Addin |
- Rupanya Ini Pengganti Taib Mahmud?
- Berita Ini Tamparan Hebat Buat BN.. Saksikanlah
- Patutlah Anak Zahid Hamidi Nak Bertanding Di Kajang.. Ini Sebabnya
- Anwar Dedah Strategi Bertanding Di PRK Kajang
Rupanya Ini Pengganti Taib Mahmud? Posted: 08 Feb 2014 05:27 AM PST
"Saya perlu berfikir berkenaan beberapa perkara," kata Taib mengulas berkenaan pengumuman persaraan dan calon yang bakal menggantikannya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini. PBB adalah parti tunjang bagi Barisan Nasional (BN) di Sarawak. "Mesyuarat hari ini berlangsung lebih baik daripada yang disangkakan," kata Taib selepas mesyuarat majlis tertinggi di ibu pejabat parti itu di Kuching. Pengerusi tetap parti, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, pada sidang akhbar berkata, Taib meminta "tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan keadaan di negeri ini". Beliau berkata, PBB sebulat suara akan bersetuju dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih Taib sebagai penggantinya. Asfia, yang berkata resolusi memberikan Taib mandat dibentangkan oleh Menteri Tugas Khas Tan Sri Adenan Satem dan disokong Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, tanpa mendedahkan tempoh masa yang diberikan kepada beliau untuk membuat pengumuman. Adenan, ketua penerangan parti; Abang Johari, timbalan presiden II dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, naib presiden kanan, adalah tiga nama yang disebut-sebut oleh spekulasi selama bertahun-tahun untuk menggantikan Taib. Asfia membayangkan ketiga-tiga nama itu juga disahkan oleh parti. Adenan dilaporkan memilih pemimpin BN negeri paling kanan dan pemerhati politik sebagai ketua menteri akan datang. "Pengganti yang akan datang adalah penting kerana beliau adalah individu yang akan menerajui negeri BN dalam pilihan raya akan datang pada 2016," kata Asfia . "Oleh itu, beliau harus mempunyai sokongan padu daripada parti." Pengakuan Taib bahawa beliau bakal membuat pengumuman dalam masa dua hari dan pandangan majlis tertinggi bahawa beliau bakal Yang Dipertua Negeri (TYT) menjawab spekulasi meluas bahawa Taib akan dilantik sebagai ketua negeri seterusnya apabila tempoh TYT sekarang, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, berakhir pada 28 Februari. Asfia berkata majlis tertinggi berpendapat beliau perlu menjadi ketua negeri seterusnya sebagai mengiktiraf sumbangan beliau yang besar kepada negeri dan negara. "Beliau adalah tokoh yang tepat untuk menjadi TYT akan datang," tambah Asfia . Menteri Muda Pembangunan Belia Negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tiga hari lalu mencetuskan spekulasi terbaru berkenaan persaraan Taib apabila beliau memberitahu sebuah akhbar tempatan bahawa "ia bila-bila masa sahaja, yang pasti dalam tempoh ini". Berusia 78 tahun, Taib mentadbir Sarawak selama 33 tahun, memberi petanda pada pilihan raya negeri 2011 bahawa ia mungkin penggal beliau yang terakhir. Mandat kerajaan negeri berakhir pada 30 Jun 2016. Esok, Taib dijangka memaklumkan kepada rakan pakatan negeri dalam BN – Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak Parti Bersatu Rakyat (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) – mengenai keputusan parti dan untuk mendapatkan sokongan mereka di mesyuarat majlis tertinggi peringkat BN negeri. Presiden PRS Tan Sri James Masing, dalam reaksinya kepada keputusan majlis tertinggi PBB, berkata partinya akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Taib sebagai penggantinya. ~tmi Iklan C (ii) | ||
Berita Ini Tamparan Hebat Buat BN.. Saksikanlah Posted: 08 Feb 2014 03:31 AM PST Cerita mengenai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang panjang dan masih belum selesai.Malah kontroversi calon PKR Kajang turut berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu apabila penyandang sejak 2008, Lee Kim Sin diganti oleh Lee Chin Cheh yang dikatakan dipilih oleh pengerusi PKR negeri. Lee (Kim Sin) yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Lee amat popular, menewaskan penyandang sebelum itu, Datin Paduka Low Lee Leng dari MCA dengan majoriti 3,268 undi. Walaupun rata-rata membantah penggantian Lee itu, malah berkumpul di hadapan ibupejabat PKR membantah, sebelum Lee sendiri hadir meminta mereka bertenang dan menyokong keputusan parti. Beliau turut hilang seketika di arena politik sebelum muncul semalam ketika bertemu dengan penduduk Taman Delima, batu 13, Kajang. Lee hadir sendirian dengan berbaju Melayu sedondon dengan Anwar dan disambut rakan dan penduduk yang jelas mengenali beliau dengan sapaan 'Cikgu Lee'. "Bila ADUN sebelum ini letak jawatan, ada kawan SMS minta saya ganti. Saya kata ada yang lebih hebat dan sesuai untuk DUN Kajang iaitu ketua umum kita Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya dah rehat agak lama (dari politik) dan Datuk Seri Anwar masuk ajak saya bersama (dalam kempen), kita mesti menang dan terus cemerlang," kata beliau disambut tepukan gemuruh kira-kira 100 penduduk dan wakil Pakatan Rakyat. Beliau kemudian menegaskan bahawa kehadiran Anwar bakal membawa perubahan baik kepada dasar negeri Selangor dan penduduk Kajang serta mampu mendapatkan sokongan di kawasan majoriti Melayu seperti di Taman Delima itu sendiri. "Saya akan turun bersama tuan puan macam dulu jugak. Kita lawat rumah ke rumah. Kita duduk mencangkung di surau, kedai makan semualah macam dulu," katanya disambut dengan gelak ketawa hadirin. Anwar yang berucap kemudian memuji Lee atas kesanggupan beliau turun membantu PKR dan setia bersama walaupun tidak dipilih bertanding. "Cikgu Lee ini contoh ahli part yang setia dan komited dalam perjuangan. Dia kecewa dulu pun dia tetap dalam perjuangan parti," kata beliau. PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac depan dengan tarikh penamaan calon pada 11 Mac susulan peletakan jawatan ADUN PKR 27 Januari lalu. ~mk Iklan C (ii) | ||
Patutlah Anak Zahid Hamidi Nak Bertanding Di Kajang.. Ini Sebabnya Posted: 07 Feb 2014 08:19 PM PST Anak perempuan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang. Bercakap kepada Sinar Harian, Nurul berkata, keputusan terletak ditangan pucuk pimpinan siapa calon terbaik untuk kerusi itu. "Saya tidak boleh komen lebih-lebih, masih dalam perbincangan. Hasrat itu ada, saya percaya mereka yang rasa dirinya layak juga berhasrat perkara sama. "Apa-apa pun terserah pada pucuk pimpinan parti," katanya. Tegas Nurul, beliau berharap tidak ada pihak cuba mengeruhkan keadaan dengan membesarkan lagi cerita ini. "Saya hanya buka mulut pada rakan-rakan, saya minta pandangan mereka. Tidak tahu pula sampai kepada pengetahuan (media). "Saya tidak mahu ada pihak terguris hati, jadi saya tidak berminat untuk komen lebih lanjut. Lainlah jika memang sudah diumum sayalah calon itu," katanya. Menurut Nurul, jika perkara itu dibesarkan pihaknya bimbangkan akan memberi implikasi kepada BN dan juga bapanya. "Seperti mana orang tahu bapa saya berada dalam kepimpinan parti, jadi saya tidak mahu keruhkan hubungan dengan beliau, saya sangat hormati kedudukan beliau," katanya. Nurul yang merupakan anak jati Selangor itu memberitahu beliau sudah lama menetap di Kajang. ~sh Iklan C (ii) | ||
Anwar Dedah Strategi Bertanding Di PRK Kajang Posted: 07 Feb 2014 06:47 PM PST Kenaikan kos sara hidup selain polemik ketegangan kaum dan agama terus menjadi intipati utama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi Pakatan Rakyat (PR) yang berlangsung malam tadi di Dataran Prima Saujana, Kajang. Biarpun masuk hari ketiga ceramah diadakan, kempen PRK itu tetap mendapat sambutan daripada penduduk Kajang yang hadir, dan tumpuan sudah tentu diberikan kepada calon PR bagi kerusi DUN tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hujah Anwar itu didengar khusyuk oleh hadirin, biarpun duduk dalam keadaan kurang selesa dengan hanya beralaskan surat khabar selama hampir sejam ucapan berlangsung. Malah, sesetengah juga dilihat bersorak dan mengiyakan setiap kali Anwar, yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, berhujah. Selain itu, Anwar menyelar tindakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menawarkan ganjaran wang kepada sesiapa yang dapat menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari DAP. Anwar turut menyelar perbuatan lebih kurang 50 orang daripada NGO Islam itu yang bertindak menyembelih ayam dan melumurkan darah kepada kain rentang yang terdapat wajah pemimpin Cina DAP dan PKR. "Ini perbuatan paling tidak masuk akal NGO Islam... Islam apa ini? "Dan paling hairannya apabila berlaku insiden begini, di manakah pemimpin Umno? Di manakah pemimpin BN? Langsung tidak ada seorang pun yang tampil bercakap," katanya sambil disambut oleh hadirin, "Betul... betul itu, mana mereka berani nak kata, Datuk Seri." Program malam tadi turut dihadiri oleh beberapa pemimpin PR lain seperti Ahli Parlimen Subang Jaya, R Sivarasa, Tamrin Ghaffar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie. Terdahulu, Anwar menghadiri majlis minum petang bersama penduduk di Taman Delima, dan kemudiannya menunaikan solat dan tazkirah Maghrib di Surau Taqwa, Taman Kota Cheras. PRK Kajang terpaksa diadakan selepas bekas Adun PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang, Anwar yang dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor bagi meredakan ketegangan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi, berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi. Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain. Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pada Rabu, tarikh PRK bagi kerusi DUN Kajang jatuh pada 23 Mac. PR sudah mengumumkan secara rasmi, Anwar akan mewakili mereka. Sehingga kini, calon BN masih belum dikenalpasti. ~tmi Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan