Isnin, 13 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Isu 'Allah': Tiga PM, tiga janji dimungkiri

Posted: 13 Jan 2014 09:02 PM PST


Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia berkata masyarakat Kristian berharap agar Penyelesaian 10 Perkara dapat memberi jalan keluar dalam isu kalimah 'Allah', namun dua bentuk penyelesaian yang dicapai semasa pentadbiran dua perdana menteri berbeza telahpun menemui jalan buntu.

Herman berkata pihak gereja sejak bertahun-tahun lamanya cuba berhubung dengan beberapa perdana menteri untuk meredakan kebimbangan bahawa penggunaan kalimah 'Allah' oleh golongan Kristian akan mengelirukan orang Islam.

Namun, isu berkenaan tetap dibangkitkan hingga kini, katanya dalam satu forum berhubung kebebasan beragama di Kuala Lumpur pada malam tadi.

"Kami membuat perbincangan panjang dengan perdana menteri pada masa itu, (Tun) Dr Mahathir Mohamad... Beliau berkongsi pandangan orang Islam dengan kami dan kami katakan bahawa kami tiada niat untuk kelirukan sesiapa.

"Persefahamannya adalah orang Kristian akan dibenarkan menggunakan Bible dalam bahasa Melayu dalam ruang lintup gereja, namun Mahathir beritahu apa jadi jika orang Islam bawa Bible keluar, baca dan jadi keliru?

"...Untuk menunjukkan komitmen kami, kami kata kami akan letakkan salib di kulit Bible kami. Jika mereka tidak boleh kenal (lambang salib) sebagai kitab Kristian, saya tidak tahu apa yang mereka boleh kenal...," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

“Made in Indonesia”

Posted: 13 Jan 2014 08:25 PM PST


129123017568293307

Tuhan berbaik hati memberi kekayaan alam melimpah pada Indonesia, sampai-sampai dulu bangsa Eropa tega menjajah demi rempah-rempah. Mereka, khususnya bangsa Belanda, menghuni Indonesia ratusan tahun lamanya dan beranak-pinak dengan warga lokal. Itulah kenapa saat ini ada sekitar setengah juta warga negara Belanda yang punya garis keturunan Indonesia.

Tengok saja para pemain sepakbola Belanda saat ini. Dalam tim nasional Belanda banyak yang punya darah Indonesia dari kakek-nenek mereka. Sebut saja  Robin Van Persie, John Heitinga, Demy De Zeeuw, Nigel de Jong, Denny Landzaat, Giovanni van Bronckhorst. Yang disebut terakhir justru masih bisa berbahasa Indonesia meskipun tidak lancar. Maklum, ibunya bermarga Sapulette, berasal dari Saparua, Maluku.
Selain mereka, dipercaya ada ratusan pemain sepakbola di Eropa yang keturunan Indonesia. Ada yang berdarah Ambon seperti Christian Supusepa, Justin Tahapary, Michael Elias Timisela. Ada yang keturunan Batak seperti Radja Nainggolan, dan keturunan Jawa seperti Leroy Gerald Resodihardjo.

Selain pemain sepakbola, masih ada segudang tokoh terkenal dunia yang punya darah Indonesia. Mulai dari atlit, seniman, model, astronom, hakim agung, reporter, ahli persenjataan, politisi, hingga presiden dan perdana menteri.

Singapura pernah punya Perdana Menteri keturunan Indonesia, yakni Lee Kuan Yew yang berdarah Semarang dan Pontianak dari kedua neneknya. Bahkan presiden pertama Singapura, Yusof Ishak, yang wajahnya diabadikan dalam pecahan uang kertas Singapura, merupakan keturunan Minangkabau, Sumatera Barat. Zubir Said, sang pencipta lagu kebangsaan Singapura juga lahir di Bukittingi, Sumatera Barat.

Malaysia lebih ajaib lagi. Sejak Malaysia berdiri, negara itu baru memiliki enam orang Perdana Menteri, dan separuhnya adalah keturunan Indonesia. Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2 sekaligus bapak pendiri Malaysia), Najib Tun Razak (anak dari Tun Abdul Razak sekaligus Perdana Menteri Malaysia saat ini), dan Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5) semuanya adalah keturunan Bugis, Sulawesi Selatan.
Mereka semua made-in Indonesia.

Entah harus bangga atau apa…?

Egypt's referendum put to nationwide vote

Posted: 13 Jan 2014 07:38 PM PST

Keluhan penerima bantuan banjir yang ada logo keris, JKKK paling power..!!!

Posted: 13 Jan 2014 07:37 PM PST



"Kena pergi jumpa JKKK untuk ambil borang, lepas tu kena pergi pula Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pengesahan nama, kemudian kena balik semula untuk dapatkan tandatangan JKKK akhir sekali kena pergi beratur di padang dari pagi sampai petang, ada yang dapat barang tetapi ada yang cuma dapat bouncher yang memaklumkan barangan akan diberi bulan April nanti."

Inilah keluhan oleh mangsa-mangsa banjir di Terengganu untuk mereka mendapatkan bantuan berupa TV, dapur, tilam, bantal dan peti sejuk yang dilekatkan dengan logo 1Malaysia, logo alat penimbang dan logo keris.

Setelah agak lama banjir surut dan mangsa pun dah lama pulang ke rumah, bantuan ini akhirnya sampai.

Pastinya setiap bantuan diterima dengan ucapan terima kasih walaupun mereka yang nak mendapatkannya perlu bermandi peluh ke sana ke mari serta kena tahan telinga mendengar bebelan JKKK dan seterusnya ucapan dari pengasas 1Malaysia.

Yang dapat akan balik ke rumah dengan senyum, yang cuma dapat boucher balik ke rumah dengan hati yang kesal.
Read More / Baca Lagi >>

SEPATUTNYA KANGKUNG DITUKAR PADA MINYAK BARU KITA NAMPAK CERDIK

Posted: 13 Jan 2014 07:35 PM PST

Melayu mudah lupa.....
Kita sedar atau tidak..?..
PM kita memperbodohkan kita...
Dulu buat belanjawan antara barangan yg tak kena cukai pewarna rambut....
Belanjawan selepas itu antaranya belacan tak kena cukai...
Hari ini buat kenyataan harga kangkung sudah turun dan menyeru rakyat agar bersyukur...

Saya berpendapat PM kita tak ada isu atau tidak ada modal nak tepis masaalah kenaikan harga barang,rakyat 52% memberontak atas kenaikan harga barang secara serentak kebetulan atau memang dirancang selepas pilihanraya.

Kangkung turun harga atau naik harga ia tidak ada nilai sebenarnya kenaikanya tidak ada hubung kait barangan lain kalau dibandingkan dengan harga minyak atau letrik
Minyak turun rakyat makmur ...minyak naik semua barangan akan naik ,rakyat sensara...

Tidak patut sama sekali  PM orang No.1 berucap atas pentas yang kos pentas itu sendiri ratusan ribu ringgit ...didepan ribuan manusia .. depan  puluhan  media...kangkong menjadi contoh atau hujah naik turunnya harga barang....

Kalau pakcik-pakcik Felda...Makcik-makcik Felda bersembang di warong kopi atau diberanda jiran itu ada logiknya dan memang itu tarafnya...

Kita sebenarnya masih lagi mencari-cari  kepimpinan Negara yang cerdik,telus,amanah dan tidak memperbodohkan rakyatnya.....

Tapi bila masanya ???

Apa kesan pada rakyat jika harga kangkung naik

Posted: 13 Jan 2014 07:33 PM PST

Semua orang bercakap tentang kangkung semenjak dua menjak ni. Puncanya hanya kerana Perdana Menteri kita juga bercakap pasal kangkung.
Itulah powernya jika anda jadi Perdana Menteri, apa saja percakapan anda diambil perhatian, dirakamkan dan dianalisakan.

Setiap kali Perdana Menteri berucap, tentang apa saja, biasanya mereka yang pro kerajaan akan komen puji melambung. Hebat...hebat, begitulah biasanya para penyokong kerajaan akan kata.

Sebaliknya mereka yang pro bukan kerajaan akan cari salah dan bengap tentang ucapan Perdana Menteri itu. Biasalah begitu, tak ada manusia sempurna. Bergantung pada apa yang kita nak tengok, baik atau buruk, sudah pasti kedua-duanya dapat disingkap.

Sebab utama jadi begitu adalah kerana baik dan buruk, lemah dan kuat, kalah dan memang, miskin dan kaya, masalah dan peluang...kedua-duanya datang sekali. Kepala dan ekor sentiasa ada pada satu siling yang sama. Mereka tak datang berasingan.

Tapi kali ini, agak pelik sikit. Sebabnya adalah kerana samada pro kerajaan atau pro pembangkang, kedua-duanya melihat sudut kelakar terhadap ucapan Perdana Menteri. Sudut serius tidak menjadi fokus utama kecuali beberapa kerat pemimpin kerajaan sahaja yang berusaha melihat sudut positif terhadap ucapan kangkung Perdana Menteri.

Kesan pada rakyat jika harga kangkung naik tak sama dengan kesan harga tenaga naik.

Rasanya orang ramai tak setuju dengan ulasan kangkung adalah kerana ia perumpamaan yang sungguh kangkung. kalau professor ucapkan begitu, sahih kita akan panggil dia professor kangkung.

Jadi bila PM buat perumpamaan begitu, sudah tentu akan dapat gelaran Perdana Menteri Kangkung. Maknanya tak berapa menarik. Kerana kangkun boleh hidup kat longkang, kat paya, kat parit. Campak saja tangkai atau batang kangkung kat parit atau paya dia akan mula hidup menjalar.

Read More / Baca Lagi >>

Filem anak tiri PM cipta nama di Hollywood, adakah duit tabung Rosmah membiayanya..!!

Posted: 13 Jan 2014 07:27 PM PST

Anak tiri perdana menteri, Riza Aziz mencipta nama dalam industri filem Holywood apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.
Bagaimanapun, Riza enggan mengulas apabila timbul spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mstar Online melaporkan, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja USD100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah 'portal pro-pembangkang' yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
Bagaimanapun, portal itu tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM100 juta di New York.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Read More / Baca Lagi >>

Bebas suspek skandal PKFZ, Gani Patail didesak letak jawatan

Posted: 13 Jan 2014 07:23 PM PST


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didesak meletakkan jawatan kerana menarik balik tuduhan dalam skandal PKFZ. Gambar fail.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail didesak meletakkan jawatan kerana menarik balik tuduhan dalam skandal PKFZ. Gambar fail.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sekali lagi didesak untuk meletakkan jawatan susulan daripada keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.
Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.
"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan dikeluarkan oleh Chan dan ia satu  kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.
"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat

Posted: 13 Jan 2014 07:22 PM PST


Datuk Saifudin Abdullah bercakap di majlis pelancaran buku dan perbincangan di dewan perhimpunan Cina di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2014.Datuk Saifudin Abdullah bercakap di majlis pelancaran buku dan perbincangan di dewan perhimpunan Cina di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Januari, 2014.Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.
Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.
"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).
"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia diKangkungkan..!!

Posted: 13 Jan 2014 06:41 PM PST



Rakyat Malaysia dikangkungkan: penebangan hutan paling dasyat di Malaysia. 
Harga barang naik, Allah yang tentukan. Banjir berlaku Allah juga yang menyebabkan. Maka, boleh kita salahkan Allah?  Menyalahkan Allah, Allah juga yang menyebabkan nya? Jika kita tdak salahkan kerajaan, kita nak salahkan siapa lagi? Cuba Dato Najib terangkan.
Dato Najib ambil contoh kangkung sebagai bukti ada harga barang yang turun. Najib mahukan pujian kerana harga sayur kangkung turun. Gimmick Najib melahirkan respons negative yang banyak. Jangan kita hairan puak UMNO mengadakan demonstrasi berguling mempertahankan presiden mereka yang kangkung itu. Nyatalah, sementara presiden UMNO bertaraf kangkung, rakyat pula tidak mudah dikangkungkan.
 Professor Ungku Aziz seorang yang paling awal menilai pandangan dan pemikiran Zaaba menulis dalam Facebook beliau:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.
Rakyat dikangkungkan mengenai punca banjir.
Read More / Baca Lagi >>

Alhamdulillah, harga kangkung turun...kita akan senang lenang

Posted: 13 Jan 2014 06:38 PM PST

Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari. 

Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.
Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita 'balik kampung, tanam kangkung'. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.
Read More / Baca Lagi >>

Koleksi terbaik sesi balas pantun #Kangkung oleh rakyat Malaysia!!

Posted: 13 Jan 2014 06:16 PM PST


Hari-hari makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Budak budak bermain kangkung,
Kangkung meliar diatas tanah,
Rakyat kurus muka dah cengkung,
Asyik kangkung yg dimamah..

Cari kangkung ditepi paya,..
Kangkung dijual dpasaraya,..
PM kangkung dh kaya raya,..
Peduli apa rakyat derita...

PM kangkung bininya pun kangkung,
Menterinya kangkung kabinetnya pun kangkung,
Kenapa UMNO menjadi kangkung?
Mungkinkah sebab memakan kangkung?

Pulau kangkung jauh ketengah,
Gunung kangkung bercabang tiga,
Hancur Umno kangkung disumpah seranah,
Hati Najib kangkung yg busuk dimaki juga

Sorong kangkung, tarik kangkung, 
sayur kangkung dlm perahu, 
dpt professor, professor kangkung, 
dpt pm pun cuma turunkan hrga kangkung

EMAS kangkung Bawa belayar,
masak kangkung didalam peti,
PTPTPN Kangkung kena bayar,
NFC KAK JAT bawak mati.....

lenggang lenggang kangkung , 
kangkung ditepi paya, 
biar rakyat tiada untung . 
asalkan keroni aku kaya.

Ramai orang menanam kangkong, 
kangkong ditanam ditepi paya, 
kalau setakat pandai berlenggang kangkong 
janganlah cuba hidup bergaya.

Makan kangkung sambil cangkung.
Goreng kangkung dalam tempurung.
Barang naik rakyat tanggung.
Menteri kaya hari hari melancong.

Kangkung tua bawak belayar.
Kangkung muda cicah mentega,
Hutang ptptn jgn lupa bayar,
Undi be end lg kan dah kena...

Goreng kangkung dlm perahu,
Sdap dimakan berada dirumah,
Dari dlu lg kta dah thu be end 2 penipu,
Untng sape lg? mst la borosmah..

Sana kangkung sini kangkung, 
Atas kangkung bawah pun kangkung, 
Depan kangkung belakang kangkung, 
Buat masa nie semuanya kangkung

Sayur kangkung d luar pagar,
Ambl galah tlg tarikkn,
Saya bdak ddk brcangkung,
Klau salah tlg panggungkn...

Beli kangkung di Pasar Selayang 
Kangkung dijual si mat Bangla 
Terima Kasih PM Tersayang 
Kangkung Murah Rakyat Bahagia

Hari-hari Makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

KANGKUNG: PROF DIRAJA UNGKU AZIZ PUN BERSUARA JUGA!!! JENG...JENG..!!!

Posted: 13 Jan 2014 06:12 PM PST


"Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit."

Dalam maknanya tu ....
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..

Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.


Apakah nanti Pak Ungku juga bakal diserang garang oleh para soldadu siber pro UMNO?

Sinar Harian padam laporan 'Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara'.. siapa beri arahan?

Posted: 13 Jan 2014 06:04 PM PST

Kenapa agaknya tiba-tiba Sinar Harian memadamkan laporannya tentang kejayaan anak Rosmah Mansor, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street?

Adakah ada pihak yang telah menghubungi Ketua Pengarang Sinar Harian meminta pihak mereka memadamkan artikel berkenaan?

Selain dari melaporkan tentang produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Sinar juga melaporkan kerana ianya turut melaporkan filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Farouk: Political parties cashing in on Islam

Posted: 13 Jan 2014 06:00 PM PST

The Stream - Singer-songwriter Yuna talks music, fame and Islam

Posted: 13 Jan 2014 05:59 PM PST

She could be on a one-way trip to Mars

Posted: 13 Jan 2014 05:58 PM PST

Violence in Latin America

Posted: 13 Jan 2014 05:57 PM PST

Thai protesters demand Yingluck resign

Posted: 13 Jan 2014 05:56 PM PST

Selawat Nabi by Ustaz Amal

Posted: 13 Jan 2014 07:09 AM PST



Salam Maulidur Rasul 2014 : Selawat Nabi

Posted: 13 Jan 2014 07:06 AM PST



Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan (Selawat Nabi SAW)

Posted: 13 Jan 2014 07:05 AM PST



Sayangi Sunnah Rasulullah - Ustaz Azhar Idrus (TH Filem)

Posted: 13 Jan 2014 06:43 AM PST



Rakyat Telah Di Kangkungkan Oleh Keluarga Rosmah..!!!

Posted: 13 Jan 2014 05:26 AM PST


Skandal NFC: Suami Shahrizat saman Nurul Izzah

Posted: 13 Jan 2014 05:19 AM PST


 KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya hari ini menfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkaitan satu kenyataan mengenai pembelian lapan unit kondominimum yang disiarkan oleh sebuah portal televisyen propembangkang.
  
Beliau dan syarikatnya menamakan Nurul Izzah sebagai defendan pertama dan turut menfailkan saman sama terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution sebagai defendan kedua.
  
Mohamad Salleh menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co pada 24 Dis lepas dan media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes itu disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.
  
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: