Roslan SMS Corner |
Ayuh berkejar-kejar masuk syurga (3/1/14) Posted: 02 Jan 2014 08:04 PM PST Baru-baru ini saya hadir dalam satu majlis bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Dalam sessi ta'aruf seorang pemimpin muda menyebut bahawa beliau menyertai PAS kerana mahu masuk syurga. Tambah beliau penyertaannya itu dalam PAS kerana yakin bahawa para ulamak yang mendukung PAS boleh membimbing dan membawanya ke syurga. Bagi mereka yang tidak pernah terdedah kepada perjuangan Islam sudah pastilah akan menggeleng kepala , mual atau tertawa pada kenyataan seperti itu. Orang yang jahil sudah semestinya begitulah reaksinya. Tetapi saya mendengar berasa begitu sayu campur terhayu, lama sudah tidak dengar ungkapan sebegitu.Sesungguhnya teras kekuatan PAS adalah pada ahli-ahlinya yang berbondong menyertainya lantaran yakin pada matlamat dan dasar perjuangannya. Tambahan pula dengan slogan "Kepimpinan Ulamak" menjadikan PAS satu-satunya parti atau gerakan Islam yang terus dan masih diterajui ulamak bukan hanya di rantau ini malah diperingkat dunia. Malah siapa sahaja yang berjuang dengan matlamat mahu mendaulatkan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam al Quran dan Hadis akan berjuang dengan matlamat mengejar syurga. Hambatan syurga itu lebih bermakna apabila dipimpin dan dibimbing oleh golongan yang takutkan Allah swt yakni para ulamak.Saya sengaja membawa posting sebegini pada hari Jumaat ini kerana kebetulan menerima keratan akhbar lama bertarikh 24 Mac 2010 (yang dah banyak diulas sebelum ini oleh rakan bloggers lain) yang pada saya boleh membantu kita dalam memahami tuntutan perjuangan mengejar syurga ini. Keratannya bertajuk: "Brunei lebih takut laknat Allah" (Kepentingan Allah mengatasi hak asasi dan kepentingan pihak-pihak tertentu yang lain) Kemudian lihat pula pengisytiharan perlaksanaan hukum Hudud di Brunei oleh Sultan Brunei tahun lalu: Titah Sultan Hasanal Bolkiah "Siapakah kita di hadapan Allah untuk berkata tidak atau tangguh dahulu (dalam perlaksanaan hukum-humu Nya)….." Semua ini adalah manifestasi mahu masuk syurga belaka.Bayangkan Brunei yang satu ketika dahulu dikenali sebagai anak didik British. "Lackey" atau "budak suruhan British" kata setengah-setengah pihak, tiba-tiba dengan takdir dan kuasa Allah, Bruneilah menjadi Negara pertama di rantau ini menghidupkan kembali perlaksanaan Undang-undang Islam setelah dimatikan oleh penjajahan Barat dirantau ini bermula dengan kemasukan Portugis, Belanda dan kemudiannya Inggeris. Kesimpulannya tuntutan perlaksanaan Islam secara syumul ini adalah merupakan kewajiban ke atas semua umat Islam. Samada kita hidup untuk menyaksikannya atau tidak sempat, yang penting kita berjuang ke arahnya dan berada di atas bahtera yang memperjuangkannya.Ayuh kita berkejar-kejar untuk masuk syurga. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan