RAKYAT MARHAEN |
- Marina Mahathir kecam Putrajaya kerana biarkan isu sensitif yang dimainkan
- TERGULING: Polis mohon maaf siar gambar palsu polis cedera teruk kena belasah dalam himpunan TURUN
- GULING ! TERKINI....16 DITANGKAP
- Peniaga punca harga barang naik..!!!
- Lucut kerakyatan jika cabar keputusan....
- Jika Putrajaya ikhlas tolong rakyat, potong keuntungan Bernas, TNB dan konsesi tol
- Najib umum 11 langkah kerana adanya Himpunan Turun?
- Himpunan Turun: Anak muda bangkit membela rakyat
- JANGAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH JIKA TIDAK MAMPU..!!
- Najib laki bini sedap2 cuti kat luar negara...rakyat ikat perut tau...!!!
- Terus bantah, rakyat tidak mampu lagi pikul biawak hidup..!!
- Najib umum 11 langkah bukan penjimatan tetapi "penjimakan"
- SAMM: Satu lagi himpunan protes naik kos sara hidup dirancang 1 Mei
- Selepas demo Turun, apa selepas ini?
- ‘Himpunan guling’: SAMM akan saman untuk bersih nama
- Malaysia Kita: Maksiat B/Sepak Pantai Sepanjang Malam Sambut Tahun Baru.
- Malaysia Kita: Bawa dua anak lakukan maksiat
- Malaysia Kita: Sambut tahun baru, pelajar universiti antara ditahan khalwat
- Malaysia Kita: Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat
- Kerajaan 47% BN terus hilang undi bandar dengan batal rebat tol
- Ustaz Azhar Idrus - Pandangan UAI tentang hudud di Brunei
- Ust Mokhtar Senik - Bicara Santai : Sesatkah Aku?
- Sepatutnya Kita Yang Memberi - Dato Dr MAZA
- Pemimpin Dan Menteri Elak Beri Kenyataan Guris Hati Rakyat - Presiden MBM
- 2014 Tahun Naik: Apa Kata Orang muda Tentang Kenaikan Harga
Marina Mahathir kecam Putrajaya kerana biarkan isu sensitif yang dimainkan Posted: 01 Jan 2014 08:54 PM PST Anak perempuan kepada perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Putrajaya yang terus diam dengan isu-isu panas yang dimainkan dan boleh menimbulkan perbalahan dan memberi kesan kepada negara. Dalam ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina Mahathir mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh melaungkan perpaduan tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu. "Apakah jenis kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang kesederhanaan dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa terhadap penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang dipanggil badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin kerajaan? Tulisannya ini telah menyentuh sanubari rakyat Malaysia apabila mereka menyebarkannya melalui laman sosial Facebook dan juga Twitter. |
TERGULING: Polis mohon maaf siar gambar palsu polis cedera teruk kena belasah dalam himpunan TURUN Posted: 01 Jan 2014 08:46 PM PST Polis memohon maaf selepas diserang kerana menyiarkan gambar seorang lelaki berdarah tanpa baju sebagai anggotanya yang cedera semasa perhimpunan Turun di Dataran Merdeka malam kelmarin. Pembetulan itu dibuat dalam Facebooknya hari ini dengan berkata, mereka juga manusia biasa. Polis juga berkata, mereka tidak berniat untuk mengeruhkan keadaan selepas sebelum ini mendakwa perhimpunan itu bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. "Kami memohon maaf di atas ketidakpekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru. "PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan. "Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada. "Sekali lagi, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku," kata posting itu. Dalam postingnya sebelum ini, polis menaikkan gambar itu dengan keterangan ia adalah anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di Bukit Bintang selepas cedera diserang. Read More / Baca Lagi >> |
GULING ! TERKINI....16 DITANGKAP Posted: 01 Jan 2014 08:43 PM PST 16 individu ditahan khalwat....ini kira kes main guling-guling...... Penguatkuasa JHEAINS menahan sepasang kekasih dalam serbuan disalah sebuah hotel di sekitar Port Dickson, semalam. |
Peniaga punca harga barang naik..!!! Posted: 01 Jan 2014 08:41 PM PST Penganalisis ekonomi berpendapat tindakan segelintir peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya merupakan antara faktor menyebabkan rakyat terbeban masalah tersebut. Pakar ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Amir Baharuddin berkata, peniaga tidak sepatutnya ambil kesempatan di atas masalah yang berlaku selain dituntut mematuhi segala arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). "Bila naik sahaja tol semuanya akan ambil kesempatan. Ini adalah soal mengambil kesempatan bukan ekonomi. Kalau harga gula naik sekilo 35 sen, apa rasionalnya kopi naik sampai 20 sen?" katanya, semalam. Katanya lagi, kurangnya peranan persatuan dan koperasi dalam membela nasib pengguna juga dilihat antara punca harga barangan tidak dapat dikawal sekaligus melambung tinggi. "Ini salah satu masalah menyebabkan pengguna dibebankan kenaikan kos sara hidup. "Di pihak kerajaan, KPDNKK seharusnya menguatkuasakan akta yang ada. Perlunya tindakan tegas dan tak perlu lagi hanya sekadar beri amaran kepada para peniaga yang degil," jelasnya. |
Lucut kerakyatan jika cabar keputusan.... Posted: 01 Jan 2014 08:38 PM PST Tokoh agama mahu tindakan tegas termasuk melucutkan kerakyatan terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar keputusan fatwa, mahkamah, Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Mereka mahu tindakan tegas itu dilaksanakan dengan segera sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat keselamatan negara dengan tidak menghormati sensitiviti agama dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, lapor Berita Harian. Dalam laporan itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata tanpa tindakan tegas termasuk mengikut Akta Hasutan 1948, dibimbangi isu seperti mencabar keputusan fatwa yang diwartakan di Selangor akan berlarutan sehingga menimbulkan kekacauan dan kemusnahan kepada rakyat. Kesal dengan tindakan gereja Katolik di Selangor yang mahu terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya, Abdul Shukor berkata keadaan akan menjadi lebih buruk jika peruntukan enakmen dan akta tidak dipatuhi lagi. "Tindakan mereka secara jelas mencabar dan melanggar fatwa dan titah Sultan Selangor selaku ketua agama dan pemerintah negeri. "Sewajarnya selaku orang agama, pihak berkenaan (gereja) perlu memahami hakikat itu kerana tindakan mereka pasti akan mengundang rasa tidak puas hati umat Islam," katanya seperti dilapor akhbar itu. Read More / Baca Lagi >> |
Jika Putrajaya ikhlas tolong rakyat, potong keuntungan Bernas, TNB dan konsesi tol Posted: 01 Jan 2014 08:37 PM PST Ahli Parlimen DAP, Tony Pua (gambar) berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak benar-benar ikhlas mahu menolong rakyat dia perlu mengambil tindakan tegas dengan mengurang keuntungan yang dinikmati oleh Bernas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga pemegang konsesi tol. Jika tidak, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, sifat simpati dan memahami yang cuba ditunjukkan beliau hanya untuk menenangkan kemarahan rakyat menjelang himpunan Turun dan "tahun naik harga". Pua menyifatkan langkah kerajaan untuk menangani ketegangan ini selepas berbulan-bulan tidak mengendahkan suara rakyat dengan langkah yang tidak kukuh, menunjukkan bahawa mereka tiada rasa simpati yang jujur terhadap rakyat. Antaranya ialah untuk mengkaji semula perjanjian bersama konsesi tol, yang mengikut beliau, telah mengaut untung yang terlampau selama bertahun-tahun. "Sebagai contoh, Litrak, syarikat yang memiliki Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) telah dibina dengan harga RM1.3 bilion tetapi telah mengaut untung sebanyak RM282 juta hingga 31 Mac 2013 sebelum menolak kos pembiayaan sebanyak RM89 juta serta cukai pendapatan RM48 juta. "Mengapa harus kerajaan membenarkan syarikat ini mengaut untung yang melampau selama 16 tahun lagi sehingga tahun 2029?" kata Pua. Read More / Baca Lagi >> |
Najib umum 11 langkah kerana adanya Himpunan Turun? Posted: 01 Jan 2014 08:36 PM PST Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan, jika benar Perdana Menteri hendak membantu rakyat sepatutnya langkah tersebut diumumkan dalam pembentangan bajet 2014. Menurut beliau, langkah yang diumumkan oleh Najib menunjukkan bahawa kerajaan BN berada dalam keadaan terdesak untuk meredakan kemarahan rakyat. "Di saat rakyat bangkit untuk turun dalam Himpunan Turun malam tahun baru lalu barulah Najib mengambil tindakan mengumumkan 11 langkah tersebut," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan, 11 langkah tersebut langsung tidak ada kesan terhadap penderitaan dan kesusahan yang ditanggung rakyat. Katanya, langkah mengurangkan elaun keraian sebanyak 10 peratus Perdana Menteri dan Timbalan Menteri, adakah ia berbaloi sedangkan gaji Perdana Menteri termasuk elaun sebulan hampir RM80,000. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan Turun: Anak muda bangkit membela rakyat Posted: 01 Jan 2014 08:35 PM PST
Isyarat ini perlu difahami oleh semua pihak, khususnya pemerintah, bahawa dalam PRU ke-14 nanti, anak muda ini akan juga dijangka berada di barisan depan untuk membuat perubahan dalam menentukan haluan negara, atau dalam bahasa yang mudah difahami, menentukan siapakah yang akan memerintah negara ini nanti. Perubahan ini tentunya melalui demokrasi pilihan raya, bukan dengan secara kekerasan, justru anak-anak muda ini adalah rakyat Malaysia yang terdidik, setia dan sangat sayangkan negaranya. Tahniah kepada yang menyertai himpunan bersejarah malam itu, yang dilihat sangat dramatik, bukan dengan pertunjukkan bunga api dan riuh rendah persembahan Konsert Tahun Baru, tetapi dengan teriakan 'Turunkan harga barang'. Himpunan itu bermula dari beberapa lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum kesemua peserta bertemu di Dataran Merdeka dengan aman dan santun serta tiada keganasan. Mereka hanya membantah kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan harga beberapa barangan seperti bahan api, gula, kadar tarif elektrik dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Majoriti peserta yang menyertai himpunan itu memakai kemeja-T hitam tertera logo dengan perkataan 'Turun'. Turut menyertai himpunan anak muda itu termasuklah beberapa pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) seperti Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin lain serta badan bukan kerajaan yang pro pembangkang. Read More / Baca Lagi >> |
JANGAN HANTAR ANAK KE SEKOLAH JIKA TIDAK MAMPU..!! Posted: 01 Jan 2014 07:05 PM PST Resit dari seorang penjaga yang mengisahkan beliau mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah rendah terpaksa membayar yuran sebanyak RM750 seorang menjadikan RM1,500 ( Satu Ribu Lima Ratus Ringgit). Itu baru yuran .. belum masuk nak beli alat-alat tulis .. paling sengkek pun tak lari RM200 seorang . Pakaian, beg, kasut dan stokin? . Tambang bas yang naik 40%?. Buka saja lembaran baru alam persekolahan tahun 2014 setiap ibu bapa terpaksa membelanjakan paling koman untuk seorang anaknya peringkat sekolah rendah ialah RM1,000 .. Bayangkan jika yang mempunyai 3 anak yang masih bersekolah ... Persoalannya .. dulu Menteri yang jaga sekolah pernah berkata bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendidikan percuma .. Tetapi dimana percumanya kalau terpaksa bayar yuran sampai RM750 ( Tujuh Ratus dan Lima Puluh Ringgit) seorang????? Ini resit yang sah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tercatit tahun 2014!!!!! Apakah ada nanti suara guris hati rakyat .. kata-kata hina kebijaksanaan rakyat akan terhambur dari para pemteri dan pemimpin UMNO seperti kalau rasa mahal jangan hantar anak bersekolah???? .. Mungkinkah .. Kalau benar maka ianya tidak mengejutkan sama sekali. |
Najib laki bini sedap2 cuti kat luar negara...rakyat ikat perut tau...!!! Posted: 01 Jan 2014 06:54 PM PST |
Terus bantah, rakyat tidak mampu lagi pikul biawak hidup..!! Posted: 01 Jan 2014 06:45 PM PST Telah sudah himpunan yang semalam berlangsung dengan jayanya.Walau pun ada negeri yang 1 hb.telah mula bersekolah dan yang dah ada mula berkerja namun himpunan TURUN semalam amat-amat berjaya.Anggaran kehadiran 20,000 orang adalah ramai walaupun pada mulanya dimomokkan sebagai himpunan haram guling kerajaan BN. Tahniah kepada pihak penganjur dan rakyat yang perihatin.Namun begitu,adakah sudah cukup usaha ini?Adakah kerajaan pusat pekak badak telinga tuli itu akan mendengar dan tergesa-gesa tercirit birit,mengeletar dan terkincit dan seterusnya menurunkan harga apa yang dah dan diumumkan naik.Lantaran himpunan ini harga petrol dan diesel akan dikurangkan,harga gula akan diturunkan,tambang,elektrik dan tol tak jadi naik.Semuanya tak jadi,stop dan pegun.Sebab kerajaan BN takut sangat akan himpunan kita semalam. PM Najib dan RM tak dengar pun.Diberitakan mereka berguling-guling makan angin dan pantai di Los Angeles.Menteri-menteri yang berkenaan pun dah siap dengan skrip masing-masing yang berhujah kami tak akan tunduk dengan desakan parti pembangkang,puak pelampau yang mahu menggulingkan kerajaan. Jadi adakah mereka dengar,tidak!!! semua yang dikatakan mereka akan dikota dan kita akur sahajalah,bayar dan bayar.Jadi apakah kerja kita semalam sia-sia,buang masa.Ya bisa saja sia-sia dan buang masa sekiranya tiada follow up dari usaha semalam tidak dilakukan.Saya ada 5 cadangan: 1.Semua pemimpin PR terutama MP dan ADUN mesti sentiasa menghidupkan isu ini,pada sidang parlimen,program ceramah dan sebagainya.Sentiasa memupuk rasa tidak puas hati rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Najib umum 11 langkah bukan penjimatan tetapi "penjimakan" Posted: 01 Jan 2014 06:41 PM PST Menjelang terselaknya tabir tahun 2014 Najib Razak telah mengumumkan 11 langkah 'drastik' penjimatan dengan memotong elauan hiburan para menteri dan juga pemotongan eluan pegawai tinggi kerajaan. Pengumuman itu dibuat ketika rakyat riuh 'randah' dan menanti jaya atau tidak himpunan Mansuhkan Kos Sara Hidup (Turun) yang dipelopori anak-anak muda. Himpunan malam semalam di Dataran Merdeka disertai lebih 30,000 berjaya dan memberi mesej jelas kepada Najib sekiranya tidak diberi perhatian berhubung masalah rakyat Najib akan terus diserang. Tampaknya anak-anak muda sudah sedia bangkit untuk menjolok mentari kekuasaan Najib di sepanjang tahun ini. Syabas. Kejayaan himpunan itu menunjukkan 11 langkah drastik yang diambil Najib itu sedikit pun tidak menarik dan mengugah hati rakyat khasnya di kalangan anak-anak muda untuk bersimpati apa lagi berbangga dengan seorang perdana menteri seperti itu. Sebaliknya pengumuman 11 langkah itu menjadi satu ejekan di kalangan rakyat di semua lapisan. Walaupun Najib tidak berharap pengumuman itu akan menghentikan ura-ura mengadakan himpunan Turun itu, tetapi maksud disebalik pengumuman itu, ialah untuk mengendurkan keadaan. Harapannya apabila beliau membuat pengumuman itu himpunan itu dimansuhkan. Selain itu, ole-ole tidak berharga ia juga dibuat dalam keadaan terpaksa. Mungkin di sinilah maka ada orang meminta agar penasihat Najib ditukar kerana ia tidak boleh dipakai. Jelas sekali penasihat Najib tidak pandai membaca dan menghitung keadaan maka 11 langkah penjimatan itu umpama mencurah garam ke lautan saja. Pengumuman dibuat Najib itu bukan saja tidak menarik rasa hormat rakyat, jauh sekali untuk mengatakan Najib prihatin, kecuali dari kalangan orang-orang Umno yang telah disistemkan menerusi mesen Umno menganggap ianya hebat (orang Umno kalau pemimpin mereka buat semua hebat, termasuk projek lembu kondo, pembelian cincin atau pembelian kondo di New Yorok), tetapi pengumuman itu juga diketawakan rakyat. Hahaha... Read More / Baca Lagi >> |
SAMM: Satu lagi himpunan protes naik kos sara hidup dirancang 1 Mei Posted: 01 Jan 2014 06:35 PM PST SHAH ALAM 2 JAN: Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan terlibat dalam satu lagi perhimpunan membantah peningkatan kos sara hidup disebabkan dasar Kerajaan Pusat menaikkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan. Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata perhimpunan yang akan diadakan pada 1 Mei nanti turut melibatkan beberapa NGO lain dengan memberikan penekanan bantahan ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksankan pada April 2015 nanti. "Ketika ini kita sedang menyusun massa dan perbincangan dari semasa ke semasa diadakan agar perhimpunan nanti berjalan lancar. Kita akan maklumkan secara rasmi butiran himpunan ini pada masa yang sesuai nanti. "Kita sudah ada banyak pengalaman mengadakan jadi SAMM yakin perhimpunan itu nanti boleh berjalan lancar seperti mana malam tadi," katanya ketika dihubungi Selangor Kini. Beliau juga tidak menolak kemungkinan perhimpunan ini juga akan diadakan di Dataran Merdeka seperti mana perhimpunan yang berlangsung malam tadi. "Lokasi sebenar akan diputuskan nanti sebab bergantung kepada pelbagai keperluan semasa ketika itu," katanya lagi Read More / Baca Lagi >> |
Selepas demo Turun, apa selepas ini? Posted: 01 Jan 2014 06:34 PM PST Seperti yang dijangkakan, letupan bom, rusuhan bersenjata dan berbagai lagi kekecohan yang diwar-warkan akan berlaku di Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) tidak berlaku. Begitu juga dengan hebahan media pro-Umno bahawa kerajaan persekutuan akan digulingkan. Setelah kelompok aktivis terakhir habis mengutip sampah yang bertaburan di tapak protes lewat malam itu, Barisan Nasional (BN) masih lagi kuasai tampuk kerajaan. Pemerhati yang sinis bertanya apakah protes tersebut mencapai tujuannya? Pada April tahun depan, hampir semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik lagi sebanyak 6% dengan terlaksananya cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Walaupun kehadiran pada malam itu memberangsangkan, kebanyakan mereka adalah lelaki muda berumur 20-an yang rata-rata penghuni bandar dan pelajar. Bukan seperti lautan manusia yang hadir di kedua-dua himpunan Bersih yang terdiri daripada berbagai lapisan komuniti, pekerjaan, pendapatan dan tempat duduk. Pada malam itu, ahli keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak banyak kelihatan. Jadi apakah kesan himpunan tersebut? Adakah ia seperti himpunan anti-BN yang diadakan sebelum ini seperti "Blackout 505" (yang memprotes penipuan pilihan raya) yang berjaya mengumpul berpuluh ribu perserta tetapi hanya diingati hari ini oleh segelintir orang? Read More / Baca Lagi >> |
‘Himpunan guling’: SAMM akan saman untuk bersih nama Posted: 01 Jan 2014 06:32 PM PST KUALA LUMPUR: Tuduhan kononnya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan beberapa NGO sebagai penganjur 'himpunan guling kerajaan', ternyata melulu dan tersasar. "Proses saman akan bermula dalam masa terdekat bagi membersihkan nama SAMM," ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan semalam. Beliau berkata, aksi protes di Dataran Merdeka adalah kemenangan besar buat rakyat yang menjadi penganjur. Katanya, kehadiran puluhan ribu demonstran menjadi bukti bahawa propaganda polis dan kerajaan gagal mengalih isu sebenar iaitu tuntutan menurunkan kos sara hidup. Kenyataan penuh seperti di bawah. Akhirnya Dataran Merdeka sekali lagi menjadi medan protes rakyat apabila seramai 50 ribu orang memenuhi segenap padang dan jalan di depan bangunan Sultan Hishamuddin. Ia satu lembaran sejarah baru selepas kali terakhir Dataran Merdeka menjadi medan protes rakyat ialah pada tahun 1998 tetapi kini ia berulang dengan kekuatan rakyat. Aksi kebangkitan rakyat semalam menjadi berita dunia, melaporkan bahawa tahun 2014 bukan sahaja merupakan tahun melawat Malaysia, tetapi juga tahun perlawanan menuntut kos sara hidup diturunkan. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Maksiat B/Sepak Pantai Sepanjang Malam Sambut Tahun Baru. Posted: 01 Jan 2014 06:30 PM PST Ilustrasi Wanita mengilai jam 4 pagiPort Dickson: "Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah," kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi semalam. Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari 'ulik mayang' pada jam 4 pagi. Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu. Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2014. Katanya, ketika asyik menonton perlawanan, tiba-tiba terdengar suara wanita mengilai seperti dirasuk daripada khemah berhampiran menyebabkan 100 penonton panik. "Akibatnya, beberapa pengunjung menyerbu ke khemah wanita itu dan menyaksikannya dalam keadaan dirasuk," katanya yang ditemui di tempat kejadian. Wartawan yang berada di lokasi kejadian membuat liputan perlawanan itu turut terkejut apabila mendapati wanita berkenaan tiba-tiba meracau. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Bawa dua anak lakukan maksiat Posted: 01 Jan 2014 06:24 PM PST Sanggup ibu ini membawa anaknya bersama ke sebuah hotel untuk melakukan maksiat. GEORGETOWN - Sanggup seorang ibu membawa dua anaknya yang masih kecil 'menemaninya' melakukan maksiat. Ibu yang berstatus isteri orang itu dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) melalui Ops Ambang Maksiat 2014 di sebuah hotel apartmen di sini. Melalui operasi yang bermula jam 2 pagi itu mendapati seorang lelaki dengan selamba berada di ruang tamu bilik hotel berkenaan sedangkan wanita berkenaan berada di dalam bilik tidur. Lebih mengejutkan apabila penguatkuasa juga terjumpa dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan enam tahun di sebuah lagi bilik tidur. Dalam nada selamba lelaki tersebut mengaku dia ditemani rakannya sedangkan selepas penguatkuasa membuat pemeriksaan wanita itu pula mengaku lelaki tersebut sebagai suaminya. Jawapan yang berbeza itu akhirnya menyebabkan kegiatan maksiat mereka dapat dihidu JAINPP sehingga membuktikan kedua-dua mereka berstatus suami dan isteri orang lain. Wanita sarat mengandung turut dicekup Bukan itu saja, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan turut dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel. Wanita yang ditangkap dalam keadaan menggeletar dalam sebuah bilik itu mengaku anak yang dikandungnya adalah hasil hubungan dengan teman lelakinya itu, namun sebaliknya lelaki tersebut tidak mengaku. "Itu bukan anak saya, itu anak dia dengan orang lain," kata lelaki tersebut. |
Malaysia Kita: Sambut tahun baru, pelajar universiti antara ditahan khalwat Posted: 01 Jan 2014 04:16 PM PST SEREMBAN – Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) antara sembilan pasangan kekasih yang ditahan kerana berkhalwat dalam operasi cegah maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di beberapa hotel bajet sekitar Senawang, Port Dickson, Lukut dan Nilai malam kelmarin. Ketika serbuan yang dijalankan pada malam sambutan tahun baru 2014 itu, ada segelintir daripada mereka memberi alasan tidak sempat balik ke rumah, malah terdapat juga pasangan perempuan yang masih terbaring di atas katil. Kesemua pasangan berusia antara 20 hingga lewat 30 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh 30 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAINS bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir pukul 4 pagi. |
Malaysia Kita: Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat Posted: 01 Jan 2014 04:12 PM PST Dikatakan wanita ini bersama kekasihnya sudah menginap di hotel bajet berkenaan sejak empat hari lalu. SUNGAI PETANI - Acara sambutan Tahun Baru 2014 di daerah ini disambut dengan cara sederhana berkonsepkan Islamik anjuran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) bertujuan mengajak remaja Islam mendekatkan diri ke arah matlamat hidup yang jelas seiring dengan tuntutan agama.Bagaimanapun, saranan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan itu hanya dipedulikan sebahagian kecil masyarakat yang menghayati nasihat menerusi forum agama yang diadakan di Dataran Zero Kilometer sedangkan sebilangan kecil lagi masih terjebak ke lembah maksiat. Operasi cegah maksiat Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abd Mutalib yang mengetuai operasi cegah maksiat berkata, sebanyak lima pasangan kekasih dicekup sekitar Sungai Petani manakala dua pasangan lagi dicekup di sekitar Gurun. Operasi yang turut mendapat kerjasama 30 anggota penguatkuasa dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia, Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan Yan serta MPSPK itu juga mengesan empat individu didapati positif dadah. Tukang urut kena cekup Dalam sebuan yang dilakukan dekat sebuah motel berdekatan Taman Patani Jaya, seorang wanita Melayu berusia 32 tahun dipercayai tukang urut sedang melayan pelanggannya iaitu pemandu teksi dari Butterworth bukan beragama Islam berusia 52 tahun. |
Kerajaan 47% BN terus hilang undi bandar dengan batal rebat tol Posted: 01 Jan 2014 03:56 PM PST Kerajaan 47% Barisan Nasional (BN) akan terus kehilangan sokongan di Kuala Lumpur dan Selangor ekoran pemberhentian rebat tol 20% di kalangan penggunanya ketika hampir kesemua rakyat terpaksa berjimat kerana kenaikan kos sara hidup, kata Ahli Parlimen pembangkang. BN hilang majoriti kerusi di Kuala Lumpur dan Selangor dalam dua pilihan raya lalu, di samping hilang undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). PRU14 dijangka akan diadakan pada tahun 2018 dan BN dijangka akan terus bergantung kepada undi luar bandar untuk mengekalkan kuasa. "BN boleh buang terus peluang untuk mendapatkan undi bandar sehingga 10 tahun akan datang. "Walaupun mereka boleh menggunakan pemberian segera untuk mendapatkan undi luar bandar, dengan bebanan yang ada mereka boleh lupakan pengundi bandar kerana kegelisahan sudah merata tanpa mengira bangsa dan agama," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider. Katanya, menghentikan rebat tol sangat dikesali kerana orang ramai tidak akan terima apapun alasan Putrajaya kerana ia dianggap menambahkan kesusahan mereka. "Rebat tol walaupun kecil masih menyumbang kepada meringankan bebanan pengguna khasnya yang tinggal di Lembah Klang,"kata Rafizi. Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, kebanyakan pengguna dapat memotong sehingga RM30 ke RM40 sebulan melalui rebat ini. "Bagi penduduk Lembah Klang, ini adalah tanda BN membiar mereka dan nampaknya BN tidak berminat untuk mendapatkan undi mereka semula," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Azhar Idrus - Pandangan UAI tentang hudud di Brunei Posted: 01 Jan 2014 03:47 PM PST |
Ust Mokhtar Senik - Bicara Santai : Sesatkah Aku? Posted: 01 Jan 2014 03:43 PM PST |
Sepatutnya Kita Yang Memberi - Dato Dr MAZA Posted: 01 Jan 2014 03:42 PM PST |
Pemimpin Dan Menteri Elak Beri Kenyataan Guris Hati Rakyat - Presiden MBM Posted: 01 Jan 2014 03:39 PM PST |
2014 Tahun Naik: Apa Kata Orang muda Tentang Kenaikan Harga Posted: 01 Jan 2014 03:30 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan