Khamis, 13 Februari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lukisan bertajuk 'ABU' ditarik balik dari Balai Seni..

Posted: 13 Feb 2014 06:49 AM PST


Dua karya seni yang merupakan sebahagian daripada satu peraduan seni perdana di Balai Seni Visual Negara di Kuala Lumpur telah ditarik balik semalam.

Satu daripadanya ialah lukisan yang mengandungi perkataan "ABU=ASHES" manakala yang satu lagi ialah baju-T yang dicetak dengan huruf Arab 'Fa' dan 'Qof', oleh artis Izat Arif.

Kedua-dua karya itu telah ditarik balik sebelum berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi peraduan Bakat Muda Sezaman 2013 yang dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semalam.

Lukisan bertajuk "alksnaabknuaunmo" oleh Cheng Yenpheng dipercayai ditarik balik petang semalam, walaupun kedua-dua karya terpilih ke ke peringkat akhir peraduan itu.

Menurut kurator dan salah seorang juri peraduan itu, Nur Hanim Khairuddin, tiada penjelasan diberikan oleh pihak galeri keputsan menarik balik secara tiba-tiba lukisan itu yang telah dipamerkan di situ sejak bulan Oktober.

Sebenarnya, kata beliau, pihaknya terkejut kerana ada sesi meja bulat antara juri dan pentadbir Balai Senidan lampu hijau telah diberikan untuk lukisan tersebut.

Dari sudut pandangan juri, katanya, lukisan tersebut telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam katalog dan pihaknya tidak dimaklumkan ia akan ditarik balik.

"Saya mempersoalkan etika Balai Seni mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi.

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube pada November 2013, menunjukkan Cheng menyembur perkataan 'ABU=ASHES' pada lukisannya bagi "melengkapkan perkataan itu", yang sudah dipamerkan di galeri.

Dia kemudiannya menjelaskan definisi perkataan 'abu' dan perkataan 'ashes'.

Dalam klip yang berasingan, menunjukkan Cheng mengkritik tindakan menarik balik lukisan itu malam tadi.

Sambil memegang poskad lukisannya itu di hadapan dinding di mana lukisannya dipamerkan sebelum ini, dia berkata: "Ini lukisan saya. Petang ini masih ada, sekarang tidak ada. Bolehkan sesiapa bagi saya mengapa."

Cheng didatangi pengawal keselamatan yang cuba merampas poskad itu darinya, dan mengiringi keluar, tetapi mereka yang hadir campurtangan bagi pihaknya dan memuji tindakannya itu.

ABU yang juga bermaksud 'Asalkan Bukan Umno'. Versi Bahasa Malaysia 'Asalkan Bukan Umno' juga anagram tajuk lukisan itu.

Perkataan ABU itu telah disembur pada dinding di seluruh Malaysia bagi memprotes hegemoni Umno.

Ketika dihubungi, Balai Seni berkata ia tidak boleh membuat kenyataan rasmi lagi kerana Ketua Pengarahnya, Haned Masjak tidak berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari akan datang.

Bakat Muda Sezaman - peraduan karya seni yang diadakan dua tahun sekali bagi artis-artis muda - diasaskan pada tahun 1974, dan telah melahirkan artis termasuk Noor Azizan Rahman Paiman dan Tan Chin Kuan.

Karya Cheng dan Izat juga disiarkan di laman Facebook rasmi Bakat Muda Sezaman dan bahan publisiti rasmi Balai Seni untuk pamerah yang masih boleh didapati di lamanweb galeri nasional itu.

Tahun lepas, artis Anurendra Jegadeva disiasat polis berhubung lukisannya yang dikatakan menghina Islam.

Lukisan itu ditarik balik daripada pameran seni lukis 'M50 Selamat Hari Malaysia', sempena ulangtahun pembentukan Malaysia.

~ Malaysiakini

Pemilihan KEADILAN 2014: Notis akan dikeluarkan 17 Mac ini

Posted: 13 Feb 2014 05:04 AM PST


Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN dalam kenyataan hari memberitahu, pekeliling Pemilihan KEADILAN 2014 akan dikeluarkan Setiausaha Agung parti selewat-lewatnya 17 Mac ini.

Pengerusi JPP KEADILAN 2014, Datuk Johari Abdul berkata, 29 Mac depan hari pencalonan bagi pertandingan peringkat Pusat, iaitu bagi jawatan-jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Johari turut berkata, 4 hingga 13 April adalah tarikh pemilihan bagi Cabang-cabang KEADILAN di seluruh negara manakala pengundian dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) pada 25 April.

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) dijangka berakhir selewat-lewatnya pada 11 Mei, serentak dengan pemilihan bagi jawatan jawatan KEADILAN peringkat Pusat.

"Dijangka selepas 11 Mei keputusan akan diumumkan oleh Presiden parti (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail," kata Johari pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Kata Johari, pejabat Setiausaha Agung KEADILAN akan mengeluarkan senarai nama-nama anggota yang layak, mengundi seperti mana yang termaktub dalam peraturan pemilihan.

Johari mengingatkan syarat minimum had tempoh keanggotaan kepada mereka yang layak mengundi, iaitu 12 bulan bagi seseorang anggota.

Beliau turut menasihatkan anggota KEADILAN menyertai Pemilihan 2014 dalam suasana adil dan sihat

"Apa-apa kenyataan, ucapan atau bahan-bahan kempen semasa Pemilihan parti hendaklah berasaskan kepada rekod kerja calon, pencapaian dan perancangannya untuk parti," kata Johari.

Bagi Pemilihan KEADILAN 2014, Johari dibantu Timbalannya, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, bekas Senator Pulau Pinang, Datuk Mustafa Kamal Yusof, bekas ahli parlimen Merbok, Datuk Rashid Din, Pegawai Khas Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Malik Husin.

Antara ahli jawatankuasa lain bagi Pemilihan KEADILAN 2014 ialah Setiausaha MPN Negeri Sembilan, Sabaruddin Md Yassin, ahli majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Rahman Yaakob, bekas Pengerusi KEADILAN Sarawak,Wan Zainal Abidin Wan Sanusi serta pegawai ibu pejabat KEADILAN, Hanif Zuhdi.

~ KeadilanDaily

Pemuda UMNO Kedah gesa SPRM siasat kes balak kerajaan PAS.

Posted: 13 Feb 2014 12:19 AM PST


Pergerakan Pemuda Umno Kedah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memulakan siasatan berhubung dakwaan kes penyelewengan pelaburan balak oleh kerajaan PAS di Papua New Guinea.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata siasatan itu perlu dibuat supaya rakyat Kedah mengetahui intipati berkaitan salah guna kuasa yang berlaku semasa zaman pentadbiran allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar Kedah.

Beliau berkata, perjumpaan dengan SPRM itu bagi menyahut cabaran Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri sekarang pimpinan Barisan Nasional dan Umno mencari sebarang salah laku kuasa semasa Kedah diperintah PAS.

"Pada 2012, Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan berkaitan isu balak ini tetapi hingga sekarang masih dalam siasatan, jadi kita minta SPRM ambil tindakan segera berkenaan isu balak di Papua New Guinea yang mengalami kerugian sebanyak RM13.49 juta," katanya kepada pemberita di Pejabat SPRM di Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata, pada 12 Oktober 2008, Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menandatangani Perjanjian Penjualan Saham dengan MAS Incorporated (Papua New Guinea) Ltd (MAS) dengan membeli 70% saham dalam syarikat tersebut.

Pada 18 Oktober 2012, Pemuda Gerakan Kedah meminta menteri besar ketika itu (Azizan) memberi penjelasan berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang mengalami kerugian kira-kira RM13.49 juta.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, berkata berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara (2011), kerajaan Kedah mengalami kerugian dalam projek pembalakan dan perladangan yang didaftarkan di negara itu.

"Mahfuz berkata tiada sebarang salah laku pada zaman pemerintahan PAS tetapi di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa mereka menyalah guna tadbir urus kerana tidak melakukan perbincangan sebelum membuat pelaburan balak itu," kata Shaiful Hazizy.

Beliau berkata, sebelum melakukan pelaburan, kerajaan PAS sepatutnya merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk melabur yang akhirnya mengalami kerugian berjumlah jutaan ringgit.

Shaiful Hazizy berkata, SPRM perlu menyegerakan siasatan terhadap kes ini kerana tidak mahu rakyat Kedah berprasangka tidak baik terhadap kerajaan negeri sekarang. - Bernama


... Sikit info untuk dikongsi bersama.. pada 12 Oktober 2008..Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) pada zaman pemerintahan Pas Kedah telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham dgn MAS Incorporated (PNG) Ltd (MAS) bagi membeli 70 peratus saham dalam syarikat tersebut..

MAS merupakan syarikat yg didaftarkan di Papua New Guinea telah ditawarkan untuk membangunkan dua kawasan seluas 114,429 hektar di negara itu dan tanah2 itu merupakan milik syarikat Baina Agro Forest Limited dan Magarida Resources Development Ltd..

Jutaan ringgit didakwa digunakan untuk melobi projek berkenaan, manakala tuntutan perjalanan tanpa dokumen sokongan yang lengkap serta beberapa kos tak masuk akal juga direkodkan dalam Laporan Audit Negara 2011

Yahoo Malaysia nak cari pasal dengan Rosmah ke ni?

Posted: 12 Feb 2014 08:07 PM PST


Bersamalah kita nantikan apakah agaknya malang yang bakal menimpa Yahoo Malaysia ini, adakah portal ini akan digantung sepertimana yang talah dialami oleh 'The Heat' atau menghadapi demo dari macai yang taksub dengan Rosmah?

.... TAK sangka ada juga laman web yang berani cari pasal dengan Datin Rosmah.

Portal Yahoo Malaysia melaporkan di muka depannya berita dan video berkaitan tawaran untuk botakkan kepala Datin Rosmah.

Laman utama Yahoo Malaysia kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Bagaimana jika ada tawaran botakkan Rosmah?"

Ini satu penghinaan kepada pemimpin nombor satu negara merangkap Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi.

Mohon skuad pertahankan maruah isteri PM bertindak segera menebus maruah pemimpin nombor satu negara! ~ MiLo SuaM

Tiada ulasan: