Jumaat, 21 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Alamak!! Apa dah jadi dengan UMNO Negeri Najib nih?

Posted: 20 Feb 2014 11:35 PM PST


Pada 22 Februari ini (Sabtu), di Maran akan diadakan program Ceramah sempena penubuhan tiga Ranting KEADILAN yang mana majoritinya diwujudkan oleh ratusan ahli Umno Maran yang akan menyertai KEADILAN.

Program ceramah pada sebelah malamnya akan menampilkan YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Zulpuri (Adun Mentakab/Ketua Pembangkan Dun Pahang), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu) dan YDP Pas Maran.

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah kepada Ketua Cabang Maran, Sdr Boestamim beserta AJK-AJK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk menambah keahlian parti di Cabang Maran.

Komitmen beliau di dalam menerajui Cabang Maran haruslah dipuji walaupun beliau tidak tercalon sebagai calon di dalam PRU 13 yang lalu. Keikhlasannya memperjuangkan prinsip dan dasar parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi.

Di dalam PRU 13 yang lalu, prestasi Parti KEADILAN Pahang amatlah membanggakan. Wakil KEADILAN telah dapat merebut dua Kerusi Dun di Dun Negeri Pahang iaitu melalui YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan juga YB Sim Choon Sian, Adun Teruntum.

Di samping itu, dua Kerusi Parlimen yang dipegang oleh wakil KEADILAN pada PRU 12 melalui YB Azan Ismail di Parlimen Indera Mahkota dan YB Fuziah Salleh di Parlimen Kuantan telah berjaya dikekalkan dengan majoriti yang lebih besar.

Parlimen Indera Mahkota berjaya dipertahankan apabila YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang) telah memperolehi majoriti besar iaitu 7, 523 undi menewaskan calon Umno/Bn.

Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh berjaya mengekalkan Kerusinya untuk Penggal Kedua dengan majoriti yang meningkat iaitu sebanyak 4.515 undi.

Meskipun cita-cita kita untuk ke Putrajaya gagal dicapai walaupun Pakatan Rakyat memperolehi undi popular 53% berbanding Bn sebanyak 47% sahaja, kejayaan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di Negeri Pahang di dalam PRU 13 yang lalu amat membanggakan.

Daripada tiada satu pun Kerusi di Dun Negeri Pahang di dalam PRU 12, KEADILAN mampu merampas dua Kerusi kali ini.

Kejayaan ini adalah kejayaan bersama di dalam Pakatan Rakyat di mana rakan-rakan kita PAS dan DAP juga mendapat faedah dari kerjasama yang baik ini.

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari PRU 13 yang lalu bagi kita terus memperkuatkan saf Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 14 nanti.

Gelombang rakyat mulai dapat dirasakan di Negeri Pahang sekarang walaupun PRU 13 baru sahaja selesai.

Akibat dari kegagalan Najib selaku PM menunaikan janji-janji kepada rakyat sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan sekarang, rakyat di Pahang kini mula berminat untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sewaktu musibah banjir besar melanda Pahang terutamanya di Kuantan, ramai yang kecewa dengan tindakan kerajaan negeri dan Pusat yang seolah-olah memandang remeh kejadian banjir yang berlaku.

Akibatnya, tidak kurang dari 100 ahli Umno Kuantan telah menyertai KEADILAN kerana hilang kepercayaan kepada Umno/Bn.

~ PKR Pahang

Karpal didapati bersalah kerana menghasut.. Satu lagi PRK?

Posted: 20 Feb 2014 07:31 PM PST


Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis perlembagaan pada 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Pasukan peguam Karpal menggesa Azman menangguhkan hukuman ke hari lain bagi mereka menyediakan mitigasi untuk mendapatkan hukuman yang lebih ringan.

Karpal, 73, yang juga pengerusi DAP, juga berisiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana kesalahan itu membawa sehingga denda berjumlah RM5, 000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.. Lapor The Malaysian Insider

Sementara itu The Star Online pula melaporkan...

KUALA LUMPUR: The High Court has found lawyer and DAP national chairman Karpal Singh guilty of sedition for questioning the removal of Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as Perak mentri besar by the Sultan of Perak.  
Justice Azman Abdullah handed down the decision Friday after finding that Karpal had failed to prove reasonable doubt against his case.  
The court later fixed March 7 for sentencing and mitigation. 
Karpal was charged with uttering seditious words against the Sultan of Perak at his legal firm in Jalan Pudu Lama in Kuala Lumpur, between noon and 12.30pm on Feb 6, 2009.  
He was alleged to have said that the removal of Mohammad Nizar as mentri besar by the Sultan could be questioned in a court of law.  
The charge under section 4(1)(b) of the Sedition Act carries a maximum RM5,000 fine or three years' jail, or both on conviction.  
On June 11, 2010, the High Court had acquitted Karpal without calling for his defence but the decision was reversed by the Court of Appeal on Jan 20, 2012.

... Bersamalah kita nantikan samada akan ada satu lagi PRK atau tidak pada 7 Mac ini...

Anwar anggap baling daging babi ke dalam Masjid 'Provokasi Purba'..

Posted: 20 Feb 2014 04:30 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi ketawa apabila diminta mengulas mengenai insiden balingan daging babi ke dalam Masjid Qaryah Tok Kun Atas, di sini.

"Penyokong Umno dan Perkasa perlu tanya diri sendiri, mengapa mereka sahaja yang begitu sensitif mengenai insiden ini.

"Mengapa penduduk setempat langsung tidak terpengaruh dengan 'provokasi purba' ini," seloroh Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut kepada wartawan, selepas melawat lokasi kejadian.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan tahniah kepada komuniti setempat kerana menolak provokasi yang menguntungkan pembangkang Umno Barisan Nasional sahaja.

Sebelum itu, Anwar mengadakan interaksi dengan komuniti setempat serta mendapatkan membalas mengenai insiden itu daripada wakil AMK Cabang Bukit Mertajam, Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Nasser.


Hadir sama, Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK Malaysia) dan Dr. Afif Baharudin (Ketua AMK Pulau Pinang) lapor Blogger Pembela Guan Eng di SINI

Sebenarnya kalau nak dianggap sebagai 'Provokasi Purba' tu.. taklah purba sangat.. sebabnya insiden seperti ini telah berlaku sekitar tahun 1945 pihak British telah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Dimana pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir.

Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu.

Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005.

Cerita penuh yang tak ditulis dalam buku sejarah ni silalah baca di ( SINI )

Tiada ulasan: