Ahad, 16 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zam: Tak dapat dinafikan, DEB idea komunis

Posted: 16 Feb 2014 07:26 AM PST

MALAYSIAKINI


 
 
 
Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin berkata idea Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya ditimbulkan oleh seorang komunis.

Bercakap dalam "Seminar Pemikiran Dr Kassim Ahmad: Satu Penilaian" di Putrajaya hari ini, Zainuddin berkata idea itu ditimbulkan pemimpin buruh James Puthucheary yang menerbitkan buku Ownership and Control in the Malayan Economy.

"Ini tak dapat dinafikan, ia turut tercatat dalam buku memoir Tun Dr Ismail, The Reluctant Politician.

"Ini sumbangan orang komunis dan sosialis kepada negara," kata beliau ketika memberi komen mengenai Kassim, bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM).

Zainuddin yang juga menteri penerangan ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun menolak tanggapan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) mempunyai niat baik terhadap negara.

Beliau berkata dakwaan kononnya tiada istilah rasisme di dalam komunisme dan sosialisme yang dibawa oleh PKM itu hanya omongan kosong belaka.

"Satu surat PKM kata tak mahu bantu Parti Komunis Indonesia gulingkan Sukarno kerana ia dikuasai orang bukan Cina. Surat itu dipintas oleh Cawangan Khas  kita," kata beliau.

Feudalisme agama bermula 80-an

Zainuddin turut berkata masalah feudalisme agama di negara ini bermula apabila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed membawa seorang yang tidak memahami Islam sebenar ke dalam Umno pada awal 1980-an.

Beliau mendakwa pemimpin itu yang ketika itu menerajui kementerian pendidikan telah menekan beliau sebagai ketua pengarang Utusan dalam isu penukaran uniform sekolah dan beberapa isu lain ketika itu.

"Desakan dibuat menggunakan kementerian dan Berita Harian untuk agenda Islam beliau. Namun saya bertahan.

"Ini tidak termasuk menggunakan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) untuk tujuan politik. Saya tak nak cakap," kata beliau tanpa menamakan pemimpin tersebut.

Beliau tidak menyebut langsung nama "seseorang" itu. Bagaimanapun, ia dipercayai merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Zainuddin memuji seorang panel dan bekas wartawan Utusan Malaysia Astora Jabat yang dianggap sebagai kawan baik beliau dalam memperjuangkan akhbar tersebut di masa itu.

"Kalau Tun Mahathir masih berkuasa, Astora dah jadi rakyat Malaysia. Selepas saya keluar Utusan, Astora tercampak ke situ (Thailand).

Menteri kena perjelas status terkini Bernas

Posted: 16 Feb 2014 07:05 AM PST

Oleh: Gooi Hsiao Leung


Adakah Menteri Pertanian, Ismail Sabri Yaakob mengelirukan orang awam apabila beliau berkata kerajaan menerima ikrar bertulis daripada (Padiberas Nasional Berhad) Bernas, bahawa setelah penyenaraian keluar daripada Bursa Malaysia, Bernas akan melaksanakan penstrukturan semula senarai semula, di mana pihak yang berkepentingan seperti Nafas (Persatuan Kebangsaan Peladang) dan Nekmat (Persatuan Nelayan Kebangsaan) akan setiap satu diperuntukkan 5% pemilikan ekuiti dalam Bernas.

demo petani BERNAS ng sallehin 03

Dalam satu pengumuman awam semalam oleh Bernas, menjawab pertanyaan Bursa Malaysia berhubung artikel yang disiarkan The Edge pada 10 Februari, Bernas mengeluarkan kenyataan selepas siasatan penuh daripada pengarah dan pemegang saham utama, Bernas menafikan pengetahuan langsung mengenai sebarang susunan bertulis di mana:

(i) mana-mana penyusunan semula korporat (Bernas) termasuk rancangan penyenaraian semula (dalam Bursa Malaysia) akan berlaku, dan

(ii) Persatuan Kebangsaan Peladang (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akhirnya masing-masing akan memegang pegangan 5% dalam entiti baru yang akan disenaraikan.

Penafian oleh Bernas mengenai susunan bertulis, secara langsung bercanggah dengan kenyataan menteri pertanian sendiri yang lebih awal diterbitkan oleh Bernama pada 26 November 2013, dimana beliau menyatakan bahawa kerajaan menerima ikrar bertulis daripada Bernas bahawa cadangan penyenaraian keluar itu tidak akan menjejaskan para pemegang saham dan tanggungjawabnya terhadap petani dan pengilang, dengan menekankan;

1) penyenaraian keluar itu hanya sementara sehingga proses penstrukturan semula syarikat yang selesai, dan

2) Bernas akan disenaraikan semula di Bursa Malaysia, dengan Nafas dan Nekmat masing-masing mendapat lima peratus pegangan saham dalam syarikat itu, yang menurut Menteri adalah lebih daripada sebelum ini.

Saya sebelum ini pada November secara awam menekan menteri pertanian untuk mengemukakan ikrar bertulis yang didakwa dikeluarkan oleh Bernas untuk penelitian awam, tetapi gagal mendapat sebarang maklum balas daripada menteri.

Saya juga membangkitkan satu usul segera di Parlimen untuk membahaskan "penyusunan dan penyenaraian semula" rancangan Bernas selepas penyeneraian keluar daripada Bursa Malaysia, seperti yang didedahkan oleh Menteri, tetapi usul saya ditolak oleh Speaker.

Bernas merupakan aset strategik penting negara, hasil penyenaraian keluar Bernas boleh menjejaskan beratus-ribu petani padi.

Ini perkara sangat serius, dan sebarang langkah kerajaan untuk mengelirukan pihak berkepentingan dan para petani untuk mendapatkan penyenaraian keluar Bernas diluluskan, adalah pengkhianatan tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kepentingan terbaik mereka.

Menteri pertanian mesti menjelaskan kenyataan terbaru Bernas dengan segera.

*Gooi Hsiao Leung ialah ahli Parlimen Alor Setar dan naib pengerusi PKR Kedah.

Adun Naning patut letak jawatan, disiasat SPRM

Posted: 16 Feb 2014 07:03 AM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor mendesak ADUN Bukit Naning, Datuk Saipolbahri Suib meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, PKR Johor memandang serius isu ini dan mengarahkan anggota parti membuat laporan kepada SPRM supaya satu siasatan segera dapat dilakukan.

SPRM Siasat Umno

"Saya rujuk laporan berita 10 Februari 2014 yang berkata Ketua Umno Bahagian Bakri Datuk Saipolbahri Suib dan ADUN Bukit Naning digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

"Pada masa yang sama, Adun Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tegasnya, politik wang yang cukup kronik dalam Umno tidak akan sekali-kali dibenarkan merebak dalam PKR terutama menjelang Pemilihan Parti 2014 sepert yang termaktub dalam undang-undang yang digariskan Jawatankuasa Pemilihan Parti  (JPP).EZY

Khalid: Noh mengaku bukan pakar agama, tetapi cabar debat?

Posted: 16 Feb 2014 07:00 AM PST

Oleh : NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kecewa apabila Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar gagal 'mengsekolahkan' beliau seperti dilaungkan Noh ketika mencabar beliau berdebat dalam isu kalimah Allah.

Khalid berkata, kegagalan itu menyebabkan perdebatan bertajuk 'Muzakarah Kalimah Allah' anjuran Mob TV yang berlangsung lebih sejam baru-baru ini tidak menambahkan ilmu pengetahuan beliau.

khalid samad white pc 02

"Beliau (Noh) mengaku bahawa tidak pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima atau rujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

"Kalau Noh menganggap saya dan dia sama-sama tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat?

"Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?" kata Khalid dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini,semalam.

Kata Khalid, sikap yang ditunjukkan Noh itu, hanya membuktikan sikap tipikal pemimpin Umno yang gemar mempermainkan sentimen keagamaan dan bangsa semata-mata untuk memburukkan imej lawan mereka.

"Umno menambah mengelirukan orang Islam. Dia kata ini isu akidah tetapi mengapa di sini tak boleh (Kitab Bible dalam bahasa Melayu) dan di Sabah, Sarawak boleh pula. Akidah umat Islam Semenanjung berbezakah dengan Islam di sana?.

"Umno dan NGO pro Umno juga sering laungkan Allah milik kita, itu pun dah tak betul. Sebenarnya kita semua milik Allah, bukannya Allah milik kita" Kata Khalid lagi.

Kata Khalid lagi, mungkin Noh tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini dan terpaksa memilih jalan selamat dengan tidak memberi sebarang komen terhadap hujah yang dikemukakan.

"Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan kamu bukan ulama, kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS dan sebagainya.

"Itu sahaja kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan," kata beliau lagi.EZY

‘Ma lai saile’ bermakna ‘kuda datang dengan hebatnya’ tapi Umno terjemah lain

Posted: 16 Feb 2014 06:57 AM PST

Oleh Nazli Ibrahim


SHAH ALAM : Orang Melayu dinasihatI tidak mudah mempercayai propaganda pihak tertentu yang memutar belit terjemahan video ONEderful-Malaysia terbitan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkataan 'malai saile' yang disebut dalam rakaman bermakna 'kuda datang dengan hebatnya' dan tidak menyentuh kaum Melayu di negara ini.

"'Ma' maknanya 'kuda', 'lai' maknanya 'datang', 'saile' bermakna 'dengan hebatnya' menjadikan terjemahannya 'kuda datang dengan hebatnya' kerana Tahun Baru Cina kali ini, tahun kuda tetapi Umno terjemah lain.

"Orang Umno mahu ajar cakap Cina kepada orang Cina. Bila Cina beritahu tak betul, tak nak dengar. Macam dia lebih tahu dari orang Cina," katanya pada sidang media di pejabatnya, baru-baru ini.

imagesMalah, Khalid juga difahamkan jika perkataan 'ma lai' diterjemah ke bahasa Melayu, ia memberi makna 'Melayu itu hebat'.

"Kalau pun nak terjemahkan 'malai' itu Melayu, 'ma lai saile' bermakna 'Melayu itu hebat'. Kalau orang Melayu, Cina akan sebut 'Malai ren' sebab setiap orang mereka akan tambah 'ren'. Malai ren maknanya 'orang Melayu'," katanya.

Beliau menyifatkan Umno tiada modal politik hingga memainkan apa jua isu khususnya perkauman, kemudian membuat laporan polis di sana sini, selain membuat provokasi lain.

"Ini semua kerja gila dan inilah yang saya sebut, Umno merosakkan Melayu. Memalukan, menjatuhkan maruah Melayu.- FZL

RM100,000 SMUE diagih kepada pewaris DUN Teratai

Posted: 16 Feb 2014 06:50 AM PST

Oleh: HAFIZAN TAIB


AMPANG : Seramai lebih 60 pewaris dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai menerima sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 2 bernilai hampir RM100,000, di Dewan Orang Ramai Taman Putra di sini semalam.

Di majlis itu setiap pewaris menerima RM1,5000, menyusuli bayaran RM1,000 di Fasa 1.

mesra-usia-emasAdun Teratai, Tiew Way Keng berkata beliau menyampaikan tanggungjawabnya kepada pewaris, sebagai menzahirkan penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka yang telah berjasa kepada kemajuan negeri Selangor.

"Ia satu usaha menjaga kebajikan rakyat, serta memberi peluang seluruh warga negeri ini menikmati hasilnya," katanya.

Way Keng berkata setakat ini seramai lebih 200 pewaris di DUN Teratai sudah menerima sumbangan SMUE.

Pewaris, Abdullah Ismail, 74, dari Taman Muda menerima sumbangan berikutan kematian isterinya, Yun Osman, 63, pada 1 Februari tahun lalu akibat kencing manis.

"Skim ini membantu pewaris bila ahli keluarga meninggal dunia dan saya juga mengalu-alukan langkah untuk pemberian sagu hati ketika sambutan hari lahir warga emas," katanya.

Choo Fong Mei, 48, berkata, SMUE amat bermakna terutama kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di dalam urusan kematian ahli keluarga.

"Saya menerima sumbangan ini sebagai pewaris bagi bapa saya, Choo Beng Soon, 71, yang
meninggal dunia pada 11 Februari tahun lalu dan ibu saya, Liew Ngat Lan, 69, seminggu selepas itu.

Kedua-dua mereka mengidap barah," kata guru dari Taman Muda.

Sumbangan turut diterima R Subramaniam, 59, dari Pandan Perdana kerana kematian ibunya, K Valiamah, 104, akibat sakit tua pada Julai tahun lalu.

"Terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pemberian ini. Saya juga akan mendaftar dalam skim ini bila berusia 60 tahun pada September depan," katanya yang mengalami kesulitan fizikal di kaki kanan.

Pihak Way Keng turut memberikan baucer Jom Shopping SMUE bernilai RM400 seorang kepada warga emas pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Selangor bantu sediakan guru tuisyen untuk anak yatim

Posted: 16 Feb 2014 06:46 AM PST

Oleh Afeeqa Afeera


SHAH ALAM : Kerajaan Selangor sedia menghantar guru tuisyen ke pusat kebajikan anak yatim jika mereka memerlukan perkhidmatan itu, kata Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail

Beliau yang mengulas mengenai inisiatif untuk membantu anak yatim, berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan dari segi pendidikan dan kemahiran.

"Jika anak yatim memerlukan khidmat tuisyen, kita akan hantar guru ke pusat kebajikan itu. Kita juga turut menyediakan bantuan kemahiran bersesuaian untuk mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merai 370 anak yatim dari 10 rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh Selangor dalam Majlis Tautan Kasih di Taman Tema Wet World.

Antara rumah kebajikan itu ialah Pertubuhan Kebajikan Nur Kasih, Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Rumah Nur Hikmah, Rumah Perlindungan Nasuha, Rumah Siti Khadijah Anak Yatim Puteri Meru dan Rumah Siti Khadijah Anak Tahfiz Putera.

Selain itu, Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Cornerstone Selangor, Pusat Jagaan Persatuan Rumah Kanak-kanak Ini Disayangi, Pusat Jagaan Good Samaritan Home dan Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan.

Program tahunan anjuran Pejabat Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita sejak 2010 itu bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk bersantai dan berhibur pada hujung minggu sambil menekankan konsep kekeluargaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga itu, berkata program berkenaan merapatkan ukhwah sesama insan selain berpeluang mendekati anak yatim secara tidak langsung.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa membantu menyediakan keperluan asas kepada rumah kebajikan di Selangor demi memastikan nasib anak yatim terbela.

"Melalui program ini, kita dapat mendekati anak yatim. Saya gembira kerana keceriaan anak yatim jelas terpancar dan program ini dapat menghilangkan kebosanan atau rasa rendah diri mereka," katanya.

Rodziah berkata, kerajaan Selangor juga menyumbang RM50 kepada setiap anak yatim yang dimasukkan ke akaun Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk bukan Islam.

Katanya, anak yatim berkenaan turut menerima sumbangan cermin mata daripada syarikat CBR Network.- FZL

‘Nanti keluar cerita Anwar terlibat perang dunia ke-2 pula’

Posted: 16 Feb 2014 06:45 AM PST

Oleh Afix Redzuan


SHAH ALAM : Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kononnya memainkan peranan dalam Ops Lalang 1987.

Beliau berkata, setiap masalah di negara ini 'semua salah Anwar' termasuk menahan 108 pemimpin pembangkang dan aktivis mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

"Ops Lalang, pertama kali saya dengar semua salah Anwar. Semalam saya diberi satu artikel (kononnya) saya terlibat dalam 13 Mei.

ann

"Lepas ini, keluar pula cerita Anwar terlibat perang dunia kedua," katanya secara sinis ketika berucap di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja di sini, hari ini.

Mahathir dalam satu portal berita tempatan membuat tuduhan tanpa bukti kononnya Anwar turut memainkan peranan penting menjayakan Operasi Lalang pada 1987.

Malaysia Kini pula hari ini memetik kenyataan Anwar yang tidak memberi jawapan berhubung persoalan sama ada mahu menjadi menteri besar  jika memang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Dalam lawatan Anwar itu, seorang pengundi menyatakan beliau hanya akan mengundi ketua umum PKR itu jika menjadi menteri besar baru.

"Jika kamu kata ya, saya akan undi kamu; jika tidak, saya tidak akan undi kamu; dan jika jawapan kamu tidak pasti, saya pun tidak pasti akan undi kamu," kata seorang guru Robert Tan.

Anwar kemudian menjawab: "Kamu beri saya tiga pilihan, saya akan jawab begini:
"Cikgu Robert Tan, tuan, sokong saya di Kajang dan kita akan buktikan kamu buat pilihan yang betul."- FZL

(Gambar) JDT vs Selangor.. Stadium Larkin Di Kawal Askar Timbalan Setia Negeri

Posted: 16 Feb 2014 02:45 AM PST

addindeen.blogspot
 
 
Pertandingan Liga Super hanya akan berlangsung sekitar jam lapan malam nanti, tetapi askar Timbalan Setia Negeri (TSN) yang dikuasai oleh Sultan Johor telah pun mula memasuki kawasan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru, tempat di mana pertandingan tersebut akan diadakan.
Malam ini di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin, Johor Bahru, skuad Harimau Selatan - Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan dengan Selangor pada saingan Liga Super.
Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez berkata, "Saya yakin semua pemain boleh melakukan yang terbaik setelah memperoleh momentum baharu selepas berjaya mengalahkan Kedah dalam saingan suku akhir pertama Piala FA, Selasa lalu.
"Saya akan pastikan semua pemain boleh mengawal perlawanan untuk menang lagi di gelanggang sendiri, walaupun tanpa Aidil dan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) yang mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, di sini, semalam.
Dalam empat perlawanan di saingan Liga Super, skuad Harimau Selatan menduduki tempat ke-10 dengan mengutip empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.
Manakala Selangor pula berjaya mengutip sembilan mata hasil daripada tiga kemenangan dan satu seri.Dijangkakan, perlawanan malam ini berlangsung sengit di mana JDT akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan momentum dan hanya kemenangan yang akan meningkatkan moral pemain.
Sementara itu, pemain pertahanan JDT, Baihakki Khaizan berkata, keserasian antara semua pemain sudah mula menampakkan hasil selepas memenangi perlawanan bertemu Kedah, Selasa lalu.
Menurutnya, 'mood' kegembiraan dan kebahagiaan serta keceriaan hasil kejayaan itu menjadi faktor penting yang perlu dibawa ke depan untuk bertemu pasukan Selangor yang dianggap perlawanan penting.
"Esok (malam ini) 'game' yang penting kerana kita baharu habis Piala FA dan bermula lagi Liga Super yang kita tahu kita berada dalam kedudukan agak tidak memuaskan. 
Kita kena baiki kedudukan ke tangga lebih selesa."Saya harapkan rakan sepasukan bermain dengan sepenuh hati dan sepenuh jiwa."Insya-ALLAH dengan hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang semakin baik, saya rasa kemenangan itu milik kita," katanya. ~pahangdaily online

Tidak boleh singkir Khalid

Posted: 16 Feb 2014 02:03 AM PST


Khalid Ibrahim Abdul Khalid (tiga, kiri) dianggap berjaya mengurus tadbir Selangor dengan baik selain rakyat masih memerlukannya.
SHAH ALAM - Kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan memandangkan beliau berjaya mengurus tadbir Selangor dengan baik, kata Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan.

Beliau berpendapat, sepanjang Abdul Khalid mentadbir Selangor, beliau berjaya membawa masuk banyak pelaburan dari dalam dan luar negara serta pembangunan di negeri itu berjalan dengan baik.

"Sejak memegang jawatan menteri besar, Abdul Khalid tidak pernah mempunyai masalah dan banyak isu besar dapat ditangani dengan baik.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga tidak mempunyai banyak masalah sepanjang pentadbiran beliau kerana beliau dapat menjiwai peranannya begitu cemerlang walaupun latar belakang beliau seorang usahawan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, jika mengikut formal pentadbiran, tidak boleh berlaku (penyingkiran) ini kerana rakan-rakan dalam PR iaitu Pas atau DAP tidak ada sebarang masalah dengan beliau.

"Berdasarkan pencapaian beliau, tidak adil terhadap dirinya untuk dijadikan korban demi menyelesaikan masalah dalaman PKR.

"PKR harus sedar, jawatan menteri besar bukan hak mereka kerana Pas dan DAP juga mempunyai kuasa untuk menentukannya," katanya.

Dr Azmi berkata, tugas Abdul Khalid sudah cukup cemerlang dan kerana itu tidak sepatutnya beliau ditukar.

"Sepanjang berkhidmat, beliau dilihat begitu disenangi rakyat Selangor dan hubungan itu dijaga dengan baik," katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah berpendapat, rakyat Selangor masih memerlukan khidmat Abdul Khalid sebagai menteri besar.

"Beliau sudah membuktikan kepimpinannya masih boleh dipercayai dan tidak wujud sebarang krisis antara Abdul Khalid dengan mana-mana pihak.

"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pada PRK Dun Kajang, pada masa sama prestasi Abdul Khalid masih pada tahap yang membanggakan, jadi tidak timbul kedudukan beliau perlu diubah kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata, secara teknikal, Selangor perlu kekal di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

"Banyak faktor yang membolehkan kedudukan Abdul Khalid kekal iaitu penerimaan beliau dalam kalangan ahli parti dan parti-parti di bawah PR.

"Beliau diterima dengan baik dan beliau tidak perlu diganti dengan orang lain," katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan Abdul Khalid dikatakan enggan menandatangani surat peletakan jawatan bagi membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

Kereta Karam Singh Walia ditemui di Johor

Posted: 16 Feb 2014 01:58 AM PST

ANTARAPOS.COM
 
 
Post Pic
 
 
 
PASIR GUDANG: Polis Johor menemui kereta Wolkswagen Passat milik wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di sebuah rumah di Kempas, Johor Bahru awal pagi tadi. 
 
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, tiga suspek berumur antara 36 hingga 39 tahun yang dipercayai pakar dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri kereta turut ditahan. 
 
Kereta itu dilarikan dari rumah Karam Singh di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor pada 13 Februari lalu. 
 
Beliau berkata turut ditemui ialah dua buah kereta lain dan pelbagai barangan yang dipercayai turut dicuri. 
 
"Kita percaya kumpulan ini mempunyai rakan subahat yang lain dan kita akan menjalankan siasatan untuk mengesan mereka," katanya kepada pemberita di sini. 
 
Mohd Mokhtar berkata suspek akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan susulan.

SPR tidak seharusnya dilihat ‘memaksa’ dan ‘membeli’ rakyat, kata Saifuddin Abdullah

Posted: 16 Feb 2014 01:49 AM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA DAN MUZLIZA MUSTAFA


Saifuddin sarankan SPR menggunapakai sepenuhnya prinsip 'kerajaan adalah daripada rakyat dan untuk rakyat' semasa pembentangan melalui video di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Petaling Jaya semalam.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Saifuddin sarankan SPR menggunapakai sepenuhnya prinsip 'kerajaan adalah daripada rakyat dan untuk rakyat' semasa pembentangan melalui video di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Petaling Jaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 



Pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Saifuddin Abdullah, menyertai tuntutan reformasi pilihan raya dengan menegaskan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru dengan lebih terbuka serta melibatkan penelitian dan penyertaan orang ramai.

Katanya, badan penggendali pilihan raya itu seharusnya berhenti mengikut cara lama iaitu melakukan segala perkara secara tertutup dan bersedia untuk menerima perubahan dan menyesuaikan realiti baru rakyat Malaysia yang mahu melihat secara terus bagaimana badan itu melukis peta persempadanan semula.

"SPR harus menggunapakai sepenuhnya prinsip kerajaan adalah daripada rakyat dan untuk rakyat.
"Ia tidak seharusnya daripada rakyat, memaksa rakyat dan membeli rakyat," kata Saifuddin pada satu forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, pagi ini.

Forum yang berlangsung untuk hari kedua itu menyaksikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tindak Malaysia merancang melibatkan diri melakukan alternatif peta sempadan pilihan raya yang akan dibawa kepada SPR, berikutan pengumuman SPR memulakan pensempadanan semula Mac ini.

Kumpulan itu juga merancang untuk melatih 100 pengundi di setiap kawasan untuk membentangkan pelan alternatif kepada SPR ketika tempoh bantahan.

Tempoh bantahan satu bulan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan pensempadanan semula SPR sebelum draf sempadan baru dibentangkan kepada Perdana Menteri.

Dalam video ucapannya yang disiarkan secara langsung, Saifuddin mengkritik SPR kerana berdiam diri dan cuba mempertahankan diri daripada tuntutan kumpulan reformasi pilihan raya, seperti memastikan akses media lebih adil kepada semua parti dan pembersihan daftar pemilih.

"Ada satu ketika SPR dilihat mempertahankan kerajaan. Ia tidak sepatutnya berlaku, sepatutnya mereka perlu memberi tumpuan mengekalkan intergriti badan itu," katanya.

Saifuddin menggesa aktivis terlibat bersetuju untuk menetapkan prinsip yang sama sebelum mengadakan pertemuan dengan SPR ketika proses rundingan.

"Saya syak bahawa Suruhanjaya sudah mempunyai peta mereka sendiri. Jadi kita semua perlu bersetuju dalam prinsip utama iaitu mencegah amalan penggarisan semula kawasan pilihan raya dan penyelewengan.

"Kita juga perlu memberi kefahaman dan mendidik rakyat tentang pentingnya pensempadanan semula dan memastikan kita mempunyai 100 pengundi semasa tempoh bantahan," katanya.

Daging babi ditemui di masjid di Pulau Pinang

Posted: 16 Feb 2014 01:47 AM PST

OLEH LOOI SUE-CHERN


Pembantu imam di Permatang Pauh terjumpa sekeping daging dipercayai babi di perkarangan Masjid Cherok Tok Kun di Pulau Pinang, hari ini.

Saksi, Saad Arop, 78, berkata beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang Mazlan Kesah berkata suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

"Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi," kata Mazlan dalam satu kenyataan hari ini.

Insiden seperti ini pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis sedang menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berhubung mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi tadi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Rujuk Peguam Negara siasatan kes profil tinggi di laman sosial, kata Jailani

Posted: 16 Feb 2014 01:44 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Agensi yang menyiasat kes berprofil tinggi seperti menghina agama Islam dan institusi raja di laman sosial dicadang berbincang dengan Peguam Negara (AG) bagi memastikan kes itu kukuh dan tindakan dapat diambil dengan cepat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari (gambar) berkata cadangan tersebut dibuat kerana setiap agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia mempunyai akta khusus dari segi proses penyiasatan.

"Biasanya agensi-agensi terbabit akan melakukan siasatan berdasarkan akta-akta sedia ada dan seterusnya memajukan kepada pihak pendakwa raya, bergantunglah kepada pihak pendakwa raya sama ada mereka hendak ambil (tindakan mengikut) akta SKMM, akta jenayah dan akta hasutan dan sebagainya.

"Kita tidak mahu kes itu tidak ada kesudahan kerana sekiranya ada permasalahan, kita harapkan sama ada SKMM ataupun polis boleh berbincang dengan pihak AG bagi cari penyelesaian terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada pelajar Pondok Darul Iman dan dermasiswa Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri 2013/2014 kepada 10 pelajar cemerlang daerah ini di Kampung Pelandan Tersat dekat Hulu Terengganu hari ini.

Di bawah program tanggungjawab sosial pejabat Parlimen Hulu Terengganu itu, sejumlah 219 tilam disumbangkan kepada pelajar pondok itu dan beberapa netbook sumbangan SKMM bagi kegunaan pentadbiran sekolah pondok itu.

Jailani, yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, berkata beliau percaya rakyat menunggu tindakan yang boleh dan akan diambil terhadap kes-kes demikian dan sekiranya tindakan dapat disegerakan sudah pasti rakyat yakin dengan sistem yang ada.

Bagaimanapun, katanya beliau memahami kekangan dihadapi agensi terbabit dalam menjalankan siasatan.

"Eloklah berbincang bersama-sama kerana kita tidak mahu tindakan yang diambil memakan masa begitu lama kerana saya percaya rakyat luar sana pastinya ternanti-nantikan apakah kesudahannya misalnya kes Alvin Tan (didakwa hina agama Islam) yang masih tidak tahu apa kesudahannya serta kes-kes lain," katanya.

Menurutnya sebanyak 17 kes berprofil tinggi telah diserahkan oleh pihak pendakwa raya kepada AG untuk tindakan lanjut dan diputuskan namun ia memakan masa yang lama untuk didakwa. – Bernama,

Menurut Perlembagaan Sarawak, Taib Mahmud tak layak jadi Yang di-Pertua Negeri

Posted: 16 Feb 2014 01:36 AM PST

darisungaiderhaka.blogspot



Menurut Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari Menjadi gabenor negeri tidak semestinya menjadikan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kebal daripada sebarang pendakwaan.

Walaupun sembilan raja Melayu kebal dari sebarang prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mengulas protes Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak yang membantah Abdul Taib menjadi Yang di-Pertua Negeri maka dengan itu beliau boleh mengelak menjawab dakwaan lalu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.

Abdul Taib yang menjadi ketua menteri Sarawak sejak 33 tahun lalu, berdepan dengan dakwaan rasuah dan penyalahguanaan kuasa dan ia sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lapor Malaysiakini

Tapi selain dari tidak kebal, Jika Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di Pertua Negeri Sarawak ianya adalah salah dan bertentangan dengan perlembagaan Negeri Sarawak.

Dimana dalam perlembagaan tersebut pada perenggan yang ke enam jelas dinyatakan "Yang di Pertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang membawa keuntungan dan tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial."


Perlembagaan penuh lihat di SINI
Rasanya sudah menjadi rahsia umum tentang berapa banyak perniagaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud ni..

Berapa banyak akupun tak pasti tapi tentu banyak kerana harta Taib Mahmud dianggarkan mencecah USD20 Billion..

Perkara ini telah didedahkan oleh DAP Sarawak..

Tapi kalau puak-puak UMNO/BN ni dalam mengejar kuasa habis semua diredahnya tak kira perlembagaan atau apa...

Berikut adalah kenyataan dari BMF berkaitan isu ini..


Sarawak constitution prohibits Taib Mahmud from becoming Governor 

Sarawak Chief Minister Taib Mahmud cannot become governor of the Malaysian state because of his illegal commercial activities – Bruno Manser Fund calls on the Malaysian King to respect the constitution and to deny Taib the office of Governor of Sarawak – Malaysian judiciary urged to prosecute Taib Mahmud and his closest family members for multiple criminal activities

(KUALA LUMPUR, MALAYSIA) Last weekend, long-term Sarawak Chief Minister Taib Mahmud announced that he intended to resign by the end of this month in order to become Governor of Sarawak, Malaysia'a largest state. However, the Malaysian despot's succession plans are likely to be marred by the constitution of Sarawak.

Research by the Democratic Action Party of Sarawak has shown that, according to Article 2 (2) of the Sarawak constitution, the State Governor "shall not hold any office of profit and shall not actively engage in any commercial enterprise." According to Article 6 (5) of the Sarawak constitution, the same applies to the office of Chief Minister: "The Chief Minister shall not hold any office of profit and shall not actively engage in any commercial enterprise."

"There is ample evidence that Taib Mahmud is engaged in illegal business activities both in Malaysia and overseas", the Swiss NGO, the Bruno Manser Fund, stated on Monday. "All these commercial activities by a head of government are criminal in nature and will not allow the Malaysian King (Agong) to appoint him as Governor. As party to the UN Convention against Corruption, Malaysia has a strong international obligation to fight corruption by public officials."


As of today, Taib Mahmud is listed as a director and major shareholder of Mesti Bersatu Sdn Bhd, a Malaysian investment holding with interests in 18 Malaysian companies. Mesti Bersatu has a significant stake in Bakraz Development Sdn Bhd, Bakraz Holdings Sdn Bhd, Bakraz Properties Sdn Bhd, Borsarmulu Park Enterprise Sdn Bhd, Borsarmulu Park Management Sdn Bhd, Borsarmulu Resort Sdn Bhd, CMS Premix (Miri) Sdn Bhd, Delta Padi Sdn Bhd, Kenyalang Cergas Sdn Bhd, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Lanco Corporation Sdn Bhd, Lanco Plantation Sdn Bhd., Majupun Sdn Bhd, Miri Property Holding Sdn Bhd, Noble Strike Sdn Bhd, Pelita Towerview Sdn Bhd, Sanyan Development Sdn Bhd and Sg. Dalam Development Sdn Bhd. Last week, indigenous rights spokesman Nicholas Mujah revealed that Taib-linked company Delta Padi Snd Bhd, had grabbed 28,000 hectares of indigenous land for oil palm plantations.


Via shares held in the name of his deceased wife, Lejla Taib, the Chief Minister is also one of the main shareholders of construction conglomerate Cahya Mata Sarawak, a major player at the Kuala Lumpur stock exchange. The Taib family, whose assets are estimated at $US 20 billion, also holds properties in Australia, Canada, Hong Kong, the United Kingdom and the United States.

The Bruno Manser Fund calls on the Malaysian King to respect the constitution and refrain from appointing Taib Mahmud as Governor due to Taib's numerous criminal offences. Prior to any decision being taken by the King, the Malaysian Anti Corruption Commission should also disclose the status of its ongoing investigation against the Sarawak Chief Minister.


Bruno Manser Fund
Socinstrasse 37 4051 Basel, Switzerland
Tel. +41 61 261 94 74
www.bmf.ch, www.stop-timber-corruption.org

Dedah kos beli 10 Proton Perdana baharu

Posted: 16 Feb 2014 01:32 AM PST


Muhammad Sanusi Md Nor


ALOR SETAR - Kerajaan negeri disifatkan tergesa-gesa apabila memutuskan akan menggantikan kereta rasmi kerajaan negeri bagi kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), iaitu Toyota Camry kepada Proton Perdana baharu, yang dijangka dibuat pada bulan depan.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, adalah tidak praktikal untuk kerajaan BN membuat pembelian 10 buah Proton Perdana, dalam tempoh lapan bulan mentadbir negeri.

"Sekurang-kurangnya pembelian dibuat pada 2015 atau selepas itu, jangka hayat ekonomik sebuah kereta adalah lima tahun. Toyota Camry itu dibeli pada tahun 2010 dan masih dalam keadaan baik," katanya.

Menurutnya, seeloknya kerajaan negeri membuat perancangan membeli kereta baharu selepas setahun mentadbir Kedah, bagi mengukuhkan kewangan negeri selepas berlaku peralihan kuasa pada Mei 2013.

"Sekarang baharu lapan bulan mentadbir, sudah beli kereta Mercedes Benz s300 sekitar penghujung tahun lalu, bulan depan pula beli 10 buah Proton Perdana. Tidakkah ia suatu pembaziran, lebih elok jika peruntukan itu diguna bagi tujuan lain yang lebih penting," katanya.

Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah (Tan Sri Azizan Abdul Razak) berkata, kerajaan BN perlu mengamalkan sikap berhemah dalam perbelanjaan dan berjimat cermat bagi menjaga aliran kewangan negeri, terutama dalam tempoh setahun mentadbir.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri bersikap telus dan mendedahkan nilai pembelian 10 kereta Proton Perdana baharu, bagi membuktikan kecekapan pentadbiran selain kemampuan kewangan negeri.

"Tak perlu bersandar pada alasan konon ada exco (PR) terdahulu berminat mahu membeli Toyota Camry, ia hanya justifikasi pemimpin Umno mahukan kemewahan dengan menukar kereta baharu," katanya.

Pada awal Januari lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sudah memberi gambaran awal berhubung pembelian itu dan menganggap langkah membeli kereta baharu akan dapat memenuhi keperluan Exco untuk turun padang ke pelusuk negeri termasuk perjalanan ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi.

Tindakan itu juga antara inisiatif mengutamakan kereta buatan Malaysia yang berkualiti tinggi.

Muhammad Sanusi berkata, alasan yang diberikan sebelum ini tidak kukuh, malah tidak dikaitkan dengan kondisi kenderaan, sama ada masih dalam keadaan baik atau sering mengalami kerosakan.

"Ketika PR beli Toyota Camry pada 2010 atas alasan gantikan Proton Perdana yang dibeli zaman BN terdahulu kerana sering rosak di tengah jalan, sukar mendapatkan barang gantian termasuk perkhidmatan baik pulih yang lambat, menjejaskan perjalanan Exco," katanya.

Berbeza dengan alasan kali ini, katanya, ia tiada langsung dikaitkan dengan kondisi kereta, bermakna ia masih boleh digunakan.

"Kerajaan PR hanya putuskan beli pada 2010 selepas hampir tiga tahun menggunakan Proton Perdana yang bernombor pendaftaran KBW dan KBV. Apabila kereta baharu dibeli, kereta lama diagih kepada pegawai kanan kerajaan untuk digunakan, ini lebih ekonomik," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, sekiranya Toyota Camry masih dalam keadaan memuaskan dan ekonomik, adalah wajar untuk kerajaan negeri menangguhkan pembelian kereta baharu.

Kenderaan JHEAINS dirosakkan pihak tidak puas hati diserbu

Posted: 16 Feb 2014 12:10 AM PST

HARAKAHDAILY 


SEREMBAN: Sekumpulan lelaki bertindak merosakkan kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pegawainya dalam satu kejadian di pejabat bahagian penguat kuasanya di sini awal hari ini.
  
Menurut Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah, insiden berlaku sejurus selepas pihaknya mengadakan serbuan di beberapa premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral di Tampin, malam tadi.
  
"Saya percaya perbuatan ini ada kaitan dengan serbuan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
  
Menurutnya kumpulan lelaki itu bukan sahaja mengelar tayar kenderaan pacuan empat roda milik JHEAINS tetapi juga mencalarkan kereta milik beberapa pegawai penguat kuasa yang diletak di sekitar pejabat.
  
"Mereka juga telah datang bertemu dengan beberapa anggota penguat kuasa kami meluahkan rasa tidak puas hati dengan operasi di Tampin tersebut," katanya.
  
Ahmad Zaki berkata tidak cukup dengan itu, kumpulan lelaki berkenaan menunggu pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam operasi balik ke pejabat dan memaki hamun mereka.
  
Ini kali pertama kejadian sebegini berlaku dan kami sudah membuat laporan polis, katanya.
  
Mengenai operasi di Tampin itu, Ahmad Zaki berkata pihaknya menahan tiga pasangan yang disyaki berkhalwat ketika pemeriksaan terhadap beberapa premis.
  
Katanya operasi enam jam dari pukul 10 malam itu melibatkan 20 pegawai penguat kuasa JHEAINS. - Bernama

Perlu bersabar, tekun bersama dengan PAS

Posted: 16 Feb 2014 12:05 AM PST

IDRIS AHMAD


Sabar merupakan sifat mahmudah. Ia merupakan sifat para Nabi dan Rasul alaihimussolatuwassalam. Ia adalah tonggak kepada kejayaan dalam amal, sama ada amal dunia atau amal Islami (kerja harakah Islamiah). Tanpa kesabaran nescaya Islam tidak akan sampai ke negara kita.

Para Nabi menyampai dakwah tanpa jemu-jemu penuh dengan kesabaran. Penentang dakwah mereka ialah orang yang akrab dengan mereka, seperti anak, isteri dan saudara terdekat.

Nabi Muhammad SAW berhadapan dengan bapa saudaranya Abu Lahab, Abu Jahal dan bangsanya sendiri. Nabi Nuh alaihissalam, isteri dan anaknya sendiri. Nabi Ibrahim dengan bapanya. Nabi Lut dengan isterinya. Semua halangan ini dapat diatasi dengan kesabaran. Apakah tanpa kesabaran dakwah mereka akan berjaya?

Begitu juga kesabaran yang ditunjuk oleh pendakwah yang datang ke negara kita dengan kelengkapan yang tidak seberapa. Namun kerana menyahut seruan Allah, mereka merentasi lautan dan gelombang yang besar untuk menyampai seruan Islam. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa mereka, tanpa usaha mereka, kita tidak pasti agama apa yang menjadi anutan kita.

PAS sebagai sebuah jamaah yang menjadi  Islam sebagai dasar seperti yang tertera di dalam Perlembagaan PAS. Tanpa kesabaran PAS tidak mampu bernafas dan bergerak maju. Bukan senang hendak meyakinkan orang ramai mengenai prinsip perjuangan PAS. Seruan kepada perkara yang tidak nampak, bukan kepada kebendaan yang terbentang luas. Tetapi penuh ranjau dan duri. Inilah yang membezakan dengan orang lain.

Untuk mencari kebenaran dan makna diri memerlukan kepada kesabaran yang tinggi. Pastinya godaan dan halangan yang datang daripada berbagai sudut samaada berupa manusia atau syaitan yang terus bekerja tanpa penat dan pencen. Penentang ini tidak membiarkan kita berada di zon selesa. Mereka akan mencari helah dan tipu daya untuk menggagalkan usaha kita.

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang -orang yang beriman bersabarlah, sabar dan teguhkan pendirian".

Kita perlu sabar jika kita ada idea untuk dikemukakan kepada PAS. Jangan marah jika idea yang kita lontar tidak diterima. Mungkin idea ini akan diterima dua puluh tahun lagi. Yang penting ada kesabaran di dalam berjuang.

Contoh yang ditunjuk oleh Almarhum Profesor Zulkifli Muhammad. Beliau pernah mencadangkan kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk membuka keahliah PAS kepada bukan Islam sebagai ahli bersekutu pada tahun 60-an dahulu. Cadangan itu ditolak oleh Jawatankuasa PAS Pusat, dituduh sebagai pengkhianat kepada perjuangan. Beliau menarik balik cadangan tersebut kerana mendapat kencaman yang teruk.

Ustaz Zulkifli sabar, dia tidak gopoh, beliau tidak buat kenyataan akhbar, dia tidak keluar parti. Akhirnya cadangan beliau 50 tahun dahulu menjadi kenyataan pada hari ini dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Begitu juga cadangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 2009 lebih kurang sama dengan Konsensus Nasional cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.

Walau pun cadangan beliau ditentang dan difitnah kononnya beliau hendak bawa PAS sertai BN. PAS berada di dalam keadaan yang kelam kabut kerana isu ini. Sehingga hari ini masih ada fitnah terhadap Presiden PAS, kononnya hendak masuk Umno. Inilah tuduhan yang biadab dan tidak ada akhlak.

Namun Tuan Guru Haji Abdul Hadi sabar, tunggu dan lihat. Hampir 5 tahun idea beliau telah menjadi kenyataan, walaupun namanya lain. Jika dahulu ikan kembung sekarang ikan temenung. Pokok pangkalnya kena sabar.

Sabar ketika menyampaikan risalah perjuangan. Bukan senang manusia hendak menerima seruan Islam. Seruan yang tidak menjanjikan benda, hanya bermotivasi akhirat, dosa dan pahala. Hanya mereka yang kental Iman dan semangat yang tinggi sahaja yang akan mampu menghadapi tribulasi ini.

Saya teringat kisah yang pernah diceritakan oleh Almarhum Ustaz Harun Taib mengenai kesabaran di dalam dakwah yang ditunjukkan oleh Almarhum Profesor Zulkifli Muhammad dengan seorang penyokong tegar Umno di kawasan Bachok, Kelantan yang beliau pernah menjadi Ahli Parlimen.

Pada suatu hari Ustaz Zulkifli berhenti di rumah seorang yang kuat Umno kebetulan di depan rumah beliau ada pokok nangka yang masih kecil. Beliau memberi tahu kepada tuan rumah tersebut, isterinya mengidam nangka. Beliau hendak tempah nangka tersebut, walaupun pada awalnya penyokong tegar Umno ini tidak berapa hendak layan.

Arwah berulang kali singgah di rumah tersebut sehingga nangka itu masak. Akhirnya si Umno ini menyertai PAS setelah melihat akhlak dan watak pemimpin PAS yang sabar walaupun beliau seorang penyokong yang tegar Umno. Inilah dakwah yang memerlukan kesabaran dan ketekunan.
Penulis ialah Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

PRK KAJANG : Pemuda UMNO Buat Persediaan Awal

Posted: 16 Feb 2014 12:01 AM PST

alt
RAKYAT NEWS
SEREMBAN  - Pemuda UMNO membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor, termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga akan mendapatkan taklimat daripada Pemuda UMNO Bahagian Ulu Langat mengenai keadaan di sana, esok.
"Saya akan melihat persiapan awal yang boleh dilakukan. Selain itu, saya juga akan buat tinjauan mesra untuk berjumpa penduduk Kajang," katanya kepada pemberita semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac.
Keputusan tersebut dibuat SPR selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan hujung bulan lalu.

Sungai Klang Terus Jadi 'Lambakan Sampah'

Posted: 15 Feb 2014 11:59 PM PST

MSTAR ONLINE
 
 
Kren dan lori sampah dapat dilihat di tebing Sungai Klang. Gambar diambil ketika aktiviti haram itu dilakukan pada sebelah petang.
 
 
SISA domestik dan pembinaan yang dibuang ke dalam Sungai Kelang dari sungai Petaling Jaya Selatan (PJS) merupakan masalah yang timbul sejak sedekad lamanya.

Pihak berkuasa bukan sahaja telah bertindak menutup mata, tetapi mereka seolah-olah melepaskan tanggungjawab terhadap mana-mana agensi yang perlu mengambil tindakan.

Dominic Khoo yang tinggal di Puchong berkata dia berasa terkejut pertama kali melihat lambakan tersebut setiap hari.

"Lori-lori membuang sisa-sisa buangan di tebing sungai.

"Sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam sungai oleh kren. Ia adalah pemandangan yang amat menyayat hati," katanya.

Dominic telah membuat beberapa aduan dengan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) tetapi tidak berjaya.

"Saya telah menghantar e-mel kepada beberapa pihak berkuasa. Apa yang saya terima adalah nota terima kasih!

"Saya juga mengemukakan e-mel kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo tetapi tiada apa yang dilakukan.

"Lambakan masih diteruskan," katanya.

StarMetro mendapat pemandangan keseluruhan masalah itu dari sebuah kondo yang terletak di Jalan Pipit, Puchong.

'Gunung sampah' dapat dilihat di tebing sungai. Kelihatan juga pemungut sampah membakar tayar dan barangan lain-lain di tapak berkenaan.

'Gunung sampah' di Sungai Klang di kawasan Puchong. Foto diambil dari sebuah kondo di Jalan Pipit.

Seorang pembaca StarMetro Joseph Nathan, yang tinggal di PJS 3, berkata terdapat dua laluan untuk pergi tebing sungai itu iaitu dari PJS3 dan PJS4.

Satu laluan ialah melalui rumah pangsa Seri Manja, Jalan PJS3/40.

Satu lagi laluan adalah melalui Taman Dato' Harun di PJS 4.

Joseph berkata lambakan kebanyakannya dilakukan pada waktu malam atau pada waktu pagi.
Namun, adakalanya ia juga dilakukan pada waktu siang.

Kira-kira 40 buah lori dilihat sering keluar-masuk dari tapak ini setiap hari.

Dia mendakwa terdapat orang yang menjaga pintu masuk untuk ke kawasan-kawasan ini.
Dia menambah, pintu pagar telah dibina di pintu masuk lokasi ini.

"Lori-lori yang membawa sisa-sisa buangan biasanya akan berhenti di Taman Perangsang dan melupuskan sisa di sana.

"Pemungut sampah kemudiannya akan mengambil barang-barang yang boleh dikitar semula. Selebihnya dibuang ke dalam sungai.

"Ini telah berlaku selama hampir 10 tahun, adakah kerajaan tidak mahu menangkap pesalah dan menghentikan masalah ini?," dia bertanya, sambil menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menjalankan siasatan terhadap isu ini.

Joseph mendakwa, pegawai penguatkuasa telah melawat tapak tersebut dan terpaksa memecahkan pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan sambil menambah mereka kelihatan seperti dari Pejabat Tanah.

"Dalam masa beberapa hari kemudian, pintu-pintu pagar dibina semula dan urusan dilakukan seperti biasa," katanya.

Jurucakap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu memastikan tiada pembuangan sisa ke dalam sungai.

Satu sumber dari JPS bagaimanapun berkata, ia adalah tanggungjawab MBPJ.

"MBPJ perlu memastikan aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang tidak berlaku di tempat-tempat di bawah bidang kuasanya.

"JPS hanya melihat isu-isu seperti banjir," katanya.

Luas tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, adalah kewajipan MBPJ untuk menghentikan lambakan haram kerana pelupusan sampah adalah di bawah bidang kuasa majlis-majlis tempatan.

"Operasi bersama yang diketuai oleh MBPJ dan termasuk kakitangan dari agensi-agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan JPS, akan dapat menghalang pencerobohan diteruskan.

"Satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada bulan Disember berhubung isu ini dan kerja-kerja pembersihan telah dirancang di kawasan yang terjejas.

"Operasi telah dimulakan di kawasan terpilih bulan lepas," kata Elizabeth dalam satu mesej teks kepada StarMetro.

KWSP Umum Dividen 6.35 Peratus Untuk Tahun 2013, Lebih Tinggi Berbanding 2012

Posted: 15 Feb 2014 11:53 PM PST

  MSTAR ONLINE


 
Samsudin Osman


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Ahad mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.35 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 bagi ahlinya, iaitu peningkatan berbanding tahun 2012.

Tahun lepas KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 6.15 peratus.

Pengerusi Lembaga KWSP Tan Sri Samsudin Osman dalam kenyataan di sini pada Ahad berkata, ini merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada ahlinya, peningkatan 13.66 peratus berbanding RM27.45 bilion pada 2012.

Beliau berkata penyata akaun KWSP yang telah dikredit dividen 2013 boleh disemak mulai sekarang secara atas talian melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my

"Ahli juga boleh mendapatkan penyata akaun mereka dari Kios KWSP atau cawangan KWSP yang berdekatan mulai Isnin, 17 Februari 2014," katanya.

Tambah beliau, maklumat dividen 2013 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, di pejabat KWSP, Twitter KWSPBuzz dan YouTube.

Beliau berkata kadar dividen ini diisytiharkan hasil daripada pendapatan pelaburan kasar yang mencatat rekod tertinggi sebanyak RM35 bilion, meningkat 12.81 peratus daripada RM31.012 bilion yang dicatat pada 2012.

"Pembayaran dividen 2013 diperoleh setelah ditolak peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen untuk pengeluaran," katanya.

Samsudin berkata ekuiti muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP pada 2013, menjana RM19.52 bilion pendapatan, peningkatan ketara sebanyak 40.39 peratus berbanding RM13.90 bilion yang dicatat pada 2012.

"Portfolio ekuiti KWSP menjana pulangan nyata dua angka, mengatasi prestasi dana lain yang sama," tambah beliau.

Beliau berkata prestasi kukuh dalam portfolio ekuiti telah disokong oleh indeks domestik dan global yang mencapai paras tertinggi, berikutan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan kekuatan asas ekonomi pasaran domestik selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, dengan jumlah ahli KWSP meningkat kepada lebih 13 juta, sebanyak RM4.91 bilion diperlukan untuk membayar setiap satu peratus kadar dividen bagi 2013.

Ini merupakan 10.06 peratus lebih tinggi berbanding RM4.46 bilion yang dibayar untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2012.

Amaun yang diperlukan untuk membayar satu peratus kadar dividen akan terus meningkat antara lapan dan sembilan peratus setahun, jelasnya.

"Di sebalik kelembapan ekonomi global dan ketidaktentuan kewangan, KWSP tetap teguh dan pencapaiannya adalah bukti usaha dan inisiatif berterusan pengurusan KWSP untuk mengekalkan kestabilan kewangan dalam jangka panjang," kata beliau.

Jelas Samsudin, dengan strategi pelaburan berhemah dan mantap, prestasi KWSP adalah konsisten dan stabil, terutamanya untuk lima tahun yang lepas.

"Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, KWSP telah mempelbagaikan portfolio dengan memperluaskan skop aset pelaburan bagi menguruskan risiko pasaran dan menjana pulangan yang konsisten," tambah beliau. - BERNAMA

Rompak Wang Mangsa Banjir: Bantal 1Malaysia RM118 Sebiji & Ada Lambang UMNO!

Posted: 15 Feb 2014 11:47 PM PST

KELAB GREENBOC


 
 
Selepas banjir besar melanda Pantai Timur Disember lalu, kerajaan pusat dan negeri mengumumkan pemberian bantuan kepada semua mangsa banjir. Bantuan berupa wang tunai dan barangan termasuk bantal, tilam, televisyen dan sebagainya.

Ramai mangsa banjir sudah menerima bantuan dari kerajaan dan mereka gembira memuji kebaikan kerajaan itu. Namun yang menghairankan ialah harga yang tertera pada barangan amat mengejutkan kerana terlalu mahal.

Menurut mangsa, harga sebiji bantal 1 Malaysia yang diagih-agihkan kepada mangsa berharga RM118 sebiji.

Semakan harga di sebuah pasaraya mendapati harga sebiji bantal jenama 'Dunlopillo' jauh lebih murah berbanding harga sebiji bantal jenama 1 Malaysia itu.

Andainya harga RM118 itu adalah harga yang dibayar kerajaan kepada pembekal yang tentunya kroni tentulah pembekal berkenaan memperolehi keuntungan yang sangat besar. -informasi.my

ULASAN GB

Ini amat keterlaluan. Merompak wang mangsa bencana banjir untuk mencipta keuntungan berlipat ganda.

Tidak diketahui siapa sebenarnya yang mengagihkan bantuan ini dan dari mana sumbernya. Laporan polis dan siasatan menyeluruh perlu dilakukan terhadap penyelewengan ini. 
 
Sudahlah mengaut untung berlipat ganda, apatah lagi mengganakan wang rakyat untuk kepentingan parti dimana terdapat lambang parti politik (UMNO) tertera di bantal yang diagihkan itu!

Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar

Posted: 15 Feb 2014 11:44 PM PST


Nor Amin Ahmad Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad


GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis perkataan ALLAH yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

"Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis 'Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

"Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah.

Banjir Sabah: 4,908 mangsa di 28 pusat pemindahan

Posted: 15 Feb 2014 11:37 PM PST


Mangsa banjir di Beaufort meningkat


SHAH ALAM - Sejumlah 4,908 mangsa banjir ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara yang terletak di Tenom dan Keningau sehingga jam 8 malam tadi.

Memetik laporan RTM Sabah, bacaan aras Sungai Pagalan masih melepasi paras bahaya pada 177.02 meter menurun daripada 179.62 meter sebelum ini.

Di Tenom, seramai 3.806 orang yang terjejas banjir ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.

Namun, 11 keluarga daripada lima kampung sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di Keningau pula, seramai 1,102 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara.

Bacaan aras Sungai Bayayo melepasi paras bahaya iaitu 174.30 meter.

Tanding di Kajang, Zaid mahu pertahan Khalid

Posted: 15 Feb 2014 11:36 PM PST


ZAID IBRAHIM

 
KAJANG - Selain mengesahkan keputusannya untuk bertanding sebagai calon bebas di Dun Kajang, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata, penyertaannya dalam PRK itu adalah untuk "mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid" dan Selangor.

"Keputusan ini telah saya fikirkan semasak-masaknya, atas faktor ingin membela prinsip politik yang sihat, mempertahankan Tan Sri Khalid dan bagi menjamin kesejahteraan Selangor dan seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media khas di Restoran Satay Kajang Haji Samuri, di sini, hari ini.

Menurut bekas menteri undang-undang itu, setelah membuat pertimbangan untuk membela prinsip politik yang sihat, langkah bertanding di Dun Kajang perlu dilakukannya demi menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seluruh anggota kerajaan negeri Selangor.

Ekoran keputusannya itu, PRK Dun Kajang setakat ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PR), calon dari BN-MCA dan dirinya.

Dun Kajang kosong berikutan penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari yang lalu, yang disifatkan Zaid sebagai "tindakan politik yang tidak sesuai".

Berikutan itu SPR telah menetapkan bahawa PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini sementara hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac.

Tiada ulasan: