Khamis, 30 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Amat teringin menjejak kaki ke Makkah - Felixia Yeap

Posted: 30 Jan 2014 10:30 PM PST

Kuala Lumpur: "Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah," kata Felixia Yeap.
Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam.
"Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah," katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.
Foto
FELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.
Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat. - myMetro

[Video] Kenapa Anwar bertanding di Kajang?

Posted: 30 Jan 2014 08:28 PM PST

“Kita tidak boleh beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati" - Rafizi

Posted: 30 Jan 2014 06:49 PM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
JANUARY 31, 2014
Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk membantu kerajaan negeri Selangor, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama 'langkah Kajang' penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.
"Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.
"Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang," katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.
PKR percaya pesaingnya, parti Melayu, Umno kini bertambah agresif dalam memarakkan ketegangan kaum, dan contohnya ialah roadshow isu kalimah Allah yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berada dalam keadaan tidak stabil
Pada masa sama, Rafizi mengakui bahawa kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor bertujuan menyelesaikan permusuhan yang jadi bertambah buruk antara Azmin, yang mengetuai PKR Selangor dan Abdul Khalid.
Bagaimanapun, Rafizi menekankan menyelesaikan apa juga masalah di antara kedua-dua pemimpin itu, yang dilihat secara jelas tidak sehaluan dalam pelbagai isu, adalah perkara "kedua" penting.
"Jika ia persoalan (menyelesaikan) permusuhan Abdul Khalid dan Azmin seperti yang diperkatakan, jadi mengapa kami tidak melakukannya dua atau tiga tahun lalu?
"Persengketaan itu memang sudah ada. Ia bukan hanya sebab permusuhan. Itu adalah perkara kedua.
"Kami mahu memperkukuhkan Selangor untuk menjadikan ia negeri contoh dan kami mahu mempunyai pilihan sebaik mungkin untuk tindak balas terhadap BN," kata ahli Parlimen Pandan itu.
Anwar akan bertanding untuk mendapatkan kerusi DUN Kajang selepas ia dikosongkan secara sukarela oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, dan tindakan itu menerima kritikan daripada pelbagai kumpulan persatuan sivil.
PKR mendedahkan peletakan jawatan Lee adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu bagi membolehkan Anwar menjadi Adun atau ahli badan perundangan Selangor.
Parti itu mempertahankan plot berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan kemarahan ramai yang menyatakan pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat.
PKR mendakwa "langkah taktikal" itu perlu bagi memperkukuh Selangor dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
PKR juga dituduh mengunakan pilihan raya untuk membenarkan Anwar menangani persaingan antara Abdul Khalid dan Azmin.
Dalam temubual semalam, Rafizi turut mempertahankan rancangan itu sebagai satu keperluan untuk menambah sokongan Pakatan di Selangor terutama ketika rakyat kini menjadi semakin mendesak terhadap kerajaan negeri.
"Ketika penggal pertama, kami adalah kerajaan baru dan rakyat beri kami kepercayaan walaupun ada sedikit sangsi. Tetapi, dalam penggal kedua ini, mereka mahu kami selesaikan masalah mereka.
"Kita tidak boleh terus-terusan jadi defensif dan beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati," katanya. – 31 Januari, 2014.

Memang PKR mempunyai krisis dalaman - Khalid Samad

Posted: 30 Jan 2014 10:45 AM PST

Khalid Samad.
SHAH ALAM: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Khamis mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dikosongkan bagi menyelesaikan krisis dalaman yang berlaku dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, tindakan Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Kajang dilihat sebagai wajar dalam usaha mengatasi masalah PKR.
"Masalah dalaman PKR itu memerlukan penyelesaian yang cepat dan segera. Maka, perletakan jawatan Lee itu saya lihat bukan dilakukan secara saja-saja atau main-main tanpa adanya matlamat dan objektif yang lebih besar," kata Khalid yang juga anggota Jawatankuasa Kerja PAS dalam sidang berita di pejabatnya di sini.
Khalid berkata, perletakan jawatan Lee dan pemilihan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk bertanding kerusi DUN Kajang mampu menangani perbalahan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
"Usaha untuk membawa masuk Anwar ke dalam pentadbiran Selangor juga dibuat kerana PKR percaya hanya Ketua Umum parti itu yang mampu meredakan keadaan tegang berikutan isu dalaman parti," katanya.
Mengulas dakwaan bahawa Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, bakal dipilih sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu, Khalid berkata, isu itu tidak timbul kerana pemilihan jawatan perlu mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP.
Sekiranya ada pertukaran jawatan Menteri Besar, katanya PAS juga akan menyerahkan nama calon bagi mengisi jawatan itu.
"Soal jawatan MB (Menteri Besar) tidak timbul kerana jawatan itu tidak boleh ditentukan oleh mana-mana parti sama ada PAS, PKR dan DAP di negeri ini. PAS secara sendirian pun tidak boleh tentukan jawatan MB kerana ketiga-tiga parti (dalam Pakatan Rakyat) tidak mempunyai kerusi majoriti.
"Jika ada perubahan jawatan MB, ia perlu persetujuan daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kalau ada yang nak tukarkan MB (Menteri Besar), PAS juga akan serahkan nama calon...tapi kalau tidak ada, tidak ada la (serahkan nama)," katanya.
Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan rayakecil DUN Kajang.
Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - BERNAMA

PRK Kajang : Pemuda Pas komited bantu calon PR

Posted: 30 Jan 2014 05:24 AM PST

SHAH ALAM - Selepas beberapa kenyataan membidas peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, hari ini Pemuda Pas menyatakan akan komited membantu rakan parti yang bertanding dalam PRK Dun Kajang.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun peletakan jawatan Adun PKR itu tidak disokong, namun sokongan akan terus diberikan kepada calon PR bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti perikatan itu.

"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya.

Terbaru, akhbar Sinar Harian melaporkan tindakan bekas Adun, Chin Cheh meletak jawatan terus mendapat pertikaian dalam kalangan Pemuda Pas.


Pemuda Pas melihat tindakan itu seperti mempermainkan amanah rakyat yang sebelum ini berusaha memastikan kemenangan beliau dalam PRU13, Mei tahun lalu.

Ketua Pemuda Pas Petaling Jaya Selatan, Aziz Mahaiyuddin berkata, Chin Cheh hanya memperlekehkan usaha dan kepercayaan rakyat kepadanya dan peletakan jawatan tanpa sebab munasabah dilihat mengetepikan matlamat PR memastikan kebajikan dan keadilan terhadap rakyat dilaksanakan sebaiknya.

"Selangor bukan ditadbir PKR saja, tetapi ditadbir bersama Pas dan DAP, sepatutnya keputusan meletak jawatan ini dibincang bersama, bukan keputusan sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Suhaizan juga berkata kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini adalah berbentuk teguran ekoran pembaziran akan berlaku melalui PRK.

"Kita tak cakap kita sokong calon yang diletakkan di PRK itu.

"Kita hanya komited atas semangat kerjasama dengan PR, kita sebelum ini juga hanya tegur pemimpin itu kerana telah mempermainkan rakyat, rakyat telah pilih, tapi dia letak jawatan.

"Sepatutnya tak perlu letak jawatan begitu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Najib lemah - Isma

Posted: 30 Jan 2014 03:15 AM PST

JANUARY 30, 2014
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyesali sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah.
"Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau," kata Naib Presiden II Isma, Abdul Rahman Mat Dali.
Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.
Kata Najib, beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum.
Justeru bagi Isma, ini sekali lagi membuktikan Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini.
Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan, kata Isma.
Isu penggunaan nama Allah telah mencetuskan pelbagai peristiwa sejak kebelakangan ini.
Ia bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Kartolik Herald menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka. Namun, Mahkamah Rayuan menolak keputusan itu.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula telah menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Dua pemimpin PBM juga dibawa ke balai polis walaupun dibebaskan kemudiannya.
Sejak itu, ada-ada sahaja peristiwa yang berlaku mengenainya sehingga dikatakan menimbulkan ketegangan.
Ramai juga yang berpendapat ketegangan ini hanya ciptaan sahaja kerana isu sebenar negara adalah kenaikan kos sara hidup. – 30 Januari, 2014.- TMI

'Reformis bogel' calon bebas ke 2 PRK Kajang

Posted: 30 Jan 2014 12:10 AM PST


2:25PM Jan 30, 2014

Seorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ramlan Abu Bakar (kanan), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat "konspirasi politik" Anwar menyusahkan rakyat, lapor
Sinar Harian.

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.


Ramlan sebelum ini terkenal dengan "skuad berani bogelnya" dan lantang mencabar kerajaan Selangor.

Sebelum ini, turut menyatakan hasrat bertanding calon bebas Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Anwar, Sankara Nair dan sebuah parti baru NewGen.

Dewan Ulama: Serah pada PAS jika MB baru

Dalam perkembangan lain, Dewan Ulama PAS pula menggesa PKR menyerahkan kerusi menteri besar Selangor kepada PAS jika benar terdapat agenda menyingkirkan Khalid.

Menurut ketua penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, tindakan PKR mempertikaikan kedudukan Khalid sama seperti mempertikaikan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

"Sekiranya benar perlu ditukarkan menteri besar, secara mudah boleh serahkan kembali kepada PAS dan kami memilih ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad sebagai calon menteri besar yang baru," katanya.

Bahkan laporan harian itu juga menyebut, Khalid telah mentadbir Selangor dengan baik sehingga tiada kewajaran untuk melakukan penyingkiran.

Khairuddin berpendapat, pilihan raya kecil yang akan diadakan di Kajang sebenarnya "pengkhianatan" terhadap tahaluf siyasi(kerjasama politik) kerana ia langkah licik demi kepentingan PKR dan bukannya Pakatan Rakyat. - malaysiakini

Tiada ulasan: