Ahad, 16 Februari 2014

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BENARKAH RAKYAT SARAWAK DAN SABAH INGIN KELUAR MALAYSIA?

Posted: 16 Feb 2014 12:35 AM PST

Profesor James Chin semasa berucap di forum awam Sistem Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2014.Seorang ahli akademik hari ini menyatakan terdapatnya peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk  Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana berasa negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.
"Sekiranya anda mengadakan perbincangan terbuka dengan penduduk Sarawak dan Sabah, terdapat majoriti yang mahukan dua negeri itu meninggalkan Malaysia. Mereka berasa sejak hari pertama kerajaan persekutuan gagal memenuhi tuntutan, melayan Sabah dan Sarawak sebagai entiti berbeza – tidak seperti yang dijanjikan pada 1963," kata Profesor Universiti Monash Malaysia Profesor Dr James Chin.
Beliau yang merupakan seorang antara panel dalam forum yang dianjurkan Majlis Peguam hari ini mendakwa biarpun ia adalah suara dari akar umbi namun peluang bagi dua negeri tersebut tidak sama dengan pendapat pemimpin politik dan ahli perniagaan elit yang tidak mungkin akan menyokong keputusan tersebut.
Golongan elit Malaysia Timur baik daripada  parti pemerintah atau pembangkang dilihat enggan memutuskan hubungan ekonomi yang dibina dengan Semenanjung, katanya.
Biarpun terdapat ketidakpuasan hati ke atas layanan Putrajaya namun bagi golongan elit terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka  ‎hanya akan menuntut lebih banyak kerusi ‎Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
"Sabah dan Sarawak mempunyai demografi  dan sejarah berbeza dan kerajaan pemerintah mewujudkan sesuatu yang tidak wujud sebelum ini," kata Chin, seorang ahli sains politik.
Pemisahan dianggap pengkhianatan di bawah undang-undang Malaysia.
Chin berkata demikian semasa sesi soal jawab yang berlangsung dalam forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Katanya lagi bagi kalangan ahli politik elit di Malaysia Timur, mereka mahukan 34% atau satu pertiga bagi setiap kerusi di Parlimen yang diperuntukkan bagi dua negeri tersebut.
Ketika ini hampir 25% kerusi Parlimen terletak di Malaysia timur.
"Ia diputuskan semasa semasa sesi jawatankuasa pemilih  P‎arlimen pada 2011, di mana ia memenuhi tuntutan wakil-wakil rakyat Timur Malaysia.
"Ahli politik elit tidak mahu tarik diri yang inginkan hanyalah akar umbi Sabah dan Sarawak," katanya. – 16 Februari, 2014.

Tiada ulasan: