Khamis, 23 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Tak Wajar Bakar Bendera Tunjuk Protes - Rafizi

Posted: 23 Jan 2014 09:05 PM PST

Perkauman Dan Agama: Taktik menakut-nakutkan rakyat tak akan berjaya, kata Nur Jazlan

Posted: 23 Jan 2014 08:49 PM PST

Tiada 'double standard', himpunan pro-Najib pun disiasat kata Polis

Posted: 23 Jan 2014 07:44 PM PST

 
Polis akan menggunakan standard yang sama terhadap penyokong BN dan Pakatan Rakyat yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit polis, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi .

Beliau menafikan dakwaan bahawa polis mengamalkan 'double standard' apabila berurusan dengan penyokong perhimpunan BN dan Pakatan.

Abdul Rahim berkata, jika perhimpunan TURUN untuk membantah
kenaikan harga Ahad ini di Bandar Sunway, Seberang Jaya tidak mempunyai permit, penganjur akan didakwa di mahkamah di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Mereka tertakluk kepada undang-undang yang sama dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Akta tersebut, yang menyatakan, antara lain, penganjur perlu memberi kepada pihak polis notis 10 hari (sebelum) ia diadakan, kata Abdul Rahim Ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Dinamakan TURUN 2.0, perhimpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO membantah kenaikan harga barangan keperluan dan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) akan diadakan dari jam 2 petang hingga 4 petang di tempat letak kereta terbuka Bandar Sunway.

Read More / Baca Lagi >>

Selamat Jalan Najib: Henti berslogan, henti potong subsidi, kata pemimpin akar umbi Umno

Posted: 23 Jan 2014 07:42 PM PST

Debat yang berputar di sekeliling kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan masa depan politik menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pemimpin akar umbi Umno, yang menyatakan perdana menteri perlu menghentikan membuat slogan, sebaliknya berhenti potong subsidi yang memberi kesan kepada rakyat.
Mereka berkata, sementara serangan daripada parti politik lawan memang sudah dijangka, gerakan oleh golongan elit dalam parti itu untuk menyingkirkan Najib sebagai presiden dan serangan daripada blogger pro-Barisan Nasional (BN) mengenai kepimpinan dan polisi kerajaan mencetuskan kebimbangan.
"Rakyat kata Najib pemimpin yang lemah. Tetapi siapa pemimpin yang lebih kuat kita ada dalam hirarki Umno," kata Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Ketua Umno bahagian Padang Besar itu berkata, Najib sepatutnya tidak lagi mengelirukan ahli Umno dengan slogan yang tidak mencerminkan sebarang tindakan.
Beliau berkata, ahli parti mengharapkan barisan kepimpinan juga mendengar pandangan dan pendapat ahli politik, bukan hanya beberapa penasihat perdana menteri berhubung perkara yang menjejaskan rakyat.
"Ahli Umno dan ahli Parlimen menentang kenaikan tarif elektrik tetapi perdana menteri setuju," katanya merujuk kepada kenaikan tarif elektrik yang berkuatkuasa bermula bulan ini.
Beberapa ahli Parlimen BN lantang menentang kenaikan itu ketika taklimat diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ramai yang merungut kerana kesukaran untuk menjelaskan kenaikan itu, ada ahli Parlimen mempersoalkan sama ada TNB boleh jadi muflis sementara seorang lagi bertanya sama ada sebahagian daripada negara akan bergelap jika tarif itu tidak dinaikkan.
TNB semalam dilaporkan memperolehi keuntungan bersih RM1.73 bilion, bagi suku pertama sehingga 30 November, 2013 – 22% lebih tinggi berbanding RM1.42 bilion yang diperolehi bagi tempoh sama tahun sebelumnya, dibantu oleh cukai lebih rendah.
Peningkatan kadar elektrik bermula 1 Januari dan diarahkan oleh Putrajaya untuk memotong subsidi minyak, menurut agensi kerajaan MyPower.
Bekas Bendahari Bahagian Hulu Terengganu, Raja Ghazali Raja Abdul Rahman, berkata menyingkirkan Najib tanpa mempunyai pengganti yang lebih baik dan berkelayakan tidak memberi kebaikan kepada Umno dan BN.
Read More / Baca Lagi >>

GST banyak persembunyian fakta dilakukan kerajaan 47% BN

Posted: 23 Jan 2014 07:40 PM PST

Kerajaan berbuat banyak perkara yang tidak telus apabila berdepan dengan rakyat dan sikap inilah menjadikan rakyat berang dan hilang kepercayaan apabila mereka menyedari mereka ditipu hidup-hidup. Kenapa parti memerintah (UBN) hilang undi mojoriti dalam pilihan raya umum ke-13 lepas, salah satu puncanya kerana sikap tidak telus mereka yang boleh disifatkan sebagai menipu rakyat.


Rafizi mendedahkan persembunyian fakta mengenai GST.
Rakyat yang cerdik, menggunakan otak dan fikirannya, tidak mudah disimsilabimkan oleh UBN, kerana itu mereka mengubah tangan mereka ke kertas undi pembangkang. Gara-gara itu maka terjadilah keputusan pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih 2% lebih berbanding dengan UBN. Pakatan mendapat 51% manakala UBN mendapat 47%.



Tindakan kerajaan yang tergamak mengambil kesempatan atas kelurusan dan kepercayaan rakyat ini adalah satu kezaliman dan ketidakadilan yang perlu ditentang.

Sudah berapa banyak rakyat dipermainkan oleh parti memerintah. Rakyat terpaksa melakuakan termasuk mengeluarkan wang dan keringat kepada sesuatu yang tidak sepatut mereka lakukan. Dalam kata lain rakyat sepanjang masa ditipu oleh para berjois kerajaan dan menghabiskan tanga dan keringat untuk pihak lain. Nasib rakyat negara ini samalah dengan pokok getah yang mengeluarkan getah dibikin kasut tetapi dipakai oleh orang lain, (bukan tuan pokok getah).

Salah satu contoh atau bentuk 'penipuan' terbaru kerajaan kepada rakyat ialah mengenai cukai baru yang hendak diperkenakan; goods and service tax (GST). Cukai ini akan mulai diperkenakan pada tahun 2015 sebagai mengganti cukai yang dipakai kini SST.

Tidak menjadi masalah kalau kerajaan ingin memperkenalkan sesuatu polisi atau dasar baru asal demi negara dan rakyat asalkan ianya dijelaskan dengan jujur dan ikhlas. Macam mana pahit menjadam sekalipun peraturan digubalkan kerajaan, rakyat akan menelannya juga. Malangnya, kerajaan bermain 'ciku cak' di sebalik apa yang dijelaskan itu.Read More / Baca Lagi >>

Hanya menteri kerajaan 47% BN percaya GST sebabkan harga turun

Posted: 23 Jan 2014 07:38 PM PST

PETALING JAYA - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berpandangan, hanya menteri yang percaya bahawa pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menyebabkan harga barangan turun.

Menurut Rafizi, sepanjang tinjuan beliau terhadap negara yang sudah melaksanakan GST, tiada satu negarapun yang menunjukkan penurunan harga barangan apabila cukai tersebut dilaksanakan.

"Sepanjang tinjuan saya di negara-negara yang melaksanakan GST, tiada satupun negara itu yang menunjukkan penurunan harga barang berlaku.

"...sebaliknya harga barang naik, inflasi naik," katanya  pada Taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ, semalam.

Pada 25 Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST ketika membentangkan Bajet 2014.

Sebaik pengumuman itu, cukai yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015 itu, turut mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Peniaga daftar GST elak rugi kos meningkat, kata Rafizi

Posted: 23 Jan 2014 07:36 PM PST


Kempen Faham GST, Tolak GST akan diteruskan dengan kemuncaknya ialah demonstras pada 1 Mei, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Kempen Faham GST, Tolak GST akan diteruskan dengan kemuncaknya ialah demonstras pada 1 Mei, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Kempen Faham GST, Tolak GST diteruskan untuk menjelaskan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan menyebabkan lebih ramai peniaga tampil berdaftar secara sukarela sebagai cara mengimbangi peningkatan kos operasi sebuah perniagaan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata mengikut undang-undang percukaian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, syarikat yang layak mengenakan cukai GST sebenarnya tidak hanya melibatkan perniagaan berpendapatan RM500,000 dalam tempoh setahun, tetapi bagi jumlah kurang daripada itu.
"Undang-undang sedia ada menyatakan sebarang entiti perniagaan selagi ia melibatkan transaksi, maka peniaga itu berhak untuk mendaftar sebagai pengutip cukai dan mengenakan GST sekiranya pendapatan mereka sebanyak RM500,000 atau lebih dalam tempoh 12 tahun.
"Namun undang-undang juga membenarkan peniaga berpendapatan RM15,000 ke bawah untuk mengenakan GST sekiranya mereka berdaftar secara sukarela," katanya menjawab pertanyaan daripada hadirin dalam program di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

'Sweden Let Them Go' luah kekecewaan ahli keluarga

Posted: 23 Jan 2014 07:35 PM PST

Kena Jawab Kiriman Salam Dengan "WA'ALAIHISSALAM"? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 23 Jan 2014 07:33 PM PST

Solat Jumaat Baca Khutbah Raya - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 23 Jan 2014 07:31 PM PST

Belajar Melalui Internet..'Masuk ISLAM Kerana YOUTUBE' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 23 Jan 2014 06:59 PM PST

Sains Dalam Al-Quran - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 23 Jan 2014 06:57 PM PST

MENTERI UMNO@BN MENGKANGKUNGKAN RAKYAT...!!!

Posted: 23 Jan 2014 04:23 PM PST


SUMBANGAN RM32.5JUTA UNTUK MANGSA BANJIR DARI KERAJAAN EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) ... UAE PUNYA WANG BN CUBA NAK DAPAT NAMA!!

Posted: 23 Jan 2014 04:12 PM PST



Bekenaan bantuan untuk mangsa banjir bernilai AS$10juta (RM32.5juta) yang disumbangkan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Adnan berkata bantuan itu akan diberikan dalam bentuk perabot dan peralatan rumah. 


Rakyat mau tanya ... mengapa adanya logo 1M'sia dan lambang dacing dan bukannya ayat sumbangan dari pemerintah UAE?

NAJIB BUAT 'DO NO'!!! Pemimpin UMNO resah, BN kian lemah, rakyat makin marah

Posted: 23 Jan 2014 03:10 PM PST

Walaupun jangka masa PRU 14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan UMNO bakal kalah dalam pilihanraya itu. 

Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU 14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pula membayangkan tiga senario yang bakal berlaku iaitu sama ada Najib berubah, beliau ditukarkan jika gagal berubah dan jika tiada apa-apa yang berubah, BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang.


Seorang lagi bekas wartawan iaitu Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan, tidak jemu-jemu menyarankan agar bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberikan semula kuasa dan pengaruh dalam kerajaan, dengan terbaru mencadangkan agar dilantik sebagai Menteri Mentor bagi membantu Najib, suatu gambaran hakiki bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak bermaya sehingga Mahathir yang sudah berusia 89 tahun dan lebih 10 tahun bersara, dirasakan perlu dipanggil semula untuk menyuntik "ubat kuat" kepada Najib.


Read More / Baca Lagi >>

'Barangan pengguna jadi mahal dengan kenaikan tol'

Posted: 23 Jan 2014 03:07 PM PST

 
 Persekutuan Pekilang Malaysia ( FMM) memberi amaran bahawa kenaikan kadar tol akan meningkatkan harga barangan pengguna.

Dalam satu akhbar hari ini, FMM berkata satu tinjauan di kalangan ahlinya mendedahkan bahawa bayaran tol yang lebih tinggi akan menyebabkan peningkatan dalam harga bahan mentah.

Ini kemudiannya akan meningkatkan kos operasi bagi pengeluar, yang akan diturunkan kepada pengguna.

"Memandangkan kenaikan kadar elektrik baru-baru ini, kenaikan kadar tol yang dicadangkan, pasti akan memberikan tekanan kepada inflasi dan FMM meramalkan bahawa kenaikan ini akan melembapkan penggunaan domestik dan menjejaskan daya saing eksport.

"FMM menggesa syarikat-syarikat konsesi tol supaya mengkaji semula keputusan mereka untuk menaikkan kadar tol dan kerajaan campurtangan bagi mengelak sebarang kenaikan kos menjalankan perniagaan di Malaysia," kata FMM.

FMM tidak menyatakan bilangan responden yang terlibat, tetapi berkata 68 peratus daripada ahlinya adalah SME yang beroperasi di Lembah Klang.

Menurutnya, semua responden bersetuju bahawa pembekal pengangkutan akan meningkatkan kadar bayaran sekiranya kadar tol dinaikkan, ditambah pula dengan kenaikan dalam tuntutan perjalanan kakitangan pemasaran mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Firms should sign up for GST to offset higher costs of business, says opposition MP

Posted: 23 Jan 2014 03:06 PM PST


Companies are encouraged to register for the goods and services tax (GST), regardless of whether they are eligible to absorb the increased costs of operating their business, revealed PKR strategist Rafizi Ramli (pic).
Rafizi said that this is due to the mechanics of the GST, coupled with the regulation, that allows companies to voluntarily register for GST despite having a revenue of RM500,000 and below.
Under the Royal Malaysian Customs Department's guide for registration, businesses with a taxable turnover exceeding RM500,000 are required to sign up for the GST.
"Every company will evaluate the cost versus the tax saving, and most of them would find that it is more beneficial to register," said Rafizi at the "Understand GST, Reject GST" forum in Petaling Jaya last night.
"With or without the threshold, companies would generally voluntarily register for the GST in order to make sure they don't bear the GST themselves," he said.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced last October that the GST would be implemented in April 2015.
Rafizi explained that companies would have to incur their own cost, too, by spending an average of RM15,000 to implement the GST. The money is to facilitate document work and the hiring of accountants and lawyers to keep the books and ensure compliance.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Farouk: Demokrasi Malaysia tahap pincang

Posted: 23 Jan 2014 03:01 PM PST

Dr Ahmad Farouk Musa  
SHAH ALAM - Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa berpendapat Malaysia perlu berusaha meningkatkan kondisi demokrasi yang kini berada di tahap pincang.

Beliau merujuk kepada hasil kajian 'The Economist' melalui World Democracy Index yang meletakkan Malaysia di bawah kategori demokrasi pincang.

"Kalau kita lihat pada World Democracy Index, di mana setiap tahun dikeluarkan oleh The Economist. Mereka bahagikan negara dunia kepada empat bahagian. Demokrasi penuh, demokrasi separa, demokrasi pincang dan autoritarian. Di manakah Malaysia?

"Malaysia di bawah kategori demokrasi pincang. Jadi, kita mesti perbaiki. Kalau kita tak boleh pergi terus kepada demokrasi mutlak seperti negara-negara Scandinavia, Norway, Sweden dan sebagainya, setidaknya kita beralih ke separa demokrasi.

"Sekarang kita separa demokrasi pun tak ada. Apa yang kita ada ialah 'illiberal' demokrasi. Kita ada kan pilihan raya lima tahun sekali tapi ia 'illiberal'. Ia bukan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online, baru-baru ini.

Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Hanya kacang dhal dikecualikan GST?

Posted: 23 Jan 2014 02:59 PM PST

PETALING JAYA - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan semua perkhidmatan atau barangan yang tidak diumumkan sebagai 'dikecualikan' akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Jelasnya kalau diikutkan dalam ucapan belanjawan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober 2013 hanya kacang dhal disebut sebagai akan dikecualikan GST sebaliknya kacang-kacang lain tidak dinyatakan akan dikecualikan GST, oleh itu baginya 'kacang' lain akan dikenakan GST.

"Kalau kita ingat balik menteri kewangan dalam ucapan belanjawan pada 25 Oktober 2013 beliau ada menyebut... barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, 'kacang dhal', rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan yang akan dikecualikan GST.

"...kalau kita faham balik maknanya hanya kacang dhal yang akan dikecualikan GST, sebaliknya kacang kuda, kacang tanah,kacang panjang akan dikenakan GST," katanya ketika sesi Taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ hari ini.

GST akan diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 April 2015 dengan kadar pengenalan sebanyak 6 peratus.

Mentor-Mentee.....Tapi Dia Ada Mentol Yang Mewah...!!!

Posted: 23 Jan 2014 02:58 PM PST

UMNO dibawah pimpinan Najib amat bercelaru sekali. Najib kelihatan tidak tahu membuat apa2. Benarlah kata bekas seorang menteri kewangan- Najib hasn't got what it takes to run the country. What has Najib got? He has an indisputable claim on being Tun Razak's son. That's all.
Maka kedengaran lah cubaan dan cadangan membawa Dr Mahathir sebagai mentor kepada Najib.
Apa maksud cadangan itu? Membawa kembali Dr Mahathir is as good as menjadikan Dr Mahathir PM sekali lagi. Maknanya, Najib must be a real dud and nitwit. Adapun alasan membawa kembali Dr Mahahir ialah supaya dia memimpin tangan Dato Najib dan jadi mentor kepada Najib. Najib baru pandai berjalan kah? Atau mempunyai kerencatan akal?
Bukankah Najib sudah melalui mentoring dan apprenticeship sejak tahun 1976 lagi? Bukan sedikit tokoh2 besar yang boleh dipelajari oleh Najib. Pada zaman Tun Hussein, dia boleh belajar dari pimpinan Ghazali Shafie, Musa Hitam, Tengku Razaleigh. Pada zaman Mahathir- dari Mahathir sendiri dan dari kaisar ekonomi negara Daim Zainudin. Ertinya, jika mahu pengajaran dan tunjuk ajar, jika dia cergas otak- dia sudah boleh jadi PM yang terbaik. Kecuali ketika itu, Najib tidor atau sibuk dengan extra mural activities yang lain.
Dia sudah mendapat mentoring sejak tahun 1976 lagi setelah megambil alih tempat Tun Razak. Ketika itu, tidak ada orang tahu pun potensi pimpinan nya. kerana dirundung kesedihan maka rakyat Pekan menerima pergantian nya takut2 baka Tun Razak tidak ada di Pekan. Kini, Malaysia menuai apa yang kita tanam. Kita telah tanah pokok mangga jantan yang tidak boleh menghasilkan buah.
Read More / Baca Lagi >>

Tambang Naik: SPAD jangan tuding jari pada ibu bapa

Posted: 23 Jan 2014 02:41 PM PST

Beban kenaikan tambang bas sekolah yang ditanggung oleh ibu bapa sejak sekian lama, menjadi semakin berat ekoran kenyataan dangkal dari Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mendakwa bahawa kenaikan tambang bas sekolah itu berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar harga kenaikan tersebut.
BAS_SEKOLAHSebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun SPAD masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah. Amat mengecewakan apabila Tan Sri Syed Hamid Albar membuat alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada perkara berbangkit tersebut.
Tan Sri Syed Hamid Albar turut menyatakan sebab SPAD tidak dapat mengambil tindakan terhadap pengusaha bas sekolah atas kenaikan tambang awal sebelum keputusan dibuat, sebagai kegagalan ibu bapa melaporkan kepada SPAD tentang hal yang berlaku. Maka atas sebab demikian, SPAD terpaksa menutup sebelah mata atas isu ini.
Jika Ibu Bapa Enggan Bayar, Adakah Kerajaan Sediakan Pengangkutan Alternatif Buat Murid-Murid?
Situasi yang berlaku tidaklah serumit seperti yang didakwa Pengerusi SPAD. Sekiranya ibu bapa ini enggan menuruti dan membayar jumlah kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 40% ini, adakah kerajaan akan menyediakan pelan pengangkutan alternative buat murid-murid sekolah ini? Persoalan ini yang perlu dilontarkan kepada Pengerusi SPAD dan seterusnya Kementerian Pengangkutan dan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.
Sikap lepas tangan dan tutup sebelah mata SPAD dan kerajaan berkaitan masalah bebanan rakyat ini bukanlah perkara baru. Mereka lebih berminat untuk mengatasi kerugian pengusaha bas sekolah, berbanding mengambil kira bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana.
SPAD hanya mampu mengeluarkan kenyataan menyalahkan ratusan ribu ibu bapa berbanding menguatkuasakan larangan kenaikan tambang bas sekolah sebelum keputusan berbuat demikian dipersetujui oleh SPAD sendiri. Maknanya Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) ini pada bila-bila masa boleh menaikkan tambang bas sekolah tanpa perlu merujuk kepada keputusan SPAD.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya perlu kaji semula Model Ekonomi Baru, kata Saifuddin

Posted: 23 Jan 2014 02:39 PM PST


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Moderat Global, Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan kerajaan mengkaji semula Model Ekonomi Baru supaya mencapai ekonomi terangkum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Januari, 2014.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Moderat Global, Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan kerajaan mengkaji semula Model Ekonomi Baru supaya mencapai ekonomi terangkum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Januari, 2014.Kerajaan perlu mengkaji semula Model Ekonomi Baru (MEB) bagi merangkumi tindakan jelas dalam usaha untuk mencapai ekonomi terangkum.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Moderat Global, Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun keterangkuman adalah satu daripada prinsip yang diutarakan MEB, tiada penjelasan khusus diberikan, tidak seperti dua lagi prinsip untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan ekonomi mampan.
Beliau berkata, walaupun objektif menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah MEB berjalan lancar setakat ini, perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai prinsip keterangkuman.
Read More / Baca Lagi >>

Ku Li saran sistem perbankan dan kewangan Islam dikaji semula

Posted: 23 Jan 2014 02:38 PM PST


Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar), hari ini menyarankan satu kajian semula dilakukan ke atas sistem perbankan dan kewangan Islam untuk memastikan sistem itu berlandaskan prinsip ekonomi syariah.
Beliau berkata pada awal-awal dahulu, ketika sistem itu baru mencari tapak dalam industri, terdapat kecenderungan untuk mencipta produk kewangan Islam tanpa mengikut piawaian dan prinsip Islam yang ketat.
"Masanya kini sesuai dan tepat untuk menjalankan satu kajian semula ke atas sistem ini dengan tujuan memperkemaskannya. Ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan jaminan kualiti yang berterusan yang perlu kita lalui untuk memastikan amalan kita benar-benar mengikut kehendak syariah," katanya dalam ceramahnya yang bertajuk "Islamic Finance: Straying From Syariah and Pioneer's Path".
Beliau juga melancarkan sebuah buku bertajuk "Islamic Transactions and Finance: Principles and Developments" di Institut Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Razaleigh berkata sistem tidak akan terjejas jika tujuannya adalah untuk mengkaji semula tentang apa yang halal dan haram dalam perbankan dan kewangan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Pelaksanaan GST cadangan Daim bukan Anwar

Posted: 23 Jan 2014 06:15 AM PST

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini menjelaskan bahawa cadangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini adalah bermula daripada Tun Daim Zainuddin bukannya daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Rafizi yang juga merupakan Pakar Strategik PKR itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mewarisi cadangan tersebut, namun pun begitu ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau tidak melaksanakan GST tersebut.

"Ramai yang salah anggap bahawa Datuk Seri Anwar yang bertanggungjawab dalam pengenalan GST di Malaysia.

"...namun itu cuma salah faham kerana, cadangan GST bermula ketika Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan iaitu selepas krisis ekonomi pada tahun 1985 hingga 1987.

"...Anwar menjadi menteri kewangan ketika tahun 1991, beliau (Anwar) hanya mewarisi undang-undang tersebut... namun begitu ketika awal 1990 ekonomi kita semakin meningkat... oleh itu tiada keperluan untuk dilaksanakan GST, jadi bukan Datuk Seri Anwar yang mencadangkan GST ini sebaliknya Tun Daim Zainuddin," katanya pada Taklimat Faham GST Tolak GST di auditorium MBPJ, hari ini.

Pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, menjadi kontroversi apabila banyak pihak mendakwa GST akan memberi bebanan kepada rakyat.

Isu Marinatasha bukan hanya soal tudung, tapi...

Posted: 23 Jan 2014 06:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Isu membabitkan artis Marinatasha Isnariah Mustapar yang dihalang membuat persembahan kerana bertudung harus dilihat dalam ruang lingkup yang lebih besar.

Dengan penjelasan oleh syarikat penganjur Castmet Sdn Bhd terhadap tindakan ke atas artis itu, maka isu ini menjadi lebih luas melangkaui isu tudung semata-mata.

Bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor, penjelasan Casmet semalam menimbulkan persoalan baru.

Katanya, apa jenis hiburan yang mengenakan syarat supaya artis wanita yang membuat persembahan perlu menari bersama tetamu lelaki dan dengan syarat tidak bertudung?

"Persoalan lebih besar adalah bagaimana budaya dan masyarakat di Malaysia membenarkan sesuatu persembahan sehingga seseorang artis wanita dikehendaki berinteraksi dengan penonton dengan menyanyi dan menari bersama mereka, dan kriteria utamanya adalah tidak bertudung.

"Persembahan jenis apakah itu sehingga wanita bertudung dianggap tidak sesuai bagi 'berinteraksi dan bercampur' dengan tetamu?

"Mengapa perlu wanita tidak bertudung dijadikan syarat mengadakan persembahan jika bukan aksi 'nakal' diperlukan supaya penonton atau tetamu tidak merasa malu atau janggal bermesra dengan artis tersebut pada majlis yang diadakan?" soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: