Selasa, 14 Januari 2014

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


jais kata ok ikut SOP kerajaan selangor ...mais pulak kong kali kong....sape sebenar yang BUGHAH dan BAGHAL sebenarnya...!!!!

Posted: 13 Jan 2014 07:33 PM PST

 

apa ko pikir kalimah Allah tu melayu UMNO yang punyakah..???...tengok nie ikan pun guna kalimah Allah....!!!

 

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor untuk operasi dan serbuan mereka, kata Pengarahnya Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Ahmad Zaharin ketika ditemui pemberita menegaskan, Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas penguatkuasa agama Selangor itu juga masih berada dalam simpanan mereka.

"Kita akan berterusan gunakan SOP yang ada, kita akan ikut tiada masalah.

"SOP (baru) sebenarnya lebih kurang sama, cuma kita kena maklumkan kepada kerajaan. Itu (untuk operasi) akan datang," katanya selepas upacara mengangkat sumpah sebagai pengarah Jais di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, sebagai sebuah agensi di bawah kerajaan Selangor, arahan dan keputusan exco negeri perlu dipatuhinya.

"Kalau exco punya keputusan kita kena ikut. Saya pun bawah kerajaan negeri, jadi kita kena ikut. Prosesnya (siasatan) masih panjang," katanya.

Ahmad Zaharin yang memulakan tugas sebagai pengarah Jais berkuatkuasa 2 Januari lalu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tempoh siasatan berkenaan rampasan bible di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM), atas alasan ia akan mengganggu proses siasatan.

"Kalau kita bawa ke mahkamah anda akan tahu. Tak bawa pun anda tahu. Perkara itu masih dalam siasatan. Kita tak boleh nak ganggu siasatan.

"Bible itu masih dalam simpanan Jais. (simpan) sehingga tamat siasatan saya tidak boleh jawab. Saya kena tulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri seperti diputuskan mesyuarat exco," katanya lagi.

Serbuan Jais terhadap pejabat PBM sebelum ini mencetuskan rasa tidak puas penganut Kristian dan juga beberapa pemimpin politik.

Ekoran perkara itu, SOP dan prosedur Jais seterusnya diubah, dengan memperuntukkan setiap serbuan melibatkan perkara sensitif memerlukan mereka mendapat persetujuan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan juga kerajaan negeri.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bagaimanapun menegaskan Jais tidak terikat dengan SOP baru berkenaan kerana Jais menjalankan siasatan berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

SOP sebelum ini tidak memperuntukkan pihak berkuasa agama itu memaklumkan serbuan mereka kepada kerajaan negeri.

ada pemimpin UMNO sendiri pun inginkan pengerusi SPR aka anjing UMNO di pecat....pengerusi SPR dan yang lain tak malukah...!!!

Posted: 13 Jan 2014 07:21 PM PST

satu satu warisan terbaek UMNO yang masih tinggal....yang lain pemimpin UMNO  dah jadi busuk sampai ke lubang taik

anjing UMNO selamanya  wajib di pecat..

Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam kelmarin

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu.

 

 

 

penyapu sial

 

 

anjing UMNO itu tersangat ketagih nak UMNO mengekalkan kuasa melalui penipuan pru...so anda buatlah  sesuka hati anda tak payah tunggu persetujuan pemimpin PR...buat  lah jangan cakap banyak....buatlah kalau berani....dan kita akan lancar demo setiap hari depan  banggunan SPR....!!!

Tiada ulasan: