WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- DAH TENTU LA BOLEH....
- Tuntut keadilan buat jururawat seluruh Malaysia
- AZMIN CABAR NAJIB TANDING ANWAR DI KAJANG
- PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti
- KENAPA?
- PAS WAJAR BELAJAR -YDP PAS KOTA MELAKA
- Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor jika Najib disingkir
- Benteng Pakatan Rakyat Selangor, ‘Langkah Kajang’ ke Putrajaya
- APABILA BERUK DAN MONYET MENGOMEN
- Nasrudin: Main-main kosongkan kerusi Kajang
Posted: 29 Jan 2014 03:13 PM PST YA LA JADI PERDANA MENTERI TAK PELINGKIUP PERWAJA....ADA ANAK BERANAK DIA KAYA RAYA.YA LA KENA BERHENTI PASAI DAH NAK LINGKUP NEGARA....TU KENA HALAU..KELUAQ MASUK UMNO....PKFZ LINGKUP 12 BILLION..... |
Tuntut keadilan buat jururawat seluruh Malaysia Posted: 29 Jan 2014 04:13 AM PST
Terlalu banyak ketidakadilan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan terhadap Jururawat2 seluruh Malaysia. Ada yang telah pun mengadu pada saya melalui suami mereka. Tak kisah lah anda jururawat dari sektor swasta atau pon gomen.. Mesti ada masalah yang sama.. Kementerian Kesihatan adalah kementerian yang pada pendapat saya sebuah kementerian yang lembab dan lemah dalam pengurusan. Ia perlu di tegur dgn keras memandangkan secara lembut sudah tidak berhasil. Antara ketidakadilan pada jururawat adalah: 1. Jururawat yang bekerja pada waktu malam tidak disediakan makanan: Di manakan jururawat2 ini hendak pergi ketika perut lapar pada waktu malam. Tidak ada restoran yang buka pada waktu ini. Bekalan yang dibekalkan adalah seperti satu jenaka besar. Iaitu milo 3-in-1 satu paket. Itu sahaja. 2. Kadang-kala jururawat disuruh bekerja tanpa cuti selama lebih dari seminggu. Ini adalah zalim. Mentang-mentanglah jururawat semua perempuan. (laki sikit saja) 3. Terdapat kecurian pembayaran masa bekerja jururawat ketika bekerja malam selama 2 malam sahaja berbanding 3 malam. 4. Keselamatan jururawat adalah seperti bergantung di hujung tanduk. Bayangkan tempat letak kereta yang gelap pada waktu malam. Ruang pejalan kaki juga gelap. Dan ada kalanya polis membiarkan penjenayah yang tercedera duduk bersama jururawat seorang diri di dalam bilik untuk menerima rawatan. Apakah ini? 5. Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi. 6. Jururawat adalah pekerja kerajaan yang agak penting. Walau tidak dinaikkan gaji, mereka perlu di jaga kebajikannya. Sudah lah gaji sikit. Masa kerja pula sangat banyak. Bila berkeluarga...tak lama lepas tu terus berhenti kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk anak dan suami. Banyak yang boleh dilakukan di sini. Mungkin diadakan daycare yang mengikuti waktu kerja nurse. Free. Makanan juga disediakan kepada nurse untuk dibawa pulang selepas waktu kerja kerana kebiasaannya mereka ini selepas kerja terlalu penat untuk masak. Banyak lagi masalah jururawat yang masih belum kita tahu.. Harap jururawat berani kehadapan luahkan masalah mereka. Saya kat sini nak tekankan isu Pakaian jururawat: Perlu di buat supaya tidak terlalu seksi dan ketat. Banyak hospital swasta yang bercirikan islamic telah pun menukar fesyen pakaian jururawat supaya tidak mencerminkan imej seksi. Kita bermula dengan focus isu ini dulu kemudian kita mula fokus kepada masalah lain satu persatu.. Jika terlalu banyak nanti kita hilang fokus untuk mendesak KKM.. Jururawat perlu berpakat dan kuat untuk lawan dan mendapat hak anda.. Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit lah masalah jururawat ini .. Lama dah mereka tak selesa dengan pakaian macam nie sebab banyak saja mata liar mencuci mata.. |
AZMIN CABAR NAJIB TANDING ANWAR DI KAJANG Posted: 29 Jan 2014 03:35 AM PST |
PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti Posted: 29 Jan 2014 03:04 AM PST PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan partiPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini memulakan langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno pada Oktober. The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain. Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009. Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan. Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya. Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini. Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat. Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap "senyap bergaya" Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai "Slumberjack". Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing. Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang. Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi. Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini. Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik. Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkata pembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat "jahat, serangan tertutup" terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976. Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara. Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman "kerajaan tahu yang terbaik" sudah berlalu. Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif. Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam. Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia. – 29 Januari, 2014. |
Posted: 29 Jan 2014 02:16 AM PST Bagaimana PR hendak menawan Putrajaya kalau MB Selangor cuma berminat untuk memotong perbelanjaan negeri. Perkara lain semua tak nak buat. Kawasan Melayu tak mau dibangunkan. Jalan dibiarkan berlubang. Kutipan sampah lebih teruk berbanding zaman BN dan banyak lagi. Yang penting kena simpan, simpan, simpan. Berbangga simpanan berbillion tapi naikkan sewa sana sini. Buat bajet negeri besar2 tapi tak mau belanja Sesiapa bawa kertas cadangan akan ditolak dgn mentah2 tanpa alasan kukuh walaupun kertas cadangan tu sebut untuk bersihkan daftar pemilih dari pengundi hantu. MB Selangor sanggup lihat UMNO menang Selangor dgn menipu hanya kerana mengikut perangai kedekut tak bertempat dia. Dia sanggup tak mau keluar duit untuk bersihkan Daftar Pemilih Selangor padahal 2 tahuin sebelum tu dia dah diberitahu. Suka tak suka Anwar kena tukar MB. Tidak mau buat kesilapan di Kedah apabila 3 tahun sebelum PRU telah diberitahu kalau tidak ditukar MB Kedah PAS akan jatuh dan kalah. Adakah nak tunggu PR kalah di Selangor baru Anwar Ibrahim hendak bertindak? |
PAS WAJAR BELAJAR -YDP PAS KOTA MELAKA Posted: 29 Jan 2014 12:38 AM PST PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14. BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan. Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat. Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor. PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri. Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik. Harun Mohamad YDP PAS Kota Melaka |
Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor jika Najib disingkir Posted: 29 Jan 2014 12:19 AM PST Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor jika Najib disingkirKUALA LUMPUR 29 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil sebagai tindakan untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.Menurut Rafizi, adalah rahsia terbuka bahawa plot untuk menyingkir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dimulakan oleh kem dalam Umno pro-bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Sebagai ahli strategi parti, saya tidak menolak kemungkinan bahawa Najib akan disingkir oleh kumpulan ultra Umno yang diketuai puak Dr Mahathir Mohamad," kata Rafizi, dipetik dari blognya hari ini. Kata Rafizi, pentadbiran Menteri Besar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan prestasi baik semenjak enam tahun lepas, namun terdapat ruang untuk diperbaiki dalam banyak bidang terutamanya berhubung dinamik terkini dalaman Umno. "Sekiranya Najib jatuh, dijangkakan manipulasi terhadap isu-isu perkauman dan agama untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan terhadap kerajaan Selangor," katanya. Tambah Rafizi, serangan dan rancangan untuk merampas Selangor dengan cara tidak bertanggungjawab akan bermula untuk menyingkir Najib yang kini dalam kedudukan lemah. Justeru Rafizi menjelaskan kontroversi dan dinamik politik dalaman Umno perlu difahami pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung rasional pilihan raya kecil N25 DUN Kajang. |
Benteng Pakatan Rakyat Selangor, ‘Langkah Kajang’ ke Putrajaya Posted: 29 Jan 2014 12:17 AM PST Benteng Pakatan Rakyat Selangor, 'Langkah Kajang' ke PutrajayaKUALA LUMPUR 29 JAN: Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya mengambilalih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional.Pengarah Strategi kEADILAN, Rafizi Ramli berkata, KEADILAN dan Pakatan Selangor memerlukan benteng kukuh bagi mempercepat pembaharuan dan pada masa yang sama menangkis serangan politik dan pergerakan oleh Umno. "Kuncinya adalah pilihan. Mempunyai pilihan bermakna mempunyai fleksibiliti pergerakan yang dapat melepasi permainan Umno di Selangor terutama berhubung kontroversi kaum dan agama," kata Rafizi dipetik dari blognya, hari ini. Katanya, Pakatan Rakyat memerlukan pemimpin tertinggi yang berkemampuan mempertahankan Selangor dari dirampas BN kerana negeri tersebut seperti mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.. "Oleh itu keputusan Anwar Ibrahim bertanding memberi pilihan kepada kita (Pakatan Rakyat) melaksana keperluan semasa dengan tersusun. "Kerja itu belum selesai dan kita bersedia untuk menghadapi satu lagi pusingan serangan dari Umno," kata Rafizi. Merujuk pengalaman Britain dalam perang dunia kedua, kata Rafizi, Perdana Menteri Kabinet Perang Winston Churchill mengambil keputusan tidak popular dan kekal sebagai suara minoriti berbanding pihak lain di Eropah yang mengambil pendirian menyenangkan pihak Nazi. "Churchill berdiri sendiri ketika setiap yang lain di Eropah tunduk kepada Hitler," kata Rafizi. Justeru katanya, Selangor menjadi dua kali lebih baik daripada yang ada hari ini jika ia menjadi satu contoh bagi Pakatan Rakyat dalam usaha untuk ke Putrajaya. "Sama seperti Istanbul adalah pemangkin untuk Erdogan dan Jakarta adalah pemangkin untuk Jokowi. "Selangor boleh menjadi pemangkin yang baik untuk Pakatan Rakyat mengambilalih Putrajaya. "Saya berharap satu hari nanti apabila kita di Putrajaya, kita boleh melihat kembali kepada hari-hari sukar dalam apa yang akan dikenali sebagai 'Langkah Kajang' sebagai perubahan perjuangan dalam usaha menawan Putrajaya," kata Rafizi. |
APABILA BERUK DAN MONYET MENGOMEN Posted: 29 Jan 2014 12:11 AM PST Adoiii. pakcik penat la bila nak layan cibai mana ka dok mengomen.Yang bagusnya dok hantar nama tak bernama.Penakut juga.Kalau nak trace akaun dia memang la boleh,Tapi sebagai sebuah laman demokrasi , biar saja lah monyet terjun dengan labu-labunya...siot |
Nasrudin: Main-main kosongkan kerusi Kajang Posted: 29 Jan 2014 12:06 AM PST ALAHAI TANTAWI...SEDAPNYA MULUT HANG DOK KUTUK MEMBAZIR LA APA LA....Masa Rosmah peqabih duit,masa Najib sewa n beli jet,anak Rosmah beli kondo...hang sepatah haqam pun tak cakap...Tapi Tulang Besi ada yang nak dedahkan dulu sebab UG???? Nak pecah lobang ka bro?.......Masa Mahfuz jadi ketua Pemuda ...dia di depan-depan demontrasi....Masa hang...muka tak pernah masuk paper pun......Jadi kena bijak la bercakap.Jangan melepasi wala' pada ketua... "Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. "Macam main-main saja!" katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS."Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. "Lebih malang kerana permainan ini dilihat cuba untuk 'mengkangkungkan' rakyat," kata Nasrudin. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan