Kelab Greenboc |
- Cadangan Bawa Masuk Semula Mahathir Buktikan Najib PM Yang Tongong - Sakmongkol
- Berapa Kos & Siapa Tanggung Mat Said Ke Antartika?
- Blogger UMNO Kangkungkan Najib, Mahu Najib Letak Jawatan Segera
Cadangan Bawa Masuk Semula Mahathir Buktikan Najib PM Yang Tongong - Sakmongkol Posted: 26 Jan 2014 01:20 AM PST Cadangan bekas menteri bawa masuk semula Dr Mahathir, bukti kepimpinan Najib lemah adangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya membawa kembali Tun Dr Mahathir Mohamad ke Putrajaya adalah satu lagi bukti betapa lemahnya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, ia membuktikan Najib langsung tidak mempunyai kredibiliti kepimpinan dan selama ini hanya bergantung pada nama bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. "Maksud cadangan itu jelas menunjukkan Najib tidak ada guna. Soalnya mengapa Mahathir? "Dengan menggunakan alasan membawa kembali Mahathir supaya dapat memimpin tangan Najib dan menjadi mentor kepadanya, ini menimbulkan persoalan apakah Najib 'baru pandai berjalan'? "UMNO diterajui beliau jelas bercelaru sekali, jadi benarlah kata seorang mantan Menteri Kewangan bahawa Najib tidak memiliki kemampuan untuk mentadbir negara. Apa yang berjaya diperoleh hanya menjadi anak Tun Razak, itu saja," katanya. Menurut Mohd Ariff Sabri, cadangan Zainuddin itu turut mengesahkan bahawa Najib tidak mengutip sebarang pengalaman sepanjang proses 'mentoring and apprenticeship' di dalam UMNO sejak 1976. "Terbukti Najib ialah seorang pemimpin dungu. Jadi menteri sejak 1976, 2009 menjadi Perdana Menteri. Ertinya sudah dimentorkan selama 32 tahun, apa yang dilakukan? "Ramai pemimpin yang boleh dipelajari cara kepimpinannya waktu itu, kecuali beliau tidur atau terlalu sibuk dengan 'extra mural activities' lain atau dipilih hanya kerana rakyat dirundung kesedihan akibat takut baka Tun Razak tidak ada di Pekan. "Malaysia menuai apa yang ditanam. Kita telah tanam pokok mangga jantan yang tidak boleh menghasilkan buah," ujarnya. Beliau dengan sinis turut mencadangkan pimpinan UMNO membuat laporan polis terhadap Zainuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam kerana mengemukakan cadangan yang amat menghina Najib. "Buat masa ini, saya kira amat baik jika gerombolan 'God-King and Country' membuat laporan polis ke atas Zainuddin kerana cadanganya yang ternyata mencela dan menghina Najib. Tunggu apa lagi?," ujarnya. Portal The Malaysian Insider minggu lalu melaporkan saranan Zainuddin agar Najib membawa semula Mahathir dan menjadikannya sebagai mentor seperti Singapura mengambil Lee Kuan Yew supaya dapat kembali berkuasa serta berpengaruh. Antara lain dalam cadangannya itu adalah menggesa kerajaan membuat keputusan segera supaya Mahathir diberi kedudukan khas agar dapat memberi sokongan moral kepada Najib.
ULASAN GB Lepas "Kangkung", kena tongong pula... aduuuhhhh... wajar sangat letak jawatan! |
Berapa Kos & Siapa Tanggung Mat Said Ke Antartika? Posted: 25 Jan 2014 11:00 PM PST Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika, tegas Pengerusi Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail. "Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu. Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah," ujarnya yang juga Adun Bandar. Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM). Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH). Bagaimanapun, semalam, YDSM dalam kenyataannya menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan. Menurut Azan, beliau turut mempersoalkan atas kapasiti apa Ahmad Said mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan. "Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan antartika. Apakah belanja ini ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar," ujarnya. "Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari antartika," ujarnya. Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat. Dakwanya, Ahmad Said turut menghabiskan masa ke China Disember tahun lalu hingga menyebabkan persidangan Dewan Undangan Negeri disingkatkan. Azan berkata, Mat Said sepatutnya menumpukan kepada pembangunan negeri Terengganu dan bukan menumpukan usaha di luar tugasan beliau. "Kepimpinan Terengganu tidak mempunyai perancangan jelas. Pembangunan fizikal dibuat tanpa perancangan, tidak sempurna dan ada yang separuh jalan. "Buat mall (kompleks beli belah), tak menepati kehendak dan aspirasi penduduk," katanya yang turut merujuk Projek bebas cukai Tasik Kenyir yang didakwa tidak diuruskan dengan baik. Tambahnya, bajet negeri Terengganu adalah bajet tertinggi di Malaysia dengan 80 peratus daripada peruntukan RM3.2 bilion disalur kepada pejabat menteri besar. -KD
|
Blogger UMNO Kangkungkan Najib, Mahu Najib Letak Jawatan Segera Posted: 25 Jan 2014 06:15 PM PST Desakan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana. Panggilan nama yang jelek seperti "Najib kangkung" dan "PM tidak berguna" sedang menjadi buah mulut di kalangan para blogger pro- Umno seperti OutSyed The Box, The Unspinners dan Apanama sejak bulan lalu, dan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut ke belakang. "Saya harap Najib boleh membaca tulisan kami. Letak jawatan dan pergi berambus .... Kita akan melihat beliau terburai tidak lama lagi ... Hari demi hari manusia kangkung itu akan dihiris dan dipotong-potong jadi buah dadu. Oleh orangnya sendiri, " demikian tulis blogger terkenal Syed Akbar Ali di dalam satu postingnya minggu lepas. Blogger Apanama pula menulis pada 8 Jan: "Kerajaan / kepimpinan hari ini kelihatan lebih teruk daripada kepimpinan zaman gelap Abdullah Ahmad Badawi ... "Lebih baik Najib ambil tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Saya khuatir bahawa jika anda gagal untuk mencerna sentimen / fikiran / kesetiaan Kerajaan / penyokong kuat BN di kalangan rakyat, anda akan terpaksa turun seperti mana Pak lah telah lalui." Serangan siber dari kalangan ahli Umno ini adalah imbauan terhadap tekanan serupa yang telah mereka lakukan ke atas bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pada tahun 2007; penulis blog pro- Umno yang sama mendakwa peletakan jawatan Abdullah dahulu adalah hasil-usaha mereka di dalam "konpsirasi membawa beliau turun". Penganalisis politik tidak menafikan bahawa tulisan blogger berkenaan mempengaruhi 'cara masyarakat siber melihat pemimpin mereka, menggambarkan Najib, sepertimana ke atas Pak Lah, sebagai orang yang bebal yang terpisah daripada realiti. Namun Profesor Dr James Chin dari Sunway Monash University berkata adalah tidak mungkin Najib akan turun sebagaimana cara Abdullah turun meskipun wujud serangan maya ini, kerana ketika ini belum ada calon yang sesuai yang sedang menunggu bagi menggantikan Najib. "Apa yang blogger itu tulis mungkin mencerminkan sentimen beberapa ahli dalam Umno, yang mahu Najib meletakkan jawatannya. Tetapi pada masa ini, ia kelihatan belum mungkin Najib dapat diturunkan. "Oleh kerana dalam Umno, nampaknya beluam ada sesiapa yang sesuai untuk mengambil alih peranan Perdana Menteri. (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin ( Yassin ) tidak dilihat sebagai cukup mampu untuk menjawat jawatan itu," demikian kata penganalisis politik itu kepada FMT. Beliau menegaskan bahawa jika Muhyiddin telah dilihat sebagai calon yang berpotensi, blogger tersebut tentu sudah melancarkan serangan pada pemilihan Umno tahun lalu, di mana waktu itu wujud peluang terbuka untuk Muhyiddin menjatuhkan Najib. Apa yang dikehendaki oleh blogger pro- UMNO dan "tuan yang membiayanya" mahu, menurut Chin, ialah kebangkitan semula era Mahathir dan politik "orang-kuat". "Blogger ini diupah oleh kem pro-Mahathir dalam Umno yang mahu seorang pemimpin yang kuat seperti Mahathir yang boleh menekan mereka yang menentang dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. "Tetapi mereka hidup dalam mimpi. Di dalam struktur yang Umno ada sekarang, tidak mungkin lagi untuk Umno melahirkan seorang menteri yang sedemikian, "kata Chin. Sementara itu, Profesor Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata desakan untuk Najib meletakkan jawatan oleh para blogger pro-UMNO hanya akan mendapat perhatian jika ia adalah sebahagian daripada seruan yang lebih luas yang dibuat oleh masyarakat terbanyak. "Masalahnya ialah bahawa ia hanyalah satu percikan yang lemah. Ia hanya setitis air yang jatuh ke lautan. Ia hanya akan mempunyai kesan jika seruan itu juga dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara, oleh intelektual, rakyat kelas menengah, penjawat awam dan golongan elit politik, "kata Agus. "Pada ketika ini, saya melihat tidak ada kesan ke atas landskap politik," katanya. Tambahnya penulis blogger pro- Umno yang anti- Najib ini boleh mendapat pengaruh yang lebih jika mereka memusatkan kegagalan Najib berasaskan isu-isu, dan bukan terhadap hal-hal peribadi. "Tetapi saya tidak fikir buat masa ini ia cukup untuk mempengaruhi pendapat orang ramai, kecuali jika blogger Umno tersebut bekerjasama dengan NGO-NGO lain dalam usaha bersepadu untuk membawa Najib turun, " kata Agus. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan