Anak Sungai Derhaka |
- Penolong Jurulatih Dan Pemain T-Team Bersumpah Depan Al-Quran Di Hadapan Mat Said...
- Risalah ini bukan edaran DAP.. Macai mana punya kerja entahlah..
- Waythamoorthy serah surat letak jawatan petang tadi..
- Waytha Moorthy letak jawatan tapi tak serah surat letak jawatan.. Sandiwara apa ni?
- Taib Mahmud akui UMNO memang parti racist..
- Ketua PKR Cabang Baling letak jawatan dan keluar parti..
Penolong Jurulatih Dan Pemain T-Team Bersumpah Depan Al-Quran Di Hadapan Mat Said... Posted: 10 Feb 2014 08:31 AM PST Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam ini bersumpah dengan Al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Feb lepas. Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team. Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah Al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lepas. Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid. Bagaimanapun kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu. Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu agar tidak berbohong. Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar. "Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya. Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur. Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi. Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan. Beliau telah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang merupakan rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Feb -- BERNAMA Sebelum ini myMetro telah melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencabar pemain dan pengurusan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang beragama Islam bersumpah dengan al-Quran bagi mendedahkan kebenaran di sebalik insiden di terowong menuju bilik persalinan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru dalam perlawanan pusingan Piala FA menentang T-Team, Sabtu lalu. Katanya, beliau juga akan memanggil semua pemain T-Team termasuk Muhammad Irfan Abdul Ghani serta pihak pengurusan pasukan berstatus kelab itu untuk melakukan sumpah al-Quran di depannya sendiri dalam masa terdekat. "Sebagai orang Islam saya ingin lihat perkara ini benar, saya juga minta Johor DT (pemain dan pengurusan) bersumpah al-Quran kerana kita orang Islam. Dengan cara ini kita dapat pastikan siapa yang benar. "Saya akan turut panggil pasukan T-Team sama ada Isnin atau Selasa ini untuk dapatkan penjelasan sebenar dan akan minta pemain serta pihak pengurusan yang menyaksikan insiden itu agar bersumpah al-Quran di depan saya termasuklah Irfan," katanya selepas melawat Kampung Pelandan. Ahmad turut mempersoalkan kejujuran Irfan membuat laporan polis Rabu lalu apabila mendakwa tiada apa-apa berlaku ketika pemain dan pegawai kedua-dua pasukan berada di terowong stadium berkenaan. "Adakah dia (Irfan) nampak sendiri apa yang berlaku? Saya difahamkan dia pemain simpanan dan sudah tentu kalau ikut proses biasa ketika rehat, dia tak masuk dalam terowong kerana perlu memanaskan badan di padang," katanya. ... Apa dah jadi?? kerana sebiji bola Al-Quran jadi permainan .. nak bersumpah cari Al-Quran tapi bila memerintah tolak Al-Quran.. Kerana sebiji bola, Al-Quran jadi bahan mainan. Jika bersumpah sudah boleh buktikan kebenaran, eloklah mahkamah seluruh Malaysia ditutup. Apa Ustaz Azhar Idrus mengenai besumpah depan Al-Quran.. |
Risalah ini bukan edaran DAP.. Macai mana punya kerja entahlah.. Posted: 10 Feb 2014 06:32 AM PST Petang tadi aku terbaca tentang risalah menghasut orang ramai supaya tidak hadir ke rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina dalm sebuah Blog Pro UMNO. Kononnya ianya diedar DAP di Taiping bagi menghasut orang ramai supaya tidak hadir ke Majlis Sabutan Tahun Baru Cina peringkat Kebangsaan yang diadakan di bandar tersebut pada 8 Februari lalu. Ianya didakwa DAP punya angkara kerana dalam risalah tersebut terdapat logo DAP.. Apa yang telah diterjemahkan oleh Cucu Tok Wan dalam Blog The Flying Kick itu berbunyi seperti di bawah.. Barisan Nasional/UMNO tidak tahu menjaga hak kebebasan beragama, Seperti biasa sambutan Tahun Baru peringkat kebangsaan ini agak hambar sambutannya .sasaran kehadiran 30 ribu tidak tercapai. Bukan sahaja orang Cina kurang hadir ,orang Melayu tempatan pun tidak hadir. Budak-budak muda lebih suka tengok bola Perak lawan Kelantan pada tarikh itu di Stadium Perak. Persoalannya disini ialah benarkah DAP yang mengedarkan risalah tersebut? Ini jawapan dari Nga Kor Ming... "This card not produced by dap.Police report lodged in Ipoh." Macai mana punya kerja ni?.. tak ada kerja sungguh!! |
Waythamoorthy serah surat letak jawatan petang tadi.. Posted: 10 Feb 2014 03:55 AM PST Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) P Waythamoorthy meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini. Setiausaha PHM P Ramesh berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 5.05 petang. "Dalam surat peletakan jawatan itu, dijelaskan sebab-sebab kenapa beliau mahu melepaskan jawatannya dalam pentadbiran sekarang," kata Ramesh. Kenyataan ringkas dua perenggan sebentar tadi itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada jawatan senator yang disandang Waythamoorthy turut dilepaskan. Sebelum ini, Sin Chew Daily yang turut memetik Ramsesh melaporkan, Waythamoorthy juga menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai senator kepada Dewan Negara hari ini. Dua hari lepas, PHM mengeluarkan kenyataan yang mengumumkan Waythamoorthy akan meletakkan jawatan kerajaan berkuat kuasa hari ini ~ Malaysiakini |
Waytha Moorthy letak jawatan tapi tak serah surat letak jawatan.. Sandiwara apa ni? Posted: 10 Feb 2014 01:54 AM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak tahu mengenai peletakan jawatan P Waytha Moorthy seperti dilaporkan media hujung minggu lalu. Shahidan berkata, beliau tidak menerima sebarang surat rasmi peletakan jawatan timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi Hindraf itu. "Saya tidak tahu, saya belum terima apa-apa lagi. "Nak komen macam mana kalau saya tidak tahu," katanya kepada The Malaysian Insider merujuk kepada peletakan jawatan Waytha. Sabtu lalu, Setiausaha Hindraf, P Ramesh dilaporkan The Star berkata, Waytha akan meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini. Shahidan ketika dihubungi memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tidak dapat memberi komen lebih lanjut mengenai isu peletakan jawatan tersebut. "Saya ada perjumpaan dengan perdana menteri hari ini, tunggu sahajalah," katanya. Sementara itu, Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang juga mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang notis rasmi mengenai peletakan jawatan pemimpin Hindraf tersebut. "Ini bukan satu perkara besar kepada saya. Saya tidak terima sebarang surat ataupun panggilan telefon," kata Abu Zahar ketika ditemui di Parlimen. Waytha Moorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri oleh Datuk Seri Najib Razak selepas pilihan raya umum pada 5 Mei tahun lalu. Pelantikan beliau dilihat sebagai ganjaran kerana kejayaan mengembalikan semula sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu. Bagaimanapun, Waytha Moorthy sejak pada awal lagi dilihat sukar untuk bekerja dengan pemimpin BN khususnya Umno, perbezaan pendiriannya dengan pemimpin dalam pentadbiran Najib menjadi batu penghalang usahanya untuk bekerjasama. Sejak awal lagi bibit ketegangan kelihatan, Waytha Moorthy menerima tamparan pertama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memintanya supaya meletakkan jawatan kerana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa polis. Kurang tiga minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Waytha menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan BN. |
Taib Mahmud akui UMNO memang parti racist.. Posted: 09 Feb 2014 07:01 PM PST Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu. Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak. Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963. "Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya. Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura. Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia. Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik. Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN. Pelbagai tuduhan berlegar di media sosial dengan warga siber menuduh Putrajaya menghakis banyak hak Sarawak dan Sabah dalam perjanjian 18 perkara yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nisson, berkata Umno hanya "memahami isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam" manakala di Sarawak, parti seperti PBB perlu memenuhi kepentingan pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan agama dan mazhab. "Kita perlu menangani berbilang kaum, agama dengan berhati-hati untuk mengekalkan keharmonian sosial. "Di Sarawak, garis pemisahnya sangat nipis. Justeru, kami perlu bersikap lebih prihatin terhadap sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di Sarawak. "Oleh itu tiada siapa lagi yang memahami situasi ini lebih baik melainkan rakyat Sarawak sendiri," katanya menjelaskan parti tunjang BN di Semenanjung Malaysia itu sejak kebelakangan ini dilihat gagal menguruskan keperluan masyarakat pelbagai kaum. Pihak pembangkang, khususnya DAP juga tidak bersetuju cadangan kemasukan Umno ke Sarawak. Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen, menimbulkan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu apabila beliau menuduh Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai pro-Umno dan akan membawa parti Melayu itu ke Sarawak jika beliau menjadi ketua menteri . Abang Johari, timbalan presiden II dalam PBB, merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dikatakan bakal dipilih Taib sebagai ketua menteri bagi menggantikan beliau. Apabila Abang Johari menuntut Chong, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa dan ahli Parlimen Bandar Kuching menarik balik tuduhan itu, Chong berkata, beliau hanya akan melakukannya jika DUN membawa usul untuk mengharamkan kemasukan Umno ke Sarawak. Keengganan Chong mengalah menyebabkan Menteri Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem – seorang lagi yang dikatakan bakal dipilih menjadi ketua menteri – bertindak menggantung Chong. Chong masih digantung daripada sebarang persidangan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar baru-baru ini berkata, keputusan untuk membatalkan penggantungan Chong hanya akan dibuat apabila dewan bersidang pada Mei nanti. Chong bakal terlepas beberapa sesi pertama memandangkan Asfia berkata beliau tidak akan membuat keputusan di luar Dewan. Rundi berkata, tindakan Sarawak berpegang teguh dan menghormati perjanjian itu tidak membuatkan mana-mana rakyat Sarawak kurang kesetiaan kepada kerajaan persekutuan. "Kami 100% setia kepada Malaysia. Kami akan bersama-sama Malaysia di saat susah dan senang. "Tetapi hak Sarawak perlu dilindungi," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah Umno tidak berminat melakukannya. |
Ketua PKR Cabang Baling letak jawatan dan keluar parti.. Posted: 09 Feb 2014 04:30 PM PST Ketua PKR Cabang Baling, Telah mengumumkan keluar parti padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah. Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN berbuat demikian kerana setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti. Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dan sangat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat. Lim Chong Ann juga turut mendedahkan bahawa PKR mengamalkan kroni dalam Pembahagian anugerahan pingat kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pemimpin tertinggi dan kroni-kroni yang tidak membantu kepada parti mahupun rakyat. Pada Sidang akhbar tersebut Lim Chong Ann hanya keseorangan tanpa ditemani oleh mana ahli parti Cabang Baling. Beliau memaklumkan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling dan keluar dari Parti berkuatkuasa pada 3/2/2014 dan turut menghantar pimpinan PKR Negeri Kedah pada 5/2/2014.. Lapor sebuah Blog Pro UMNO dari Baling .. Kamera Kupang Setakat ini tiada penafian dari pihak PKR Baling, walaubagaimanapun alasan-alasan yang dikemukakan bukanlah satu alasan yang direka-reka.. ianya adalah benar.. Memang benar pihak pimpinan Pusat tidak mempedulikan Cabang-Cabang.. memang benar hanya kroni diutamakan. Dan memang benar pembahagian anugerah pingat kebesaran juga dibuat berdasarkan kroni atau lebih tepat lagi siapa pandai bodek dia dapat.. Kalau bukan kerana kroni, ianya dilantik demi kepentingan peribadi.. bak orang kata tanam budi.. Atau.. kalau tak pandai bodek konsep yang Najib praktikkan dalam PRN Sarawak suatu masa dulu iaitu 'You help me, I help you' digunakan.. Contohnya macam ni.. Aku bagi kat hang pingat Datuk.. Hang lantik aku jadi Ahli Lembaga Pengarah restoran nasi kandar hang.. Siapa terasa nasiblaa... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan