MANDOR.BLOGSPOT.COM |
TOK PETI DI SIASAT, ADAKAH TOK PETI BERSALAH DAN POLIS BERBOHONG? Posted: 10 Jan 2014 07:50 AM PST Tok Peti disiasat Polis berkaitan 'fatwa Bughah" terhadap rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka 31 Dis tahun lalu bagi membantah kenaikan harga barang. Sudah pasti Tok Peti akan membawa hujah beliau untuk mengiyakan 'fatwa'nya. Persoalannya, adakah pihak Polis akan di'kuliah'kan oleh Tok Peti sepanjang siasatan? Mungkin Tok Peti akan kata kepada Pegawai Polis yang menyiasat beliau, "Ana beri hukum Bughah kerana Ente (Polis) juga yang beritahu himpunan itu adalah untuk mengguling kerajaan". "Ente juga beritahu rakyat bahawa ente jumpa parang, payung dan ente kata ada bom dipasang menjelang himpunan". Maka, berpandukan kata-kata Ente dan alkitab Utusan Meloya dan TV3 suku, wajiblah bagi Ana memberi hukum "Bughah". Bila ini dihujahkan oleh Tok Peti, adakah pihak Polis akan menyatakan Tok Peti salah? Jika Tok Peti salah, secara tidak langsung dakwaan Polis selama ini terhadap himpunan tersebut juga silap. Mahukah Polis akui kesilapan itu? Rakyat akan saksikan sandiwara ini dengan penuh rasa jijik dan meluat. |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan