Ahad, 2 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KHIR TOYO MOHON AGAR BN TIDAK MASUK BERTANDING DI PRK DUN N25 KAJANG LAWAN DSAI KERANA KEKALAHAN ADALAH PASTI.

Posted: 02 Feb 2014 06:55 AM PST

omakkau.blogspot



 

Biarlah rakyat kata UMNO/BN pengecut ...

Bekas Menteri Besar Selangor yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah DS Mohd Khir Toyo telah menggesa agar BN melupakan PRK N25 Kajang kerana mengganggap kemenangan BN di sana sebagai suatu yang mustahil.

    "Don't contest. It is quite impossible to win the seat and a victory will be pointless as it changes nothing,"

Beliau berkata demikian merujuk kepada jumlah kerusi yang diperolehi BN Selangor pada PRU13 lalu yang cuma mendapat 12 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi. Jika BN menang di Kajang sekalipun, ia tidak akan mengubah apa-apa.

Kemenangan besar Lee Chin Cheh dengan majoriti 6,824 pada PRU 13 mungkin menjadi penyebab Khir Toyo menganggap kemenagan di DUN itu sebagai mustahil.

Khir Toyo juga menganggap PRK Kajang merupakan satu perangkap politik.

Beliau menggesa BN agar tidak bertanding kerana baginya hanya  membazir wang. Sebaliknya beliau menyeru BN memberi fokus kepada penyelesaian kenaikan kos sara hidup yang melanda rakyat Malaysia sekarang.

    "So never mind if they call us cowards for not contesting. Let them. We should think about the bigger picture,"

APA LAGI UMNO MAU?????

Perkasa yakin sultan akan lantik Anwar jika menang dan dapat sokongan majoriti

Posted: 02 Feb 2014 06:42 AM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM


Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa yakin Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah tetap akan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya beliau menang dan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata tiada siapa pun boleh menafikan kuasa Sultan sebagai pemerintah berperlembagaan negeri itu.

"Sultan punya kuasa. Tapi biasanya raja-raja dalam Malaysia ini tidak mahu secara langsung mencampuri politik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kenyataannya itu berdasarkan ura-ura yang menyatakan biarpun pentadbiran negeri Selangor menyokong sepenuhnya Anwar, hasrat itu mungkin dihalang oleh sultan yang mempunyai mutlak mengiktiraf menteri besar secara rasmi.

Peguam dan aktivis, Edmund Bon mendakwa akan berlakunya krisis perlembagaan di Selangor jika  Anwar mahu menjadi menteri besar,
Syed Hassan berkata, Perkasa juga tidak melihat undang-undang yang boleh mengagalkan hasrat PR untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun tegasnya, Perkasa mempersoalkan mengapa nama Anwar yang dicadangkan untuk bertanding dan bukannya pemimpin PR yang lain.

"Untuk gunakan alasan Anwar pernah dipenjarakan kerana salah guna kuasa dahulu, atau kerana beliau merupakan bekas banduan juga kes tuduhan liwat serta bukan anak Selangor, bukan alasan kuat untuk sultan menolak beliau.

"Apa pun Perkasa berasa sungguh menjelekkan bila tiada seorang Melayu pun dalam negeri itu layak menjadi menteri besar sehingga terpaksa "diimport" dari Pulau Pinang," katanya.

Perkasa turut mempersoalkan kredibiliti pemimpin itu untuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat di Kajang.

Ini melihat daripada prestasi Anwar sebagai Ahli Parlimen di Permatang Pauh, Pulau Pinang apabila beliau juga tidak mampu untuk membela nasib Melayu di negeri tersebut.

"Apakah seorang pemimpin Melayu yang dikatakan hebat dari Pulau Pinang namun menyaksikan kaum sendiri terpaksa meninggalkan Pulau Mutiara akibat tiada pembelaan yang adil daripada kerajaan negeri dalam satu parti Pakatan.

"Kuasa di tangan rakyat Kajang menentukan kemenangan Anwar dan kuasa juga di tangan Sultan Selangor bagi menentukan Anwar boleh menjadi menteri besar atau tidak," katanya.

Semalam peguam veteran Tommy Thomas berkata, sebagai pemerintah berpelembagaan, Sultan Selangor "tiada tangan bebas" dalam memilih menteri besar, memetik Artikel 51 dan 53 perlembagaan negeri.

Artikel 51 (2) menyatakan bahawa calon "mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam" sementara Artikel 53 (4) memperuntukkan bahawa Sultan Selangor boleh menggunakan budi bicaranya dengan peruntukan dalam perlembagaan seperti Artikel 51 (2) yang menyekat pilihannya.

Thomas berkata, sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, parti politik (atau gabungan) yang mendapat kebanyakan kerusi dalam pilihan raya umum biasanya memilih pemimpin mereka sendiri.

"Jadi, dalam setiap kes di mana ada kekosongan dalam pejabat perdana menteri, sama ada disebabkan oleh peletakan jawatan atau kematian, pemangku pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) dilantik oleh perdana menteri.

"Sama juga, selepas setiap 13 pilihan raya umum lalu, sultan tidak mempunyai budi bicara dalam pelantikan itu. Sama juga seperti keadaan di semua negeri. Jika ada pengecualian di negeri tertentu, menteri besar dilantik tanpa mengambil kira adab tertib perlembagaan," katanya.

Beliau berkata, di Selangor, Pakatan mempunyai 44 kerusi berbanding 12 kerusi BN, iaitu majoriti lebih tiga perempat.

"Maka, jika Pakatan mencalonkan Anwar untuk menjadi menteri besar selepas kemenangan di Kajang, sultan tidak ada budi bicara mengikut perlembagaan untuk menolaknya.

"Boleh anda bayangkan jika Yang di-Pertuan Agong tidak menerima angkat sumpah Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri pada Mei 2013 selepas beliau memperolehi 44 kerusi majoriti di Dewan Rakyat? Dalam kedua-dua senario itu, pemerintah berperlembagaan tidak ada budi bicara dalam pelantikan itu," katanya.

Bagaimanapun, jika sultan menolak pelantikan Anwar sebagai menteri besar ketika pencalonan oleh kerajaan negeri Pakatant atau jika Khalid enggan meletak jawatan sebagai menteri besar, speaker boleh memanggil persidangan Dewan Undangan Negeri khas untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Khalid dan usul percaya kepada Anwar.

Shafie Apdal: Teresa Kok perlu dikenakan tindakan berhubung video Tahun Baru Cina

Posted: 02 Feb 2014 06:39 AM PST

THE MALAYSIAN INIDER

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video bertajuk `Onederful Malaysia'. Gambar fail.Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video bertajuk `Onederful Malaysia'. Gambar fail.


























Tindakan perlu diambil ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video berbaur sindiran sempena Tahun Baru Cina yang diterbitkannya baru-baru ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap tindakan ahli Parlimen itu, Mohd Shafie berkata, video bertajuk 'Onederful Malaysia' itu turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Beliau berkata, perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lalu).

"Saya berharap tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata:"You can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)". - Bernama

Daripada cadang Chong Wei, baik Umno bertanding di Kajang, kata veteran parti

Posted: 02 Feb 2014 06:29 AM PST

THE MALAYSIAN  INSIDER


Banyak pihak tidak bersetuju dengan cadangan MCA meletakkan Lee Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang. Banyak pihak tidak bersetuju dengan cadangan MCA meletakkan Lee Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang.  


























Cadangan bagi menjadikan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatkan MCA tidak serius menghadapi pilihan raya itu, kata Kelab Veteran Umno.

Setiausaha agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata mengheret Lee sebagai calon BN membuktikan MCA tidak berkeyakinan memenangi PRK itu selain Kajang bukanlah medan ujian bagi MCA selepas mempunyai pemimpin baru.

"Veteran daripada dahulu berpendapat, jangan jadikan PRK Kajang sebagai tempat menguji kekuatan MCA. Sekiranya mereka tidak yakin, serahkan sahaja kepada Umno.

"Apa yang penting BN menang. Walaupun bukan senang untuk mengalahkan Anwar tetapi ia tidak mustahil BN boleh membuat kejutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada Jumaat partinya akan meneliti semua cadangan termasuk meletakkan Lee sebagai calon BN dalam PRK DUN Kajang.

Katanya, populariti Lee mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut.

Mustapha berkata meskipun Kajang adalah kawasan tradisi MCA tetapi parti itu tidak seharusnya menjadikan PRK DUN Kajang sebagai taruhan.

Katanya, Liow adalah calon yang lebih layak mewakili MCA jika parti komponen BN itu berhasrat untuk bertanding di PRK itu nanti.

"Kalau benar MCA mahu menjadikan PRK Kajang sebagai medan ujian selepas mendapat kepimpinan baru maka adalah wajar sekiranya Liow yang bertanding," katanya.

Lee dalam kenyataan balasnya semalam menyifatkan dirinya bukan ahli politik dan lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pemain badminton antarabangsa.

"Saya tidak tahu apa-apa, tiba-tiba dapat banyak panggilan bertanyakan tentang perkara ini. Memang terkejut sangat," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta agar Lee tidak dilibatkan dalam PRK DUN Kajang kerana jaguh badminton negara itu merupakan khazanah negara.

"Tolong jangan sentuh Chong Wei. Beliau adalah khazanah negara. Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya tidak benarkan," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan pada Khamis agar MCA meletakkan Lee sebagai calon BN di DUN Kajang kerana popularitinya mampu menandingi populariti Anwar.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, pemilihan Chong Wei sebagai calon dapat mengalihkan pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Jalan Anwar ke Kajang penuh liku dengan taktik kotor Umno

Posted: 02 Feb 2014 06:23 AM PST

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER


Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider.Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider.



Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.

Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.

Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.
Bagaimanapun,  taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.

Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat.

"Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu.

"Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. Ini  juga bagaimanapun turut disekat oleh Mais di saat-saat akhir.

Sumber itu berkata, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengancam untuk menangkap Anwar jika beliau menyampaikan tazkirah sambil menekankan bahawa beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberi kan ceramah atau khutbah di masjid-masjid di Selangor.

Disebabkan halangan  itu, Anwar, Muhd Nur, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir, solat di Masjid Kariah.

Mereka kemudian bercakap kepada jemaah selepas solat .

Sudah tentu, terdapat undang-undang negeri yang mengatakan ucapan tersebut tidak dibenarkan. Tetapi jelas menunjukkan ia hanya terpakai kepada pihak atau mereka yang tidak diingini.

Ini juga telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dan pendakwah atau pensyarah yang tidak selari dengan Umno atau kumpulannya yang sekali gus mencerminkan betapa penghormatan diinstitusikan dan feudal  dicemari sebuah parti nasional Melayu.

Apapun, ia terpulang kepada Anwar dan sekutunya yang mengatakan pencalonan beliau adalah bagi menghalang senario tersebut daripada berlaku – bahawa semua agensi dan jabatan akan digunakan oleh Umno untuk menawan semula negeri terkaya di Malaysia daripada PR.

Dalam erti kata lain, ia adalah tindakan bahawa kerajaan Selangor diancam dan beberapa jabatan bertindak tepat apabila mereka bertindak tidak selari dengan kerajaan negeri.

Dan ia menjelaskan mengapa banyak agensi dan jabatan yang menegaskan bahawa mereka bebas daripada mana-mana pihak politik, sebenarnya melakukan yang sebaliknya sehingga menjejaskan pihak lain dan juga rakyat Selangor.

Keadaan tidak mudah bagi Anwar atau pembangkang tetapi  pihak berkuasa terbabit perlu tahu bahawa tindakan mereka hanya akan membuatkan masyarakat menyalahkan Umno dan menyokong pihak lawan.

Sememangnya ia suatu kedegilan, begitu juga pihak berkuasa apabila mereka mengabaikan kebebasan mereka dan bertindak menentang rakyat.

SAMM sedia anjur debat Khalid Samad – Noh Omar

Posted: 02 Feb 2014 06:18 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersedia mempertemukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar dalam satu gelanggang debat yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah.

Debat yang dicadangkan pada 10 Febuari itu diadakan bagi menyambut gesaan Khalid agar debat penggunaan kalimah Allah itu diteruskan dan mengubati kekecewaan Noh apabila Wacana Sinar Harian bertajuk 'Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan' dibatalkan pada saat akhir.

debatPengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, selain itu SAMM juga percaya bahawa rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal 'disekolahkan' dalam perdebatan yang masih belum ditentukan lokasinya itu.

"Drama yang ditonjolkan oleh Noh Omar yang hadir ke venue debat di auditorium Karangkraf walaupun berita pembatalan telah dimaklum secara meluas, membuktikan betapa seriusnya hasrat Noh untuk 'bertemu' Khalid Samad.

SAMM dengan ini sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut dan percaya rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal 'disekolahkan'.

samm"SAMM juga berpendapat debat antara Khalid dan Noh ini harus menjadi cetusan awal memecahkan 'taboo' pemikiran rakyat seandainya pihak yang lebih afdal membicarakan soal ini secara terbuka masih belum bersedia," kata Edy menerusi satu kenyataan medianya hari ini.

Justeru itu menurut beliau, SAMM mengambil tanggungjawab ini bagi menyediakan platform terbaik buat kedua-dua seteru politik ini saling berhujah.

"SAMM percaya Khalid Samad punya hujah untuk dipertahankan dan Noh Omar juga tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi 'guru' dan sudah sampai masanya rakyat dimatangkan pemikiran dengan hujah yang bernas.

"Ia bukan dengan cara menunjukkan kekuatan fizikal dan memomokkan orang lain. Ini zaman pakai otak, bukan pakai otot," kata beliau lagi.
EZY

PRK Kajang: Umno-BN lebih awal membazir- Saifuddin Abdullah

Posted: 02 Feb 2014 04:46 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Umno-BN lebih awal membazir kerana berlaku dua dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di Parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang.

Katanya, pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.

UMNO BN 55"Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan," kata Saifuddin dipetik Harakah Daily.

Katanya, Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun.

Datuk-Saifuddin-AbdullahSaifuddin yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

"Begitu juga dengan kes di Perak selepas pilihan raya umum 2008, seeloknya diadakan pilihan raya kecil apabila tiga Adun Pakatan Rakyat beralih sokongan kepada BN," katanya pada diskusi anjuran kerajaan negeri di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC).

Diskusi bertajuk 'Demokrasi Di Malaysia' turut mengundang anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator.EZY

Kecoh Saja Lebih, Penakut Rupanya Noh Omar Ni...

Posted: 02 Feb 2014 04:39 AM PST

KELAB GREENBOC

Noh Omar tidak sertai Forum RTM1 tindakan penakut


SHAH ALAM : Tindakan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak menyertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 malam kelmarin menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggapnya tindakan penakut.

Forum anjuran RTM itu yang dijadualkan disertai oleh Noh itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

"Maka sah dan terbuktilah Noh Omar memang takut nak berdebat macam Umno Sabak Bernam bersama pemudanya sekali. Cakap saja lebih buatnya tidak pernah.

"Jika dengan Suhaizan Kayat yang 'cool' pun anda tidak berani, bagaimana pula anda nak berdepan 'gedebe' Khalid Samad?," tulis Facebook Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Sementara itu menurut blog,omakkau.blogspot.com, menyatakan sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh untuk mematahkan hujah Ketua Pemuda PAS Pusat itu.

"Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah.

"Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk dipulas pun dia (Noh) lari mencicit sampai tidak cukup tanah," katanya. -selangorku


Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1


Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.

Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Dalam forum malam kelmarin, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengaku, Pemuda PAS memberikan kenyataan agak keras kerana keliru dengan perletakan jawatan Adun Kajang.

Namun selepas mendapat penjelasan, mereka mengambil keputusan untuk menyokong penuh pencalonan Anwar di situ.

Katanya, semua pihak perlu ingat PAS adalah sebuah parti yang terbuka kepada pandangan dan teguran daripada ahli-ahlinya tetapi akan patuh dan wala' selepas keputusan diambil oleh pucuk pimpinan parti.
- TMI

LIHAT VIDEO DI SINI

Exco Sukan: Jangan dilibatkan Chong Wei dengan politik kotor BN

Posted: 02 Feb 2014 04:23 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi bersetuju dengan pendirian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang enggan membenarkan jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dr Ahmad Yunus berkata, tindakkan mencalonkan Chong Wei dalam politik bukan sahaja dilihat sebagai memperalatkan tokoh badminton itu, malah turut merugikan sukan badminton negara.

LEE CHONG WEI (1)

"Saya setuju dengan kenyataan YB Khairi bahawa kepakaran Chong Wei bukanlah politik tetapi sukan badminton. Dia wajar meneruskan kariernya sebagai pemain badminton nombor satu negara sekaligus membantu memajukan lagi badminton di negara ini.

"BN tidak wajar menggunakan Chong Wei yang kita anggap sebagai aset negara untuk kepentingan politik semata-mata. Lagipun politik bukanlah bidang dia di mana keadaan ini akan merugikan masyarakat Kajang juga," kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Dr yunus pic mza1Katanya lagi, reputasi Chong Wei sebagai jaguh badminton negara dan dianggap ikon bagi golongan beliau negara ini akan tercalar sekiranya beliau terlibat dalam politik kotor BN.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata MCA tidak menolak kemungkinan mencalonkan Chong Wei sebagai calon BN dalam PRK Kajang berikutan populariti Chong Wei sebagai jaguh nombor satu negara.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang spekulasi beliau dipilih sebagai calon PRK Kajang, menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Chong Wei, beliau tidak pernah dimaklumkan cadangan memilih beliau sebagai calon BN dalam PRK kecil itu.

Sementara itu, Khairi pula menerusi laman sosial mikro Twitternya menulis, Lee "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan pilihan raya kecil Kajang.EZY

MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea

Posted: 02 Feb 2014 04:19 AM PST

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM  : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.

Anwar Khalid"Saya akan uruskan supaya akhirnya ia berlaku seperti di England di mana penyokong bola sepak adalah pemilik saham syarikat itu.

"Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham," katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini.

Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu.

Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

IMG_2278aDalam ucapannya, Abdul Khalid turut mengemukakan hasrat untuk mewujudkan sebuah rumah kelab khas bagi kemudahan ahli serta penyokong pasukan bola Sepak Selangor.

"Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang," katanya lagi.
EZY

PAS tidak mungkin duduk sebumbung dengan UMNO, senyuman UMNO nampak manis, tapi penuh racun berbisa: Salahuddin

Posted: 02 Feb 2014 04:17 AM PST


salahudin4



WALAUPUN tewas di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, ia bukan penamat perjuangan terutama dalam usaha membela rakyat tertindas.
Begitulah pendirian Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Anak kelahiran Kampung Serkat, Pontian, Johor berkelulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) dan Ijazah Bsc Sains Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) ini bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan sehingga pernah menjadi anggota International Parliamentery Organization (IPO) serta Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.

Bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal itu turut beberapa kali mengetuai misi kemanusiaan ke Kosova (1999), Afganistan (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).

Ketokohan Salahuddin juga menjadikan Pemuda PAS amat digeruni ketika menjawat jawatan itu beberapa tahun lalu.

Wartawan Roketkini, Aliff Fikri dan Jurugambar, Wira Andika baru-baru ini sempat bersemuka dan berbual mesra dengan Salahuddin di Ibu Pejabat PAS untuk membincangkan perihal politik semasa, perkembangan kerjasama dalam PR, strategi ke arah kejayaan pada masa depan dan pelbagai lagi.

Pertamanya kami di pihak Roketkini ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana dipilih kekal sebagai Naib Presiden PAS.

Terima kasih (tersenyum).

Bagaimana pandangan saudara mengenai keadaan politik mutakhir ini? tambahan dengan pelbagai pelaksanaan yang semakin 'mencekik' rakyat?

Pelaksanaan 'mencekik' kerajaan sekarang ini sudah dijangka kerana berdasarkan manifesto yang kita tawarkan kepada rakyat pada PRU-13 lalu, ia adalah usaha terbaik agar dapat menangani pelbagai permasalahan negara khususnya yang memberi tekanan kepada semua lapisan masyarakat.

Kami sejak awal lagi sudah tahu, Kerajaan BN ini sememangnya mempunyai niat untuk mengambil kembali apa yang diberi kepada rakyat, contohnya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) melalui belanjawan negara yang akan diolah dalam bentuk mempesonakan, kini mereka laksana pelbagai agenda menekan rakyat seperti pemotongan subsidi dan kenaikan harga bahan api. Inilah akibatnya apabila BN sekali lagi diberi peluang memerintah.

Saya cukup yakin dan percaya bahawa ini peluang PR untuk lebih serius berdepan isu yang menyusahkan hidup dan memberi kesan langsung kepada rakyat. Rakyat tentunya menunggu apakah tindak balas, program, cadangan atau idea konstruktif daripada pimpinan PR.

Saya turut yakin sekiranya kita (PR) berjaya mendedahkan semua isu tadi dalam bentuk maklumat tepat dan sampai kepada sasaran yang ditujukan, ia pastinya memberikan peluang cukup luas, cerah untuk mendapatkan sokongan yang lebih kukuh selepas kejayaan PRU-13.

Agaknya apa punca menyebabkan PR tidak dapat mencapai sasaran pada PRU-13 lalu? Apakah semata-mata berpunca daripada 3M iaitu 'money, manpower dan media'?

PR memang mendapat undi popular yang jauh lebih tinggi berbanding BN tapi sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa PR harus juga mengakui sememangnya kita tidak dapat mendepani cabaran 3M BN terutama media walaupun media baru semakin bercambah dan semakin mendapat tempat tapi capaian atau aksesnya masih tidak menembusi masyarakat luar bandar, Felda dan yang paling penting orang asal, Bumiputera Sabah dan Sarawak yang masih lagi bergantung kepada media arus perdana.

Jadi PR perlu perakui ini dan mencari jalan mengatasinya daripada sekarang dengan mengadakan satu komuniti lebih kukuh untuk mengatasinya.

Namun begitu, dalam keadaan halangan sebegitu rupa sekalipun, kita masih dapat undi popular 51 peratus. Cuba saudara bayangkan jika kita memiliki media yang adil, tentunya kemenangan sudah kita peroleh dan sampai ke Putrajaya.

Saya juga tidak lupa untuk menyatakan bahawa faktor padang permainan sama rata itu cukup penting, dengan persempadanan yang diragui ketelusannya yang sentiasa menjadi tanda tanya. Walau apa pun cabaran, halangan dan rintangan yang PR hadapi, saya tetap percaya rakyat Malaysia akan terus terdidik dan apa yang perlu dititikberatkan PR sekarang adalah bagaimana melangsungkan dalam memberikan pendidikan politik kepada masyarakat terutamanya kepada masyarakat yang sehingga kini tidak pernah tahu dan tidak mendapat maklumat mengenai betapa baiknya tawaran manifesto kita serta rekod pentadbiran PR di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. PR perlu berusaha lebih gigih dalam soal ini.

Apa pula strategi khusus PR untuk hadapi PRU-14 nanti?

PAS kini dalam tempoh menyiapkan post mortem selepas PRU-13, saya sendiri menganggotai jawatankuasa itu. Ini penting untuk dijadikan asas bagaimana harus kita 'develop' atau membangunkan strategi atau idea baru dalam menghadapi PRU akan datang.

Di peringkat PR pula, satu pasukan 'task force' sudah diwujudkan untuk melihat bagaimana PR perlu memperkukuh, memperkemas dan menyelamatkan kekuatan sedia ada disamping mencari langkah agar dapat melangkaui 'grey area' dan 'black area'. Task Force ini bertujuan memberi fokus dan menggarap sasaran kita iaitu orang Melayu di luar bandar, masyarakat Felda yang masih lagi agak rendah peratusnya menyokong PR.

Daripada segi sokongan orang Melayu, undi BN meningkat 1.5 peratus? Di mana silapnya?

Ini pada saya bukan soal silap di mana tapi menunjukkan bahawa cara kotor BN memanipulasi, memain serta membakar sentimen kaum dan agama masih berjaya dan diterima.

Cara seperti ini memang sentiasa dimainkan contohnya dakyah mereka kepada orang Melayu tentang jahatnya DAP, cauvinisnya DAP, PR memerintah Islam terpinggir, masjid jadi gereja, orang Cina jadi Perdana Menteri, ini semua merupakan 'hantu' yang memang direka cipta untuk menakut-nakutkan dengan fokus hanya untuk meningkatkan sokongan Melayu.

PAS dan PR memerlukan usaha lebih dalam menerang dan memperjelaskannya bahawa itu semua adalah agenda serta cara BN mengekalkan kuasa hingga sanggup mengada-adakan perkara tidak benar dan menyebar fitnah sebegitu rupa.

Tadi saudara bercakap soal luar bandar, apakah PR sudah merangka atau menyusun strategi untuk Pilihan Raya Sarawak?

PAS sendiri baru saja selesai mesyuarat Kabinet dan memang fokus kita yang paling terdekat adalah Pilihan Raya Negeri Sarawak, di peringkat majlis pimpinan PR pula sudah ditubuhkan 'task force' untuk memulakan gerak kerja menawan Sarawak.

Antara tugasan 'task force' ini bukan saja mengenal dan merangka strategi tapi membincangkan perihal pengagihan kerusi. Pengagihan ini penting kerana kita tidak mahu ada sebarang percanggahan wujud dan yang paling penting kekal dengan agenda utama PR iaitu menumbangkan kerajaan zalim UMNO/BN. Anggota Jawatankuasa 'task force' ini akan diumumkan kepimpinan ketiga-tiga parti itu nanti.

Bagaimana dengan khabar angin yang mengatakan PAS akan menyertai BN dan membentuk satu pakatan yang kononnya dinamakan 'government of national reconciliation'?

Kita tidak pernah sebut soal 'national reconciliation', Najib je yang sebut. PAS tidak pernah teruja dengannya, kami mengenali UMNO ni sudah lama, kita tahu daripada segi
jelingan dan senyuman tu walau nampak manis serta manja, ia penuh racun berbisa.

Saya ingin tegaskan kepada rakyat Malaysia yang menyokong penuh PR, jangan bimbang. PAS tidak begitu mudah termakan dengan apa pun agenda atau tawaran UMNO.

Saya juga rasa tidak perlu bagi PAS, DAP dan PKR menamatkan kerjasama dalam PR yang begitu erat. Bagi saya inilah masa terbaik untuk semua parti dalam PR membina kerjasama agar lebih kuat. Sekali lagi saya katakan, PAS tidak pernah sesekali bercadang membentuk kerjasama dengan BN atau mengeruhkan keadaan dengan keluar daripada jalinan ikatan kukuh sedia ada.

Dalam soal membabitkan kepentingan negara seperti kebajikan, pendidikan, kita bersedia menghulurkan tangan tapi ia tidak bermakna PAS mahu duduk sebumbung dengan mereka. Walaupun kita berbeza rumah dan bumbung tapi atas nama kepentingan rakyat, kita sentiasa berlapang dada untuk menghulurkan tangan. Banyak 'area', bidang yang perlu dikongsi bersama.

Tapi untuk kita pergi dan bergabung atau duduk satu bumbung dengan BN membentuk 'government of national reconciliation' itu tidak sama sekali. Kerana pada PAS, strategi yang paling bijak, ampuh dan berkesan buat masa ini adalah bersama PR.

Ada pula mulut pimpinan BN mendakwa 'politics of conscience' yang sering disebut Anwar Ibrahim lebih selari jika bergabung dengan mereka.

(Ketawa), saya rasa itu persepsi orang yang ingin memecahbelahkan PR tapi saya percaya semua rakan dalam PR sangat erat dan saling mempercayai, hormat antara satu sama lain dan memang kita tidak akan sesekali tunduk kepada agenda songsang UMNO/BN.

PAS akan tetap dan terus kekal dalam satu keluarga besar bersama DAP dan PKR. Itu realiti yang tidak dapat disanggah lagi.

Pasal Syiah?

PAS tidak akan melayan isu ini, kami tidak mahu membuang masa. PAS sudah pun perjelas, Mat Sabu tidak mengamalkan Syiah, tidak pernah komited dalam apa juga yang berkaitan Syiah. Fokus utama adalah membantu rakyat, GST, tekanan hidup yang semakin meningkat, harga barang naik, itu isu yang akan PAS perjuangkan. Syiah ini hanya politik murahan tepian jalan. -Roketkini.com

Khubah Jumaat sebar kebencian, JAKIM cabar usaha ke arah keharmonian? -Lim Kit Siang

Posted: 02 Feb 2014 04:10 AM PST


LKS_pasar

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melahirkan kekesalannya terhadap beberapa khutbah Jumaat baru-baru ini yang didapati sengaja meniup sengketa agama apabila mendakwa tipu muslihat Kristian dan Yahudi sebagai penyebab masalah umat Islam.

Beliau berkata, kandungan teks khutbah terbabit yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ternyata amat bertentangan dengan nada positif kerajaan BN minggu ini untuk menerima tawaran PR agar perbincangan Konsensus Nasional diadakan.

"Saya tertanya-tanya, apakah JAKIM telah menggubal khutbah Jumaat sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu?

"Kerana mesyuarat Kabinet hari Rabu itu adalah menyokong inisiatif PR untuk menamatkan politik permusuhan, kebencian dan hasutan sengketa kaum.

"JAKIM wajar memberikan sokongan penuh dan tidak mencabar atau mempersoalkan kuasa serta keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Jemaah Menterinya ke arah perpaduan negara," katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu turut menyatakan, warkah yang disampaikan melalui khutbah terbabit bukan saja bertentangan malah tidak menghormati keharmonian dan usaha untuk menyelesaikan barah ketegangan kaum.

"Tidak ada cara lebih baik untuk PR dan BN selain mengadakan Konsensus untuk mengakhiri hasutan sentimen kaum dan agama.

"Konflik dan ketegangan perlu dihentikan serta memulakan persefahaman yang tulen antara agama, keharmonian dan toleransi supaya Malaysia dipandang dunia sebagai 'tanah keamanan dan keharmonian'," ujarnya.

Semalam, JAKIM mendakwa umat Islam kini telah ditipu oleh 'musuh-musuh Islam' iaitu Kristian dan Yahudi dengan berkembangnya aktivisme hak asasi manusia di Malaysia.

JAKIM juga menegaskan bahawa tuntutan ke atas kata 'Allah' adalah satu usaha untuk merampas perkataan Arab itu dengan tujuan mengeliru dan menukar Islam kepada Kristian.

Berikutan berkembangan pergeseran melibatkan kaum dan agama yang boleh mengakibatkan berulangnya tragedi 13 Mei 1969, PR telah berulang kali mempelawa BN untuk mengadakan perbincangan agar masalah itu diselesaikan segera. -Roketkini.com

Jumlah pendaftaran pengundi turun mendadak selepas SPR henti lantik Penolong Pendaftar Pemilih

Posted: 02 Feb 2014 04:07 AM PST


okm

KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memperbaharui tempoh penolong pendaftar pemilih (ARO) yang berperanan mendaftarkan pengundi untuk parti politik menyebabkan jumlah pendaftaran pengundi baru menurun dengan ketara, kata Pengarah Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming.

Beliau berkata, jumlah itu sangat ketara selepas melihat jumlah pendaftaran selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

"Sementara salah satu sebab pengurangan itu kerana pengundi melihat tiada keperluan untuk mendaftar sebaik selepas PRU, tidak boleh dinafikan tindakan SPR itu turut menyebabkan pendaftaran pengundi oleh parti politik turut berkurang.

"Walaupun PRU sudah selesai, tanggungjawab SPR untuk mendaftarkan pengundi perlu diteruskan," katanya dalam satu kenyataan.

Maka, katanya lagi, jika SPR tidak mampu mengurangkan jumlah pengundi belum mendaftar melalui programnya, mereka perlu memberi kebenaran kepada parti politik dan NGO untuk mendaftarkan pengundi melalui ARO yang dilantik.

SPR melalui satu surat bertarikh 13 November 2013 menyatakan tiada lagi pelantikan ARO baru, dengan alasan untuk menyelaraskan kaedah pendaftaran sedia ada.

DAP sudah menghantar surat meminta penjelasan daripada SPR, tapi belum menerima maklum balas setakat 16 Januari lalu.

Ahli Parlimen Serdang itu turut memetik jumlah penurunan melalui maklumat yang diperoleh dari SPR.

Katanya, jumlah pendaftaran adalah 104,959 bagi suku pertama dan 49,789 bagi suku kedua, tetapi menurun mendadak pada suku ketiga (18,693) dan keempat (21,754).

Katanya lagi, Selangor yang memiliki jumlah pengundi belum mendaftar terbesar mencatatkan jumlah penurunan sebanyak 32 (suku ketiga) dan 1058 (suku keempat), manakala jumlah pendaftaran bagi DUN Kajang menurun daripada 335 (suku pertama) ke 39 (suku ketiga) malah pengurangan jumlah pengundi sebanyak 39 pada suku keempat.

"Jumlah pendaftaran bagi suku ketiga dan keempat memberi bukti jelas yang aktiviti pendaftaran pengundi perlu dilakukan untuk mengurangkan bilangan pengundi belum mendaftar," katanya lagi.

SPR tidak mahu tambah kerusi?

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan SPR tidak ingin menambah jumlah pendaftaran, terutama di Selangor kerana ia akan memaksa bilangan kerusi ditambah pada proses persempadanan semula.

"Tambahan pula, kerusi-kerusi itu kemungkinan besar akan dimenangi Pakatan," katanya.

Justeru, katanya lagi, beliau menggesa SPR menunjukkan komitmen untuk menggiatkan pendaftaran pengundi, serta mengembalikan status ARO parti politik agar dapat bersama-sama menambahkan jumlah pengundi baru. -Roketkini.com

Penduduk Kajang teruja ada harapan dapat Adun ‘bintang’

Posted: 01 Feb 2014 09:40 PM PST

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penerangan mengenai cadangannya bertanding di DUN Kajang kepada penduduk kawasannya di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penerangan mengenai cadangannya bertanding di DUN Kajang kepada penduduk kawasannya di Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain,



























Kali terakhir Kajang dikaitkan dengan ahli politik terkenal ialah ketika bekas Menteri Kesihatan, Tan Sri Lee Kim Sai mewakili kawasan itu sebagai Ahli Parlimen Hulu Langat.
Itu kira-kira 20 tahun lalu dan ketika MCA sangat berkuasa.

Minggu lalu, penduduk Kajang mendapati mereka berpeluang diwakili oleh seorang lagi pemimpin terkenal, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika ketua umum PKR itu menang pilihan raya kecil.

Reaksi terhadap berita itu bercampur baur tetapi prospek mempunyai ketua pembangkang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyebabkan ia dibincangkan di semua tempat termasuk sembang di kedai kopi, di ruang tamu rumah dan tempat beribadat: mencetuskan keterujaan di kalangan penduduk, dan membangkitkan persoalan mengapa Anwar memilih bandar itu, yang terkenal dengan sate dan penjara persekutuan di Sungai Jelok.

Sementara ramai penduduk bandar di selatan ibu kota Kuala Lumpur itu terkejut dengan alasan pilihan raya kecil diadakan, perbualan mereka kini bertukar kepada kelebihan yang bakal diterima jika menerima pemimpin yang berani sebagai Adun.

"Kim Sai banyak berjasa kepada Kajang dan Hulu Langat sepanjang tiga penggal menjadi ahli Parlimen di sini. Sekurang-kurangnya beliau memastikan hospital Kajang mempunyai banyak pakar," kata Alan Yeo, 52, yang sudah lama menetap di Kajang.

"Saya pasti semua orang mahu menteri besar jadi Adun di tempat mereka. Masalah tidak akan hilang sehari selepas dia dipilih tetapi sekurang-kurangnya Anwar dan pegawainya akan berusaha untuk menyelesaikan," katanya dan menambah khidmat pembersihan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tidak cemerlang sejak kebelakangan ini.

Kajang adalah satu daripada tiga DUN dalam kawasan Parlimen Hulu Langat, dua lagi ialah Semenyih dan Dusun Tua.

"Anwar sebagai menteri besar bermakna semua jenis isu dalam bandar ini boleh diselesaikan. Saya pasti dana akan diperolehi untuk menyelesaikan masalah kesesakan dalam bandar dan jalan keluar pada waktu puncak," kata ahli perniagaan, Abdul Munir.

Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang akan berusaha mendapatkan undi dalam kawasan urban meliputi 9,300 hektar itu ketika kempen. Jaringan jalan agak baik dan masa perjalanan daripada satu tempat ke tempat lain ialah kira-kira 90 minit, tanpa kesesakan.

Perjalanan dalam kawasan itu menunjukkan pembangunan pesat, terutama banyak kawasan perumahan yang baru di kawasan pinggir sempadan Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran Putrajaya.

Bandar itu mempunyai dua pusat beli-belah iaitu Metro Kajang dan Metro Point, dua pasar raya besar, ibu pejabat MPKJ yang baru dan menyebabkan pertumbuhan statistik – ia menjadi antara kawasan paling cepat membangun di Selangor dengan peningkatan populasi tahunan 9% dan menjadi salah satu kawasan perumahan popular di negeri itu, menurut laman web hartanah.

Kawasan perumahan mewah seperti Ridgeview, Twin Palms, Sri Banyan dan Jade Hills melonjakkan harga hartanah di Kajang sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Bahagian MIC Hulu Langat, M Kalai Arasu, berkata sistem MRT Lembah Klang bermula di Kajang dan ini akan menambah lagi kelebihan Kajang. Laluan 51 km itu akan melalui Lembah Klang dan berakhir di Sungai Buloh.

"Laluan baru MRT akan masuk ke dalam bandar. Di Kajang sendiri, akan ada tiga hentian dan ini akan mempercepat pembangunan bandar dan kesesakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.

Ia juga termasuk dalam pelan induk hebat Kuala Lumpur kerana lokasinya berada di tengah-tengah antara tiga bandar utama – Kuala Lumpur, Seremban dan Putrajaya.

Pengerusi Rukun Tetangga Sungai Chua Sektor C, Chen King Chong, berkata pembangunan pesat itu juga menimbulkan beberapa masalah yang perlu selesaikan oleh bakal Adun.

"Pada masa ini, masalah terbesar ialah kesesakan lalu lintas kerana populasi meningkat berikutan kawasan perumahan bertambah.

"Ini menyebabkan jalan keluar masuk serta jalan dalam bandar turut sesak pada hampir setiap masa. Waktu punca melanda Kajang hampir setiap masa sepanjang hari termasuk Ahad," katanya.

Ketua Sekretariat PKR Kajang, Hamzah Hassan, berkata kadar pembangunan tidak seiring dengan kesesakan lalu lintas dalam bandar.

"Pembangunan di sini memang hebat tetapi mereka tidak berfikir mengenai peningkatan trafik dan merancang sesuatu untuk mengatasinya.

"Jadi kini penduduk Kajang merana kerana terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari kerana tiada tindakan diambil untuk memperbaiki jalan di sini," katanya.

Kalai berkata, selain kesesakan di Kajang, pengguna jalan raya tidak gembira kerana mereka dipaksa membayar tol di laluan dari Kajang ke Kuala Lumpur.

"Kami dikelilingi lebuh raya dan terpaksa membayar tol setiap kali keluar dari Kajang ke Kuala Lumpur. Ia agak mahal. Tidak ada jalan bebas tol," katanya merujuk kepada lebuh raya Kajang Ring Road atau Lebuhraya Silk yang dibuka beberapa tahun lalu untuk memudahkan perjalanan ke Semenyih dari Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban dan beberapa bahagian lain tanpa perlu masuk ke bandar Kajang.

Chen berkata, penduduk Kajang lega apabila kadar tol di Lebuhraya Kajang-Cheras dipotong separuh, dua tahun lalu.

"Ia agak membantu sebelum ini, tetapi sekarang saya boleh bayangkan bagi sesetengah orang, mereka terasa juga beban terutama dengan peningkatan kos sara hidup," katanya dan menambah rancangan Putrajaya untuk menaikkan kadar tol bakal menjadi isu ketika pilihan raya kecil.

Kalai berkata, ramai penduduk miskin di Kajang yang terasa kesan kenaikan beberapa barangan asas baru-baru ini seperti petrol, gula dan kadar tarif elektrik.

"Makanan yang biasanya hanya berharga RM2.50 di Kajang kini meningkat RM4.50. harga sate juga kini meningkat lebih RM1 secucuk di beberapa tempat.

"Ramai yang tahu bahawa barangan di pasar basah Kajang adalah antara yang paling mahal dalam negara," katanya.

Peningkatan populasi di Kajang datang bersama pertambahan kadar jenayah, dan menyebabkan lebih banyak pasukan peronda kejiranan ditubuhkan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan perumahan.

Chen, yang menjadi sebahagian daripada kumpulan peronda, berkata polis melantik Rukun Tetangga daripada kawasan perumahan untuk membantu dalam program pencegahan jenayah.

"Sebagai rakyat, kami cuba bantu apa yang termampu. Saya dilahirkan dan membesar di sini," katanya.

Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar. Pengundi Melayu ialah sebanyak 49% sementara Cina (41%) dan India (10%).

Populasi Cina kebanyakan berada di kawasan Sungai Chua sementara orang Melayu di Sungai Sekamat, Sungai Kantan dan sepanjang kampung di Jalan Cheras. Masyarakat India pula bertaburan di sekitar kawasan Kajang tetapi kebanyakannya berada di Sungai Jelok.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh memperolehi 19,571 undi diikuti calon MCA-Barisan Nasional, Lee Ban Seng dengan 12,747 undi dan Mohamad Ismail (Berjasa) 1,014 undi.

Tiga lagi calon bebas yang bertanding di kerusi DUN itu serta Berjasa hilang wang deposit masing-masing.

Cadang Chong Wei calon BN PRK Kajang idea karut – DAP

Posted: 01 Feb 2014 09:29 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Cadangan Umno agar pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang disifatkan idea mengarut.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim berkata, cadangan Umno itu dianggap mengarut sehingga sanggup menjadi Chong Wei sebagai alat politik mereka.

Ahli Parlimen Seputeh itu juga mengecam Barisan Nasional (BN) kerana tidak menghargai Chong Wei yang ketika ini sibuk membawa nama negara ke kejohanan badminton serata dunia.

Baginya, cadangan itu membuktikan BN ketandusan pemimpin.

"Cadangan itu bukan sahaja membuktikan BN dan MCA gagal mencari calon yang sepadan dan mampu menyaingi Anwar, sehingga sanggup menggunakan populariti Chong Wei sebagai alat politik menyelamatkan mereka pada PRK ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin kelmarin dengan alasan MCA tidak memiliki tokoh yang mampu menandingi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding pada PRK Kajang.

Amiruddin cabar Mukhriz lapor SPRM jika ada bukti

Posted: 01 Feb 2014 09:27 PM PST

IZWAN ABDUL HALIM 


ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah mengingatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak perlu mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.

"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau.

Jelasnya, PAS Kedah sebagaimana komitmen dinyatakan Pesuruhjaya, Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS tidak akan melindungi sebarang salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku.

"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Datuk Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak, bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah.

"Bagaimanapun, bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam tujuh bulan pentadbiran BN Kedah.

"Adalah ditegaskan juga, tugas kami sebagai Pembangkang adalah membetulkan kerajaan dari sebarang perancangan dan pelaksanaan yang boleh merugikan rakyat dan negeri," ujarnya membidas amaran Mukhriz itu.

PRK Kajang: Umno lebih awal membazir – Saifuddin Abdullah

Posted: 01 Feb 2014 09:24 PM PST

ASLANI M 


KOTA BHARU: "Kalau hendak dikatakan membazir, maka Umno lebih awal membazir kerana berlaku dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di parlimen Kuala Selangor dan Dun Permatang.

"Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan," kata bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.

Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Abu Hassan meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding di Dun Permatang, yang mana ketika itu disandang Datuk Jamaluddin Adnan.

Pada pilihan raya kecil 29 Mei 1997 itu Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar 6 Jun.

Saifuddin sekarang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement of Moderates berkata, tidak ada sesuatu yang pelik apabila berlaku perletakan jawatan wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

"Begitu juga dengan kes di Perak selepas pilihan raya umum 2008, seeloknya diadakan pilihan raya kecil apabila tiga Adun Pakatan Rakyat beralih sokongan kepada BN," katanya pada diskusi anjuran kerajaan negeri di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Diskusi sebagai gelanggang baru menggantikan wacana mengupas tajuk 'Demokrasi Di Malaysia' turut mengundang anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad, manakala Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator.

Khalid pula berkata, pilihan raya kecil Kajang diadakan sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuhkan lagi Pakatan di Selangor ekoran berlaku beberapa isu sebelum ini.

Menurutnya juga Umno kini berhempas pulas mahu merampas Selangor selepas misi mereka pada pilihan raya umum lepas tidak menjadi kenyataan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa untuk memperkukuhkan kedudukan Pakatan di Selangor. Dengan kedudukan sebagai wakil rakyat beliau boleh berperanan dengan lebih rasmi lagi.

"Sebelum ini beliau tidak boleh bertindak secara rasmi kerana tidak ada kedudukan di peringkat Dewan Undangan Negeri," katanya.

Bagaimana kalau Pakatan pinjam PAS di Selangor?

Posted: 01 Feb 2014 09:17 PM PST




Oleh Subky Latif


Apakah perbezaan pendekatan dua pemimpin kanan PKR di Selangor antara Azmin Ali, ketua parti dan Tan Sri Khalid Ibrahim, ketua kerajaan tidak dapat diredakan kalau pun tidak diselesaikan sama sekali?

Saya tidak tahu bagaimana hendak mengatasi perbezaan itu. Mengikut kata almarhum Ustaz Hassan Shukri semasa hidupnya, perbezaan peribadi selalunya diatasi dengan salah seorang meninggal dunia. Saya tidak mahu salah seorang daripadanya mati dalam waktu yang terdekat.

Sekalipun perbezaan yang ada tidak sampai meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tetapi penyokong kerajaan di luar kerajaan payah hendak berdepan orang ramai termasuk hendak meredakan kekeliruan penyokong parti masing-masing.

Dalam pergolakan yang mungkin tidak besar tetapi tidak juga kecil, sekutu PKR iaitu PAS dan DAP tidak ada apa-apa masalah muafakat kerajaan yang ada. Kalau ada masalah pun boleh dirujuk kepada pimpinan PR. Jika hal ini berlanjutan, payah bagi PR untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tidak saja ia mengelirukan orang di negeri Selangor, bahkan ia menyukarkan PR di seluruh negara untuk mengaut momentum baru bagi mengambil Putrajaya.

Sedikit sebanyak ia mengganggu tumpuan PR untuk menghadapi isu kepincangan BN dalam isu kos sara hidup melambung.

Jika PKR payah meredakan pergolakan itu, mungkin Anwar Ibrahim sendiri mengambil pentadbiran Selangor atau apa kata kalau PKR pinjamkan pentadbiran negeri Selangor itu kepada PAS? Tidak bijak bagi PAS untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan yang sama ditegakkannya sekarang.
Tetapi tentulah PAS dan DAP tidak seronok dengan perkembangan yang berlarutan itu.

Daripada kedua-duanya memendam rasa dan terbuku di hati, apakah salahnya PKR berundur bagi laluan kepada PAS bagi meneruskan suasana dan pentadbiran yang baik sekarang?

Bukan hendak kuasa tetapi hendak meredakan keadaan supaya rakyat senang dan pegawai kerajaan pun selesa menjalankan tugas.

Mungkin Solihin Mohyi atau Iskandar Samad menjadi menteri besar yang baru bagi meneruskan pentadbiran sudah disudah dimantapkan oleh Tan Sri Khalid itu.

Kedua-dua Tan Sri Khalid dan Azmin Ali diperlukan di Selangor. Tan Sri Khalid boleh dikekalkan sebagai penasihat ekonomi dan pentadbiran kerajaan yang bergaji tetap, berpejabat dan ada kakitangan khas.

Kalau Anwar Ibrahim kini menjadi penasihat ekonomi tidak bergaji, maka kedua-dua Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid boleh diberi gaji supaya mereka menggunakan kebolehan dan kemahiran masing-masing untuk meningkatkan lagi kemajuan negeri.

Kedua-duanya boleh berkeliling dunia untuk menarik pelaburan. Kalau tidak ambil peeruntukan baru daripada wang kerajaan tidak mengapa untuk gaji mereka tetapi potongan kenaikan elaun untuk MB, Exco dan Speaker mungkin dapat menampung keperluan mereka.

Kecekapan Azmin juga boleh digunakan bagi membantu menteri besar baru daripada PAS untuk  membangunkan lagi Selangor. Mana yang Azmin rasa payah untuk disumbangkan dulu, munkin tidak banyak masalah untuk disalurkan.

Bila saya cadangkan PR boleh meminjam khidmat PAS bagi meneruskan kelangsungan pentadbiran/kerajaan PR negeri Selangor tidak pula bererti merebut peluang sama buat DAP.

Mungkin PAS tidak banyak kelebihan berbanding DAP tetapi keadaan yang ada payah bagi DAP untuk mengemukakan calon menteri besarnya kerana suasana politik perkauman dan prejudis yang ada terutama di kalangan penyokong BN, maka DAP tidak mahu terlibat dalam suasana bising yang diada-adakan.

DAP adalah selesa dengan keadaan yang ada, maka ia tidak sedia mencari susah. Dan DAPpun tidak ada Adun Melayu. Tidak semestikan ia satu lagi hak istimewa orang Melayu, masyarakat belum bersedia menerima MB bukan Melayu.

Dengan apa yang Datuk Seri Nizar Jamaluddin buat di Perak dulu, DAP lagi fobia dengan pemimpin PAS untuk memimpin kerajaan negeri.

Cetusan saya ini terpakai kalau PKR tidak dapat meredakan masalahnya. –

Pelantikan Exco: Mukhriz Tunggu Pengesahan MCA

Posted: 01 Feb 2014 09:14 PM PST

MSTAR ONLINE


ALOR SETAR: Wakil MCA akan dilantik sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah sebaik sahaja kerajaan negeri menerima lampu hijau dari ibu pejabat MCA, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya faham bahawa MCA mempunyai beberapa isu untuk diselesaikan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan Cina Kedah di sini, Sabtu.

Mukhriz berkata sebaik sahaja kerajaan negeri menerima pengesahan, satu tarikh akan ditetapkan untuk pelantikan itu.

Pada 12 November lalu Mukhriz dilaporkan berkata bahawa kerajaan akan melantik Ahli Dewan Undangan Gurun (Adun) Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong sebagai anggota exco kerajaan negeri.

MCA telah memenangi dua daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di Kedah pada pilihan raya umum lepas.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata kerajaan negeri akan menimbang mengadakan perayaan tanglung untuk menggalakkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau berkata idea itu datang dari Dewan Perhimpunan Cina Kedah.

"Saya telah meminta mereka untuk mengemukakan cadangan supaya perbincangan ahli majlis eksekutif negeri boleh diadakan," katanya.

PRK Kajang: Pemuda MIC Sokong BN Letak Calon MCA

Posted: 01 Feb 2014 09:07 PM PST


MSTAR ONLINE


C. Sivarraajh
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MIC menyokong penuh agar calon MCA diletakkan sebagai wakil Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor, kata ketuanya C. Sivarraajh.

Beliau berkata MCA wajar diberi ruang kerana parti itu kini melalui proses transformasi bersama kepimpinan baharu yang sesuai dengan kehendak rakyat terutamanya kaum Cina.

"Sebagai mengamalkan sikap setiakawan dalam gabungan Barisan Nasional, MIC komited sebulat suara menyokong penuh agar calon MCA diletakkan pada pilihan raya kecil ini," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Dalam usaha memberi kemenangan kepada BN, beliau berkata sayap parti itu akan memberi fokus kepada golongan muda terutama dalam menerangkan isu-isu nasional serta situasi politik masa kini.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.

Sivarraajh berkata Pemuda MIC melihat peletakan jawatan Lee tanpa sebab munasabah itu sebagai memperlekehkan kepercayaan yang telah diberikan pengundi kawasan tersebut kepadanya pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini. - BERNAMA

Mangsa diseret kereta 30 meter

Posted: 01 Feb 2014 09:00 PM PST


Mushar Mushar


SABAK BERNAM – Hasrat seorang warga emas untuk menikmati hidangan sate sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini tidak kesampaian apabila lelaki itu terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Parit 5 Sekinchan di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 tengah hari itu, mangsa, Tan Kem Pou, 65, yang menunggang motosikal jenis Suzuki maut serta-merta di tempat kejadian apabila dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Suzuki Swift yang menghala dari Sekinchan menuju ke Klang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, lebih menyayat hati, mangsa turut diseret sejauh 30 meter oleh kenderaan terbabit sebelum merempuh sebuah tiang hentian bas di sebelah kanan jalan.

"Mangsa dipercayai bersama seorang cucunya berusia lima tahun baharu sahaja beli sate di sebuah kedai makan berhampiran untuk pulang ke rumah.

"Bagaimanapun sebuah kereta dari arah sama melanggar motosikal mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, akibat dilanggar dan diseret kenderaan terbabit, mangsa mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kiri dan cedera teruk di bahagian kepala selain terdapat kesan luka teruk di bahagian kedua-dua kaki dan tangan.

"Mayat mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk tujuan bedah siasat," katanya.

Sementara itu polis difahamkan, cucu mangsa yang membonceng motosikal itu hanya mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh di tepi jalan.

"Cucu mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

"Polis kini menyiasat kes itu di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Demi demokrasi, wang memang terpaksa dibelanjakan

Posted: 01 Feb 2014 08:58 PM PST


N.Surendran N.Surendran


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, N Surendran menyifatkan demi menghidupkan sebuah demokrasi, wang ringgit memang terpaksa dibelanjakan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kritikan sesetengah pihak yang menganggap PRK Dun Kajang, sebagai suatu pembaziran.

"... tiada apa-apa kesalahan dalam memaksa berlakunya pilihan raya kecil sebagai satu strategi politik. Mereka yang berkata pilihan raya kecil itu membazir wang ringgit mungkin tidak faham bahawa tidak dapat tidak wang ringgit memang terpaksa dibelanjakan demi menghidupkan sesebuah demokrasi.

"Fokus mereka sepatutnya kepada pilihan raya yang bersih, bukannya demokrasi yang murah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu menambah, 'Serampang Kajang' merupakan strategi politik untuk mengalahkan BN.

"Serampang Kajang merupakan strategi politik untuk mengalahkan BN yang korup dan zalim. Ini tidak bercanggah dengan hasrat dan kemahuan rakyat, malah ia adalah demi kepentingan rakyat.

"Saya rujuk kritikan berhubung peletakan jawatan bekas Adun Kajang dan keputusan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak faham politik demokrasi," katanya.

Menurutnya, pilihan raya merupakan asas strategi mana-mana parti politik dalam sebuah demokrasi moden.

"Banyak kritikan yang diterima lebih bersifat reaksi menyentap, belum difikirkan dengan mendalam dan kurang memahami politik kepartian dan pilihan raya.

"Ia hak sesebuah parti politik untuk meminta rakyat membuat pilihan sebagai satu langkah strategi politik, sama ada melalui pilihan raya kecil atau pilihan raya umum," ujarnya.

Jelasnya, demokrasi moden tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa pertandingan sihat antara parti-parti politik yang menginginkan kelebihan politik.

"Pengkritik 'Serampang Kajang' mungkin gagal mengamati bahawa sebuah demokrasi moden tidak boleh berfungsi dengan baik tanpa pertandingan sihat antara parti-parti politik yang menginginkan kelebihan politik.

"Kelebihan ini boleh diperoleh melalui cara-cara yang sah dan dibenarkan, termasuklah pilihan raya kecil. Mereka turut terlupa kata-kata dan semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menimbang malah membenarkan situasi-situasi sebegini," katanya.

Tak salah kalau letak calon dari Umno

Posted: 01 Feb 2014 08:56 PM PST


M. Saravanan M. Saravanan


SHAH ALAM - Tidak salah BN meletakkan calon dari Umno bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sekiranya mampu memberi kemenangan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, MCA perlu terbuka menerima keputusan itu walaupun tradisinya kerusi Dun Kajang milik parti itu.

"Secara peribadi saya setuju jika Umno meletakkan calon berwibawa, dikenali, popular dan tidak kira Melayu atau Cina, asalkan masih dalam BN.

"Kita kena ambil kira ini adalah pertempuran. Jadi memang kena ada tolak ansur. Sekiranya calon dari Umno boleh menang, maka MCA patut tolak ansur," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong supaya BN mengubah formula memilih calon walaupun ia merupakan kerusi MCA bagi membolehkan BN menawan kawasan itu kerana ia ada lebih 40 peratus pengundi Melayu.

Bagaimanapun, kata Sohaimi, adalah lebih baik jika diadakan perbincangan oleh Majlis Tertinggi BN untuk memutuskan calon.

"Dengan adanya perbincangan khusus, hasilnya akan berkesan. Bukannya hanya membuat spekulasi calon mana untuk diletakkan.

"Tetapi daripada segi sokongan, mana-mana calon yang pilih pihak tertinggi akan kita sokong," ujarnya.

Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan berkata pihaknya akan menyokong calon yang diputuskan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aishah, Farah Asyikin minta padam gambar lama

Posted: 01 Feb 2014 04:01 PM PST



MOHD SABRI SAID 


JELUTONG: Bekas penyanyi terkenal tanahair, Wan Aishah Ariffin dan Farah Asyikin sekali lagi menyeru mana-mana pihak yang masih menyimpan gambar lama mereka dalam Youtube agar memadamkannya.

Bagi mereka, tidak cantik gambar dalam keadaan jahiliah disiarkan memandangkan mereka telah berhijab dan tidak lagi terlibat dalam dunia glamour itu.

"Harap semua pihak memahami perasaan kita yang telah lari dari dunia glamour.  Gambar yang ada dalam simpanan individu terutamanya yang masih disiarkan dalam Youtube harap buang. Biarlah ianya berlalu sebagai kenangan, " jelas mereka dalam program santai bersama artis sempena Sambutan 25 tahun PAS Jelutong petang tadi.

Bagi mereka, perkara yang sudah biarkan ia pergi kerana yang penting matlamat masa depan diteruskan dengan penuh kesedaran.

Menyentuh mengenai masa silam sambung Aishah, mula mendapat hidayah apabila kehilangan emak saudara serta rasa terlalu ingin bertudung selepas itu.

"Selepas kematian emak saudara tiba saya rasa lain pada diri. Kehendak bertudung rasa makin menghampiri. Bila bertanya pada diri kenapa tidak boleh bertudung sedangkan semasa menziarahi emak saudara boleh pakai sampai seharian," terangnya.

Manakala Farah Asyikin pula menjelaskan, ia berpunca daripada penceraian yang membawa kepada kemurungan dan sepi.

Beliau sanggup bermain dengan kucing untuk menghilangkan perasaan sunyi.

Katanya, kucing yang dijumpai di tepi jalan itulah sebenarnya teman bercakap untuk menghilangkan 'stress'.

"Kemusnahan rumah tangga pertama membuatkan diri terumbang ambing. Lalu memasuki peraduan nyanyian sebagai suka-suka dan cuba merakamkan album namun ada saja rintangan yang datang," ujarnya.

Bersukan waktu malam adalah pembunuh senyap?

Posted: 01 Feb 2014 03:49 PM PST


TRANUNG KITE





 

Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. 


Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi 'pembunuh senyap'.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.
Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

"Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.
"Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging," katanya Sumber KOSMO

Tiada ulasan: