Isnin, 13 Januari 2014

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nurul Izzah Saifuddin terima saman dari Bapa Lembu

Posted: 13 Jan 2014 12:12 AM PST

Rakyat News


KUALA LUMPUR 13 Jan - National Feedlot Corporation (NFCorp) telah mengemukakan saman terhadap Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung parti tersebut Saifuddin Nasution ekoran dakwaan pembelian lapan unit kondominium di KL Eco City.

Saman difailkan oleh Pengerusi NFCorp Datuk Mohamad Salleh Ismail menerusi Tetuan Wan Shahrizal Hari&Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Izzah sebagai defendan pertama dan Saifuddin selaku defendan kedua.

Tindakan NFCorp ekoran kenyataan Izzah yang disiarkan menerusi Kini TV ekoran mengulangi kenyataan berbaur fitnah yang mendakwa berlaku pecah amanah didalam syarikat tersebut membeli aset hartanah menggunakan dana awam.

Sementara itu, saman terhadap Saifuddin ekoran kenyataan sama yang dibuat bagi pihak PKR.

Kenyataan kedua-dua individu tersebut berdasarkan pendedahan Pengarah Strategik parti Rafizi Ramli yang turut disaman.

Menurut tuntutan saman NFCorp, Izzah didakwa menyebarkan kenyataan fitnah terhadap plaintif yang memberi gambaran terhadap masyarakat bahawa dana yang disalurkan kepada NFCorp dari pinjaman yang dilakukan untuk membeli kondominium bagi tujuan peribadi.

Tuntutan tersebut turut menjelaskan hartanah yang dibeli oleh Mohamad Salleh dan anaknya Wan Shahinur Izran tiada kaitan dengan NFCorp.

“Saya hari ini sedia ditangkap" - Chew Swee Yoke [wakil Comango]

Posted: 12 Jan 2014 11:25 PM PST

Wakil Comango cabar pihak berkuasa tangkap


Wakil Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia – yang diharamkan kerajaan minggu – lalu hari ini mencabar pihak berkuasa menangkapnya kerana mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan itu.

Chew Swee Yoke, anggota pengasas Persatuan Peguam Wanita berkata, jika kes itu dibawa ke mahkamah, ia hanya akan "memalukan" kerajaan.

"(Pengharaman itu) untuk mengganggu dan menakut-nakutkan rakyat oleh kerana ia boleh didakwa, walaupun kita tahu tahu bawah akta mana.

"Saya hari ini sedia ditangkap, itu sebabnya saya datang dengan kasut berjalan, bukan kasut mahkamah," katanya.

"Saya gembira jika mereka mendakwa saya kerana ia akan menjadi kes mahkamah yang menarik dan akan memalukan mereka (di mahkamah)."


Chew, yang tampil berpakaian keluar panjang gelap dan kasut sukan merah jambu, berkata demikian dalam sidang media Comango di ibu negara hari ini.

Comango dianggotai oleh 52 NGO yang terlibat dalam Semakan Berkala Sejagat (UPR) hak asasi manusia oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). - malaysiakini 

"Mana ada negara didunia yang Hard Rock Cafe dibuka tanpa hiburan dan minuman keras? - Husam

Posted: 12 Jan 2014 02:29 PM PST

OLEH MD IZWAN
JANUARY 12, 2014
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) membidas cadangan Putrajaya untuk membuka Hard Rock Cafe bercirikan Islam yang disifatkannya tidak masuk akal.
Bekas calon Parlimen kerusi Putrajaya tersebut berkata tiada Hard Rock Cafe yang dibuka di seluruh dunia tidak menyajikan hiburan melampau dan juga minuman keras.
"Mana ada negara dunia yang Hard Rock Cafe dibuka tanpa hiburan dan minuman keras?
"Kalau ada tunjuklah," kata Husam dalam sidang media selepas sesi sembang petang di Putrajaya petang ini.
Husam juga berkata sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, rata-rata penduduk di Putrajaya banyak meminta supaya sekolah agama dibuka di samping rungutan tentang masalah letak kenderaan.
"Masa saya berkempen di sini dulu, tak ada pula penduduk Putrajaya meminta untuk dibuka Hard Rock Cafe.
"Banyak yang hantar surat kepada saya meminta supaya sekolah agama dibuka, serta menyelesaikan masalah 'parking'," tambahnya lagi.
Menurut Husam lagi, banyak cadangan yang tidak munasabah daripada pemimpin Umno dan Barisan Nasional di samping isu kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.
"Kenapa semua ini berlaku?
"Semua yang berlaku ini kerana kita (PR) gagal tawan Putrajaya pada pilihan raya dahulu," terangnya lagi.
Husam bagaimanapun tidak memberikan sebarang kepastian sama ada akan bertanding semula di kerusi utama kubu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tetapi berharap calon yang akan bertanding selepas ini adalah seorang yang progresif dan dinamik.
"Tidak kisah lah siapa yang akan jadi calon selepas ini, tetapi calon tersebut mestilah progresif dan dinamik," katanya lagi.
Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam meredakan ketegangan, berkata Hard Rock Cafe di Putrajaya boleh memainkan muzik nasyid dan menjadi yang pertama tidak menjual arak.
Kontrovesi Hard Rock Cafe menerima kritikan selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat mengemukakan cadangan untuk membuka cawangan pusat hiburan tersebut di Putrajaya.
Cadangan untuk membuka Hard Rock Cafe disuarakan oleh pengasasnya Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir semasa kunjungan ke Putrajaya dan menyatakan hasrat untuk membukanya di pusat pentadbiran negara tersebut.
Namun Aseh kemudiaan mengumumkan dalam akaun Facebooknya Hard Rock Cafe tidak akan membuka cawangan di Putrajaya kerana pusat pentadbiran itu tidak membenarkan premis menjual arak dan hiburan.
Syed Yusof juga bertanggungjawab dalam membuka cawangan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Hard Rock Cafe Penang, Hotel Four Seasons Kuala Lumpur dan Hard Rock Cafe Melaka. – 12 Januari, 2014.- TMI

Tiada ulasan: