Jumaat, 21 Februari 2014

.

.


Posted: 21 Feb 2014 03:16 AM PST

RAKAMAN RASA                                                                           

Majlis-majlis keagamaan berupa usrah, syarahan agama (tazkirah) dan juga bacaan Yassin dan tahalil telah lama menjadi amalan sesetengah tokoh agama, korporat dan juga ahli politik di negara ini. Menerusi majlis seperti itu ia bukan saja dapat menambahkan pengetahuan dan ilmu agama, tetapi merapatkan lagi jalinan ukhuwah Islamiyah sesama sendiri.

Majlis beginilah secara tidak langsung mereka khasnya ahli politik dapat menjernihkan keadaan dan juga mengendurkan stres politik. Matlamat lain tentulah untuk memenuhi tuntutan Allah menyemarakkan dan sebagai mendokong kerja-kerja untuk mendaulatkan agama-Nya.

Misalnya Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid Hamidi, ataupun Husam Musa dan lain-lain sudah lama menjadikan rumah mereka sebagai taman usrah, (kegiatan mini) keagmaan di rumah mereka. Kesibukan mereka dalam berpolitik yang tidak memberi kesempatan untuk mereka meghadiri majlis-majlis agama di luar rumah mereka, telah dipenuhi dengan tanggungjawab menghidupkan agama dengan membawa balik majlis-majlis seumpama itu di kediaman masing-masing.

Anwar Ibrahim sejak dizaman beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) lagi telah mengadakan usrah atau majlis keagamaan di kediamannya atau pejabatnya secara rutin. Setiap malam Jumaat sering diadakan majlis bacaan Yassin, tahalil serta sembahyang berjemaah. Hasil dari majlis seumapama itulah kita dapat mengukuhkan hubungan persahabatan dan persaudaraan.

Bila bercakap mengenai kegiatan atau majlis mini agama ini, tanpa banyak hebuhan, rupa-rupanya ia turut menjadi amalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Mustapa Mohamed. Dalam diam-diam sudah lebih setahun Mustapa menganjurkan usrah atau mengadakan majlis keagmaan di kediamannya di Bukit Tunku secara rutin bulanan.

Malam tadi telah berlangsung usrah yang ke dua bagi tahun ini dan merupakan program sama ke tujuh sejak bermula tahun lalu. Lebih 200 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga, rakan taulan, pegawai-pegawai kerajaan khasnya di kementeriannya, pemimpin pelajar dan para profesional.

Manakala serombongan pelajar Tahfiz merupakan tetamu istimewa malam tadi.

Majlis itu diisi dengan bacaan Yassin, tahalil dan juga tazkirah agama oleh seorang tokoh agama yang dipanggil khas.

Usaha sebegini hendaknya tidak akan terhad kepada tokoh-tokoh atau ketua parti seperti Mustapa, Anwar atau Husam Musa dan lain-lain sahaja tetapi perlu menjadi ikutan dan amalan tokoh-tokoh lain juga. Orang politik atau tokoh dalam pelbagai bidang harus menggunakan peluang dan kesempatan yang ada kepada mereka untuk memperbanyakan kegiatan agama termasuk mengadakan mini usrah di rumah masing-masing.

Sekiranya usaha dan amalan ini menjadi satu budaya, kegiatan keagmaan di negara ini akan menjadi lebih mariah lagi. [wm.kl.7:14 pm 21/02/14]



Adnan juga tidak mahu BN letak calon di PRK Kajang

Posted: 20 Feb 2014 06:36 PM PST

SELANG BERITA                                                                             

Seorang lagi pemimpin Umno bersetuju kalau BN tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN 25 Kajang kerana perbuatan itu membazirkan wang rakyat dan tidak membuang masa. Pemimpin dimaksudkan itu, Adnan Yaakub Menteri Besar Pahang.

Ketika ditanya mengenai pilihan raya kecil itu, Adnan mengatakan, BN tidak payah bertanding, kalau PKR ada masalah biarlah parti itu selesai masalahnnya.

"BN tidak payah bertanding, kalau PKR ada masalah biarlah dia selesai masalah dia. Pilihan raya kecil ini membazirkan duit rakyat dan SPR terpaksa membelanja wang berjuta untuk pilhan raya itu," katanya.

Tambah, Adnan lagi BN tidak perlu menghabiskan masa dan wang, sebaliknya wang untuk itu boleh digunakan untuk belanja membantu rakyat yang susah.

Katanya sekiranya ada orang mengatakan BN takut kerana tidak menyertai pilihan raya itu, jawab bukan takut, belum bertanding belum tahu.

Pandangan Adnan itu sejalur dengan pandangan beberapa pemimpin Umno lain termasuk Salleh Said Kruak dari Sabah yang juga memberi pandangan sama.

Ada benarnya pandangan Adnan itu kerana kalau bertanding pun jauh panggang dari api untuk UBN menang memandangkan sambutan rakyat kepada Anwar Ibrahim yang sudah diumum akan bertanding di kerusi Kajang itu bagi membolehkan Ketua Umum PKR itu dilantik mengganti MB untuk mengganti Abdul Khalid Ibrahim.

Pandangan Menteri Besar Pahang itu elok diberi perhatian oleh pimpinan Umno dan BN terutamanya Najib Razak bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. [wm.kl.10:32 am 21/02/14]

Ada tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang

Posted: 20 Feb 2014 04:35 AM PST

SUSUPAN MALAM                                                                           

Agensi Berita Nasional (Bernama) telah mengutip pendapat beberapa orang penganalisa politik dan juga seorang pemimpin Umno yang berpendapat BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini sebaliknya molek diserahkan kepada PKR.

Anwar akan menang mudah?
Mereka berpandangan Mohd Najib Razak wajar mengambil tindakan sama dengan pilihan raya kecil Penanti Pulau Pinang tahun 2009 tahun lalu dimana BN tidak meletak calon.

Alasan diberikan ketika itu, pilihan raya kecil tersebut bukan kehendak perlembagaan kerana ianya diadakan kerana sengaja dikosongkan. Adun Penanti ketika itu, Mohamad Fairus Khairuddin yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Dr Mansor Othman bagi dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika Najib mengambil keputusan itu, orang menyifatkan tindakan Najib bijak dan kena pada tepatnya kerana boleh mengelakkan berlaku pembaziran wang dan ketegangan politik. Bagaimana pun Dr Mansor yang bertanding di situ terpaksa juga berdepan dengan beberapa orang calon bebas yang bengong ataupun yang tidak profesional dalam politik.

Atas semangat dan suasana seperti di Penanti itulah, maka pilihan raya kecil Dun Kajang juga tidak relevan dan penting bagi BN meletakkan calon. Bijak bagi Najib kalau beliau mengambil keputusan sama di Penanti dulu dan tidak mempedulikan desakan Mahathir agar BN meletakkan calon. Najib kena membaca matemetik politik Mahathir kenapa beliau beriya mahukan BN meletakkan calon di Kajang.

Mahathir sudah tahu bukan mudah untuk BN merampas balik kerusi berkenaan. Kekalahan calon BN kelak akan digunakan Mahathir sebagai modal untuk dia memperlekehkan Najib sebagai tidak cerdik dan sangat lemah dalam politik. Tidak menjadi rahsia lagi Mahathir kini sedang mengatur stategi untuk memalukan Najib dan diganti dengan Muhyiddin Mohd Yassin.

Persoalan kini kenapa Bernama mengutip pandangan yang dikira kontras dengan naluri sesetengah orang yang ghairah untuk melihat Anwar Ibrahim kalah dalam pilihan raya berkenaan? Apakah agensi berita itu sudah membuat laporan menunjukkan bukan mudah untuk UBN merampas kerusi berkenaan? Atau sesudah ianya diberi isyarat jelas oleh Ibu Pejabat Umno.

Hasil kajian dibuat oleh Umcedel Universiti Malaya kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui bersetuju pilihan raya itu diadakan untuk membolehkan Anwar dilantik menjadi MB Selangor. Manakala seramai 17% tidak bersetuju dan 24% tidak pasti.

Alasan yang dikutip dari Timbalan Pengerusi BN Sabah, Salleh Said Keruak adalah munasabah. Kata Salleh, MCA yang diberi tanggungjawab untuk meletakkan calon, adalah lebih wajar kalau parti itu menumpukan usaha untuk memulihkan kekuatan MCA yang kini dalam perpecahan.

"Pada pandangan saya secara perbadi, biarlah Pakatan Rakyat terus bermain dengan politik mereka sementara BN terus berkhidmat pada negara dan membela nasib rakyat," katanya dipetik.

Nada Salleh itu agak lunak dan seolah-olah beliau mengetahui sesuatu yang ada di persekitaran politik negara pada masa ini. Apakah Salleh juga sudah mengetahui desas desus yang bakal terhasil dari Konsensus Nasional yang dicadangkan Anwar kemudian disambut oleh Najib Razak? Apakah dia sudah mendapat bisikan halus dari Ahmad Zahid Hamidi?

Sementara itu, bagi saya molek juga kalau BN memberi laluan kepada PKR bertanding dalam pilihan raya itu secara bersendirian. Tetapi adalah lagi molek lagi kalau BN meletakkan calonnya kerana rakyat akan dapat menilai mengenai populariti Anwar dan Najib waktu ini. Tanpa ada calon dari BN bertanding sudah tentu Anwar akan dilihat seperti menang tanpa bertanding.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana dengan Zaid Ibrahim, Zaid hanya habuk dan debu-debu kecil saja dalam pilhan raya itu yang mencemarkan tangan.

Dengan penyertaan BN baik menerusi MCA atau apa, kita akan dapat membuat penilaian bagaimana kedudukan suhu dan iklim dalam politik di sesebuah kawasan campuran seperti Kajang itu setelah hampir setahun berlalunya pilhan raya umum ke-13 yang menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat undi popular melebihi BN sebanyak 2%. [wm.kl.8:18 pm 20/02/14]

Tiada ulasan: