.

"Di Kajang ini bila saya tengok laporan, penembusan Internet cukup kuat malah orang kajang tengok berita melalui Internet lebih daripada yang mengikuti berita di TV3, RTM.

"Penggunaan Internet di Kajang cukup kuat, lebih tinggi daripada semua media.

"Ini peringatan kepada jentera ada semua berita  tentang kajang ini, ada website khas Kajang supaya semuanya dapat senang," katanya.

Isu Syiah ke lubang cacing, bagaimana Umno dengan Kassim

Posted: 19 Feb 2014 06:02 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia sedang menunggu apa reaksi pemimpin Umno dan golongan agamawan yang menjadi pengampu Umno bersuara mengenai penghinaan Dr Kassim Ahmad terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Apakah hina Nabi SAW tidak mengapa, yang perlu marah apabila menghina pemimpin Umno," tanya Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, gelagat awpenyokong mereka seperti orang dirasuk histeria apabila ada orang menghina pemimpin mereka sehingga ada tawaran RM1,200 untuk sesiapa yang berani menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan menyembelih ayam yang dilumur darah ayam seperti orang yang hilang pedoman.

"Apakah kerana Kassim berucap pada seminar yang dirasmi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita kenal sikap beliau terhadap Islam, apakah pemimpin takut dengan Tun Dr Mahathir?

"Apakah kerana Kassim Ahmad merupakan ahli Umno, maka dia kebal dan bebal?" tanya beliau lagi.
.
Tambahnya, atau pun memang isu itu dibiarkan supaya menjadi polemik dan rakyat lupa isu kenaikan harga barang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, jika isu Syiah diserang secara terbuka dan hendak diambil tindakan sehingga ke lubang cacing sehingga sanggup mengaitkan pemimpin PAS dengan Syiah.

Begitu juga, katanya jika isu penggunaan nama Allah laporan polis dibuat di seluruh negara untuk menunjukkan Umno pejuang kesucian Islam.

"Mengapa pula hina Nabi SAW mereka diam seribu bahasa. PAS sebagai sebuah parti Islam tidak reda sama sekali dengan keadaan yang berlaku, beberapa nota bantahan sudah dihantar dan siri demonstrasi sudah berjalan," ujarnya.

Tegas beliau, bagi rakyat yang cintakan Islam dapat melihat inilah wajah sebenarnya Umno mengenai Islam.

Norish Karman Halang Anak Bongsu Jumpa Bapa Kandung

Posted: 19 Feb 2014 05:59 PM PST

Norish selesa hidup solo bersama empat anak-anaknya yang sedang membesar.



KUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman tidak akan membenarkan bapa kepada anak bongsunya iaitu Haq Lutfie Alexander yang berusia dua tahun bertemu dengan kanak-kanak itu.

Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman, 39, berkata, dia tidak melihat sebarang keperluan untuk mereka ditemukan kerana sejak awal lagi keluarga bekas suaminya itu tidak menerima kehadiran kanak-kanak berkenaan.

"Mereka pernah memberitahu saya anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie perlu berjumpa dengan bapa kandungnya," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun Norish masih dengan pendirian enggan mendedahkan identiti bekas suaminya itu kerana lebih senang ia dirahsiakan namun mengakui lelaki berkenaan lebih muda daripadanya.

Dalam pada itu, Norish berakta, hubungannya dengan bekas suami pertama, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir tidak mempunyai masalah malah mereka akrab sebagai sahabat.

Jelas Norish, bekas suaminya itu sangat mengutamakan keperluan tiga anak-anak mereka yang lain iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9.

"Sejak bercerai kami tiada masalah dan saya tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak kerana beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini pada 15 Julai 2008.

Sementara itu, Norish berkata, buat masa ini dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti walaupun ada lelaki yang cuba mendekatinya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak dan perniagaan.

Kata Norish, dia bagaimanapun mengakui kadang-kala berasa sunyi tanpa seseorang di sisinya namun dia kini lebih bahagia.

"Ada yang menghantar rombongan meminang tetapi saya tolak dengan cara baik kerana buat masa ini saya sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

"Sunyi itu menang ada tetapi kesibukan dengan pelbagai aktiviti membuatkan saya lupa mengenai perkara itu dan saya lebih bahagia sekarang," katanya.

Pun begitu kata Norish, jika ditakdirkan bertemu jodoh, dia mahu mencari seorang lelaki yang bukan sahaja boleh menerimanya tetapi keempat-empat anakya dengan penuh kasih sayang.

Malah kata Norish, dia juga tidak mahu bergantung harap kepada bakal suaminya nanti dan ingin berjaya terlebih dahulu dalam bidang perniagaan.

"Saya pernah berkahwin dengan lelaki berusia dan muda yang mana kedua-duanya tidak kekal lama. Kini apa lebih penting calon itu nanti mestilah dapat menerima anak-anak saya dengan sepenuh hati.

"Jika ada lelaki yang dapat berbuat demikian mungkin saya akan terbuka hati untuk berkahwin semula," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Norish berkata, dia kini semakin aktif dalam bidang nyanyian selain berlakon serta memberikan tumpuan kepada perniagaan katering yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Pulau Pinang Nafi Timbang Haramkan Khutbah Jumaat

Posted: 19 Feb 2014 05:55 PM PST

MSTAR ONLINE


GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan dalam laman blog kononnya ia sedang mempertimbang secara serius untuk mengharamkan khutbah Jumaat.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai berbaur fitnah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berharap polis dapat mengesan serta memberkas pihak yang membuat dakwaan itu.

"Kalau orang tu dah gila, jangan sama-sama sahut perkara yang dibangkitkan oleh orang gila, negara komunis pun tidak buat seperti itu...kalau nak haramkan khutbah samalah macam kita haramkan solat Jumaat, macam nak tutup masjid.

"Orang itu (individu yang menulis blog) harus dikenakan tindakan, polis perlu siasat dan bawanya ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini.

Pada 17 Februari lepas, laman blog yang dinamakan 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin pakatan tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi.

Abdul Malik sebelum itu telah mengadakan pertemuan singkat dengan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Balik Pulau di sini.

Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengerusinya Mohd Rizuad Mohd Azudin dan Ketua Penerangannya Mohd Pazli Ismail.

Mohd Pazli berkata pertemuan singkat itu bertujuan mendapatkan penjelasan serta kerjasama daripada kerajaan negeri berhubung dakwaan blog berkenaan.

Sementara itu dalam sidang media berasingan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci terhadap pemilik blog 'Negara Pakatan Rakyat' yang mengeluarkan kenyataan sehingga boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat. BERNAMA

Herman Tino Sedia Undur Jika Pengundi Kajang Bantah

Posted: 19 Feb 2014 05:53 PM PST

MSTAR ONLINE


Herman Tino dan isterinya Noraini Ibnu.



PETALING JAYA: Penyanyi Herman Tino berkata dia hanya akan membatalkan hasratnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika menolak pencalonannya.

Walaupun akur dengan rayuan isterinya agar tidak meneruskan hasratnya itu, Herman berkata dia masih ingin mendapatkan reaksi pengundi di DUN Kajang.

"Saya masih sedang melihat reaksi penduduk Kajang mengenai hasrat saya ini," katanya.

Beliau mengulas mengenai harapan isterinya, Noraini Ibnu agar membatalkan niatnya bertanding di DUN Kajang pada PRK yang akan diadakan 23 Mac depan.

mStar Online pada Rabu menyiarkan laporan bahawa Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

Mengulas lanjut Herman berkata dia sangat menyayangi Noraini walaupun dia tidak memberi sokongan mengenai pendirian politiknya.

"Saya harap isteri saya akan faham mengapa saya lakukan ini. Ia bukan untuk kepentingan peribadi.

"Saya lakukan demi rakyat yang marahkan cubaan orang luar untuk merampas kedudukan Menteri Besar Selangor," katanya.

Herman adalah antara lima calon yang setakat ini menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana PKR mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay.

Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.

Herman sebelum ini bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam pilihan raya umum ke-13.

Kabinet Belum Bincang Pengganti Waythamoorthy

Posted: 19 Feb 2014 04:30 PM PST




PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet pada Rabu tidak membincangkan mengenai pengganti pemimpin Hindraf, P. Waythamoorthy yang meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, perkara itu tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.

Tambahnya Waythamoorthy diberi peluang untuk membantu isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat India tetapi pemimpin Hindraf itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan proses sedia ada.

"Saya diberitahu seolah-olah dia (Waythamoorthy) mahu mengawal keseluruhan pembiayaan kepada masyarakat India. Perkara ini sememangnya sukar untuk (Najib) untuk bersetuju kerana terdapat banyak bantuan dan pembiayaan yang diberikan.

"Dia tidak pernah meminta pendapat kami dalam isu berkaitan dengan masyarakat India.

"Dia bekerja sendirian dan kami tidak tahu apa yang dia lakukan," kata Dr Subramaniam ketika ditemui pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, di sini, Rabu.

Jepun pun malu bila kerajaannya menindas

Posted: 19 Feb 2014 04:29 PM PST


Oleh Subky Latif 


Maka ramailah orang memperleceh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana dia percaya imigresen Jepun dipengaruhi oleh anasir pro-BN atau pro-Najib sehingga menyekatnya masuk ke negara itu.

Dia terpaksa balik bodoh sahaja ke tanah air.Mungkin justeru kes fitnah yang dikenakan kepadanya menyebabkan kerajaan Jepun melarangnya masuk.

Dia ke Jepun untuk bercakap tentang Islam dan demokrasi yang dikendalikan oleh NGO Jepun sendiri.

Sejak dia keluar daripada sekolah Sungai Buloh, sudah beberapa kali dia masuk ke Jepun, tiada apa-apa sekatan.

Sebelum pecah isu Kajang ini pula, dia dilarang masuk, dan kerajaan Jepun gagal memberi alasan.
Apabila dia mengesyaki anasir tertentu dari negara ini mempengaruhi Jepun, ramailah jurubodek Umno dan kerajaan Najib mempelupuh Anwar sebagai orang yang gelojoh mempolitikkan apa saja demi kepentingannya dan politiknya.

Bagi mereka, Anwar adalah orang yang paling tidak berguna, dan logiknya geng anti-Anwar itulah wargenegara kita yang paling berguna, paling benar dan tiada cacat.

Tentulah Jepun ada alasan kukuh untuk melarang Anwar masuk.

Anwar sekadar menyatakan bahawa Jepun tidak pernah antinya dan merasa ajaib apabila tiba-tiba dilarang masuk.

Tentulah pihak tertentu di Jepun terkeliru.

Tiba-tiba datang orang dari Jepun yang berkaitan dengan jemputan ke atas Anwar itu meminta maaf kepada Anwar atas tindakan imigresen Jepun yang dikiranya memalukan Jepun dan rakyat Jepun.

Tindakan kerajaan Jepun itu dibantah oleh orang Jepun.

Lalu mereka menganjurkan satu majlis lain, meminta Anwar jangan serik untuk ke Jepun lagi.

Mereka meminta Anwar memberi jaminan akan hadir juga pada tarikh yang mereka tetapkan itu, dan Anwar pun bersetuju untuk ke Jepun semula.

Apa terjadi kepada tempelak konco anti-Anwar tadi?

Dalam kes di imigresen Jepun ini, Anwar dimalukan dan menjadi mangsa penindasan.
Penindas jelasnya ialah imigresen Jepun.

Masyarakat Jepun malu menjadi pihak yang menindas dan bangun membela sesiapa saja yang dirasakan ditindas dan tidak diberi layanan yang adil.

Dalam kes Anwar ini, rakyat Jepun mengeluarkan belanja datang ke Kuala Lumpur, meminta maaf kepada Anwar.

Habis duit mereka untuk menebus malu itu. Tiada apa ertinya duit dibandingkan rasa malu dan jati diri.

Apakah bagi orang Malaysia, kejadian ke atas rakyatnya bukan satu penindasan dan tidakkah ia sengaja memberi malu kepada rakyat kita?

Jika Malaysia sebuah negara bermaruah dan rakyatnya merdeka dan bermaruah, maka ia tidak akan benarkan sesiapa dengan sesenang itu memalukan rakyatnya.

Jangankan ketua pembangkang di Parlimen dimalukan, hatta seorang Orang Asli yang tidak pernah bersekolah dan tidak tahu memakai kasut pun jika dimalukan, maka bangsa yang bermaruah mesti mengutuk penindasan dan tidak menafikan keadilan.

Itulah bezanya Jepun dengan orang kita yang separuh masak maruahnya. Jepun benci kepada penindasan, sekalipun terhadap orang asing.

Tetapi ada orang di Malaysia bukan sahaja tidak peka kepada keadilan dan penindasan, suka pula Anwar ditindas.

Adalah benar Anwar banyak menyusahkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Dia penentang ulung Umno dan BN, tetapi bukankah dia rakyat kita dan ketua pembangkang yang diiktiraf oleh Parlimen?

Ketua pembangkang adalah Perdana Menteri menunggu. Maka suka pula rakyatnya ditindas.
Mungkin kerajaan tidak terasa untuk membelanya, kerana itu adalah masalahnya.

Tetapi janganlah jadi bangsa yang setuju kepada penindasan, sekalipun terhadap orang yang kita benci.

Apa yang terjadi adalah, rakyat Jepun mengajar kerajaannya dan jangan kata ia tidak mengajar maruah rakyat Malaysia yang separuh masak!

Taib Undur, Umno Masuk Sarawak?

Posted: 19 Feb 2014 04:26 PM PST


 Oleh: Mat Zahari Ali


Selepas menempa sejarah menjadi ketua menteri paling lama berkuasa, akhirnya Tan Sri Taib Mahmud meletak jawatan akhir bulan ini selepas 33 tahun menguasai bumi kenyalang.

Pun begitu, usaha parti beliau, Parti Pusaka Bumiputra Bersatu (PBB) mengusulkan agar Taib dilantik sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) atau Gabenor Sarawak juga berkuatkuasa pada hari dan tarikh yang sama.

Persoalannya, mengapa Taib masih diperlukan sumbangannya walaupun sudah meletak jawatan sebagai ketua menteri?

Sekiranya Taib ditabal menjadi gabenor Sarawak, maka Taib sekali lagi mencipta sejarah negara di mana beliau merupakan tokoh pertama ketua menteri menjadi gabenor di negeri yang sama.

Persoalannya juga, apakah tuntutan ini datang daripada PBB atau Taib sendiri? Namun, sebagai presiden dan kuasa yang dimiliki setelah lebih 33 tahun, serta kestabilan politik yang dicapai maka Taib disuluh sebagai pemimpin yang berjaya.

Maka legasi kejayaan tersebut perlu kesinambungannya. Taib dan PBB menyedari peluang dan keperluan itu.

Di atas kertas, Taib selayaknya diletakkan di mana saja oleh PBB. Parti itu menang besar dengan memenangi 35 kerusi berbanding komponen BN lain seperti PRS (9),SPDP (6) dan SUPP (6) ketika Pilihanraya Negeri pada 2011 lalu.

Apa pun perbahasan dan usul di DUN Sarawak, PBB tetap akan peroleh majoriti. Hatta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun tidak layak mengubah kehendak Taib dan tuntutan parti beliau.

Malah tuntutan Taib untuk menjawat jawatan TYT juga tidak memerlukan restu Najib.

Walaupun ada pihak menyatakan permintaan Taib untuk menjadi TYT bagi memeteri sedikit kekebalan beliau berhubung isu kekayaan beliau serta keluarganya.

Mungkin ada kebenarannya. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Melaka, Tun Khalil Yaakob juga dulunya didakwa dengan salah guna kuasa berhubung kawasan pembalakan di Pahang. Setelah dilantik menjadi gabenor Melaka, isu dan kes tersebut hilang daripada media dan siasatan pihak berkuasa.

Justeru mungkin Taib cuba mengguna pakai formula yang sama.

Taib undur, Umno masuk

Fasal 4, Perlembagaan Umno menyebut "Perlembagaan Umno membenarkan seseorang warganegara Malaysia, Melayu atau Bumiputera, yang berusia 18 tahun ke atas memohon menjadi ahli."

Merujuk perlembagaan tersebut, tidak ada sebab mengapa Umno tidak boleh mengembangkan sayapnya ke Sarawak.

Sarawak mempunyai 27 suku kaum atau 27 kaum Bumiputra yang mempunyai potensi besar dapat menguatkan Umno semenanjung yang kini semakin tersisih.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri pernah membuat kenyataan bahawa Umno tidak pernah menutup pintunya kepada rakyat Sarawak yang memiliki status warganegara Malaysia untuk memohon menjadi ahli Umno.

Namun Dr Mahathir gagal. Sejarah juga memcatatkan bagaimana Taib 'mencantas' dua abang' (Abang Johari Haji Openg dan Abang Abu Bakar Mustapha) yang pernah cuba membawa Umno ke Sarawak ketika era Mahathir.

Di semenanjung, Umno pimpinan Najib semakin nazak. Najib perlu melakar sejarah dan menjayakan apa yang gagal dilakukan Dr Mahathir sekiranya ingin meletakkan beliau sebagai pemimpin Umno yang dikenang.

Lagipun setakat ini tidak ada satu ikon pun yang meletakkan beliau sebagai pemimpin negara yang berjaya.

Kejayaan 'menyunting' Sabah menerima Umno membuahkan hasil yang besar ketika zaman Dr Mahathir.

Justeru, Najib perlu menempa sejarahnya tersendiri. Kejayaan membawa Umno ke bumi kenyalang akan melakar nama beliau sebagai pemimpin Umno yang berjasa.

Taib sedar pengalaman Umno setelah bertapak di Sabah menukar pola kekayaan keluarga Tun Mustapha dan Haris Salleh kepada empayar Musa Aman.

Tindakan Najib inilah yang dibimbangi dan ditakuti Taib.

Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu mengeluarkan kenyataan bahawa Umno tidak akan memasuki Sarawak. Namun kenyataan tersebut dilihat sekadar menenangkan keadaan di saat proses peralihan kuasa sedang berlangsung.

Usaha Najib singkir Taib

Ketika kempen pilihan raya negeri pada 2011 lalu, kedudukan Taib sebagai ketua menteri yang terlalu lama dan kekayaan beliau menjadi isu dalam kempen oleh pembangkang seperti DAP, SNAP dan PKR.

Najib dan jentera BN pusat juga membuat catuan bahawa isu tersebut memungkinkan Sarawak akan jatuh ke tangan pembangkang sekiranya tidak diselesaikan.

Sedangkan Sarawak dianggap simpanan tetap BN dalam setiap pilihan raya umum.

Tertekan dengan isu tersebut, Najib sendiri dalam kempennya turut menyatakan kedudukan Taib tidak lama dan diberi tempoh selama dua tahun untuk digantikan.

Taib rasa tercalar dengan kenyataan tersebut. Taib dapat merasakan usaha pusat untuk menyingkirkan beliau bukan lagi bersifat berselindung.

Taib bertindak balas. Sejurus selepas SPR memastikan PBB mencapai kemenangan bergaya, tanpa mengadakan pertemuan dan bermesyuarat dengan Najib yang juga pengerusi BN, Taib bertindak mengangkat sumpah di hadapan TYT sebagai ketua menteri pada malam itu juga.

Tindakan ini tidak pernah dilakukan Taib sebelum ini walaupun hampir 10 penggal dilantik menjadi ketua menteri selepas pilihan raya negeri selesai.

Taib belum selamat

Sebagai Pengerusi BN Pusat, Najib juga rasa tercabar dengan tindakan Taib. Namun Najib tidak dapat berbuat apa-apa setelah menyaksikan parti pimpinan Taib mendominasi kemenangan besar.
Taib juga menyedari Najib tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya terpaksa akur dengan kekuatan serta pengaruh beliau di negeri kepulauan borneo itu.

Tindakan Taib 'menghalau' SPRM daripada menyiasat serta menganggap tindakan suruhanjaya tersebut menyiasat beliau sebagai 'tindakan nakal' adalah rentetan tindakan Najib yang dihidu Taib.

Kedudukan politik dan posisi Najib ekoran kegagalan mengurus tadbir ekonomi negara serta pemborosan perbelanjaan menyebabkan Najib terpaksa melupakan isu Taib seketika.

Secara sedar atau tidak, Taib juga menyedari retorik tranformasi Najib berhubung isu rasuah boleh dijadikan senjata Najib untuk terus menekan kedudukan beliau.

Dendam Najib tidak akan berkubur berhubung reaksi Taib menghalau SPRM menyiasat kekayaan Taib anak beranak.

Taib sedar Najib hanya menunggu detik dan masa untuk 'menelan' beliau.

Taib juga menyedari hasil Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, BN kalah di semenanjung dan simpanan tetap di Sabah dan Sarawak yang menjadikan Najib berkuasa.

Sebagai ahli politik veteran, Taib dapat menghidu survival parti pimpinan Najib (Umno) sedang bertarung di hujung tanduk. Begitu juga komponen BN di semenanjung yang sedang menerima arus penolakan rakyat yang kronik.

Daripada segala senario yang ada, Taib membuat percaturan untuk meredakan ketegangan beliau dengan Najib untuk meletak jawatan sebagai ketua menteri.

Taib sedar ketiadaan beliau di DUN Sarawak akan membuka laluan untuk Najib dan BN pusat untuk membawa Umno ke bumi kenyalang tersebut.

Tindakan Taib menyerahkan jawatan ketua menteri kepada anak didik beliau, Adenan Satem serta kedudukan beliau untuk menjawat kedudukan TYT dilihat usaha beliau menghalang Najib dan Umno bertapak.

Manakala Adenan pula dilihat mampu menjadi 'boneka' Taib.

Dengan serampang dua mata yang dipasang seolah-olah Taib memberi mesej kepada Najib bahawa selagi Taib berkuasa selagi itu Umno tidak akan berjaya masuk ke Sarawak.

Sejauh manakah 'karamah sumpahan' Taib itu untuk terus bertahan masih belum diuji.

Pun jua, Umno juga belum pernah diuji kerana tidak pernah melebar pengaruh keahliannya di bumi yang pernah diperintah Raja Brooke itu.

Pada Najib, berdasarkan perlembagaan parti pimpinannya tidak mempunyai sebarang halangan untuk berlabuh di Sarawak.

Lagi pun hanya tinggal bumi kenyalang itu sahaja yang masih gagal dibolosi parti Najib.

Najib perlu mencipta sejarahnya kerana Taib berjaya mencipta beberapa sejarah termasuk kekayaan beliau serta keluarganya.

Atau, mungkin ada 'ole-ole' daripada bidalan ' I help U and U help me' di sebalik peletakan jawatan Taib dan pelantikannya sebagai TYT yang disepakati Najib-Taib.M/Insider

Tiada ulasan: