Addin |
- Tidak Perlu Bayar Wang Pampasan RM400 Juta Kepada Syarikat Konsesi Kerana Kerana Tiada Kenaikan Tol.. Ini Penjelasan Rafizi
- Punca Sebenar Taib Mahmud Mahu Letak Jawatan Tersebar?
- Patutlah PRK Kajang Diadakan Pada 23 Mac.. Ini Sebabnya
- BN Tarik Diri PRK Kajang?
- Lagi Adun Pakatan Rakyat Letak Jawatan?
- MB Selangor Tidak Terlibat Dalam Kes Pemecatan 23 Kakitangan PKNS.. Ini Penjelasan Dari MB
- Skandal NFC Belum Pun Selesai, Skandal 1Azam Bernilai RM690 Juta Bakal Meletus?
- Asal Usul Kajang..
- Taib Mahmud Tidak Hiraukan Tangisan Rakyat.. Empangan Baru Tetap Dibina
- PKR Dedah Perancangan Jahat Dan Licik BN Di Selangor
- Sweden : Peluang Pasangan Bebas Tipis
Posted: 05 Feb 2014 09:00 AM PST Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu akan melibatkan kos sebanyak RM400 juta kepada kerajaan yang perlu dibayar sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi tol. Pengumuman itu dibuat selepas Muhyiddin mempengerusikan jawatankuasa khas Kabinet untuk menangani kenaikan kos sara hidup hari ini, lapor The Star Online. Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Fama, Nekmat dan Nafas bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di pasaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata tahun lepas, adalah mustahil untuk menghentikan kenaikan kadar tol pada tahun ini kerana perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya . Beliau berkata, Putrajaya terpaksa mengeluarkan RM400 juta sebagai ganti rugi kepada pemegang konsesi tol selepas semakan kadar tol dibekukan yang sepatutnya dilaksanakan pada 2011 mengikut perjanjian konsesi. Akan tetapi Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, Putrajaya boleh menangguhkan rancangan menaikkan kadar tol kerana memiliki atau mempunyai saham besar dalam syarikat-syarikat konsesi tol yang memberikan kuasa membuat keputusan. Menyangkal dakwaan Putrajaya yang mengatakan kenaikan itu "tidak dapat dielakkan", Rafizi berkata langkah itu sama sekali tidak wajar sebagai pengendali tol sudah membuat keuntungan yang banyak dengan kos minimum. "Saya berpendapat apa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat setakat ini adalah hakikat syarikat-syarikat konsesi tol besar sebenarnya dimiliki syarikat-syarikat berkaitan kerajaan," kata Rafizi. Beliau juga menyifatkan transaksi kewangan antara Putrajaya dan syarikat konsesi tol seperti "keluar dari poket kiri, masuk ke poket kanan" . "Satu lagi kenyataan mengelirukan yang dibuat oleh kerajaan adalah seolah-olah sistem lebuh raya dibiayai sepenuh secara persendirian. Ia tidak benar kerana ia melibatkan banyak jaminan kerajaan," katanya. Menurut Rafizi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan – yang mengendalikan antara lain Lebuh Raya Utara -Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Lingkaran Tengah – dimiliki sepenuhnya oleh dana kerajaan seperti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP). Cadangan kenaikan tol yang dicadangkan juga mendorong kajian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM ) yang menunjukkan 15% daripada responden menganggarkan kenaikan 25% hingga 30% kos pengangkutan berlaku akibat cadangan kenaikan kadar tol bagi konsensi di Lembah Klang. FMM berkata, peningkatan itu adalah daripada kenaikan caj pengangkutan oleh penyedia perkhidmatan logistik, peningkatan harga bahan mentah dan tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran mereka yang menggunakan lebuh raya ini setiap hari. "Kenaikan kadar tol akan menyebabkan kenaikan harga barang dan bahan mentah, seterusnya meningkatkan kos operasi pengeluar. "Peningkatan kos operasi akhirnya akan diturunkan kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataan. Menurut FMM, peningkatan kadar elektrik baru-baru ini, kenaikan tol yang dicadangkan pasti akan memberikan tekanan kepada inflasi, mengurangkan penggunaan domestik dan menjejaskan daya saing eksport. ~tmi Iklan C (ii) |
Punca Sebenar Taib Mahmud Mahu Letak Jawatan Tersebar? Posted: 05 Feb 2014 07:38 AM PST Spekulasi mengenai peletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud timbul kembali dan beliau dijangka akan melepaskan jawatan bulan ini, lapor Berita Harian. Menurut Berita Harian, keputusan untuk berundur selepas 33 tahun menerajui Sarawak dijangka akan dimaklumkan ketika mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sabtu ini. Abdul Taib, 78, juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat khas bersama semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Sarawak pada hari Ahad. Akhbar itu memetik sumber yang turut memaklumkan Abdul Taib sudah memilih beberapa calon dengan kriteria yang diinginkannya. Berdasarkan kenyataan sumber itu kepada Berita Harian, tiga nama sudah dikenal pasti akan menggantikan beliau, iaitu Menteri Tugas-Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 69; Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Openg, 64; dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, 58. Selain itu, turut disebut calon bakal menggantikan beliau adalah bekas anggota Kabinet Pusat, Datuk Seri Effendi Norwawi, 66. Abdul Taib sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berundur ketika pilihan raya negeri itu pada 2011. Bagaimanapun, sehingga awal 2014, ianya masih belum berlaku. "Ada yang menyatakan Taib akan dilantik Yang di-Pertua Negeri Sarawak menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh pada 28 Februari ini," lapor Berita Harian. Iklan C (ii) |
Patutlah PRK Kajang Diadakan Pada 23 Mac.. Ini Sebabnya Posted: 05 Feb 2014 01:26 AM PST Rupanya.. inilah punca PRK Kajang diadakan pada 23 Mac 2014. Hendak bagi gula-gula politik sebelum pilihanraya. Terutamanya pada pengundi di Kajang. SPR nak umum tarikh penamaan dan pengundian pun agak lambat. Biasalah bagi BN, agendanya ialah akan tabur gula-gula sebelum pilihanraya. Kepada pengundi Kajang, membujur lalu melintang patah.. segala pemberian yang diberikan oleh BN sebelum pilihanraya anda sapu. Tapi jangan sesekali undi BN. Jadikan PRK Kajang sebagai referendum rakyat pada BN. Iklan C (ii) |
Posted: 04 Feb 2014 11:27 PM PST Penganalisis politik berpendapat Barisan Nasional (BN) ketandusan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR). Prof Madya Dr Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara berkata, BN juga tidak mampu menyaingi kehebatan Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan satu ketika dahulu. "Adakah mereka memiliki calon yang berkredibiliti untuk menandingi pengaruh Anwar? Tokoh Umno sedia ada sudah memiliki kerusi Parlimen atau negeri, maka siapa orang Selangor yang boleh menentang Anwar?" katanya kepada The Malaysian Insider. "Di situ sahaja cukup untuk dilihat, bukan soal ketandusan. Anwar punyai kredibiliti antarabangsa, pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri dan masih aktif dalam politik, maka dengan sendiri dalam konteks PRK, mereka buntu meletakkan calon." Kredibiliti Anwar yang pernah menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan menaikkan persoalan siapa dapat menyaingi Anwar sebagai calon BN. – Gambar fail.Shaharudin berkata, jika BN masih buntu untuk meletakkan calon, adalah lebih baik untuk tidak menyertai PRK itu bagi mengelakkkan isu nasional yang akan dimainkan Pakatan. Katanya, momentum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang masih dirasakan, belum mampu mengubah pendirian kaum Cina yang dilihat cenderung menyebelahi Pakatan. "Jika buntu, lebih baik tidak bertanding kerana jika BN letakkan calon, sudah tentu timbul isu nasional yang tidak dapat dielakkan. "Baru 9 bulan (selepas) PRU13, maka agak sukar mood pengundi Cina beralih dan mereka memerlukan masa. Kalau MCA bertanding, undi Cina pergi ke Pakatan, sudah pasti sukar MCA mendapat undi di sana," katanya. Sementara itu, pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar berkata, kemelut Umno dan MCA yang mahu meletakkan calon masing-masing dilihat bagi parti paling lama memerintah negara itu untuk membuat keputusan. Katanya, selain masalah calon, BN juga perlu berdepan dengan isu kenaikan harga barang yang setakat ini masih gagal ditangani oleh parti pemerintah itu. "Sama ada ketiadaan calon yang jelas untuk dipertandingkan atau perebutan parti komponen dalam Umno dan MCA, kerana kawasan itu mempunyai jumlah pengundi Melayu yang hampir sama dengan pengundi Cina. "Pemilihan waktu ini untuk mengadakan PRK dilihat lebih menguntungkan Pakatan sebagai pembangkang dalam keadaan harga barangan masih tinggi, kos hidup semakin meningkat dan semuanya masih belum dapat ditangani dengan baik," katanya. Mohamad berkata apa juga keputusan yang diambil BN, parti gabungan itu pasti berdepan masalah sama ada dari segi calon atau keputusan untuk menyertai pilihan raya. Katanya, atas sebab itulah BN lebih cenderung menggunakan taktik kelemahan dan kecurangan yang dilakukan oleh Pakatan. "Mana-mana pilihan yang dibuat BN sama ada bertanding atau tidak mahu pun meletakkan calon dari MCA atau Umno, mesti membuahkan masalah. Tidak dapat dielakkan. "Saya tak lihat ada penyelesaian. Ertinya PR sudah menjangkakan keadaan yang akan dihadapi BN. Oleh kerana itu dalam kempen BN yang saya lihat ia lebih tertumpu kepada kekurangan dan kecurangan PR," katanya. Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff pula beranggapan barangkali Umno lebih mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk mengelakkan sebarang spekulasi di peringkat awal. Katanya, calon yang mungkin ditonjolkan berkemungkinan dari kalangan profesional yang masih belum mendapat perhatian media. "Mungkin mereka belum mengumumkannya dan ada yang terpengaruh dengan spekulasi. Kita sendiri tidak melihat siapa yang disembunyikan. "Mungkin mereka munculkan di kalangan profesional yang kita tidak tahu. Masih terlalu awal untuk bercakap tentang calon. Tidak adil jika mengatakan MCA tiada calon," katanya kepada The Malaysian Insider. Mohammad Agus berpendapat Umno tidak akan bertanding dalam PRK Kajang kali ini dan peluang seharusnya diberikan kepadda MCA. Katanya, persepakatan yang diamalkan dalam BN menjadi kunci kekuatan parti itu dalam mengetengahkan calon mereka dalam pilihan raya kali ini. "Saya tidak rasa Umno akan ambil kerusi ini. Apa pun spekulasi, BN akan tetap dengan prinsip kerjasama mereka. Jika MCA letak calon Cina, mungkin mereka yang beragama Islam atau di kalangan profesional. "Dalam PRK Pengkalan Chepa dan Kota Bharu, selalu Umno bertanding tetapi mereka kalah. Perlukah lagi kita beri peluang di kawasan itu? Sama juga dengan MCA. Tidak adil ditanya dan dibahaskan," katanya. Sementara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim berkata BN sememangnya mempunyai calon, sama ada dari Umno, MCA atau MIC. Katanya, kredibiliti BN dalam PRK kali ini tidak wajar dipertikaikan kerana parti dalam Pakatan sendiri tidak sepakat menyatakan persetujuan ketua pembangkang untuk bertanding di Kajang. "Kita ada calon. Umno, MCA dan MIC masing-masing mempunyai calon. "Prestasi Anwar jatuh kerana parti dalam Pakatan tidak sehaluan. PAS dan DAP tidak berpuas hati. Ada di antara wakil rakyat dan pemimpin PKR tidak berpuas hati dengan penyandang Adun Kajang, Lee Chin Cheh kerana meletakkan jawatan," katanya. Shahidan berkata PRK adalah satu pesta dosa kerana banyak perbuatan fitnah disebarkan dalam kempen PRK sehingga pihak yang diaibkan sudah tidak ada apa lagi yang dapat dirahsiakan. "PRK pesta dosa besar. Jika muda-mudi buat pesta sosial, mereka buat dosa besar tetapi PRK lebih besar kerana dosa orang memfitnah lebih besar daripada membunuh. "PRK tempat terkumpulnya pesta dosa yang hebat. Dosa ceramah maki hamun di luar batasan kemanusiaan. Mereka memaki orang sehingga tiada apa lagi yang boleh dilondehkan," katanya. Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut melihat penampilan BN dalam PRK kali ini sebagai medan menguji kerajaan dalam beberapa isu yang sering dimainkan di Selangor. "PRK kali ini, pengundi tidak lihat isu tetapi kehadiran kerajaan dengan fakta sama ada kerajaan mampu menstabilkan harga dan selesaikan beberapa isu besar seperti perkauman dan sengketa agama," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Lagi Adun Pakatan Rakyat Letak Jawatan? Posted: 04 Feb 2014 10:26 PM PST Malam tadi aku terkejut dapat berita dari salah seorang sahabat mendakwa, ADUN DAP Ketari, Lee Chin Chen pula kononnya meletak jawatan disebarkan oleh page Friends of Barisan Nasional. Ah sudah, apahal pula ADUN DAP nak letak jawatan? Terus aku buka page tersebut. Rupa-rupanya korang tengoklah sendiri foto di bawah ni. Aku tak pasti sama ada admin page tersebut sengaja buat berita palsu atau memang dia tak kenal siapa ADUN Kajang yang letak jawatan tu. Buat sahabat pembaca yang tak kenal dengan ADUN Kajang yang letak jawatan baru-baru ini, gambar di atas adalah gambar ADUN DAP Ketari Lee Chin Chen, manakala ADUN Kajang yang letak jawatan itu bernama Lee Chin Cheh. Aku rasa admin page Friends of Barisan Nasional tersalah gambar. Nak letak gambar ADUN Lee Chin Cheh, tersilap letak gambar Lee Chin Chen. ~milosuam Addin: Untuk rekod Adun Ketari di wakili oleh Lee Chin Chen dari DAP yang terletak di parlimen Bentong, Pahang.. Iklan C (ii) |
MB Selangor Tidak Terlibat Dalam Kes Pemecatan 23 Kakitangan PKNS.. Ini Penjelasan Dari MB Posted: 04 Feb 2014 07:39 PM PST Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau terbabit isu pemecatan 23 kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menimbulkan kekecohan, semalam. Beliau berkata, keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada pengurusan PKNS yang dipercayai bertindak demikian atas sebab tertentu. "Itu adalah keputusan pengurusan PKNS dan kita percaya mesti ada sebab apabila semua kakitangan berkenaan mungkin tidak dipecat tetapi tidak diteruskan perlantikannya. "Dalam nota yang diberikan kepada saya tidak ada sebut berkenaan pemecatan, tetapi kebanyakan daripada mereka adalah pekerja kontrak dan pengurusan mungkin ingin menentukan jumlah pekerja yang sesuai maka kontrak itu ditamatkan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Menghafaz al-Quran peringkat negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam. Pada masa sama, Abdul Khalid turut menafikan insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan pengguguran dua kakitangan tertinggi PKNS sebelum ini termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah. "Perkara itu masih dalam proses pendengaran. Oleh sebab itu, saya tidak boleh memberi komen kerana ia di bawah jagaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan akan dibentang untuk pengetahuan PKNS," katanya. Semalam, media melaporkan 23 kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerima notis pemecatan 24 jam berkuatkuasa serta-merta. Salah seorang kakitangan terbabit berkata, mereka menerima notis pemecatan itu tanpa alasan munasabah, kira-kira jam 9 pagi semalam. ~sk Iklan C (ii) |
Skandal NFC Belum Pun Selesai, Skandal 1Azam Bernilai RM690 Juta Bakal Meletus? Posted: 04 Feb 2014 06:49 PM PST Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta. "Jika 'meletup', ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC. "Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat. "Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa," jelas Rafizi. Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam. Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) "Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM. "Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah. "Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang," katanya. ~kd Iklan C (ii) |
Posted: 04 Feb 2014 06:28 PM PST Sebelum kewujudan Kajang, terdapat satu kawasan penempatan orang asli dan Melayu bernama Reko.Pada satu hari, dua orang sahabat, seorang Melayu dan orang asli menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk menuju pulang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, lalu mereka berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Kepada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh, tapi pada fahaman orang asli, berkajang bermaksud bertikam. Oleh kerana salah faham, maka orang asli menikam rakannya itu. Maka dengan itu, tempat tersebut telah diberi nama Kajang. (sumber: Perpustakaan UKM) Peristiwa yang tidak ada siapa pun mampu mengiyakan, kerana sumbernya adalah sebuah cerita lisan, tiada fakta yang menyokongnya. Mitos ini tiada siapa pun ketahui tarikh kejadian serta pengesahan yang menjadi asal-usul nama Kajang. Namun, ceritanya mungkin ada signifikan boleh diterima akal, kerana salah faham komunikasi (miscommunication) sehingga berlakunya peristiwa berdarah tersebut, atau mungkin ada yang membacanya terasa lucu serta sangsi dan mempertikaikan kesahihannya kerana dengan mudah orang asli tersebut menikam rakan Melayunya tanpa usul periksa dan bertanyakan sebab musabab mereka perlu bertikam yang sudah pasti diperbetulkan rakan Melayu itu! Tiba-tiba nama Kajang menjadi sangat panas, mungkin sepanas bara arang satay kajang ekoran peletakan jawatan secara drastik dan mengejutkan Ahli Dewan Undangan N25 Kajang, CC Lee yang menimbulkan kontroversi dan mengundang pelbagai persepsi. Kajang menjadi isu yang sangat panas, sama ada positif dan negatif oleh semua pihak, dan rakan Pakatan Rakyat serta seterunya, Umno-BN bagai 'cacing kepanasan'. Kehangatan ini bukan sahaja menimbulkan reaksi di kalangan politikus, malah turut mendapat respon daripada ahli akademik, penganalisis politik serta orang awam. Lebih ketara isu Kajang terus 'dikipas' oleh media massa , media internet dan media sosial. Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh rakan Pakatan Rakyat yang secara negatif dan positif mengundang perdebatan. Ada yang dilihat bersifat egois serta amat kasar hingga sanggup memboikot PRK dan membiarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendirian, dan ada yang melihat relevan PRK Kajang dan tindakan positif Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kepentingan Pakatan dan rakyat Selangor untuk terus utuh di Selangor. Sudah pasti yang akan bertepuk tangan ialah Umno-BN , yang bakal menikmati 'satay' hasil kontroversi dan polemik dalam Pakatan sendiri. Pertelingkahan dan serangan beberapa kenyataan yang dilabel 'geng kopiah putih' begitu ekstrim dan prejudis terhadap PRK Kajang, termasuk melalui media sosial mereka yang dijadikan bahan kepada pimpinan dan media Umno-BN, khususnya Utusan Malaysia dan TV3. Serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula dan lebih ketara apabila beliau diumumkan sebagai calon PKR, dengan pelbagai tohmahan dan kejengkelan. Apa lagi ditohmah dengan pelbagai kemaruk yang sengaja direka. Namun semua itu tidak sedikit pun menggugat keteguhan dan keyakinan Ketua Umum PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor tersebut. Datuk Seri Anwar sedikit pun tidak membalas sebarang siri serangan oleh mana-mana pihak, malah memberikan penjelasan secara rasional, khususnya kepada rakyat Kajang. Walaupun dalam pergeseran pendapat dan pandangan mana-mana pihak, namun atas solidariti bersama, Pengerusi DAP, Karpal Singh lebih awal menyatakan pendirian yang cukup tegas memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan membantu memastikan kemenangan N25 Kajang. Akhirnya 4 Januari 2014, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang selepas mesyuarat Lujnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat dalam kenyataan rasmi beliau menyatakan pendirian PAS Pusat dan PAS Selangor akan membantu PRK N25 Kajang yang diwakili oleh PKR. Diharapkan komitmen ini memberikan impak positif serta meredakan dan menghentikan segala pandangan negatif serta mengambil sikap positif ke arah perpaduan dan iltizam bersama, kerana musuh sebenar adalah Umno-BN. Solidariti dan komitmen bersama PR sudah pasti akan menghancurkan konspirasi jahat Umno-BN yang akan menggunakan pendekatan memecah-belahkan Pakatan. Suka atau tidak, N25 sudah dikosongkan dan PRK tetap akan dilaksanakan berdasarkan lunas Perlembagaan Negara, dan sudah pasti seteru yang sama akan dihadapi iaitu Barisan Nasional yang diwakili MCA (walaupun terdapat ura-ura Umno inginkan kerusi Kajang daripada MCA). Keyakinan wajar diberikan bahawa tindakan yang diambil sehingga C C Lee sanggup bertindak mengosongkan N25 Kajang bukanlah satu keputusan yang mudah dan sekadar mainan atau suka-suka. Malah ianya dibincangkan secara serius di peringkat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat. Bagi PKR, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan yang diambil ini bukanlah bersifat populis dan langsung tidak bersifat peribadi tetapi terpaksa dilaksanakan demi kepentingan Pakatan Rakyat di Selangor bagi memastikan segala agenda Umno-BN untuk menawan Selangor akan dikuburkan, dan bersama pimpinan Pakatan Rakyat, akan melaksanakan agenda reformasi ke arah Selangor yang lebih cemerlang demi kepentingan rakyat. Mitos asal-usul Kajang wajar dijadikan iktibar kepada semua pihak, jangan kerana 'salah faham' antara sesama sendiri atau rakan akhirnya kita 'bertikaman', yang pastinya meninggalkan sejarah kehancuran dan mengundang kekalahan. Hentikan segala kenyataan yang menggamit perpecahan dan fahami bahawa politik adalah seni yang adakala sukar difahami dan memerlukan kefahaman yang tertentu, malah bukan semua strategi dapat diberitahu secara terbuka. Kebijakkan politik perlu dihayati sepenuhnya agar kerangka besar Pakatan untuk menawan Putrajaya dapat dilaksanakan pada PRU14. Jangan kerana 'salah faham' akhirnya kita 'bertikaman' sesama sendiri yang sudah pasti tidak membawa sebarang manfaat kecuali natijah kehancuran. Mitos tersebut biarlah menjadi sejarah atau cerita rakyat yang tidak perlu berulang kembali. Muafakat kita! Fariz Musa Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Iklan C (ii) |
Taib Mahmud Tidak Hiraukan Tangisan Rakyat.. Empangan Baru Tetap Dibina Posted: 04 Feb 2014 05:55 PM PST Selepas 100 hari menghalang cadangan pembinaan empangan di daerah Baram, penduduk pribumi Sarawak semalam mendengar berita tidak menggembirakan dari Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa empangan itu akan dibina. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, kerajaan negeri bersetuju membina dua empangan iaitu di Baram dan di Tageh secara serentak daripada membinanya satu persatu. Biarpun seringkali dikecam pihak pembangkang berhubung cadangan kerajaan negeri membina 12 empangan keseluruhannya bagi merancakkan perindustrian, Taib berkata pembinaan serentak itu bagi memenuhi keperluan syarikat dari Jepun, Korea dan Timur Tengah yang menunjukkan minat untuk membina kilang mereka di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score). Koridor industri itu bermula dari Tanjong Manis di Sarikei di bahagian tengah Sarawak, ke Samalaju di utara bahagian Bintulu. Bercakap di pra-pelancaran Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) kampus Sibu, Taib berkata empangan Bakun yang siap pada 2009 dan empangan Murum yang hampir siap tidak mampu menjana tenaga yang diperlukan syarikat berkenaan. "Dengan dua empangan baru (Baram dan Baleh), kita boleh menyediakan keperluan tenaga lebih tinggi, terutamanya kepada pelabur baru di Score," katanya. Beliau berkata Sarawak perlu mengurangkan penerimaan permohonan syarikat baru yang mahu melabur di Score atas masalah bekalan elektrik. Badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar tempatan dalam kempen anti empangan, Save Sarawak Rivers Network, bertindak pantas mendakwa Taib cuba memadamkan kontroversi dengan mengenepikan harapan penduduk yang terjejas dalam pembinaan empangan tersebut. Pengerusi Save Rivers, Peter Kallang mendakwa Taib mengabaikan piawaian dan etika antarabangsa pembinaan empangan seperti prinsip Persetujuan Bebas, Awal dan Termaklum (FPIC) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. "Kenyataan ketua menteri tidak mengejutkan. Daripada kenyataan itu, melihatkan fokus kepada pembinaan empangan dan bukannya kebajikan penduduk, negeri atau pun persekitaran," katanya. Aktivis yang juga merupakan jurutera elektrik ini mempersoalkan sikap tergesa-gesa Taib membina lebih banyak empangan. Katanya, pendedahan terbaru empangan Bakun yang bernilai RM7.8 bilion dan mampu menjana tenaga 2,400 megawatt (Mw) dipasang dengan tujuh turbin yang disahkan daripada lapan unit, tetapi hanya enam unit beroperasi. Kallang mendakwa enam unit itu beroperasi dengan beban separa -150Mw, dan unit yang lain tidak beroperasi untuk diselenggara. "Jika permintaan kuasa sebanyak yang dinyatakan ketua menteri, mengapa enam unit itu tidak beroperasi dengan kapasiti penuh? Kenapa tidak diberi pengesahan segera kepada satu unit lagi? "Apabila empangan Murum beroperasi, terdapat tenaga tambahan sebanyak 944Mw. Jadi mengapa tergesa-gesa membina lebih banyak empangan? Ada pihak yang sepertinya tidak melihat realiti atau sengaja mengelirukan rakyat demi agenda peribadi," katanya. Save Rivers dan satu kumpulan alam sekitar antarabangsa sejak dahulu mendakwa Taib menggunakan projek empangan bagi mengaut kekayaan sendiri dan ahli keluarga. Dua NGO Eropah, Bruno Manser Fund (BMF) dan Fivas dari Norway meminta bantuan badan anti rasuah negara itu, Økokrim pada November tahun lalu bagi menyiasat kontrak lumayan negeri yang diberikan kepada syarikat berkaitan Taib. BMF dan Fivas membuat aduan segera, sementara Økokrim menyelar Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd (SEB), Datuk Torstein Dale Sjotveit. Mereka berkata, Sjotveit warga Norway yang mengetuai firma bekalan elektrik negeri patut disiasat kerana menganugerahkan dua kontrak SEB kepada Trenergy Infrastructure Sdn Bhd, syarikat milik Sarawak Cable Bhd (SCB) yang dipengerusikan anak Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib. Dua kontrak tersebut bernilai RM618.6 juta bagi pembinaan dua projek talian penghantaran 500kV dari Mapai ke Lachau dan Lachau ke Tondong, Sarawak. Di bawah undang-undang anti rasuah Norway, warga mereka akan dipertanggungjawabkan sekiranya didapati bersalah di mana-mana negara sekalipun. ~tmi Iklan C (ii) |
PKR Dedah Perancangan Jahat Dan Licik BN Di Selangor Posted: 04 Feb 2014 05:39 PM PST Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu, kata PKR. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Umno dan BN pernah menggunakan pendekatan berkenaan pada 1977 di Kelantan apabila mengisytiharkan darurat dan merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS. "Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan. Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini. "Jika isu agama di Selangor berterusan dengan demonstrasi di sana sini setiap minggu terhadap agama lain dan kenyataan sensitif dikeluarkan, ia memberikan pelbagai kemungkinan kepada Umno Selangor dengan menggunakan isu di negeri itu untuk campur tangan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Pertengahan bulan lalu, Umno Selangor mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan bersiri (roadshow) untuk mendidik umat Islam di negeri itu tentang undang-undang mengenai penggunaan kalimah Allah. 30 siri jelajah yang dijangka disertai semua 22 bahagian Umno di Selangor itu akan digunakan sebagai pentas mendidik umat Islam mengenai Enakmen 1988 Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam), undang-undang yang melarang semua penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan 34 perkataan bahasa Arab yang lain di negeri itu. ~tmi Iklan C (ii) |
Sweden : Peluang Pasangan Bebas Tipis Posted: 04 Feb 2014 03:21 PM PST Nasib pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan isterinya, Shalwati Norshal ditahan reman di Sweden untuk dilepaskan tanpa didapati bersalah adalah sangat tipis, lapor Astro Awani.Perkara itu dinyatakan Ketua Hakim dan peguam yang mengendalikan kes itu. "Mengikut perbincangan saya bersama Ketua Hakim dan peguam di sana, setiap tahun 10,000 kes sebegini berlaku dan hanya 10 peratus daripadanya yang berjaya kembali kepada anak-anak mereka" kata Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee. Menurut Zan lagi, undang-undang di Sweden memberikan hak yang sangat tinggi kepada setiap kanak-kanak. "Kerajaan di sana merasakan mereka mempunyai hak lebih daripada ibu bapa itu sendiri" katanya. Tahanan reman Azizul dan Shalwati sebelum ini telah dilanjutkan sebanyak tiga kali sejak ditahan dan Sweden tidak mempunyai had penahanan reman. Keempat-empat anak pasangan ini sudah dibawa pulang ke Malaysia, Sabtu lalu. ~sh Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan