Addin |
- Laluan Terowong Rahsia Di Putrajaya Terbongkar?
- Berita Mengejutkan Ini Di Sorokkan Oleh Media Pro Umno..
- Pakatan Rakyat Kalah Lagi..
- Berita Panas Dari Negeri Selangor.. Saksikanlah
- Pilihanraya Sarawak Diadakan Lebih Awal
- Biar Betul!! PAS Tetap Tolak Jadi Anwar MB Selangor
Laluan Terowong Rahsia Di Putrajaya Terbongkar? Posted: 07 Feb 2014 09:43 AM PST 1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 2. Susah hendak percaya? tetapi "Urban Legend" atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga. 3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok. 4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu "Keluar" atau "Kecemasan", untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh. 5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk. 6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat. 7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta "basement", paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja. 8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya. 9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya. 10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan. 11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit. 12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri. 13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART. 14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat. 15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. 16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini. 17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. 18.Beliau mencabar saya satu perkara…"Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?". 19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi. 20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang. 21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya. 22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad. 23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri. 24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan. 25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya. 26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar. 27.Kebangkitan akan bermula dari sini… ~isupanaz/militaryofmalaysia Iklan C (ii) |
Berita Mengejutkan Ini Di Sorokkan Oleh Media Pro Umno.. Posted: 07 Feb 2014 07:29 AM PST Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar. Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak."Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang. "Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga," kata Tamrin kepada Keadilandaily. Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri. Malah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet. Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib. Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13. "Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat," ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara. ~kd Iklan C (ii) |
Posted: 07 Feb 2014 02:17 AM PST Cubaan Pakatan Rakyat (PR) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi semua 222 kerusi Parlimen berakhir hari ini apabila Mahkamah Tinggi membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk mengenepikan percubaan tersebut. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengatakan tidak sepatutnya pembangkang yang tewas melawan keputusan PRU13 di Mahkamah Sivil. Pada 15 Julai lalu, PR menggesa mahkamah untuk mengenepikan keputusan bagi kerusi Parlimen dan membubarkan kepimpinan SPR serta mengadakan pilihan raya baru. PR mendakwa langkah ini diperlukan kerana kegagalan dakwat kekal didakwa mereka sebagai penipuan besar dalam PRU13 lalu. Selain daripada PKR, DAP dan PAS, plaintif lain dalam kes ini adalah Dr Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pengundi Arifin Rahman dan R. Rajoo. ~tmi Iklan C (ii) |
Berita Panas Dari Negeri Selangor.. Saksikanlah Posted: 07 Feb 2014 01:59 AM PST Mohamed Azmin Ali mengecam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya. Timbalan presiden PKR itu yang sebelum ini digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS berkata, Abdul Khalid tidak berperikemanusiaan dan tindakannya memecat 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) itu menyalahi undang-undang. "Pemecatan kakitangan PHSB bukan hanya melanggar undang-undang pekerja tapi adalah tidak berperikemanusiaan. "Abdul Khalid perlu berhenti guna PKNS sebagai alat politik untuk melawan musuh politiknya," kata Azmin dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, Abdul Khalid mempertahankan tindakan pemecatan tersebut bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta. Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut. Namun, Azmin berpendapat tindakan itu bertentangan dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang membela nasib pekerja, bukan sebaliknya. "Semua pekerja mesti dilayan dengan bermaruah dan belas kasihan. "Ia bukan sahaja mengakibatkan kehilangan kewangan kepada kepada pekerja tetapi pampasan dua bulan gaji tersebut hanya menambah penghinaan kepada individu tersebut," katanya. Azmin menggesa supaya surat pemecatan itu ditarik balik dan menteri besar perlu meminta maaf atas tindakan yang tidak berhati perut itu. Selasa lalu, PHSB dilaporkan memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta. Kontroversi pemecatan itu berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Azmin. Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria. Isu pemecatan tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Langat yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani membidas langkah itu sebagai tidak munasabah. Menteri besar dua penggal itu juga ketika ini berdepan dengan kemungkinan disingkirkan daripada tampuk kuasa Selangor selepas khabar angin mengatakan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil di Kajang bertujuan mengambil alih jawatan penting di negeri terkaya tersebut. ~tmi Iklan C (ii) |
Pilihanraya Sarawak Diadakan Lebih Awal Posted: 06 Feb 2014 08:59 PM PST Spekulasi pengunduran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini beralih kepada kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lebih awal daripada tempoh penggal tamat pada April 2016, lapor sebuah akhbar berbahasa Melayu. Ini berikutan satu taklimat mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 oleh pasukan keselamatan termasuk polis akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri, di Kuching pada Isnin depan. Akhbar itu turut melaporkan, media di Sarawak semalam menerima jemputan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui e-mel bagi membuat liputan majlis pada jam 10.30 pagi yang akan dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bagaimanapun KDN kemudian menghantar ralat dengan tidak memasukkan liputan media bagi taklimat tersebut tetapi mengekalkan dua acara Ahmad Zahid iaitu lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak pada jam 2 petang dan Ulang Tahun Rela ke-42 peringkat negeri yang akan berlangsung pada 4 petang, lapor Berita Harian. Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada 16 April 2011, Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1) walaupun sentimen kebecian terhadap Abdul Taib dikatakan meluas kerana terlalu lama di tampuk kuasa. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai Abdul Taib juga memenangi semua kerusi DUN yang ditandinginya. Sejak Rabu, Abdul Taib tidak menghadiri dua majlis yang dijadualkan dan semalam, ketua menteri veteran itu sekali lagi tidak menghadiri upacara pemberian anugerah penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Kerajaan Sarawak dan ini menguatkan lagi laporan media sebelum ini beliau akan meletakkan jawatan bulan ini. Bagaimanapun, pemimpin kanan BN yang menghadiri upacara tersebut tidak memberi sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Abdul Taib. Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Alfred Jabu enggan memberi sebarang pengesahan tentang apa yang berlaku dalam mesyuarat tetapi Pengerusi Tetap PBB, Datuk Mohammad Asfia Awang Nassar tidak menolak kemungkinan berhubung spekulasi tersebut. "Mesyuarat ini tiada agenda spesifik yang ditetapkan. Sesiapa pun boleh membangkitkan isu untuk dibincang. "Jadi saya tidak akan menolak kemungkinan ia akan dibincangkan," kata Asfia yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada wartawan selepas upacara tersebut semalam. Beliau bagaimanapun enggan mempercayai spekulasi media bahawa Abdul Taib yang sudah bertugas selama 33 tahun sebagai ketua menteri Sarawak akan meletakkan jawatan bulan ini. ~tmi Iklan C (ii) |
Biar Betul!! PAS Tetap Tolak Jadi Anwar MB Selangor Posted: 06 Feb 2014 06:21 PM PST Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian. "Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor. "Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi," katanya dalam kenyataan, kelmarin. Bagaimanapun, beliau berkata, Pas bersedia menghulurkan bantuan kepada PKR dalam PRK Kajang. "Lajnah Politik Pas Pusat tidak membincangkan soal setuju atau tidak berhubung peletakan jawatan Adun Kajang kerana ia telah berlaku. Mahu tidak mahu, kerusi Dun Kajang telah berlaku kekosongan dan PRK akan diadakan. "Kerusi itu milik PKR berdasarkan persefahaman sebelum ini, maka hak PKR untuk meletakkan calonnya. Manakala, fokus mesyuarat Lajnah Politik ialah menentukan sikap terhadap PRK Dun Kajang yang bakal diadakan kelak," katanya. ~sh Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan