Khamis, 16 Januari 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Aiiiik, Suruhanjaya & ISP Kangkung Pun Ada?

Posted: 16 Jan 2014 12:01 AM PST

SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk "#BBCtrending: Be careful what you say about spinach", Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyeka artikel itu.

Bagaimanapun, beliau "tidak pasti" sama ada ISP telah menyekat sendiri artikel itu tanpa pengakuan pihak berkuasa itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi. -mk

ULASAN GB

Penyakit "kangkung" nampak sudah merebak luas. Bukan setakat kita ada PM Kangkung, menteri kangkung, parti kangkung, professor kangung, pegawai-pegawai kangkung, akhbar dan tv kangkung, blogger & fbookers kangkung, kini sudah ada Suruhanjaya Kangkung dan ISP Kangkung!

Jawapan Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman terhadap kegagalan orangramai mengaksas #BBCTrending sejak malam tadi cukup meragukan. Katanya:

ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Jawapan kangkung dari seorang pegawai Suruhanjaya Kangkung!

Dia ingat pelayan komputer yang digunakan oleh BBC sama seperti pelayan-pelayan yang digunakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia atau yang digunakan oleh SKMM dan TMNet. Cukup kelakar apabila orang yang buta IT cuba memberikan jawapan mengenai IT kepada rakyat yang kebanyakan sudah celik IT.

Sekarang mengapa pula sudah boleh diakses? Kerana dah kena hentam cukup-cukup di alam siber baru tengadah dan ternganga?

hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Lagi disekat lagi banyak penghebahan tentang kangkung disiarkan di alam siber. Hari ini akhbar online Indonesia yang terkenal, kompas.com turut menyarkan berita tentang PM Kangkung kita.


PM Malaysia Tersandung Pernyataan soal Kangkung


KUALA LUMPUR, RABU — Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjadi bulan-bulanan ledekan warganya di media sosial internet dalam beberapa hari terakhir setelah berkomentar soal harga kangkung. Dalam sebuah pidato, Najib mengeluhkan mengapa rakyat tidak berterima kasih kepada pemerintah karena harga kangkung turun.

Begitu video rekaman pidato tersebut diunggah ke Youtube, hari Minggu lalu, para aktivis internet di Malaysia mulai membuat lelucon dan sindiran terhadap isi pidato tersebut. Seorang pengguna mengunggah foto desain kaus bertuliskan "Keep Calm and Eat Kangkung".

Sebagian pengguna lain membuat akun "Hari Kangkung Sedunia" di Facebook dan membuat berbagai video atau foto parodi soal kangkung.

"Hari ini harga kangkung turun. Bila turun, kenapa tidak memuji pemerintah? Saat (harga) naik, pemerintah dipersalahkan. Itu tidak adil," ujar Najib dalam rekaman video pidato tersebut.

Menurut kantor berita Bernama, pidato PM Najib itu disampaikan untuk menjelaskan kenaikan harga barang-barang di Malaysia belakangan ini. Ia berpidato dalam acara pemberian bantuan kepada korban banjir di Kemaman, Negara Bagian Terengganu, Minggu.

Pernyataan Najib ini dianggap tak sensitif di saat rakyat Malaysia mengeluhkan kenaikan harga barang-barang kebutuhan pokok. Rabu (15/1), Wakil PM Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan komisi khusus untuk menangani kenaikan biaya hidup dan harga barang-barang tersebut. (BBC/DHF)
-kompas.com


[PANAS] Najib & UMNO Terkangkang Isu Kangkung, Lamanweb #BBCTrending Disekat!

Posted: 15 Jan 2014 09:00 PM PST

Setelah isu kangkung membahang beberapa hari ini sehingga ke peringkat antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menyekat pautan ke lamanweb laporan BBC (UK) #BBCtrending: Be careful what you say about spinach.

Isu "kangkung" telah menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung sehingga menarik perhatian media antarabangsa berkenaan.

Agensi berita BBC tersebut di bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan mengenai kangkung.

"Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung," laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.

Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan "Keep calm and eat kangkung" (bertenang dan makan kangkung).

Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun...."

"Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Walau bagaimanapun pihak yang menyekat laporan BBC tersebut menganggapkan semua rakyat Malaysia buta I.T. kerana orangramai masih boleh mengakses lamanweb tersebut menggunakan proxy dan juga mencarinya di google cache dan webarchive.org




"Printscreen" penuh lamanweb tersebut juga telahpun tersebar luas dan boleh diakses di SINI

Sementara blog GB telah membuat "printscreen" beserta sebahagian terjemahan & ulasan seperti di bawah.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Bumi Seakan Enggan Menerimanya: Gempa Berlaku Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan

Posted: 15 Jan 2014 04:25 PM PST


Tel Aviv- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya'Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

" SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.-Mynewshub

ULASAN GB

Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan.

Sepertimana kisah kezaliman Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran, maka ia kini berulang ke atas manusia yang zalim dan kejam semasa ia berada di atas mukabumi Tuhan.

Bukankah kesemua ini menceritakan kebenaran Kalamullah di dalam Al-Quran? Dari kisah Firaun, Allah SWT telah ber­janji bahawa jasad Firaun akan berkekalan sehingga hari kiamat sebagai peringatan dan pengik­tibaran kepada manusia yang melampau.

Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 92 yang bermaksud: :

"Maka pada hari ini, Kami se­lamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) ses­ungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda - tanda kekuasaan Kami!"

Kini Ariel Sharon. Alam seakan-akan menolak kekhadirannya di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan....

wallahu 'alam

[TERBONGKAR] Isteri Curang Ketika Suami Keluar Bekerja

Posted: 15 Jan 2014 05:25 AM PST

Melaka – Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya di sini semalam, menurut -Maklumat.my

Tiada ulasan: