Anak Sungai Derhaka |
- Harussani hairan bagaimana Mahathir terpengaruh ajaran sesat ..
- Terbangun dari tidur.. Pak Lah kata BN boleh menang DUN Kajang..
- Isteri Rayu Calon Bebas Tidak Malukan Diri Sendiri Tanding DUN Kajang
- Anak Pasangan Malaysia di Sweden dakwa dipukul berkali-kali hingga lali..
- Dua lagi Menteri dijangka undur dari kabinet Najib..
- MAS rugi lagi!! Kali ini RM1.174 bilion pula... tapi AirAsia untung..
Harussani hairan bagaimana Mahathir terpengaruh ajaran sesat .. Posted: 19 Feb 2014 06:01 AM PST Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang juga peneraju Perdana Leadership Foundation kerana menyokong dan mempertahankan pemikiran songsang, Kassim Ahmad. Menurutnya, tindakan itu telah memberi ruang untuk menyegarkan semula fahaman terpesong itu walaupun ianya telah difatwakan oleh kebanyakan negeri sebagai pemikir yang sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam. "Saya hairan bagaimana Mahathir boleh terpengaruh dengan ajaran sesat Kassim Ahmad hingga sanggup mempertahankannya. "Saya mengecam bekas perdana menteri (Mahathir) yang menyokong dan mempertahankan (kenyataan Kassim)," kata beliau dalam sidang media di pejabatnya, dekat sini hari ini. Harussani menjelaskan, kerajaan perlu menguatkuasaan undang-undang selaras dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh banyak negeri termasuk Perak dan bertepatan dengan rukun negara iaitu Kedaulatan Undang-Undang agar golongan sesat seperti Kassim Ahmad boleh diambil tindakan. "Tidak ada gunanya bertempik bahawasanya perlembagaan Malaysia ada begitu begini tapi perlaksanaanya tiada. "Kassim Ahmad sepatutnya wajib diambil tindakan kerana beliau telah difatwakan sesat oleh banyak negeri dan telah digazetkan," jelasnya lagi. Harussani menyatakan, kenyataan Kassim Ahmad sangat merbahaya kepada akidah umat Islam kerana tokoh anti hadis itu menyangkal beberapa perkara pokok dan asas dalam agama Islam. Kassim Ahmad katanya menyerlahkan lagi kejahilannya apabila meletakkan ulama Islam sebaris dengan kasta paderi, begitu juga dalam mengistinbatkan ayat-ayat hukum berkaitan aurat. "Saya menyeru Kassim Ahmad dan mereka yang bersetuju dengan pandangan beliau supaya bertaubat," katanya. Jelas beliau, Kassim bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa arab dan ilmu-ilmu usul fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum sebaliknya hanya menggunakan ilmu logik. "Saya menyeru kepada semua umat Islam agar jangan terpengaruh dengan ucapan beliau (Kassim Ahmad) kerana ia secara jelas bercanggah dengan asas-asas ajaran Islam," tegasnya. ~ Harakahdaily |
Terbangun dari tidur.. Pak Lah kata BN boleh menang DUN Kajang.. Posted: 19 Feb 2014 04:30 AM PST Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah halangan besar untuk Barisan Nasional (BN) menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada pilihan raya kecil 23 Mac itu. Katanya, BN boleh memenanginya jika berjaya menjelaskan isu semasa yang dibangkitkan terutama daripada pembangkang. "Peluang itu ada kalau kita (BN) boleh menjelaskan dan memberi keterangan dengan baik kepada pengundi di sana. Jika perlu kita menghadapinya, kita perlu buat dengan baik. "Jika kita mampu menyampaikan hujah yang baik kepada pengundi untuk meyakinkan mereka, saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar 'Memperingati Allahyarham Profesor Datuk Dr Mohamed Mackeen Abdul Majid', bekas pensyarahnya ketika di Universiti Malaya, di Kuala Lumpur, hari ini. Abdullah berkata, sekiranya BN gagal memberi penerangan atau tidak bersatu padu dalam melaksanakan kempen pilihan rayanya, maka peluang untuk merampas kerusi DUN Kajang itu, yang sebelum ini disandang PKR, agak sukar. Ditanya mengenai tindakan BN yang masih belum mengumumkan calon untuk bertanding di PRK DUN Kajang itu, Abdullah berkata, terpulang kepada pimpinan tertinggi BN untuk mengumumkannya pada bila-bila masa yang mereka rasakan sesuai. PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lalu. PKR menamakan Anwar sebagai calon parti itu, sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, turut menyatakan hasrat bertanding di PRK itu sebagai calon bebas. - Bernama |
Isteri Rayu Calon Bebas Tidak Malukan Diri Sendiri Tanding DUN Kajang Posted: 19 Feb 2014 01:09 AM PST Isteri kepada seorang Calon Bebas berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan. Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat. "Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu. "Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli. "Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini pada Selasa. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag #Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu. Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan. Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar. Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta. Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja. "Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka. "Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan," tuturnya. ~ mStar |
Anak Pasangan Malaysia di Sweden dakwa dipukul berkali-kali hingga lali.. Posted: 18 Feb 2014 09:36 PM PST Jika selama ini kita hanya mendengar dan membaca dakwaan kononnya pasangan Malaysia yang berkerja di Sweden direman kerana memukul anak mereka yang enggan solat, ini pula adalah apa yang didedahkan oleh anak-anak mereka sendiri dalam Mahkamah. Pasangan tersebut yang dituduh memukul anak-anak mereka di Sweden menghadapi perbicaraan di Stockholm pada Selasa, berhadapan dengan hukuman maksima sepuluh tahun penjara jika didapati bersalah. Salah seorang dari anak-anak mereka memberitahu kepada Mahkamah, kerana terlalu kerap dibelasah oleh kedua ibu bapa mereka, tiada lagi istilah sakit buat mereka.. Bagaimanapun bapa mereka semasa soal siasat berkata dia hanya memukul anak-anak beliau kerana mereka telah melakukan sesuatu yang salah dalam usaha untuk "mendisiplinkan mereka". Kenyataan kanak-kanak mencadangkan bahawa ibu mereka telah berulang kali memukul mereka. "Beliau memukul saya di belakang dan di kaki. Kemudian dia mencubit saya di telinga dan memukul saya di kepala," kata seorang daripada kanak-kanak tersebut. "Saya dijadikan sasaran untuk dipukul oleh ibu," kata seorang lagi kanak-kanak, sambil menambah bahawa ap dipukul ianya tidak lagi menyakitkan mereka. Kanak-kanak itu juga dilaporkan berkata bahawa ibu memukul mereka dalam tempoh beberapa tahun dengan tali pinggang, gantungan kot, dan sekeping kayu. Bagaimanapun Ibu mereka menafikan kebanyakkan tuduhan itu dan mendakwa beliau hanya memukul seorang kanak-kanak itu sekali.... Bacalah apa yang media Sweden laporkan ini.. Malaysians face court over child abuse claims A Malaysian couple accused of hitting their children in Sweden stood trial in Stockholm on Tuesday, facing up to ten years in prison if found guilty. One of their children said the frequency of the beatings meant they no longer hurt. The couple stood trial in the Solna District Court on Tuesday on charges of gross violation of their children's integrity (grov fridskränkning) and for assault. The children's statements suggested that the mother had repeatedly beat them. "She started hitting me in the back and on the leg. Then she pinched me on the ear and hit me on the head," one of the children said. The children said that the mother hit them over a period of several years with a belt, a coat hanger, and a piece of wood. The mother denies the majority of the accusations and claims to have only hit one child once. The couple has lived in Sweden for three years. The father, Azizul Raheem Awalludin, works for Tourism Malaysia in Stockholm and has worked for his country's tourism ministry since 2000. His wife, Shalwati Nurshal, is a secondary school teacher on unpaid leave. The Swedish foreign ministry said neither Awalludin nor Nurshal are registered as diplomats, leading prosecutors to conclude that diplomatic immunity does not apply in the case. Mirza Mohammad Taiyab, the head of Tourism Malaysia in Stockholm, is critical of the fact that the parents have sat in jail for so long. Kristofer Stahre, the mother's defence lawyer, told The Local recently that the situation was the result of a "clash of cultures". The case is not the first time a diplomat from abroad has got caught on the wrong side of the saw. In 2011, an Italian politician was convicted for assaulting his son during a Stockholm holiday, in a case that stirred heated debate in Sweden and Italy ~ The Local |
Dua lagi Menteri dijangka undur dari kabinet Najib.. Posted: 18 Feb 2014 06:56 PM PST Dua menteri Umno sudah menunjukkan mereka mahu keluar daripada Kabinet menjelang rombakan pada Jun, membayangkan peningkatan kejengkelan terhadap tanggapan tiada arah tuju dalam kerajaan, kata sumber dalaman parti. Ia sekurang-kurangnya membabitkan seorang menteri dalam pasukan ekonomi Putrajaya, yang berdepan dengan isu potongan subsidi, konsesi kenderaan import dan rundingan pakatan perdagangan Pacific Rim. "Mood di Putrajaya muram. Sekurang-kurangnya dua menteri mahu cepat keluar daripada kerajaan Najib," kata seorang ahli politik Umno kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada presiden parti dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Pencarian untuk menggantikan tempat itu kini bermula tetapi kekurangan bakat. Kita mempunyai sedikit sangat menteri atau ahli politik yang berkelayakan," katanya. Pasukan ekonomi Najib merangkumi dirinya sendiri sebagai menteri kewangan 1; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai menteri kewangan II; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; penasihat ekonomi, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Ahmad Husni dan Abdul Wahid mendiamkan diri sejak kebelakangan ini selepas Putrajaya membuat keputusan menarik balik kenaikan kadar tol yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau berkata kerajaan akan membayar RM400 juta kepada pemegang konsesi tol sebagai ganti rugi. Mustapa dan kementeriannya menjadi perhatian kerana masih belum lagi memuktamadkan sistem Permit Import (AP) untuk kenderaan, yang semakin meningkatkan harga, dan kerana masih berbincang dengan rakan kongsi dalam Pacific Rim untuk membentuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). Perdana menteri masih boleh menambah seorang lagi timbalan menteri dalam Kementerian Kewangan, ruang yang disimpan untuk MCA kerana parti komponen senior Barisan Nasional (BN) itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan berikutan kekalahan teruk dalam pilihan raya tahun lalu. Seorang pakar strategi Umno berkata, kemasukan MCA tidak akan memberi kesan besar terhadap kerajaan Najib, yang berdepan dengan perang prasangka lebih besar selepas pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan secara mengejut sebagai timbalan menteri, minggu lalu. "Kabinet seperti sudah tidak ada calon dan MCA tidak terlalu menonjol, maka kemasukan mereka nanti tidak akan mengubah apa-apa. "Kerajaan perlu cepat keluar daripada kesuraman ini dan bekerja kuat. Mereka tidak akan kehilangan apa-apa sehingga pilihan raya akan datang," katanya. Pengkritik berkata, pentadbiran Najib gagal meredakan peningkatan ketegangan perkauman dan agama dalam negara, terutama di Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir oleh pembangkang. Katanya, polis berjanji untuk bertindak tetapi setakat ini, hanya pemimpin pembangkang yang berdepan dengan cabaran besar. Najib juga berdepan dengan kritikan daripada parti Umno sendiri, terutama golongan veterannya, yang percaya bahawa perdana menteri perlu melakukan lebih lagi untuk memotong perbelanjaan, bukan semata-mata potong subsidi. "Kerajaan memerlukan kepimpinan lebih tegas dan lebih memahami apa yang berlaku dalam Malaysia. Mereka kelihatan seperti tidak tahu dan kadang-kadang, nampak tidak peduli. "Mungkin itu sebabnya mereka mereka berperasaan muram. Mereka tiada arah, tiada petunjuk dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan Putrajaya terus berkuasa," kata seorang ahli Umno. ~ The Malaysian Insider |
MAS rugi lagi!! Kali ini RM1.174 bilion pula... tapi AirAsia untung.. Posted: 18 Feb 2014 04:34 PM PST SYARIKAT penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang tahun lalu, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012. Kerugian itu direkodkan di sebalik peningkatan pendapatan kasar sebanyak 36 peratus iaitu RM254 juta bagi tempoh 12 bulan berakhir 31 Disember 2013 berbanding RM187 juta pada akhir 2012. "Bagaimanapun, pendapatan bersih selepas cukai merosot akibat penyusutan nilai lebih tinggi serta kerugian pertukaran mata wang asing," menurut MAS dalam satu kenyataan, semalam. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, tahun lalu adalah tahun mencabar kerana persaingan sengit yang memberi kesan kepada perolehan. "Fokus kami adalah untuk menambahkan hasil dan usaha ini menaikkan hasil syarikat sebanyak 11 peratus manakala trafik pula bertambah 27 peratus," katanya. Menurutnya, dengan persaingan semakin sengit, MAS menjangkakan tekanan ke atas perolehan syarikat itu akan berterusan. "Kami akan menambah usaha untuk mengurangkan kos dan menggunakan sumber kami dengan lebih baik. MAS kekal dengan komitmen kami untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi," katanya. Bagi tahun kewangan 2013, syarikat itu mencatatkan perolehan RM15.1 bilion, naik 10 peratus berbanding RM13.8 bilion pada 2012. Jumlah penumpang bagi kumpulan MAS pada 2013 turut meningkat sebanyak 28.5 peratus kepada 17.2 juta orang berbanding 2012. Setakat akhir 2013, kumpulan MAS memiliki 148 pesawat, termasuk enam pesawat penumpang terbesar dunia, Boeing A380.~ Sinar Harian Tapi Air Asia catat keuntungan dalam tahun yang sama .. Bila kroni-kroni UMNO menguasai GLC macam tu lah jadinya... pegang bussines apa pun lingkup.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan