Ahad, 2 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


MAIS ugut akan tangkap Anwar jika beri tazkirah?

Posted: 01 Feb 2014 10:03 PM PST


Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor. Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.

Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.

"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.

Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.

Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.

Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.

Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.

Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.

"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya ~ The Malaysian Insider

Sekitar Sesi Penerangan Isu Kajang di Permatang Pauh oleh Anwar Ibrahim (Gambar)

Posted: 01 Feb 2014 07:53 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.


"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 Ahli Jawatankuasa Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam, malam tadi.

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.


"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik daripada aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Anwar berkata, beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas lapor Bernama.

Antara pemimpin yang hadir..

Cikgu Man, ADUN Lunas sebagai pengacara majlis
YB Shuhaimi Shafie ADUN Sri Muda, Selangor
Saudara Zolkifly Md Lazim mewakili PAS
Chegu Bard turut hadir..
Lagi gambar-gambar sekitar sesi penerangan ini sila lihat di SINI

Tiada ulasan: