Kelab Greenboc |
- [TERKINI - VIDEO] Sah Anwar Ibrahim Bertanding Di DUN Kajang -updated
- "Kangkung" Bakal Bergema Di PRK Kajang
- [VIDEO] Apabila Wan Muhammad Azri Takut Untuk Mengaku Dirinya ‘Papa Gomo’....
- Game "Kangkung" - Satu Tribut Untuk Najib?
[TERKINI - VIDEO] Sah Anwar Ibrahim Bertanding Di DUN Kajang -updated Posted: 28 Jan 2014 12:50 AM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat Pusat PKR sebentar tadi. Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut. "Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut. "...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya. -SH ULASAN GB Sudah pun diputuskan dan menurut Tan Sri Khalid: rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut. Yang kelihatan di dalam sidang media ialah beberapa orang pemimpin DAP & PAS juga termasuklah Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub, Dr. Mohd Hatta Ramli, Lim Kit Siang dan Anthony Loke. Oleh kerana sudah diputuskan demikian, saya berharap ahli-ahli PAS terutamanya, yang ramai GB kesan ramai tak puashati dengan kemelut yang sedang berlaku di Selangor supaya banyak bersabar dan tidak melanggar adab berjemaah dan organisasi. |
"Kangkung" Bakal Bergema Di PRK Kajang Posted: 27 Jan 2014 07:55 PM PST PRK Kajang medan suara harga barang naik? Pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Kajang disifatkan sebagai peluang terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barang yang selama ini menjadi bualan hingga membangkitkan pelbagai isu termasuk perkauman. "Saya bukan penyokong mana-mana parti tetapi saya suka jika pilihanraya kecil ini boleh dijadikan saluran paling sesuai untuk kerajaan menjawab isu kenaikan harga barang, tarif elektrik dan sebagainya. "Bukan kita hendak menekan kerajaan tetapi inilah masa yang paling sesuai untuk kita bersoal jawab dengan kerajaan secara langsung. "Saya pasti, ramai pemimpin bertaraf menteri akan turun berkempen di sini nanti dan inilah saat yang ditunggu rakyat untuk mendapatkan penjelasan," kata Mahadi Amran dari Taman Bukit Mewah, Kajang. Menurut Mahadi, kenaikan harga barang bukannya perkara kecil kerana ia melibatkan belanjawan hidup rakyat terutama rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak. Seorang lagi penduduk dari Saujana Impian, Kajang Shahiruddin Saari berharap semua penyokong parti yang bertanding tidak bertindak di luar kawalan jika mahu menimbulkan isu kenaikan harga barang dan elektrk. "Memang kenaikan harga barang amat dirasakan oleh kami yang berpendapatan rendah tetapi jika ada menteri yang datang berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kajang nanti, saya harap suasana tenang dapat diwujudkan. "Kami memang tunggu untuk berdialog dengan menteri yang bakal datang berkempen di kawasan kami nanti tetapi kami harap, tidak ada masalah yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak. "Kami harap, tidak ada provokasi oleh mana-mana pihak yang datang berkempen nanti baik daripada penyokong kerajaan mahupun sebaliknya," ujar Shahiruddin. Petang semalam, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengesahkan ADUN Kajang N25, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini Perkara itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok bagi mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari. Pada pilihan raya umum lalu, Lee yang merupakan calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan calon BN, BERJASA dan tiga calon bebas. Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus. - MalaysiaGazette ULASAN GB GB enggan mengulas mengenai sebab-sebab perletakan jawatan ADUN Kajang atau siapa yang wajar bertanding di PRK Kajang nanti. Itu adalah hak prerogatif ADUN berkenaan, tiada siapa boleh menahan dan menghalangnya meletak jawatan. Ini soal politik. Apa pun tujuannya ia adalah politk. Orang bukan politik tidak tahu hal sebegini seperti Dr. Maza yang mempertikaikan perletakan jawatan tersebut. langkah ADUN berkenaan lebih baik & lebih terhormat daripada katak-katak yang melompat sebelum ini. Begitu juga soal calon, itu hak PKR untuk menampilkan samada Anwar atau Rafizi atau sesiapa pun untuk bertanding di situ. PAS & DAP tak perlu campurtangan dan tak perlu gusar. Yang penting PAS & DAP bersama-sama PKR perlu bekerja keras mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Yang pasti juga PRK Kajang merupakan medan terbaik rakyat untuk meluahkan tentangan terhadap kerajaan BN Pusat tentang isu kenaikan harga dan kos sara hidup yang kini sudah difenomenakan sebagai "KANGKUNG". "KANGKUNG" bakal dan perlu menjadi tema untuk PRK Kajang! Peluang terbaik untuk rakyat bangun. Kita tidak tahu samada pihak berkuasa akan "mengharamkan" perkataan kangkung di dalam PRK Kajang nanti. Kebebalan akan tampak nyata jika pihak berkuasa mengharamkan "kangkung". Namun diharamkan atau tidak - yang pasti rakyat akan tetap bangkit untuk mencurahkan keperitan dan kesengsaraan mereka. Pakatan Rakyat perlu bekerja keras untuk mendapat majoriti lebih besar di dalam PRK Kajang ini bagi membuktikan rakyat benar-benar tertekan dengan isu kenaikan harga dan kos sara hidup. Ia juga satu peta jalan ke Putrajaya, ia juga gambaran awal keputusan PRU14! Peluang untuk rakyat kangkungkan BN kini terbuka luas! |
[VIDEO] Apabila Wan Muhammad Azri Takut Untuk Mengaku Dirinya ‘Papa Gomo’.... Posted: 27 Jan 2014 04:51 PM PST Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menafikan beliau merupakan blogger terkenal "Papa Gomo" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tuntutan saman berjumlah RM100 juta. Wan Muhammad Azri memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ketua pembangkang itu bertindak mengemukakan saman terhadapnya kerana percaya beliau merupakan "Papa Gomo" yang menyiarkan perkataan dan video seks fitnah. "Reputasi dan imej saya tercalar dengan begitu teruk sekali kerana masyarakat umum kini menganggap bahawa saya adalah orang bersalah. "Saya rasakan bahawa plaintif (Anwar) telah memfitnah saya dan saman ini memberi satu impak buruk terhadap intergrasi dan reputasi diri saya," beliau memberitahu dalam satu kenyataan saksi yang dibaca di mahkamah. Anwar memfailkan tuntutan saman fitnah ke atas Wan Muhammad Azri pada 21 Mac, 2013 apabila mendakwa blogger "Papa Gomo" memuatnaik empat siri video seks termasuk kata-kata fitnah ke atas dirinya. Anwar turut berkata Wan Muhammad Azri juga memuatnaik pautan gambar laman berunsurkan fitnah mengaitkan dengan beliau. Dalam kenyataan balasnya, Wan Muhammad Azri sekali lagi menafikan beliau merupakan pemilik blog berkenaan. Defendan mempertahankan tiada menerima surat saman malah tidak mengenali ketua pembangkang itu secara peribadi. Ekoran dari itu, Anwar telah memfailkan afidavit bagi membuktikan Wan Muhammad Azri merupakan pemilik blog tersebut. Anwar pada masa sama mendakwa defendan berulangkali menyerang beliau secara peribadi termasuk partinya dengan kata-kata fitnah, bagaimanapun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dilakukan. Dalam sesi soal jawab bersama peguam Anwar, N. Surendran, defendan mendakwa beliau tidak menerima sebarang surat saman daripada ketua pembangkang yang dialamatkan kediamannya di Kuala Lumpur. Walaupun disoal berulang kali, Wan Muhammad Azri tetap mengakui tidak menerima langsung surat saman tersebut sambil menegaskan beliau sudah berpindah ke Pulau Pinang dan rumahnya di Kuala Lumpur kini diduduki adiknya. "Tidak ada satu pun keluarga saya ada menerima notis tersebut daripada peguam Anwar dan saya hanya terima melalui peguam," katanya. Merujuk kepada blog "Papa Gomo", Wan Muhammad Azri bagaimanapun bersetuju dengan Surendran bahawa kandungan tersebut mengandungi unsur kata fitnah melampau. Beliau juga mengakui tidak mempunyai perasaan marah kepada Anwar sebelum ini namun kecewa kerana kes saman tersebut. Antara lain beliau turut mengaku tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana lawan ahli politik Anwar. Namun beliau tidak menafikan pernah mengambil gambar dengan beberapa pemimpin tinggi Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Selain itu, Wan Muhammad Azri tidak bersetuju dengan dakwaan Surendran beliau menipu mengenai identitinya sebagai "Papa Gomo". Beliau kemudiannya ditanya kembali oleh peguamnya Jasbeer Singh Kaura. Wan Muhammad Azri mempertahankan tindakannya mengambil gambar bersama dengan pemimpin Umno bukan merupakan satu kesalahan. Beliau juga menegaskan tidak terlibat dalam kes fitnah Anwar dan tidak mengetahui siapa bertanggungjawab berhubung isu tersebut. Hakim Rosilah Yop menetapkan sidang perbicaraan disambung esok. -TMI ULASAN GB Melucukan dan menjelekkan. Masih enggan untuk mengakui dirinya, Wan Muhammad Azri sebagai papogomo. Sebelum ini GB pernah mengulas. Petikan: Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta. Dan akhirnya papagomo benar-benar didapati besalah pada 13 September 2013 oleh Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri itu adalah Papa Gomo, dan diperintah bayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah. Keputusan mahkamah itu sudah jelas mengesahkan Wan Muhammad Azri sebagai papagomo! Mana mahu lari lagi? Beliau mendakwa kononnya plaintif (Anwar) telah memfitnahnya dan saman ini memberi satu impak buruk terhadap intergrasi dan reputasi dirinya. Apa integriti dan reputasi yang beliau ada selain dari seorang blogger lucah dan pemfitnah tegar? Allahumma, binasakanlah terus pemfitnah yang bernama Wan Muhammad Azri ini dan sekalian blogger dan facebooker UMNO TERMASUKLAH sekalian media massa dan pemimpin UMNO yang menggunakan "video lucah" untuk menabur fitnah selama ini. |
Game "Kangkung" - Satu Tribut Untuk Najib? Posted: 27 Jan 2014 04:04 AM PST Kalau tension, mainlah 'game' kangkung Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung bukan sahaja dipermain-mainkan pelbagai pihak, malah ia kini benar-benar dijadikan permainan. Permainan bertemakan sayur popular itu kini mempunyai aplikasi permainan di sistem pengoperasian Android kelolaan gergasi Internet Google yang digunakan meluas di telefon pintar dan tablet. Permainan yang diberi nama "KangKung" itu dibangunkan oleh kumpulan yang dikenali Qotak Company pada 23 Januari lalu, antara lain didorong oleh popularitinya selepas 'flash mob kangkung' anjuran wakil rakyat PKR Lee Khai Loon. "Kami membina game (permainan) ini sekadar suka-suka dan tema kangkung menjadi pilihan kami kerana ia topik terhangat kini di Malaysia. "Game ini dibuat untuk dimainkan secara santai-santai – tak perlu tension! Tugas anda mudah saja, kumpul seberapa banyak kangkung yang boleh. Cubalah hari ini!" demikian menurut penjelasan permainan itu yang boleh dimuat turun melalui laman Google Play. Setakat berita ini ditulis, seramai 17 orang telah mengulas mengenai aplikasi permainan itu yang rata-ratanya terhibur sementara 15 daripadanya memberi lima bintang. "Sempoi bag (beritahu) hang. Terbaik dari ladang," kata pengulas yang dikenali sebagai Hairi. "Wakakakakaka, patutnya kena letak Najib yang kumpul kangkong-kangkung," ulas Salmah Sulaiman pula. 'Kangkung Converter' Selain permainan, terdapat juga aplikasi lain yang mana pengguna boleh memuat turun pelbagai wallpaper bertemakan kangkung, termasuk 'Lenggang Kangkung' dan 'Kangkung McKangKung'.| Malah, ada juga aplikasi dikenali 'Kangkung Converter' yang membolehkan pengguna mengira harga sesuatu barang dengan nilai berat sayur itu. Antara contoh diberikan, pengiraan sebuah telefon pintar berharga RM1,489 yang bersamaan dengan 496kg kangkung. Sebelum ini terdapat sebuah permainan lain yang menjadi popular kerana menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan pembelian cincin mahal RM24 juta – dakwaan yang dinafikannya. -mk ULASAN GB Nampaknya "kangkung" sudah jadi satu fenomena... Kerana pulut santan binasa... "haramjadah" terus menimpa Najib.... sehinggalah Najib nanti tercampak keluar dari Putrajaya sepertimana yang diinginkan oleh blogger UMNO sendiri. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan