Addin |
- Surat Perletakan Jawatan Palsu.. Ini Penjelasan Dari Adun PKR Hutan Melintang
- Akhirnya Kesahihan Surat Perletakan Jawatan ADUN Hutan Melintang Terbongkar
- Pemuda PKR Johor Selar Pemuda PAS
- Pakatan Rakyat Akan Berputih Mata Untuk Ambil Alih Perak.. Adakah Ini Sebabnya?
- Berita Baik Yang Di Tunggu-Tunggu Oleh Penyokong Umno Kini Tiba..
- Pemuda PAS Buat Tolak Anwar Jadi MB Selangor
- Punca Sebenar Anwar Bertanding Di Kajang Terbongkar.. Ikuti Penjelasan Rafizi
- Panas!! Pemain Import T-Team Buat Laporan Polis Dakwa Tengku Mahkota Johor Ugut Bunuh
- Punca Sebenar PAS Sokong Anwar Di Kajang Tersebar.. Ikuti Penjelasan Tuan Guru Presiden
- Kedudukan Najib Makin Terancam.. Ini Penjelasan Penganalisis
Surat Perletakan Jawatan Palsu.. Ini Penjelasan Dari Adun PKR Hutan Melintang Posted: 04 Feb 2014 08:30 AM PST Kenyataan rasmi bertarikh 4 hb Februari 2014 ADUN Hutan Melintang Perak, YB Kesavan a/l Subramaniam mengenai surat yang jaja di siber kononnya beliau akan keluar PKR. Dengan ini saya sekeras-kerasnya menafikan berita yang mengatakan saya telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta. Saya ingin menegaskan disini bahawa saya masih setia dengan PKR dan Pakatan Rakyat. Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan unsur sabotaj yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Yang Benar, YB Kesavan a/l Subramaniam No KP 720613-08-6261 Iklan C (ii) |
Akhirnya Kesahihan Surat Perletakan Jawatan ADUN Hutan Melintang Terbongkar Posted: 04 Feb 2014 06:34 AM PST Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, Perak, S Kesavan tidak meletakkan jawatan dan surat yang disebarkan melalui media sosial adalah palsu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil. Fahmi berkata, beliau telah dihubungi Adun Teja, Perak, Chang Lih Kang dan diberitahu maklumat tersebut disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru, satu laporan polis akan dibuat petang ini oleh Kesavan. Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, penyebaran surat tersebut adalah 'operasi hitam' dilakukan pihak tertentu bertujuan mengganggu kelancaran persiapan jentera KEADILAN dalam menghadapi pilihan raya kecil N25 DUN Kajang. "Apabila dilihat kepada kepala surat, langsung tidak sama dengan kepala surat (yang digunakan) Ahli Dewan Undangan negeri Perak," kata Fahmi. ~kd Iklan C (ii) |
Pemuda PKR Johor Selar Pemuda PAS Posted: 04 Feb 2014 05:55 AM PST Sayap Pemuda PKR menyelar kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai menteri besar Selangor sekiranya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang. Ketua Pemuda PKR Johor Khairil Adanan menegaskan, parti itu tidak melihat sebarang kesalahan sekiranya Anwar menjadi menteri besar memandangkan ketua umum PKR itu adalah pemimpin besar bertaraf dunia. "Penerangan yang dibuat tentang pengosongan kerusi tersebut sudah dilakukan dan sepatutnya pihak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menyokong pendekatan strategi yang diperkenalkan PKR. "Pemuda PKR Johor juga tidak nampak sekiranya Anwar diangkat menjadi menteri besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan petang tadi. Suhaizan ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur awal hari ini berkata, PR seharusnya segera menghentikan polemik berkaitan kedudukan menteri besar baru kerana khuatir ia akan dipanjangkan sehingga melibatkan pihak istana Selangor. "Pemuda PAS juga ingin menegaskan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor. "Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincangkan isu menteri besar yang baru, dan kita khuatir ia akan berlarutan terlalu panjang dan diheret ke peringkat istana," katanya pada sidang media itu. Suhaizan bagaimanapun berkata, pihaknya kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, membazir masa dan duit rakyat. "Ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat."Bagaimanapun kita menghormati muafakat PR yang memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya. Khairil menegaskan, Suhaizan seharusnya tidak terpengaruh dengan propaganda pihak lawan yang sengaja melaga-lagakan mereka. "Usah termakan dengan lontaran propaganda lawan yang sememangnya mahu PR bertelagah sesama sendiri pada ketika perpaduan dan kata sepakat amat diperlukan ketika ini bagi mempastikan kerusi DUN Kajang kekal milik PR," katanya. "Bak kata pepatah Melayu, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan," katanya lagi.Jelas beliau, Pemuda PKR Johor memberikan tanda aras majoriti yang perlu diperoleh Anwar mestilah mencecah sekurang-kurangnya 7000 undi. Beliau bagaimanapun berkata, Pemuda PKR Johor menyambut baik kerjasama yang ditawarkan Pemuda PAS bagi memenangkan Anwar di kerusi berkenaan. "Harapan kita kerjasama yang bakal terjalin akan membuatkan kita Pemuda PR lebih kenal asas perjuangan walaupun terdapat sedikit berbeza pendapat. ~tmi Iklan C (ii) |
Pakatan Rakyat Akan Berputih Mata Untuk Ambil Alih Perak.. Adakah Ini Sebabnya? Posted: 04 Feb 2014 04:42 AM PST Sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh seorang ADUN PKR Perak kepada Speaker negeri menimbulkan spekulasi beliau keluar parti. Surat bertarikh 2 Januari lalu itu ditandatangani oleh ADUN Hutan Melintang S Kesavan mengatakan beliau telah berhenti dari PKR kerana "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti. "Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan tidak dilayan. Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut."Saya menelefon beliau (Kesavan) dan beliau menafikan perkara itu," Chang memberitahu Malaysiakini. Chang menambah Kesavan kini sedang membuat persiapan perkahwinan beliau.Speaker Perak SK Devamany juga tidak dapat dihubungi. PKR mempunyai luma ADUN dari jumlah keseluruhan 28 ADUN Pakatan Rakyat. BN mempunyai 31 wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. ~mk Iklan C (ii) |
Berita Baik Yang Di Tunggu-Tunggu Oleh Penyokong Umno Kini Tiba.. Posted: 04 Feb 2014 01:19 AM PST Tahniah kepada kesemua penyokong, pendokong dan ahli UMNO/BN kerana memberikan sokongan padu tidak berbelah bagi dengan berkerja keras berhempas puluas dan bertungkus lumus untuk memenangakan UMNO/BN pada PRU 13 lalu. Kini salah satu hadiah dari kerajaan UMNO/BN ialah kenaikan bayaran insurans untuk semua jenis kenderaan mulai 15 hb Februari 2014. Kalau rasa tidak puas hati kerana kenaikan di anggap terlalu kecil, apa kata desak supaya naik sampai 150%. Ini baru betul kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat .. tidak mau rakyat hidup susah .. kerajaan berjiwa rakyat murni lagi suci. .. APA LAGI PENYOKONG UMNO MAU. Insurans Kenderaan Kereta dan Motor naik Februari 2014. berita kenaikan insurans kenderaan ni memang tak disebut dalam berita, tetapi dijangka tidak lama lagi harga insurans kenderaan akan naik sebanyak 15% bermula 15 Februari 2014 ini menurut sumber daripada kalangan kakitangan syarikat insurans sendiri. Menurut laporan akhbar pada 25 Feb 2011, insurans kenderaan dikatakan akan meningkat secara berperingkat bermula pada tahun 2012 hingga 2015, ianya sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans. Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai kenaikan harga insurans kenderaan bermotor pada 25 Feb 2011. Jadi, dinasihatkan kepada kalangan pembaca yang mana cukai jalan (roadtax) kenderaan yang mati sebelum 14 Mei 2014 boleh perbaharuinya semula dengan segera untuk mengelakkan kerugian. Dengan kenaikan insurans naik sehingga 15%, agak tinggi juga perbezaan untuk perbelanjaan anda kelak. Walaubagaimanapun pilihan ditangan anda. ~omakkau Iklan C (ii) |
Pemuda PAS Buat Tolak Anwar Jadi MB Selangor Posted: 04 Feb 2014 12:14 AM PST Pemuda PAS hari ini menegaskan mereka menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri berkenaan, kata Suhaizan Kaiat. Ketua Pemuda PAS itu berkata, Pakatan Rakyat (PR) seharusnya segera menghentikan polemik berkaitan kedudukan menteri besar baru kerana khuatir ia akan dipanjangkan sehingga melibatkan pihak Istana Selangor. "Pemuda PAS juga ingin menegaskan bahawa menyokong Anwar sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor. "Polemik Kajang ini tidak perlu mengheret PR membincangkan isu menteri besar yang baru, dan kita khuatir ia akan berlarutan terlalu panjang dan diheret ke peringkat istana," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di Kuala Lumpur. Suhaizan bagaimanapun berkata, pihaknya kesal terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang dilaksanakan secara tergesa-gesa, membazir masa dan duit rakyat. "Ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat. "Bagaimanapun kita menghormati muafakat PR yang memberi hak mengurus DUN kepada parti yang menang dalam pilihan raya lalu," katanya. Beliau turut mendesak agar "kesilapan" seperti itu tidak diulangi oleh parti komponen PR yang lain pada masa depan. Suhaizan ketika sidang media itu berkata, sayap pemuda PAS itu juga akan bersama-sama dengan kepimpinan PR untuk turun berkempen bagi Anwar. "Kami akan bersama dalam PRK DUN Kajang bagi membantu kemenangan PR," katanya. Sehubungan itu, Pemuda PAS melantik Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Selangor Khairul Nizam Toha selaku penyelaras PRK DUN Kajang Pemuda PAS. Beliau turut berkata, parti yang bertanding tidak seharusnya mengamalkan pembaziran dengan "projek-projek mee segera" kerana ia bakal memudaratkan rakyat. "Sekiranya berlaku pertandingan, pemuda minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) mengadakan PRK dengan adil dan bersih. "Elakkan berlakunya pembaziran. Elakkan projek mee segera yang akan korbankan wang rakyat," katanya, dan menambah rakyat akan pastinya menghukum pihak yang membazir. Meskipun tidak bersetuju dengan pengosongan kerusi oleh mantan Adun Kajang Lee Chin Cheh, Suhaizan berkata PR juga tidak akan sesekali memberikan kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN). "Alasan (pengosongan) yang diberikan itu walaupun kita tidak setuju kerana ada pembaziran, tetapi kita tak setuju beri kemenangan percuma kepada BN," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Punca Sebenar Anwar Bertanding Di Kajang Terbongkar.. Ikuti Penjelasan Rafizi Posted: 03 Feb 2014 11:00 PM PST Kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Selangor penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu, kata PKR. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Umno dan BN pernah menggunakan pendekatan berkenaan pada 1977 di Kelantan apabila mengisytiharkan darurat dan merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS. "Kita tidak menolak kemungkinan bagaimana isu kaum dan agama dimainkan. Dahulu, Umno pernah melakukannya di Kelantan. Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran kerajaan negeri. Ia pernah berlaku sebelum ini. "Jika isu agama di Selangor berterusan dengan demonstrasi di sana sini setiap minggu terhadap agama lain dan kenyataan sensitif dikeluarkan, ia memberikan pelbagai kemungkinan kepada Umno Selangor dengan menggunakan isu di negeri itu untuk campur tangan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Pertengahan bulan lalu, Umno Selangor mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan bersiri (roadshow) untuk mendidik umat Islam di negeri itu tentang undang-undang mengenai penggunaan kalimah Allah. 30 siri jelajah yang dijangka disertai semua 22 bahagian Umno di Selangor itu akan digunakan sebagai pentas mendidik umat Islam mengenai Enakmen 1988 Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam), undang-undang yang melarang semua penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan 34 perkataan bahasa Arab yang lain di negeri itu. ~tmi Iklan C (ii) |
Panas!! Pemain Import T-Team Buat Laporan Polis Dakwa Tengku Mahkota Johor Ugut Bunuh Posted: 03 Feb 2014 08:39 PM PST Beliau telah diugut oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Johor dengan perkataan berbunyi, "***** you Brazil, I will kill you, this is my country!" MyWatch masih menunggu laporan polis yang dibuat pemain import lain skuad T-Team (jika ada) yang mendakwa ditendang di bahagian kemaluan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Johor, Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor). Pemain dan staf kejurulatihan T-Team dan Johor Darul Takzim bergaduh ketika tamat separuh masa pertama perlawanan antara mereka pada 1 Februari 2014 yang lalu. FAM akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi menentukan hukuman pada pihak yang bersalah.Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tindakan tegas akan diambil walau apa "pangkat" individu yang terlibat. ~tranungkite Iklan C (ii) |
Punca Sebenar PAS Sokong Anwar Di Kajang Tersebar.. Ikuti Penjelasan Tuan Guru Presiden Posted: 03 Feb 2014 07:13 PM PST Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS malam tadi memutuskan akan membantu PKR dalam pilihan raya kecil di Kajang, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi dalam satu kenyataan berkata, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dilantik mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam pilihan raya kecil kali ini.Bagaimanapun, katanya, isu kedudukan jawatan menteri besar Selangor tidak berbangkit. Kenyataan Abdul Hadi melenyapkan semua desas desus dan kenyataan pemimpin muda PAS sebelum ini yang menimbulkan ura-ura parti Islam itu akan memboikot pilihan raya kecil itu. Selain itu, ia turut mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa beliau tidak bersetuju Anwar menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pilihan raya kecil ini akan diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh baru-baru ini.Abdul Khalid, pada satu sidang media minggu lalu memaklumkan PKR akan memilih ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka. Keputusan Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS adalah antara korum mesyuarat yang berpengaruh dalam parti itu kerana ia disertai oleh hampir semua pimpinan utama dan dipengerusikan oleh Abdul Hadi sendiri. Mesyuarat itu diadakan jam 9.00 malam tadi di Pejabat Agung PAS."Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini," kata Abdul Hadi dalam kenyataannya. Selain itu, mesyuarat itu juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau dikatakan dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan.Abdul Hadi berkata, PAS turut mendesak tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa. ~tmi Iklan C (ii) |
Kedudukan Najib Makin Terancam.. Ini Penjelasan Penganalisis Posted: 03 Feb 2014 05:00 PM PST Dunia ibarat roda.Sejurus selepas pilihan raya umum pada 2008, Datuk Seri Najib Razak dilihat sebagai calon perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi susulan daripada keputusan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu dan kempen menyingkirkan Abdullah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Akibat desakan berterusan itu, Abdullah akhirnya memberi laluan kepada Najib pada Mac 2009. Sehingga ke hari ini, penyokong Abdullah percaya gelombang penentangan terhadap mantan perdana menteri itu tidak seperti yang dicanangkan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun Abdullah tidak berminat untuk bertahan dan melawan kerana bimbang perang dengan musuhnya itu akan mencederakan Umno.Kebenaran tersingkap, beliau masih belum sembuh sejak hari-hari terakhirnya pada Mac menyaksikan BN hilang lima negeri dan tidak berjaya mempertahankan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen. Jadi beliau pun menyerahkan kedudukannya kepada Najib meskipun diberitahu orangnya bahawa ahli Parlimen Pekan inilah antara pihak yang cuba menjatuhkannya. Namun Abdullah dilihat seperti tidak mempercayai berita itu atau hanya mengambil pendekatan berbeza.Terluka dan marah. Sebahagian penyokong Abdullah percaya Najib akan menerima pembalasan suatu hari nanti dan nampaknya hari itu sudah tiba. Dunia ibarat roda. Ia mengambil masa selama lima tahun tetapi Najib kini memahami bagaimana rasanya berada dalam kepungan Dr Mahathir dan penyokongnya. Beliau bimbang. Itu yang sepatutnya. Oleh kerana melihat ketabahan dan kemusnahan dilakukan Dr Mahathir; gaya mantan perdana menteri itu dilihat semakin membesarkan jurang kelemahan musuh dan kebolehannya sebagai seorang doktor melukis sekeping gambar mengerikan untuk parti dan negara jika sasarannya kekal dipacu. Jentera Dr Mahathir mula bergerak dengan mantan perdana menteri itu bertemu kumpulan kecil dan mengulangi mantera kelemahan kepimpinan Najib serta hakikat BN akan kehilangan kuasa dalam pilihan raya akan datang jika orang nombor satu kerajaan itu terus berkuasa. Selain itu, Dr Mahathir turut mengkritik kebergantungan Najib kepada penasihat, perunding dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang dikepalai bekas pengarah urusan Malaysia Airlines, Datuk Seri Idris Jala.Biasa mendengarnya, bukan? Pada 2008, serangan itu pernah difokuskan kepada kebergantungan Abdullah kepada Tingkat Empat, sekumpulan penasihat mudanya.Mereka yang berada di sekitar Najib sedar persamaan itu namun tidak berniat melancarkan perang saraf terbuka terhadap Dr Mahathir dan pengkritik lain. Apa yang perdana menteri dan pasukannya lakukan adalah berjumpa dengan sebanyak mungkin mereka yang berkuasa dalam Umno dan kumpulan Melayu berpengaruh bagi menerangkan strategi ekonomi dan politiknya serta memberikan jawapan terus kepada kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan pihak lain. Melalui usaha mereka itu, kem Najib berharap cubaan penentangan terhadap mereka dalam Umno akan berakhir.Perdana menteri dan pasukannya tahu pengkritik dalam Umno menjangkakan akan berlaku perubahan dalam kepimpinan parti itu seawal-awalnya pada April. Tetapi untuk melawan cakap-cakap ini, mereka berhujah Najib menguasai Majlis Tertinggi Umno yang tidak seperti Abdullah, bersedia menggunakan semua jawatan disandangnya bagi terus berkuasa. Satu-satunya masalah bergantung kepada pemimpin Umno adalah sokongan mereka tidak sekali boleh diubah. Cukup kerap, godaan peluang dan kuasa datang walaupun kepada penyokong yang paling "kuat".Semasa kemuncak serangan terhadap Abdullah, beberapa ahli politik berpengaruh bersumpah untuk mempertahankan mantan perdana menteri itu. Tetapi dalam sesi sulit, mereka juga menyerang Abdullah. Hari ini, salah seorang daripada individu tersebut memegang kedudukan yang kuat dalam Umno dan dilaporkan turut bersumpah memberikan taat setia kepada Najib. Cabaran Najib adalah untuk memujuk, meyakinkan dan memperdaya broker kuasa dalam Umno bahawa beliau akan memenangi peperangan yang disasarkan kepada dirinya. Tetapi ia tidak semudah apa yang disangka. Ia lebih jauh daripada itu.Di dalamnya wujud rasa tidak puas hati terhadap peningkatan kos sara hidup; yang dilihat salah percaturan tanpa akhirnya oleh menteri kerajaan dan tekanan terhadap mereka yang tinggal di Malaysia. Memandangkan keseimbangan sudah pun berkocak, Najib dan pasukannya tidak akan mampu melancarkan perang habis-habisan terhadap pengkritik mereka, satu keadaan yang akan lebih mengeruhkan kedudukan negara. Beliau perlu menunjukkan kepada parti bahawa dirinya adalah pemimpin terbaik dan kritikan yang datang pula berniat jahat, didorong kepentingan peribadi dan keluarga. Penyokong Abdullah dalam Umno menyaksikan drama ini dengan pendekatan sama iaitu tidak ambil peduli dan berasa geli hati kerana dunia ibarat roda. ~tmi Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan