Sabtu, 22 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rumah EXCO Pahang dipecah masuk, kerugian RM10,000

Posted: 22 Feb 2014 08:13 AM PST


Seorang anggota exco negeri mengalami kerugian hampir RM10,000 setelah rumahnya di Medan Tok Sira dipecah masuk dalam kejadian awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, kejadian disedari kira-kira pukul 3.05 pagi oleh anak lelaki anggota exco itu yang ketika itu baru tiba di rumah.

"Pengadu yang merupakan pelajar sebuah universiti swasta di ibu negara itu terkejut apabila mendapati pintu dapur rumahnya terbuka dan atap genting tercabut.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua bilik di rumahnya berselerak dan sebuah televisyen LCD 60 inci di ruang tamu dan permainan video yang diletakkan dalam bilik tidur pengadu hilang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pengadu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 5 pagi dan menganggar kerugian keseluruhan bernilai lebih kurang RM10,000.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek mencabut tiga keping atap genting ruang dapur dan masuk melalui bumbung selain turut mengumpil jeriji besi pintu dapur.

"Polis bagaimanapun berjaya menemui kesan cap jari yang ditinggalkan suspek terbabit dan polis kini sedang mengesan penjenayah yang terlibat," katanya. – Bernama

Malaysia Negara paling Selamat, sebuah keluarga ‘lari’ dari rumah setelah enam kali dirompak..

Posted: 22 Feb 2014 12:30 AM PST


Enam kejadian rompakan dan beberapa cubaan rompakan kereta akhirnya memaksa sebuah keluarga tekad meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama 12 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya kepada The Malaysian Insider, pelajar Yeo Kee Jun berkata keluarganya yang mengambil keputusan untuk pindah rumah disebabkan tidak lagi berasa selamat untuk menetap di kawasan itu.

Yeo berkata dalam tempoh 12 tahun, rumah mereka dirompak enam kali, tiga daripadanya berlaku empat bulan lepas.

"Di situlah rumah tempat kami membesar dan berasa selamat sehinggalah rumah kami dipecah masuk. Tidak selamat lagi tinggal di Jalan Klang Lama."

Yeo melahirkan kekesalannya berhubung masalah itu dan mempersoalkan kerajaan sama ada ia memandang serius masalah jenayah yang dihadapi sebahagian besar rakyat Malaysia.

"Soalan saya kepada kerajaan adalah, apakah yang akan mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

"Kita menghantar tentera apabila askar bersenjata Sulu menceroboh negara. Kita kawal sempadan bagi menghalang abu mayat memasuki negara. Semua ini dilakukan atas nama mempertahankan kedaulatan negara.

"Apa pula yang kita lakukan apabila perompak bersenjata menceroboh rumah dan merampas harta kesayangan kita? Apa yang boleh kerajaan lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini demi rakyat Malaysia? " tanyanya dalam surat kepada pengarang The Malaysian Insider.

Statistik polis menunjukkan 4,436 kes keganasan berlaku 9 bulan pertama tahun lalu berbanding 6,624 kes pada 2012.

Sebanyak 15,375 kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata dalam tempoh sama pada 2013 dan sebanyak 478 kes bunuh dilaporkan tahun lalu, berbanding 602 kes pada tahun sebelumnya.

Insiden jenayah semakin kerap walaupun statistik polis menunjukkan kadar jenayah telah turun.

Majalah New York Times baru-baru ini melaporkan percambahan syarikat keselamatan berdaftar, iaitu peningkatan tiga kali ganda daripada 200 kepada 712 syarikat, menunjukkan peningkatan kadar jenayah di Malaysia.

Bimbang dengan tahap keselamatan, penduduk di kawasan perumahan kelas pertengahan kini bertindak memagari perumahan.

Ahli politik pembangkang bertegas menolak polis dan Kementerian Dalam Negeri yang menafikan keseriusan perkara itu.

"Apabila rakyat Malaysia menderita masalah jenayah, kerajaan dan polis tidak boleh berterusan mengatakan kadar jenayah berlaku penurunan bagi mengubah persepsi rakyat," kata ahli parlimen DAP Tony Pua.

"Kami menegaskan kadar jenayah di Malaysia sangat tinggi dan adalah jelas statistik polis disyaki dimanipulasi bagi menggambarkan jenayah berada pada paras sederhana," katanya.

Hanya 18% daripada 112,583 anggota polis bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah berbanding 50% yang dikerahkan untuk kerja pentadbiran, manakala 34% lagi ditugaskan menjaga keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Yeo dalam suratnya memberi amaran tidak mustahil akan berlaku pemberontakan sekiranya masalah jenayah diabaikan.

"Saya percaya saya bercakap untuk rakyat hari ini. Rumah kami diceroboh dan kamu ahli politik terus bertengkar.

"Kami tak mahu tahu apa yang kamu mahu apabila hidup kami dalam bahaya. Atasi masalah ini atau saya jamin dalam masa empat tahun, kamu akan kalah dalam pilihan raya," katanya.

~ The Malaysian Insider

Wan Azizah tolak Anwar sebagai MB?.. Betoi ka ni Kak Wan?

Posted: 21 Feb 2014 10:18 PM PST


Laporan ini datangnya dari sebuah portal Pro UMNO.. Jadi faham-fahamlah...

Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.

"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.

Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.

Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.

Ketika diwawancara oleh Australia's Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.

Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.

"Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan" katanya. Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk 'memecat' Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya.

Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.

Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas, tampil membuat kenyataan bagi membantah 'pengambilalihan kuasa' itu antaranya kepimpinan sayap Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.

Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan Pas yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.

Paling menarik, ada yang mengatakan, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya ~ Malaysia Instinct

Tiada ulasan: