Selasa, 18 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Khairy dedahkan punca P. Waytha Moorthy letak jawatan..

Posted: 18 Feb 2014 07:01 AM PST


Kalau benarlah apa yang didakwa oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai pemimpin Hindraf ini, maka tiada bezanyalah beliau dengan lain-lain pemimpin MIC..

Seorang sahabat suatu masa dulu pernah menyatakan, bukan Kerajaan Barisan Nasional tidak membantu kaum India tapi bantuan hilang ditengah jalan ditelan pemimpin MIC katanya..

Dari apa yang Khairy jelaskan dalam mempertahankan Najib melalui Twitter miliknya dari serangan Pemimpin Hindraf P. Waythamoorthy yang mendakwa beliau meletakkan jawatan Timbalan menteri kerana kegagalan Perdana Menteri dalam menjaga janji-janji kepada masyarakat India.

Ketua Pemuda Umno itu berkata Waythamoorthy mahukan kawalan ke atas dana yang dimaksudkan untuk masyarakat India tanpa melalui saluran yang betul.

Itu kelihatan menggunakan kaedah yang diguna pakai oleh kebanyakkan pemimpin MIC suatu masa lalu dimana bantuan untuk Kaum India disalurkan melalui mereka supaya boleh ditapis mereka..


Khairy tidak menjelaskan berapakah jumlah dana yang dimaksudkan, tetapi satu sumber kerajaan yang arif mengenai perkara di sebalik tabir isu ini telah mendedahkan kepada MalaysiaGazette

... DALAM satu sidang media hari ini, Pengerusi Hindraf mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan kerana mendakwa Perdana Menteri telah memungkiri janji yang dimeterai dalam satu memorandum di antara Barisan Nasional dan Hindraf.

Sidang media sehala (wartawan tidak dibenarkan bertanya soalan) selama 15 minit itu dijadikan platform P. Waytha Moorthy untuk menghentam kerajaan terutamanya Perdana Menteri tanpa menjelaskan sebab sebenar peletakan jawatan beliau.

Berulang kali beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri telah memungkiri janji namun Waytha Moorthy gagal menyatakan secara terperinci mengenai apakah janji yang telah dilafazkan oleh Najib sebelum ini.

Seorang sumber kerajaan yang arif mengenai perkara di sebalik tabir isu ini memberitahu MalaysiaGazette, Waytha Moorthy telah menghantar cadangan kepada Perdana Menteri pada Jun tahun lalu supaya sebuah Unit Pembangunan Komuniti India ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana beliau bertanggung jawab terhadap jabatan tersebut.

Jabatan berkenaan akan dilengkapi dengan Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP), Timbalan Ketua Pengarah, pegawai pentadbiran serta mempunyai kuasa eksekutif dan bajet tersendiri untuk melaksanakan program-program pembangunan kaum India yang telah dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman BN-Hindraf.

Dengan itu, Waytha Moorthy telah meminta bajet operasi sejumlah RM70 juta setahun untuk tempoh 2013 sehingga 2017 bagi membiayai operasi yang terdiri daripada 231 kakitangan awam dan 300 kakitangan daripada Hindraf.

Selain bajet operasi, Waytha Moorthy turut meminta bajet berasingan berjumlah RM4.5 bilion setahun selama lima tahun untuk melaksanakan program-program yang telah dipersetujui dalam MoU BN-Hindraf.

"Kaedah pelaksanaan yang dicadangkan Waytha Moorthy bercanggah dengan sistem penyampaian kerajaan di mana Hindraf mahu menjadi penyudah (final touch point) inisiatif kerajaan kepada masyarakat India.

"Cadangan tersebut bagaimanapun tidak dilaksanakan kerana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini," kata sumber tersebut lagi.

Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, katanya, Waytha Moorthy tetap menggesa Perdana Menteri supaya meluluskan bajet berjumlah RM4.5 bilion yang akan diletakkan di bawah Hindraf.

Sekali lagi, Najib bertegas menolak permintaan tersebut kerana perkara seumpama itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Daripada menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri di atas kegagalan pelaksanaan memorandum tersebut, Hindraf sepatutnya mengakui kesalahan sendiri dan memikul tanggung jawab terhadap kegagalan pelaksanaan program-program untuk membantu kaum India," katanya. - MalaysiaGazette

Korang ingat lagi tak ayat ni.. MAKKAL SAKHTI!!

Tentu ingat lagikan... sebab Anwar Ibrahim sering melaungkannya dalam setiap ceramah ketika Hindraf bersama Pakatan Rakyat suatu masa dulu..

Ada hikmah rupanya kenapa Pemimpin Hindraf ini tidak kekal bersama Pakatan Rakyat... perangai dia sama macam perangai pemimpin MIC..

Bayangkan jika beliau kekal bersama Pakatan Rakyat sehingga selepar PRU13 yang menyaksikan Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya.. dan beliau umumkan menyokong BN disaat-saat Anwar berhadapan denga PRK Kajang..

Tentu amat mengecewakan ramai...

Tapi jangan takut.. kalaulah sekarang selepas meletakkan jawatannya dari kabinet Najib beliau menghampiri Anwar mungkin beliau akan diterima semula untuk bersama Pakatan Rakyat..

Sebab Anwar Ibrahim tak pernah serik!!

Yang tak faham Bahasa Malaysia tu sila baca di The Malay Mail Online di ' Waythamoorthy quit over fund 'control' issues, minister claims '


KeAdilan minta penjelasan Suara KeAdilan kerana siar artikel Hishamuddin Rais?

Posted: 18 Feb 2014 03:45 AM PST


PKR yang seringkali memperjuangkan kebebasan media dikatakan mengeluarkan arahan meminta akhbar rasmi mereka, Suara Keadilan untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel kolumnis, Hishamuddin Rais bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.

Menurut satu sumber, arahan itu dikeluarkan minggu lalu secara lisan kepada pengarang Suara Keadilan, tanpa menyatakan tarikh berbuat demikian.

"Seseorang daripada pemimpin PKR tidak berapa senang dengan tulisan artikel tersebut kerana dikatakan mengkritik kepimpinan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali secara keterlaluan, tambahan pula ia disiarkan di akhbar rasmi parti sendiri. Kerana itu mereka meminta penjelasan bagaimana artikel itu dilepaskan untuk disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam.

"Tidak ada penarikan, saya tidak dengar mengenai itu, Suara Keadilan hanya diminta beri penjelasan dan ia disampaikan melalui komunikasi tertentu, tiada surat atau apapun," katanya.

Artikel "Khalid dan Azmin" ditulis Hishamuddin dan disiarkan dalam ruangan kolumnis Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu, dan turut disiarkan di portal berita Malaysiakini.

Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR," tulis artikel tersebut.

"Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memiliki DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA 'budak ekonomi' United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit," tulis Hishamuddin dalam artikel tersebut.

Hishamuddin ketika diminta mengulas tulisan itu, menegaskan beliau mengeluarkan pandangan secara peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

"Memang saya bertanggungjawab 100% setiap tulisan saya, namun selepas ia disiarkan, sahih atau tidak itu terpulang kepada pembaca untuk menilai, sekiranya mereka merasakan sebegitu, maka ia diluar kemampuan saya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Hishamuddin, beliau mengamalkan kewartawanan Gonzo dalam penulisannya.

"Saya tidak kata siapa-siapa, siapa yang terberak dialah yang terbau kentot," katanya.

Kewartawanan Gonzo merujuk kepada gaya kewartawanan yang ditulis tanpa tuntutan objektiviti sebagaimana laporan di mana seseorang wartawan juga dimasukkan sama.

Perkataan "Gonzo" mula digunakan pada tahun 1970 untuk menggambarkan satu artikel yang ditulis oleh Hunter S Thompson. Kemudian ianya menjadi pop.

Istilah 'gonzo' telah ditakrifkan dalam kesusasteraan akademik sebagai cara dan bentuk penulisan yang bertenaga di mana penulis juga menjadi protagonis.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan parti itu ada mengeluarkan arahan penarikan atau meminta Suara Keadilan memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel tersebut, bagaimanapun mengakui isu tersebut ada dibincangkan.

"PKR tidak langsung mengeluarkan sebarang arahan meminta Suara Keadilan menarik kembali artikel atau memberi penjelasan, tambahan pula isu berkenaan kini masih lagi berada di tahap perbincangan," katanya.

Beliau juga menegaskan pihak parti memahami dan menyokong kebebasan media, kerana itu memutuskan Suara Keadilan bergerak bebas biarpun dikenali sebagai lidah rasmi parti.

"Isunya di sini apabila terdapat sesetengah pemimpin yang namanya dikaitkan dalam artikel tersebut menyuarakan hal itu, bagaimanapun parti masih tidak memutuskan apa-apa lagi, dan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik malam ini," katanya.

Penang pertimbang untuk Haramkan Khutbah Jumaat?.. Durjana punya fitnah nih!

Posted: 18 Feb 2014 12:00 AM PST


Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.

Tweet tersebut dihubungkan dengan artikel di sebuah berjudul "Penang pertimbang haramkan Khutbah Jumaat" di blog yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Mohd Haris Zuan Jaharuddin menafikan blog itu diuruskan Pakatan. 

Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.


Akaun Twitter itu dikatakan milik Abdul Aziz Johari, yang didakwa bergiat dalam Pemuda Umno Kuala Nerus, Terengganu.

Tweet yang dirujuk itu berbunyi: "Bukan kuasa Penang pun, kalu buat juga, 'kompem' (sah) perang."~ Malaysiakini


Anwar masuk Gereja kecoh.. Najib masuk Gereja ni macai buat bodoh..

Posted: 17 Feb 2014 08:11 PM PST


Sebagaimana yang telah dijangka kemunculan DS Anwar Ibrahim Ahad 16 Februari lalu di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang dalam 'Majlis Perjumpaan Bersama Anwar Ibrahim' telah dijadikan isu oleh macai-macai yang ketandusan isu.

Ada yang mendakwa bila dah gila kuasa Anwar sanggup tunduk pada salib, ada yang mempersoalkan adakah PAS turut setuju dengan tindakan Anwar itu?

Dan ada juga yang mempersoalkan apakah keuntungannya kepada ummat Islam dengan tindakan Anwar itu?

Malah paling menarik seseorang yang dipercayai macai tegar UMNO telah menulis dalam laman Facebook miliknya.

"HUKUM ORANG ISLAM LELAKI ATAU WANITA YG MASUK KE GEREJA ATAU RUMAH IBADAT YG LAIN....

"KITA BAHAS ANTARA KATA ULAMA DAN KATA IR HJ HANAFI DAN MACAI YG LAIN....

"NI KATA IR HJ HANAFI.......Dalam masjid, ulamak pun kalah Dalam gereja, gadai kalimah Allah Itulah dia perangai si sesumpah Yang kemaruk kuasa memerintah Umat Islam lemah berpecah belah Angkara si haramjadah



"INI KATA PARA ULAMA...............................

Para fuqoha berbeda pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.

1. Yang Memakruhkan

Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahwa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.

Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syetan bukan karena seorang muslim tidak punya hak untuk memasukinya. Keterangan ini bisa kita dapati pada kitab Hasyiyah Ibnu 'Abidin jilid 5 halaman 248.

2. Yang Membolehkan 

Para ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahwa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya.

Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut.

Keterangan seperti ini bisa kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572.

Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan.

Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama.

Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya kecuali jika dianggap perlu dan mendesak.

Yang Mutlak Diharamkan 

Sedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram.

Keharaman ini berangkat dari perkataan shahabat Umar bin Al-Khattab ra: "Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, karena kemarahan Allah akan turun kepada mereka." (Silahkan lihat kitab Al-Adab Asy-Syar'iyyah jilid 3 halaman 442).

Nasihatnya buat Ir Haji Hanafi dan macai-macai UMNO sekelian..

"Nasihat aku mudah jer cakap ler dengan pekara yg kamu paham jer.....kalo x paham x payah cakap kerana cakap kamu akan menyesatkan orang lain...

Dipetik dari Facebook kat SINI

Cuma yang aku hairan dalam hal ini ialah kenapa bila Anwar Ibrahim melangkah masuk ke dalam Gereja ianya dijadikan satu isu oleh macai-macai, seolah-olah Anwar telah melakukan satu dosa yang amat besar..

Tetapi bila Najib sendiri telah berada dalam Gereja bagi meraikan sambutan perayaan Krismas, macai-macai buat bodoh pulak...

Gambar dari The Malaysian Insider

Lepas MCA, Bekas rakan pulak nak kuburkan Anwar di Kajang...

Posted: 17 Feb 2014 04:30 PM PST


Yang menariknya dalam menghadapi PRK Kajang ini, media-media tunggangan UMNO/BN tidak lagi mengguna pakai kaedah biasa yang dah basi mereka..

Biasanya dalam menghadapi setiap PRK jika yang bertanding itu DAP maka keluarlah laporan Ahli DAP berbondong-bondong keluar DAP..

Begitulah juga jika yang bertandaing dalam PRK itu PAS atau PKR, maka berbondong-bondonglah ahli-ahli parti tersebut keluar parti.

Paling hebat ialah ahli PKR, kalau dicampur semua ahli PKR yang dah keluar parti tu.. mungkin sekarang ni PKR tinggal Wan Azizah dan Anwar Ibrahim saja..

Mungkin awal lagi kot.. buat masa ini sasaran serangan peminpin UMNO/BN ialah Anwar Ibrahim dan juga Anwar Ibrahim saja...

Selepas MCA nak kuburkan Anwar di Kajang.. muncul pula laporan bekas rakan mahu Kajang menjadi kubur politik Anwar..

SHAH ALAM 16 Feb. - Kemunculan beberapa bekas rakan seperjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri sebagai calon Bebas untuk menentangnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada bulan depan menunjukkan banyak persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, belum dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, perkembangan tersebut sebenarnya sesuatu yang baik kerana banyak agenda tersembunyi Anwar dapat didedahkan kepada rakyat.
Menurutnya, rakyat khususnya pengundi di DUN Kajang perlu tahu siapa diri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sebenarnya.
"Mereka boleh mendedahkan tentang diri Anwar, apa yang tersirat dan tersurat dalam agenda politik kotornya.
"Lebih ramai menjadi calon lebih bagus supaya tidak memberi laluan mudah kepada Anwar nanti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ramlan, 50, yang pernah menyertai demonstrasi jalanan pada akhir 1990-an juga menawarkan diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN Kajang, 23 Mac ini.
Selain Ramlan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar turut menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK DUN Kajang.
Terbaru hari ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di DUN Kajang.
Sehubungan itu jelas Ramlan, BN seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk menentang Anwar habis-habisan.
"Biarlah Kajang menjadi kubur politik Anwar," katanya.

Ha..ha.. ha.. ramainya nak kuburkan Anwar kali ni..

Sebelum ini Khairy, lepas Khairy. PapaGomo pulak.. lepas PapaGomo. MCA pun nak kuburkan Anwar.. bacalah di SINI

Tiada ulasan: