Isnin, 6 Januari 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Datuk Seri Mohd Najib cuba tipu rakyat

Posted: 06 Jan 2014 05:52 AM PST

Mengapa tidak? Bayangkan, adakah munasabah kenaikan harga minyak dan potongan subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan yang tidak dapat dielakkan itu boleh  buat rakyat hidup senjahtera.

Ia sangat munasabah, kerajaan dapat jimat wang Negara sebanyak RM 1.1 bilion dan dapat hasil sebanyak RM 13 bilion yang boleh memgembirakan perdana menteri Mohd Najib.

Siapakah yang mendapat faedahnya. Tidak lain dan tidak bukan,  ialah hanya kepada para pemimpin Negara.

Bayangkan, apabila banyak wang masuk  bolehlah masukkan wang  dalam saku para pemimpin dan Negara boleh belanja "boros" tiris sana sini sepertimana laporan audit Negara.

Apakah faedah yang rakyat dapat. Tidak dinafikan rakyat dapat RM 500 satu tahun dan akan dinaikkan sebanyak RM 650 setelah buat janji pilihanraya PRU 13 akan naik RM 1,200.

Percayakah anda wahai rakyat, bahawa harga barangan naik dan GST yang sudah pun berjalan dan yang dikatakan akan dilaksanakan pada tahun 2015 itu boleh buat rakyat hidup bahagia.

Bahagiakah dan senjahterakah rakayt dapat RM 650 satu tahun itu yang nisbahnya hanya sebanyak RM 1.80 satu hari itu.

Apakah rakyat tidak terbabit dengan harga barangan yang naik mendadak itu. Mereka mungkin tak bayar bil lektrik kerana penggunaan tidak melebihi RM 20.00.

Akan tetapi hari hari mereka makan dan minum. Kena bayar dengan barangan yang semakin hari semakin tinggi dan membebankan.

Apakah yang terjadi kepada rakyat apabila sara hidup begitu tinggi. Yang kaya mungkin tidak terbeban, tetapi yang msikin tetap terasa menderita.

Macam mana rakyat boleh hidup bahgia dan senjahtera.sedangkan sara hidup begitu tinggi. Tidakkah menipu namanya.




Tiada ulasan: