Jumaat, 14 Februari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Zaid Ibrahim tanding di Kajang?

Posted: 14 Feb 2014 07:44 AM PST

SINAR HARIAN


ZAID IBRAHIM


KUALA LUMPUR - Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim akan membuat kemunculan semula dalam arena politik.

Hari ini, beliau mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK Dun Kajang.

Melalui tulisan terbaharu dalam laman blognya, Mohd Zaid berkata, bertanding sebagai calon bagi kerusi itu akan membolehkannya menyentuh pelbagai isu politik dan ekonomi yang sedang melanda negara.

"Menulis dalam blog saya (www.zaid.my) memang menyeronokkan, tetapi bagus juga kalau dapat bercakap terus kepada orang ramai secara bersemuka, mendengar apa yang hendak mereka sampaikan dan sudah tentu, menikmati hidangan sate bersama mereka.

"Peluang bercakap dengan pengundi Kajang juga akan mengukur sejauh mana sesetengah idea saya diterima, yang kemudian boleh dijadikan maklum balas berguna untuk pembuat dasar kita," kata beliau dalam tulisan bertajuk 'Mulling for Kajang' yang tersiar hari ini.

Mohd Zaid berkata, beliau telah menyenaraikan beberapa perkara yang akan disuarakan dalam tempoh berkempen, termasuk kepentingan memerangi punca polarisasi kaum, usaha memulihara keamanan dan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam serta program ekonomi dan pendidikan bagi membina kemahiran.

Zaid juga berkata beliau akan meminta penjelasan daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang keputusan parti itu merancang agar pilihan raya kecil itu diadakan, yang dianggap sesetengah pemerhati sebagai suatu pembaziran.

"Sudah tentu saya akan minta Anwar Ibrahim beri penjelasan kenapa beliau mengatur rancangan agar pilihan raya kecil ini diadakan. Apa yang akan beliau buat dengan rezab Selangor dalam usahanya membawa kemegahan kepada negeri itu," katanya.

Zaid dilantik sebagai senator pada Mac 2008, sebelum menganggotai Kabinet, tetapi mengemukakan surat peletakan jawatan enam bulan kemudian.

Beliau menjadi pemimpin Umno dari 1984 hingga dipecat daripada parti itu pada Disember 2008, antara lain, kerana didakwa menghadiri perhimpunan anjuran pembangkang.

Pada 2009, beliau menganggotai PKR dan bertanding sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 2010, tetapi kalah kepada Ketua Penerangan MIC ketika itu P. Kamalanathan dengan 1,725 undi.

Berikutan beberapa konflik dalaman, Zaid yang ketika itu menyandang jawatan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, meninggalkan parti tersebut dan kemudian menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), dengan menjadi presiden pertamanya pada Disember 2010.

Sejak itu, peguam terkemuka dan pemilik satu daripada firma guaman terbesar di Asia Tenggara ini, tidak lagi mendapat perhatian dan parti itu juga kalah dua kerusi parlimen serta 11 kerusi negeri yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum 2013. Beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum lepas.

Zaid adalah orang kedua yang menyuarakan hasrat untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya kecil Kajang bagi menentang Anwar, selepas Senator Datuk S. Nallakarupan, yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia dan bekas pembantu kepada peguam bela Anwar berbuat demikian.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dikosongkan secara mengejut oleh Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Jan.

Sehari kemudian, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata parti itu membuat keputusan meletakkan Anwar sebagai calonnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai hari penamaan calon dan 23 Mac sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil berkenaan.- Bernama

Isu sembelih ayam kempen percuma kepada Anwar?

Posted: 14 Feb 2014 07:36 AM PST


 Dr Mohammad Agus Yusoff Dr Mohammad Agus Yusoff



SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar.

"... pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar.

"Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar, mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan mereka tahu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu.

Untuk rekod, kontroversi 'sembelihan ayam' baru-baru ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia" telah bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Kain rentang itu memuatkan wajah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

Shah Rukh Khan kini di Malaysia untuk konsert Temptations

Posted: 14 Feb 2014 07:30 AM PST

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic



KUALA LUMPUR: Bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan kini berada di Malaysia untuk mengadakan konsert Temptations Reloaded di Stadium Merdeka, esok (Sabtu).

Antara bintang Bollywood yang bakal memeriahkan konsert berkenaan adalah Madhuri Dixit, Rani Mukherjee dan Jacqueline Fernandes.

Shah Rukh bagaimanapun dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi dalam keadaan memakai tongkat.

Menurut laporan portal hiburan India PinkVilla.com, Shah Rukh mengalami kecederaan di bahagian bahu dan juga lutut kiri beliau kita penggambaran 'Happy New Year' pada Disember 2013.

Namun, Shah Rukh tidak akan menghampakan peminat-peminat beliau di Malaysia dan terus memuat naik tweet berikut:

 

Tangki air Syabas runtuh

Posted: 14 Feb 2014 07:28 AM PST

ANTARAPOS.COM
Post Pic



KUALA LUMPUR: Kawasan bukit yang menempatkan tangki air milik SYABAS runtuh dalam kejadian di Jalan Laksamana, Taman Salak Selatan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 malam itu, runtuhan tanah itu dipercayai berlaku berpunca daripada sebatang paip utama yang bocor.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Suhaimi Mahmod berkata, runtuhan tersebut telah menutupi laluan utama di belakang sebuah rumah berdekatan.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.20 malam sebelum jentera bersama lapan pegawai dan anggota tiba 15 minit kemudian.

"Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan akibat runtuhan tersebut," katanya dipetik Utusan Online.

Taib seolah-olah lantik diri sendiri, kata Aspan

Posted: 14 Feb 2014 07:24 AM PST

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic



SHAH ALAM: Bekas ahli Umno yang kini menyertai DAP, Aspan Alias menyifatkan tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menamakan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri baharu menggantikan dirinya tidak ubah seperti melantik 'diri sendiri'.

Menerusi entri blognya pada 13 Februari (semalam), Aspan berkata pelantikan Adenan tersebut sememangnya sudah dijangkakan kerana ia sudah dirancang oleh Abdul Taib dalam memastikan pengaruhnya masih tetap wujud sekalipun tidak lagi menduduki kerusi Ketua Menteri.

"Buat beberapa ketika yang agak lama lagi Taib boleh dikatakan masih Ketua Menteri sambil duduk di Istana sebagai TYT Sarawak.

"Perlantikan Adenan itu samalah sebagai melantik dirinya sendiri kerana Adenan merupakan seorang yang sangat setia kepada bekas abang iparnya itu.

"Malahan TSTM (Tan Sri Taib Mahmud) lebih kuat kedudukannya dari semalam (11 Februari) dan begitulah licik atau cerdiknya orang lama PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) ini," petik kata beliau.

Adenan, kata Aspan, dilantik kerana Abdul Taib tidak gemarkan seseorang yang 'mesra Umno' untuk menggantikan tempat beliau, justeru bekas adik iparnya merupakan calon yang sesuai kerana kesetiaannya kepada Abdul Taib, selain mempunyai pengalaman yang luas di peringkat negeri dan nasional.

Sebelum Adenan, Ketua Publisiti PBB, dinamakan sebagai bakal pengganti Abdul Taib, antara nama lain yang disebut bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Menteri itu adalah Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Openg dan Naib Presiden Kanan PBB Datuk Awang Tengah Ali Hassan.

Hal ini kerana timbul spekulasi bahawa Putrajaya menginginkan Abang Johari menggantikan Abdul Taib kerana rapat dengan pemimpin persekutuan dan disukai Putrajaya.

"Abang Johari sememangnya dianggap sebagai seorang yang 'Umno friendly' dan secara automatik tidak menjadi pilihan TS Taib untuk menggantikan beliau," kata Aspan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan perkara tersebut dengan mengatakan Umno tidak perlu berbuat demikian kerana Barisan Nasional (BN) sudah mencapai matlamat mewujudkan perpaduan, kemajuan, kemakmuran dan kestabilan untuk rakyat negeri menerusi struktur pentadbiran yang diterajui PBB sendiri.

Dengan pelantikan Adenan, kata Aspan, ia tidak mengubah landskap politik negeri tersebut kerana persamaan yang dimiliki Abdul Taib dan Adenan.

"Sekarang kita boleh menjangkakan yang Sarawak akan berada dalam keadaan seperti biasa dan 'business as usual'. Sarawak akan tetap sebagai sebuah Ahli Persekutuan yang 'exclusive' dan tidak mungkin pengaruh persekutuan akan meresap setidak-tidaknya dalam jangka yang agak lama.

"TSTM akan terus berpengaruh seperti yang diidamkan oleh Dr Mahathir kepada kerajaan Persekutuan yang pernah beliau ketuai dahulu sebegitu lama," katanya lagi.

Rumah Karam Singh Walia dipecah masuk

Posted: 14 Feb 2014 07:18 AM PST

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Kediaman wartawan terkenal TV3, Datuk Karam Singh Walia dipecah masuk petang semalam.
 
Kejadian itu hanya disedari isterinya, 55, yang pulang ke rumahnya di Taman Sri Andalas jam 4 petang dan terkejut melihat pintu pagar telah dirosakkan.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, perompak membawa lari televisyen dan barangan berharga milik mangsa.
 
Menurutnya, kereta milik Karam Singh jenis Volkswagen Passat turut dilarikan suspek.

Sarikata penuh video Teresa Kok, termasuk bahagian yang tidak disiar Utusan Malaysia

Posted: 14 Feb 2014 07:12 AM PST


maxresdefault (1)



LIDAH rasmi UMNO, Utusan Malaysia baru-barulah telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.

Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit. Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum. Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia.


TERESA KOK: Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke program tilik nasib Tahun Baru Cina istimewa kami, ONEderful Malaysia!

Saya nak beritahu anda, tahun Kuda pada tahun ini adalah benar-benar hebat. Selain daripada Bintang Tuah yang biasa, Bintang Malang dan Bintang Bergaduh, terdapat juga Bintang Kenaikan Harga Perumahan, Bintang Kenaikan Harga Petrol, Bintang Kenaikan Harga Utiliti dan dua bintang sangat luar biasa iaitu Bintang Harga Betul-betul Naik dan juga Kesemua Harga Barang Naik. Kesemua bintang ini bersama-sama membentuk satu Tahun Kuda yang amat jarang berlaku dan sangat hebat.

Hari ini, kami amat berbesar hati untuk menjemput tiga tetamu berprestij untuk menyertai kami dan berkongsi dengan kami nasib Tahun Kuda yang sangat hebat. Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan orang yang suka menjadi pak turut orang yang memberi manfaat kepadanya dan juga suka menangis, Pakcik Wai.

Oops maaf, sepatutnya Abang Wai .

ABANG WAI: Panggil saja saya abang Wai.

TERESA: Seterusnya Puan Jit, pakar dalam batu-batu dan permata, fesyen dan perkiraan feng shui. Dan akhir sekali, Master Yan Yan, yang merupakan pakar dalam perhubungan, feng shui untuk susunan isi rumah dan pelancongan.

Setiap warganegara mengadu bahawa "wang untuk berbelanja tidak mencukupi". Anda semua ada sebarang komen?

MASTER YAN YAN: Anda semua perlu sedar dan dengar cakap saya! Mengapa mata wang Ringgit Malaysia merosot. Ma Bai, Ma Bai… Ertinya nasib juga hilang!

PUAN JIT: Kita perlu memanggilnya Ringgit Ringgit, bunyi Ring, Ring, Ring, Ring, Ring, (cincin) saya suka cincin. Sebenarnya, negara kita sangat bagus. Namun, tidak mudah menyara keluarga sekarang. Oleh itu, isteri perlu bijak menyimpan. Contohnya, jika suami anda memberikan anda RM100 untuk membeli barangan runcit di pasar, anda hanya perlu menghabiskan RM30, maka anda boleh menyimpan RM70 dan simpan dalam poket anda. Akhirnya, ""Jimat, Jimat" yang berterusan, lama-lama… Master Yan Yan & Abang Wai: Akan menjadi gunung!

PUAN JIT: Kreatif sedikit, menjadi BERLIAN! Menurut Feng Shui, jika anda memakai banyak berlian ia akan meningkatkan kekayaan anda. Semakin besar saiz karat semakin baik nasib anda.

TERESA: Apakah nasihat anda bagi mereka yang ingin melancong tahun ini?

MASTER YAN YAN: Dengar sini. Tahun Melawat Malaysia, ke mana kita harus pergi? Sudah tentu melancong ke Malaysia! Adakah anda tahu? Baru-baru ini Malaysia telah 'dianugerahkan' tempat keenam negara yang paling berbahaya di dunia dan merupakan satu-satunya negara dari Asia.

ABANG WAI: Bagus untuk menuju ke utara atau selatan tahun ini. Jadi, jika anda ingin melakukan perjalanan sila tunduk kepada lanun Selatan dan Utara (lebuh raya). Tinggalkan wang anda kepada mereka, mereka akan memastikan keselamatan anda sepanjang perjalanan ke destinasi anda.

MASTER YAN YAN: Ataupun anda boleh melancong ke Melaka dan melawat Jonker Street, tetapi perlu cepat. Kerana ia akan hilang tidak lama lagi. Ataupun, anda boleh melancong ke Sabah untuk melihat lanun, siap dengan bonus pertunjukan penculikan dan adegan tembak menembak. Persembahan secara langsung, pastinya sangat menarik.
Ataupun, mari kita pergi lebih jauh ke Johor untuk melihat lukisan mural ""Berhati-hati! Perompak ada berdekatan". Pemandangan yang sangat cantik.

ABANG WAI: Sudah hilang, Sudah hilang.

MASTER YAN YAN: Tengok! Itulah sebabnya anda perlu pergi lebih awal! Sedihnya sekarang sudah hilang!

TERESA: Hidup di Malaysia sangat tidak selamat sekarang ini. Saya percaya penonton ingin tahu apa yang boleh dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka?

ABANG WAI: Ini bukan tahun yang baik untuk melangkah keluar dari rumah anda. Oleh itu jangan keluar jika tidak perlu. Jika anda benar-benar perlu keluar pastikan tidak memakai pakaian yang terlalu 'Bersih'. Bagaimana pula dengan warna? Pakai lebih banyak baju berwarna merah, elakkan memakai baju dan seluar berwarna kuning. Kuning mungkin menyebabkan anda dibawa ke mahkamah. Jika lebih serius, ia akan menyebabkan kemudaratan dan kecederaan kepada badan.

MASTER YAN YAN: Ia merupakan satu tahun yang amat bertuah untuk anda semua! Bagi ahli perniagaan, saya akan memperkenalkan kepada anda semua maskot keamanan iaitu gril besi! Biar saya beritahu anda, dengan gril besi ini anda akan bebas daripada gangguan seperti ah long, samseng dan perompak. Langsung tiada masalah! Tiada masalah.

PUAN JIT: Puan-puan, anda perlu membeli beg berjenama. Semakin berjenama, mahal, dan lebih besar beg itu lebih baik. Anda kemudiannya boleh menggunakan beg sebagai perisai diri daripada tetakan parang.

Oh, jangan bimbang! Beg anda dibuat daripada kulit asli. Ia boleh menyelamatkan nyawa anda. Itulah sebabnya saya suka membeli beg tangan berjenama mahal untuk mempertahankan diri dan keselamatan.

ABANG WAI: Maaf, saya telah salah faham dengan kamu.

PUAN JIT: Tidak apa.

TERESA: Bagaimana pula anak-anak kita yang masih bersekolah? Ada apa-apa tip untuk mereka?

ABANG WAI: Bintang Pengajian bagi tahun ini baik untuk mereka yang bersekolah. Anda tidak perlu kisah dengan pendidikan Cina atau Tamil. Satu Malaysia, Satu Bahasa!

TERESA: Saya mendengar taraf pendidikan tinggi kita jatuh mendadak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

MASTER YAN YAN: Biar saya beritahu anda. Taraf kolej dan universiti-universiti kita adalah hebat terutama Universiti Malaya. Setiap pelajar di sana tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat. Selain itu, semua orang mempunyai nama yang boleh anda panggil kuat dan tegap! Tambahan, universiti kita berada di tempat ke-167 di dunia.

Apa maksudnya?

PUAN JIT, MASTER YAN YAN & ABANG WAI Malaysia Boleh!

SOALAN PENONTON: Apa-apa tip untuk pengajaran kepada anak-anak yang nakal?

PUAN JIT: Baiklah, biar saya menjawab soalan ini. Anak-anak kecil yang nakal pada satu masa nanti mahu anda untuk keluar ke jalanraya dan mendesak supaya anda turun, anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya berlaku sekali dalam lima tahun.

Apabila mereka nakal, hanya berikan mereka beberapa gula-gula untuk memanjakan mereka. Mereka kemudian akan taat dan diam.

Tetapi jika anda masih tidak dapat menutup mulut mereka, maka sebenarnya lebih mudah jika kita pergi ke Daerah Gangnam dan mencari Puan Gangnam menari untuk kita. Kemudian semuanya akan selesai.

ABANG WAI: Atau anda boleh baca mantera ini "Steady, jangan lembik"

PUAN JIT & MASTER YAN YAN: Diamlah!

TERESA: Untuk majikan dan pekerja, adakah anda mempunyai apa-apa nasihat yang baik dari segi pengurusan dan pelaburan kewangan?

MASTER YAN YAN: Ini adalah soalan yang baik, anda semua perlu dengar! Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, jangan hanya melihat hartanah tempatan. Berdasarkan pengiraan saya, Bintang Harta muncul di arah Barat Laut. Anda boleh mempertimbangkan hartanah di New York, Manhattan. Rumah di sana mempunyai feng shui yang sangat baik dan sangat murah juga. Apartmen tujuh bilik hanya berharga RM100 juta. Murah sangat, kan.

PUAN JIT: Saya telah membeli beberapa untuk anak saya juga.

MASTER YAN YAN: Pilihan yang baik!

TERESA: Ya, penonton ini.

SOALAN PENONTON: Tahun Kuda ini, jika saya ingin memulakan perniagaan tetapi hanya mempunyai modal yang terhad, apa yang boleh saya lakukan?

PUAN JIT: Anda tidak mempunyai wang dan masih mahu memulakan perniagaan? ""Jual Cina!"

TERESA: ""Jual Cina"? Bagaimana untuk menjual?

ABANG WAI: Jika anda ingin ""Jual Cina", anda perlu menyertai pertubuhan itu, bayaran masuk adalah RM25 sahaja. Selepas itu anda boleh menjadi ""pengkhianat".

MASTER YAN YAN: Selepas menjadi ""pengkhianat", anda pasti akan naik sangat cepat dalam kedua-dua aspek kedudukan dan kekayaan serta tidak perlu bekerja keras juga.

PUAN JIT: Pelaburan modal yang sangat kecil, tiada risiko, dan dengan ganjaran yang tinggi. Apa lagi yang lebih baik daripada ""Menjual Cina"?

TERESA: Bagaimana dengan penonton ini, ada soalan?

PENONTON 3: Ada nasihat untuk mereka yang masih bujang atau sudah berkahwin?

PUAN JIT: Biar saya jawab. Apabila bercakap tentang hubungan, biar saya beritahu, anda mesti meletakkan kuda yang besar di tempat-tempat tertu, .. tempat temu janji, dewan perkahwinan dan bilik tidur. Bukan kuda emas atau kuda kayu, tapi kuda yang dibuat dengan paku dan skru.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Ahhh.. LO-SI-MA (Kuda yang dibuat dengan paku dan skru)

PUAN JIT: Ia membantu memperbaiki keintiman dalam perhubungan dengan pasangan. Anda tengok betapa sayangnya suami saya kepada saya, baru anda tahu…
(Penonton membaling sampah kepada panelis)

MASTER YAN YAN: Pakai pakaian dalam yang cantik, cipta suasana yang romantik, dan pakai pakaian yang cantik-cantik, aiyaa dengarlah cakap saya.

TERESA: Kita sudah berada di akhir rancangan. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua tetamu kami kerana meluangkan masa anda untuk menghadiri rancangan kita hari ini.

PUAN JIT: Apa-apalah!

MASTER YAN YAN: Anda mesti bijak, dengar cakap saya.

MASTER YAN YAN & ABANG WAI: Yes yes yes!

PENONTON: No No No!

ABANG WAI: Steady, jangan lembik. Steady, jangan lembik.

PUAN JIT: Diamlah kau!

TERESA: Pada tahun baharu ini, saya, Teresa Kok, akan bekerja lebih keras dan meletakkan lebih banyak usaha untuk menjadi suara rakyat dan terus berkhidmat kepada rakyat! Saya bersedia untuk melawan semua ketidakadilan, rasuah dan ketetapan yang tidak demokratik!

PUAN JIT: Saya, Puan Jit dalam Tahun Kuda ini ingin anda semua mendapat banyak wang.

MASTER YAN YAN: Saya berharap semua pekerja mendapat kenaikan pangkat, kenaikan gaji dan mendapatkan lebih banyak kekayaan!

ABANG WAI: Saya berharap orang yang sedang jatuh cinta berkahwin tidak lama lagi dan mempunyai penghujung yang bahagia!

SEMUA: Kami berharap anda semua mempunyai Tahun Baharu Kuda yang "ONEderful"!
- Roketkini.com

Tiada bukti penghinaan, segera tamatkan krisis palsu ‘Onederful Malaysia’

Posted: 14 Feb 2014 07:06 AM PST


lks (13)



KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua minggu isu video 'Onederful Malaysia' dipenuhi dengan reaksi ekstrem dan tidak rasional seperti demonstrasi sembelih ayam dan ancaman kecederaan, sudah tiba masanya untuk menamatkan krisis yang sebenarnya dibuat-buat itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pimpinan BN yang menghentam Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok gagal menyahut cabarannya membuktikan kandungan anti-Melayu dan anti-Islam dalam video itu.

"Sepanjang dua minggu, saya cabar penghentam Teresa untuk kemukakan bukti serta berjanji meminta Teresa memohon maaf, namun tiada siapa yang dapat (buktikannya), sama ada daripada UMNO, MCA atau Gerakan.

"Ini adalah pengajaran yang 'mahal' untuk menteri dan pemimpin Umno agar tidak terlalu mudah percaya kepada apa yang diberitahu MCA dan Gerakan tentang DAP, atau kredibiliti mereka akan menjadi mangsa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sehubungan itu, beliau juga meminta pemimpin MCA, khususnya Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya, Datuk Wee Ka Siong agar berkata benar dengan mengisytiharkan bahawa tiada kandungan bersifat anti-Melayu dan anti-Islam, kecuali jika mereka benar-benar dapat membuktikannya.

Sebelum ini, Wee meminta Teresa memohon maaf berhubung video itu, dengan alasan tidak mahu masyarakat 'menganggap budaya Cina adalah memaki hamun dan mempersenda orang lain ketika sambutan Tahun Baru Cina'.

Antara pemimpin MCA lain yang turut menghentam Teresa adalah Ketua Wanita, Heng Seai Kie yang mendakwa ia telah mencemarkan imej pemimpin negara.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan peguam Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mengatakan tawaran wang untuk menampar Teresa yang dibuat gabungan NGO itu bukan satu kesalahan.

"Ini adalah satu lagi contoh kejatuhan tahap intelek di Malaysia, apabila seorang peguam dengan umum bercakap secara mengarut tanpa rasa malu. Malah, ada di antara mereka (ahli gabungan NGO) berani mengatakan tawaran itu bukan untuk mencederakan, tapi 'tampar-tampar sayang'.

Semalam, Mohd Khairul dalam satu sidang media berkata, tawaran itu bukan satu tindakan jenayah selagi ia tidak berlaku dan pada sidang media sama, jurucakap gabungan NGO itu, Zulkifli Shariff mengatakan tawaran itu adalah untuk 'tampar sayang' dan 'tampar amaran'.

Katanya lagi, beliau juga masih menunggu jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sama ada tawaran untuk menampar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Zahid sendiri, juga tidak salah di sisi undang-undang.

"Amat dikesali apabila hal-hal sebegini tampil untuk menetapkan agenda negara, dengan penyebaran fitnah yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan kebencian kaum dan agama. Adakah orang gila telah ambi alih negara ini?.

"Sudah tiba masanya Malaysia kembali kepada kewarasan. Adakah Perdana Menteri mampu untuk mengembalikannya?" katanya lagi. – Roketkini.com

Paksa Guru Kafa Masuk Umno Satu Khianat- Tok Guru Nik Aziz

Posted: 14 Feb 2014 07:01 AM PST

BULETIN ONLINE


KOTA BAHARU – Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memaksa guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) mengisi borang parti Umno sebagai satu kesalahan dan pengkianatan.

Katanya, beliau telah telah dihubungi dan menerima aduan dari seorang ibu kepada guru Kafa berkenaan baru-baru ini.

"Minggu lepas saya dihubungi salah seorang ibu kepada guru KAFA yang mengadu dan mohon pandangan saya, mengenai kes anaknya. Anaknya telah membuat rayuan dan rayuan pertama ditolak.

TG Nik Aziz1"Setelah membuat rayuan kali kedua, pihak KAFA menyuruh guru terbabit mengisi borang keahlian umno jika mahu diterima semula." ujarnya.

Beliau kesal dan menegaskan, Umno tidak boleh memaksa guru-guru Kafa tersebut kerana imbuhan yang diberikan kepada guru Kafa bukan dari duit Umno.

" Saya kata kepada ibu guru itu, jika wang umno digunakan untuk membayar gaji guru KAFA tak apalah, ini duit kerajaan digunakan. Jika duit umno tak pelah untuk jika mereka mengupah orang umno saja, ini duit kerajaan, jika betul berlaku sedemikian ini satu kianat, sebab orang Pas juga membayar cukai" ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian selepas ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, pada Rabu 12 Februari.

Pada bulan Januari lalu, seramai 300 orang gur Kafa di negeri Terengganu telah ditamatkan kontrak dan dipecat kecuali mereka mendapat sokongan dari Jawatankuaa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga merupakan pemimpin Umno.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat telah mengkritik dasar itu dan mengingatkan para pegawai Yayasan Islam Terengganu (YIT) jangan bersekongkol dengan pemimpin Umno dan BN.

Kecaman keras kepada Pengarah YIT oleh semua pihak terhadap Pengarah YIT yang menafikan, ia adalah satu tindakan politik diskriminasi.

Hasil tindakan itu, pihak media melaporkan, sebahagian besar rayuan guru-guru Kafa telah diterima dan disambung kontrak mereka.

Perkara yang sama turut berlaku di negeri Kelantan.

Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, guru Kafa yang didapati menentang dasar kerajaan Umno-BN secara langsung boleh digantung atau dihentikan daripada memegang jawatan itu.

Kronologi Kes Azizul Rahim Awaluddin & Shalwati Norshal Rakyat Malaysia di Sweden. Kisah Benar Daripada Kenalan Mereka?

Posted: 13 Feb 2014 09:11 PM PST

 

Azizul Rahim Awaluddin



Kes Penahanan Azizul Rahim Awaluddin & Shalwati Norshal Rakyat Malaysia di Sweden : Disebalik isu kes rakyat malaysia di Sweden yang didakwa dera anak mereka sendiri di sana, pelbagai reaksi daripada orang ramai, kenalan pasangan.

Ada yang bersikap positif mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini, dan ada juga komen-komen yang berbaur negatif…….

 

Kronologi Kes Azizul Rahim Awaluddin & Shalwati Norshal di Sweden?

  • 11 Januari 2014 : Kes penahanan rakyat Malaysia di Sweden mula dilaporkan dan menjadi bualan hangat rakyat Malaysia. Suami isteri ini ditahan selepas anak Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal mengadu kena dpukul di tangan kerana tidak solat kepada seorang guru di Sweden. Guru tersebut buat laporan polis Sweden.
  • Akhirnya, laporan polis terhadap Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal menjadi topik perbincangan di Group SMS Seri Puteri, Cyberjaya
  • 16 Januari 2014 : Identiti suspek pasangan iaitu Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal berjaya dikenalpasti
  • 18 Januari 2014 : Anak-anak pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal merayu untuk diberikan tempat tinggal bersama keluarga Islam ketika datang Kedutaan Malaysia di Sweden & Pusat Khidmat Sosial Sweden
  • 20 Januari 2014 : Pengguna media sosial lancar kempen #swedenletthemgo untuk melihat pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan
  • 25 Januari 2014 : Wakil Wisma Putra, Pemuda UMNO, Sukaguam berlepas ke Sweden
  • 30 Januari 2014 : Encik Azizul Rahim Awaluddin dihadapkan ke Mahkamah Sweden
  • 31 Januari 2014 : Puan Shalwati Norshal dihadapkan ke Mahkamah Sweden
  • 31 Januari 2014 : Anak-anak Pasangan Malaysia, Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshaldi bawah pulang ke Malaysia
  • 1 Februari 2014 : Tahan reman Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal disambung 11 hari lagi
  • 10 Februari 2014 : Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.
  • Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.
Shalwati Norshal

Harapan Berita Semasa dan juga berdoa semoga kes Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal di Sweden cepat selesai dengan berakhir dengan jayanya. Hari ini, Berita Semasa ingin kongsikan nukilan seorang sahabat kepada pasangan Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal…….melalui blog beliau yang bernama "TimeTravelAfif" : 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.
Alhamdulillah ramai insan di Malaysia memberi pandangan yang baik dan mendoakan mereka.. Aku ucapkan terima kasih dan berharap doa dan solat hajat diteruskan untuk kebebesan mereka.. Tapi pada masa yang sama ramai juga yang memberi pandangan negetif dan buruk terhadap mereka ini.
Azizul Shal Sweden
 
Gambar asal dari keratan akhbar.. Kenangan terakhir saudara Afif bersama Uncle Azizul dan Auntie Shal @ Stockholm, Sweden - September 2011.
Maka hari ni Insyallah aku nak cerita pengalaman aku sebagai antara insan yang rapat dan amat baik dengan mereka.. Bagi memberi gambaran sebenar siapakah mereka ini yang dituduh suka mendera anak..
Kepada mereka yang menfitnah pasangan baik dan prihatin ini.. Aku mohon berhentilah daripada berbuat dosa sedemikian.. Dan pada mereka yang terus memberi kata hina dan tomahan tanpa usul periksa apatah lagi tidak pernah berjumpa atau mengenali mereka.. boleh berhenti dari membuat perkara tersebut.. Dan sila berhenti dari share perkara fitnah di Facebook dan Twitter..
Bersama Ammar dan Adam..Bukit belakang rumah di Spanga, Sweden
Aku mengenali mereka buat pertama kali di Johannesburg, Afrika Selatan pada tahun 2005.. Ketika itu aku menuntut di University Islam Darul Uloom Zakariya.. Encik Azizul atau dengan panggilan Uncle Azizul.. Seorang yang amat mesra dengan kami ( pelajar Malaysia ).. Kerana keprihatinan beliau dan isteri Auntie Shal selalu bertanya khabar dan memberi pertolongan kepada pelajar.. Membuatkan semua pelajar mengenali dan menghormati beliau.. Mahu pun pelajar dari Indonesia, Brunei, Singapore, Kemboja, Vietnam dan juga Thailand..
Uncle Azizul dan Auntie Shal tidak pernah lupa dan segan silu menjemput kami pelajar Malaysia untuk hadir kerumah beliau di Sandton City, Johannesburg.. Bagi memeriahkan suasana jika ada majlis makan2 dan BBQ sesama rakyat Malaysia.. Malah dalam majlis keagamaan seperti tahlil, doa selamat, awal muharram, dan sebagainya beliau bersama isteri tidak pernah lupa untuk menjemput kami hadir bagi mengimamkan solat, azan, memberi tazkirah ringkas dan sebagainya..
Seminggu hampir 4-5 kali aku buat pizza untuk mereka..Di Johannesburg, South Africa mahu pun Stockholm Sweden..
Bersama warga Malaysia yang lain di Afrika Selatan pada ketika itu Duta Malaysia Dato' Yahya (2004), Tim. Duta Tuan Ilham Ilyas, Kakitangan Wisma Putra Abg Rohaizat, Auntie Maznah, Kak Shima (2008), Uncle Kamaruddin (2004), Uncle Wan Aizan, Abang Isharudin (2008), Pengarah JPM Dato' Rani (Dec 2006), Abang Tasya JPM (2004) dan Abang Azrul JPM (Oct 2008)..
Kakitangan MinDef DA Kolenel Dato' Ibrahim (2005), Sarjen Nazri (2004) dan Sarjen Yusoff (2008), TC Matrade Encik Mansor (2005), ATC Abang Norman (2007), Malaysia Airlines South Africa Manager Encik Yusno dan Encik Zulkarnain, Kakitangan Tourism Malaysia Abg Eddy Mazlan, Encik Rahman (2004) dan Encik Syahreem Tan (2007), Termasuklah ahli perniagaan Malaysia di Afrika Selatan Encik Wan Batu, Encik Wan Zul , Mejar (B) Amin dan bersama keluarga masing2..
Kesemua mereka ini mengenali rapat dan mengakui sifat baik ibu bapa yang ditunjukan uncle azizul dan auntie shal.. Tiada seorang pun dari mereka ini bersetuju dengan tuduhan pihak sweden.. Malahan Auntie Shal adalah seorang guru yang telah mengajar lebih 10 tahun di Sekolah Seri Putri.. Dikenali ramai pelajar dengan panggilan Miss Shal.. Kebaikan, keikhlasan dan keprihatinan Auntie Shal terhadap pelajar diakui oleh bekas2 pelajar Sekolah Seri Putri..
Ammar dan Adam selalu bermain dan tidur di bilik aku
Sebagai pelajar paling rapat dengan family Uncle Azizul ketika di afrika selatan.. Aku selalu dipanggil oleh Uncle Azizul untuk hadir ke rumah beliau untuk mengajar Aisyah, Ammar, Adam dan Arif mengaji dan solat.. Dan pizza buatan aku amatlah disukai mereka berempat yang riang ini.. Sehingga ketika mengunjungi mereka di Sweden pada tahun 2011.. First thing yang Aisyah dan Ammar minta ialah " abang afif buatlah pizza.. kitorang nak makan pizza.."
Kadang2 hampir setiap weekend aku datang ke rumah mereka semasa di Afrika Selatan.. Alhamdulillah selama 5 tahun tak pernah aku lihat kanak2 ini dipukul seperti yang dituduh mahupun kesan pukulan apatah lagi deraan.. Sebagai seorang guru auntie shal sendiri tahu bagaimana mendidik anak2 beliau.. Dan aku pernah menjadi wakil keluarga untuk Aisyah, Ammar dan Adam di sekolah.. Alhamdulillah tak pernah dengar cikgu mengadu ternampak kesan deraan atau pukulan pada mereka..
Pada tahun 2011 sekali lagi aku berpeluang untuk menyambut ramadhan dan syawal bersama mereka sekeluarga di Stockholm, Sweden.. Selama lebih sebulan aku tinggal bersama mereka.. tiada banyak perubahan pada mereka sekeluarga.. Semua seperti biasa kecuali melihat aisyah, ammar, adam yang makin membesar.. dan arif sudah memulakan sesi persekolahan..
Auntie Shal bertudung hitam.. Di senangi dan di hormati oleh warga dan pelajar Malaysia semasa di SouthAfrica..
Alhamdulillah dengan cara didikan dari ibu bapa yang baik dan tanpa paksaan Ammar yang baru berumur 11 tahun mampu berpuasa di bulan Ramadhan yang pada ketika itu musim panas – siang selama 18 jam di Sweden.. Dan aku menjadi saksi melihat keupayaan ammar dengan secara rela walau beberapa kali auntie shal memberi nasihat supaya berbuka jika tidak dapat menahan puasa.
Solat adalah perkara utama yang diberi tumpuan oleh uncle azizul dan auntie shal.. Alhamdulillah selama sebulan ramadhan di Sweden.. Keluarga ini tidak pernah meninggalkan solat subuh, magrib, isya' dan terawih secara berjemaah.. Kemeriahan ramadhan bertambah lagi apabila seorang pelajar super senior auntie shal iaitu Kak Melati yang baru habis Master di Denmark datang menziarah untuk seminggu lebih..
Dan antara pelajar auntie shal yang lain iaitu Ilham Ainaa dan Nabila yang aku kenali.. yang sedang menyambung pelajaran di United Kingdom juga mengakui kebaikan dan keprihatinan "Miss Shal" semasa di Sekolah Seri Putri..
Aku bukan membuat cerita untuk menutup apa yang telah dituduh pada awalnya.. tapi semua terjadi adalah salah faham guru kelas Adam yang memikirkan bahawa ibu bapa mereka memukul dan mendera dengan teruk jika anak2 mereka tidak solat apabila adam dengan tidak sengaja dan tanpa niat memberitahu kepadanya..
Memang betul ada sedikit apa yang dikatakan merotan anak untuk mendidik seperti Hadith Rasulullah s.a.w "Pukulah sekadar perlu untuk mendidik dalam menyuruh anak2 mengerjakan solat" dan itulah apa yang diamalkan oleh pasangan ini.. Bagaimana aku pernah melihat auntie shal merotan dengan perlahan tapak tangan Adam.. Apabila adam tidak menunaikan solat.. sambil menangis dan berkata "kenapa adam tak solat.."
Pemandangan dari depan rumah Uncle Azizul - 9 degree
Mengharapkan doa dari semua warga Malaysia.. Semoga Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal dibebaskan secepat mungkin.. Syukur alhamdulillah anak2 mereka sudah dibawa pulang.. Solat hajat untuk kebebsan mereka masih diteruskan oleh pelajar agama yang mengenali mereka di Afrika Selatan, Zambia, Mesir, Yemen, Jordan, Saudi mahupun di Malaysia.. Moga hari ni kita doakan mereka yang susah dan insyallah bila kita susah Allah membuka hati orang lain untuk mendoakan kita.. Sekian terima kasih..

Kebaikan mungkin bawa ke neraka – Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Posted: 13 Feb 2014 09:03 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.

Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.

UJUB

Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya. Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya.

Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa. Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang soleh. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang soleh yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riak. Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.

Sabda Nabi, "Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri" (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-'Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)

DOSA KE SYURGA?

Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?

Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa berasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.

Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa. Segala kesombongan dalaman jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu.

Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.

Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa'adah: "Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hambaNya, Dia jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya).

Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi  ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya. Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan.

Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: "Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka".

Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepadaNya, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan soleh maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya" (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad).

PAHALA KE NERAKA?

Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah. Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain.

Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya. Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.

Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: "Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka".

Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut: "Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia berasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka.

Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya)" (ibid, 1/446).

PAKAIAN AGAMA

Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lengangan jubah, rida, serban dan segala lambing-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.

Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut: "Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur"

Apatah lagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain. Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah: "Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah" (Surah al-A'raf ayat 12). 

* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Besar Perlis.

'Ampun Tuanku, jangan lantik Taib Mahmud'

Posted: 13 Feb 2014 08:56 PM PST

MALAYSIAKINI





Pemuda PAS hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dibersihkan daripada dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terlebih dahulu sebelum dilantik Tuan Yang Terutama (TYT).

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat yang mengetuai rombongan sayap parti itu menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Ketua Pentadbiran Istana Negara Zainul Din Mohd Nor di Istana Negara pagi ini.

Sembilan daripada 12 muka surat memorandum itu menyebut berhubung dakwaan tersebut melibatkan Taib, yang dilaporkan oleh media dan pelbagai NGO secara meluas.

"Berdasarkan lampiran, saya berharap Yang di-Pertuan Agong mempertimbang supaya tidak melantik Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri sehingga beliau dibersihkan daripada tuduhan penyelewengan dan salah guna kuasa," memorandum yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemuda PAS Anak Sarawak Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, dipetik.

Anwar sah bertanding presiden PKR, kerusi timbalan dijangka panas

Posted: 13 Feb 2014 08:46 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Datuk Saifuddin Nasution Ismail sahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR. Gambar fail.Datuk Saifuddin Nasution Ismail sahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR. Gambar fail.  






























Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.

"Ya, Anwar akan bertanding jawatan itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider mengulas bayangan yang diberikan Anwar sebelum ini, beliau akan bertanding jawatan yang kini dipegang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu.

Dalam wawancaranya dengan The Ant Daily baru-baru ini, Anwar berkata, sejak setahun lalu isterinya menyebut kepadanya beliau mahu menumpukan masanya bersama cucu dan datuk kepada cucunya (Anwar).

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan bertanding jawatan presiden PKR bagi menentang Dr Wan Azizah.

Namun dengan keputusan Anwar ini bermakna Azmin akan berdepan dengan Anwar sendiri jika beliau masih berniat mencuba kerusi presiden PKR itu.

Dalam pada itu, The Malaysian Insider difahamkan, seorang pemimpin kanan PKR akan mencabar Azmin untuk kerusi timbalan presiden dalam pemilihan kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan, penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.

Bagi peringkat cabang pula ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.

"Keputusan penuh barisan kepimpinan baru PKR selewat-lewatnya akan diketahui pada 13 Mei ini selepas pengundian di seluruh negara selesai pada 11 Mei," kata Johari pada sidang medianya dua hari lalu.

Johari berkata, pihaknya akan memastikan keputusan penuh dapat diumumkan secepat yang mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan timbul.

Katanya, tarikh pengundian akan berlangsung selama tiga minggu dengan setiap ahli dibenarkan mengundi mengikut syarat yang ditetapkan iaitu bermula pada 25 April dan berakhir pada 11 Mei.
"Pemilihan kali ini melibatkan semua anggota iaitu seorang anggota untuk satu undi.

"Syarat minima ahli yang ingin mengundi mesti menganggotai parti sekurang-kurang 12 bulan atau setahun," katanya.

Beliau berkata,  anggota yang melanggar tatatertib seperti terlibat politik wang, menawarkan hadiah atau janji dan disahkan kesalahan tersebut akan diambil tindakan.

Menteri besar atau tidak, Anwar mampu bantu padam isu di Selangor

Posted: 13 Feb 2014 08:44 PM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) untuk bertanding di DUN Kajang mendapat sokongan rakan daripada Pakatan Rakyat. Gambar fail.Pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) untuk bertanding di DUN Kajang mendapat sokongan rakan daripada Pakatan Rakyat. Gambar fail.


























Walaupun pelbagai alasan didengar daripada ketua mereka, masih ada percanggahan pendapat di kalangan ahli parti Pakatan Rakyat terhadap kewajaran mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bagaimanapun, pemimpin gagasan itu di Selangor percaya calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat membantu dalam usaha meredakan ketegangan kaum dan agama yang semakin membara di negeri paling kaya itu.

Sekiranya Anwar dimasukkan ke dalam pentadbiran Selangor jika menang dalam pilihan raya kecil itu, Pakatan akan dapat menggunakan kemahirannya dalam berunding dan berkomunikasi bagi mencari jalan penyelesaian pelbagai isu politik.

Isunya termasuk kemelut penggunaan kalimah Allah, hubungan komuniti berlainan agama dan bagi menjawab asakan berbentuk perkauman.

Pemimpin Pakatan Selangor berpendapat walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang mampu mengurus ekonomi dan pentadbiran dengan cekap dan amat baik, tetapi kerajaan negeri kurang mahir menangani isu politik yang berasaskan perkauman dan agama.

Ini dapat dilihat apabila pentadbiran Abdul Khalid dikritik oleh masyarakat awam menerusi isu rampasan Kitab Injil berbahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2 Januari lalu.

Bagi memberi impak yang berkesan kepada masyarakat, Anwar tidak boleh hanya bergerak sebagai ahli Parlimen atau ketua pembangkang persekutuan yang memberi ceramah di sana sini.

Sekiranya Anwar berjaya dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), beliau akan dapat berjumpa dengan pegawai kerajaan negeri dan membantu membentuk dasar yang benar-benar menjiwai prinsip kesamarataan dan inklusif sosial yang dibawa Pakatan.

Pemipin PAS dan DAP percaya ketegangan perkauman dan agama semakin meruncing pada penggal kedua pentadbiran Pakatan Selangor.

Ini kerana Umno, yang mengetuai Barisan Nasional sudah menunjukkan bahawa ia tidak peduli terhadap perasaan dan sokongan komuniti lain selain daripada masyarakat Melayu.

Ketua DAP Selangor, Tony Pua, berkata ini dapat dilihat apabila setiap isu diputarbelitkan supaya menjadi isu perkauman.

Yang terkini adalah protes terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok oleh kumpulan pendesak ketuanan Melayu yang menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang menampar pemimpin DAP itu.

Pada protes 7 Februari itu, ahli kumpulan tersebut menyembelih dua ekor ayam dan melumuri darah binatang tersebut ke atas sebuah kain rentang yang memaparkan muka Kok, dua lagi pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, dan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR, Lee Khai Loon.

"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Umno menjuarai konsep 1Malaysia. Mereka cuba imbangkan keperluan untuk mendapat sokongan Melayu dengan dasar yang toleran terhadap bukan Melayu.
"Tetapi selepas pilihan raya, mereka sudah buang konsep itu," kata Pua.

Pua berkata, beliau menjangkakan akan berlaku lebih banyak insiden seperti protes itu di Selangor dan Pulau Pinang sebagai usaha Umno untuk meraih sokongan Melayu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, berkata ketegangan antara agama akan menjadi lebih serius khasnya dalam isu penggunaan kalimah Allah selepas serbuan Jais.

Serbuan Jais di Persatuan Bible Malaysia di Damansara pada awal tahun ini menimbulkan ketegangan kaum dan agama di Selangor. Gambar fail.Serbuan Jais di Persatuan Bible Malaysia di Damansara pada awal tahun ini menimbulkan ketegangan kaum dan agama di Selangor. Gambar fail.Dalam serbuan tersebut, Jais merampas lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban yang mengandungi perkataan Allah.

"Mais (Majlis Agama Islam Selangor) kemudian boleh mengeluarkan kenyataan bahawa mereka boleh bertindak tanpa persetujuan daripada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan," kata Khalid, yang juga ahli Parlimen Shah Alam.

"Mereka sudah menjadi agensi yang bertindak tanpa merujuk kepada sesiapa," kata ahli parlimen dua penggal itu yang lantang dalam kempennya untuk mencari penyelesaian dalam isu kalimah Allah.

Jais berkata operasi mereka berdasarkan Enakmen Selangor 1988 yang melarang penyebaran agama lain kepada orang Islam. Enakmen tersebut melarang orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah dan 30 istillah Arab yang lain dalam upacara agama dan kitab suci mereka.

Cara kerajaan Selangor menangani kemarahan masyarakat sivil terhadap serbuan itu juga dikritik. Kerajaan Selangor mengambil masa yang agak panjang untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan insiden itu, tetapi penjelasannya masih tidak diterima.

Masyarakat sivil, khasnya komuniti bukan Islam, menuduh Pakatan Selangor sebagai mengabaikan janjinya untuk mempertahankan kebebasan beragama bagi orang bukan Islam.

Seorang pemimpin Pakatan yang rapat dengan kerajaan negeri berkata, pentadbiran itu terkejut dengan operasi Jais dan tidak tahu bagaimana untuk memberi respon kepada masyarakat.

Kerajaan negeri tersepit di antara tuntutan daripada masyarakat awam untuk menepati janji pilihan raya Pakatan dan keperluan untuk akur dengan enakmen 1988.

Dalam pada itu, Umno Selangor mendapat nafas baru daripada isu serbuan Jais itu. Parti itu sedang mengadakan roadshow di seluruh negeri bagi mempertahankan serbuan itu dan larangan penggunan kalimah Allah terhadap orang bukan Islam.

"Kerajaan negeri sepatutnya boleh mengeluarkan pendirian yang lebih tegas tetapi mereka tidak berani," kata pemimpin Pakatan itu yang ingin namanya dirahsiakan.

Selain pemimpin PAS seperti Khalid, pemimpin PAS Selangor lain dilihat tidak berminat untuk berhadapan dan mencari penyelesaian terhadap isu kalimah Allah, kata sumber itu.

Sikap acuh tak acuh pemimpin Islam Pakatan terhadap isu Kalimah akan mengurangkan sokongan komuniti bukan Islam terhadap mereka, kata penganalisa politik, Dr Wong Chin Huat.

"BN tidak perlu meraih sokongan orang bukan Islam. Apa yang BN perlu buat adalah meraih sokongan orang Melayu luar bandar dan memastikan orang bukan Melayu duduk di rumah dan tidak sokong Pakatan," kata Wong, yang berkhidmat dengan organisasi Penang Institute.

Pemimpin Pakatan berharap Anwar dapat membantu dalam konteks ini dengan menggunakan kelebihannya dan pengalaman politiknya.

Khalid berkata, jika menyertai pentadbiran Selangor, Anwar akan berpeluang berjumpa dengan pegawai kerajaan negeri, pegawai agama dan pemutus dasar di dalam Istana Selangor bagi mencari jalan dalam kemelut penggunaan kalimah Allah.

Latar belakang Anwar sebagai aktivis Islam (beliau adalah antara pemimpin tersohor Angkatan Belia Islam Malaysia) dan sebagai pemimpin akar umbi Melayu memberikannya kelebihan dalam debat yang berkisar tentang isu tersebut.  

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan pakar bidang korporat dan ekonomi tetapi kurang mahir dalam politik jika dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan pakar bidang korporat dan ekonomi tetapi kurang mahir dalam politik jika dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Seperti yang dikatakan sebelum ini oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Abdul Khalid adalah seorang pakar ekonomi dan pengurusan. Tetapi bekas tokoh korporat itu tidak semahir menangani isu kaum dan agama berbanding Anwar.

"Ini bukan satu kritikan terhadap Khalid. Hanya isu politik bukan sesuatu yang dia suka. Kita tidak boleh menafikan perkara itu. Khalid seorang pakar pengurusan bukan pakar politik," kata Rafizi, dalam satu  temubual berasingan bersama The Malaysian Insider.

Pada masa sama, berbanding seorang ahli parlimen biasa, Anwar akan dapat menggunakan sumber kerajaan negeri sekiranya beliau menyertai pentadbiran Selangor, kata Pua.

"Ia adalah hak PKR siapa calon mereka di Kajang dan siapa mereka pilih untuk menjadi exco mereka.

"Tetapi sebarang pertukaran kepada jawatan menteri besar masih belum dipersetujui oleh ketiga-tiga parti," kata Khalid daripada PAS, sebagai mencerminkan percanggahan pendapat terhadap "serampang Kajang".

"Bagaimanapun sebagai Adun dan exco PKR, Anwar boleh membantu menyelesaikan isu Allah," katanya.

MyWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan

Posted: 13 Feb 2014 08:39 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Slip keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri MCM.Slip keputusan tempahan nombor pendaftaran kenderaan bagi siri MCM.Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000.

Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11.

Antara nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11.

Sanjeevan berkata, nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris.

Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.

Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris.

Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka  berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil.

Kempen lama tak salah, Bersih gesa SPR fokus salah laku

Posted: 13 Feb 2014 08:37 PM PST

KEADILAN DAILY

tuntutan-bersih
KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihanraya Bebas & Adil (Bersih) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penekanan kepada keperluan mengawal selia dan larangan terhadap salah laku pilihan raya.

"SPR bertanggungjawab untuk memastikan PRK Kajang, seperti mana pilihan raya yang lain untuk bebas daripada rasuah, khianat, ugutan, membeli undi secara terang-terangan, menghasut kebencian terhadap mana-mana kumpulan sosial

"Bersih juga menggsa SPR menggesa parti politik yang terlibat dengan PRK Kajang menghentikan kempen memburuk-burukkan, laporan media yang berat sebelah dan ganas sama ada sebelum atau dalam tempoh berkempen," kenyataan Bersih dipetik.

Dalam pada itu, Bersih menegaskan kempen tidak rasmi sebelum penamaan calon tidak mendatangkan apa-apa kemudaratan kepada pengundi kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mempertimbangkan pilihan mereka dan akibat daripada pilihan itu.

Bersih berpendapat tempoh berkempen dilihat sebagai tempoh masa minimum bagi calon dan parti untuk mendekati pengundi selepas penamaan calon.

Ia bukan tempoh masa maksimum untuk menyekat pihak dan calon-calon daripada mendekati pengundi.

"Kempen yang panjang boleh menarik minat pengundi dan meningkatkan jumlah keluar mengundi. Ianya baik untuk demokrasi.

"Kadar keluar mengundi tinggi sebanyak 85% semasa pilihan raya umum ke-13 sebenarnya hasil kempen lima tahun Bersih 2.0 'Jom 100′ yang menggesa 100% rakyat keluar mengundi," tegas kenyataan Bersih.

Jangan jadikan TYT Sarawak jawatan kebal dari dakwaan

Posted: 13 Feb 2014 07:59 PM PST

KEADILAN DAILY


rafizi


PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jawatan Tuan Yang Terutama negeri Sarawak bukan kekebalan untuk mengelakkan diri dari didakwa di mahkamah.

"Kita tak mahu institusi itu diheret ahli politik bagi tujuan salah guna untuk mendapat imuniti (kekebalan)
"Jawatan TYT itu satu jawatan mulia di mata rakyat dan sebahagian daripada Majlis Raja-raja, dipandang tinggi dan dihormati.

"Apabila ada bakal TYT atau pun di masa hadapan, seseorang diheret ke mahkamah khas kerana kedudukan atas salahlaku asuah, sudah tentu ia akan mencemar inssitutsi TYT itu sendiri," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Pakar perlembagaan, Dr Aziz sebelum ini menyatakan seseorang gabenor negeri tidak semestinya seseorang itu kebal daripada sebarang pendakwaan.

Kata Aziz, walaupun gabenor yang bertarafvraja Melayu kebal dari prosiding undang-undang di mahkamah, mereka boleh didakwa di mahkamah khas yang dibentuk bawah Artikel 182
Perlembagaan Persekutuan.

Namun Rafizi, walaupun ada jaminan tersebut, tindakan awal perlu diambil melalui pendakwaan apabila seseorang itu dibelenggu dakwaan rasuah.

"Adalah tidak bertggjawab sekiranya Perdana Menteri Najib Razak teruskan (rancangan) Taib Mahmud menjadi TYT sehngga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tidak ada apa-apa dakwaan rasuah.

"Jangan luluskan (pelantikan) kepada DYMM Yang Dipertuan Agong untuk mempertimbang Taib Mahmud sebagai calon TYT," tegas Rafizi.

Mana komitmen Najib & SPRM banteras rasuah?

Posted: 13 Feb 2014 07:57 PM PST

KEADILAN DAILY

 

tian_chua



PETALING JAYA : KEADILAN mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunaikan komitmen membanteras rasuah seperti mana yang ditandatangani bersama Tranperency International

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata SPRM tak boleh berdiam diri terhadap aduan rasuah dan penyelwengan yang dibuat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Seri Abdul Taib Mahmud.

"Selama ini SPRM dalam pelbagai dialog bersama ahli parlimen menyatakan bahawa mereka takan lepaskan sebarang kes yang disyaki wujud unsur rasuah.

"Sebab itu kita ingin dapatkan kenyataan terbuka dari SPRM sekiranya wujud kes atau tidak," Tian pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Beliau merujuk kepada komitmen yang ditandatanganii Perdana Menteri dan SPRM bersama Tranperency International Malaysia (TI-M ) sebelum pilihan raya umum ke-13.

Kata Tian, tindakan itu dilakukan kerajaan, SPRM dan TI-M yang dijadikan sebahagian daripada langkah Transformasi kerajaan yang kononnya tegas menangani isu rasuah dan hanya membenarkan calon-calon yang bersih bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Apa yang dilihat sekarang ini dicadangkan calon telah dilaporkan pelbagai kes dan penyelewengan keatasnya. SPRM tak boleh berdiam diri," tegas Tian.

KEADILAN buat laporan SPRM terhadap Taib

Posted: 13 Feb 2014 07:55 PM PST

KEADILAN DAILY


PETALING JAYA : KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah terbaru membabitkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pendedahan terbaru laman Sarawak Report mengenai syarikat Regent Star Company Limited melibatkan konsesi balak di Sarawak.

Katanya, Regent Star adalah syarikat dikawal Onn Mahmud, iaitu adik kepada Taib dan pernah disiasat di Jepun atas tuduhan mengelak cukai mencecah 1 bilion yen.

Semalam, kata Rafizi Sarawak Report menunjukkan dengan jelas kaitan di antara Regent Star dengan Jamilah Taib, anak kepada Taib Mahmud sendiri.

Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud (seperti juga Regent Star) kepada Sakto Development Corporation yang dimiliki oleh Jemilah Taib dan suaminya telah ditampilkan.

"Saya difahamkan bahawa bukti-bukti terbaru dalam bentuk dokumen yang mengaitkan Pehin Seri Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat pelaburan luar negara yang disiasat oleh pihak berkuasa di sana akan dikemukakan untuk membantu siasatan.

"Ini bermakna siasatan di Jepun mengenai tuduhan mengelak cukai sudah tentu akan melibatkan siasatan ke atas Taib Mahmud sendiri melalui bukti-bukti yang mengaitkan keluarga beliau sendiri dengan penerimaan bayaran komisen balak," katanya dalam kenyataan media.

Menurut Rafizi, dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan ini, beliau akan membuat satu laporan SPRM terhadap Taib Mahmud di Putrajaya, esok.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong agar membuat pendirian tegas bahawa mana-mana calon bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan bebas daripada siasatan SPRM.

"Ini untuk mengelakkan salah guna jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan dari pendakwaan," katanya yang akan menulis secara rasmi kepada SPRM hari

Sehubungan itu, Rafizi berkata, selagi siasatan masih berjalan, Taib tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang baru selepas bersara sebagai ketua menteri.

KDN, Najib, Zahid kekal bebal dan primitif

Posted: 13 Feb 2014 04:15 PM PST


Oleh Ahmad Lutfi Othman


Mingguan The Heat yang digantung permit penerbitannya pertengahan Disember 2013 kembali di pasaran minggu lalu, edisi 8 Februari 2014. Saya tercari-cari juga akhbar sensasi itu; mahu melihat kemungkinan penampilannya berbeda.

Agak sukar mendapatkannya. Di kedai biasa saya melanggan akhbar, ia laris. Ya, KDN dan rakan-rakan pejuang kebebasan akhbar, khususnya GERAMM telah berjaya mempopularkan The Heat. Demonstrasi di tengah bandaraya semasa hujan lebat, kempen melalui laman sosial, majlis forum serta bantahan tokoh media dalam dan luar negara, juga ahli politik kerajaan mahupun oposisi, tentu saja membuatkan pentadbiran Najib Razak sedikit terusik.

The Heat kini menjadi lebih dikenali dan ditunggu "kepulangannya". Saya terpaksa meminta bantuan seorang teman mendapatkan naskhah isu ke-16 tabloid tersebut. Berdasarkan tatapan sepintas lalu, saya kira, persembahan dan kandungannya tidak banyak berubah. Masih menyimpan bahang! Sekalung tahniah buat rakan-rakan di sana.

Fokus muka depannya juga menarik. Mengimbau gelombang baru "student power', juga tema kegemaran saya sejak menulis pada awal 1980-an. Sosok ikon mahasiswa, Adam Adli, yang masih digantung pengajian oleh UPSI, disorot.

Sudah pasti ada cerita tentang kebebasan media, penghargaan buat mereka yang membantah penggantungan The Heat, selain episod Anwar Ibrahim dan pilihan raya kecil Kajang, peningkatan kos sara hidup, impak GST terhadap kos perubatan, langkah penjimatan kerajaan, PTPTN serta eksklusif bersama Ani Arope, bekas Pengerusi Eksekutif TNB, yang tidak dapat daripada kontroversi IPP (independent power producer).

Ani menyifatkan rundingan mengenai IPP sangat berat sebelah dan kerajaan meluluskan penjana kuasa bebas itu tanpa memikirkan keperluannya, dengan terma-terma yang merugikan wang rakyat apabila TNB dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga lebih tinggi.

Berdasarkan reaksi masyarakat, terutama pengamal media, terhadap penggantungan The Hebat, isu kebebasan akhbar bagaikan sudah diterima sebagai agenda penting nasional dan penerbit-wartawan yang digantung atau diharamkan penerbitan mereka tidak lagi merintih sendiri.

Amarah itu dikongsi bersama. Berbeda sama sekali ketika KDN mengamuk sejurus keputusan Pilihan Raya Umum 1999 yang mengejutkan Umno itu. Tiga permit penerbitan berbahasa Melayu yang dilihat cenderung kepada gerakan reformasi yang dipimpin Anwar, mingguan Eksklusif, majalah-majalah Detik dan Wasilah, dibatalkan. Akhbar dua kali seminggu Harakah dipancung kekerapannya menjadi dua kali sebulan. Reaksi rakyat sekadar suam-suam kuku dan mudah  sejuk.

Namun begitu, malang masih berulang, kembalinya The Heat ke pasaran rupa-rupanya tidak bermakna pentadbiran Najib benar-benar menghormati hak kebebasan bersuara. Elit pemerintah masih kekal angkuh, sombong dan sentiasa mahu menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang berkuasa dan boleh menentukan apa saja. Lebih penting, jangan sama sekali cuba mencabar ego penguasa.

Akhbar harian umum FZ Daily, terbitan syarikat yang menerbitkan mingguan perniagaan The Edge, yang baru mendapat permit dan isu pertamanya belum pun muncul di pasaran menjadi mangsa terbaru kerakusan KDN.

(Ingat apa komen menterinya, Zahid Hamidi, terhadap tindakan menyembelih dua ekor ayam, menyimbah darahnya ke atas kain rentang sebagai ugutan kepada Teresa Kok, selain  tawaran upah RM1,200 menampar Ahli Parlimen DAP itu).

Permit FZ Daily diterima The Edge Communications Sdn Bhh melalui surat KDN bertarikh 20 Ogos 2013. Sebenarnya permohonan awal telah dibuat pada Oktober 2012 lagi. Pembayaran permit sebanyak RM2,000 dilunaskan dua hari selepas diluluskan. Bagaimanapun seminggu kemudian KDN mengeluarkan surat menangguhkan permit berkenaan.

Dan pada 5 Februari lalu, apabila syarikat The Edge mendapat kebenaran awal untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas tindakan KDN, di sebelah paginya, tiba-tiba pada sebelah petang hari yang sama, muncul surat baru KDN yang memaklumkan: "... Kementerian ini telah mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan ... dan permohonan permit penerbotan FZ Daily adalah TIDAK DILULUSKAN. Sehubungan itu, kelulusan .... bertarikh 20 Ogos 2013 adalah DIBATALKAN".

Ya, cukup menjolok mata sekali. Keputusan U-turn yang langsung tidak bermaruah, tidak diasaskan kepada rasional dan logika, menjelaskan lagi budaya rimba yang menganggap boleh berbuat apa saja.

Mungkin klausa Seksyen 6(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan diperalatkan, iaitu: "Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit selama sesuatu tempoh yang difikirkannya mustahak."

Justeru, sesiapa pun tidak akan terkejut apabila pemantau antarabangsa, Wartawan Tanpa Sempadan, yang berpusat di Perancis, menyenaraikan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 pada tangga ke-147 daripada 180 negara, merosot dua angka berbanding tahun lalu. Ini adalah rekod terburuk pernah dicapai Malaysia.

Kebebasan berkarya juga tercemar apabila RTM turut menggantung penyiaran sitkom 88 Kopitiam hanya disebabkan salah pelakonnya muncul dalam klip video Tahun Baru Cina, 'Onederful Malaysia', yang membabitkan Teresa.

Pelakon wanita itu, Lim Chin Miau  berlakon sebagai "Mrs Jit", seorang pakar feng shui, digambarkan sebagai wanita gemuk berambut tebal yang menyukai barang kemas dan beng tangan.

Seperti artikel The Heat yang menyinggung perbelanjaan mewah Perdana Menteri dan isteri, sehingga ia digantung permitnya, klip video satira politik itu juga dilihat merujuk gaya hidup Rosmah Mansor, terutama apabila mengaitkannya dengan cincin berlian, beg tangan berjenama, hartanah di New York.

Pada 11 Februari lalu, pihak polis bertindak "pantas dan cekap". Lim disoal siasat hampir dua jam. Ditanya hampir 30 soalan berkaitan kandungan video jenaka berkenaan.Dua hari sebelumnya, RTM telah menggantung sitkom popular Cina, Kopitiam 88 atas alasan program itu menampilkan pelakon 'Onederful Malaysia'.

Baguslah jika aksi PDRM sememangnya tangkas dan sensitif dengan persoalan ketenteraman awam. Teresa juga wajar disiasat menurut saluran undang-undang jika diperlukan, tetapi pelik sekali apabila tawaran untuk menamparnya langsung tidak diambil peduli polis.

Malah Zahid menganggap ugutan tampar Teresa bukan satu ancaman dan oleh itu tidak perlu disiasat. Tepat kali bidasan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar: "Saya minta Zahid bercakap sebagai Menteri Dalam Negeri, jangan bercakap sebagai penaung Perkasa."

Saya dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa pihak tidak bertanggungjawab cuba menganggu Teresa dan keluarganya, dengan pelbagai ancaman, apatah lagi apabila media menggambarkan beliau menghina orang Melayu, agama Islam dan juga merendah-rendahkan pasukan keselamatan.

"Harakah perlu bantu Teresa. Masih banyak suara rasional yang tidak terpengaruh dengan propaganda lapuk itu. Majoriti orang Melayu langsung tidak merasakan klip video itu menghina Melayu, apatah lagi Islam, tetapi ia mungkin menyebabkan pemimpin yang suka membazir dan bermewah-mewah ketika  rakyat susah akan terasa," ujar Mohamad.

Terbukti, KDN dan elit politik Malaysia bukan masih bebal dan tertutup mindanya tetapi juga sering beraksi tempang dan saling bercanggah. Kembalinya The Heat tidak bermakna situasi kebebasan bersuara lebih jernih dan terbuka. Tidak juga bermaksud KDN, Najib dan Zahid bersedia mendengar suara berbeda.

Cabaran ini mengingatkan bahawa perjuangan membebaskan kongkongan media tidak pernah selesai. Sekurang-kurangnya pengisian Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang dirayakan setiap 3 Mei perlu mendapat kesegaran baru. tapi, bagaimana ya?

36 sekolah di Sabah diarah tutup akibat banjir

Posted: 13 Feb 2014 04:04 PM PST

HARAKAHDAILY 


KOTA KINABALU: Sebanyak 36 buah sekolah di lima buah daerah di Sabah ditutup hari ini akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak petang semalam.
  
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jamie Alip berkata sekolah-sekolah yang terbabit ialah masing-masing 13 di daerah Beaufort dan Keningau, enam di Tenom dan dua sekolah masing-masing di Sandakan dan Nabawan.
  
"Sehingga pukul 12 tengah hari ini, 36 buah sekolah itu telah diarah tutup melibatkan jumlah pelajar seramai 6,156 orang dan 714 guru," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau turut meminta semua Pejabat Pendidikan Daerah supaya melaporkan sebarang kerosakan di sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir serta mahu pihak sekolah mengutamakan keselamatan pelajar. - Bernama

Fahami larangan sambut Hari Memperingati Kekasih

Posted: 13 Feb 2014 04:00 PM PST

ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: Budaya berkasih sayang antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah berlaku sejak zaman-berzaman sehingga tidak menimbulkan rasa bersalah terhadap larangan yang ditentukan Allah SWT.

Atas sebab itu, usaha kesedaran harus dipupuk di kalangan anak-anak remaja hari ini agar memahami mengapa larangan itu dibuat, khususnya ketika menjelang Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day yang diagungkan sesetengah pihak pada setiap 14 Feb.

Pegawai Hal Ehwal Islam (Bahagian Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais Kamos, menegaskan usaha memupuk kesedaran itu perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua pihak memahami tentang larangan tersebut.

"Biarpun masalah sosial ini tidak mengira hari tertentu, biasanya pada hari-hari seperti hari ingati kekasih ini lebih ramai pihak yang teruja meraikannya dan akan menjerumuskan kepada perkara yang tidak baik," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdily, hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan larangan bagi mana-mana pihak meraikan sambutan Valentine, khusus kepada mereka yang tidak mempunyai hubungan yang sah di sisi Islam.

Beliau ketika dihubungi sedang giat menyebarkan risalah berkaitan fatwa tersebut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam petang tadi.

Sebelum itu, kumpulan beliau seramai 10 orang turut menyebarkan risalah fatwa tersebut di Sekolah Menengah Seksyen 22, Shah Alam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day.

Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Penganalisis: Tiada calon layak tandingi Anwar di Kajang

Posted: 13 Feb 2014 03:51 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Ketokohan dan kredibiliti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh yang dihormati di dunia Islam dan antarabangsa menunjukkan tiada calon yang layak menandinginya dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Kajang Mac depan.

Dekan Pusat Pengajian Pasca Siswazah Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Dr Mohd Noor Nawawi, berkata ketokohan sebagai pemimpin itu membuatkan pesaing Anwar tidak boleh menandingi kehebatannya.

DSC_5312Katanya, tambahan pula Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan meletakkan calon daripada MCA bagi menghormati kerusi yang pernah diduduki parti terbabit sedangkan MCA ketika ini berada dalam keadaan yang cukup lemah.

"Maaf cakap tiada siapa yang mampu menandingi Anwar dari segi kewibawaan dalam memimpin.
Malah Anwar adalah tokoh antarabangsa yang dihormati di dunia Islam dan bukan Islam.

"Anwar juga ada pengaruh yang kuat bukan sahaja dalam negara tetapi luar negara. Anwar satu-satunya tokoh dalam dunia Islam yang disenangi oleh dunia Islam dan bukan Islam.

"Inilah keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada Anwar dan sudah pasti mana-mana tokoh yang akan bertanding di Kajang nanti tidak boleh tandingi kehebatannya," katanya menerusi wawancara bersama Sinar Harian.

admin-ajaxMohd Noor berkata oleh kerana dalam amalan demokrasi dan negara menerima amalan itu secara terbuka, maka tentunya akan terdapat calon yang menentangnya.

"Saya yakin pilihan raya ini akan berlangsung dengan aman.

Bagaimanapun, BN mungkin akan meletakkan calon daripada MCA bagi menghomati kerusi itu yang pernah diduduki oleh parti terbabit.

"Setakat ini, memang tidak ada calon yang hebat untuk menandingi Anwar. Tambahan pula, MCA pun berada dalam keadaan yang cukup lemah buat masa ini," katanya.

Januari lalu, bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

Dalam PRU13, PKR mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.EZY

PKR tetapkan 25 April tarikh pemilihan parti

Posted: 13 Feb 2014 03:49 PM PST


Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata semua jawatan tertinggi PKR termasuk presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu Mei depan.

"Jawatan itu sudah tentu ada untuk dipertandingkan, sama ada terdapat orang bertanding atau tidak ia di luar kawalan jawatankuasa pemilihan parti.

"Ini bermakna jawatan itu tetap dipertandingkan. Siapa yang akan bertanding itu terpulang hingga hari penamaan calon," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kesediaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden PKR bagi mengambil alih teraju parti itu daripada isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas lanjut, beliau berkata proses pemilihan itu akan dijalankan mengikut zon secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga minggu.

Tambahnya proses penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Mac bagi jawatan peringkat pusat manakala 4 April bagi peringkat cabang.

"Proses pemilihan akan diadakan mengikut zon, bagi minggu pertama, akan diadakan pada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Minggu berikutnya disusuli dengan Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei," katanya.

Johari berkata bagi minggu terakhir melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

"Keputusan undian akan diketahui selewat-lewatnya jam 5 petang sebaik proses pengundian tamat manakala barisan kepimpinan baharu akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei," katanya lagi.

'Unit Ninja' ditubuh cegah jenayah ragut

Posted: 13 Feb 2014 03:47 PM PST

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai Unit Ninja di semua daerah di negeri ini bagi memerangi jenayah jalanan khususnya membabitkan jenayah ragut.
 
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff unit khas ini akan diwujudkan memandangkan kajian mendapati hampir 50 peratus jenayah yang berlaku di negeri ini adalah berpunca dari jenayah jalanan iaitu peragut.
 
"Kita juga dapati peragut-peragut ini sangat berkait rapat dengan penagihan dadah dan arahan supaya menambahkan ahli Ninja dalam pasukan sudah saya keluarkan di semua daerah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lapan buah kenderaan pacuan empat roda di sini, semalam.

Mokhtar berkata, pasukan Ninja itu tidak akan memakai lambang polis bagi memudahkan pasukan berkenaan menjalankan rondaan.
 
"Dengan penyamaran ini, kita berharap dapat mempertingkatkan operasi dalam memerangi jenayah ragut ini. Saya juga memberi arahan kepada bahagian Narkotik supaya menangkap penagih-penagih dadah ini pada setiap hari," katanya.

Selain itu, beliau berkata penyerahan kenderaan-kenderaan itu merupakan komitmen kerajaan dari aspek pelaburan keselamatan dalam membantu pihak polis melaksanakan tugas.
 
"Bukan sahaja sumber manusia diperlukan tetapi prasarana juga penting dalam membanteras jenayah terutamanya dalam menghadapi kawasan yang sukar seperti ladang kelapa sawit dan kawasan berbukit," katanya.
 
Mokhtar berkata dengan bantuan yang diberikan itu, diharapkan semua anggota dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh dan mempertingkatkan rondaan serta memberikan keyakinan kepada masyarakat setempat.
 
Kesemua lapan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan tiga buah Toyota Hiace menelan perbelanjaan kira-kira  RM718,000 dan akan diagihkan kepada enam buah Ibu Pejabat Polis Daerah iaitu Kluang, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Ledang. - Bernama

Tiada ulasan: