Kelab Greenboc |
- Siapa Sangka Dari Seorang Pengedar Dadah Kini Zul Hafaz 30 Juz Al-Quran...
- [VIDEO & GAMBAR] Kumpulan "Bughah" UMNO Belasah Orang Awam
- Selepas Noorjan, "Permaisuri' Dari Seri Kembangan Pula Tuntut Takhta Kesultanan Melaka
Siapa Sangka Dari Seorang Pengedar Dadah Kini Zul Hafaz 30 Juz Al-Quran... Posted: 20 Jan 2014 01:10 AM PST Sepang: "Hidayah itu milik Allah. Dulu saya seperti raja di ibu kota. Saya kaya menerusi kegiatan mengedar dadah dengan pendapatan kira-kira RM5,000 sehari, malah disebabkan prestasi jualan tinggi, saya dibekalkan pistol oleh pihak sindiket. Saya tak takut sesiapa pun. "Namun, kini saya rasa terlalu kerdil dan gerun mengenangkan dosa silam. Moga Allah ampunkan saya," itulah pengakuan bekas seorang pengedar dadah juvana yang kini sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas dia menemui sinar keinsafan dan kini membuka pusat tahfiz al-Quran. Menceritakan semula sejarah hitam hidupnya, pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu berkata, dia terjerumus dalam kegiatan pengedaran dadah pada 2004 seawal usia 15 tahun dan berada dalam 'prestasi' kemuncak hanya dalam tempoh tiga tahun kemudian sebelum diberkas keluarganya sendiri. Menurutnya, sekarang dia bersyukur hidupnya dalam lingkungan dan berpendirian berdasarkan al-Quran, namun setiap kali membaca ayat suci khususnya terjumpa surah menyentuh perbuatan dimurkai Allah, dia gerun mengingati dosanya termasuk merosakkan orang dengan najis dadah. Selain itu, sebelum ini dia juga kaki perempuan, minum arak dan melakukan pelbagai pelakuan mungkar lain. |
[VIDEO & GAMBAR] Kumpulan "Bughah" UMNO Belasah Orang Awam Posted: 19 Jan 2014 08:30 PM PST Umno balas "flash mob kangkung" dengan bertindak ganas, kata Adun PKR Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi "flash mob" kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali. Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan. "Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali. "Salah satu contoh risalah memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi di mana menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang malah bahasa tertera dalam risalah berkenaan juga berbau ugutan dan provokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan Lee itu mengulas mengenai dua siri bantahan yang diadakan pengikut Umno pada semalam di Bandar Sunway Seberang Jaya dan pagi ini di Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya. Beliau turut kesal apabila "flash mob kangkung" yang dianjurkannya itu biarpun diadakan secara aman dan kreatif diputarbelit oleh Umno. Tambahnya tindakan Umno itu yang mencemarkan bantahan itu dengan kegananasan dan kekerasan menyebabkan politik negara ini telah mundur ke belakang. "Demonstrasi Umno yang berlangsung di Bandar Sunway Seberang Jaya malam tadi serta Pusat Khidmat Masyarakat saya pada pagi ini telah menunjukkan bahawa ugutan tentang rusuhan 13 Mei selalu diungkitkan kembali oleh pihak mereka. "Matlamat gerakan kami adalah bertujuan untuk berbincang secara membina tentang isu-isu berkaitan dengan kehidupan harian rakyat, tetapi Umno dan penyokong mereka telah berulang-kali menjadikan sesuatu demonstrasi tersebut kepada keganasan dan kekerasan dan hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya. Lee pada masa sama mempertahankan tindakannya yang menganjurkan "flash mob" tersebut dengan menyatakan ia sebahagian daripada usaha membantah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang tidak ke atas siri kenaikan harga barangan. "Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai GST supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan oleh segelintir ahli politik perkauman sempit," katanya. Pada Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi "flash mob kangkung" disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang. Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu "Lenggang-Lenggang Kangkung". Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan ahli partinya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan "flash mob" tersebut. -TMI
ULASAN GB Ada beberapa isu yang timbul ekoran insiden di atas. Pertama, polis perlu menjawab mengenai "perhimpunan" yang selama ini mmenurut polis perlu memerlukan notis 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan. Sekarang apakah mereka yang menganjurkan perhimpunan Pro-Kangkung itu sudah membuat notis tersebut sedangkan flashmob yang dibantah berlaku hanya 3 hari sebelum mereka melakukan perhimpunan? Kedua, kepada Mufti yang sebelum ini menyatakan perhimpunan aman TURUN sebagai "bughah" (pemberontak) sedangkan perhimpunan TURUN dahulu lansung tidak ada pemberontakan dan lansung tidak ada unsur menggugat keselamatan awam. Tetapi perhimpunan UMNO pro-kankung kelmarin jelas memrupakan satu "pemeberontakan" yang mengancam keselamatan orang awam. Bukankah itu lebih jeloas "bughah"nya? Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si bughah yang sebenar akan tetap terhukum sekalipun pihak berkuasa melindungi mereka. |
Selepas Noorjan, "Permaisuri' Dari Seri Kembangan Pula Tuntut Takhta Kesultanan Melaka Posted: 19 Jan 2014 05:25 PM PST Melaka: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu. Seorang 'permaisuri' dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka. Gambar hiasan. Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu. Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya. Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi 'permaisuri' berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah. "Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya. "Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau," kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu. Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa 'permaisuri' tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat. "Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka. "Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang," kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal. -mstar ULASAN GB Nampaknya semakin ramai orang yang yang "longgar skru dalam kepala"nya menuntut hak kesultanan Melaka di zaman Idris Harom mengambil-alih kerajaan negeri Melaka. Apakah ini juga memberi erti bahawa kerajaan negeri Melaka sekarang ini dipimpin oleh kalangan yang serupa keadaannya? Wallahu alam.... |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan