Khamis, 20 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ulama Muda UMNO tampil pertahan Mahathir dan Kassim Ahmad (Video Inside)

Posted: 20 Feb 2014 06:57 AM PST


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang disifatkan cuba mentafsirkan al-Quran.

Menurut Zamihan, tindakan Kassim Ahmad itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang antihadis apabila mempertikaikan kandungan hadis-hadis sahih.

"...kesal dengan kenyataan celupar Kassim yang menghina Rasulullah SAW...ingin mentafsirkan semula al-Quran, menyamakan ulama dengan kasta paderi serta bertindak ingin meruntuhkan badan autoriti agama di negara ini.

"Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Kassim cuba mentafsirkan al-Quran dengan kenampakan akalnya yang cetek. Ia juga memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang anti hadis sebenar apabila beliau mempertikaikan kandungan hadis-hadis sahih yang terdapat di dalam hadis Sahih Bukhari dan Muslim," katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, kenyataan Kassim Ahmad itu merendahkan martabat Rasulullah SAW serta biadab kerana menyamakan ulama Islam dengan paderi Kristian.

Manakala Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyahut cabaran PAS dengan mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad kerana dikatakan mempersoalkan umat Islam hari ini yang terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, Jakim perlu segera bertindak kerana kenyataan Kassim yang turut mengatakan rambut bukanlah aurat bagi wanita dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam sangat serius dan boleh menggelirukan umat Islam di Malaysia.

"Memang jika benar Kasim berkata demikian, ia satu keceluparan yang dahsyat, wajar di ambil tindakan kerana ia menghina Islam (menghina Allah), mencabar Majlis Raja-Raja Melayu serta kesannya boleh mengelirukan kefahaman terhadap Islam," kata Ibrahim.

Dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam.

"Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya.

"Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmadini.. sila baca kenyataan medianya di ( SINI )

Tetapi ini pula adalah ulasan Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari mengenai isu ini..


Asal video dari Abu Afiq Studio

'Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar'.. Cerita rekaan Cikgu Pro UMNO rupanya..

Posted: 19 Feb 2014 11:56 PM PST


Pada 15 Januari lalu, Sinar Harian telah melaporkan.. seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di Georgetown.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis perkataan ALLAH yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

"Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis 'Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

"Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam," katanya..

Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah...

Dan seperti biasa, oleh kerana laporan itu membabitkan negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan diterajui oleh DAP, ianya dijadikan modal untuk menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Blog-blog Pro UMNO.

Mereka sekali lagi cuba untuk menyemai perasaan benci orang Melayu yang beragama Islam terhadap Kerajaan Negeri dengan mengaitkan isu tersebut dengan MAIPP.

Kononnya MAIPP gagal menangani perkara tersebut kerana diperkudakan DAP..

Bagi mereka samaada laporan itu benar atau tidak bukannya isu yang penting tembak dulu kemudian baru tanya.. macam Zahid Hamidi kata dulu tu..

YB Malek Kassim dan PERKASA
Menurut EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato Abdul Malek Kassim laporan akhbar Sinar Harian smengenai perkara tersebut bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit.

Ini sejajar dengan kenyataan Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, yang mengatakan pihak polis tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak.

Malah pihak yang berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) yang turun padang menyiasat insiden itu.

Berikut adalah kenyataan media Dato Abdul Malek Kassim..

LAPORAN SINAR HARIAN BAHAWA PENGERUSI PIBG SEKOLAH MENENGAH HAJI ZAINAL ABIDIN MENDAKWA 3 LELAKI MENGEDARKAN BIBLE BAHASA MELAYU ADALAH PALSU SAMA SEKALI 
Golongan pelampau sama ada pelampau kaum, lebih-lebih lagi pelampau agama tidak ada tempat dalam mana-mana masyarakat. Ia perlu dibanteras sebelum benihnya tumbuh dan menjalar seluruh negara. Kini, golongan pelampau dan perosak dilihat cuba menganggu gugat keharmonian rakyat dengan provokasi fitnah berbaur perkauman dan agama. 
Sebelum PRU-13, Pulau Pinang dijadikan sasaran pendemo pro Umno/BN yang hampir saban minggu cuba menyalakan api perkauman dan agama. Namun, ia ditolak melalui undi popular rakyat sebanyak 68% yang memberi mandat kepada kerajaan PR. 
Kini strategi itu seolah-olah diubah dengan pendekatan yang berbeza namun matlamatnya yang sama. Kita yakin golongan perosak dan pelampau itu akan meneruskan agenda mereka lebih-lebih lagi ia seolah-olah direstui pihak tertentu. 
Rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan melalui provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir, adalah serangan provokasi 'bentuk baru,' semuanya bermotif jahat.

Edaran Bible Melayu ? 
Kita juga masih ingat awal tahun lalu, heboh kononnya bible berbahasa Melayu diedarkan kepada pelajar sekolah di negeri ini. Namun, siasatan pihak polis kemudiannya mendapati ia tidak berasas. Kini skrip yang hampir sama diulang lagi. 
Laporan akhbar Sinar Harian seorang guru menangkap tiga lelaki mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak-anak Melayu di Pulau Pinang, bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit. 
Sepertimana kenyataan Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak. 
Malah pihak yang berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) yang turun padang menyiasat insiden itu. Ini menimbulkan keraguan tentang kesahihah insiden itu sepertimana dilapor akhbar berkenaan 16 Februari lalu. 
Tambahan lagi Nor Amin Ahmad, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin yang bertanggungjawab atas kenyataan media itu difahamkan mempunyai kecendorongan fahaman politik yang berbeza dengan kerajaan negeri. 
Siasatan pihak saya pula mendapati wartawan berkenaan mula menghidu kisah itu melalui laman muka buku Nor Amin, lalu menghubungi beliau. 
Nor Amin mengakui kepada wartawan berkenaan beliau hanya mendengar kisah itu daripada seorang 'guru misteri,' yang kini sedang dijejaki pihak polis.

Tinjauan pihak saya mendapati Nor Amin telah memadamkan kisah itu dari laman muka bukunya. 
Saya menyeru pihak berkenaan bekerjasama dengan tampil mengemukakan bukti dan laporan, agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci.

Fitnah Haramkan Khutbah Jumaat 
Kini tersebar pula dalam 'blog picisan' dan media sosial bahawa kerajaan PR Pulau Pinang sedang merancang untuk mengharamkan khutbah Jumaat. Ia fitnah yang begitu meloyakan kerana khutbah Jumaat adalah sebahagian rukun sah solat Jumaat. Mengharamkan khutbah Jumaat seumpama mengharamkan solat Jumaat dan menutup masjid. Hanya mereka tidak waras akan mengeluarkan tohmahan sebegitu. 
Sebelum PRU lalu, pihak pelampau menghebohkan kononnya Pulau Pinang mengharamkan laungan azan. Fitnah itu termakan oleh sebahagian rakyat luar Pulau Pinang. Semua fitnah yang menjengkelkan itu langsung tidak berasas dan bermotif jahat. 
Kerajaan negeri sentiasa yakin bahawa saling menghormati, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai adalah asas untuk membina sebuah 'Pulau Pinang Baru.' Ia boleh dicapai apabila kita meraikan keunikan dan perbezaan sesama kita, bukannya melalui provokasi oleh pelampau kaum dan agama. 
Rakyat perlu tolak provokasi melampau oleh golongan pelampau.

Kenyataan media ini telah dikirimkan oleh Cikgu Zul Mohammed..

Terima kasih Cikguuu... tempoh gencatan senjata kita dah nak berakhir ni.. sikit hari lagi berperang pulaklah kita yaaa... he..he..


Direjam gara-gara miliki Facebook? Benar atau hanya satu propaganda.. tapi..

Posted: 19 Feb 2014 09:24 PM PST


Dua hari yang lalu seorang sahabat yang bukan beragama Islam telah menunjukkan kepada aku satu laporan dari Kwong Wah Yit Poh versi on-line tentang berita kononnya seorang gadis Syria telah dihukum rejam sampai mati kerana memiliki akaun Facebook.

Tiada sebarang caption diletakkan pada gambar itu, dan ini menyebabkan sahabat aku menganggap ianya adalah gambar dari tempat kejadian..

Dalam masa yang sama berdasarkan gambar tersebut beliau mengatakan undang-undang Islam yang diguna pakai ini amat kejam dan zalim..

Yang aku boleh nafikan ialah ini bukanlah apa yang telah ditetapkan oleh agama Islam melalui hukum Hudud, ianya kalau benar telah dijalankan oleh puak ektrimis dalam Islam..

Tentang berita itu pula samada ianya benar atau tidak, aku tak pasti sebabnya ia datang dari sebuah negara yang sedang bergolak..

Dan hari ini laporan mengenai insiden tersebut telah disiarkan oleh Sinar Harian di SINI , aku copy n paste kat bawah ni..

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook. 
Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral. 
Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut. 
"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu.

Ada yang mendakwa ini adalah satu propaganda pihak Syiah untuk memburuk-burukkan pihak lain dalam Islam kerana berita asal telah disiarkan oleh media Iran iaitu The Iranian FARS News Agency.

Ini apa yang dilaporkan oleh Iranian Fars News..

The Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) stoned to death a young Syrian girl for membership in Facebook social network.  
The ISIL militants took the Syrian girl, Fatoum Al-Jassem, to Al-Reqqa religious court and the judge ruled that membership in Facebook is tantamount to adultery and sentenced her to death by stoning, the Arabic-language Al-Rai Al-Youm reported.  
Also in the past 24 hours, the Popular Front for the Liberation of Palestine-General Command (PFLP-GC) announced that all foreign-backed militants who were stationed in Yarmouk Palestinian refugee camp in Southern Damascus have withdrawn from the camp. 
"The terrorists groups of Al-Nusra Front and Ibn Timieh and Al-Sahaba Battalion have withdrawn from Al-Salasin Street which was their last bastion in Yarmouk camp," PFLP-GC's Politbureau Chief Hessam Arafat said. .. more HERE

Siapa atau kumpulan mana yang disasarkan oleh mereka hanya mereka yang tahu..

Walau siapapun yang mereka sasarkan dalam laporan ini, ianya sebenarnya telah menjadikan bukan Islam yang percaya akan laporan ini semakin takut dan menjauhkan diri dari Islam...

Islam sekali lagi dilabel sebagai kejam oleh mereka.. macam yang kawan aku kat atas tu kata sebelum dijelaskan keadaan sebenar..

Tentang gambar yang disiarkan oleh kebanyakkan media itu pula, ianya adalah salah satu babak filem 'The Stoning Of Soraya M.'

 Ni thriller dari YouTube..

 

Teressa Kok takkan semua nak salah UMNO kot?.. Tengok betul-betul gambar-gambar ni...

Posted: 19 Feb 2014 07:19 PM PST


Bukan aku nak menyokong UMNO/BN dalam hal ini, tapi nampak macam ada benda yang tak kena dengan insiden bangkai ayam dan cat merah di pejabat Teressa Kok semalam yang menimbulkan beberapa persoalan..

Mula-mula kita baca dulu apa yang Malaysiakini laporkan tentang insiden ini..


.... Cat merah telah disimbah di tangga ke pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Bangkai ayam dan gambar Teresa turut ditemui pada kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, oleh pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut, Sim Foo Lan.

Sim kemudian memaklumkannya kepada Teresa dan membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Bercakap kepada media di tempat kejadian, Teresa berkata beliau percaya kejadian itu berkaitan dengan kontroversi video satira politik 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Beliau mendedahkan satu kalungan bunga pengebumian juga ditemui di depan pejabatnya awal bulan ini, pada hari keenam sambutan Tahun Baru Cina.

"Saya menyeru semua pihak, termasuk media sosial dan penulis blog untuk berhenti memainkan (isu ini). Mereka sudahpun memainkan isu ini selama dua minggu...

"Mereka harus tahu dari sarikatanya. Tidak ada apa-apa dalam kandungan video itu yang menghina orang Melayu atau pemimpin negara," kata Kok.

Naib pengerusi DAP itu bimbang keselamatan dirinya terancam oleh siri kejadian terhadapnya, termasuk demonstrasi di jalanan Kuala Lumpur, di mana sekumpulan NGO Islam menawarkan ganjaran wang untuk menamparnya.

Bagaimanapun, Teresa berkata, orang ramai juga "sangat marah" dengan semua kejadian yang berlaku itu.

Ditanya sama ada dia takut, Teresa berkata: "Ya dan tidak. Saya masih perlu meneruskan kerja saya dan menghadiri majlis untuk bertemu rakyat.

"Saya tidak mempunyai pengawal peribadi. Tetapi apabila saya menghadiri majlis, akan ada lebih ramai orang bersama saya."

Sambil mengutuk kejadian hari ini, Teresa berkata beliau kesal dengan kejadian itu kerana tangga tersebut dikongsi oleh pemilik lapan unit lain di situ.

Sim, yang turut menghadiri sidang akhbar itu, berkata beliau mengesyaki kejadian itu berlaku antara pukul 11 ​​malam semalam dan 6 pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh beberapa pekerja restoran di sebelah bahawa semua itu tidak ada apabila mereka balik pada jam 11 malam semalam.

"Tetapi mereka mendapati cat disimbah di tangga itu semasa mereka membuka restoran itu kira-kira jam 6 hari ini," kata Sim...


Persoalan yang timbul dalam hal ini bila gambar-gambar insiden tersebar dalam alam maya ini..


1- Bagaimana bangkai ayam itu boleh diletakkan ditangga sedangkan bangkai ayam tersebut kelihatan lebih besar dari jeriji besi itu?.. tengok gambar ayam itu yang dipegang anggota Polis di bawah..



2- Bagaimanapula Pengurus syarikat pengurusan blok pejabat tersebut boleh mengetahui kertas yang dilipat itu adalah gambar Teressa (gambar atas) sedangkan ianya berada di dalam dan jeriji besi tersebut dikatakan hanya dibuka setelah pihak Polis tiba?

3 - Paling menarik ialah... kenapa cat merah yang didakwa dilontar dari luar itu, langsung tidak terpercik ke jeriji besi yang berkunci itu?.. tengok gambar di bawah..


4- Tengok juga gambar dibawah ini.. ketepatan cat dilontar juga amat mengkagumkan, selain tidak langsung menyentuh jeriji besi, dinding luar pejabat juga tak terkesan..


... Kerja siapa agaknya?.. kerja orang luar atau orang dalam? Takkanlah semuanya nak disalah kan UMNO/BN kot?..

Lainlah kalau sipelaku itu menggunapakai satu teknologi persenjataan yang baru yang sedang dibangunkan oleh Zorg Industries dari US tu..

Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah peluru yang akan meletup setelah ianya ditembak selepas ianya melepasi dinding sesebuah bangunan...

Siapa yang minat nak tahu pasal teknologi tu sila baca di SINI

Apapun.. encik-encik Polis siasatlah sebaik mungkin dan selamat menjalankan tugas...

Kenyataan penuh JAKIM berhubung isu Kassim Ahmad yang disokong mantan Presiden UMNO...

Posted: 19 Feb 2014 03:00 PM PST


Mula-mula kita baca dulu apa kata mantan Perdana Menteri merangkap mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohammed dalam mempertahankan kenyataan Kassim Ahmad..

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya lapor Malaysiakini di SINI

BERIKUT pula adalah kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi'e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur'an berdasarkan ijma' ulama.

v) Penafsiran semula al-Qur'an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi) Teori "Kod 19" oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran

vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.

Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri.

Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Manakala ini pula adalah individu-individu yang bertanggungjawab menganjurkan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana Precint 8, Putrajaya pada Sabtu dan Ahad lalu..

Profesor Doktor Abdul Rahman Shaari (dua dari kiri) bersama rakan-rakan
 Sumber gambar datangnya dari SINI

Tiada ulasan: