Ahad, 19 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


TGNA | Kuliah Jumaat 17 Jan 2014

Posted: 19 Jan 2014 09:28 PM PST

NGO C4 ikrar tangani rasuah, pantau badan kehakiman

Posted: 19 Jan 2014 09:27 PM PST

Launch of C4: Cynthia: It's up to us

Posted: 19 Jan 2014 07:36 PM PST



ROH Yang Keluar Ketika Tidur - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 Jan 2014 07:30 PM PST



Langkah Orang Untuk Duduk Saf Depan Masa Khutbah Jumaat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 Jan 2014 07:28 PM PST



Hukum Solat Di Depan Pintu Masjid - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 Jan 2014 07:28 PM PST



Hukum Anak Luar Nikah Di'Bin'kan Kepada Bapa Zinanya - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 Jan 2014 07:27 PM PST



Saudi Arabia Sowing Discord Among Muslim - TG Hadi Awang

Posted: 19 Jan 2014 07:26 PM PST



Harga KR1M di Sabah lebih mahal daripada kedai runcit biasa, apa cerita subsidi RM1.53 juta..???

Posted: 19 Jan 2014 07:07 PM PST


Kerajaan menubuhkan KR1M untuk membantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga lebih murah berbanding kedai biasa. Gambar fail.Kerajaan menubuhkan KR1M untuk membantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga lebih murah berbanding kedai biasa. Gambar fail.DAP hari ini membangkitkan persoalan mengapa harga barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Sabah lebih mahal daripada kedai biasa yang tidak menerima subsidi kerajaan.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Putrajaya sudah memperuntukkan sejumlah RM1.53 juta untuk mewujudkan sebuah KR1M di Sabah, namun masih gagal mengawal harga barangan yang dijual.
"Mengejutkan bila KR1M di Sabah menjual barangan dengan harga lebih tinggi sedangkan mereka menerima subsidi RM1.53 juta untuk setiap kedai.
"Sedangkan sebuah KR1M di Semenanjung hanya berjumlah RM471,000. Sudah terdapat perbezaan berjumlah RM1.06 juta untuk setiap kedai," katanya dan menambah jumlah itu belum lagi termasuk RM279 juta bagi program pensamarataan harga di Malaysia Timur, dengan Sabah sekurang-kurangnya menerima RM100 juta.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga menegaskan, kajian berkenaan perbezaan harga itu dillakukan oleh ahli Umno sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Sekat Anwar ke Jepun, KEADILAN desak penjelasan Wisma Putra

Posted: 19 Jan 2014 06:53 PM PST

KUALA LUMPUR 20 JAN: Wisma Putra didesak memberi penjelasan penuh berhubung sekatan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki Jepun.
DSAI"Pemerintah Jepun mendakwa satu laporan baru-baru ini datang dari kerajaan Malaysia yang merupakan asas tidak membenarkan Anwar memasuki Jepun
"Kami mendesak penjelasan penuh Wisma Putra," kata Ketua Biro Guaman & Hak Asasi KEADILAN, Latheefa Koya dalam kenyataannya hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, adalah suatu keanehan apabila Anwar dilarang memasuki Jepun atas dakwaan politik lama pada 1999, sedangkan beliau telah beberapa kali memasuki negara itu sebelum ini.
"Ini adalah siri terkini serangan kerajaan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang yang masih berdepan kemungkinan sabitan tuduhan yang direka-reka," kata Latheefa.
Tambah Latheefa, ini bukan kali pertama kerajaan Malaysia menggunakan tekanan diplomatik untuk mempertahan 'kepentingannya'.
Sebelum ini, pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand pernah dihalang memasuki Malaysia untuk melakukan bedah siasat keatas mangsa kematian dalam tahanan, C Sugumar.
Read More / Baca Lagi >>

Provokasi kaum : Polis harus bertindak profesional buktikan kewibawaan

Posted: 19 Jan 2014 06:48 PM PST

Ng_Sue_Lim_01SHAH ALAM, 20 JAN: Pihak polis harus membuktikan kewibawaan mereka dalam menangani tindakan provokasi dan hasutan yang dilakukan pemimpin Umno Pulau Pinang kerana mampu mencetuskan ketegangan hubungan antara kaum serta agama di negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim, berkata tindakan sambil lewa pihak polis akan menyebabkan masyarakat negara ini menerima isyarat yang salah, sekali gus boleh menimbulkan suasana yang tidak aman dan tenteram antara kaum serta agama.
"Polis harus mengambil sikap tegas kerana jika dibiarkan ia seperti menggambarkan mereka memberi lampu hijau kepada pihak yang sengaja membakar api perkauman dan akhirnya nanti menimbulkan masalah lebih rumit lagi.
"Polis kena tunjukkan mereka bersikap profesional, jangan nanti rakyat sangka mereka mengamalkan sikap dwi standard," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Pada 18 Januari lalu, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang dalam demontrasi yang diadakan di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya melakukan provokasi melalui beberapa sepanduk yang dibawa dan juga ucapan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Guru: Ambil iktibar, jangan sampai menteri pula kena tumbuk

Posted: 19 Jan 2014 06:47 PM PST

KUALA LUMPUR: Insiden Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang ditumbuk adalah suatu lambang amarah yang semakin membuak dan tidak boleh dikawal akibat kurangnya keprihatinan pihak kementerian dalam menangani isu-isu perguruan dan pendidikan di Malaysia, kata Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman.

Beliau yang mesra disapa dengan penggilan Cikgu Mala menegaskan bahawa peristiwa itu jangan dianggap kes terpencil kerana menumbuk atau ingin mencederakan seorang yang bergelar Timbalan Menteri Pendidikan adalah suatu yang mendukacitakan.

"Saya mewakili NGO Pendidik ingin merakamkan rasa simpati atas apa yang dihadapi oleh YB P.Kamalanathan, tetapi apa persoalan yang menjadi sebab utama hingga terjadinya peristiwa yang memalukan ini wajar diteliti dengan penuh keprihatinan oleh Kementerian Pendidikan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, insiden yang berlaku itu telah melakar titik hitam dalam sejarah pendidikan negara dan kajian terperinci perlu dibuat mengapa sehingga terjadinya peristiwa seperti itu.

"Kita harus faham, guru bukannya robot. Mereka mempunyai perasaan. Ada keluarga dan ada anak. Jika penempatan guru yang tidak diambil perhatian hingga terpisah bertahun lamanya sedangkan ada cara untuk membantu guru ini, pasti siapa pun akan berasa marah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Wolf of Wall Street Producer Was Jho Low’s Party Planner – HOLLYWOOD EXCLUSIVE!

Posted: 19 Jan 2014 06:45 PM PST

Wolf of Wall Street Producer Was Jho Low's Party Planner – HOLLYWOOD EXCLUSIVE!

A hug for 'Riz and Joey' of Red Granite Pictures as Di Caprio makes his way to accept the Golden Globe for best actor
A hug for 'Riz and Joey' of Red Granite Pictures as Di Caprio makes his way to accept the Golden Globe for best actor
At Hollywood's glittering Golden Globe Awards last week two new 'hotshot producers' basked in the limelight, as the star of their latest movie took the award for best actor in Wolf of Wall Street.
Riza Aziz and Joey McFarland of Red Granite Pictures enjoyed a special mention of thanks in Leonardo Di Caprio's acceptance speech for "taking a risk on this movie", which their company famously bankrolled to the tune of $100million.
"Thank you Joey, Riz and Jho for not only being collaborators but for taking a risk on this movie", said Di Caprio, as the cameras cut to the two beaming young men, who were sharing  a table with the film's legendary Director, Martin Scorcese.
Basking in the thanks, Riza and Joey listen to the speech
Basking in the thanks, Riza and Joey (foreground) listen to the speech – Scorcese behind.
But many in the audience of Hollywood insiders have been left wondering who exactly are these two newcomers to the business and in particular what production background has Joey McFarland, who runs the company?
Party boy - McFarland tweets from St Tropez
Party boy – McFarland tweets from St Tropez
Sarawak Report conducted a special assignment in Hollywood last week, unearthing some of the answers.
We can confirm that before Red Granite was launched in Cannes in May 2011 Joey McFarland worked as a party planner and celebrity booking agent for private events.
The agency was called Global Talent Booking; their top celebrity for hire was Paris Hilton and Joey's main best client was none other than the notorious fun-loving Malaysian 'billionaire tycoon', Jho Taek Lho (also referred to above in Di Caprio's acceptance speech at the Golden Globe Awards).
As one senior Hollywood insider told Sarawak Report:
"I'd never heard of Joey McFarland.  He has no part in the business that anyone knows or cares about. The only credit that he had before Red Granite was as Paris Hilton's side kick"
Key movie credit
The Hollywood establishment has meanwhile picked up on another noteworthy and highly unusual gesture. Jho Low has been singled out for special thanks by Red Granite for Wolf of Wall Street, with a full screen credit all to himself, which features at the end of the $100 million film, straight after the main titles.
Full screen credit to Jho Low
Full screen credit to Jho Low in Wolf of Wall Street
Such a form of accolade to an individual behind the scenes is almost unprecedented say those in the industry. The credit does not specify what the thanks are for, but Mr Low's known specialisms are accessing massive private investment funds and financing hugely expensive parties.
"It is the first credit after the main title credits (which are at the end in this film). This is very unusual, I can't remember ever seeing something like this." Another top Hollywood producer told Sarawak Report.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Said tak perlu ke Antartika, tengok kampung sendiri

Posted: 19 Jan 2014 06:03 PM PST

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas mempersoalkan kepakaran dan latar belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja melibatkan kajian kesan perubahan cuaca dan alam sekitar ke Antartika bermula 18 Januari lalu hingga 2 Februari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, perkara itu menjadi tanda tanya memandangkan ia dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang sepatutnya diketuai menteri atau pakar berkaitan.

Menurutnya, jika benar Ahmad prihatin terhadap alam sekitar, tindakan yang perlu diambil adalah melihat kampung sendiri di Kemaman terlebih dahulu dan prihatin terhadap isu alam sekitar di Terengganu termasuk Tasik Kenyir.

"Projek yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar di Kenyir iaitu projek Kompleks Bebas Cukai bernilai beratus juta tetapi dilakukan dengan cara tidak betul sehingga menjejaskan alam sekitar kawasan hutan semula jadi Kenyir.

"Saya tengok sendiri tahun lepas. Untuk projek di kawasan eko-tourism sebegini sepatutnya pokok diselamatkan dan dikekalkan dan bangunan hanya dibina di celah pokok hijau. Ini adalah prinsip utama garis panduan projek di kawasan hutan eko-tourism," katanya kepada pemberita di Pejabat Parlimen Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Perkauman: Jangan undang bahaya

Posted: 19 Jan 2014 05:56 PM PST

ABD SHUKUR HARUN

Tidak ada perkara yang kebih dibimbangkan masa kini bagi rakyat yang prihatin, selain daripada isu perkauman yang kelihatan ditiupkan begitu kencang sekali oleh pihak tertentu.

Apa saja masalah yag timbul pastilah dihubungkan atau dijadikan isu perkauman. Yang terkini isu kenaikan harga barang, isu harga kangkung turun yang diheret sampai kepada mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang di mana ancaman seperti Peristiwa 13 Mei dijeritkan dengan lantang.

Semuanya ini adalah perkembangan yang sangat menakutkan, yang menggambarkan kita telah undur ke belakang dan berusaha mengembalikan semula ke zaman yang tidak menentu, pada hal negara telah merdeka sejak 57 tahun lalu.

Apa untungnya menjeritkan kembali peristiwa berdarah 13 Mei itu dan apakah motif sebenarnya kecuali hendak menimbulkan ketegangan kaum yang tidak menentu. Pada hal isu sebenarnya yang dihadapi rakyat ialah kenaikan harga barang keperluan harian yang sangat menghempet kehidupan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Hendak Ke Sweden?.. Rosmah Mansor kan ado....

Posted: 19 Jan 2014 05:28 PM PST

Hujung tahun lalu untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya Rosmah Mansor berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, Najib mendedahkan jasa-jasa isterinya.


"Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

"Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," kata Najib.

Jasa kedua yang didedahkan Najib silalah baca di SINI

Kini rakyat Malaysia diluar negara ditimpa masaalah lagi, kali ini ianya melibatkan sepasang suami isteri yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Sweden untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Jika seorang yang telah dituduh sebagai perisik boleh dibebaskan dengan hanya satu panggilan telefon oleh Rosmah Mansor, kenapa kali ini tidak diminta Rosmah membantu?
Read More / Baca Lagi >>

Jualan suram buah oren Tahun Baru Cina lambang tahun kurang tuah?

Posted: 19 Jan 2014 05:24 PM PST



Penjual buah Lee Kuan Kok di Taman Eng Ann, Klang,  memperlihatkan kotak berisi buah oren yang berharga RM28 sekotak. Dengan dua minggu sebelum perayaan Lunar, beliau hanya berjaya menjual kira-kira 2,000 kotak, berbanding 6,000 dalam tempoh  tempoh yang sama tahun lepas. - Gambar The Malaysian Insider. 
Penjual buah Lee Kuan Kok di Taman Eng Ann, Klang, memperlihatkan kotak berisi buah oren yang berharga RM28 sekotak. Dengan dua minggu sebelum perayaan Lunar, beliau hanya berjaya menjual kira-kira 2,000 kotak, berbanding 6,000 dalam tempoh tempoh yang sama tahun lepas. - Gambar The Malaysian Insider.

Kurang dua minggu menjelang sambutan Tahun Baru Cina tetapi Lee Kuan Kok duduk di tepi deretan kotak limau mandarin di kedai buahnya di Jalan Pekan Baru, Klang dengan keadaan malas sambil memerhati kenderaan lalu-lalang.
Kelihatan juga sekumpulan remaja lelaki menunggu di kedai menjual juadah Tahun Baru Cina dan daging panggang sedang bermain telefon bimbit.
Di kedai berhampiran juga kelihatan Cindy Pang duduk di kaunter menonton televisyen di kedai menjual colok, patung dan kertas sembahyang yang dipanggil Jin Yin Zui.
Petang hujung minggu yang indah itu sepatutnya mereka sedang sibuk mengambil pesanan dan membungkus barangan untuk Tahun Baru Cina tetapi mereka kelihatan duduk memikirkan ke mana pelanggan mereka.
"Biasanya, dua minggu sebelum Tahun Baru Cina, kami sangat sibuk," kata Pang pemilik kedai Kin Shun Trading yang menjual Jin Yin Zui.
"Saya biasanya tiada masa untuk bercakap begini," kata Pang dengan senyum lebar apabila The Malaysian Insider berhenti di kedainya di Taman Eng An yang mempunyai penduduk di situ hampir 100% kaum Cina.
Read More / Baca Lagi >>

Presiden PAS dakwa Arab Saudi diperguna AS dan Eropah jaga kepentingan Israel

Posted: 19 Jan 2014 05:09 PM PST


Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) mengatakan kerajaan Arab Saudi menjadi alat kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.
Menurut Presiden PAS itu, pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam.
"Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah," kata Abdul Hadi kepada saluran televisyen satelit Press TV pada Sabtu.
"Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa."
Menurut Abdul Hadi, beliau kesal kerajaan Arab Saudi menjadi alat untuk menjaga kepentingan Israel dan negara Barat malah Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal tersebut.
"Ia merupakan plot Barat untuk menjaga kepentingan mereka dan Israel dengan menggunakan agama sebagai alat permainan ini dengan menggunakan orang media dan tokoh politik. Malaysia turut dipengaruhi hal ini," kata Abdul Hadi.
Menurut Abdul Hadi, perbalahan di antara negara Islam di Timur Tengah adalah untuk memastikan keselamatan Israel terus terjamin.
Read More / Baca Lagi >>

Jumlah korban dalam konflik politik Thailand meningkat

Posted: 19 Jan 2014 05:08 PM PST


Penunjuk perasaan anti-kerajaan membantu rakan yang cedera dalam serangan bom tangan di Banthat Thong Road. – Gambar Reuters.  
Penunjuk perasaan anti-kerajaan membantu rakan yang cedera dalam serangan bom tangan di Banthat Thong Road. – Gambar Reuters.

Insiden keganasan yang dikaitkan dengan protes anti-kerajaan di ibu negara Thailand setakat ini mengakibatkan sembilan nyawa terkorban dan hampir 600 orang cedera.
Kira-kira 22 yang cedera masih berada di hospital, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan di bawah Pentadbiran Metropolitan Bangkok.
Perangkaan itu dikumpul sejak meletusnya pertempuran di sekitar Universiti Ramkhumhaeng antara kumpulan yang menentang pemprotes anti-kerajaan dengan kumpulan Baju Merah (pro-Thaksin Shinawatra) pada 30 November hingga semalam.
Kemalangan jiwa terbaru berlaku dua hari lalu bila seorang daripada mangsa serangan bom tangan semasa perarakan pemprotes di Banthad Thond Jumaat lalu meninggal dunia akibat kecederaan.
Situasi yang begitu serius mencetuskan kebimbangan dalam kalangan beberapa negara dengan Kuwait dan Oman menasihatkan warga mereka meninggalkan Thailand.
Pada Sabtu, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Thanasak Patimaprakorn, merayu kepada kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian dan sedia berkorban demi kepentingan negara, tetapi mengakui kesukaran mendapatkan orang tengah yang sedia diterima oleh kedua-dua pihak.
Read More / Baca Lagi >>

UN chief invites Iran to Syria peace talks

Posted: 19 Jan 2014 05:07 PM PST



Violent protests in Kiev: Rioters beat up police officers

Posted: 19 Jan 2014 04:56 PM PST



Pakistan Taliban claims deadly attack on army

Posted: 19 Jan 2014 04:54 PM PST

Ukraine riot police clash with protesters

Posted: 19 Jan 2014 04:52 PM PST

Riot police in flames, amid clashes in Kiev

Posted: 19 Jan 2014 04:51 PM PST

Barrel bombs wreak havoc in Aleppo

Posted: 19 Jan 2014 04:50 PM PST

Tiada ulasan: