RAKYAT MARHAEN |
- PM, jangan terus berdiam...
- PRU14: Kukuh strategi jadi keutamaan PR - DHPP
- Pemuda PAS mahu Malaysia manfaat kehebatan Erdogan
- 'Angry Bird Sepit Di Zip!'..Hukum Doktor Pegang Kemaluan Pesakit - Ustaz Azhar Idrus
- Tuan Guru Dato' Dr Haron Din: Wakaf (Siri 1)
- Bahaya Syiah Di Malaysia...
- Najib jadikan negara kalut, rakyat marhaen ikat perut
- Semakin ramai terbeban hutang angkara sikap boros pemimpin dan kerajaan 47% BN
- Kes Altantuya: Hukuman harus diteruskan tanpa keterangan pembantu PM, kata Putrajaya
- Tol : Nur Jazlan ‘buktikan’ BN beri alasan palsu
- Putrajaya rancak kempen hidupkan semula ISA
- PBB minta Putrajaya henti ganggu dan menakutkan Comango
- Iskandar properties: Hitting the doldrums?
- Halang guna Allah umpama rampas tangan, kaki penganut Kristian - NECF
- Wakil NECF jelaskan mengapa penganut Kristian guna kalimah Allah
- Kalimah Allah tiada kaitan dengan Kristianisasi umat Islam
- Kalimah Allah: Penganut Islam luar negara anggap Malaysia pelik
- Kenyataan Menjengkelkan Seorang IGP..!!!
- "Jawapan bertaraf menteri kenaikan harga telur "
- PBB: Pengharaman Comango satu tindak balas
- Rakyat and rising cost of living
- Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah didalamnya jenis apa
- Polis siasat mahasiswa terlibat himpunan TURUN
- Kos sara hidup meningkat, pusat kaunseling hutang jadi tumpuan
- 1.7 juta penganut Kristian tidak mampu tukar agama rasmi negara..!
Posted: 10 Jan 2014 09:45 PM PST MENGINJAK tahun 2014, negara kita masih terus bergelut dalam isu-isu agama. Agama merupakan satu perkara yang penuh dengan sensitiviti yang boleh mengancam asas keharmonian dan kerukunan ukhwah di antara masyarakat dalam negara ini sekiranya tidak diuruskan dengan penuh hikmah. Ia tidak boleh ditangani dengan kegopohan untuk menjadi hero. Berzaman hidup dalam negara majmuk penuh warna warni agama, budaya dan bahasa. Kenapa kita masih terus ingin bermain dengan isu sebegini. Belajar dari sejarah. Pertembungan antara agama dan bangsa yang akhirnya menyaksikan kemusnahan keharmonian malah lebih buruk lagi ketamadunan sesuatu negara bangsa itu turut musnah. Mengapa perlu ada tindakan-tindakan provokasi dari satu pihak kepada pihak yang lain. Celaan demi celaan, hinaan demi hinaan, tindakan demi tindakan terus dilakukan. Apa yang ingin dibuktikan? Agama itu lebih supreme dari agama lain? Atas alasan mempertahankan agama masing-masing kita menghalalkan tindakan-tindakan yang akan terus melahirkan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain? Read More / Baca Lagi >> |
PRU14: Kukuh strategi jadi keutamaan PR - DHPP Posted: 10 Jan 2014 09:12 PM PST Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw berkata, strategi dan inspirasi baru diperlukan untuk memastikan kesinambungan harapan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dapat dilaksanakan. "Kalau betul ada perkara yang perlu diselesaikan, perkara tersebut perlu dijadikan perbincangan keluarga, sebab kita (PR) satu pakatan merupakan satu keluarga yang memerlukan antara satu sama lain. "Apa yang wujud ialah kerjasama berkumpulan, kena ada perancangan untuk tujuan utama perjuangan kita. "Jika semua itu nampak jelas, maka perkara-perkara kecil seperti isu-isu di negeri ini tidak akan menjadi besar, sebaliknya masing-masing memikirkan cara untuk menghulurkan idea bagi memperkukuhkan lagi tali ikatan yang ada," katanya, semalam. Beliau diminta mengulas isu keretakan hubungan antara kedua-dua parti komponen itu apabila PKR mendakwa mereka seolah-olah dianaktirikan Pas dalam beberapa hal yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri. |
Pemuda PAS mahu Malaysia manfaat kehebatan Erdogan Posted: 10 Jan 2014 09:10 PM PST Pemuda PAS menyambut baik kedatangan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia semalam dan meminta Malaysia memanfaatkan sepenuhnya kedatangan tokoh yang sangat dikagumi sebahagian pemimpin PAS itu. Sempena nama Erdogan, satu golongan yang progresif dalam PAS digelar kumpulan Erdogan dan menang banyak kerusi dalam pemilihan PAS baru-baru ini. "Nama Erdogan dijulang sebagai antara pemimpin moden paling hebat dan berjaya dan Pemuda PAS yakin tidak mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mampu mencapai kehebatan seperti Erdogan," kata Raja Ahmad Al Hiss (gambar), Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS. Katanya, selain perbincangan dalam segenap aspek antara Malaysia dan Turki, Pemuda PAS mengajak Najib belajar erti kesungguhan dan ketegasan prinsip Erdogan. Raja Ahmad berkata, Erdogan amat lantang menentang kemungkaran serta kezaliman pemimpin negara Mesir dan Syria sewaktu tumbangnya Dr Morsi di tangan rejim As Sisi. "Beliau juga lantang mengutuk malah mengirimkan bantuan terhadap rakyat Syria ketika Basyar Asad membunuh rakyatnya sendiri," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
'Angry Bird Sepit Di Zip!'..Hukum Doktor Pegang Kemaluan Pesakit - Ustaz Azhar Idrus Posted: 10 Jan 2014 08:47 PM PST |
Tuan Guru Dato' Dr Haron Din: Wakaf (Siri 1) Posted: 10 Jan 2014 08:45 PM PST |
Posted: 10 Jan 2014 08:44 PM PST |
Najib jadikan negara kalut, rakyat marhaen ikat perut Posted: 10 Jan 2014 08:40 PM PST KUALA LUMPUR: Selepas pilihanraya dan dengan kedudukan yang kekal rapuh di sisi rakyat, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula, membenarkan kenaikan tarif elektrik dan sebagainya telah menyebabkan berlakunya rantaian peningkatan dalam banyak harga barang, sekaligus menyebabkan kos sara hidup menjadi semakin mahal. Dalam masa yang sama, kemewahan dan pemborosan pemimpin, terutamanya Perdana Menteri tidak pernah berubah. Katanya, kecintaan kepada gaya hidup mewah, memiliki barang-barang mahal, jamuan dan perjalanan dengan kos yang tinggi, terus juga bermaharajalela. Baginya, seruan berjimat, mengikat perut dan berubah hanyalah ditujukan kepada rakyat marhaen tetapi tidak kepada diri mereka sendiri. Secara nyatanya, menurut beliau kelemahan kerajaan sekarang adalah berpunca daripada kelemahan yang ada pada Najib sebagai Perdana Menteri. Read More / Baca Lagi >> |
Semakin ramai terbeban hutang angkara sikap boros pemimpin dan kerajaan 47% BN Posted: 10 Jan 2014 07:40 PM PST SHAH ALAM – Akibat kenaikan kos sara hidup, pakar menjangkakan lebih ramai rakyat di negara ini bakal berdepan masalah hutang yang kronik. Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, hal ini berlaku kerana hutang untuk menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan kesan daripada kenaikan harga barangan. Menurut beliau, peningkatan yang berlaku ini sudah pastinya akan menyebabkan pengguna bandar terutama dalam kalangan berpendapatan sederhana rendah dan rendah (miskin bandar) rasa terbeban. "Pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan berlaku. "Ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu terpaksa memikirkan bagaimana hutang atau pinjaman sedia ada perlu dijelaskan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Kes Altantuya: Hukuman harus diteruskan tanpa keterangan pembantu PM, kata Putrajaya Posted: 10 Jan 2014 07:30 PM PST Walaupun tanpa keterangan pembantu Datuk Seri Najib Razak, Mahkamah Rayuan harus tetap menjalankan hukuman kepada dua komando polis terhadap pembunuhan peragawati warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Dalam rayuan Putrajaya ke atas sabitan dua pegawai polis itu, pembantu Najib, DSP Musa Safri tidak diperlukan di mahkamah untuk memberikan keterangan kerana beliau bukan orang terpenting dalam kes ini. Dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 3 Januari, peguam negara menyenaraikan enam sebab mengapa ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan itu bersalah daripada segi undang-undang dan fakta bagi membenarkan anggota polis itu bebas daripada hukuman gantung. Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu memutuskan bahawa kegagalan pendakwa untuk memanggil Musa melemahkan kes Putrajaya terhadap dua pegawai polis itu. Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup berkata, Mahkamah Rayuan memutuskan kes harus ditarik balik kerana kegagalan untuk memanggil Musa bagi memberi keterangan. Read More / Baca Lagi >> |
Tol : Nur Jazlan ‘buktikan’ BN beri alasan palsu Posted: 10 Jan 2014 07:26 PM PST SHAH ALAM 11 JAN: Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa keputusan kerajaan menaikan kadar tol bakal menguntungkan rakyat kerana pemegang saham syarikat konsesi lebuh raya terdiri daripada syarikat milik kerajaan membuktikan alasan diberikan sebelum ini tidak benar. "Syarikat yang memegang saham ini juga terdiri daripada syarikat milik kerajaan, bermakna hasil kutipan tol akan dikembalikan kepada rakyat akhirnya," katanya. Nur Jazlan berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian siri ke-25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, baru-baru ini. Kenyataan beliau bertentangan dengan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebelum ini yang mendakwa kenaikan tol tidak dapat dielakkan berikutan perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terbabit. Fadillah berkata, mengikut perjanjian, kerajaan terpaksa membenarkan pihak konsesi menaikan harga tol tahun ini seperti dalam perjanjian dan pelanggaran itu boleh menyebabkan kerajaan diheret ke mahkamah. Read More / Baca Lagi >> |
Putrajaya rancak kempen hidupkan semula ISA Posted: 10 Jan 2014 07:22 PM PST Putrajaya dipercayai sedang berkempen untuk menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila ketua polis negara, timbalan menteri dalam negeri dan akhbar Umno Utusan Malaysia melahirkan hasrat agar ia dihidupkan semula secara serentak. Ketika Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar ISA dihidupkan semula, akhbar Umno pula menyokong agar ia dikembalikan manakala timbalan menteri KDN berkata, Sosma yang rangka untuk menggantikan ISA tidak bertaring. Utusan Malaysia hari ini menyokong supaya ISA dikembalikan semula kerana pemansuhannya menyebabkan keharmonian kaum dan agama di negara tergugat. "Awang yakin kenyataan ini pasti akan menimbulkan kemarahan mereka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. "Takut-takut kedua kenyataan ini akan mendorong kerajaan mengkaji semula pemansuhan ISA," kata Awang Selamat hari ini. Awang Selamat berkata, pemansuhan undang-undang tahanan tanpa bicara tersebut sebagai punca keharmonian kaum dan agama di dalam negara tergugat oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Read More / Baca Lagi >> |
PBB minta Putrajaya henti ganggu dan menakutkan Comango Posted: 10 Jan 2014 07:21 PM PST Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hak asasi manusia hari ini meminta Putrajaya untuk membenarkan Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango) melaksanakan aktiviti mereka tanpa rasa takut dan gangguan. Jurucakap PBB, Rupert Colville, berkata mereka mengambil berat mengenai keputusan terkini Kementerian Dalan Negeri yang mengisytiharkan Comango adalah pertubuhan tidak sah. "Ini kelihatan seperti tindakan balas terhadap Comango berhubung pembabitannya dengan mekanisme hak asasi manusia antarabangsa, dengan yang paling ketara ialah Semakan Berkala Sejagat (UPR). Colville berkata, beliau maklum bahawa Comango ada menghantar laporan berhubung UPR Malaysia pada 2009 dan 2013. "Bagaimanapun, sejak penyerahan UPR 2013, gabungan itu menjadi tumpuan beberapa siri gangguan dan ancaman, daripada pelbagai pihak. "Comango juga dituduh menyerang Islam dan menyebar kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Read More / Baca Lagi >> |
Iskandar properties: Hitting the doldrums? Posted: 10 Jan 2014 07:17 PM PST |
Halang guna Allah umpama rampas tangan, kaki penganut Kristian - NECF Posted: 10 Jan 2014 07:17 PM PST |
Wakil NECF jelaskan mengapa penganut Kristian guna kalimah Allah Posted: 10 Jan 2014 07:16 PM PST |
Kalimah Allah tiada kaitan dengan Kristianisasi umat Islam Posted: 10 Jan 2014 07:16 PM PST |
Kalimah Allah: Penganut Islam luar negara anggap Malaysia pelik Posted: 10 Jan 2014 07:15 PM PST |
Kenyataan Menjengkelkan Seorang IGP..!!! Posted: 10 Jan 2014 04:24 PM PST Kadang-kadang hairan, polis ini bekerja untuk negara atau pun parti Umno? Susah nak lihat dari dulu hingga sekarang kenyataan Ketua Polis Negara yang neutral dan tidak memihak apabila melibatkan parti pembangkang. Adakah Ketua Polis Negara berfikir gaji mereka di bayar oleh Umno? Jikalau mereka berfikiran macam tu, patutlah mereka mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah. Rakyat Malaysia harapkan suatu hari nanti apabila Pakatan Rakyat memerintah pihak polis bertugas untuk negara dan rakyat dan bukannya terlampau menunduk terhadap parti pemerintah.
|
"Jawapan bertaraf menteri kenaikan harga telur " Posted: 10 Jan 2014 04:09 PM PST Telur sudah naik harga. Di sini dikumpulkan cadangan oleh Malaysian Facebookers yang boleh digunakan oleh menteri apabila ditanya wartawan. 1. "Kalau telur mahal, tanam sendiri!" 3. "Kalau telur ayam mahal, bertelur sendiri." 4. "Kalau telur mahal, rakyat digalakkan untuk bertelur sendiri." 5. "Kita akan tubuhkan makmal 1 telur, bagi mengkaji kenaikan harga telur." 6. "Kita akan cari jalan terbaik untuk menelurkan telur untuk rakyat demi menyeimbangkan kembali harga telur di pasaran." 7. "Kalau telur ayam mahal, jangan makan telur, makan sayur." 8. "Kalau telur ayam mahal, jangan salahkan menteri! Saya bukan bela ayam. Itupun korang ejek aku menteri ayam. Yang bela ayam itu pengusaha telur ayam." 9. "Kami akan melancarkan BT1M : Bantuan Telur 1 Malaysia, supaya semua rakyat berpendapatan rendah dapat menikmati harga telur yang lebih murah." 10. "Rakyat diminta membela ayam supaya dapat menghasilkan telur." 11. "Kerajaan akan mewujudkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pinjaman Telur Nasional) bagi membantu permasalahan harga telur di pasaran. Bagaimanapun, demi kelangsungan ekonomi telur negara, kerajaan hanya akan membantu dalam bentuk pinjaman yang wajib dibayar dalam bentuk bunga telur. Sesiapa yang tidak menjelaskan bayaran bunga akan disenaraihitamkan, dan tidak boleh ke luar negara." 12. "Bersabarlah. Ini semua ketetapan peneluran." - Fatelur Bahri. 13. "Saya sudah print out semua jawapan untuk persoalan ini. Wartawan boleh pilih mana-mana di atas." 14. "Harga telur ayam di Malaysia masih rendah jika di bandingkan dengan harga telur di negara Uganda." |
PBB: Pengharaman Comango satu tindak balas Posted: 10 Jan 2014 04:04 PM PST Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan kerajaan Malaysia mengharamkan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango). Jurucakapnya, Rupert Collville berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB melihat tindakan itu sebagai tindakan balas terhadap Comango kerana mengambil bahagian dalam mekanisme hak antarabangsa Semakan Berkala Sejagat (UPR). "Setiausaha Agung, Majlis Hak Asasi Manusia dan Pesuruhjaya Tinggi Navi Pillay berterusan menggesa perlindungan bagi individu dan anggota kumpulan yang bekerjasama dengan PBB, wakilnya dan mekanisme dalam hak asasi manusia daripada tindakan gangguan atau pembalasan," katanya. Collville juga menggesa kerajaan Malaysia supaya meminda Akta Pertubuhan 1966 supaya aktivis hak asasi manusia dan organisasinya dalam beroperasi dengan bebas. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat and rising cost of living Posted: 10 Jan 2014 03:59 PM PST These days the average Joe is struggling to survive and it is time for the government to prioritise the people's interest first. So will stationery from China although our government has stopped the stationery sellers from increasing the prices of these items. In short, the question to be asked is: Why is the Ringgit going down in value when the Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) is robust? Which can be controlled and which is not under our control? As usual someone in the government will come out to say that "our fundamentals are strong…blah, blah, blah" but to the average layman, this is all gobbledygook when the money in his pocket is disappearing fast. This shows that it is not easy for the nation's economists to gauge our country's economic health. One group of economists will say that everything is fine while another group will say that all is doom and gloom although the latter group comes from the opposition side. One thing for sure is that the Visit Malaysia Year 2014 will help to boost the nation's economy which at this point in time cannot be said to be thriving due to the fall in the value of the Ringgit. Certainly we should all do our bit to be friendly and helpful to tourists by assisting those who ask us for information especially the backpackers who come here without tour guides. In addition to the above, the move to stop fast-food restaurants from hiring foreign workers is certainly a good and timely move but at the same time the government must also take steps to curb the intake of foreign workers. How are we not to give them jobs if there are too many of them? Moreover, those who will be laid off by the fast-food restaurants will be jobless. What will happen to them? Will they pose a danger to our own citizens? The intake of foreign workers on a continuous basis is alarming if there are not enough jobs for them. Read More / Baca Lagi >> |
Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah didalamnya jenis apa Posted: 10 Jan 2014 03:57 PM PST Sementara tahun 2014 ini masih baru kita perlu menyingkap kejadian-kejadian pada tahun lepas dan apa yang berbezanya diantara 2014 dengan tahun sebelumnya. Jika dihimpun dan dibariskan perkara dan isu yang perlu ditangani, ia tidak terkira dan dibariskan lagi. Isu yang timbul terlalu banyak dan kita sudah berkeyakinan yang segala isu terhadap kerajaan sekarang tidak akan selesai kerana dalam kemunculan tahun yang bari ini banyak lagi isu-isu baru yang timbul. Isu lama tidak selesai ditambah pula dengan isu baru yang lain yang datang tanpa sekatan itu. Dihari pertama tahun baru sahaja timbul isu Najib hilang dari tanahair sejak Christmas dan hanya timbul kembali pada 5hb tahun baru ini. Rupa-rupanya beliau suami isteri keSydney dan selepas itu keAS untuk merayakan tahun baru dikedua-dua tempat itu. Mereka menyambut dua tahun baru dan menyaksikan dua perayaan tahun baru didua lokasi didunia ini. Terlupa pula saya yang dunia ini bulat. Malam ini perayaan tahun baru diAustralia dan malam besoknya adalah malam tahun baru diBarat AS kerana perbezaan waktu diantara kedua-dua lokasi itu. Kalau Mohd Sabu ada jet tentu beliau boleh melihat juga matahari tahun baru naik didua lokasi. Selepas Mat Sabu melihat matahari tahun baru naik di Penang, beliau boleh terbang dan melihat pula matahari tahun baru di AS. Tetapi Mat Sabu hanya ada kemudahan naik Firefly sahaja dan tidak memungkinkan beliau sempat melihat matahari tahun baru naik didua lokasi didunia ini. Read More / Baca Lagi >> |
Polis siasat mahasiswa terlibat himpunan TURUN Posted: 10 Jan 2014 03:54 PM PST Aktivis mahasiswa, Mohamed Bukhairy Mohamed Sufian yang merupakan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke balai polis Dang Wangi petang semalam untuk memberi keterangan berkaitan himpunan TURUN pada malam ambang tahun baru yang lalu. Menurut Bukhairy, beliau memberi keterangan selama kira-kira satu jam setengah bermula 3 petang selepas menerima notis untuk berbuat demikian di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah pada hari Rabu, 8 Januari 2013. Menurutnya, hanya beliau yang memberi keterangan walaupun sebelum ini polis berkata akan memanggil empat individu yang dipercayai menganjurkan himpunan itu. Menurutnya, polis memaklumkan yang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu Badrul Hisham Shaharin dan Eddy Noor Reduan, serta setiausaha media SMM, Edikoup Lakip adalah tiga lagi yang dipanggil namun sehingga semalam, mereka memaklumkan tidak menerima sebarang notis. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan polis yang mereka akan membawa kes itu ke mahkamah apabila siasatan berkenaan himpunan itu lengkap. Tegas Bukhairy, himpunan memprotes harga barang pada malam itu tidak dianjurkan SMM dan ia bukan sama sekali himpunan untuk menggulingkan kerajaan. "Himpunan itu tiada penganjur. Kalau mereka mahu dakwa (saya), ia bukan satu hujah yang kuat. "Himpunan itu juga bukan satu himpunan untuk menggulingkan kerajaan," katanya yang merupakan mahasiswa Universiti Malaya. |
Kos sara hidup meningkat, pusat kaunseling hutang jadi tumpuan Posted: 10 Jan 2014 03:53 PM PST Sepasang suami isteri berusia dalam 30-an bersama anak kecil mereka menanti dengan sabar di Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dengan harapan mereka akan mendapat jawapan kepada masalah kewangan yang menyebabkan mereka tidak lena tidur sejak beberapa bulan lalu. Johan, yang bekerja dalam bidang IT dan Diana (bukan nama sebenar mereka) mengambil keputusan untuk hadir di pusat kaunseling AKPK di Kuala Lumpur selepas mendapati diri mereka berada dalam kemelut hutang yang serius. Dengan dua anak yang perlu ditanggung, keadaan mereka semakin mendesak apabila bank mula menarik semula kemudahan pinjaman mereka dan pasangan itu menyedari bahawa mereka tidak akan dapat membayar hutang mereka dengan gaji bulanan Johan sebanyak RM2 ,000. Read More / Baca Lagi >> |
1.7 juta penganut Kristian tidak mampu tukar agama rasmi negara..! Posted: 10 Jan 2014 03:51 PM PST Bilangan penganut Kristian yang berjumlah kira-kira 1.7 juta di negara ini tidak akan mampu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian berbanding umat Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini iaitu sebanyak 55%, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Ahli Parlimen PAS Parit Buntar itu berkata, belum pernah ada negara di dunia ini yang didirikan di atas konsep negara Kristian sebaliknya apa yang diterangkan dalam Bible adalah "Kingdom of Heaven" seperti yang diajarkan Nabi Isa. "Bilangan penganut Kristian Katolik di Malaysia hanya 1.7 juta orang. Bagaimana jumlah itu boleh menjadikan negara ini sebagai negara Kristian ketika 55% lagi terdiri daripada orang Islam. Saya mesti belajar daripada penganut Kristian jika mereka melakukan ini. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan